dan ruang yang digunakan secara bersepadu. Buat ulasan bagi setiap foto tersebut yang
melibatkan aspek-aspek berikut:-
o aktiviti detik dan ekspresi diri
o aktiviti: irama panjang dan pendek
o aktiviti: corak berulang
Seterusnya huraikan bagaimana satu aktiviti kreatif untuk tujuan ekspresi dan
penyampaian idea dan maklumat yang melibatkan ruang dapat dijalankan.
Simpan hasilan diatas dalam Folio Digital anda dan seterusnya muat naik dalam ruang
yang disediakan. Namakan fail anda sebagai Tugasan Interaksi 1, gunakan fail Zip jika
perlu.dan saiz fail tidak melebihi 10MB
1.
awapan:
1.0 Kesan positif terhadap ketiga-tiga bidang utama mata pelajaran
ini, , iaitu Seni visual, Muzik dan Pergerakan.
Seni Dalam Pendidikan (SDP) menjurus kepada seni visual, seni muzik
dan seni pergerakan. Kursus ini menyentuh perasaan estetika dan
daya kreativiti individu melalui penajaman intuisi, persepsi,
imaginasi dan konsepsi murid. Guru akan memberi murid untuk
menjalankan aktiviti untuk meneroka, mengalami dan mengekspresi
citarasa pancaindera. Murid diharapkan dapat mengamalkan
pertimbangan seni visual, seni muzik dan seni pergerakan dalam
meningkatkan lagi kepekaan, kreativiti, daya imaginasi untuk
mencapai pembelajaran optimum, menyeluruh dan menyeronokkan.
Kursus ini meliputi pengetahuan asas dalam Seni Visual, Muzik dan
Pergerakan serta konsep Seni Dalam Pendidikan. Mata pelajaran ini
memberi pengenalan kepada kepentingan Seni Dalam Pendidikan
bagi mengembangkan proses pembelajaran di kalangan kanak-kanak
untuk mencapai pembelajaran optimum, menyeluruh dan
menyeronokkan. Ia menekankan kepentingan aktiviti Seni Visual,
Muzik dan Pergerakan
yang melibatkan imaginasi, ekspresi, inkuiri dan kepelbagaian
kecerdasan. Mata pelajaran ini juga membantu guru-guru
menjalankan aktiviti untuk meneroka, mengalami dan ekspresi yang
melibatkan kepekaan deria kanak-kanak
Kursus ini juga memberi peluang kepada anda untuk memahami
kepentingan seni dan kaitannya dengan keinginan dan keperluan asas
kanak-kanak dalam proses pertumbuhan dan perkembangan mereka
secara menyeluruh. Justeru, salah satu cara asas untuk memenuhi
perasaan ingin tahu dan kehendak kanak-kanak adalah melalui seni
yang mampu membangunkan potensi mereka untuk menjadi insan
yang kreatif dan imaginatif.
Kursus ini juga dapat menyedarkan tentang kepentingan deria yang
dianugerahkan tuhan kepada setiap insan untuk mengetahui,
memahami dan mengenalpasti apa yang terdapat disekelilingnya.
Dengan menggunakan deria pelajar akan dapat kefahaman yang jelas
tentang sesuatu perkara atau aktiviti yang dilakukannya. Untuk itu
kefahaman tentang deria adalah penting. Deria terdiri daripada
pancaindera lihat, dengar, sentuh, rasa dan hidu. Kelima-lima deria
ini adalah penting dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan
seni visual.
Pada masa ini Pendidikan Seni Visual telah dimartabatkan
sepenuhnya sebagai subjek yang berperanan besar dalam pengajaran
dan pembelajaran kerana subjek ini merentasi kurikulum dalam
subjek-subjek lain. Dalam pengajaran guru, Pendidikan Seni Visual
menjadi asas alat bantu mengajar yang baik melalui penampilan
grafik yang efisyen, pemilihan warna harmoni,dan reka bentuk
maujud yang cantik. Di kalangan pelajar, Pendidikan Seni Visual
menjadi subjek penting untuk berkreativiti bagi melahirkan
insanyang celik seni dan berbudaya.
Pendedahan tentang Pendekatan Bertema dalam kursus ini banyak
membantu kerana seringkali digunapakai untuk memenuhi keperluan
pendidikan asas dalam perkembangan kanak-kanak. Program ini
mantap dan efektif kerana ia menggabungjalinkan pelbagai
perspektif budaya, pengalaman dan kepakaran artistic.Pendekatan
ini sesuai dengan gaya pembelajaran, mencerminkan budaya dan
minat murid dan guru. Ia merupakan kandungan maklumat dan
memberi peluang kepadapelajar untuk memindahkan maklumat
kepada ilmu melalui proses individu. Tema memberi makna dan
tujuan untuk pembelajaran.
Kursus ini membantu anda memahami pendekatan bertema dan
aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan tema serta dapat membantu
pelajar untuk meningkatkan tahap kefahaman dan kesedaran untuk
lebih mendalami tentang tema-tema yang ada serta dapat
membantu untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran
bagi muzik, pergerakan dan seni visual.
2.0 Cara dan peranan guru dan murid dalam melaksanakan
penghububungkaitan tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran
Penghubungkaitan dan pautan di dalam mata pelajaran ini boleh
disamakan dengan program-program antara disiplin-disiplin yang
terdapat di dalam mata pelajaran yang lain. Ia boleh dilakukan
dengan beberapa cara seperti
1. Menghubungkait Pengetahuan dalam Berbagai Mata Pelajaran,
Proses penghubungkaitan pengetahuan dalam berbagai mata
pelajaran adalah brfokuskan kepada matlamat terakhirnya. Untuk itu
proses ini akan berbentuk satu lingkaran atau bulatan dan antara
setiap mata pelajaran itu saling berkait untuk mencapai satu
matlamat
2. Menghubungkait Kemahiran dalam Berbagai Mata Pelajaran
Dengan adanya penghubungkaitan kemahiran dalam berbagai mata
pelajaran akan dapat
mengubung kait sesuatu yang dipelajari dengan keadaan kehidupan
yang sebenar.
Penghubungkaitan ini berperanan sebagai satu strategi dan kaedah
pendidikan untuk membantu melahirkan pembelajaran dan
persekitaran yang menyelitkan unsur-unsur sosial agar dapat
membentuk supaya setiap insan itu akan terus dihormati;
menggalakkan sikap kepimpinan yang terpuji, berinisiatif dalam
menjalankan tugasan yang diberi oleh guru dan bersikap inovasi
dalam melaksanakan satu-satu aktiviti dan kemahiran serta dapat
merangsang setiap pelajar untuk mencapai kecemerlangan dari
segala sudut baik akademik mahu pun kokurikulum. Ia secara tidak
langsung akan mengaitkan mata pelajaran seperti sejarah, sains dan
teknologi, kajian sosial, bahasa danfizikal dan pembangunan sosial,
meletakkan keseluruhan kurikulum kedalam konteks kehidupan yang
sebenar. Setiap pelajar berhak memperolehi pengalaman berasaskan
pendidikan yang pelbagai bentuk walau pun mereka datang dari
pelbagai latar belakang dan taraf sosio ekonomi yang berbeza dan
mempunyai sebarang kekurangan. Untuk itu seni visual memainkan
peranan yang penting dalam pendidikan keseluruhan dan
pembangunan minda pelajar.
Sebagai seorang guru peranan yang perlu dilaksanakan dalam
pengajaran dan pembelajaran adalah untuk merancang sesuatu
pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih sistematik.
Untuk mencapai matlamat ini, guru perlulah merancang topik,
objektif, isi, cara penyampaian dan penilaian yang bersesuaian
dengan kebolehan sedia ada serta minat pelajar.
Selain itu guru berperanan memberi motivasi kepada
pelajar.Motivasi bermakna seni praktik menggunakan insentif dan
membangkitkan minat untuk tujuan membuatkan pelajar
menunjukkan prestasi dalam cara yang diingini.
Pelajar adalah digalakkan untuk melibatkan diri dengan sepenuhnya
dalam segala aktiviti yang diadakan di sekolah tanpa ada sebarang
pengecualian. Dengan melibatkan diri secara aktif ianya secara tidak
langsung dpat mempertingkatkan konsep kendiri iaitu dapat
membuat penilaian, pandangan, tanggapan dan kepercayaan
termasuk kekuatan dan kelemahan diri sendiri.
Pengukuhan merupakan satu cara guru untuk merangsang minda
pelajar supaya akan menyebabkan pembelajaran pelajar meningkat
maju atau terdapat peningkatan dalam tingkahlaku yang positif.
Penyampaian pengukuhan ini juga dapat membentuk pelajar
memperolehi pelbagai pengalaman serta pengetahuan berdasarkan
aktiviti-aktiviti yang dirancangkan itu menarik dan mencabar
mereka.
3.0 Pilih SATU (1) bidang mata pelajaran di sekolah rendah untuk
anda gunakan dalam pengajaran yang menggunakan pendekatan
bertema.
Mata Pelajaran : Sains Tahun Empat
Tajuk : 3.1 Basic needs of Plants
Tema Persekitaran : Pokok
Murid diperkenalkan tentang pokok-pokok yang terdapat dalam
kawasan sekolah dengan cara membawa murid-murid melawat
kawasan sekolah dan sebagainya. Selepas itu, murid diminta
melakukan pergerakan berkaitan dengan pokok diiringi muzik yang
dihasilkan dengan pelbagai alat muzik.
Pergerakan : (a) Cara dahan-dahan bergerak semasa angin bertiup,
(b) Memungut daun-daun yang gugur pada aras yang berbeza tinggi,
rendah, berterbangan.
Muzik : (a) Bunyi yang kuat --- pokok tumbang
(b) Bunyi yang lembut --- daun gugur,angin bertiup
Seni Visual : (a) Mewarna danmenggambarkan perasaan seperti
gembira,marah dengan menggunakan sapuan berus dengan pelbagai
warna.
Pelajaran diteruskan dengan aktiviti-aktiviti lain seperti penerangan
dalam kumpulan, sumbangsaran tentang aktiviti yang telah dibuat.
Kesimpulan dari aktiviti-aktiviti itu secara tidak langsung akan dapat
membantu,
- untuk mengesan bahagian-bahagian pokok (Sains)
- mengeluarkan sati urutan bunyi berkaitan dengan persekitaran
(muzik)
- menunjukkan perasaan melalui sapuan berus dengan warna yang
berbeza-beza
(seni visual)
- melakukan pergerakan lokomotor (pendidikan jasmani)
3.1 Perkara penting yang terdapat pada tema yang dipilih;
Tema Persekitaran : Pokok yang dipilih selain daripada mata
pelajaran Sains, ia juga boleh digunakan kepada semua
matapelajaran. Dalam mata pelajaran matematik, pelajar boleh
menggunakan aktiviti mengira beberapa batang pokok dalam satu-
satu tempat. Manakala dalam matapelajaran muzik, pelajar akan
menyanyikan lagu pokok dan membuat pergerakan seperti pokok
bergoyang, pokok tumbang dan sebagainya.
Tema Pokok ini juga berkaitan dengan pengalaman dengan
kehidupan diri pelajar. Ini akan memudahkan guru untuk membuat
interaksi dan aktiviti seni dalam pendidikan dapat dijalankan dengan
berkesan.
Tema Pokok juga bersesuaian dengan keadaan situasi, masa dan
peristiwa yang berlaku pada masa kini. Secara tidak langsung dapat
memudahkan pelajar membuat perkaitan antara perkara yang diajar
dengan kedaan situasi yang sebenar.
Penyediaan kemudahan untuk memperolehi bahan dan sumber yang
akan digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mudah
didapati di persekitaran sekolah. Tema yang dipilih dapat
disampaikan dalam pengajaran dan pembelajaran mempunyai
aktiviti dan langkah-langkah pengajaran dari yang mudah kepada
yang lebih mencabar.
3.2 Aktiviti pengintegrasian mata pelajaran yang boleh dijalankan
dalam P&P
a)Penggabungjalinan
Bermaksud sebagai proses mengintegrasikan pelbagai bidang
kemahiran bagi mewujudkan suatu pelajaran yang integratif dan
menyeluruh. Melalui strategi penggabungjalinan ini berbagai-bagai
kemahiran dalam sesuatu pelajaran disampaikan secara harmonidan
bersepadu, sama ada dalam satu mata pelajaran atau beberapa
mata pelajaran. Strategi penggabungjalinan kemahiran ini akan
melahirkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan
bermakna serta menimbulkan suasana proses pengajaran dan
pembelajaran yang lebih berkesan. Penggunaan strategi ini
membolehkan pelajar berpeluang menguasai beberapa kemahiran
yang berkaitan dengan cara bersepadu.
2)Penyerapan
Penyerapan ialah proses menyebati dan menyatupadukan
pengetahuan atau unsure isi pengetahuan daripada suatu mata
pelajaran ain ke dalam isi pelajaran bagi sesuatu mata pelajaran
yang diajar. Proses penyerapan lebih kepada unsure pengetahuan.
Penyerapan merupakan proses mengintegrasikan unsur-unsur isi
kandungan daripada dua atau lebih mata pelajaran dalam sesuatu
pelajaran. Contohnya, daripada mata pelajaran sains guru akan
mengambil petikan atau artikel sains bagi aktiviti bacaan dan
kefahaman dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Dengan ini pelajar
akan memperolehi ilmu pengetahuan sains semasa mempelajari
kemahiran mata pelajaran Bahasa Melayu.
3)Penerapan
Konsep penerapan membawa maksud sebagai satu proses
menerapkan nilai-nilai dalam pelaksanaan kurikulum dan gerak kerja
kokurikulum. Nilai-nilai yang dimaksudkan ialah nilai-nilai murni,
nilai kewarganegaraan, nilai kemasyarakatan, nilai alam sekitar,
nilai kemanusiaan, ketuhanan dan sebagainya.
4)Pemulihan
Pemulihan merupakan satu aktiviti yang secara khusus bertujuan
untuk membantu pelajar yang mengalami masalah pembelajaran
yang tertentu khususnya dalam kemahiran asas 3M. Aktiviti
pemulihan pula merupakan aktiviti yang dirancangkan untuk
membantu murid mengatasi masalah pembelajaran dari segi
pengetahuan dan kemahiran.
5)Pengayaan
Aktiviti pemulihan adalah difokuskan kepada pelajar yang
berpencapaian rendah atau lambat kadar penerimaannya, oleh itu
pengayaan adalah untuk pelajar yang pencapaiannya melebihi
sederhana atau pintar cerdas.
3.3 Bagaimanakah aktiviti ini boleh membantu murid dalam
pembelajaran?
Saranan mengintegrasikan seni dalam pendidikan ke dalam bidang-
bidang kurikulum yang lain mempunyai kebaikan dan kelebihan.
Antaranya :
(a)Mempunyai kepelbagaian dan keseragaman aktiviti dalam bentuk
unti-unit kerja. Apabila seni dalam pendidikan diintegrasikan di
dalam unit-unit kerja, maka bertambahlah peluang pelajar untuk
menceburi aktiviti-aktiviti pembelajaran. Dengan ini tahap
kebolehan mereka untuk menyelesaikan sesuatu masalah dalam
sesuatu unit kerja akan meningkat kerana mereka telah mempunyai
kelebihan media yang boleh dijadikan sebagai alat bantu dalam
menyelesaikan maslah Secara tidak langsung aktiviti seperti ini akan
memperkayakan dan menambahkan lagi kefahaman pelajar terhadap
pelajaran yang disampaikan.
(b) Mempunyai ruang untuk menampung kepelbagaian akitiviti seni
dalam pendidikan. Apabila setiap aspek kurikulum dimanfaatkan
dengan sebaik mungkin untuk tujuan meleraikan proses penyelesaian
masalah, secara tidak langsung akan dapat mewujudkan peluang
yang baik bagi menerap dan melaksanakan aktiviti seni visual, muzik
dan pergerakan.
c) Mempunyai ruang untuk menampung skop perpaduan yang luas.
Apabila Seni dalam pendidikan diintegrasikan dengan bidang
kurikulum yang lain, akan terbit suatu tanggapan, baik di kalangan
guru mahupun pelajar, bahawa integrasi itu merupakan sebahagian
daripada program aktiviti sekolah dan bukannya sesuatu yang
bersifat terasing dan terpisah
3.4 . Apakah alat/bahan yang sesuai dengan aktiviti tersebut untuk
murid meneroka, memperolehi pengalaman dan mengalami ekspresi?
Apakah kesan penggunaan alat/bahan ini kepada proses pengajaran
dan pembelajaran?
Seni dalam Pendidikan memberi peluang kepada kanak-kanak dan
remaja untuk meneroka pelbagai sudut yang mereka lihat, dengar,
sentuh, bergerak dan berfikir dengan
setiap aktiviti pembelajaran.
Dalam pengajaran dan pembelajaran bertema persekitaran pokok ini
pelajar menggunakan persekitaran sebenar iaitu melihat, merasai
dan menjiwai keindahan pokok-pokok di kawasan sekolah. Ini dapat
meneydiakan cara tambahan untuk belajar membaca, menulis dan
mengira bahkan menggalakkan mereka dengan memberi pelbagai
pandangan dan bahasa untuk mereka berfikir secara kreatif,
imaginative dan kritis. Bukan itu sahaja, bahkan Seni dalam
Pendidikan dapat memberikan kanak-kanak keseronokkan dan
kegirangan di dalam bilik darjah.
Pelajar digalakkan untuk meneroka dengan membuat ekperimen,
menyelidik dan mencipta menggunakan pelbagai idea dan bahan.
Tujuannya adalah untuk menjadikan pelajar menjadi seorang yang
benar-benar lebih berimaginatif.
Pengalaman yang diperolehi dalam seni dalam pendidikan boleh
melibatkan kesedaran kinestetik yang mendalam, kepintaran
mengunakan tubuh badan dan pengalaman ini akan memberi peluang
kepada kanak-kanak dan remaja untuk menyelesaikan masalah,
membuat eksperimentasi, meneroka, mengambil risiko, mencipta
secara kreatif, membuat penilaian dan bijak membuat pilihan.
Seni dalam pendidikan menyediakan matlamat yang menarik dengan
memberi peluang kepada pelajar untuk menemui potensi ekspresif
diri melalui pekataan, bunyi, pergerakan dan visual mereka. Bahasa-
bahasa simbol yang digunakan untuk membuat ekspresi
dalamaktiviti-aktiviti seni. Ini akan membatu para pelajar untuk
merasa, menyentuh, mendengar dan melihat secara langsung dunia
mereka dengan cara tersendiri. Pelajar akan meluahkan pandangan
mereka dengan cara yang seakan-akan sama dengan apa yang
dialami dan difahami oleh orang lain.
Penerokaan, memperolehi pengalaman dan luahah ekspresi
merupakan satu aktiviti yang penting pada seni dalam pendidikan.
Ini adalah disebabkan pada topik ini pelajar diberi peluang
pendedahan mengenai cara-cara untuk penerokaan dan cara-cara
untuk pengolahan dan memanipulasi sesuatu aktiviti. Di samping itu
juga pelajar telah diberi pendedahan mengenai dengan unsur-unsur
perasaan dan emosi pelajar dan tahu bagaimana untuk menguruskan
emosi supaya boleh meluhan perasaan terhadap ekspresi diri.
ENI DALAM PENDIDIKAN
1.0 Pengenalan
Mengikut Kamus Dewan Edisi baru, seni didefinisikan sebagai karya ( sajak,
lukisan, muzik dan lain-lain ) yang diciptakan dengan bakat, kebolehan mencipta sesuatu
yang indah. Secara tidak langsung mengakui bahawa untuk menghasilkan sesuatu produk
seni, bakat, kebolehan dan penghayatan serta pemahaman yang jitu amat penting.
Kebolehan adalah sesuatu yang mampu dipelajari dan dibentuk manakala bakat pula
adalah sesuatu yang berdiri dengan sendiri hasil daripada kurniaan Ilahi. Kedua-dua ini
saling berkait rapat di dalam menghasilkan sesuatu produk seni yang mempunyai nilai
estetika yang tinggi.
Dipandang daripada sudut agama, Imam Muslim melalui penulisan kitabnya, Kitab
Al- Iman, menjelaskan tentang kesenangan estetik dan konsep keindahan sebagai
pertemuan antara seseorang yang mempunyai pengetahuan terhadap mesej atau objek
yang ditemui. Dalam erti kata lain, Muslim menjelaskan seni itu sebagai suatu bentuk ilmu
( pengetahuan ) di mana seseorang yang mempunyai ilmu ataupun pengetahuan seni
tersebut akan mencipta serta melahirkan manifestasi pemikiran dan perasaannya
terhadap sesuatu objek yang dihayatinya melalui karya-karya seni, ataupun setidak-
tidaknya akan menghargai keindahan objek serta karya tersebut, sekiranya tidak mampu
menghasilkan karya seni. Ini adalah kerana seni itu sendiri mempunyai pertalian erat di
antara penggiat dan khalayak seni itu sendiri.
Menurut Herbert Read ( buku, The Meaning of Arts ) pula seni adalah penghasilan
rupa bentuk yang menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kesenangan estetik ( Art is
Expression ). Kesenangan estetik di sini adalah merujuk kepada konsep kesenangan yang
terhasil kesan oleh penghayatan terhadap keindahan seni visual. Kepuasan, kenikmatan,
kesukaan dan kegembiraan juga termasuk di dalam kesenangan ini.
2.0 Aplikasi seni dalam pendidikan
Seni merupakan sesuatu yang subjektif untuk digambarkan. Seni itu indah dan
halus. Seni bukan sahaja diaplikasikan dalam satu bidang tetapi dalam beberapa bidang
seperti seni suara, seni tari dan seni lakon. Kesemua seni yang dinyatakan tadi merupakan
seni yang memerlukan pergerakan, suara, dan ekspresi dalam melahirkan sesuatu yang
indah dari dalam diri kita. Seni juga diaplikasikan dalam pengajaran. Pengajaran
memerlukan pemahaman dan pemahaman memerlukan tarikan yang menarik dan kreatif.
Seni yang disematkan dalam setiap pengajaran haruslah memberi satu nilai dalam jangka
masa yang panjang dan memberi impak yang positif untuk seseorang individu.
Seni adalah hasil daripada kreatif dan kritis dari pemikiran seseorang manusia
yang diolah secara halus dan sederhana. (Pahlawi Web Al. Mei 2007). Kenyataan tadi
mendefinisikan seni sebagai satu pergerakan yang dinamik dan pemikiran logik manusia
yang diwujudkan melalui ketekunan dan kehalusan budi yang ditentukan oleh ilmu,
moral, dan ketakwaan manusia terhadap sang pencipta. Seni juga merupakan satu disiplin
ilmu yang bersama-sama terbentuk dalam mencapai kedewasaan akhlak dan tabiat
seseorang muslimseperti jujur, rajin , taqwa serta sabar. Apabila dasar pembelajaran seni
ini diterapkan, pembelajaran menjadi lebih lengkap dari pelbagai aspek.
Seni dalam pendidikan merupakan sesuatu yang baru dan ianya menggabungkan
tiga elemen penting. Elemen-elemen tersebut ialah seni visual, seni pergerakan dan juga
seni muzik. Dalam seni visual ianya lebih melibatkan lukisan, manakala seni pergerakan
melibatkan penggunaan ruang dalam sesuatu aktiviti dan seni muzik pula lebih kepada
interpretasi seseorang terhadap muzik yang didengari. Warna merupakan elemen yang
penting dalam kehidupan. Tanpa warna kehidupan akan menjadi tidak bermakna.
Semestinya, kehidupan akan menjadi bosan dan tidak menarik. Warna juga turut
digunakan dalam seni dalam pendidikan iaitu dalam komponen Pendidikan Seni Visual.
Warna memainkan peranan yang penting dalam menggambarkan sesebuah kebudayaan,
emosi. dan maksud dalam karya seni visual.
Irama merupakan elemen yang terdapat dalam seni muzik. Irama dapat
dinyatakan sebagai rentak yang berlaku secara berulang. Sesuatu irama itu boleh
dinikmati sewaktu kita mendengar muzik. Irama yang menarik dalam sesuatu muzik akan
mempengaruhi seseorang untuk mendengar muzik tersebut berulang kali. Dalam
kehidupan kita seharian, kita semestinya akan menemui pelbagai irama. Sebagai contoh
bunyi tapak kaki, bunyi degupan jantung, bunyi titisan air di sinki dan sebagainya. Semua
ini merupakan irama yang wujud disekeliling kita tanpa kita sedari dan kebanyakan ianya
berlaku setiap masa.. Dalam pendidikan seni, irama digambarkan sebagai sesuatu susunan
corak yang berulang dan susunan sekata yang mewujudkan pergerakan.
Kanak-kanak akan mula memahami sesuatu kemahiran yang berbentuk irama
sewaktu mereka melakukan aktiviti seperti melompat, bergerak ke kiri dan ke kanan,
menari, melukis corak dan sebagainya. Sebenarnya irama dapat meransang minda kanak-
kanak untuk memberikan tumpuan apa yang sedang dilakukan. Tanpa kehadiran muzik,
sudah semestinya sesuatu aktiviti itu menjadi hambar dan murid akan merasa cepat
bosan. Selain itu, kehadiran Irama dalam aktiviti yang dilakukan secara tidak langsung
menarik minat kanak-kanak untuk menyertai sesuatu aktviti dengan lebih seronok dan
bersemangat. Kanak-kanak akan merasa lebih seronok melakukan aktviti seperti
melompat sambil mengikut irama muzik.
Irama yang diaplikasikan dalam pengajaran akan menjadikan pelajar banyak
melakukan pergerakan dan secara tidak langsung, elemen yang ketiga dipenuhi. Elemen-
elemen seni dalam pengajaran ini menjadi satu hubung kait yang kukuh dalam
menjadikan pengajaran lebih efektif dan kreatif. Kanak-kanak akan menjadi lebih
terdorong untuk memahami sesuatu perkara secara seronok. Kesimpulannya, guru perlu
mengambil langkah dalam memanipulasikan elemen seni dalam pengajaran supaya
pengajaran mereka akan menjadi lebih berkesan.
Menurut Kenneth M.Lansing ( 1973 ) dalam bukunya Art, Artist dan Art
Education menyatakan bahawa aktviti pendidikan seni yang wujud boleh berfungsi
sebagai satu cabang komunikasi. Kebolehan guru dalam menyampaikan pengajaran dan
menggunakan kaedah yang betul akan dapat memenuhi keperluan. Selain itu, guru
perlulah memahami dan menghayati kurikulum dan menguasai Sukatan Pelajaran
Pendidikan Seni Visual. Kemahiran guru dalam mengolah sukatan pelajaran dengan
menumpukan kepada perkembangan pengetahuan dan peningkatan kemahiran tertentu
dengan menggunakan pelbagai pendekatan dan teknik yang sesuai. Seni Dalam
Pendidikan sebenarnya memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka alam
sekeliling mereka, yakni apa yang mereka lihat, sentuh,bergerak dan berfikir dalam setiap
aktviti pembelajaran yang mereka lakukan. Melalui cara ini, secara tidak langsung, ia
mengajar murid untuk menguruskan sumber imaginasi, kreativiti, pemikiran, serta emosi
dengan lebih efektif dan proaktif.
3.0 Kepentingan seni dalam pendidikan kepada pendidik
Seni dalam pendidikan adalah untuk membantu perkembangan menyeluruh
danseimbang setiap insan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selari
denganFalsafah Pendidikan Negara. Seni dalam pendidikan bermatlamat untuk
menyediakan guru permulaan sekolah rendah dengan pengetahuan dan kemahiran untuk
mengintergrasikan aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran pelbagai bidang matapelajaran lain. Melalui aktiviti ini, ianya akan
dapat mendorong kanak-kanak menggunakan imaginasi, ekspresi, inkuiri dan kecerdasan
pelbagai. Integrasi seni dalam pendidikan akan mambantu dan memudahkan lagi guru
dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengaplikasikan teori-
teori pembelajaran dalam proses tersebut terutama di sekolah rendah. Di antara faedah
dan kepentingan seni kepada seorang pendidik seperti:
1) Melahirkan guru yang kreatif, inovatif, peka, berpesonalti yang berketrampilan dan
professional.
Menurut Leonardo da Vinci iaitu seorang seniman, jurutera, anatomis dan saintis
menyatakan bahawa dengan penghayatan seni yang betul, ianya akan memotivasikan kita
untuk menjadi seorang guru yang kreatif, inovatif, peka,berpesonaliti yang seimbang,
berketrampilan dan professional. Guru yang kreatif dan inovatif mampu menarik
perhatian atau tumpuan pelajar untuk belajar dengan lebih yakin dan berkesan.
Contohnya melalui aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan, guru dapat membantu
murid-muridnya melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran dan mendorong kanak-
kanak menggunakan imaginasi, eksperesi, inkuiri dan kecerdasan kepada murid-murid
dan ini akan lebih menyeronokkan murid-murid tersebut.
2) Membantu guru melaksanakan dengan mudah proses pengajaran dan pembelajaran.
Seni membantu para guru dalam memahami diri dan
persekitaran. Aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan
memudahkan proses menghubungkait semua benda dalam alam
ini. Dengan demikian, seni dapat membantu untuk
mengaktifkan proses pembelajaran dan perpindahan
pembelajaran.
3) Guru senang mencapai objektif atau matlamat.
Integrasi seni visual, muzik dan pergerakan dengan pelajaran yang lain membantu
dalam mengimbangkan perkembangan otak kiri dan kanan. QuadrantConcept (1991) oleh
Hermann menunjukkan perkembangan otak kiri dan kanan,menyatakan bahawa seni
membantu pemikiran yang rasional dan intuitif seseorang terutama untuk guru agar
mereka dapat menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.
Justeru itu, dengan pengetahuan tentang keistimewaan seni, guru senang mencapai
objektif dan matlamat dalam pengajaran dan pembelajaran.
4) Guru dapat mempelbagaikan teknik dan strategi dalam pangajaran dan pembelajaran.
Dalam Teori Kecergasan Manusia, Gardner (1983) mengesyorkan bahawa terdapat
tujuh jenis kecergasan tetapi kebanyakkan sekolah memberi penekanan kecergasan
linguistik dan matematik sahaja.Kecergasan lain mungkin akan hilang.Teori ini
menyokong seni perlu diberi peranan yang penting dalam kurikulum, ini kerana manusia
memperolehi pengetahuan melalui pelbagai kecergasan dan juga melalui perbagai teknik
pengajaran. Oleh itu, guru hendaklah menggunakan pelbagai teknik dan strategi serta
kelebihan diri untuk menggalakkan murid mencapai objektif kendiri dalam melancarkan
lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Pendidikan Seni menyarankan strategi
pembelajaran yang bersepadu. Dalam setiap kegiatan seni perkara seperti pemupukan
nilai dan pemahaman unsur seni dihubungkaitkan dengan kemahiran asas seni. Cara
bekerja yang teratur, cermat dan selamat dalam proses membuat sentiasa ditegaskan
3.0 Faedah yang diperolehi melalui pembelajaran Seni Dalam Pendidikan ialah:-
1) Pengalaman optima melalui seni membawa kepada keyakinan diri dan kemahiran
belajar.
Selaras dengan sains dan teknologi, Seni Dalam Pendidikan dapat membantu
membina keupayaan bagi menangani perubahan pesat yang sedang berlaku pada hari ini.
Pengalaman yang diperolehi melalui seni sememangnya dapat mempengaruhi kehidupan
kita. Contohnya, dari segi warna yang kita suka dan warna baju yang kita pakai. Warna
yang lembut, terang ataupun gelap dapat mempengaruhi emosi dan tindakan kita
terhadap sesuatu perkara atau tindakan. Apabila kita menggunakan pilihan warna yang
lembut, ianya dapat member ikeyakinan dalam diri kita. Keyakinan akan membuka minda
untuk mendapatkan kemahiran yang kita pelajari.
2) Memperkembangkan kemahiran meneroka, pengalaman dan ekspresi.
Pengetahuan tentang teori-teori kesenian dapat membantu kita mengembangkan
lagi tahap kemahiran yang sedia ada. Pengaplikasian teori dalam pembelajaran dapat
membantu kita memudahkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Contohnya,
warna boleh menggambarkan peribadi dan tingkah laku seseorang individu.Justeru itu,
kemahiran meramal tingkah laku akan dapat dikenalpasti.
3) Menggalakkan pembelajaran seumur hidup secara menyeluruh.
Kreativiti semulajadi akan meransang proses pembelajaran. Ini menjurus kepada
keperluan masyarakat yang kompleks dan kompetitif.Seni banyak dihubungkaitkan
dengan personaliti, sosial, ekonomi dan kebudayaan. Oleh itu, seni mampu mempengaruhi
kita dalam membina sikap, keperibadian dan kemahiran intelektual mengikut kesesuaian
masyarakat masa kini. Seni dapat memupuk displin diri,mengukuhkan esteem kendiri
dan menggalakkan kemahiran berfikir dalam proses pengajaran dan pembelajaran
dengan lebih berkesan dan berterusan dan menyeluruh. Inilah yang dikatakan seni yang
dapat menggalakan pembelajaran seumur hidup secara menyeluruh.
4) Belajar cara belajar-aplikasi informasi secara berkesan.
Integrasi seni dengan pelajaran lain melengkapkan lagi perkembangan otak kiri
dan otak kanan, pada masa yang sama kanak-kanak belajar secara aktif dan
menyeronokkan. Melalui seni, kita dapat mempelajari cara orang lain berfikir, bekerja
dan mengekspresi kendiri. Justeru itu, seni dapat mempengaruhi kita untuk membuat
keputusan dalam pelbagai situasi. Pemerolehan ilmu seni dapat mambantu kita belajar
dengan lebih menyeronokkan dan mampu mengembangkan potensi individu dalam
meneroka, hubungkait idea dengan objek dan di antara pemikiran dengan perlakuan kita.
5) Penghubungkait, gerak hati, celik akal dan kecergasan Lateral Leaps
Bidang seni pendidikan menjurus kepada pengetahuan yang berupaya
meningkatkan kebolehan dalam memahami dengan gerak hati, membuat
taakulan,berimaginasi dan kepantasan dalam membentuk ekspresi dan komunikasi. Seni
juga adalah penghubungkait anatara kecergasan otak dan kesan tindakan seseorang.
Ianya memberi keupayaan dalam kemahiran berfikir seperti menyelesaikan masalah,
membuat analisis, sintaksis dan penilaian melalui perasaan, ekspresi dan imaginasi
5.0 Kesimpulan
Secara kesimpulannya, seni dalam pendidikan adalah sangat
penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini
kerana, pengajaran seni dalam pendidikan dapat memupuk
minat pelajar serta menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran menyeronokkan dan tidak lagi membosankan.
Oleh itu, guru harus mengaplikasikan seni dalam pengajaran
untuk memastikan penyampaian pengajaran guru tersebut
dapat merangsang kearah pembelajaran yang berkesan. Di
samping dapat mengalakkan pelajar bergerak aktif ketika
proses P&P ini berlangsung kerana tertarik dengan kaedah
yang digunakan ini.