Anda di halaman 1dari 9

1

1.0 PENGENALAN PENYAKIT MALARIA


Malaria adalah merupakan infeksi yang berlaku pada sel darah merah manusia yang
disebabkan oleh parasit Plasmodium.
Malaria dapat tersebar sama ada melalui gigitan nyamuk betina Anopheles (sebagai
vektor) ataupun dengan melalui tranfusi darah yang terkontaminasi. Infeksi malarian ini
sering berlaku di Negara-negara tropika. Pendatang daripada negara tropika ini yang
berkemungkinan telah terinfeksi akan menyebabkan penularan wabak ke negara yang
dikunjungi.
Terdapat 4 spesies parasit malaria yang menyebabkan jangkitan malaria adalah
Plasmodium vivax, Plasmoduim ovale (ditemui di Afrika dan Pasifik barat), Plasmodium
falsiparum (malaria tropika), dan Plasmodium malariae.
Kitar hidup parasit malaria bermula apabila seekor nyamuk betina Anophles mengigit
manusia yang telah menghidap penyakit malaria. Nyamuk akan menghisap darah yang
mengandungi parasit malaria peringkat mikrogametosit dan makrogametosit. Seterunya
ia memasuki kelenjar liur nyamuk. Makrogametosit dan mikrogametosit malaria ini akan
bersenyawa didalam lambung perut nyamuk dan akan matang daripada peringkat zigot ke
ookinate dan membesar ke peringkat Oocyst. Oocyst ini akan matang dan pecah dan
mengeluarkan sporozoit. Sporozoit akan bepindah ke kelenjar liur nyamuk. Apabila
nyamuk ini kembali menggigit manusia, sporozoit ini akan memasuki sistem peredaran
darah manusia dan memasuki hati untuk berkembang biak di dalamnya.
2

Plasmodium vivax dan Plasmodium ovale akan berada di dalam sel hati dalam 1
tempoh masa (hipnozoit) dan secara periodic ia akan melepaskan parasit yang matang
kedalam aliran darah sehingga menyebabkan gejala-gejala malaria.
Plasmodium falciparum dan plasmodium malariae akan keluar dari hati. Jika pesakit
tidak dirawat, parasit Plasmodium falciparum ini akan kekal berada didalam aliran darah
sehingga berbulan-bulan lamanya dan Plasmodium malariae pula akan berada di dalam
aliran darah sehingga bertahun-tahun lamanya dan akan mengakibatkan gejala malaria
yang berulang.
Gejala biasanya mulai timbul dalam tempoh masa 10-35 hari setelah sporozoit parasit
masuk kedalam tubuh badan manusia daripada gigitan nyamuk..gejala awal adalah
demam ringan yang hilang timbul, sakit kepala, sakit otot, dan menggigil diikuti dengan
malaise. Kadangkala permulaan gejala adalah menggigil dan diikuti dengan demam.
Malaria falciparum boleh megakibatkan serebral malaria dengan simptom demam 40C,
sakit kepala yang teruk, delirium. Ia boleh mengakibatkan kematian.
Bagi semua jenis malaria, bilangan sel darah putih adalah normal tetapi jumlah limfosit
dan monosit meningkat. Jika tidak dirawat, ia akan mengakibatkan jaundis dan
hepatomegali dan spleenomegali.
Black water fever adalah komplikasi malaria yang jarang berlaku. Demam ini berlaku
akibat daripada pemecahan sejumlah sel darah merah. Sel yang pecah akan melepaskan
hemoglobin kedalam aliran darah. Hemoglobin ini akan dibuang melalui urin dan urin
akan kelihatan gelap.

3

2.0 PENCEGAHAN DAN KAWALAN PENYAKIT MALARIA

2.1 Tindakan terhadap manusia
Pendidikan kesihatan adalah faktor terpenting pencegahan malaria yang harus
diberikan kepada setiap anggota masyarakat yang berada di kawasan yang berisiko
dijangkiti oleh penyakit malaria. Topik utama pendidikan kesihatan adalah mengajarkan
tentang cara penularan malaria, risiko terkena malaria, dan yang terpenting ialah
pengenalan tentang gejala dan tanda malaria, cara perawatan malaria, serta pengetahuan
tentang cara pembiakan vektor malaria.
Antara langkah-langkah yang perlu dilakukan ialah seperti perlindungan peribadi,
seseorang seharusnya menghindari dari gigitan nyamuk dengan menggunakan pakaian
lengkap, tidur menggunakan kelambu, menggunakan ubat nyamuk, dan menghindari
daripada mengunjungi lokasi yang berisiko dijangkiti malaria. Individu juga seharusnya
menghadkan daripada melakukan aktiviti luar rumah pada waktu senja hingga subuh
kerana di waktu inilah nyamuk anopheles biasanya berkeliaran.

2.2 Kemoprofilaksis (Tindakan terhadap Plasmodium sp)
Walaupun kaedah pencegahan daripada gigitan nyamuk cukup efektif mengurangi
pendedahan kepada gigitan nyamuk, namun tidak dapat menghilangkan sepenuhnya
risiko terkena infeksi. Kaedah tambahan diperlukan, iaitu kemoprofilaksis untuk
mengurangi risiko dijangkiti jika telah digigit nyamuk vektor. Beberapa ubat-ubat
antimalaria pada masa sekarang digunakan sebagai kemoprofilaksis adalah kloroquine,
4

mefloquine, primaquine dan sebagainya. Untuk mencegah terjadinya jangkitan malaria
terhadap pendatang yang berkunjung ke kawasan infeksi malaria pemberian ubat
dilakukan setiap minggu; mulai minum ubat 1-2 minggu sebelum melakukan perjalanan
ke kawasan jangkitan malaria dan dilanjutkan setiap minggu selama dalam perjalanan
atau tinggal di kawasan jangkitan malaria dan selama 4 minggu setelah kembali dari
kawasan tersebut. Kaedah pencegahan tidak diberikan dalam waktu lebih dari 12-20
minggu dengan ubat yang sama. Bagi penduduk yang tinggal di kawasan risiko tinggi
malaria di mana terjadi penularan malaria yang melampau maka usaha pencegahan
terhadap gigitan nyamuk perlu ditingkatkan sebagai pertimbangan alternatif terhadap
pemberian ubatan profilaksis jangka panjang di mana kemungkinan terjadi kesan
sampingan adalah sangat tinggi.

2.3 Tindakan terhadap vector
2.3.1 Kawalan secara mekanikal
Dengan cara ini, sarang atau tempat membiak serangga dimusnahkan, contohnya dengan
mengeringkan kawasan air bertakung yang menjadi sarang nyamuk. Termasuk dalam
kaedah pengawalan ini adalah mengurangi kontek nyamuk dengan manusia, misalnya
meletakkan kawat nyamuk pada tingkap rumah, laluan angin dan sebagainya



5

2.3.2 Pengendalian secara biological
Pengendalian secara biologikal dilakukan dengan menggunakan makhluk hidup yang
bersifat parasitik terhadap nyamuk atau penggunaan pemangsa serangga. Dengan
pengendalian secara biologikal ini, penurunan populasi nyamuk terjadi secara semulajadi
tanpa menimbulkan gangguan keseimbangan ekologi. Pada masa ini sudah banyak
dibiakkan berbagai mikroorganisme yang merupakan parasit nyamuk. Bacillus
thuringiensis merupakan salah satu bakteria yang banyak digunakan, sedangkan
Heterorhabditis termasuk golongan cacing nematode yang mampu membanteras
serangga seperti nyamuk.










6

3.0 RAWATAN PENYAKIT MALARIA
Dalam kebanyakan kes, malaria boleh dirawat dan pulih. Ubat antimalaria boleh
diperolehi dengan mudah di hospital dan klinik. Ubat yang biasa diguna chloroquine,
quinine dan primaquine. Regim ubat bergantung kepada usia dan tempat di mana
mendapat jangkitan. ( parasit malaria dari kawasan tertentu kebal kepada ubat malaria
yang biasa) dan alahan kepada ubat.
Dapatkan nasihat dan rawatan awal jika baru pulang dari luar negeri dengan gejala
penyakit malaria. Dalam kes yang teruk, pesakit yang menghidap malaria mungkin perlu
rawatan di unit rawatan rapi, terutama jika ada komplikasi yang melibatkan otak dan
buah pinggang.
Pesakit yang mendapat jangkitan, terutamanya malaria Falciparum perlu rawatan
kecemasan dan masuk hospital. Chloroquine ialah ubat yang biasa digunakan. untuk kes
kebal chloroquine, Quindinen atau quinine atau gabungan pyrimethamine dan
sulfadoxine diberi.






7

4.0 PERANAN PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN
Dalam pencegahan dan kawalan penyakit malaria daripada merebak, Penolong
Pegawai Perubatan juga memainkan peranan yang sangat penting. Di antaranya adalah
memberikan pendidikan kesihatan kepada masyarakat umum berkenaan dengan
bahayanya penyakit malaria beserta maklumat-maklumat penting berkaitan penyakit
tersebut agar masyarakat dapat pengetahuan berkenaan penyakit malaria seterusnya
mengurangkan kadar dijangkiti penyakit malaria. Penolong Pegawai Perubatan juga
berperanan sebagai salah satu jentera pengesanan awal penyakit malaria dan melakukan
perawatan segera agar penyakit dapat dipulihkan dengan segera dan tidak membahayakan
nyawa pesakit. Antara tugas lain Penolong Pegawai Perubatan adalah merekodkan
statistik penyakit malaria yang melanda di satu kawasan, merujuk kes-kes malaria yang
kronik ke hospital, melakukan penyiasatan bersama pasukan perubatan lain ke kawasan
yang mengalami wabak, dan mengendalikan Communicable Disease Centre (CDC).
5.0 KESIMPULAN
Dalam pencegahan penyakit malaria beberapa aspek perlu diberikan perhatian
sewajarnya seperti keadaan sekeliling tempat tinggal adakah menjadi tapak pembiakan
nyamuk atau tidak untuk memastikan penyakit ini benar-benar dapat dielakkan.
Walaupun penyakit malaria tidak disenaraikan sebagai antara penyakit yang kronik tetapi
boleh juga mengancam nyawa seseorang jika dibiarkan berlarutan tanpa ada rawatan.
Penyakit ini tidak seharusnya dipandang remeh oleh masyarakat kerana sehingga
sekarang masih lagi tiada ubat yang benar-benar boleh merawat penyakit ini. Oleh itu,
amalan pencegahan adalah yang terbaik untuk menghalang malaria daripada merebak.
8

6.0 LAMPIRAN

Nyamuk anopheles penyebab kepada malaria


Simptom-simptom malaria
9

7.0 RUJUKAN
Sumber Ilmiah
1.Malaria Mencegah dan Mengatasinya,Dr. Arlan Prabowo,Niaga Swadaya
Sumber Internet
1. www.who.int/topics/malaria
2. www.webmd.com/a-to-z-guides/malaria-prevention

Anda mungkin juga menyukai