Anda di halaman 1dari 10

1.

MODEL PENYELESAIAN MASALAH POLYA


Dalam proses pembelajaran dan pengajaran, proses penyelesaian masalah adalah penting
dalam bilik darjah. Hal ini kerana proses penyelesaian masalah dapat menguji dan
mengembangkan kefahaman matematik. Satu model terkenal dalam penyelesaian masalah
telah diperkenalkan oleh George Polya dari Hungary pada tahun 1957. Menurut Polya,
penyelesaian masalah mempunyai empat langkah. Langkah pertama, menyelesaikan
masalah. Kedua, merancang strategi. Kemudian, melaksanakan strategi dan akhir sekali,
menyemak semula jawapan.
Memahami Masalah
Antara kesalahan utama dalam menyelesaikan masalah adalah tidak memahami masalah
dengan betul.Dalam langkah ini, pelajar perlu dibimbing dengan untuk mengenal pasti kata
kunci dalam masalah tersebut. Jika masalah atau soalan tersebut memerlukan pelajar untuk
melukis sesuatu gambar rajah, pelajar boleh melabel segala info pada rajah yang akan
dilukis. Antara soalan yang boleh ditanya untuk menjuruskan pelajar untuk memahami
soalan adalah Adakah anda memahami setiap perkataan dalam soalan tersebut?, Bolehkah
anda ulang semula penyataan masalah itu dengan ayat sendiri?, Apakah maklumat yang
diberikan?,Apakah yang kita tidak tahu dalam masalah tersebut? Apa maklumat yang
diperlukan? dan sebagainya.Selain itu, antara ciri pelajar itu memahami masalah adalah
mereka dapat menerangkan kembali soalan dan apa yang dikehendaki dalam masalah
tersebut dengan lancar dan ringkas.
Merancang Strategi
Selepas memahami masalah, dan mendapatkan maklumat yang terdapat didalam masalah,
guru boleh membantu pelajar untuk mencari penyelesaian dengan merancang strategi yang
bersesuaian dengan kehendak masalah dan boleh dikaitkan dengan maklumat yang telah
dikumpul semasa memahami masalah. Pelajar juga boleh fikirkan kembali adakah masalah
tersebut pernah dicuba sebelum ini, Antara strategi atau dipanggil pendekatan heuristik
yang boleh digunakan adalah dengan memudahkan masalah, kaedah cuba jaya,melukis
gambar rajah, mengenal pasti pola,membuat jadual atau carta atau senarai secara
bersistem, membuat simulasi, menggunakan analogy, bekerja secara songsang, menaakul
secara mantik serta menggunakan algebra.


Melaksanakan strategi
Setelah pelajar memilih dan merancang strategi yang sesuai, pelajar hendaklah
melaksanakan strategi tersebut dalam menyelesaikan masalah yang diberikan. Setiap
langkah yang dibuat hendaklah disemak dan pastikan jalan pengiraan yang dipilih adalah
tepat dan sesuai. Pelajar juga perlu menterjemahkan maklumat yang diberikan dalam
bentuk matematik menggunakan strategi yang telah dipilih
Menyemak semula
Setelah melaksanakan strategi, proses penyelesaian masalah masih belum berakhir selagi
pelajar masih belum menyemak semula jawapan mereka. Pelajar boleh menyemak jawapan
menggunakan cara yang berlainan daripada strategi sebelumnya atau menggunakan cara
songsang.Dalam proses ini juga, pelajar perlu memberi perhatian terhadap beberapa
soalan, Adakah anda pasti anda menjawab soalan tersebut? Adakah jawapan anda
munasabah? Adakah jawapan anda tepat?.
Guru mesti memastikan pelajar menggunakan keempat-empat langkah dalam model Polya
ini. Langkah menyemak semula sering ditinggalkan oleh pelajar semasa menyelesaikan
masalah dan menyebabkan jawapan yang mereka beri kurang tepat dan tidak menjawab
soalan.











2. PENYELESAIAN MASALAH MATEMATIK DENGAN MENGGUNAKAN MODEL
POLYA
Dalam tahun 2014, syarikat RingRing menawarkan pelan telefon kepada pelanggan seperti
berikut :-
Minit
Percuma/sebulan
Bayaran Bulanan Bayaran lebihan minit
300 RM20 RM0.50/minit
450 RM40 RM0.45/minit
900 RM60 RM0.40/minit
1350 RM80 RM0.30/minit

Sufian mempunyai dua telefon bimbit dan menggunakan hampir 600 minit dan 1000 jumlah
minit panggilan untuk telefon-telefon bimbit beliau. Pelan yang manakah yang terbaik &
terjimat untuk beliau?
Langkah 1 : Memahami soalan
Dalam langkah ini, kita perlu mengeluarkan segala maklumat dan memahami apa yang
dikehendaki:
Sufian perlu memilih dua pelan yang terbaik dan paling jimat.
Maksud yang paling jimat adalah yang memerlukan bayaran bulanan yang paling
rendah.
Satu pelan untuk telefon yang digunakan hampir 600 minit untuk menelefon dan
satu lagi pelan untuk 1000 minit panggilan.
Maklumat yang sedia ada adalah seperti dalam jadual diatas.





Langkah 2 : Merancang strategi
Setelah mengumpul maklumat dan memahami soalan, kita dapat menggunakan tiga
strategi. Iaitu, menggunakan algebra dan memudahkan masalah, menggunakan kedah Teka
dan Uji dan membuat jadual
(a) Kaedah Menggunakan Algebra
Untuk jumlah bayaran bulanan, kita boleh memudahkan masalah dengan merangka satu
formula:-
Jumlah bayaran sebulan = Bayaran tetap sebulan + Bayaran lebihan minit panggilan
= Bayaran tetap sebulan + (Bayaran lebihan minit minit
ekstra)
= Bayaran tetap sebulan + (Bayaran lebihan minit x)
* dimana x=lebihan minit yang digunakan lebih daripada minit percuma.
(b) Teka dan Uji.
Kaedah ini memudahkan Sufian untuk memilih pelan yang terbaik tanpa menggunakan
semua maklumat yang ada. Kita boleh menggunakan teka dan uji secara inferens oleh
kerana masalah tersebut telah menspesifikkan berapa minit panggilan yang selalu
digunakan oleh Sufian.
(c) Membuat Jadual
Kaedah ini adalah kaedah yang hampir mirip dengan kaedah (a) tetapi ada perbezaannya.
Kaedah ini akan lebih kemas dan membolehkan pelajar lebih mudah untuk melihat
maklumat dan hasil jawapan dengan lebih tersusun dan jelas.






Langkah 3 : Melaksanakan Strategi
Setelah merancang strategi, kita boleh menjalankan strategi-strategi tersebut dalam bentuk
Matematik.Setiap langkah mesti dijalankan dengan berhati-hati dan mengikut apa yang
dirancang.Kita mesti memastikan langkah-langkah yang dipilih adalah tepat dan betul.
(a) Kaedah Menggunakan Algebra
Jumlah bayaran sebulan = Bayaran tetap sebulan + Bayaran lebihan minit
panggilan
= Bayaran tetap sebulan + (Bayaran lebihan minit
minit ekstra)
= Bayaran tetap sebulan + (Bayaran lebihan minit x)
Y = Bayaran tetap sebulan + (Bayaran lebihan minit x)
* dimana x=lebihan minit yang digunakan lebih daripada minit percuma.
Y = Jumlah bayaran sebulan
Sekarang, kita akan mulakan untuk pelan yang terbaik bagi 600 minit panggilan
untuk Sufian.
i) Untuk Pelan 300, Sufian memerlukan 300 baki minit lagi untuk cukupkan 600 minit
panggilan :-
Y = 30 + (0.50300) = RM180.00
ii) Untuk Pelan 450, Sufian memerlukan 150 baki minit lagi untuk cukupkan 600 minit
panggilan :-
Y = 40 + (0.45150) = RM107.50
iii) Untuk Pelan 900, Sufian tiada lebihan minit kerana . Maka,bayaran
bulanan untuk Sufian bagi Pelan ini adalah RM60.00
iv) Untuk Pelan 1350, Sufian tiada lebihan minit kerana . Maka,bayaran
bulanan untuk Sufian bagi Pelan ini adalah RM80.00
Oleh itu, Pelan yang terbaik untuk Sufian bagi 600 minit panggilan adalah
Pelan 900, dimana harganya adalah RM60.00 dan yang paling termurah antara
semua pelan.
Untuk mencari pelan minit panggilan bagi 1000 minit,
i) Untuk Pelan 300, Sufian memerlukan 700 baki minit lagi untuk cukupkan 1000
minit panggilan :-
Y = 30 + (0.50700) = RM380.00
ii) Untuk Pelan 450, Sufian memerlukan 550 baki minit lagi untuk cukupkan 1000
minit panggilan :-
Y = 40 + (0.45550) = RM287.50
iii) Untuk Pelan 900, Sufian memerlukan 100 baki minit lagi untuk cukupkan 1000
minit panggilan :-
Y = 60 + (0.40100) = RM100.00
iv) Untuk Pelan 1350, Sufian tiada lebihan minit kerana . Maka,bayaran
bulanan untuk Sufian bagi Pelan ini adalah RM80.00
Oleh itu, Pelan yang terbaik untuk Sufian bagi 1000 minit panggilan adalah
Pelan 1350, dimana harganya adalah RM60.00 dan yang paling termurah antara
semua pelan.
(b) Teka dan Uji.
Dalam strategi ini, kita akan menggunakan Teka dan Uji melalui Inferens.
i) Untuk mengetahui pelan terbaik bagi 600 minit panggilan:-
Kita akan menggunakan maklumat antara Pelan 450 dan Pelan 900 . Hal ini
kerana Pelan 300 dan Pelan 1350 akan banyak merugikan Sufian dari segi kos dan
minit percuma yang terlalu banyak dan terlalu sedikit.
Untuk Pelan 450, Sufian memerlukan 150 baki minit lagi untuk cukupkan 600 minit
panggilan :-
Y = 40 + (0.45150) = RM107.50
Untuk Pelan 900, Sufian tiada lebihan minit kerana . Maka,bayaran
bulanan untuk Sufian bagi Pelan ini adalah RM60.00.
Oleh itu, Pelan yang terbaik untuk Sufian bagi 600 minit panggilan adalah
Pelan 900, dimana harganya adalah RM60.00 dan yang paling termurah antara
semua pelan.
ii) Untuk mengetahui pelan terbaik bagi 1000 minit panggilan pula:-
Kita akan menggunakan perbandingan maklumat antara Pelan 900 dan Pelan 1350.
Hal ini kerana Pelan 300 dan Pelan 450 akan banyak merugikan Sufian dari segi
kos dan minit percuma yang terlalu banyak dan terlalu sedikit.
Untuk Pelan 900, Sufian memerlukan 100 baki minit lagi untuk cukupkan 1000 minit
panggilan :-
Y = 60 + (0.40100) = RM100.00
Untuk Pelan 1350, Sufian tiada lebihan minit kerana . Maka,bayaran
bulanan untuk Sufian bagi Pelan ini adalah RM80.00
Oleh itu, Pelan yang terbaik untuk Sufian bagi 1000 minit panggilan adalah
Pelan 1350, dimana harganya adalah RM60.00 dan yang paling termurah antara
semua pelan.
(c) Membuat Jadual
Melalui kaedah ini, kita boleh melihat pengiraan dengan lebih teratur. Sebelum kita
mulakan pengiraan, kita perlu sediakan jadual untuk melihat baki minit panggilan
bagi setiap pelan bagi memenuhi kehendak 600 minit dan 1000 minit panggilan
Sufian.


PELAN

LEBIHAN MINIT UNTUK 600

LEBIHAN MINIT UNTUK
1000
300 300 700
450 150 550
900 0 100
1350 0 0
Jadual 1
Kemudian, untuk mencari pelan yang terbaik, satu lagi jadual perlu dibina untuk
membanding bezakan jumlah bayaran bulanan yang mana yang terbaik dan paling
jimat untuk Sufian.Jadual 2 akan dibuat berdasarkan penyataan matematik dibawah:
Jumlah bayaran sebulan = Bayaran tetap sebulan + Bayaran lebihan minit
panggilan
= Bayaran tetap sebulan + (Bayaran lebihan minit
minit ekstra)
= Bayaran tetap sebulan + (Bayaran lebihan minit x)
Y = Bayaran tetap sebulan + (Bayaran lebihan minit x)
* dimana x=lebihan minit yang digunakan lebih daripada minit percuma.
Y = Jumlah bayaran sebulan
PELAN BAYARAN UNTUK 600 MINIT BAYARAN UNTUK 1000 MINIT
300 Y = 30 + (0.50300) = RM180.00 Y = 30 + (0.50700) = RM380.00
450 Y = 40 + (0.45150) = RM107.50 Y = 40 + (0.45550) = RM287.50
900 Y = 60 + (0.400) = RM60.00 Y = 60 + (0.40100) = RM100.00
1350 Y = 80 + (0.300) = RM80.00 Y = 80 + (0.300) = RM80.00
Jadual 2
Melalui Jadual 2, kita boleh lihat pelan yang terbaik dan termurah untuk Sufian.
Oleh itu, Pelan yang terbaik untuk Sufian bagi 600 minit panggilan adalah
Pelan 900, dimana harganya adalah RM60.00 dan yang paling termurah antara
semua pelan.
Oleh itu, Pelan yang terbaik untuk Sufian bagi 1000 minit panggilan adalah
Pelan 1350, dimana harganya adalah RM60.00 dan yang paling termurah antara
semua pelan.
Langkah 4 : Menyemak semula
Setelah selesai semua proses perlaksanaan strategi, maka semua jalan kerja harus
disemak semula :-
Baca semula soalan untuk memastikan benarkah apa yang dirancang dan
dilaksanakan mengikut kehendak soalan.
Semak semula semua pengiraan,
Y = Bayaran tetap sebulan + (Bayaran lebihan minit x)
Untuk 600 minit panggilan :


LEBIHAN MINIT UNTUK 600
(x)
600-300 = 300
600-450 =150
600-600 = 0
600-600 = 0


Y = 30 + (0.50300) = RM180.00
Y = 40 + (0.45150) = RM107.50
Y = 60 + (0.400) = RM60.00
Y = 80 + (0.300) = RM80.00

Untuk 1000 minit panggilan


LEBIHAN MINIT UNTUK
1000 (x)
1000-300 = 700
1000-450 = 550
0
0






Y = 30 + (0.50700) = RM380.00
Y = 40 + (0.45550) = RM287.50
Y = 60 + (0.40100) = RM100.00
Y = 80 + (0.300) = RM80.00
3. BIBLIOGRAFI
Bibliography
Bahagian Pembangunan Kurikulum, K. P. (2011). Huraian Sukatan Pelajaran KBSM Matematik
Tingkatan 2. Putrajaya: Curiculum Development Center.
Polya, G. (1993). Bagaimana Ia Diselesaikan : Aspek Baru Kaedah Matematik. Pulau Pinang: Penerbit
Universiti Sains Malaysia.