Anda di halaman 1dari 10

ekspresi,imaginasi,deria, kecerdasan muzik,kinestatik dan

kreativiti Seni Dalam Pendidikan


Pengenalan
Seni dalam pendidikan merupakan gabungan tiga komponen utama iaitu seni, muzik dan pergerakan.
Seni Dalam Pendidikan (SDP) menjurus kepada seni visual, seni muzik dan seni pergerakan. Seni Dalam
Pendidikan dapat menjana perkembangan kanak-kanak melalui peningkatan persepsi, estetika dan
kreativiti mereka yang melibatkan ketiga-tiga jenis seni tersebut dan seterusnya dapat membantu
membentuk insan yang lebih bersifat holistik.
Mengikut Teori Konstruktivisme, kanak-kanak membina pengetahuan secara aktif dan mempunyai
interaksi sosial dalam persekitaran yang selamat dan kondusif melalui aktiviti meneroka, bereksperimen
dan mengolah objek. Oleh itu, Seni Dalam Pendidikan membolehkan murid / kanak-kanak
mengekspresikan idea-idea mereka secara bebas dan kreatif
Seni menekankan unsur warna, muzik menekankan penggunaan irama manakala gerakan lebih kepada
penggunaan ruang. Unsur warna, irama dan pergerakan digabungkan untuk menghasilkan satu suasana
pengajaran dan pembelajaran yang menarik. Hal ini akan mendorong guru dan pelajar lebih kreatif. Seni
dapat merangsang deria dan minda pelajar, membantu pelajar meningkatkan pemahaman dan
menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. Kanak-kanak akan meneroka warna, irama
dan pergerakan untuk mendapat pengalaman baharu yang akan meningkatkan kreativiti mereka. Seni
Dalam Pendidikan memberi peluang kepada guru-guru untuk mengesan kepekaaan deria kanak-kanak
dengan irama, warna dan ruang melalui penerokaan, pengalaman dan ekspresi. Seni Dalam Pendidikan
dilaksanakan di sekolah rendah dengan menghubungkaitkan mata pelajaran PSV dengan mata pelajaran
lain.



Matlamat
Seni dalam pendidikan dapat membantu perkembangan menyeluruh dan seimbang setiap insan dari segi
jasmani, emosi, rohani dan intelek sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ia juga bermatlamat
untuk menyediakan guru permulaan sekolah rendah dengan pengetahuan dan kemahiran untuk
mengintegrasikan aktiviti seni visual, muzik, dan pergerakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
dalam pelbagai bidang mata pelajaran lain
Tugasan ini akan membincangkan aspek- aspek seperti
Ekspresi
Imaginasi
Penglibatan deria
Kecerdasan emosi
Kecerdasan ruang
Kecerdasan muzik
Kinestatik
Kreativiti
Ekspresi
Seni dalam Pendidikan menyediakan matlamat yang menarik untuk member peluang lepada pelajar
menemui potensi diri melalui perkataan,bunyi dan pergerakan dan visual mereka. Bahasa-bahasa symbol
yang digunakan untuk membuat ekspresi dalam aktivit-aktiviti seni akan membantu pelajar merasa,
menyentuh, mendengar dan melihat secara langsung dunia mereka dengan cara tersendiri. Pelajar dapat
meluahkan pandangan mereka dengan cara yang sama dengan apa yang dialami oleh orang lain.
Media ekspresi boleh dilihat dalam bentuk tubuh badan, suara atau bunyi yang apabila digabungkan
secara harmoni , ekspresi yang terhasil akan menjadi estetik.


Peranan Ekspresi
Seni Dalam Pendidikan menyarankan pelbagai aktiviti menerusi perasaan, pernyataan emosi, idea dan
manifestasi pemikiran. Aktiviti Seni Dalam Pendidikan memberi peluang kepada murid untuk
meningkatkan kreativiti, membina keyakinan diri, menajamkan persepsi dan meningkatkan nilai estetika .
Rajah 1 di bawah menggambarkan bentuk ekspresi Seni Dalam Pendidikan













Rajah 1- Bentuk ekspresi




Antara peranan ekspresi Seni Dalam Pendidikan ialah seperti yang digambarkan dalam rajah di bawah:




RAJAH 1.10 : Peranan Ekspresi

Dari gambar rajah di atas, terdapat pelbagai bentuk atau cara ekspresi yang dilahirkan oleh manusia
untuk meluahkan perasaannya. Antaranya ialah
1) Perasaan
Perasaan ialah luahan daripada hati kita. Ia merangkumi perasaan sedih,riang, dukacita dan sebagainya.
Perasaan ini berkembang mengiut tahap usia dan pengalaman seseorang. Guru bertanggungjawab
membantu pelajarnya supaya dapat mengawal perasaan apabila bertindak. Beberapa latihan atau
kemahiran perlu dilakukan untuk mengawal perasaan, terutama ketika sedang bermain supaya dapat
menerima kekalahan dengan hati yang terbuka. Perasaan kecewa pasti melanda apabila kegagalan
menerpa. Untuk latihan menahan kesabaran , penerapan nilai-nilai murni perlu diterapkan dalam sesuatu
aktiviti permainan sebelum perlawanan sebenar berlangsung.
2) Lisan
Arahan yang dilakukan secara lisan perlu difahami dengan sebaik mungkin agar jelas dan tidak disalah
ertikan.
3) Reaksi
Pelajar dapat membuat tindakan yang tepat apabila melihat sesuatu masalah berdasarkan latihan dan
pengalaman yang diterimanya. Reaksi pelajar perlulah
Di tahap sentiasa bersedia dan tindakan yang dibuat hendaklah tepat dan betul.
4) Emosi
Emosi ialah perasaan jiwa yang kuat seperti sedih, takut, gembira dan geli. Emosi mempengaruhj ingatan
boleh digolongkan dalam 2 jenis iaitu:
(i) Seronok dan tenang
(ii) Kurang seronok dan cemas
Menurut Mohmood Nazar Mohamad 1991, emosi ialah keadaan yang dialami oleh manusia yang
menyebabkan perubahan proses diri,fisiologi dan psikologi.
Steq menyatakan bahawa seseorang yang mempunyai IQ (Intelligence Quotient) yang tinggi ditambah
dengan EQ (Emotional Quotient) yang tinggi akan membolehkannya mampu menguasai keadaan dan
merebut setiap peluang yang ada tanpa membuat masalah yang baru.
Emosi yang ditonjolkan pelajar kekadang tidak ddapat diterima oleh rakan-rakan. Oleh itu penting bagi
guru menggakkan pelajar-pelajarnya menyertai aktiviti permainan supaya boleh mencetus suasana
kegirangan, bebas dari tekanan emosi dan emmbina kecekalan dalam menghadapi cabaran atau
persaingan.
5) Bukan Lisan
Segala arahan yang bukan lisan dan gambaran yang diperoleh akan ditafsirkan dengan sebaik mungkin
agar tidak disalah tafsirkan. Kebiasaanya kita mudah memahami arahan yang berbentuk bukan lisan ,
manakala sipenerima akan mengikut kehendak arahan tersebut.
6) Idea
Semua idea dan keboleham menjana minda perlu digunakan dalam melaksanakan ekspresi pelajar.
Anataranya ialah kemahiran berfikir yang membolehkan seseorang meluahkan idea-idea yang bernas.
Ciri-ciri kemahiran berfikir adalah seperti membanding dan membeza. Merumus, membuat inferen dan
ramalan, menjana idea, mengusul dan memeriksa andaian,menimbang dan membuat
keputusan,mencipta metafora dan analogi,menganalisis dan menilai serta menyelesaikan masalah.
7) Menggambar
Aktiviti menggambar penting sebagai cara untuk mengawal emosi pelajar. Aktiviti menggambar
membolehkan pelajar mengalihkan tumpuan kepada kertas yang ada di hadapannya. Semasa aktiviti
menggambar segala masalah yang ada akan dipindahkan dari dalam minda ke atas kertas. Manakala
setiap hasilan menggambar itu boleh didefinisikan sebagai tafsiran terhadap tingkahlakunya.
8) Menghasilkan
Setiap apa yang dihasilkan baik berdasarkan aktiviti menggambar,kemahiran berfikir,arahan lisan dan
bukan lisan serta perasaan adalah merupakan ekspresi diri pelajar dalam melaksanakan sesuatu perkara

Imaginasi
Proses kreativiti dan imaginasi boleh melibatkan :
(i) Perasaan dalaman kanak-kanak,imaginasi dan kreativiti
(ii) Pengalaman kanak-kanak melalui interaksi dan tindakan yang diambil
(iii) Kebolehan kanak-kanak meluahkan perasaanya secara lahiriah
Menurut Russel (1968),matlamat guru-guru sekolah rendah dalam proses pengajaran dan pembelajaran
ialah untuk membentuk kanak-kanak dengan kemahiran memerhati,kesedaran dan arif terhadap
pergerakan,bunyi,bentuk,tekstura dan irama.
Melalui aktiiti seni, daya estetika dapat dipertingkatkan. Contohnya menggunakan lagu untuk
memperkenalkan serangga. Semasa kanak-kanak menyanyi lagu rama-rama misalnya ,mereka akan
bergerak mengikut irama seperti rama-rama sedang terbang. Seterusnya, kanak-kanak menghasilkan
gambar lrama-rama. Ini membantu pembelajaran terhadap tajuk tersebut. Semasa belajar bersama-
sama,mereka membina konsep kendiri dalam kumpulan rakan sebaya dan masyarakat umum.
Kebolehan kanak-kanak adalah seiring dengan perkembangan diri mereka . Untuk mencipta sesuatu
yang baru kanak-kanak akan bergantung kepada pengalaman dan kreativiti dalam memanipulasikan
alatan dan bahan yang mereka gunakan.
Kesimpulannya imaginasi adalah penting dalam pembelajaran dan pengajaran Seni.


Penglibatan Deria
Deria adalah terdiri daripada pancaindera lihat,dengar,sentuh,rasa dan hidu. Kelima-lima deria ini penting
dalam pembelajaran dan pengajaran pendidikan seni visual.Deria dan seni membolehkan individu
menearoka alam sekeliling dan ini merupakan satu aktiviti berterusan. Aktiviti seni dapat membantu
nalkuri ingin tahu seseorang melalui eksplorasi dan eksprimentasi dengan menggunakan deria. Melalui
aktiviti seni murid dapat berinteraksi secara langsung dengan persekirtaran dan belajar mengembangkan
kebolehan mereka untuk membuat pertimbangan yang baik melalui pengalaman yang diperolehi.
Murid mempunyai kematangan dalam perkembangan kepekaan deria semasa masih bayi ketika berusia
0-2 tahun. Objek alam dapat dikenal melalui organ deria dan tangan. Penglihatan dan pendengaran mula
berkembang secara perlahan-lahan dan matang ketika berumur 6-12 tahun. Sewaktu ini murid dapat
perkembangan kepekaan derianya.
Sentuhan
Kita menyentuh menggunakan jari. Ini merupakan aspek perkembangan psikomotor yang mula didapati
oleh kanak-kanak sebelum mereka boleh berbahasa. Dengan menggunakan sentuhan pelajar dapat
melakukan pelbagai aktiviti . Contohnya pelajar akan menggunakan jari untuk melukis gambar di kertas
atau kanvasnya semasa aktiviti seni visual. Sementara dalam muzik murid akan mencipta satu corak
irama yang berbeza apabila mendengar sesebuah lagu. Ini ada lah disebabkan kanak-kanak suka
membuat improvisasi iaitu mengubahsuai sesuatu perkara yang baharu. Manakala dalam pergerakan
murid ini dapat mengetahui aras atau ruang sama ada tinggi, rendah, dekat, jauh dan sebagainya.
Dengar
Mendengar melibatkan organ telinga. Guru menjalankan aktiviti yang memerlukan penumpuan murid
menerusi organ deria. Contoh dalam aktiviti ekspresi melalui seni. Aktiviti seni visual yang dilakukan
adalah berdasarkan apa yang didengarnya ketika dia melukis. Dalam aktiviti muzik murid akan cuba
mencipta bunyi tentang apa yang
didengarnya. Dalam bidang pergerakan murid akan dapat membuat interpretasi dan bergerak sama ada
cepat atau lambat.
Lihat
Melihat menggunakan deria mata yang menjurus kea rah pengamatan dan pemerhatian. Berdasarkan
maklumat yang datang melalui mata seseorang akan dapat mengalami
pelbagai jenis warna, bentuk, ruang dan jalinan. Pemahaman tentang warna membilehkan pelajar
mengetahui cirri-ciri dan seterusnya tahu untuk mengaplikasi pengetahuan dalam pendidikan seni visual.
DDengan melihat juga murid dapat meningkatkan lagi kecerdasan ruang iaitu melihat dunia visual
spatial denga lebih tepat.
Rasa
Rasa adalah gerak hati atau kata hati seseorang. Melalui deria rasa kita dapat membuat persepsi dengan
tepat. Dalam seni visual murid akan meluah perasaan melalui pengalaman yang diperolehinya apabila
membuat sesuatu aktiviti seni. Semasa mendengar muzik secara tidak langsung goyangan kaki akan
terjadi. Ini adalah disebabkan rangsangan daripada jenis mod muzik tersebut. Begitu juga dalam aktiviti
pergerakan, akan terjadilah rangsangan apabila murid mendengar muzik secara tanpa disedari kita akan
melakukan pergerakan.
Terdapat dua prasyarat bagi pembelajaran jenis ini:
Pelajar mesti mempunyai sikap dan tujuan yang positif terhadap aktiviti pembelajaran
Dalam proses pembelajaran, pengetahuan sedia ada dalam struktur kognitif murid harus digunakan
bagi membolehkannya mengaitkan dengan pelajaran baharu.
Hidu
Hidu lebih menekankan kepada aspek penanggapan . Guru perlu merancang stategi untuk menyerapkan
unsur ini dalam pengajarannya. Oleh itu guru perlu menilai kebolehan mental murid untuk memastikan
murid menguasai konsep secara optima.
Antara pendekatan yang boleh guru gunakan ialah pendekatan inkuri penemuan, pendekatan resepsi
dan deduktif.
Kesimpulannya kepekaan deria adalah penting kerana dapat membentuk persepsi atau pengamatan.
Untuk itu panca indera manusia yang mengandungi mata,telinga,hidung,lidah dan kulit akan menerima
maklumat daripada rangsangan-rangsangan dalam persekitarannya.
Untuk memastikan bahawa deria dapat berfungsi dengan baik guru hendaklah menjalankan aktiviti
berdasarkan kepekaan deria. Pelajar dikehendaki menyatakan aktiviti yang difikirkan sesuai pada yang
telah ditetapkan melaui ekspresi seni deria yang ditetapkan
Deria Ekspresi melalui Seni Subuh Tengah hari Malam
Sentuh
(Apa yang disentuh) Seni Visual
(Lukis gambar) Gambar macam biasa
Idea- banyak Gambar macam biasa
Idea-kurang Gambar macam biasa
Idea banyak
Muzik
(Cipta Irama berbeza) Corak irama yang menyegarkan Corak irama segar Corak Irama
Lembut
Pergerakan
Aras:Tinggi, Sederhana,Rendah) Pergerakan
Aras sederhana dan ruang yang dekat Pergerakan
Aras tinggi
Dan ruang jauh atau luas Pergerakan yang rendah
Ruang yang dekat

Huraian Aktiviti di atas:
Pada ekspresi melalui seni visual yang dilukis tetap sama tidak mengira waktu. Yang berbeza adalah dari
segi kreativiti atau luahan perasaan semasa melukis. Melukis pada waktu subuh yang sunyi
memungkinkan idea dating dengan banyak berbanding pada waktu tengah hari kerana panas dan bising
akan menyebabkan seseorang kurang tumpuan.
Di dalam muzik pula corak irama yang dilakukan pada waktu subuh seboleh-bolehnya ialah satu corak
irama yang mnyegarkan atau aktif kerana pada waktu ini iaitu awal pagi, pelajar akan diransang dengan
muzik yang aktif supaya minda menjadi lebih aktif . Irama yang sesuai adalah rentak March, berbanding
pada waktu malam , corak irama yang sesuai adalah seperti asli. masri, slow rock dan lagu yang
mendayu-dayu atau yang mempunyai mood yang lembut.
Manakala dalam pergerakan pula, pada waktu subuh, pergerakan yang dilakukan adalah bercorak
sederhana kerana pelajar baru bangun daripada tidur, berbanding pda masa tengah hari pergerakan
yang dilakukan adalah aras tinggi iaitu masa yang aktif.
. Kecerdasan Emosi
Konsep kecerdasan emosi mempunyai susur galurnya dalam konsep kecerdasan sosial yang
dikemukakan oleh Thorndike pada tahun 1920an. (Goleman, 1996) Konsep ini diperkenalkan oleh
Salovey dan Mayer pada 1990, dan sejak itu konstruk kecerdasan emosi telah mendapat perhatian
khusus dalam bidang akademik. Gardner (1993 ) kemudiannya menerangkan kecerdasan emosi dengan
konstruk kecerdasan intrapersonal dan interpersonalnya dalam kerangka Pelbagai Kecerdasan nya.

Gardner (1993) menyatakan kecerdasan emosi dalam gabungan kecerdasan intrapersonal dan
interpersonal dalam teori kecerdasan pelbagainya. Kecerdasan intrapersonal merujuk kepada keupayaan
kesedaran diri yang tinggi dan bertindak menurut kesedaran tersebut. Kecerdasan ini membolehkan
seseorang memahami dirinya dengan tepat dan berupaya menangani keinginan, ketakutan, emosi dan
motif diri dengan sewajarnya.
Cooper dan Sawaf (1997) mendefinasikan kecerdasan emosi sebagai keupayaan untuk mengesan,
mengerti, dan mengaplikasikan dengan berkesan ketajaman dan kuasa emosi sebagai satu sumber
motivasi manusia, maklumat, perhubungan dan pengaruh.

Konsep IQ dan EQ
Intellegence dikaitkan dengan keupayaan mental melakukan proses kognitif seperti membaca,
menulis,mengira dan menyelesaikan masalah. IQ juga dikaitkan denganKejayaan, tetapi tidak semua
yang mempunyai IQ yang tinggi akan berjaya dalam hidup.
Perkembangan pesat dalam bidang sains atau neurologi mendapati emosi seseorang dapat
mempengaruhi kecerdasannya. (EQ). Theodore dan Alfred Binet telah memperkenalkan ujian
kecerdasan yang digunapakai sejak hari ini.
Ujian IQ tidak menjadi ukuran mutlak untuk meramalkan masa depan seseorang. Menurut Coleman(
Pakar Sains Otak dan Psikologi) peringkat terbaik IQ hanya menyumbang 20 peratus kejayaan
seseorang, sementara 80 peratus lagi adalah faktor-faktor lain.

Kepentingan Kecerdasan Emosi
Kecerdasan emosi dapat membina emosi yang sihat . Tahap EQ guru dapat membina EQ murid. Oleh itu
guru mestilah penyayang dan ceria. Angkubah EQ guru dapat menangani emosi negative secara tulen,
benar dan sihat. Terdapat perhubungan yang rapat antara EQ dengan tingkah laku.Murid yang
menguasai kemahiran emosi akan
dapat memupuk nilai-nilai positif dalam dirinya. Mereka akan lebih bekerjasama, suka membantu, boleh
diharap dan berempati. Kemahiran emosi dapat membantu menghindarnya dari gejala sosial.
Kecerdasan emosi menjadikan seseorang itu lebih fokus, tekal dan berupaya menangani kekecewaan
dan memupuk sifat sabar dalam diri.
Cara Mengintegrasi Kecerdasan Emosi dalam Bilik Darjah
Semasa berinteraksi dengan murid guru hendaklah mengamalkan EQ. Justeru guru sendiri perlu
menguasai kemahiran EQ. Gru hendaklah menggunakan perkataan-perkataan yang berkaitan dengan
perasaan. Selain itu gunakanlah lagu-lagu yang berkaitan perasaan seperti gembira, sayang dan
sebagainya. Guru juga boleh menggunakan unsur puisi seperti sajak,pantun,syair dan cerita. Guru juga
hendaklah berbicara tentang kepentingan emosi semasa berinteraksi dengan murid-muridnya.
Adakan unsur kecindan dalam sesi pembelajaran dan pengajaran di samping menggunakan unsur
biografi dalam perkara yang berkaitan. Nilai murni yang berkaitan perasaan perlu diterapkan dalam
proses pembelajaran supaya murid dapat menghayati
nya.Kesimpulannya pengintgrasian secara menyeluruh dalam setiap organisasi pengurusan hendaklah
dijalankan.
Kecerdasan Ruang
Kecerdasan ruang diertikan sebagai berfikir menggunakan gambar dan mempersepsikan dunia visual
secara tepat, berkebolehan bertikir dalam tiga dimensi dan mencipta semula aspek sesuatu pengalaman
visual melalui imaginasi
Kecerdasan ini berkaitan dengan warna, bentuk, , tekstur, pola, gambar, atausimbol visual yang dapat
dilihat. Menurut Lazear(1998) beberapa aktiviti yang perludilakukan oleh guru. Antaranya ialah :
(a) Guru perlu memperhatikan warna di sekeliling- nya, dan menjawab pertanyaan bagaimana warna-
warna itu mempengaruhi kita. Contohnya melihat warna ruang, warna makanan, pakaian teman, warna
peralatan, bagaimana pengaruhnya pada kita.
(b) Guru hendaklah menyuruh murid mengamati dengan cermat warna-warna yang di lihat dijalan, iklan-
iklan di jalan, bangunan atau orang orang yang dilihat dan kesannya kepada minda.
(c) Sewaktu berbicara dengan teman-teman sekerja, secara sedar gambarkan apa yang mereka
perkatakan, visualisasikan apa kehendak mereka dalam dalam minda kita.
(d) Setiap kali membuat catatan untuk diri kita, gunakan juga simbol gambar visual yang sesuai.
Misalnya, , mengajar dengan symbol buku, dan sebagainya..
(e) Selama sesaat cuba bayangkan ruangan rumah kita, Selepas keluar masuklah rumah dengan mata
tertutup, dan cuba berjalan seperti dalam bayangan sendiri. Apa yang kita alami. Melatih
membayangkan, menggambarkan secara visual, mencuba menemukan jalan pemecahan, adalah cara
untuk meningkat kan intelegensi ruang visual.

Menurut Haward Gardner (1983), kecerdasan ruang melibatkan kebolehan-kebolehan melihat dunia
visual spatial dengan lebih tepat. Kecerdasan juga termasuk menjadi lebih peka terhadap warna,
garisan, ruang, bentuk, rupa dan yang berkaitan dengannya. Ruang ialah kawasan yang terletak di
sekeliling sesuatu objek atau jarak antara dua objek. Kita memerlukan ruang untuk bergerak dan
melakukan aktiviti. Kita juga perlu menggunakan ruang dengan bijak untuk mendapat keselesaan dan
keselamatan. Oleh itu, bilik darjah perlu disusun atur dengan baik untuk memastikan terdapat ruang yang
cukup untuk guru dan pelajar melakukan aktiviti dengan selamat dan selesa. Ini dapat membantu
meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
Kecerdasan Muzik
Kecerdasan muzik: Ianya melibatkan kepekaan terhadap bunyi serta kaitannya dengan emosi. Menurut
Gardner (1983), kecerdasan muzik didefinisikan sebagai kebolehan untuk menghasil dan menghargai
irama, nada dan bentuk-bentuk peluahan muzik.
Kecerdasan muzik (musical intelligence) adalah merupakan salah satu daripada pelbagai kecerdasan
(multiple intelligences) yang ada pada diri individu sepertimana yang dihuraikan oleh Howard Gardner
dalam bukunya Frames of Mind . Mengikut beliau kecerdasan ini amat sensitif pada bunyi dan kesanya
pula dapat mengimbangi serta mempengaruhi kehidupan manusia.
Istilah muzik sebenarnya ialah bunyi yang tersusun yang boleh mententeramkan keadaan manakala
kebisingan (noise) ialah bunyi yang tidak tersusun serta mendatangkan ketegangan pada pendengaran.
Dalam konteks ini bunyi bukanlah hanya ditujukan kepada lagu dan nyanyian sahaja tetapi lebih dari itu.
Ianya dapat dikategorikan seperti berikut:
Alam semulajadi. Bunyi ombak, deruan angin, geseran daun, guruh, hujan dsb.
Binatang: Bunyi burung, unggas, serangga dan binatang liar.
Jentera: Kenderaan, kilang, pengangkutan.
Alat muzik: Pukulan, gesekan, tiupan, getaran.
Senjata: Tembakan
Perlakuan manusia: lontaran, hentakan, tepukan, nyanyian dsb.

Keseluruhan bunyi yang didengar itu akan meninggalkan pelbagai kesan kepada emosi seperti tenang,
gembira, takut, marah dan sebagainya. Emosi lahir dari gambaran yang terdapat dalam mental. Ianya
dapat mempengaruhi tindakan dan seterusnya mampu mengubah persepsi dan sikap seseorang individu.
Gambaran yang terlukis pada fikiran serta kesan yang boleh wujud pada diri individu adalah seperti
berikut ialah seperti berikut :
Bunyi deruan angin misalnya dapat memberi satu gambaran tentang ketenangan yang terdapat di
kawasan pergunungan atau di tepi pantai. Pendengar dapat membayangkan keadaan kedinginan di
gunung, tumbuh-tumbuhan yang segar menghijau, serta keadaan awan yang berarak. Pendengar
mungkin juga terbayang dalam fikirannya seolah-olah terdapat alunan ombak di pantai, perahu nelayan,
dedaun kelapa melambai dan para nelayan sedang menangkap ikan. Kedua-dua gambaran ini dapat
memberi ketenangan, kegembiraan dan keceriaan dalam hidupnya.
Bunyi burung pula boleh menggambarkan sekawan burung sedang terbang atau sedang hinggap di
dahan kayu. Pendengar mungkin terbayang keadaan di hutan, pokok-pokok yang besar, binatang
berkeliaran serta keadaan cuaca yang gelap. Perasaan yang mungkin dirasai oleh pendengar ialah takut,
gementar atau nyaman dan tenang mengikut bayangan masing-masing.
Dua contoh bunyi yang yang terdapat di atas telah membawa pelbagai persepsi dalam fikiran seseorang
itu. Persepsi ini dapat melaharikan emosi serta mencorakkan tindakannya. Contoh ini jelas menunjukkan
aras sensiviti yang ada pada kecerdasan muzik mampu memberi kesan yang berbeza-beza ke atas daya
imaginasi seseorang individu.
Muzik adalah sebahagian daripada alam kehidupan pelajar yang tidak boleh dipisahkan. Pelajar sentiasa
member respon kepada muzik dan akan senang hati apabila dapat melahirkan ekspresi diri apabila
mendengar muzik. Asas muzik iaitu irama dan ton juga terdapat dalam amalan pertuturan dan interaksi
harian. Kecenderungan kepada muzik membantu proses perkembangan diri dari segi kualiti diri dan
sahsiah seseorang pelajar.
Peranan guru adalah ke arah memperkembangkan sifat-sifat yang merangkumi emosi, kreativiti,nilai
estetika dan etika tertentu. Penglibatan pelajar dalam kegiatan muzik dapat membina pertumbuhan dan
perkembangan fizikal,mental.emosi dan sosial pelajar itu sendiri. Selain itu, pengalaman muzik yang
menarik dapat membantu meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran lain.
Tiga komponen besar dalam pendidikan muzik ialah
Kemahiran Muzikal Nyanyian
Kemahiran Muzikal Muzik dengan Gerakan
Kemahiran Muzikal Permainan Alat Muzik
Kemahiran Muzikal Nyanyian membolehkan murid mengetahui dan membina teknik menyanyi
berasaskan elemen seperti postur,pernafasan,sebutan dan artikulasi, ekspresi,penghasilan ton dan
memfrasa. Kemahiran Menanyi juga dapat dibina iaitu menyanyi secara solo dan mengikut skor muzik.
Selain itu, kemahiran ensemble vocal secara berharmoni dalam lapisan suara juga diajar kepada murid.
Kemahiran Muzik dengan gerakan melibatkan murid secara aktif dan selektif. Melahirkan ekspresi diri
melalaui pergerakan, dan dapat memupuk nilai yakin diri, disiplin dan daya estetika muzik. Murid juga
dapat menngenali aspek budaya yang berkaitan pergerakan muzik.



Kemahiran Muzikal Permainan Alat Muzik
Murid dapat bergembira bermain alat muzik, melibarkan diri secara aktif, dan dapat mengenali alat muzik
tradisional. Selain itu dapat membuat improvisasi secara meneroka konsep muzik melalui aktiviti alat
permainan.
Guru dapat melakukan kegiatan mari menyanyi secara spontan,hafalan, dan muzikal. Guru juga boleh
mengajar muzik dengan gerakan yang dapat member peluang kepada pelajar menggunakan tubuh
badan untuk respon kepada muzik. Pergerakan ialah interpretasi idea, perasaan serta tanggapan deria
yang dilahirkan secara simbolik.
Terdapat lima jenis kegiatan muzik dengan gerakan iaitu
Gerakan mengikut lirik lagu
Gerakan mengikut konsep muzik
Interprestasi muzik dengan gerakan
Gerakan bebas dengan muzik
Gerakan yang menunjukkan cerita atau tema dengan muzik
Irama merujuk kepada sesuatu bunyi atau retak berulang. Biasanya irama boleh dinikmati apabila kita
mendengar muzik. Dalam kehidupan, kita sering temui pelbagai irama. Contohnya, bunyi tapak kasut
orang berjalan, bunyi degupan jantung, bunyi kereta api dan sebagainya. Kanak-kanak juga selalu
menghasilkan irama dalam permainan mereka seperti bertepuk, berkawad, mengetuk meja dan
sebagainya. Dalam Pendidikan Seni Visual, irama dikaitkan dengan susunan sesuatu corak yang
berulang-ulang, susunan sekata yang menampakan pergerakan.
Kanak-kanak mula memahami dan mempelajari sesuatu kemahiran dalam irama semasa mereka
menjalankan aktiviti seperti melompat, bergerak ke kiri dan ke kanan, menari, melukis corak, dan
sebagainya. Irama dapat merangsang minda kanak-kanak untuk memberikan lebih tumpuan terhadap
aktiviti yang dijalankan, dapat menarik minat kanak-kanak untuk menyertai aktiviti dengan bersemangat
dan meningkatkan potensi dan keseronokan mereka. Kanak-kanak merasa seronok melakukan aktiviti
seperti menari dan melompat sambil mengikut irama muzik. Mereka akan meneroka pergerakan-
pergerakan yang lebih kreatif apabila mereka bertindak balas dengan irama yang dimainkan.
Kinestatik
Kecerdasan kinestatik melibatkan pergerakan otot-otot dan anggota badan keseluruhan. Kinestetik juga
berasaskan kebolehan mengawal satu pergerakan bahagian badan dan mengawal objek dengan penuh
kemahiran. lanya melibatkan deria koordinasi dan ketepatan keseluruhan pergerakan badan serta
menggunakan kedua-dua tangan dalam kemahiran manipulasi.
Aktiviti pergerakan di peringkat sekolah rendah dan menengah terbahagi kepada 4 iaitu
Permainan berunsur pendidikan,pergerakan berunsur pendidikan,sukan dan atlet serta kecergasan
jasmani.
Antara aktiviti untuk menjadikan murid lebih ekspresif ialah melaksanakan permainan yang bersifat
koperatif dan sukan. Dalam permainan koperatif murid dibimbing agar membesar menjadi insan yang
murni seperti bekerjasama. Permainan Rekaan Guru atau rekaan kanak-kanak itu sendiri boleh
dijalankan.
Permainan rekaan guru di mana guru perlu memahami murid-muridnya dari segi kebolehan dan
kemahiran, minat, pendekatan iaitu terarah iaitu guru akan mengawal persekitaran. Guru juga boleh
mengubahsuai permainan dari segi jenis, ruang dan peralatan serta bahan. Permainan rekaan guru
hendaklah menjadikan pembelajaran menarik dan dapat menarik perhatian murid-murid.
Permainan kanak-kanak boleh dikategori dalam spektrum berkaitan kreativiti.Ia dijalankan secara
serentak. Guru bertindak sebagai fasilitator dan sama-sama berinteraksi dengan pelajar. Guru
seharusnya mempecayai kebolehan setiap pelajar terutama dari sudut kognitif dan juga kemahiran motor.
Sekiranya pelajar tidak ada pengalaman guru hendaklah memberikannya masa untuk membolehkannya
memahirkan dirinya sehingga berjaya. Kesannya ia akan mencuba permainan baru lagi. Peruntukan
masa dan bilangan ahli dalam kumpulan hendaklah ditentukan terlebih dahulu.
Kecerdasan kinestatik juga ialah kebolehan menggunakan badan untuk menyatakan idea dan perasaan,
menyelesaikan masalah, termasuk kemahiran fizikal seperti koordinasi, kelenturan, kepantasan dan
keseimbangan.
Sebagai contoh para pelajar diberi satu situasi permasalahan seperti berikut :
Seekor kancil ingin menyeberang sebatang sungai.Di dalam sungai tersebut terdapat sepuluh ekor
buaya. Si kancil ingin menyeberang sungai tersebut kerana ingin mendapatkan buah rambutan yang
sudah masak ranum di seberang sana. Bagaimanakah si kancil mampu untuk menyelesaikan
permasalahan ini.
Antara syarat-syaratnya ialah
-Si Kancil perlu menyanyi sebuah lagu
-Si Kancil tidak boleh membunuh sang buaya
-Si Kancil perlu melakukan beberapa pergerakan badan

Bagaiamankah Si Kancil menyelesaikan masalah ini?
Ini adalah salah satu contoh permasalahan yang direka untuk proses pembelajaran. Dalam
menyelesaikan permasalahan ini,para pelajar akan melakukan elemen pergerakan iaitu mereka perlu
melakukan pelbagai pergerakan fizikal seperti melompat,berlari dan sebagainya di samping akan
mempelajari elemen muzik iaitu mereka perlu menghasilkan sebuah lagu sendiri, dan melukis gambar
buaya serta mewarnakannya.
Kesimpulannya kecerdasan kinestatik menerusi penerokaan, membolehkan murid mendapat
pengalaman yang menarik dalam PnP. Selain itu, luahan ekspresi juga penting pada seni dalam
pendidikan. Murid juga perlu didedahkan dengan unsur-unsur perasaan dan emosi supaya yahu
bagaimana untuk mengurus emosi supaya dapat meluahkan perasaan terhadap ekspresi diri.

Kreativiti
Pandangan Tokoh-Tokoh Seni Visual mengenai Kreativiti
1. E. Paul Torrance (Tersohor dalam bidang/kajian kreativiti)Beliau mencadangkan Ujian IQ bukanlah
satu-satunya cara mengukur daya intelektual seseorang. Beliau memperkenalkan instrumen untuk
menguji tahap kreativiti sesseorang menggunakan Torrence Test of Creative Thinking.
2. June King McFee, mentakrifkan kreativiti sebagai keupayaan seseorang mencipta sesuatu yang
baru/mampu mengolah idea baru/lain yang lebih bermakna. Seni tidak terhad kepada hasil karya seni
sahaja tetapi juga melibatkan pengalaman estetika.Seni ialah satu bentuk komunikasi yang dipengaruhi
oleh konteks budaya.
Menurut Dr. Ismail Zain (2004) kreativiti adalah ciri-ciri yang menunjukkan kebolehan seseorang
menghasilkan kerja yang "asli".Ini menunjukkan tidak ada unsur-unsur peniruan atau ciplak dalam
sesuatu penghasilan tetapi lahir dari pemikiran dan usaha individu sendiri.
Menurut Howard Gardner(1983) pula, kanak-kanak mempunyai kebolehan menaakul dan menanggap
dalam keadaan yang berbeza. Pendekatan yang berintegrasi terhadap pelbagai jenis kecerdasan
memudahkan penerimaan pemikiran murid kepada yang lebih kreatif.
Unsur kreativiti ini muncul di dalam pelbagai bentuk seperti aktiviti nyanyian, memperkembanglebarkan
dialog, menulis khat dan segala makneka aktiviti-aktiviti yang bKretiviti boleh diajar kepada murid dengan
syarat-syarat berikut:
1. Kreativiti boleh dibangunkan secara individu dan berkumpulan. Tugas guru adalah membantu murid
sedar akan kepentingan kreativiti dan membekalkan bahan-bahan serta menentukan bidang-bidang
kreativiti dengan jelas.
2. Unsur emosi dan perasaan lebih utama daripada unsur kognitif di dalam kretiviti.
3. Perkara yang tidak logik lebih penting daripada perkara yang logik di dalam proses kreativiti.
4. Unsur perasaan yang tidak logik hendaklah diberi peluang untuk dijelaskan supaya menambah
keberhasilan di dalam penyelesaian masalah.oleh dilakukan
Di antara strategi yang boleh digunakan untuk mengajar kreativiti adalah dengan menjadikan sesuatu
yang biasa itu luar biasa. Misalnya apa yang berlaku sekiranya kamu diminta datang ke sekolah pada
waktu malam? Strategi yang kedua ialah menjadikan yang pelik itu biasa seperti meminta murid mencari
persamaan di antara kapal terbang dan nasi.

Setiap strategi ini mengandungi langkah-langkah tertentu.
1. Langkah pertama: memberikan maklumat asas.
2. Langkah kedua: menggunakan perbandingan langsung.
3. Langkah ketiga: menggunakan perbandingan majas.
4. langkah keempat: membuat kesimpulan.
Guru tidak berperanan sebagai pengkritik apatah lagi menghina pendapat murid. Setiap pendapat murid
hendaklah diterima dengan tangan dan hati yang terbuka. Murid diberi kebebasan mutlak menentukan
hasil. Di dalam pembinaan idea kreativiti ini hubungan murid dan guru merupakan hubungan di alam
permainan yang diselaputi oleh semangat cinta dan kasih sayang.
Kreativiti dapat dicungkil melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Aktiviti melalui penggunaan warna dapat
merangsang minda pelajar lebih kreatif. . Semasa menghasilkan karya catan misalnya, pelajar diberi
peluang mencuba pelbagai warna yang mereka fikir sesuai. Mereka bebas menggabungkan warna
pilihan untuk menghasilkan warna baharu yang sesuai dengan karya. Dengan cara ini, pelajar bebas
meneroka, meluahkan perasaan dan kreativiti.

Menerusi teknik kolaj, pelajar dapat menggunakan kertas warna dan meneroka penggunaan bahan
berwarna yang terdapat di sekitar mereka. Keratan kertas majalah, cebisan kertas kotak, helaian daun
kering, serpihan kulit kayu , kekacang dan sebagainya boleh digunakan. Mereka akan menampal bahan-
bahan pilihan untuk membentuk objek imaginasi. Proses memindahkan idea, dari kotak fikiran ke bentuk
visual, di atas kertas merupakan satu proses artistik yang penuh kreativiti. Proses ini menggabungkan
beberapa jenis deria rangsangan dan dapat merangsang minda pelajar agar lebih kreatif dan berkesan.
Pelajar dapat mencuba, membuat eksprimen dan meneroka penggunaan bahan untuk menghasilkan
karya. Melalui Seni Dalam Pendidikan pelajar dapat menggunakan bahan-bahan di sekitar mereka untuk
membentuk, membuat binaan dan sebagainya. Mereka tidak terikat dengan bahan yang disediakan
dalam bilik darjah. Pembelajaran mereka meliputi ruang yang lebih luas dan mendorong mencapai tahap
kepuasan belajar sebagaimana diingini.

Murid tidak lagi terikat dengan peraturan bilik darjah tradisional yang tidak sesuai lagi digunakan. Pelajar
bebas bergerak dalam kawasan yang difikirkan perlu dan selamat. Mereka tidak hanya terkongkong di
atas kerusi sahaja sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Namun begitu, pelajar perlu
mematuhi arahan yang diberikan oleh guru.
Dari segi penggunaan ruang pula, pelajar digalakan menggunakan ruang dengan baik. Mereka boleh
memilih ruang yang sesuai dengan bentuk persembahan. Sekiranya ruang tidak mencukupi, pelajar
boleh mengubah susunan kerusi dan meja. Pengalaman ini banyak membantu pelajar dalam
meningkatkan kreativiti mereka.
Guru juga boleh membawa pelajar keluar dari bilik darjah untuk membuat pemerhatian, catatan,
penyelidikan, rakaman serta ujikaji. Pelajar boleh menggunakan pengalaman sedia ada untuk
digabungkan dengan pengalaman baharu untuk mendapatkan hasil. Pengalaman ini dapat merangsang
minda pelajar agar bertindak lebih kreatif, dan mengalami suasana pembelajaran yang seronok.

Sebagai kesimpulannya, murid harus diberi kebebasan untuk menentukan apa yang ingin dipelajari.
Pengajaran haruslah menjadi pengalaman yang menyeronokkan. Kesilapan dan kealpaan murid tidak
harus dijadikan sebab untuk mendenda kerana denda mematikan langsung minat murid untuk belajar
dan tidak membina kreativiti murid. Tunjang kreativiti adalah emosi, perasaan dan kasih sayang.
Penutup
Kesimpulannya Seni Dalam Pendidikan (SDP) yang menjurus kepada seni visual, seni muzik dan seni
pergerakan lebih menegaskan kepada aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses ini
menyentuh perasaan, estetika dan daya kreativiti individu melalui penajaman intuisi, persepsi, imaginasi
dan konsepsi murid. Murid berpeluang untuk menjalankan aktiviti,meneroka, mengalami dan
mengekspresi citarasa pancaindera. Murid juga diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni
visual, seni muzik dan seni pergerakan dalam meningkatkan lagi kepekaan, kreativiti, daya imaginasi
untuk mencapai pembelajaran secara optimum dan menyeronokkan.