Anda di halaman 1dari 10

NOR BAHIYAH

_________________________________________________________________________________________________________________
Soalan 1
1.0 PENGENALAN

Rekacipta adalah penghasilan produk baru atau pengubahsuaian produk yang mempunyai
nilai komersial dan memenuhi keperluan serta kehendak pengguna. Keperluan manusia
semakin berubah , reka cipta menjadi semakin penting untuk memenuhi permintaan pengguna
yang semakin kompleks. Dalam kehidupan, pengguna sering menghadapi masalah
penggunaan suatu alat / barang sama ada di sekolah atau rumah. Oleh itu, kita sentiasa
mencari jalan untuk menyelesaikan masalah ini dan salah satu cara ialah melalui reka cipta.

Tugasan ini telah meminta saya merekaciptakan satu alat/barang yang boleh membantu
menyelesaikan suatu masalah yang sering anda /masyarakat hadapi di mana-mana contohnya
di rumah, sekolah dan lain-lain.
Reka cipta saya dinamakan “BERUS BERSPRAY” merangkumi proses-proses berikut:
PROSES MEREKA CIPTA
I . PENGENALPASTIAN MASALAH
Penyataan masalah
a)Masalah
Walaupun terdapatnya mesin basuh, penggunaan berus kain masih perlu untuk memberus
kotoran degil, kasut dan sebagainya. Pengguna perlu memegang sabun berbuku sambil
memberus kain. Semasa memberus, kadangkali sabun berbuku pula mengalir bersama air
sehingga menyebabkan pengguna perlu tercari-cari sabun berbuku tadi. Ini boleh
melambatkan kerja. Selain dari itu, terdapat pengguna yang gemar menggunakan cecair
pencuci tetapi menuang dengan kadar tidak sesuai kepada bahan yang hendak dicuci. Ini
mengakibatkan pembaziran.
b)Penyataan masalah
1) Sabun berbuku terpaksa bergilir dipegang bersama berus kain.
2) Kadangkala tercari-cari sabun yang mengalir bersama air.
3) Menuang cecair pencuci berlebihan untuk cucian tangan.

___________________________________________________________________________
1
HBLS 2203
REKA CIPTA DAN LUKISAN TEKNIK
NOR BAHIYAH
_________________________________________________________________________________________________________________
c)Penyelesaian Masalah
1) Mencipta sebuah berus kain yang boleh mengalirkan cecair pencuci dengan kadar
yang tepat.
2) Menyelesaikan masalah sabun berbuku yang terpaksa bergilir dipegang yang
melambatkan kerja mencuci.
Mengumpul Maklumat dan Data
Selepas mengenal pasti alternetif yang dapat menyelesaikan masalah, saya mengumpul
maklumat dan dat yang berkaitan dengan barangan yang akan dihasilkan. Pengumpulan data
dibuat melalui:
a) Pengalaman sendiri
Saya membuat kajian dan perbandingan produk di pasaran bagi mendapat maklumat lanjut
tentang reka bentuk , kemasan, dan bahan yang digunakan untuk menghasilkan projek.
Saya telah membuat kajian tersebut di Tesco , Taiping pada 18 Oktober 2009.

b) Pemerhatian
Saya juga telah membuat pemerhatian tentang penggunaan berus kain dan berfikir cara
untuk membaiki produk tersebut untuk memudahkan tugas memberus kain.
c) Melayari internet
Saya telah melayari internet dan mendapat beberapa maklumat tambahan. Antaranya di
www.tradeindia.com , http://www.spraynozzle.com.au/an.html dan sebagainya
d) Bimbingan tutor
Saya telah pun berbual dengan tutor untuk mendapatkan khidmat nasihat. Saya telah
membuat panggil telefon antaranya pada 17 Oktober 2009 untuk mendapatkan maklumat
tentang idea dan maklumat. Selain dari itu, saya juga berbincang dengan tutor semasa
kelas tutorial.

___________________________________________________________________________
2
HBLS 2203
REKA CIPTA DAN LUKISAN TEKNIK
NOR BAHIYAH
_________________________________________________________________________________________________________________
Menyenaraikan Pelbagai Idea Penyelesaian Masalah
Saya telah melakar beberapa lakaran bebas sebagai idea penyelesaian masalah yang dihadapi.
Berikut disenarai beberapa lakaran tersebut:

Lakaran 1 Lakaran 2

Lakaran 3 Lakaran 4

Lakaran 5

___________________________________________________________________________
3
HBLS 2203
REKA CIPTA DAN LUKISAN TEKNIK
NOR BAHIYAH
_________________________________________________________________________________________________________________
II. PEMILIHAN IDEA
Setelah pelbagai lakaran idea dibuat, akhirnya idea “BERUS BERSPRAY” yang dipilih .
Lakarannya adalah seperti berikut:

___________________________________________________________________________
4
HBLS 2203
REKA CIPTA DAN LUKISAN TEKNIK
NOR BAHIYAH
_________________________________________________________________________________________________________________

III. PEREKAAN PROJEK


Berikut disediakan lakaran selengkapnya

Lukisan Ortografik
___________________________________________________________________________
5
HBLS 2203
REKA CIPTA DAN LUKISAN TEKNIK
NOR BAHIYAH
_________________________________________________________________________________________________________________

Lukisan isometrik

___________________________________________________________________________
6
HBLS 2203
REKA CIPTA DAN LUKISAN TEKNIK
NOR BAHIYAH
_________________________________________________________________________________________________________________

IV. PEMILIHAN REKA BENTUK


Pemilihan idea tersebut dibuat dengan mengambil kira faktor-faktor berikut:
a) keupayaan sendiri
Projek ini agak ringkas memandangkan tempoh yang diperuntukkan untuk menyediakan
projek hanya kurang 2 bulan. Selain dari itu , projek ini juga sesuai dengan kemampuan dan
keupayaan yang ada pada saya.
b) keistimewaan produk
Produk ini menggunakan fungsi “spray” untuk menyembur cecair pencuci mengikut kadar
yang dikehendaki oleh pengguna dengan tepat. Ini dapat mengelakkan pembaziran. Selain
dari itu, lantai untuk ruang pengisian cecair pencuci juga sengaja direka berbentuk condong
untuk memudahkan cecair tersebut masuk ke dalam salur keluar pencuci.
c) bahan dan komponen yang mudah didapati
Berus yang diperbuat daripada plastik ini amat mudah dihasilkan. Menurut Lynch (1966) ,
acuan plastik lebih mudah dibentuk dan boleh terus digunakan. Bahan yang diperbuat
daripada plastik ringan dan ini memudahkan kerja memberus.
d) Menyelesaikan masalah
Dengan perekaan projek tersebut, mudahlah kini saya untuk memberus kasut atau kotoron
degil yang ada pada baju. Selain dari itu, berus tersebut juga boleh digunakan untuk mencuci
lantai dan lain-lain kegunaan yang sesuai.
e) Cara pembuatan berus ini juga amat mudah dan bersesuaian
V. PERANCANGAN PEMBINAAN PROJEK
a) Bahan dan kesesuaian
Bahan yang digunakan untuk membuat berus berspray ini ialah

1) Resin Plastik 2) Getah (membuat saluran paip) 3) Acuan CNC

___________________________________________________________________________
7
HBLS 2203
REKA CIPTA DAN LUKISAN TEKNIK
NOR BAHIYAH
_________________________________________________________________________________________________________________

b)Memilih Alatan
Alatan yang digunakan untuk membentuk berus dan getah paip tersebut ialah acuan .
c) Membuat Jadual Kerja dan Mengira Kos Pengeluaran
Jadual kerja untuk penghasilan berus berspray adalah ditunjukkan di bawah ini.
Bil Aktiviti Minggu
1 2 3 4 5 6 7 8
1. Mengenal pasti masalah /
2. Mengumpul maklumat dan idea /
3. Menjana idea-melakar dan memilih / /
projek
4. Perancangan dan pembinaan projek / /
5. Pemasangan, pengujian dan / /
pengubahsuaian

Kos bahan berdasarkan 100 unit keluaran


a) Kos bahan
Bahan Ukuran Kuantiti (unit) Kos seunit (RM) Jumlah (RM)
Resin Plastik 20 kg 100 1.20 120.00
Getah 10 liter 100 0.10 10.00
Jumlah 130.00

b) Kos upah
Bilangan pekerja x jam bekerja x kadar sejam
= 2 orang x 30 jam x RM 4.00
= RM 240.00
c) Kos overhead
Kos elektrik = RM 30
Kos air = RM 10
Jumlah = RM 40
d) Kos Pengeluaran = bahan +kos upah+kos overhead
= RM 130 + RM 240+ RM 40 = RM 410.0
e) Kos pengeluaran satu unit projek
Jumlah kos pengeluaran (kos bahan +kos upah+kos overhead) / Jumlah unit pengeluaran

___________________________________________________________________________
8
HBLS 2203
REKA CIPTA DAN LUKISAN TEKNIK
NOR BAHIYAH
_________________________________________________________________________________________________________________
= RM 410 / 100
= RM 4.10

VI. PEMBINAAN, PENGUJIAN DAN PENGUBAHSUAIAN PROJEK


Proses Pembinaan
Bil Bahagian Teknik Pembuatan
1. Berus kain Dibentuk mengikut acuan yang dikehendaki
2. Getah paip Dibentuk mengikut acuan yang dikehendaki.

Berus kain dan paip getah dicantumkan untuk menjadi berus berspray.
Pengujian
1) Pengujian dilakukan terhadap berus berspray. Terdapat beberapa kelemahannya iaitu:
a) terdapat banyak lebihan plastik (burr) .

Pengubahsuaian Projek
Bil Kelemahan Pengubahsuaian Projek
1. Terdapat banyak lebihan plastik Sukatan cecair disesuaikan sehingga tiada
lebihan plastik kelihatan.

BIBLIOGRAFI
Abbott, W (1972). Practical Geometry and Engineering Graphics, Blackie & Son Ltd.,

___________________________________________________________________________
9
HBLS 2203
REKA CIPTA DAN LUKISAN TEKNIK
NOR BAHIYAH
_________________________________________________________________________________________________________________
London
Ainon Abdullah (1994) . Pemikiran Reka Cipta. Kuala Lumpur. Utusan Publication
And Distributors Sdn. Bhd.

Garreh J. (1995) . Design And Technology. Great Britain. Cambrigde University


Press.

Giesecke, F., et.al, (2003), Technical drawing (12th ed.). Peearson Education
Inc., U.S.A.

Greer, A & Howell W. H (1982). Mechanical Engineering Craft Studies Part 1,


ELBS, London

Hart, K.R (1979), Engineering Drawing With Problem & Solutions (2nd ed.),
ELBS, London

Izwanuddin bin Yahaya (2006) Rekacipta Instrumen Ujian ‘Vertical Jump’ Berteknologi
Digital (Sensor) Bagi Ujian Kecergasan Fizikal. Tesis Sarjana Muda. Universiti Teknologi
Malaysia.

Jackson, E (1975). Advanced Technical Drawing, Longman, London

Rosli Ibrahim et al (2007) . Manual Lanjutan KHB Pertanian . Petaling Jaya. Sasbadi Sdn.
Bhd.
Seon, F.et al. (1994).Inside AutoCAD R13 for Windows and Window NT. Indiana: New
Rider Publishing.

___________________________________________________________________________
10
HBLS 2203
REKA CIPTA DAN LUKISAN TEKNIK