Anda di halaman 1dari 11

NOR BAHIYAh

________________________________________________________________________
Soalan 1
Pedagogi bestari ialah satu bentuk pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang
mengintegrasikan elemen-elemen bestari dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Dengan
menggunakan peta minda ataupun borang pengurusan grafik (GO) yang anda ketahui,
bincangkan salah satu elemen daripada komponen pengurusan pembelajaran bestari iaitu
berkaitan dengan kemahiran generik.

Pedagogi bestari ialah satu pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang mengintegrasikan elemen-
elemen bestari dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran sesuatu tajuk pelajaran. Satu daripada
komponen pengurusan pembelajaran bestari ialah kemahiran generic seperti rajah di bawah.

1
HBML 2203
PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN
PENGAJARAN BAHASA MELAYU
NOR BAHIYAh
________________________________________________________________________
Generik menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (391:2002), merupakan sesuatu yang umum atau
berkaitan dengan ciri-ciri khusus yang dimiliki oleh sesuatu kelompok atau golongan. Kemahiran
generik merupakan antara komponen kepada pengendalian atau pengurusan pembelajaran bestari. Ia
mestilah digunakan oleh guru-guru dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Istilah kemahiran generik
di negara lain dapat diperincikan di jadual di bawah.

Pada asasnya kemahiran generik diperlukan kerana sebab-sebab berikut:


• Keperluan untuk sentiasa berdaya saing
• Keperluan untuk mendapatkan ilmu baru dalam dunia berasaskan ilmu (k-world) sekarang ini
• Keperluan untuk bersosial dan berinteraksi dalam dunia yang serba kebergantungan
• Keperluan tempat kerja

Terdapat lima elemen bestari dalam kemahiran generik. Kemahiran-kemahiran itu ialah kemahiran
berfikir, kemahiran belajar, kemahiran mentaksir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi dan
akhir sekali kemahiran fasilitator. Penjelasan aspek kemahiran generik boleh dilihat dengan jelas di
peta minda di muka surat berikut.

2
HBML 2203
PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN
PENGAJARAN BAHASA MELAYU
NOR BAHIYAh
________________________________________________________________________
PETA MINDA
KEMAHIRAN GENERIK

SKANNING BACAAN
INTENSIF
MEMBUAT MENYELESAIKAN
KEPUTUSAN MASALAH
SKIMMING BACAAN
INDIVIDU/ LAJU
KUMPULAN
KREATI
F KEMAHIRAN
MEMBACA
KRITIS
JENIS-JENIS KEMAHIRAN
KEMAHIRAN KEMAHIRAN MENCATAT
KEMAHIRAN FASILITATOR MENDENGAR NOTA
BERFIKIR AKTIF

KEMAHIRAN KEMAHIRAN
PENGURUSAN BERFIKIR KEMAHIRAN MENULIS
GRAFIK KEMAHIRAN BELAJAR

GENERIK
KEMAHIRAN
PETA MINDA JENIS MENEMURAMA
ALAT –ALAT KEMAHIRA H
BERKIKIR N
JENIS MEMBUAT
SOALAN KEMAHIRAN
SOALAN DAN RUJUKAN
KEMAHIRAN MENGINGAT
PENYOALAN KEMAHIRAN MENTAFSIR
ARAS TMK DAN KEMAHIRAN
SOALAN MENILAI MEMPROSES JANGKA
MAKLUMAT PANJANG

LINGKARAN TUTORIAL
SOALAN KONTRAK PERISIAN JANGKA
PEMBELAJAR KURSUS PENDEK
AN
PENEROKAA
N
KOMUNIKA
SI PORTFOLIO PENILAIAN MELALUI
PEMERHATIAN

APLIKASI
3 KENDIRI
PEMERHATIA PENILAIAN PROJEK
N HBML 2203
PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN
PENGAJARAN BAHASA MELAYU
UJIAN PENTAKSIRAN MODULAR
NOR BAHIYAh
________________________________________________________________________
Soalan 2
Dengan memberikan contoh serta butiran yang lengkap, rancang satu set rancangan
pengajaran harian (RPH) yang berkaitan dengan pengajaran Bahasa Melayu Tahun
5 dengan menekankan kepada pengintegrasian pedagogi bestari serta kemahiran-
kemahiran teknologi maklumat yang sesuai.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


BAHASA MELAYU
TAHUN 5
Tarikh : 30 September 2009
Masa : 8.00 – 9.00 pagi (60 minit)
Tahun : 5 Melati
Tajuk : Pencemaran Alam Sekitar
Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat;
i) Membaca dengan sebutan dan intonasi yang betul.
ii) Mengenal pasti sebab dan akibat berlakunya pencemaran
dan menyusun dalam bentuk grafik.
iii) Menentukan tindakan yang tepat perlu diambil bersesuaian
dengan situasi.
Kemahiran bahasa : Membaca, mendengar, bertutur dan menulis.
Sistem bahasa : Morfologi – Kata majmuk
Sintaksis – Ayat majmuk
Ilmu : Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dan Sains

Nilai : Kerjasama, Yakin, Bersungguh-sungguh,Tekun


Kemahiran Generik : 1) Kemahiran Berfikir
2) Kemahiran Belajar
3) Kemahiran Mentaksir dan Menilai
4) Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah melihat pencemaran alam sekitar

4
HBML 2203
PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN
PENGAJARAN BAHASA MELAYU
NOR BAHIYAh
________________________________________________________________________
Bahan Sumber P&P: Lembaran Syarahan yang bertajuk “Pencemaran Alam Sekitar”,
Borang Pengurusan Grafik, slaid PowerPoint
Prosedur Pelaksanaan Kemahiran Generik Ilmu/Nilai
Set Induksi/ 5 minit
1) Guru menayangkan slaid gambar Kemahiran Belajar: Tanggungjawab
kesan pencemaran alam sekitar. menyoal
2) Guru bersoaljawab dengan murid
tentang gambar yang dilihat. Kemahiran berfikir:
- Apakah yang kamu dapat lihat dalam menghubung kait
gambar yang dipaparkan?
- Pernahkah kamu melihat atau
mengalami situasi seperti ini?
- Apakah punca berlakunya bencana ini?
3) Jawapan murid dikaitkan dengan tajuk
pelajaran hari ini.
“Pencemaran Alam Sekitar”

Langkah 1 / Masa 15 minit


1) Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan Kemahiran belajar bersungguh-
kecil yang terdiri daripada 5 orang. Setiap membaca sungguh
murid diberikan petikan syarahan Ilmu:
bertajuk “Pencemaran Alam Sekitar” Sains
(rujuk lampiran)
2) Murid membaca secara senyap. Kemahiran belajar: Tekun
Membaca secara
skimming

3) Guru memilih 4 orang murid untuk


membaca petikan secara kuat dan murid berani
lain mengikut bacaan murid tersebut..
Langkah 2 / Masa 10 minit

5
HBML 2203
PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN
PENGAJARAN BAHASA MELAYU
NOR BAHIYAh
________________________________________________________________________
1) Murid diminta mengenal pasti kata Kemahiran belajar: Yakin
majmuk yang terdapat di dalam teks. membaca, menulis dan
Contohnya; mengingat
a) Guru Besar Kemahiran berfikir
b) muka bumi mengelaskan
c) harta benda
d) banjir kilat
e) tanah runtuh
2) Murid membina ayat majmuk daripada
kata majmuk yang telah disenaraikan.
3) Berbincang untuk mengesan ayat yang
telah dibina betul dan tepat.

Langkah 3 / Masa 15 minit


) Di dalam kumpulan, murid dikehendaki Kemahiran berfikir:
berbincang untuk melengkapkan borang kritis Kerjasama
pengurusan grafik seperti yang pengurusan grafik
dipaparkan oleh guru melalui LCD.
2) Murid diminta mencari maklumat Kemahiran
penting yang terdapat di dalam teks. fasilitator: Tekun
Maklumat yang perlu dicari: membimbing dan
a) Tajuk - memerhati
b) Punca - Kemahiran belajar
c) Kesan - membaca
d) Mesej yang hendak disampaikan -
e) Nilai/pengajaran -
3) Kumpulan murid yang telah
melengkapkan jawapan, hendaklah Kemahiran TMK:
mengisi borang pengurusan grafik ke Aplikasi PowerPoint
dalam komputer.
5) Wakil kumpulan diminta
6
HBML 2203
PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN
PENGAJARAN BAHASA MELAYU
NOR BAHIYAh
________________________________________________________________________
membentangkan hasil tugasan mereka.
Langkah 4 /Masa 12 minit Yakin
1) Wakil kumpulan diminta Kemahiran
membentangkan hasil tugasan mereka Fasilitator:
2) Guru dan murid berbincang mengenai Individu
jawapan yang diberikan oleh rakan Kemahiran Mentaksir
mereka. dan menilai:
Penilaian kendiri

Penutup / Masa 3 minit


1)Murid membuat rumusan tentang tajuk Kemahiran
yang telah dipelajari dengan bimbingan Fasilitator: Bertanggungjawab
guru. Membimbing Ilmu:
2) Guru membuat rumusan tentang nilai- Kemahiran Berfikir: Pendidikan Sivik
nilai yang perlu diserap sebgai Membuat keputusan dan
warganegara yang bertanggungjawab Kewarganegaraan
untuk memastikan alam sekitar tidak
tercemar.

Bibliografi

Asraf. (2007). Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.
7
HBML 2203
PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN
PENGAJARAN BAHASA MELAYU
NOR BAHIYAh
________________________________________________________________________

Hj. Ismail Hj. Zakaria, Salmah Othman & Elly Chong. (1992). Kemahiran Membaca
Dalam Asas Kemahiran Berbahasa KBSR. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum


Bersepadu Sekolah Rendah Tahun 5 Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pusat
Perkembangan Kurikulum.

Mohd Nasar Sukor, Zainal Arifin Yusof, Kamarudin Jeon, Khadijah Yusuf. (2007).
Bahasa Malaysia Tahun 5 Buku Teks. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Nasar Sukor, Zainal Arifin Yusof, Kamarudin Jeon, Khadijah Yusuf. (2007).
Bahasa Malaysia Tahun 5 Buku Panduan Guru. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Tuan Jah Tuan Yusof. (2007). Pembestarian Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa
Melayu. Kuala Lumpur: Open Universiti Malaysia.

8
HBML 2203
PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN
PENGAJARAN BAHASA MELAYU
NOR BAHIYAh
________________________________________________________________________

LAMPIRAN

9
HBML 2203
PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN
PENGAJARAN BAHASA MELAYU
NOR BAHIYAh
________________________________________________________________________
PETIKAN

Selamat pagi saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, Tuan Guru Besar, Guru-guru
Penolong Kanan, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan murid-murid
sekalian. Pada pagi yang mulia ini, saya akan menyampaikan sebuah syarahan yang
bertajuk “Langkah-langkah Untuk Mengatasi Pencemaran”.

Kita sering berasa kesal dan berkata bumi kita sudah tercemar. Kita sering
menuding jari ke arah orang lain. Sedarkah kita bahawa kita juga terlibat dan menjadi
penyumbang ke arah pencemaran alam yang serius ini? Oleh itu, marilah kita bersama-
sama berusaha untuk mengatasi pencemaran.

Murid-murid yang dikasihi,


Mula-mula, saya ingin memperkatakan pencemaran air. Kerajaan harus mengawal
sikap orang ramai yang membuang sampah ke dalam sungai. Mereka perlu dikenakan
tindakan undang-undang. Kita juga boleh mengadakan kempen dari semasa ke semasa
melalui media massa dan media cetak.

Tuan-tuan dan puan-puan,


Hutan-hutan yang menjadi tadahan air perlu dipulihara. Janganlah menebang
hutan dengan sewenang-wenangnya. Jika kita melihat ada pihak-pihak yang menebang
hutan sesuka hati, kita mestilah melaporkan kejadian ini kepada pihak yang berkuasa.
Janganlah dibiarkan perkara seperti ini berterusan.

10
HBML 2203
PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN
PENGAJARAN BAHASA MELAYU
NOR BAHIYAh
________________________________________________________________________
Tuan-tuan dan puan-puan,
Masalah yang berlaku disekeliling kita perlukan perhatian kita. Tanamkanlah
tekad bahawa kita akan bertindak sekiranya ada orang menceroboh hutan dengan sesuka
hati. Beritahu rakan-rakan sekeliling kita supaya sama-sama menjaga bumi kita ini.

Saya sudahi syarahan saya dengan satu peringatan. Jika kita mahu alam kita
bersih, jadilah warga alam yang bertanggungjawab , bukan hanya pengguna yang hanya
merosakkan alam. Pilihan ada di tangan kita. Terpulanglah kepada kita untuk
menentukan yang mana baik dan yang mana buruk.

Sekian, terima kasih.

11
HBML 2203
PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN
PENGAJARAN BAHASA MELAYU

Anda mungkin juga menyukai