Anda di halaman 1dari 68

Facebook Marketing v2 M/s 1

Facebook Marketing v2 Powered By Fendy Aziz





Facebook Marketing v2 M/s 2

Facebook Marketing v2 Powered By Fendy Aziz

Disclaimer

Ebook ini ditulis berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan hasil dari
research yang dilakukan sejak 3 bulan dahulu selepas melancarkan ebook
facebook marketing edisi pertama. Anda dilarang sama sekali untuk mengeluar
ulang mana-mana bahagian di dalam ebook ini dengan apa cara sekalipun.
Ebook ini sesuai dijadikan rujukan bagi anda yang masih baru dalam bidang
pemasaran internet facebook khususnya. Bagi anda yang sudah lama berada di
dalam bidang ini diharap ebook ini dapat menajamkan balik ingatan anda yang
mungkin sudah lupa akan teknik pemasaran ini.
Semua maklumat dalam ebook ini adalah tepat pada masa ianya ditulis dan
penulis berharap ebook ini tidak akan luput ditelan arus permodenan yang
sentiasa membangun.

Ditulis Oleh

Muhd Afendi Aziz
a.k.a
Fendy Aziz

Laman social penulis : http://facebook.com/fendyaziz



Facebook Marketing v2 M/s 3

Facebook Marketing v2 Powered By Fendy Aziz

Berkenaan Penulis



Muhammad Afendi Aziz atau Fendy Aziz
merupakan seorang usahawan internet sepenuh
masa. Menjalankan perniagaan internet pada
pertama kali pada pertengahan 2009 secara suka-
suka. Tetapi pada pertengahan tahun 2010 penulis
bertungkus lumus untuk mencari erti perniagaan
internet yang sebenar.

Dan pada penghujung tahun 2010 penulis semakin
pasti untuk terus bergelumang dengan perniagaan
internet setelah menampakkan hasil yang
memuaskan dalam perniagaan ini.

Serba sedikit mengenai penulis:

Asal : Kota Bharu, Kelantan

Umur : 22 Tahun pada tahun 2011

Status : Berkahwin

Target : Bebas kewangan mencecah usia 25 tahun
menerusi perniagaan internet.





Facebook Marketing v2 M/s 4

Facebook Marketing v2 Powered By Fendy Aziz
Isi Kandungan

Pengenalan.. M/s 5

Facebook.M/s 6

Bab 2
Pengasas Facebook..M/s 8

Bab 3
Bahagian Facebook.M/s 10

Bab 4
Membina Akaun Anda.M/s 19

Bab 5
Selamatkah Anda di Facebook?......................................M/s 23

Bab 6
2.1 : Teknik Pemasaran Di Facebook DibongkarM/s 27 b

Bab 7
2.2 : Bagaimana Hendak Menjana Wang Di Facebook..M/s 65

Bab 8
PenutupM/s 67




Facebook Marketing v2 M/s 5

Facebook Marketing v2 Powered By Fendy Aziz

Pengenalan


Salam sejahtera

Terima kasih kerana sudi mendapatkan Facebook Marketing v2. Tujuan ebook
ini diterbitkan adalah untuk mendedahkan teknik sebenar pemasaran melalui
facebook. Mengapa anda harus gunakan facebook untuk tujuan pemasaran anda?
Mengapa jadikan facebook sebagai medium pemasaran? Bagaimana mahu
membuat wang menerusi facebook?

Semuanya didedahkan di dalam ebook ini. Dan yang pasti ebook ini lebih
advance dari ebook facebook marketing sebelum ini. Info-info berkaitan gift,
apps, facebook ads dan banyak lagi di dedahkan dalam ebook ini.

Untuk menjadi pakar pemasaran facebook apa yang anda harus lakukan adalah
mengikuti semua langkah-langkah dibawah kerana saya yakin pakar juga
menggunakan teknik-teknik yang saya bocorkan dibawah.

Apa yang harus anda lakukan adalah mulakan dari bawah, buat slow2 tetapi
kerap. Insyaallah facebook marketing anda akan kuasai.

Semuanya saya kongsikan melalui pengalaman saya dan juga hasil research saya
keatas pakar-pakar.

Maka terhasillah Facebook Marketing v2

So apa tunggu lagi..

Lets Go

Ikhlas

Fendy Aziz

Facebook Marketing v2 M/s 6

Facebook Marketing v2 Powered By Fendy Aziz

Facebook



Facebook.. Sebut sahaja laman social facebook terlintas difikiran kita ianya
adalah salah satu platform sosial yang membolehkan ahlinya berkomunikasi,
upload foto,video dan sebagainya untuk tontonan dan perkongsian dengan
rakan-rakan. Tetapi tahukah anda fungsi facebook LEBIH daripada itu?

Berikut merupakan fakta yang menjadikan facebook LEBIH daripada tempat
melepak anda.

-Merupakan laman web ke-2 dalam carta Alexa.

-Lebih dari 500 million pengguna aktif.

-50% dari pengguna aktif log in ke facebook setiap hari.

-Purata seorang pengguna memiliki 130 rakan.

-Pengguna menghabiskan masa 700 billion minit untuk setiap bulan difacebook.

-Mempunyai lebih dari 250 ribu pendaftaran ahli baru setiap hari.

Facebook Marketing v2 M/s 7

Facebook Marketing v2 Powered By Fendy Aziz

-Rata-rata pengguna berhubung melalui fan page, group dan events.

-Mempunyai lebih daripada 7,000 aplikasi yang dibina dan lebih 100 aplikasi
baru ditambah setiap hari.

-Pengguna mengaktifkan 20 million aplikasi setiap hari.

-Lebih dari 2.5 million website berhubung dengan facebook.

-Lebih 200 million pengguna mengakses facebook melalui telefon bimbit.Ini
menjadikan mereka 2x lebih kerap online dalam sehari.


Saya tanya anda, melihat akan data diatas, apa yang anda akan lakukan untuk
memanfaatkan peluang diatas? Jika anda jawab :

Ya, saya boleh menjana pendapatan melalui
facebook

Tahniah saya ucapkan kerana anda sememangnya seorang yang bijak mengambil
peluang.

Jika cara yang anda gunakan adalah betul, tidak melakukan spam saya yakin
friends anda boleh bertukar menjadi buyer dan kemudian repeat buyer anda.
Hanya dengan menjadi rakan mereka, bertegur sapa, komen, anda boleh
membuat duit di facebook tanpa perlu membuat sebarang aplikasi, tanpa spam
wall, tag rakan-rakan anda..

Semuanya saya akan bongkarkan di bab yang seterusnya nanti.






Facebook Marketing v2 M/s 8

Facebook Marketing v2 Powered By Fendy Aziz




Bab 2

Pengasas Facebook












Facebook Marketing v2 M/s 9

Facebook Marketing v2 Powered By Fendy Aziz



Mark Elliot Zukerberg dilahirkan pada 14 mei 1984
di White Plains, New York. Anak lelaki kepada
pasangan Karen dan Edward ini mempunyai 3
orang adik beradik perempuan iaitu Donna, Arielle,
Randi.


Mark adalah founder kepada laman web social
popular Facebook. Ketika itu Mark baru berumur
23 tahun dan masih menuntut di universiti di
Harvard. Mark melancarkan Facebooknya pada 4
februari 2004. Selepas 24 jam pelancaran webnya
seramai 1,200 orang pelajar Harvard telah
mendaftar dan dalam tempoh sebulan hampir separuh dari pelajar universiti
Harvard telah mempunyai profil di laman web facebook.

Rangkaian facebook telah berkembang dari satu universiti ke university yang lain
yang terdapat di Amerika Syarikat. Setelah membelanjakan $200,000 pada
bulan ogos 2005 maka terciptalah domain facebook.com.

Setelah hampir setahun setengah facebook bertapak iaitu pada penghujung tahun
2005, facebook sudah mula merebak diseluruh dunia. Pembangunannya
sungguh pesat sekali sehinggakan google dan yahoo menawarkan sehingga $2
billion untuk mendapatkan facebook tetapi ditolak oleh Mark Zukerberg.










Facebook Marketing v2 M/s 10

Facebook Marketing v2 Powered By Fendy Aziz






Bab 3

Bahagian Facebook

















Facebook Marketing v2 M/s 11

Facebook Marketing v2 Powered By Fendy Aziz



Jika anda lihat terdapat beberapa bahagian-bahagian di dalam facebook.
Antaranya adalah :


Home :



Home merupakan laman pertama yang anda akan lihat selepas berjaya log in ke
dalam facebook. Di sini anda dapat lihat Status untuk anda update status anda,
Photo untuk anda upload gambar dan kongsikan dengan rakan-rakan. Link
untuk anda berkongsi pautan mana-mana laman web dengan rakan-rakan.
Video fungsinya lebih kurang sama sahaja dengan photo di mana anda boleh
upload video dari hard disk atau merekod dari video cam anda untuk
dikongsikan dengan rakan-rakan.

Profile :

5 Disember 2010 Mark Zukerberg telah mengumumkan laman profile yang baru
untuk facebook. Dan beberapa fungsi telah di update Termasuklah
bertambahnya ruang untuk meletakkan photo. Ramai di antara mereka
memanfaatkan ruang ini dengan menunjukkan kekreatifan mereka.


Facebook Marketing v2 M/s 12

Facebook Marketing v2 Powered By Fendy Aziz


(Contoh)

Jika anda berminat untuk belajar bagaimana menghasilkan profile hack ini anda
boleh belajar di blog milik Nurul Luvleey di
http://www.syoksyok.com/2011/01/01/kreatifkan-gambarprofile-facebook/


Photo :

Facebook membenarkan unlimited photo di upload oleh user setiap hari. Tak
hairanlah dalam sehari kira-kira 100 million photo dan kira-kira 2 terabytes
photo di upload. Dan bebaru ini satu rekod tercipta apabila pengguna
mengupload kira-kira 750 million photo bersempena tahun baru 2011










Facebook Marketing v2 M/s 13

Facebook Marketing v2 Powered By Fendy Aziz


Chat :




Facebook chat adalah salah satu aplikasi
untuk anda berkomunikasi dengan rakan-
rakan tanpa menggunakan yahoo
messenger, gtalk, skype. Dengan adanya
facebook chat, komunikasi anda menjadi
lebih mudah dan cepat.

Facebook chat ditubuhkan pada 23 April
2008 kepada seluruh pengguna selepas
percubaan pada 5 April 2008 berjaya.























Facebook Marketing v2 M/s 14

Facebook Marketing v2 Powered By Fendy Aziz

Pages :





Facebook menggalakkan anda menggunakan facebook fan page untuk anda yang
aktif mempromosikan perniagaan anda. Di sini anda boleh membina page untuk
perniagaan, kelab, komuniti dan sebagainya . Jika anda baru membina page`jika
anda perhatikan nama page anda terlalu panjang dan sukar untuk diingati
Contohnya
http://www.facebook.com/pages/MizzNinaFan/137834339610346?v=app_4949752878&
ref=sgm

Tetapi anda boleh memendekkannya apabila jumlah Like page anda melebihi 25
orang.. Anda boleh menukarnya di sini http://www.facebook.com/username/



Facebook Marketing v2 M/s 15

Facebook Marketing v2 Powered By Fendy Aziz

Groups :

Seperti laman-laman social yang lain facebook juga tidak terkecuali mempunyai
groups. Groups pula terbahagi kepada 3 iaitu Open, Closed, Secret



- Open : Rakan-rakan yang sertai dan juga isi kandungan groups adalah
public iaitu boleh dilihat umum.
- Closed : Rakan-rakan yang sertai groups dipaparkan kepada umum dan
isi kandungan adalah rahsia
- Secret : Rakan-rakan dan isi kandungan groups adalah rahsia dan tidak
didedahkan kepada umum.

Apa yang menarik adalah ahli groups adalah unlimited. Anda boleh serapkan
seberapa ramai rakan-rakan ke dalam facebook groups anda.









Facebook Marketing v2 M/s 16

Facebook Marketing v2 Powered By Fendy Aziz

Events :

Fungsi facebook event membolehkan anda mengelolakan, merancang sesuatu
majlis. Fungsi ini amat sesuai digunakan jika anda mempunyai sesuatu
perancangan majlis untuk menjemput rakan-rakan anda.

Contoh mereka yang menggunakan event untuk mengajak rakan-rakan
menghadiri event mereka




Notes :

Nota facebook sangat berguna jika anda ingin menulis artikel-artikel pendek.
Juga sesuai digunakan untuk anda yang ingin membuat review tentang sesuatu
produk dan diakhiri dengan link affiliate anda. Anda juga boleh tag rakan-rakan
anda. Note anda akan dipaparkan pada wall homepage facebook anda.






Facebook Marketing v2 M/s 17

Facebook Marketing v2 Powered By Fendy Aziz

Video :

Video membolehkan anda memuat naik video dari computer, telefon bimbit, atau
merakam video secara terus menggunakan cam recorder. Jika anda sering
menggunakan youtube, kat bawah setiap video ada butang share.
Butang ini juga memainkan
peranan untuk anda menghantar video ke facebook.

Mobile :



Untuk mengaktifkan facebook mobile
anda tanpa sebarang cas data sila ke
http://www.facebook.com/mobile/

Antara fungsi facebook mobile adalah :
- Laman Facebook Mobile anda
boleh melayarinya di
http://m.facebook.com Ianya telah
dikhaskan untuk browser di telefon
anda
- Anda boleh menghantar pesanan teks/sms dengan menaip FBOOK dan
hantar ke 32665
- Anda boleh memuat naik gambar/MMs ke album facebook anda dengan
menghantar email ke mobile@facebook.com

Dengan fungsi facebook sms, ia membenarkan anda menerima notifikasi atau
mengemaskini status anda dengan menghantar pesanan teks.

Terdapat juga syarikat telekomunikasi seperta Maxis dan Digi mempromosikan
Facebook di pek permulaan prabayar atau menghantar sms memberitahu
pelanggan yang mereka kini boleh melayari laman web facebook menggunakan
telefon mudah alih.

Pada November 2008, Facebook melaporkan jumlah pengguna mudah alih
mereka meningkat daripada 5 juta orang kepada 15 juta orang sejak permulaan
pelancarannya pada awal tahun 2008.




Facebook Marketing v2 M/s 18

Facebook Marketing v2 Powered By Fendy Aziz


Developer :

Pada bulan ogos 2006, facebook telah
menawarkan develepor API secara
percuma yang dipanggil facebook
developers. Ini memberikan setiap orang
akses ke dalam fungsi facebook dan
pengaturcara boleh membina
widgets,mashups,tools dan projek-projek
lain yang berkaitan dengan facebook.

Ia merupakan asas penting bagi facebook
sejak mereka menjadi rangkaian social
pertama yang memberikan akses terhadap
API mereka. Walau bagaimanapun, ianya terhad kepada 100,000 permintaan
sehari.














Facebook Marketing v2 M/s 19

Facebook Marketing v2 Powered By Fendy Aziz






Bab 4

Membina akaun anda





















Facebook Marketing v2 M/s 20

Facebook Marketing v2 Powered By Fendy Aziz






Ia adalah sesuatu yang merugikan jika anda tidak bertindak dengan segera.
Lakukan pendaftaran anda pada hari ini kerana ia sememangnya percuma. Jika
kita lihat dari bab-bab sebelum ini saya kira anda dah nampak akan kehebatan
facebook.

Tetapi jangan fikirkan jika anda mendaftar dengan facebook pada hari ini anda
akan boleh membuat wang pada hari ini. Sebaiknya anda fikirkan bagaimana
anda mahu menjana wang melalui facebook. Itu yang sebetulnya mind set kita
harus fikirkan.

Topik ini mungkin ada diantara anda sudah sedia maklum tetapi saya juga ingin
menunjukkan sekali lagi kepada anda. Mungkin ada di antara anda yang masih
lagi buntu bagaimana untuk setup facebook anda supaya kelihatan professional.

Selepas ini kita akan teruskan ke topic yang lebih advance.. Cool







Facebook Marketing v2 M/s 21

Facebook Marketing v2 Powered By Fendy Aziz


Langkah-langkah yang perlu anda titik beratkan semasa dan selepas pendaftaran.

I- Gunakan nama anda yang sebenar. Di dalam perniagaan tidak
kira perniagaan online mahupun offline nama juga memainkan
peranan penting dan ia juga boleh dianggap sebagai brand perniagaan
kita. Begitu juga dalam facebook. Nama anda menunjukkan diri anda
yang sebenar. Mereka yang mencari anda juga senang untuk
menjumpai akaun facebook anda.Perlu diingat facebook juga menitik
beratkan akan hal ini. Memang ia nya seakan nampak mustahil bagi
mereka untuk menjumpai akaun anda tetapi ianya tidak akan mustahil
jika facebook menjumpai akaun anda dan akaun anda terus diban
Ingat fake profile 99.9 % akan terus di ban jika facebook
menyedarinya.


II- Gambar profile anda. Jika anda lihat pada hari ini ramai yang
sudah mula menyedari akan hal ini. Berpusu-pusu mereka mencari
designer untuk melukis gambar yang terbaik. Ingat. Orang melihat
kita berdasarkan first impression. Jadi smartkan profile picture anda.
75% mereka yang accept friend request akan merayap dahulu di dalam
photo album anda. Jadi letakkan gambar profile anda dan juga
gambar-gambar di dalam photo album anda. Buktikan anda
sememangnya wujud.


III- Kurangkan maklumat yang tidak berkaitan. Cuba anda masuk
ke profile seseorang yang belum friend dengan anda. Biasanya tempat
memula anda akan tuju adalah info. Kalau boleh elakkan dari
menyorok info tentang diri anda. Letakkan apa profession anda.
Tentang diri anda. Letak sedikit sebanyak tentang perniagaan anda.
TETAPI elakkan meletakkan benda-benda yang remeh-temeh. Tv show
kegemaran anda la, idola anda la, movie la, hobi la. Jika anda
meletakkan kesemuanya kemungkinan mereka untuk membaca info
penting tentang diri anda sangat kurang. Jadi masukkan maklumat
yang penting sahaja. Seperti kata saya diatas. Profession anda,
perniagaan anda.





Facebook Marketing v2 M/s 22

Facebook Marketing v2 Powered By Fendy Aziz


IV- Pilih komuniti anda. Jika anda lihat sekarang banyak jenis
komuniti yang terdapat di dalam facebook. Ada yang jual baju, jual
detox kaki, jual anting-anting dan macam-macam lagi. Ini
menunjukkan mereka semua mempunyai niche masing-masing. Jadi
jika anda menjual tudung, masuklah ke komuniti menjual tudung, like
page-page yang memiliki niche sama dengan anda. Add friend yang
sama jenis niche dengan anda. Ini penting untuk jangka masa panjang
dalam perniagaan anda. Kenapa? Ianya lebih mudah jika anda berada
dalam kelompok yang sama. Peluang anda untuk menjual lebih tinggi
kepada targeted prospek.
















Facebook Marketing v2 M/s 23

Facebook Marketing v2 Powered By Fendy Aziz





Bab 5

Selamatkah Anda di
Facebook?




Facebook Marketing v2 M/s 24

Facebook Marketing v2 Powered By Fendy Aziz

Sudah menjadi lumrah internet dunia tanpa sempadan, mempunyai kebaikan
dan juga keburukan yang tersendiri. Begitu juga dengan facebook, oleh itu perlu
bagi kita memastikan segala maklumat peribadi kita berada dalam keadaan
selamat.

Saya tunjukkan beberapa cara untuk anda berada lebih selamat dalam facebook.

Untuk memastikan anda berada dalam keadaan selamat pastikan terlebih dahulu
anda mengubah privacy setting.




















Facebook Marketing v2 M/s 25

Facebook Marketing v2 Powered By Fendy Aziz


Biasanya saya menggunakan recommended untuk privacy setting saya.



Disini anda boleh menetapkan sesiapa sahaja untuk mengakses ke maklumat
anda.


Facebook Marketing v2 M/s 26

Facebook Marketing v2 Powered By Fendy Aziz


Macam-macam ada Semuanya anda boleh setupkan untuk memastikan
maklumat anda berada dalam keadaan selamat.









Facebook Marketing v2 M/s 27

Facebook Marketing v2 Powered By Fendy Aziz

Bab 6


Bahagian 2.1

Teknik
Pemasaran Di Facebook
Dibongkar

Facebook Marketing v2 M/s 28

Facebook Marketing v2 Powered By Fendy Aziz


Untuk menjana pendapatan yang konsisten tidak kira di web, blog dan
sebagainya kita memerlukan traffic yang tinggi. Traffic yang tinggi pula di ambil
kira berdasarkan jumlah traffic yang berkualiti. Baru lah dapat convert kepada
sales. Tetapi di facebook anda tidak perlu mendapatkan traffic yang tinggi, cukup
sekadar anda seperti yang saya sebutkan sebelum ini, menjadi pakar dalam
bidang anda. Dengan kata lainnya bina kreadibiliti anda. Dengan adanya
kreadibiliti anda bukan sahaja dianggap sebagai pakar, popular dalam niche
anda, malah buyer anda boleh menjadi repeat buyer. Namun begitu untuk
membina kreadibiliti memerlukan pengorbanan anda dari segi masa, ya la kan
untuk membina sesuatu brand tidak semudah yang kita fikirkan.

Tetapi apa yang bakal kita fokuskan di bawah topic ini bukan berkenaan
bagaimana untuk membina kreadibiliti tetapi bagaimana untuk menarik traffic
yang tinggi dan berkualiti.

Facebook Profile :

Harus diingat sekali lagi, profile anda adalah first impression membayangkan
diri anda yang sebenarnya. Jadi letak profile yang menarik. Ia juga merupakan
salah satu cara menjana traffic yang tinggi. Ramai di antara pengguna mula add
friends secara drastic dan mempromosikan perniagaan secara membuta tuli. (Ini
boleh mengakibatkan akaun anda kena block untuk add friends selama beberapa
hari mengikut kesalahan anda ) Sebaiknya add friends slow-slow ( Jgn guna
facebook friend adder ) untuk kualiti friends anda. Satu akaun facebook hanya
dapat menampung 5000 friends sahaja. Jadi menjadi kerugian kepada anda
sekiranya 5000 friends anda langsung tidak mendatangkan manfaat buat anda.

Apa yang baiknya profile facebook ia digunakan untuk update status, share link,
video dan photos. Kesemuanya bersifat viral. Kesemua rakan-rakan anda dapat
mengetahui apa yang berlaku pada diri anda jika anda menggunakan salah satu
fungsi tersebut.







Facebook Marketing v2 M/s 29

Facebook Marketing v2 Powered By Fendy Aziz

Update Status :

Sertakan info-info yang menunjukkan anda berada pada bidang perniagaan
anda. Jika anda menjual tudung, update status anda contohnya ciri-ciri kain
yang bermutu untuk dijadikan tudung. Tudung yang up to date pada masa kini.
Keluarkan aura anda sebagai seorang pakar dalam bidang tudung.

Saya pernah membuat kajian dimana teknik soft selling amat mujarab untuk
digunakan pada status facebook saya. Bagaimana teknik softselling ini? Ok. Anda
update status anda dan biarkan ayat-ayat tu tergantung. Contohnya, Senangnya
nak buat duit. Full stop.. Orang akan tertanya-tanya, bagaimana tu, apa yang
dijual, buat kerja apa? Teknik ni dinamakan softselling dimana anda menjual
dengan senyap. Harus diingat facebook mempunyai kuasa viral yang amat
berkesan. Jika salah seorang rakan anda komen, komen rakan anda dapat dilihat
oleh rakan-rakan anda. Buatkan mereka tertanya-tanya akan status update anda.
Saya sediakan contoh status update saya.


Facebook Marketing v2 M/s 30

Facebook Marketing v2 Powered By Fendy Aziz


Sumber : http://www.facebook.com/fendyaziz/posts/173539066016547

Menarik bukan. Antara mereka yang bertanya dan ada juga terus pm inbox saya,
saya telah mendapatkan 3 jualan on the spot.

Facebook Marketing v2 M/s 31

Facebook Marketing v2 Powered By Fendy Aziz

Salah satu lagi update status yang power dengan menggunakan Tag. Bagaimana
anda nak tag mereka sambil anda update status anda? Contohnya, Sejak saya
pakai tool ni ada je duit masuk dalam akaun saya. Anda tak nak cuba ke?
Masukkan @dan letakkan nama rakan-rakan anda yang ingin di tag. Contohnya
anda mahu tag nama saya @F automatik akan keluar FendyAziz. Sesaat mereka
akan dapat notifikasi berkenaan tag anda. Dan update anda juga akan melekat
kat wall rakan-rakan anda.




Photo :

Salah satu input yang penting yang harus anda gunakan. Menjadi kebiasaan
manusia memang akan lebih tertarik kepada sesuatu kaler untuk memudahkan
otak mereka berimaginasi tentang sesuatu. Gunakan gambar yang menarik untuk
menarik perhatian mereka.

Itu salah satu fungsinya. Dan yang seterusnya pada update status anda facebook
menghadkan patah perkataan maksimum iaitu sebanyak 420 huruf sahaja untuk
satu-satu update. Di sinilah photo memainkan peranan. Anda tulis update status
anda lebih dari 420 pun tak pe. Klik photo tanpa padam status update anda tadi.
Kemudian upload gambar. Cuba anda tengok. Dah boleh post pada wall anda
walaupun lebih dari 420 patah perkataan.




Facebook Marketing v2 M/s 32

Facebook Marketing v2 Powered By Fendy Aziz


Link :

Untuk mempromosikan link anda, contohnya link web anda, link blog, link
affiliate gunakan fungsi link yang telah disediakan. Apa yang menariknya jika
anda menggunakan link, contohnya link web anda berkaitan menjual stoking.
Dengan automatik apabila anda klik attach untuk submitkan link anda pada wall
ia akan keluar gambar dalam keseluruhan web anda dengan sendirinya dan anda
boleh pilih gambar mana yang anda suka mengikut arrow yang telah disediakan.

Dan link juga mempunyai butang share berbeza dengan update status yang tidak
mempunyai butang share. Ini memudahkan rakan-rakan
anda untuk menyebarkan link anda kepada rakan-rakan mereka.


Facebook Notes :

Anda mempunyai blog? Blog apa yang anda ada? Blogspot? Wordpress? Blog
sebenarnya banyak kegunaan. Lebih baik anda gunakan blog berbayar yang
mempunyai domain name pilihan anda sendiri ( Walaupun saya sendiri tak ada
blog Masih lagi dalam proses planning )

Apa kaitan blog dengan notes?

Ok, bila saya tengok Irfan Khairi selalu je menulis dalam facebook notes terdetik
dalam kepala kenapa beliau selalu tulis kat sana, bukan ke lebih baik tulis dalam
blog lepas tu invite fan beliau kat facebook then baca kat sana.

Rupa-rupanya step begitu teramat sukar, apabila sifat manusia ni nak yang
mudah je. Kalo boleh sekali klik dah nak sampai kat destinasi. Kebetulan pula
facebook notes boleh dimasukkan dengan rss blog. Jadi seseorang menulis artikel
di blog secara automatik facebook notes akan menyiarkan artikel dari blog
tersebut di facebook.

Seperti bab-bab yang lepas kita dah sedia maklum notes boleh dijadikan tempat
untuk review produk affiliate, tempat untuk war-warkan bonus affiliate. Dan
anda juga boleh tag rakan-rakan anda untuk memeriahkan lagi notes tersebut.


Facebook Marketing v2 M/s 33

Facebook Marketing v2 Powered By Fendy Aziz
Facebook notes juga adalah salah satu momentum untuk viral marketing. Anda
tag rakan-rakan anda, rakan-rakan anda komen notes anda, notes akan
dipaparkan pada wall mereka.

Facebook Video :

Teringat lagi semasa saya menyertai affiliate jualan hujung tahun kelolaan
saudara Raja Kamil. Dan pada masa saya sertai affiliate tersebut tarikh tutup
pertandingan adalah pada keesokan harinya. Saya tengok setiap jualan
menawarkan komisyen sehingga rm100 dan 3 jualan terpantas akan menerima
rm300 on the spot kalau tak silap ( Dah tak ingat )

Punyalah excited, saya terus contact Raja Kamil macam mana nak hasilkan sales
dengan segera. Katanya buat satu video berkaitan bonus yang di tawarkan. Boleh
menaikkan convertion rate.

Alhamdulillah berkat usaha dan pertolongan Raja Kamil sebelum tamat tempoh
cabaran dapat la satu sales.

Pointnya di sini Video. Jika anda mempunyai sesuatu perniagaan convert kan ke
dalam bentuk video yang mudah difahami. Contohnya anda mempunyai restoran
makanan. Buat kan satu video bagaimana anda menghasilkan menu istimewa
yang dihidangkan dalam restoran anda. Tunjukkan segala kepoweran anda
dalam video tersebut melebihi executive chef.

Facebook video juga merupakan kuasa viral yang tiada batas. Sekali rakan anda
klik share video anda merebak keseluruh pelusuk facebook.

Anda jangan ingat bahawa Ana Rafali memenangi Anugerah Juara Lagu selepas
videonya terpampang dalam youtube. Tetapi anda boleh lakukan lebih dari itu
kerana facebook mempunyai power lebih dari youtube. Facebook juga
mempunyai kualiti video HD.


Facebook Marketing v2 M/s 34

Facebook Marketing v2 Powered By Fendy Aziz















Facebook Marketing v2 M/s 35

Facebook Marketing v2 Powered By Fendy Aziz


Facebook Groups Vs Facebook Pages

Ciri-ciri


Facebook Groups Facebook Pages
Siapa boleh lihat

Ahli Facebook Ahli Facebook+Non Ahli
Aplikasi

Tiada Boleh
Mesej kepada ahli

Melalui Pm Melalui Updates
Traffic statistic

Tiada Boleh( Insights )
Share Video/Gambar

Boleh Boleh
Perbincangan

Boleh Boleh
Promosi dengan social
ads

Tiada Boleh
Seo

Tiada Boleh
Akses

Ditentukan oleh admin Ahli facebook


Jika kita lihat dari perbandingan di atas suka saya katakan memiliki facebook
page adalah lebih sesuai sekiranya anda ingin menjalan sesebuah perniagaan.
Ditambah lagi dengan adanya aplikasi yang terbaru membolehkan anda
membina kedai online anda tanpa sebarang kos.

Untuk mendapatkan informasi bagaimana anda boleh membina kedai online
anda menerusi fan page anda boleh pergi ke http://bit.ly/fhz8g8







Facebook Marketing v2 M/s 36

Facebook Marketing v2 Powered By Fendy Aziz


Antara kelebihan-kelebihan facebook page adalah :

-Mesra Seo
-Anda boleh buatkan page anda seperti minisite
-Membuat kedai online dimana semuanya automatik dengan aplikasi percuma
-Boleh meletakkan opt in form
-Dan banyak lagi kelebihan jika dibandingkan dengan facebook gropus

Bagaimana anda ingin menjemput rakan-rakan Like Page anda?

Untuk mendapatkan Like dari rakan-rakan sememangnya teknik ini agar sukar
jika tidak kena caranya. Ia memerlukan usaha yang berterusan dan sedikit masa.

Apa yang anda perlu lakukan untuk mendapat Like adalah pergi ke page anda.
DI bawah sebelah kiri terdapat butang
Share. Yup, gunakan kelebihan butang tersebut untuk share page anda pada
rakan-rakan anda. Satu window pop up akan muncul apabila anda klik butang
tersebut


Facebook Marketing v2 M/s 37

Facebook Marketing v2 Powered By Fendy Aziz


Masukkan ayat-ayat anda. Kalau boleh ayat yang lagi cun dari ayat kat atas .
Klik share dan ianya akan dipaparkan pada wall anda.

Ok untuk pengetahuan anda, melalui servis page yang saya jalankan masih ramai
lagi antara mereka yang tidak tahu untuk memilih jenis page yang sepatutnya
mereka pilih untuk perniagaan.

Untuk mula membina page http://www.facebook.com/pages/create.php


Facebook Marketing v2 M/s 38

Facebook Marketing v2 Powered By Fendy Aziz


Jika anda nak buat page perniagaan, mana satu page yang anda akan pilih? 7/10
customer saya dalam mahupun luar Malaysia tidak tahu apakah perbezaan
diantara page komuniti dengan page official.

So saya cadangkan mereka untuk buat official page kerana apa yang saya tahu
official page boleh setup landing tab.


Facebook Marketing v2 M/s 39

Facebook Marketing v2 Powered By Fendy Aziz


Apa kelebihan membuat landing tab? Anda boleh tentukan tab mana pelawat
akan mendarat apabila masuk ke page anda.
Ok sekarang kita akan pergi ke langkah ke-2 bagaimana untuk mengajak rakan-
rakan Like page anda.




Letakkan butang tweet & butang share pada bawah page anda. Anda boleh
tengok pada page saya http://facebook.com/MyMarketing

Butang ini anda dapat aktifkan jika anda memasang aplikasi fbml


Facebook Marketing v2 M/s 40

Facebook Marketing v2 Powered By Fendy Aziz
Anda boleh dapatkan aplikasi ini di
http://www.facebook.com/apps/application.php?id=4949752878

2 langkah ini mempunyai cara yang sama tetapi kaedah yang berlainan.

Langkah 3 : Jika anda mempunyai blog atau web anda juga boleh meletakkan
butang find us on facebook. . Link kan
gambar tersebut ke page anda supaya bila visitor klik mereka akan terus dibawa
ke page anda.

Langkah ke 4 : Gunakan events dalam page anda. Buatkan satu pertandingan
contohnya. Tawarkan hadiah top 3. Berikan masa dalam sebulan. Mereka akan
mempunyai lebih keinginan untuk Like page anda.

Langkah 5 : Update status dalam wall page anda. Update status pada wall juga
akan terpampang pada wall mereka yang menjadi friends anda. Jika mereka lihat
pasti mereka Like jika tajuk update anda power. Content is king.


Facebook Free Gift

Facebook free gift adalah satu aplikasi yang digunakan untuk menghantar hadiah
melalui facebook kepada rakan-rakan anda. Rakan anda sambut birthday
contohnya. Anda boleh gunakan kek sebagai free gift kepada rakan anda. Rakan
anda merajuk anda boleh hantarkan teddy bear. Dan dengan automatiknya free
gift ini akan dipaparkan di wall anda.





Facebook Marketing v2 M/s 41

Facebook Marketing v2 Powered By Fendy Aziz


Jadi bagaimana untuk kaitkan perniagaan anda dengan free gift ni? Ok selalunya
apa yang digunakan dalam facebook hampir 99% adalah bersifat viral. Jadi saya
selalu menggunakan facebook free gift ini untuk menyebarkan apa-apa berita
tentang perniagaan saya.

Sebelum melancarkan facebook marketing v2 saya telah membuat pre lauch
dengan menggunakan free gift



Gambar diatas menunjukkan free gift saya telah siap dibina dan telah ready
untuk publish.

Anda boleh klik link dibawah untuk mula menggunakan facebook free gift ini.

http://www.facebook.com/gifting

Sebelum saya publish to my wall saya biasanya menggunakan step 3 terlebih
dahulu. Iaitu invite friends. Tetapi invite friends terhad untuk 16 friends satu
hari. Maknanya jika anda nak sambung balik nvite friends anda boleh invite pada
ke esokkan harinya.


Facebook Marketing v2 M/s 42

Facebook Marketing v2 Powered By Fendy Aziz


Klik send.

Lepas siap settle semua nie baru lah saya gunakan publish to my wall.


Facebook Marketing v2 M/s 43

Facebook Marketing v2 Powered By Fendy Aziz


Klik publish dan terpapar kat wall




Apa yang menariknya jika rakan anda turut menggunakan free gift yang dibuat
oleh anda, maka rakan-rakan mereka turut mendapat gambaran perniagaan anda
seperti mana anda telah ciptakan free gift sebelum itu. Maka terjadi lah viral
disitu.




Facebook Marketing v2 M/s 44

Facebook Marketing v2 Powered By Fendy Aziz

Facebook Application



Anda boleh mencipta pelbagai aplikasi untuk membangunkan empayar
perniagaan anda sendiri. Kini, banyak jenis aplikasi yang diguna pakai baik
berbayar mahupun percuma.

Malah jika anda tidak tahu untuk membina aplikasi anda sendiri, terdapat
banyak jenis aplikasi yang akan membantu anda memasarkan perniagaan anda
di facebook.

Saya syorkan beberapa aplikasi yang mungkin berguna untuk perniagaan anda.

Networked Blogs :

Aplikasi ini membenarkan anda mempromosikan blog anda di facebook dan
boleh dihubungkan ke wall dan page facebook anda

Social Rss :

Membantu anda menaikkan brand perniagaan anda

Business Card :

Membenarkan anda mengepilkan kad perniagaan anda dalam mesej facebook

Phonebook

Aplikasi ini membenarkan anda menghantar pesanan suara kepada ahli facebook
sambil memastikan nombor telefon anda tidak dipaparkan.

Twitter application :

Membenarkan anda untuk melihat siapa rakan facebook anda yang mengupdate
status di twitter, menggalakan rakan facebook anda follow anda di twitter.





Facebook Marketing v2 M/s 45

Facebook Marketing v2 Powered By Fendy Aziz


Facebook Video :

Sekarang facebook video menyokong HD kualiti video yang tinggi. Anda boleh
share, boleh setup siapa yang tonton video anda dan amat sesuai digunakan
dalam perniagaan anda. Video memberikan lebih impression kepada prospek.




Ecwid/vendor

Siapa kata anda tidak boleh buat kedai online secara percuma? Dengan adanya
application terbaru ini anda dapat bina kedai online berkonsepkan shopping cart

Maklumat lanjut= http://bit.ly/fhz8g8

Facebook Voicemail

Aplikasi ini membolehkan anda menghantar pesanan suara kepada rakan di
facebook.

Static Fbml

Static fbml adalah aplikasi yang berfungsi seperti html. Dengan adanya aplikasi
ini di page anda ia dapat menyokong kemasukan widget, gambar dan sebagainya

Rss Graffiti :

Membantu anda untuk menyebarkan kandungan sama ada dari web, blog anda
ke facebook profile anda.

Untuk belajar bagaimana mencipta aplikasi sendiri anda boleh dapatkan
percuma di sini http://duitfesbuk.com








Facebook Marketing v2 M/s 46

Facebook Marketing v2 Powered By Fendy Aziz

Facebook Comment

Facebook comment adalah salah satu tool yang membantu promosi anda
bergerak secara viral. Facebook comment ini juga amat sesuai bagi pemilik-
pemilik web yang mengupah ejen affiliate mereka.

Dengan adanya facebook comment ejen affiliate tidak akan bersusah payah
menyebarkan link affiliate mereka banyak kali. Sekali mereka post di facebook
comment post mereka akan turut kelihatan pada profile mereka.

Apa yang menariknya jika rakan-rakan klik pada link yang disebarkan dari post
tadi, maka rakan-rakan anda akan dibawa ke web affiliate anda dengan kod
affiliate.

Hmmmm.. Macam mana nak pasang facebook comment ini? Sebenarnya untuk
memasang kod ini terdapat banyak cara. Saya akan tunjukkan salah satu darinya.

Klik link ni http://developers.facebook.com/docs/reference/plugins/comments


Facebook Marketing v2 M/s 47

Facebook Marketing v2 Powered By Fendy Aziz


Masukkan nama pilihan untuk diletakkan pada Unique ID. Contoh
FbMarketingv2. Jangan klik get code lagi. Klik yang ada highlight biru kat bawah
ni.



Paparan ini akan terhasil


Facebook Marketing v2 M/s 48

Facebook Marketing v2 Powered By Fendy Aziz


Jika anda lihat terdapat 2 kod di browser anda. Copy yang pertama dan buka
html editor anda.

Saya andaikan anda sudahpun mempunyai html editor. Klik insert pada bahagian
menu


Facebook Marketing v2 M/s 49

Facebook Marketing v2 Powered By Fendy Aziz


Kemudian klik html.

Satu popup akan muncul dan masukkan kod yang telah anda copy sebentar tadi.
Hasilnya akan kelihatan seperti ini.





Facebook Marketing v2 M/s 50

Facebook Marketing v2 Powered By Fendy Aziz

Jangan klik insert dahulu kerana kita akan memasukkan satu lagi kod pada
bahagian root>kod disini</div>

Pergi semula ke browser anda dan klik back supaya browser anda akan dibawa ke
Get Code semula.



Klik get code dan copy kod yang keluar.



Facebook Marketing v2 M/s 51

Facebook Marketing v2 Powered By Fendy Aziz

Sesudah anda copy kod tersebut, pergi semula ke kompozer anda dan paste kod
tadi ke dalam kod yang pertama tadi. Lihat gambar di bawah.



Ok settle.. Lepas tu barulah klik insert. Ok sekarang save balik file ni. Sekarang
cuba anda upload ke hosting anda. Ok tak?

Paparan dibawah akan terhasil jika tiada aral.




Facebook Marketing v2 M/s 52

Facebook Marketing v2 Powered By Fendy Aziz
Note : Jika anda pengguna facebook comment pertama kali dan hasilnya tidak
menjadi anda klik link ini dahulu dan dapatkan apps id anda.
http://www.facebook.com/developers/apps.php

Sesudah mendapatkan apps id anda cuba ulangi langkah diatas. Jika tak menjadi
juga cuba check balik sama ada kod yang anda paste tadi di tempat yang betul
atau pun tidak.

Lepas tu barulah klik insert. Ok sekarang save balik file ni. Sekarang cuba anda
upload ke hosting anda. Ok tak?


Pay With a Tweet

Paywithatweet juga berguna untuk perniagaan anda. Dengan menggunakan
paywithatweet perniagaan anda menjadi lebih viral lagi. Bagaimana nak
mengintegrasikan paywithatweet dengan perniagaan anda?

Ok, selalunya para usahawan internet menggunakan paywithatweet untuk
mengumpul mailing list.

Ikut langkah-langkah dibawah bagaimana nak integrasikan perniagaan anda
dengan paywithatweet.

Klik link ni. http://paywithatweet.com/



Isikan maklumat-maklumat dibawah.


Facebook Marketing v2 M/s 53

Facebook Marketing v2 Powered By Fendy Aziz


Url ke page anda. Sebelum tu cloakkan dulu link url anda. Klik go to bit.ly.
Kemudian paste ke dalan url ke page anda.

Setelah selesai klik create my button.

Paparan ini akan terhasil

Facebook Marketing v2 M/s 54

Facebook Marketing v2 Powered By Fendy Aziz



Copy kod dalam bulatan merah diatas untuk diletakkan dalam email follow up
anda yang pertama.

Apabila mereka yang mendownload ebook percuma anda link ke squeeze page
anda akan terpapar di profile mereka. Maka terjadi lah viral.















Facebook Marketing v2 M/s 55

Facebook Marketing v2 Powered By Fendy Aziz


Facebook Ads

Apa itu facebook advertising?

Contoh facebook advertising



Facebook Marketing v2 M/s 56

Facebook Marketing v2 Powered By Fendy Aziz
Sudah tentu anda pernah tengok iklan-iklan sedemikian bukan? Dan untuk
beriklan di facebook ads tidak memerlukan anda membelanjakan sejumlah wang
yang besar.

Kenapa?

Kerana facebook ads mengikut selera anda a.k.a mengikut budget anda.

Ok. Untuk pengetahuan anda apabila anda menggunakan facebook ads perlu
anda tahu bahawa facebook ads memiliki 2 ciri iaitu ads berdasarkan klik (CPC)
dan juga ads berdasarkan impression (CPM).

Saya nasihatkan anda gunakan iklan berdasarkan klik. Ini kerana kita bukan
sahaja dapat melabur untuk prospek yang benar-benar berminat tetapi kita juga
dapat mengurangkan kos pengiklanan.

Bagaimana ads berdasarkan klik dikira? Ok jom kita buat sedikit ilmu kira-kira
jap

Anda perlu setkan berapa cpc bid yang anda mahukan. Minima $0.01 ( Suggest
minima bid $0.41 ) Ok saya andaikan anda telah set kan minima bid untuk cpc
anda $0.50. Jadi untuk mendapatkan sejumlah 100 klik anda perlu beli $50
kredit untuk pengiklanan.

Mengapa anda harus menggunakan facebook ads?


Facebook Marketing v2 M/s 57

Facebook Marketing v2 Powered By Fendy Aziz


- Iklan anda dicapai oleh 500 million user seluruh dunia
- Anda boleh set kan siapa target iklan anda
- Iklan lebih tepat disasar kepada user

Apa yang tidak harus anda lakukan untuk mengelakkan facebook ads anda
diluluskan?

Elakkan mengguna perkataan, duit, cepat kaya atau bersangkut paut dengan
duit.

Iklan anda diluluskan oleh pekerja facebook iaitu secara manual. Jadi jika anda
menggunakan perkataan sedemikian harapan iklan anda untuk diluluskan amat
tipis.








Facebook Marketing v2 M/s 58

Facebook Marketing v2 Powered By Fendy Aziz

Mungkin anda pernah bertanya jika anda tiada apa-apa perniagaan tapi saya nak
mencuba untuk mengiklan bersama facebook ads.

- Anda boleh menyertai mana-mana program affiliate dalam ataupun luar
negara

- Tidak kira fizikal atau digital. Semuanya boleh diiklankan dengan
facebook ads jika iklan anda tidak melanggar TOS facebook


Bagaimana untuk mengiklan?

Klik link ini http://www.facebook.com/ads/create/

Paparan dibawah akan terhasil.



Paparan diatas merupakan 1/3 dari maklumat anda kena isikan. Isi jangan tak isi


Facebook Marketing v2 M/s 59

Facebook Marketing v2 Powered By Fendy Aziz

1-Masukkan link web/affiliate yang anda sertai. Apabila prospek klik iklan
mereka akan dibawakan ke sana

2-Masukkan title produk anda

3-Masukkan isi kandungan iklan anda berdasarkan produk anda.

4-Pilih gambar yang bersesuaian dengan produk anda.

Sesudah anda mengisi maklumat berkaitan kita akan pergi ke bahagian 2/3 iaitu
targeting

Apa yang ada pada bahagian targeting nie? Jom check it out



1- Tetapkan Negara pilihan anda. Jika anda ingin komersialkan product anda
dalam Malaysia maka Negara kita adalah yang paling tepat untuk
dimasukkan dalam kolum country

2- Produk anda target umur berapa? Jika anda nak jual produk untuk
kuatkan batin disarankan anda pilih umur 21 tahun keatas.


Facebook Marketing v2 M/s 60

Facebook Marketing v2 Powered By Fendy Aziz
3- Like & Interest. Yang ni paling penting untuk memastikan kos pelaburan
kita untuk iklan adalah berbaloi. Contohnya anda target produk anda
untuk siapa? Jika anda target untuk niche kesihatan maka pilih la like &
Interest mereka mempunyai minat yang sama dengan niche anda.

4- Yang ni biasanya saya tinggalkan kerana kalau anda set kan yang ni,
promosi anda tidak akan berkembang jauh.

5- Angka 2,200 berubah-ubah mengikut target yang anda pilih. Tetapi ia
akan lebih dikecilkan pada no 3 kerana Like & Interest lebih spesifik



Ini adalah sambungan 2/3 iaitu masih dalam bahagian targeting.

Pastikan 1 dan 2 anda set kan ALL

Ok sekarang sekarang kita akan ke last step iaitu campaigns, pricing,
scheduling


Facebook Marketing v2 M/s 61

Facebook Marketing v2 Powered By Fendy Aziz


Cuba anda lihat pada Budet ( USD ) : Anda ada 2 pilihan sama ada nak pilih per
day atau LIFE TIME BUDGET

Saya akan pilih yang huruf yang bertanda gelap kat atas kerana langkah ini lebih
cermat sebenarnya.


Facebook Marketing v2 M/s 62

Facebook Marketing v2 Powered By Fendy Aziz
Orait, sekarang kita akan review ads yang telah
dibuat.

Itu hasilnya. Sekiranya anda dah berpuas hati dengan iklan anda boleh klik place
order atau edit ad sekiranya masih tak puas hati dengan ad anda.

Saya andaikan anda telah pun klik place order

Ini dia hasilnya. Paparan diatas akan dipaparkan setelah anda klik place order



Jika iklan anda telah disapprove iklan anda sepatutnya berada di


Facebook Marketing v2 M/s 63

Facebook Marketing v2 Powered By Fendy Aziz


Note : Jika anda adalah pengguna baru dalam facebook ads anda digalakkan
apabila sampai maklumat billing sila masukkan alamat yang betul. Semuanya
hendaklan dimasukkan dengan tepat. Jika tersilap tak pasal-pasal akaun
facebook anda turut di ban

Sebenarnya untuk mengiklan di facebook ads terdapat kupon2 untuk anda
mengiklan percuma. Tetapi kupon itu hanya dikeluarkan mengikut musim. Saya
rasa untuk menunggu kupon tersebut hanya membuatkan niat anda untuk
mengiklan terbantut

Tetapi jika anda nak juga tahu anda boleh dapat lapoan percuma di sini
http://www.panduaniklanfacebook.com/ oleh saudara Ramli Rahman


Facebook Connect

Apakah facebook connect? Anda tentu pernah memasuki forum-forum kan?
http://wangcyber.com/forum contohnya. Anda pernah nampak butang ni?

Anda pernah nampakkan?

Facebook Marketing v2 M/s 64

Facebook Marketing v2 Powered By Fendy Aziz

Butang tu adalah untuk menghubungkan forum tersebut terus kepada facebook
anda.

Jika anda ingin mendaftar di sesuatu forum atau web dan sebagainya.

Jika ada butang tersebut anda akan diberi peluang sama ada untuk sign up atau
terus berhubung dengan facebook anda melalui butang tersebut.

Dan jika anda pilih untuk sign up melalui butang tersebut secara automatic
maklumat anda akan terus dihubungkan ke forum berkenaan. Canggih kan?

Dan segala maklumat, post anda akan terpapar di profile anda..

Jadi bagaimana ia boleh dikaitkan dengan perniagaan anda? Saranan saya
letakkan facebook connect ke blog, web anda.

Untuk apa?

Seperti yang saya katakan diatas segala post, komen, update terbaru dari blog
anda akan terpapar di profile facebook anda. Ini menggalakkan viral promotion
berlaku jika rakan anda komen, balas komen.

Bukan ke anda dah melakukan 2 kerja dalam satu masa dengan facebook
connect? :D


















Facebook Marketing v2 M/s 65

Facebook Marketing v2 Powered By Fendy Aziz





Bab 7

Bahagian 2.2

Bagaimana Hendak
Menjana Wang Di
Facebook?
















Facebook Marketing v2 M/s 66

Facebook Marketing v2 Powered By Fendy Aziz

Untuk mula menjana wang difacebook anda seharusnya set kan dahulu mind set
anda bahawa facebook bukanlah tempat untuk menjana wang yang mudah.
Sebaliknya kita seharusnya lebih menumpukan kepada sosialisme antara kita
dan rakan-rakan.

Cuba anda tengok pakar-pakar pemasaran di facebook. Mereka semuanya
bermula dari bawah.

Mereka memerlukan suatu pengorbanan untuk membolehkan diri mereka
mencapai tahap yang top

Seeloknya anda gunakan medium facebook sebagai pemangkin untuk anda bina
networking. Terapkan segala teknik pemasaran diatas + Networking anda akan
mendapat result yang boom seiring dengan pemikiran yang positif












Facebook Marketing v2 M/s 67

Facebook Marketing v2 Powered By Fendy Aziz


Bab 8

Penutup



























Facebook Marketing v2 M/s 68

Facebook Marketing v2 Powered By Fendy Aziz



Sekarang kita dah sampai di bab yang last sekali iaitu penutup. Akhir kata dari
saya. Sahut lah cabaran dengan menggunakan semua teknik dalam ebook ini.
Jangan buat perkasam plak

Saya harap ilmu yang telah saya dedahkan dalam Facebook Marketing v2 dapat
memberikan manfaat untuk anda dan menyedarkan anda akan potensi
menggunakan facebook sebagai medium pemasaran.

Akhir kata dari saya,

Fendy Aziz

Selamat Maju Jaya..