Anda di halaman 1dari 15

Kesihatan mental

Kesihatan mental adalah berhubungkait dengan minda seseorang. Biasanya keadaan minda
yang baik akan menunjukkan kesihatan mental yang baik. Keadaan fizikal seseorang tidak
selalu mempunyai hubungan terus dengan kesihatn mental. Seseorang yang mempunyai
badan yang sihat tidak semestinya mempunyai kesihatan mental atau keadaan minda yang
baik.Kesihatan mental seseorang menunjukkan keadaan minda orang itu berdasar sikap dan
sifat yang ditonjolkan oleh orang itu. Mereka yang mempunyai mental yang sihat akan
mempunyai sikap yang positif dalam semua daya usahanya. Merka mempunyai keyakinan diri,
berdikari, tabah dan sabar apabila menghadapi sesuatu masalah. Mereka akan berfikir secara
rasional dan mengawal emosinya ketika menghadapi rintangan. Mereka juga tahu tentang
kebolehan diri, tidak malu meminta pertolongan jika perlu dan menolong orang lain. Semua nilai
ini mesti dipupuk sejak kecil lagi melalui tunjuk ajar ibu bapa, pendidikan agama dan pendidikan
moral.
Sebaliknya mereka yang mempunyai kesihatan mental yang kurang baik akan bersikap yang
negatif. Mereka tidak berani menghadapi masalah dan cepat mengaku kalah kerana kurang
yakin terhadap dirinya. Mereka juga cepat marah dan menyalahkan orang lain apabila
melakukan sesuatu kesilapan. Mereka sentiasa gelisah dan menglami tekanan hidup.







Definisi kesihatan mental
Definisi kesihatan mental yang ditakrifkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) adalah
kebolehan individu itu mengekalkan hubungan yang harmoni dengan orang lain, kebolehan
mengambil bahagian dalam aktiviti kemasyarakatan dan menyumbang kepadanya. Kesihatan
mental berkait rapat dengan kehidupan kita. Orang ramai sering mengaitkan kesihatan mental
dengan penyakit mental tetapi kenyataan ini adalah kurang tepat. Ia melibatkan kehidupan
harian yang merangkumi:
Memupuk perasaan, fikiran dan tingkahlaku yang positif dalam diri sendiri.
Kemampuan untuk berinteraksi secara sihat dengan orang lain, kumpulan dan
persekitarannya.
Bagaimana seseorang itu mengendalikan tanggungjawab, masalah dan tekanan yang
timbul dari kehidupan harian.
Boleh memenuhi keperluan dan kehendak badan dan merasa diri selamat .





























Seseorang yang mempunyai kesihatan mental yang baik akan menunjukkan cirri ciri mental
yang baik . berikut adalah contoh individu yang memiliki kesihatan mental yang baik :
Menyedari kelemahan dan kekuatan diri sendiri.
Berupaya mengawal perasaan.
Sanggup menerima kegagalan.
Mampu menghindari kegiatan yang tidak bermoral.
Menghargai diri sendiri dan terhadap orang lain
Mampu berkomunikasi secara berkesan dengan orang lain.
Mampu memberi dan menerima kasih sayang.
Tahu menghargai dan mempercayai orang lain.
Dapat menerima pendapat orang lain secara terbuka.
Berupaya menghadapi dan menyelesaikan masalah.
Mampu mengatasi konflik dengan bijak.
Mampu membuat keputusan untuk diri sendiri.
Bersedia mendapatkan pertolongan sekiranya gagal menyelesaikan masalah harian.

























Definisi
Penyakit mental: adalah istilah umum yang merujuk kepada sekumpulan penyakit-penyakit
mental. Seseorang yang mendapat penyakit mental mengalami gangguan fungsi mentalnya.
- Penyakit mental boleh bersifat sementara dan boleh berulang-ulang di sepanjang hayat
seseorang.

Pada umumnya penyakit mental boleh dibahagikan kepada dua kumpulan ;
i. Penyakit-penyakit psikosis.
ii. Penyakit-penyakit bukan-psikosis (neurosis)

1. Penyakit Psikosis
- Kehilangan hubungan dengan alam nyata. Mereka merasai persekitarannya berbeza dengan
orang yang normal.
- Apa yang mereka lihat, dengar dan rasai sebagai sesuatu yang benar tetapi tidak dialami oleh
orang di sekitarnya.
- Pesakit mungkin bertindak di atas apa yang dialami dan tingkahlakunya mungkin kelihatan
luar biasa sehingga rang-orang yang tidak biasa melihatnya sebagai sesuatu yang
menakutkan.
- Diantara penyakit-penyakit jenis ini termasuklah skizofrenia dan psikosis manik depresif.










2. Penyakit-penyakit Bukan Psikosis
- Mungkin kita pernah mengalami perasaan sedih, resah dan tertekan. Pengalaman ini
merupakan pengalaman biasa dalam kehidupan kita.
- Apabila perasaan biasa ini dan tingkahlaku tertentu berlaku secara berlebihan, tidak terkawal
dan berlarutan sehingga mengganggu kehidupan seseorang dalam menjalani aktiviti harian,
hubungan dengan orang lain dan keupayaan seseorang untuk menikmati keseronokan hidup, ia
mungkin mengalami salah satu penyakit mental jenis bukan psikosis (neurosis).
- Di antara penyakit-penyakit jenis ini termasuklah fobik (ketakutan yang tidak berasas),
keresahan (anxiety), kemurungan (depression) dan obsessif kompulsif.





































Faktor faktor yang menyebabkan seseorang menghidapi sakit jiwa adalah multifactorial :


1. Faktor dari luar :-

a) Fizikal
Infeksi seperti T.B
Jangkitan daripada bacteria mycobacterium tuberculosis yang bole
menyebabkan kerosakkan sistem saraf di otak untuk berfungsi dengan
baik. memberi kesan terhadap pemikiran pesakit .

Intoksikasi seperti dadah
Pengambilan dadah yang berlebihan akan menyebabkan seseorang tidak
mampu berfikir dengan waras . segala tindak tanduk mungkin menjadi pasif
ataupun agresif . ini memperlihatkan pesakit seperti mengalami penyakit
jiwa .

Kurang pemakanan (malnutrition )
Pemakanan yang seimbang dapat membantu dalam perkembangan
seseorang individu . jika seseorang tidak dapt memenuhi keperluan nutrisi
sejak kecil , ini akan menggangu perkembangan otak seseorang itu .



Anoxia
Keadaan ini adalah kurangnya pengaliran darah ke otak mungkin
disebabkan oleh beberapa keadaan . ini akan mengakibatkan tiada bekala
osigen ke otak . akan menyebabkan otak tidak mampu berfungsi dalam
jangka masa yang lama .





b) Psiko sosial
Sosio budaya
Persekitaran yang sihat penting dalam memastikan mental seseorang itu
sentiasa sihat . tekanan dari pesekitaran yang mungkin datang dari budaya
kaum itu sendiri juga banyak memberi faktor penyakit mental itu terjadi .

Bimbingan keluarga
Sebuah keluarga di pandang sebagai role model terhadap anak anak dan
seterusnya kepada masyarakat . jika di dalam sebuah keluarga itu
menghadapi pelbagai masalah untuk memberi bimbingan dan kasih sayang
, ini akan menyebabkan tekanan yang cukup kuat kepada individu yang
terlibat . justeru , menyebabkan kejadian penyakit jiwa itu mudah di dapati
terhadap individu tersebut .

Konflik
Konflik boleh didapati dimana mana sahaja . di rumah , sekolah , tempat
kerja dan persekitaran . bagi seorang individu yang mempunyai mental
yang sihat . konflik ini dapat di selesaikan dengan baik . namun bagi
pesakit psikiatri , ini akan memberikan tekanan lalu menggalakkan penyakit
psikiatri itu terjadi .

Kematian
Kehilangan seorang yang amat di sayangi akan memberikan kesan yang
sangat hebat dalam hidup seseorang . seseorang individu itu akan
mengalami fasa depresi dan ini juga adalah tanda tanda psikiatri jika
tidak di beri rawatan ataupun kauseling dari awal .


2. Faktor dari dalaman
a) Genetic
Specific genes
Chromosomal anomalies ( kromosom berlainan)
Biochemical anomalies ( biokimia berlainan)
b) Autonomik
Personality
Personaliti sangat penting dan memainkan peranan untuk seseorang itu
membiasakan diri dengan keadaan sekeliling . jika seseorang itu sentiasa
berfikiran negetif dan tidak suka bergaul ini akan mendatangkan masalah
terhadap diri individu itu sendiri .
Temperament
Ini lebih kepada seseorang yang mudah dipengaruhi oleh perasaan sendiri
. keadaan ini selalunya tidak baik kerana akan menyebabkan seseorang itu
membuat spekulasi sendiri dan mungkin akan menyebabkan seseuatu
keadaan yang bercanggah dengan persekitaran . ini akan mendatangkan
tekanan pada individu itu sendiri .











Manifestasi klinikal atau tanda tanda psikosis


1.Halusinasi
Halusinasi didefinisikan sebagai persepsi indera tanpa adanya rangsangan eksternal yang
mungkin termasuk sensasi sederhana (seperti lampu, warna, rasa, dan bau) seperti melihat dan
berinteraksi dengan haiwan sepenuhnya terbentuk dan manusia, mendengar suara, dan
memiliki sensasi taktil kompleks.
Halusinasi Auditory, terutama pengalaman mendengar suara-suara, adalah fitur umum dan
sering menonjol dari psikosis. Suara halusinasi mungkin seperti kedengaran suara. Halusinasi
auditori cenderung menjadi sangat menyedihkan ketika mereka merendahkan, memerintah
atau preoccupying. Namun, pengalaman mendengar suara-suara tidak perlu selalu yang
negatif.
2.Delusi
Psikosis mungkin melibatkan keyakinan delusi, beberapa di antaranya paranoid di alam. Karl
Jaspers telah diklasifikasikan ke dalam delusi psikotik''utama''dan''sekunder''jenis.Delusi primer
didefinisikan sebagai yang timbul tiba-tiba dan tidak difahami dalam hal proses mental yang
normal, sedangkan delusi sekunder dapat dipahami sebagai dipengaruhi oleh latar belakang
seseorang atau situasi saat ini (misalnya, orientasi etnis atau seksual, keyakinan agama,
kepercayaan takhayul).






3. Gangguan pemikiran
Gangguan pemikiran menggambarkan gangguan yang mendasarkan pemikiran sedar dan
diklasifikasikan sebagian besar oleh kesan pecakapan dan penulisan .Orang yang terkena
menunjukkan rendahnya asosiasi, iaitu, pemutusan dan disorganisasi dari isi semantik
berbicara dan menulis. Gangguan pemikiran ini akan menyebabkan pesakit kelihatan gelisah
dan tertekan
4. Skala
Skala Penilaian Brief Psychiatric (BPRS) menilai tingkat dari 18 konstruksi gejala psikosis
seperti permusuhan, kecurigaan, halusinasi, dan kemegahan. Hal ini didasarkan pada temubual
doctor bersama pesakit dan pengamatan perilaku pesakit selama 2-3 hari sebelumnya.
Keluarga pesakit juga dapat memberikan laporan perilaku di rumah .
5. Menyendiri / depress
Keadaan ini adalah simptom- simptom yang biasa ditunjukkan oleh pesakit . oleh kerana
mereka tidak mampu berfikir dengan waras , mereka lebih selesa dengan dunia mereka sendiri
. keadaan ini juga akan menyebabkan pesakit lebih depress kerana terlalu memikirkan tentang
pekara yang mendatangkan tekanan padanya . persekitaran amat memainkan peranan bagi
mengelakkan pekara ini terjadi .
6. Ansomnia
Kesukaran atau gangguan untuk tidur juga biasa dialami oleh pesakit psikosis . keadaan ini
amat dirisaukan kerana ada pesakit yang tidak tidur sepanjang hari kerana mungkin
menghadapi gangguan semasa hendak tidur . dalam waktu yang sama , ini akan mengganggu
waktu rehat pesakit dan menyebabkan tekanan yang lebih dalam . rawatan sedative perlu
diberikan bagi memberi peluang kepada pesakit untuk tidur dan berehat .


Pencegahan yang perlu dilakukan dalam psikiatri :

1. Pencegahan primer

Dalam menjalankan pencegahan dari segi primer ini ianya lebih kepada memperbaiki
persekitaran dan sosial . ia juga berkenaan dengan emosi dan fizikal . dalam pencegahan
primer ini perlu di mulakan dari rumah kerana permulaan kepada segala pendedahan dalam
kehidupan seharian . keluarga juga perlu memainkan peranan yang besar dalam membentuk
jati diri seseorang individu .
Selain itu , pencegahan primer perlu juga diambil ketika di sekolah . persekitaran sekolah
perlulah lebih kondusif dan aktiviti aktiviti yang menggalakkan perkembangan pemikiran
kanak-kanak dan remaja sewaktu di sekolah . ini dapat membantu individu membiasakan diri
dari aspek sosial, emosi dan fizikal .
2. Pencegehan sekunder
Dalam melaksanakan pencegahan sekunder ini , ianya lebih kepada bagaimana kakitangan
kesihatan dapat membantu dalam mencegah psikiatri ini di dalam masyarakat . antaranya ,
agensi agensi seperti klinik bergerak dan lain lain perlu mengesan awal penyakit dalam
kalangan masyarakat di kawasan pedalaman selain dari memberi pertolongan .
Unit Penyakit Mental di Hospital Besar boleh melakukan rawatan kepada pesakit dalam jangka
masa yang pendek untuk memastikan keadaan pesakit terkawal . selain itu , menggunakan
rawatan moden seperti ubat ubatan baru seperti Electro Convulsive Therapy (ECT) dan
rawatan psikologikal .








3. Pencegahan tertiari
Selain dari pencegahan primer dan sekunder , pencegahan tertiary juga adalah penting bagi
memastikan penyakit ini mamapu dicegah di peringkat awal . antara cara yang sesuai adalah
pihak pihak yang bertanggungjawab perlu menyediakan kemudahan kemudahan untuk
pesakit menghadiri aktiviti aktiviti sosial bersama masyarakat .
Selain itu , kemudahan perlu ditingkatkan di pusat pusat pemulihan Harian bagi memberi
keselesaan kepada pesakit dengan suasana sekeliling yang lebih kondusif . kehadiran pesakit
luar juga perlu diambil kira untuk memjayakan rawatan dari segi berkelompok dan
menggalakkan mereka mengambil bahagian dalam aktiviti- aktiviti bersama persatuan pesakit
pesakit lama .
Mengambil perubatan sekiranya perlu , memantau penyeliaan rawatan dan sosial oleh
Juruwarat Masyarakat . ini dapat mengurangkan jangkamasa penyakit mental dan kejadian
relapse melalui dengan mengurangkan stress dari keluarga atau pun masyarakat .































Kawalan psikosis


Kawalan diri bermaksud kebolehan mengawal impuls, menggunakan keseronokan sementara,
melewatkan ganjaran (untuk mengawal) reaksi dan mempunyai toleransi terhadap kekecewaan.

1. Kaunseling
Kaunseling boleh membantu pesakit memahami keadaan diri dan perasaannya dengan
lebih mendalam. Rawatan ini diberikan secara pesakit luar. Seseorang itu mungkin
memerlukan beberapa sesi kaunseling sebelum mendapat kesan rawatan. Jumlah sesi
kaunseling bergantung kepada jenis penyakit / keperluan seseorang.
2. Kerja sosial
Seorang pesakit yang masih mampu mengawal keadaan penyakitnya masih mampu berada
dalam kalangan masyarakat. Dengan menggalakkan pesakit menjalankan kerja kerja sosial
seperti bergotong royong , memasakkan beramai ramai , menghasilkan produk kraf
tangan . ini dapat membantu pesakit melupakan segala masalah yang boleh mendatangkan
tekanan sekali gus menyebabkan relapse berlaku kepada pesakit .
3. Kawalan psikotropik
Ubat-ubatan antipsikotik boleh mengurangkan atau menghapuskan gejala-gejala psikosis.
Sementara ubat-ubatan jenis lain boleh mengurangkan tekanan, kemurungan dan
keresahan (anxiety) sehingga pesakit dapat mengendali gejala-gejala penyakitnya dengan
lebih baik. Sebahagian ubatan jenis ini mengambil masa yang agak lama sebelum memberi
kesan.
4. Rawatan tingkahlaku
Rawatan jenis ini memberi tumpuan kepada membantu pesakit mengubah cara berfikir atau
tingkahlaku yang tertentu yang mengganggu dan menimbulkan gejala penyakit. Teknik
releksasi adalah merupakan satu contoh rawatan jenis ini.