Anda di halaman 1dari 22

Sumber Undang-Undang Di Malaysia

Apr 9th, 2012


by Ismail N.

Perkataan sumber undang-undang boleh merujuk kepada pelbagai makna. Sekiranya kita
menerangkan sumber undang-undang berasaskan sejarah undang-undang itu, maka kita
sebenarnya merujuk kepada sesuatu yang mempengaruhi perkembangan undang-undang
tersebut dari mula hingga ke hari ini. Oleh kerana perubahan masa dan sebagainya, kita
dapati ada sumber yang mungkin tidak diaplikasikan dalam pertikaian undang-undang hari
ini. Antara sumber undang-undang termasuklah adat, kepercayaan dan pandangan-
pandangan sarjana undang-undang yang telah dibangun, dibentuk dan diubahsuai dengan
penggunaan hari ini. Sekiranya kita menerangkan sumber-sumber undang-undang dari
sudut di mana undang-undang itu boleh dirujuk pula, kita sebenarnya bercakap
mengenai bahan rujukan undang-undang dan ini termasuklah statut-statut (akta,
ordinan, enekmen dsb), laporan kes, buku-buku teks, jurnal undang-undang dan sebagainya.
Akan tetapi banyak penulisan undang merujuk sumber undang-undang sebagai undang-
undang yang dirujuk/gunapakai hari ini, i.e legal source (legal rules that make up the
law).

Sumber undang-undang berdasarkan legal source ini lebih mudah difahami dan sesuai
digunakan. Malahan dalam satu pertikaian undang-undang, mahkamah akan melihat
sumber undang-undang berasaskan definasi ini dalam menentukan apakah undang-undang
yang patut dirujuk. Berasaskan definasi ini juga, kita boleh katakan bahawa sumber
undang-undang di Malaysia adalah merujuk kepada:

Perlembagaan (Persekutuan Dan Negeri)
Perundangan
Keputusan Kehakiman
Common Law Dan Kaedah-Kaedah Ekuti
Undang-Undang Adat
Undang-Undang Islam

Untuk lebih mudah lagi kita boleh bahagikan sumber undang-undang di Malaysia kepada
dua iaitu bertulis dan tidak bertulis.

Undang-Undang Bertulis (Written Laws)
Undang-undang bertulis juga dikenali sebagai undang-undang statut. Ia merujuk kepada
undang-undang yang termaktub dalam perlembagaan dan perundangan(akta, ordinan dan
enakmen). Tidak seperti di UK, undang-undang bertulis ini adalah sumber undang-
undang yang utama di Malaysia. Memandangkan Malaysia adalah sebuah negara yang
terdiri dari persekutuan 13 buah negeri, maka undang-undang bertulis bertulis di Malaysia
ini adalah terdiri dari undang-undang negeri (State Laws) dan persekutuan (Federal Laws).

3 jenis undang-undang bertulis yang menjadi sumber undang-undang di Malaysia adalah:-

1. Perlembagaan
2. Perundangan
3. Perundangan Subsdiari
Perlembagaan
Dua makna yang terpakai bagi perlembagaan di Malaysia Satu, ianya adalah sebuah
dokumen yang mempunyai keluhuran undang-undang yang khas yang menetapkan
struktur kerajaan, fungsi badan-badan kerjaaan dan prinsip-prinsip yang mana badan-
badan ini beroperasi. Kedua, ianya adalah badan atau kumpulan kaedah-kaedah dan
amalan-amalan yang menubuh dan mengawal badan-badan kerajaan serta mengawal
perhubungan antara individu dan negara.

Di Malaysia ia terdiri dari Perlembagaan Persekutuan yang merupakan undang-undang
utama negara (supreme law of the land) dan perlembagaan negeri-negeri di Malaysia.
Perkara 4 (1) Perlembagaan Persekutuan:

Perlembagaan ini adalah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang
yang diluluskan selepas Hari Merdeka dan yang berlawanan dengan Perlembagaan ini
hendaklah terbatal setakat yang berlawanan itu.

Rujuk juga: Ah Thian v Government Of Malaysia [1976] 2 MLJ 112.

Selain dari Perlembagaan Persekutuan, terdapat 13 lagi perlembagaan negeribagi setiap
negeri-negeri di Malaysia. Semua perlembagaan negeri hendaklah mengandungi
peruntukan-peruntukan sebagaimana yang disenaraikan padaBahagian 1 kepada Jadual Ke
Lapan Perlembagaan Persekutuan (Rujuk Perkara 71 (4) Perlembagaan Persekutuan).
Peruntukan-peruntukan ini menyentuh hal Pemerintah (Raja), Majlis Eksekutif,
Perundangan Negeri dan sebagainya.

Perundangan
Maksud perundangan adalah undang-undang yang diperbuat oleh badan yang diberi
kuasa untuk membuatnya. Ia terdiri dari perundangan utama dan subsidiari.
Perundangan utama di Malaysia diperbuat oleh Parlimen (peringkat pusat) dan Dewan
Undangan Negeri (peringkat negeri).

Undang-undang yang diperbuat oleh Parlimen biasanya di panggil sebagai Akta, manakala
undang-undang yang diperbuat oleh Dewan Undangan Negeri di panggil Ordinan dan
Enakmen.

Contoh Akta termasuklah: Akta Kontrak, Akta Pekerjaan, Akta Keganasan Rumahtangga
dan lain-lain lagi.

Contoh Ordinan dan Enakmen termasuklah: Advocates Ordinance (Sabah Cap. 2),
Burials Ordinance (Sabah Cap. 19), Ordinan Perkapalan Saudagar 1952, Enakmen
Pentadbiran Agama Islam (Negeri Johor) 2003.

Namun, terdapat juga yang perundangan persekutuan yang dinamakan Ordinan
seperti Ordinan Buruh Sabah dan Ordinan Buruh Sarawak.
Perundangan Subsidiari

Perundangan subsidiari merujuk kepada undang-undang yang dibuat oleh pihak berkuasa
di bawah kuasa-kuasa yang diberikan kepadanya oleh suatu statut induk. Dalam bahasa
Inggeris ia dipanggil subsidiary legislation atau delegated legislation atau juga by-laws.
Rujuk juga Seksyen 3, Akta Tafsiran 1948 Dan 1967 (Akta 388) yang berbunyi:
Perundangan subsidiari bererti apa-apa perisytiharan, kaedah, peraturan, pemberitahuan,
undang-undang kecil atau suratcara lain yang dibuat di bawah mana-mana Akta, Enakmen,
Ordinan atau kuasa sah, yang lain dan yang mempunyai kesan perundanan.

Contoh perundangan subsidiari ialah: Uniform (Anti-litter) By-laws 2010 yang mana
kuasa membuatnya diberi kepada Majlis Tempatan menerusi Local Government Ordinance
1961.
Undang-Undang Tidak Bertulis (Unwritten Laws)

Undang-undang tidak bertulis tidak bermaksud undang-undang itu tidak bertulis langsung
(literally unwritten). Keputusan kehakiman misalnya boleh dirujuk secara bertulis dalam
lapuran-lapuran undang-undang (judicial report), begitu juga common-law Inggeris. Namun
untuk memudahkan kita semua memahami dan mengingati sumber undang-undang di
Malaysia, maka klafikasi sebegini dibuat. Bagi tujuan artikel ini, undang-undang tidak
bertulis adalah merujuk kepada bahagian undang-undang Malaysia yang tidak dibuat oleh
badan yang menggubal undang-undang (Parlimen & Dewan Undangan Negeri) serta ia juga
bukan dari Perlembagaan Persekutuan mahupun perlembagaan negeri-negeri. Sumber
undang-undang Malaysia yang tidak bertulis ini terdiri dari:

1. Prinsip-prinsip undang-undang Inggeris yang sesuai dalam situasi tempatan
2. Keputusan kehakiman oleh mahkamah atasan (superior courts)
3. Undang-undang adat yang telah diterima pakai oleh mahkamah

Prinsip Undang-Undang Inggeris
Prinsip undang-undang Inggeris adalah terpakai di Malaysia setakat yang dibenarkan.
Prinsip-prinsip undang-undang Inggeris ini terkandung dalamcommon-law dan ekuiti
Inggeris. Pemakaian prinsip-prinsip undang-undang Inggeris ini adalah terhasil secara
tersirat dan tersurat. Ianya tersirat bilamahkamah cuba menafsirkan sesuatu arahan untuk
mengadili kes berasaskan justice and rights (keadilan dan hak) sebagai secara tak
langsung menerima pakai undang-undang Inggeris [Wu Min Aun The Malaysian Legal
System, m.s 99].

Selain dari itu, prinsip-prinsip undang-undang Inggeris telah (melalui statut) diterima
pakai sebagai sumber undang-undang Malaysia yang tersurat semenjak 1807 bila First
Charter of Justice digubal bagi membawa masuk undang-undang Inggeris di Pualu Pinang.
Beberapa statut lain kemudiannya muncul dan hari ini kita merujuk kepada Akta Undang-
Undang Sivil (Civil Law Act 1956) (Revised 1972) yang mengariskan panduan
kemasukkan prinsip undang-undang Inggeris di Malaysia.

Application of U.K. common law, rules of equity and certain statutes
3. (1) Save so far as other provision has been made or may hereafter be made by any
written law in force in Malaysia, the Court shall

(a) in Peninsular Malaysia or any part thereof, apply the common law of England and the
rules of equity as administered in England on the 7 April 1956;
(b) in Sabah, apply the common law of England and the rules of equity, together with
statutes of general application, as administered or in force in England on 1 December 1951;
(c) in Sarawak, apply the common law of England and the rules of equity, together with
statutes of general application, as administered or in force in England on 12 December
1949, subject however to subparagraph (3)(ii):

Merujuk kepada peruntukan pada Akta Undang-Undang Sivil 1956 (Semakan 1972) di
atas, mahkamah-mahkamah di Semenanjung Malaysia hendaklah (shall apply)
menggunapakai common-law dan ekuiti Inggeris sebagaimana ia berkuatkuasa di England
setakat 7hb April 1956. Di Sabah dan Sarawak pula mahkamah perlu menggunapakai
common-law dan ekuiti Inggeris beserta dengan statut pemakaian am yang berkuatkuasa di
England pada 1hb Disember 1951 (Sabah) dan 12hb Disember 1949 (Sarawak).

Perhatian perlu diberikan kepada tarikh-tarikh yang dinyatakan diatas kerana mahkamah
cuma terikat pada common-law dan ekuiti Inggeris serta statut-statut pemakaian am
(Sabah & Sarawak) yang berkuatkuasa pada tarikh tersebut. Sebagaimana yang kita sedia
maklum prinsip-perinsip undang-undang Inggeris telah berkembang semenjak dari tarikh-
tarikh berikut. Soalnya, apakah status prinsip-prinsip undang-undang Inggeris yang
wujud selepas dari tarikh-tarikh diatas?

Dalam kes: Jamal bin Harun v. Yang Kamsiah & Anor [1984] 1 CLJ 215, mahkamah
memutuskan bahawa ianya tidak mengikat tetapi mempunyai daya pengaruh yang tinggi
(persuasive).

Lord Scarman dalam kes ini menyatakan:

Their Lordships do not doubt that it is for the courts of Malaysia to decide, subject always to
the statue of the Federation, whether to follow English case law. Modern English authorities
may be persuasive but are not binding. In determining whether to accept their guidance, the
court will have regard to the circumstances of the states of Malaysia and will be careful to
apply them only to the extent that the written law permits and no further than in their view it
is just to do so m.s 219.

Seperti yang dinyatakan tadi bahawa terdapat sekatan atau had-had pada penggunaaan
prinsip-perinisp undang-undang Inggeris sebagai sumber undang-undang Malaysia. Selain
dari cut off date di atas, pemakaian prinsip-prinsip ini tertakluk kepada:-

1. Ia cuma digunakan jika tiadanya statut di Malaysia yang mengawal selia atau
memberi peruntukakan bagi hal tersebut
2. Cuma bahagian prinsip-prinsip undang-undang Inggeris yang sesuai dengan keadaan
tempatan sahaja boleh digunakan.

Proviso pada Seksyen 3 (1) berbunyi:

Provided always that the said common law, rules of equity and statutes of general
application shall be applied so far only as the circumstances of the States of Malaysia and
their respective inhabitants permit and subject to such qualifications as local
circumstances render necessary.

SYARAT: Common-law dan kaedah ekuiti dan statut pemakaian am tersebut akan dipakai
sejauh yang diizin oleh keadaan di negeri-negeri dalam Malaysia dan penduduknya, dan
tertakluk kepada penyesuaian oleh keadaan tempatan.

Bacaan lanjut:

Penerimaan Undang-Undang Inggeris Dalam Hal-Hal Perdagangan Dan Tanah.
Keputusan Kehakiman

Keputusan kehakiman adalah juga dikenali sebagai undang-undang kes (case laws). Ia
merujuk kepada keadaan yang mana mahkamah merujuk kepada keputusan-keputusan
kes terdahulu bagi menyelesaikan pertikaian dihadapan mereka Namun, hakim-hakim
dalam merujuk kes-kes terdahulu ini adalah terikat dengan prinsip-prinsip pada
DOCTRINE OF JUDICIAL PRECEDENT atau doctrine of stare decisis. Hakim-hakim tidak
boleh bertindak secara sembrono dalam merujuk kes-kes terdahulu dan syarat-syarat pada
doktrin ini perlu diikuti.

Keputusan kehakiman adalah satu sumber undang-undang Malaysia yang amat
penting dan sering digunapakai oleh mahkamah. Secara teorinya, undang-undang adalah
dibuat oleh badan-badang perundangan seperti Parlimen dan DUN. Tugas mahkamah
adalah hanya untuk memberikan tafsiran pada undang-undang yang diluluskan. Namun
seperti mana yang berlaku dalam sistem common-law, hakim dalam membuat tafsiran
secara tidak langsung juga telah membuat undang-undang. Tafsiran-tafsiran yang dibuat
biasanya bagi mengisi lakuna atau kekosongan yang wujud dalam perundangan sstatut
atau memberi makna/tafsiran baru sekaligus mewujudkan prinsip-prinsip undang-undang
yang baru.

Keputusan kehakiman boleh diberi dua makna:-

1. Keputusan-keputusan mahkamah yang timbul daripada pentafsiran perundangan atau
statut-statut yang dibuat oleh badan perundangan.
2. Keputusan mahkamah yang merupakan duluan atau tauladan kehakiman (judicial
precedent) iaitu keputusan-keputusan mahkamah terdahulu yang dipetik sebagai nas
oleh mahkamah kemudin, semasa memutuskan sesuatu kes yang mana fakta-faktanya
adalah serupa.

Doktrin Stare Decisis (Doktrin Duluan Mengikat)
Di bawah doktrin stare decisis atau doktrin duluan mengikat ini:

Mahkamah HENDAKLAH mengikuti keputusan-keputusan terdahulu mahkamah yang
lebih tinggi DAN keputusan-keputusannya sendiri yang terdahulu (bagi seseparuh kes)
DAN Mahkamah-mahkamah yang setaraf(pada masa kini dan lalu, jika ada, asalkan
mahkamah-mahkamah ini terletak dalam hiraki/susunan yang sama.

Nota: Dalam pemakaian doktrin stare decisis atau duluan mengikat ini, hanya ratio
decidendi kes yang mengikat kes kemudian dan bukannya obiter dictum atau kenyataan
sampingan hakim. Ratio Decidendi adalah prinsip-prinsip undang-undang yang menjadi
dasar/asas kepada keputusan kes tersebut.

Pemakaian Doktrin Stare Decisis di Malaysia

Pemakaian doktrin ini di Malaysia adalah berdasarkan pemakaianya di UK. Akan tetapi ia
agak lebih rumit di Malaysia disebabkan terdapat beberapa rombakan yang berlaku pada
hiraki mahkamah di Malaysia.

Secara amnya doktrin stare decisis beroperasi dengan dua cara:-

1. Secara MENEGAK mahkamah-mahkamah hendaklah mengikuti keputusan-keputusan
mahkamah yang lebih tinggi.
2. Secara MENDATAR seseparuh mahkamah hendaklah mengikuti keputusan-
keputusannya sendiri yang terdahulu dan mahkamah yang setaraf (dulu atau
masakini).

Seperti yang dinyatakan di atas pemakaian doktrin ini di Malaysia adalah sedikit rumit
kerana di masa lalu telah berlaku beberapa rombakan pada hiraki atau susunan mahkamah
di negara ini. Contohnya:

1. Di antara tahun 1985 hingga 1995 Mahkamah Agung adalah merupakan mahkamah
yang tertinggi di Malaysia, namun selepas tahun 1995, ia tidak lagi berada dalam hiraki
mahkamah.
2. Sebelum tahun 1985, keputusan-keputusan Mahkamah Persekutuan boleh dirayu ke
Privy Coucil dan YDP Agung. Namun selepas 1995, Mahkamah Persekutuan adalah
mahkamah tertinggi dan tiada rayuan boleh di buat selepas Mahkamah Persekutuan
membuat keputusan.
3. Mahkamah Rayuan (Court of Appeal) hanya wujud selepas tahun 1995.

Untuk bacaan lanjut pemakaian doktrin ini di Malaysia, anda boleh merujuk kepada:

The Malaysian Legal System Wu Min Aun
A First Look At Malaysian Legal System Wan Arfah Hamzah

Di UK, pemakaian doktrin ini adalah lebih mudah kerana hiraki mahkamah adalah sama
(tidak berubah). Mahkamah Tinggi (High Court) misalnya, sejak dulu lagi adalah terikat
kepada keputusan Mahkamah Rayuan (Court of Appeal) dan House Of Lords. Mahkamah
Rayuan pula terikat dengan keputusan House Of Lords, manakala House of Lords adalah
terikat kepada seseparuh keputusannya sendiri.

Undang-Undang Adat Dan Undang-Undang Islam
Adat penduduk tempatan juga adalah sumber undang-undang di Malaysia. Biasanya ia
berkaitan dengan hal persendirian dan keluarga dan diberikan status undang-undang
menerusi penerimaan dalam mahkamah di Malaysia. Terdapat juga hal-hal berkaitan
tanah, umpamanya native cutomary land di Sabah dan Sarawak. Rujuk A First Look At
Malaysian Legal System Wan Arfah Hamzah untuk maklumat yang lebih mendalam
mengenai undang-undang adat di Malaysia.

Undang-undang Islam terpakai kepada mereka yang beragama Islam sahaja. Perlembagaan
Persekutuan memberikan kuasa kepada negeri-negeri untuk melaksanakan undang-
undang Islam di negeri-negeri, namun terhad kepada hal-hal persendirian dan keluarga
sahaja. Terdapat enakmen-enakmen negeri-negeri yang dibuat bagi mengawal selia
undang-undang Islam. Kes-kes berkaitan undang-undang Islam adalah di dengar di
Mahkamah Syariah.

Rujukan:
A First Look At Malaysian Legal System Wan Arfah Hamzah
The Malaysian Legal System Wu Min Aun
Commercial Law- Lee Mei Pheng & Ivan Jeron Detta
The Malaysian Legal System Ahmad Ibrahim & Ahilemah Joned

Pengggubalan Sesuatu Undang-undang Di Malaysia
SISTEM PENTADBIRAN NEGARA

PROSES PENGGUBALAN SESUATU UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA DARIPADA AWAL
DILULUSKAN OLEH PARLIMEN.

1.0 PENGENALAN

1.1 DEFINISI UNDANG-UNDANG

Ahli-ahli falsafah undang-undang seperti Aristolte, JJ Rousseau dan Finnis mendefinasikan
undang-undang adalah suatu peraturan-peraturan yang membolehkan dan menegah
sesuatu kelakuan atau tindakan. Undang-undang diadakan oleh pihak berkuasa untuk
melindungi masyarakat supaya mereka hidup secara aman. Pihak berkuasa berhak
mengeluarkan arahan-arahan dan membuat undang-undang baru untuk kebaikan awam.
Undang-undang mestilah untuk kebaikan awam iaitu mewujudkan ketenteraman awam,
kesihatan awam, kelakuan moral dan keadilan semulajadi.

Austin, Kelsen, Bentham dan Hart pula mendefinasikan bahawa udang-undang adalah
peraturan-peraturan yang diadakan oleh pihak pemerintah dan jika pelanggaran undang-
undang berlaku, maka pihak pemerintah boleh mengenakan hukuman.

Ciri-ciri utama undang-undang ialah kuasa pemerintah untuk membuat undang-undang,
ketaatan masyarakat terhadap undang-undang dan kesahihan undang-undang itu.

Undang-undang bermaksud apa-apa yang telah digubalkan atau ditentukan oleh sesuatu
pihak berkuasa dan apa-apa yang dihasilkan mempunyai kekesanan undang-undang.
Undang-undang adalah peraturan-peraturan mengenai kelakuan yang mesti dipatuhi oleh
semua rakyat dan tertakluk kepada hukuman atau tindakan undang-undang.

1.2 FUNGSI UNDANG-UNDANG

Undang-undang diadakan untuk mengawal dan mengatur kehidupan masyarakat serta
membendung kezaliman. Contohnya seperti undang-undang jenayah mengenalpasti
kelakuan yang tidak diredai oleh masyarakat seperti mencuri, mencederakan orang,
merompak atau membunuh. Perbuatan-perbuatan seperti di atas akan dihukum mengikut
undang-undang jenayah seperti hukuman denda, penjara, sebat atau hukum mati.

Undang-undang juga diwujudkan untuk menjaga hak-hak dan kewajipan. Contohnya
seperti hak isteri menerima nafkah dari suaminya atau seorang anak mendapat nafkah
daripada ibubapanya. Sekiranya perkara ini gagal dilakukan, si suami atau bapa akan
diperintahkan oleh mahkamah untuk melaksanakan kewajipannya.

Undang-undang berfungsi mewujudkan satu sistem kehidupan dalam sesuatu masyarakat.
Contohnya di negara-negara Islam, undang-undang syariah digunakan di mana adalah
berbeza dari undang-undang sivil.

Undang-undang juga bertujuan mengujudkan keadilan. Di bawah undang-undang
perlembagaan konsep hak-hak asasi dan kesamarataan diamalkan. Contohnya di Malaysia
semua warganegara berhak mengamal agama masing-masing. Undang-undang jenayah
yang sama akan digunakan atas semua rakyat tidak kira agama, kaum atau keturunan.

1.3 KLASIFIKASI UNDANG-UNDANG

Undang-undang diklasifikasikan seperti :

1.3.1 Undang-undang Awam atau Persendirian
Undang-undang awam adalah undang-undang mengenai hubungan antara kerajaan dan
individu. Undang-undang awam meliput undang-undang jenayah, undang-undang
pentadbiran, undang-undang perlembagaan. Undang-undang jenayah adalah
menyenaraikan kelakuan-kelakuan yang disifatkan sebagai kesalahan oleh sesebuah
negara dan seseorang yang disabitkan kesalahan oleh pihak mahkamah akan dihukum
mengikut undang-undang negara tersebut.

Undang-undang persedirian adalah undang-undang mengenai hubungan hak dan
kewajipan antara individu seperti undang-undang kontrak, tort, undang-undang
perbankan, undang-undang keluarga, undang-undang wasiat dan sebagainya.

1.3.2 Undang-undang Negara atau Antarabangsa
Undang-undang jenis ini diwujudkan untuk kedamaian dalam negara seperti undang-
undang pentadbiran, tanah atau imigresen.

Negara kita Malaysia adalah anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mewujudkan satu
persefahaman di antara anggota-anggotanya melalui perjanjian-perjanjian. Antara undang-
undang antarabangsa yang telah dipersetujui adalah mengenai penggunaan laluan
antarabangsa, penggunaan satelit di angkasa lepas dan hak asasi manusia. Mahkamah
keadilan antarabangsa ditubuhkan di Eropah untuk mendengar kes-kes mengenai hak-hak
asasi manusia.

1.3.3 Undang-undang Sivi dan Jenayah
Undang-undag sivil adalah mengenai hubungan dan urusan antara individu. Udang-undang
sivil merangkumi undang-undang kontrak, tort, tanah, keluarga, syarikat dan sebagainya.

Undang-undang jenayah adalah hubungan antara kerajaan dengan individ. Tujuannya
adalah menghukum pesalah-pesalah yang melakukan perbuatan yang tidak diredai oleh
masyarakat. Contohnya Akta Dadah Merbahaya, Akta Keselamatan Dalam Negari, Akta
Senjata Api dan sebagainya.

1.3.4 Undang-undang Ciptaan manusia atau Tuhan.
Mengikut Perlembagaan Persekutuan, undang-undang digubal oleh Perlimen atau badan
yang diberi kuasa oleh undang-undang dan ini adalah undang-undang yang dicipta oleh
manusia. Undang-undang ini sering dipinda dari masa ke semasa untuk disesuaikan
dengan kehendak masyarakat dan negara. Undang-undang Islam adalah undang Tuhan.
Undang-undang ini tidak boleh dipinda tetapi pelbagai tafsiran telah dibuat oleh para
ulama dan diterima oleh penganut-penganut agama Islam.

Undang-undang Islam meliputi perkara seperti undang-undang jenayah, keluarga,
pentadbiran, tanah dan juga antarabangsa.

1.3.5 Undang-undang Substantif atau Prosedur
Undang-undang substantif adalah undang-undang yang menjelaskan hak dan kewajipan
individu di dalam sesuatu perkara.

Undang-undang prosidur adalah mengenai acara bagaimana melakukan sesuatu.
Contohnya kontrak atau perjanjian antara dua pihak yang memberi persetujuan mengenai
sesuatu secara bertulis. Kegagalan menyempurnakan perkara-perkara yang dipersetujui
boleh menyebabkan kontrak itu tidak sah disisi undang-undang.

Sumber Undang-undang Malaysia

Sumber Undang-undang Tidak Bertulis Bertulis

1. Undang-undang Islam
2. Undang-undang Inggeris.
3. Undang-undang Adat
4. Keputusan Mahkamah
1.1 Undang-undang islam

Al-quran
Hadis
Qias
Ijma' Ulamak
2.1 Undang-undang Inggeris

Seksyen 3 - Akta Undang-Sivil 1956
Seksyen 5 Akta Undang-Sivil 1956
3.1 Undang-undang Adat

Adat Temenggung
Adat Perpatih
Adat Hindu & Cina
Adat Bumiputera
4.1 Keputusan Mahkamah

Sumber Undang-undang Bertulis Bertulis

1. Undang-undang Perundangan dan Perundangan Kecil
2. Perlembagaan

2.0 PROSES PENGGUBALAN

Proses penggubalan sesuatu undang-undang di Malaysia adalah mengikut cara-cara dan
peraturan tertentu seperti yang ditetapkan dalam Bab 5 Acara Perundangan Perlembagaan
Persekutuan.

Permulaan Penggubalan Undang-undang adalah dengan perangkaan dasar-dasar yang
berkaitan dengan sesuatu rang undang-undang yang hendak dibentangkan di Parlimen
iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Dalam membuat rangka dasar rang undang-
undang, Menteri atau pihak Kementerian berkenaan perlu berunding dengan Jabatan
Peguam Negara, Perbendaharaan atau Kementerian-Kementerian lain yang ada kaitan
dengan rang undang-undang berkenaan.

Setelah dipersetujui oleh semua pihak yang terbabit tadi, satu draf rang undang-undang
perlu disediakan. Draf ini disediakan oleh Jabatan Peguam Negara dan dikemukakan
kepada Jemaah Menteri untuk mendapat kelulusan badan tersebut. Setelah diluluskan oleh
Jemaah Menteri, notis pemberitahuan akan dihantar oleh Menteri berkenaan kepada
kedua-dua Setiausaha Majlis Parlimen. Rang undang-undang tersebut akan dicetak oleh
Jabatan Percetakan Negara untuk diedarkan kepada semua ahli Dewan Rakyat dan Dewan
Negara.

Akhir sekali, rang undang-undang ini akan dibentangkan kepada Dewan Rakyat dan Dewan
Negara bagi mendapat kelulusan kedua-dua Majlis Parlimen tersebut. Di dalam tiap-tiap
dewan yang disebutkan tadi rang undang-undang tersebut akan dibaca untuk kali pertama,
kedua dan ketiga sebelum diluluskan.

2.1 Pertingkat Bacaan Dewan Rakyat
Peringkat bacaan Dewan Rakyat dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu peringkat bacaan
pertama, peringkat bacaan kedua dan peringkat bacaan ketiga. Di dalam peringkat bacaan
pertama, Menteri yang terlibat dalam pembikinan draf akan mengemukakan rang undang-
undang kepada semua ahli Dewan. Menteri berkenaan akan memberitahu Dewan
mengenai masa untuk bacaan kedua dan ketiga sebelum diluluskan.

Pada bacaan kali kedua rang undang-undang yang telah dibentangkan dahulu akan
dibahaskan secara mendalam oleh ahli Dewan. Ahli-ahli Dewan akan menimbangkan
semula semua aspek kebaikan, keburukan, kesan dan pengaruhnya terhadap negara dan
rakyat. Menteri yang terlibat dalam mengemukakan draf undang-undang berkenaan akan
bertanggungjawab dalam memberi jawapan dan kemusykilan oleh ahli-ahli Dewan. Rang
undang-undang tersebutnya kemudiannya akan dibincangkan di peringkat jawatankuasa.

Apabila rang undang-undang selesai dibahaskan dan mendapat persetujuan Dewan Rakyat
pada kali kedua, ia akan dibawa ke peringkat Jawatankuasa. Diperingkat ini, penelitian
terperinci ke atas setiap fasal mengikut susunannya akan dilakukan. Pihak Jawatankuasa
ini juga berupaya dan mempunyai hak untuk membuat pindaan ke atas rang undang-
undang tersebut jika perlu.

Peringkat terakhir, iaitu bacaan kali ketiga akan dijalankan ke atas rang undang-undang
yang telah diluluskan oleh pihak Jawatankuasa. Dalam peringkat ini, rang undang-undang
tersebut akan dikemukan semula oleh Menteri berkenaan kepada Dewan Rakyat untuk
mendapat kelulusan Dewan Rakyat. Setelah diluluskan, rang undang-undang tersebut akan
di bawa ke Dewan Negara untuk dibentangkan, dibahaskan dan diluluskan.

2.1 Peringkat Bacaan Dewan Negara

Pada peringkat bacaan Dewan Negara, rang undang-undang yang telah diluluskan oleh
Dewan Rakyat akan mengalami proses pembacaan kali pertama, kedua dan ketiga
sepertimana yang berlaku di Dewan Rakyat sebelum diluluskan oleh pihak ahli Dewan
Negara.

Pada peringkat bacaan kali pertama di Dewan Negara, rang undang-undang tersebut akan
dibentangkan oleh Menteri yang berkenaan kepada semua ahli Dewan. Penbacaan ini
dilakukan untuk diperdengarkan kepada ahli Dewan Negara yang akan kembali bersidang
pada pembacaan yang kedua dan ketiga yang akan ditetapkan tarikhnya oleh pihak Dewan.

Pembacaan kali kedua akan membahaskan rang undang-undang tersebut secara mendalam
oleh pihak Dewan Negara. Setelah diteliti segala aspek kebaikan dan keburukan serta kesan
dan pengaruhnya ke atas negara dan rakyat, barulah rang undang-undang tersebut di bawa
ke peringkat Jawatankuasa untuk diteliti secara terperinci. Pada peringkat ini penggubalan
rang undang-undang akan mengambil masa yang panjang, ini bergantung kepada
persetujuan ahli Dewan ke atas rang undang-undang yang dibahaskan. Soalan dan
kemusykilan oleh ahli Dewan Negara perlu diberi jawapan dan penjelasan oleh pihak yang
merangka dasar-dasar rang undang-undang tersebut.

Pada peringkat Jawatankuasa penelitian yang terperinci dibuat ke atas setiap fasal rang
undang-undang tersebut. Jawatankuasa juga berhak membuat pindaan ke atas rang
undang-undang tersebut jika difikirkan perlu. Pihak Jawatankuasa juga perlu mendapat
persetujuan semua ahli Jawatankuasa sebelum meminda rang undang-undang tersebut.

Pada peringkat bacaan kali ketiga, rang undang-undang tersebut akan dikemukan semula
kepada ahli Dewan Negara untuk mendapatkan kelulusan. Pada peringkat ini rang undang-
undang tersebut telah melalui proses penggubalan yang terperinci di Dewan Rakyat dan
Dewan Negara.

Apabila rang undang-undang tersebut mendapat kelulusan daripada Dewan Negara, rang
undang-undang tersebut perlulah dipersembahkan kepada ke bawah Duli Yang Maha Mulia
Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong untuk mendapat persetujuan Baginda dan
diperkenankan untuk dijadikan undang-undang.

Daripada proses yang dihuraikan di atas nyata bahawa sesuatu proses penggubalan
undang-undang itu dilakukan secara terperinci, adil dan saksama. Perbahasan dan
perbincangan serta kesimpulan yang dilakukan menjamin rang undang-undang yang
digubal memenuhi tuntutan hak semua warganegara di negara ini.

Sebagai rujukan Semua....





















Definisi dan klasifikasi Perlembagaan

Definisi Perlembagaan

Mengikut Robertson (1993 ), perlembagaan mengandungi satu set hak,kuasa dan prosedur
yang mengawal hubungan antara autiriti awam dengan rakyat dalam sesebuah negara.
Sebagai pengertian yang mudah,perlembagaan ialah undang-undang umum yang tertinggi
negara yang menjadi asas dalam pembentukan undang-undang seterusnya, samada bagi
keperluan pentadbiran kerajaan dan institusi-institusinya ataupun seterusnya kepada
organisasi-organisasi bukan kerajaan.

Klasifikasi Perlembagaan

Perlembagaan boleh dibahagi kepada dua iaitu:

a. Perlembagaan bertulis
b. Perlembagaan tidak bertulis

Perlembagaan bertulis meliputi semua prinsip mengenainya yang termaktub dalam satu
dokumen-dokumen bersiri yang merujuk kepada perlembagaan. Perlembagan ini juga
dinamakan ' conventional' (amalan pelembagaan) atau 'enacted'. Perlembagaan Malaysia
ialah perlembagaan bertulis. Di Malaysia, sumber undang-undang bertulis ialah yang
terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan,Perlembagaan Negeri,undang-undang yang
digubal oleh Parlimen atau Dewan Undangan Negeri dan perundangan kecil yang diperbuat
oleh badan-badan yang diberi kuasa oleh Akta Parlimen dan Enakmen/Ordinan Dewan
Undangan Negeri.
Perlembagaan tidak bertulis pula terdiri daripada prinsip-prinsip perlembagaan yang tidak
dicatitkan atau tidak termaktub di dalam satu dokumen secara khusus. Sebaliknya terdapat
dalam beberapa keputusan-keputusan mahkamah atau konvensyen perlembagaan. Contoh
di Malaysia, undang-undang tidak bertulis terdapat dalam adat tempatan,kes-kes yang
dibicarakan di mahkamah dan sebagainya.

- sumber buku Kenegaraan Malaysia JPSMFPPSM UTM Skudai 2001

















PERBEZAAN UNDANG-UNDANG DENGAN ADAT

Pengenalan

Secara amnya, terdapat banyak perbezaan antara undang-undang dengan adat melayu.
Perbezaan ini dilihat dari segi pengertian undang-undang itu sendiri dalam ertikata yang
lebih luas, undang bermakna kaedah yang diikuti atau patut diikuti dengan tindakan.
Semua pergerakan, perjalanan, tindak-tanduk sesorang berlandaskan peraturan undang-
undang. Ini kerana manusia itu sendiri tidak lari dengan undang-undang yang dicipta ke
atasnya agar manusia dapat mengatur langkah dengan aman dan hidup tersusun di bumi
ini. Biasanya ini adalah peraturan sesuatu negara. Jika peraturan-peraturan ini dilanggar
merupakan satu sistem peraturan atau norma yang cuba diikuti oleh ahli-ahli masyarakat,
orang yang melanggar peraturan tersebut mungkin dihukum atau didenda oleh mahkamah.
Peraturan ini biasanya dibuat oleh pemerintah negara tersebut supaya rakyatnya boleh
hidup, bekerja dan bersosial antara satu sama lain. Kadangkala, undang-undang juga dibuat
oleh sekumpulan orang yang berfikiran sama.

Manakala, adat melayu kebiasaan berteraskan kepada undang-undang adat. Kebanyakan
kelompok etnik di Malaysia mempunyai undang-undang adat sendiri untuk diikuti. Ada
yang masih berkuatkuasa, sementara ada yang kehilangan kuasa setelah diatasi
perundangan Parlimen. Kaum Melayu di Semenanjung patuh kepada Adat yang berurusan
terutamanya dengan tempoh pegangan tanah dan pewarisan.

Dua bentuk utama adat ini ialah Adat Perpatih dan Adat Temenggong. Adat Perpatih adalah
bersifat nasab ibu sementara Adat Temenggong pula nasab bapa.

Di Malaysia Timur terdapat juga undang-undang adat yang masih berkuatkuasa. Undang-
undang ini digunakan terutamanya di kawasan luar bandar, dan dikuatkuasa oleh
Mahkamah Asli. Mahkamah Asli ditabdbirkan oleh Enakmen Mahkamah Asli, dan
keputusan mahkamah ini boleh dirayu di mahkamah-mahkamah utama Malaysia.

1. Definisi undang-undang
Terdapat berbagai definisi undang-undang yang telah diberikan oleh ahli-ahli falsafah
terkenal antaranya adalah seperti di bawah:

Austin: ` Perintah yang dikeluarkan oleh satu badan yang berkuasa untuk orang-orang
biasa dan dikuatkuasakan melalui hukum`.
Salmond:` Satu badan yang mengandungi prinsip-prinsip yang diperakui dan digunakan
oleh sesebuah Negara dalam pentadbiran keadilannya. Atau dengan kata yang lain undang-
undang adalah peraturan yang diperakui dan dikuatkuasakan oleh Mahkamah.
Hobbes:` Undang-undang adalah yang kaedah perlakuan( rule of conduct) yang obligatori (
obligation) iaitu yang patut dipatuhi yang bersifat mendesak atau memaksa.`

Kamus Black:` Undang-undang adalah yang diperturunkan, diperintah, dinyatakan. Satu
peraturan atau metode yang mana fenomena atau perbuatannya saling berganding antara
satu sama lain yang perlu dipatuhi atau diikuti oleh rakyat tertakluk kepada hukuman atau
kesan-kesannya.

Sebenarnya, mendefinisikan undang-undang adalah seperti cerita mengenai beberapa
orang buta yang cuba menggambarkan seekor gajah yang belum dilihat atau didengar. Oleh
yang demikian beberapa tafsiran yang boleh didapati dari setiap yang mempunyai
pendirian dan kefahaman yang berlainan.

Maka, berdasarkan yang tersebut, undang-undang bukan sesuatu yang mudah hendak
ditakrifkan. Apa yang pasti ialah kita bertembung dengan undang-undang setiap hari dalam
kehidupan kita. Jikalau kita meletakkan kereta di garisan kuning, atau lita tidak memakai
tali keledar, maka kita akan disaman. Jika kita bersetuju membeli suatu barang dan
kemudiannya enggan membuat bayaran, kita akan dipertanggungjawabkan oleh undang-
undang untuk membayar ganti rugi kepada pihak yang mengalami kerugian akibat
keengganan kita itu. Di sini dilihat, undang-undang bukanlah hanya suatu senarai
peraturan yang perlu dipatuhi tetapi ia juga dilihat sebagai alat pengawalan terhadap
sesuatu perkara dan boleh dimanipulasikan untuk kepentingan kumpulan tertent

3. Fungsi Undang-undang
Undang-undang adalah satu cara mengawal masyarakat iaitu ia digunakan untuk
mengawal tindakan ahli-ahli masyarakat. Kawalan ini digunakan secara kemas dan
dilaksanakan secara jelas. Contohnya, bagi undang-undang jenayah bertindak sebagai
mengawal tindakan-tindakan anti-sosial di mana jika berlakunya sesuatu perkara yang
bertentangan dengan undang-undang, dan orang yang bersalah itu kena dihukum. Ada juga
undang-undang yang lebih lembut di mana ia tidak menghukum seperti undang-undang
jenayah. Misalnya, jika A secara cuai ketika menjalankan tugasnya terpotong jari kanak-
kanak, maka undang-undang akan mempertanggungjawabkan untuk membayar pampasan
kepada kanak-kanak yang dicederakan itu. Di sini undang-undang tidak dihukum secara
terus tetapi masih melibatkan kos atau bayaran di mana ia memaksa seseorang itu supaya
bertanggungjawab ke atas perbuatannya. Dengan undang-undang seperti individu akan
lebih berhati-hati dalam tindak-tanduknya dengan masyarakat supaya tidak mendatangkan
kemudharatan kepada orang lain.

Undang-undang juga menyediakan struktur peraturan yang membolehkan orang
menjalankan perniagaan. Misalnya, undang-undang syarikat memastikan orang yang
hendak berniaga mengasingkan dirinya dari perniagannya itu kerana jika perniagaan itu
tidak menghasilkan keuntungan atau bankrap, syarikat itu sahaja yang bertanggungjawab
menjelaskan hutang dan bukan individu-individu dalam syarikat itu.

Undang-undang juga dilihat sebagai suatu alat mengawal atau pengatur masayrakat. Ini
dapat dilihat dalam undang-undang perlembagaan yang mana ia mengatur dan
menentukan fungsi institusi-institusi atau organisasi kerajaan dalam sesebuah Negara. Ia
mempengaruhi perbuatan atau tindakan masyarakat dengan memperuntukan peraturan
pembayaran cukai dan dengan cukai ini dapat pula memperuntukkan bantuan kepada
masyarakat yang tidak berkemampuan melalui undang-undang kebajikan sosial.

4. Klasifikasi Undang-undang
Jika dilihat dari segi klasifikasi undang-undang di Malaysia ini terbahagi kepada dua iaitu
Sekular dan Syariah[4]. Syariah adalah undang-undang yang dicipta oleh Allah, tidak
berubah, lengkap untuk panduan sejagat. Manakala, Undang-Undang Sekular adalah
undang-undang ciptaan manusia dan ia boleh diubah-ubah mengikut keadaan tertentu.

4.1 Undang-Undang Sekular
Di bawah Undang-Undang Sekular pula terbahagi kepada empat iaitu Undang-Undang
Awam, Undang-undang Antarabangsa, dan Undang-undang Persendirian[5]. Di dalam
undang-undang awam kita dapat lihat antara fungsinya ialah mengawal hubungan antara
individu dan negara. Selain itu, di dalam undang-undang ini juga melibatkan undang-
undang jenayah di mana berdasarkan kesalahan jenayah seseorang terhadap negara. Di
dalam Undang-Undang Awam juga melibatkan Perlembagaan, Pentadbiran dan Industri. Di
mana jika dilihat melalui Perlembagaan yang menggariskan hak individu dalam negara dan
tentang persoalan keagungan Parlimen dan hak rakyat. Dari segi Undang-Undang
Pentadbiran ialah melaksanakan hal-hal pentadbiran negara dan pelaksanaan kuasa
eksekutif dalam negara.

Akhir sekali, Undang-Undang Industri yang mana ia melibatkan undang-undang antara
hubungan majikan dan pekerja dan perkara-perkara yang berkaitan dengan industri. Jika
dilihat di bawah Undang-Undang Antarabangsa ia mengandungi prinsip dan peraturan
perlakuan yang membuatkan negara-negara di dunia terikat untuk mematuhinya. Selain itu
ia juga melibatkan hubungan sesama negara dan yang mengandungi private international
laws, conflict of laws dan public international laws.

Jika dilihat di dalam Undang-Undang Persendirian atau Undang-Undang Sivil ialah
memperihalkan hak dan tanggungjawab individu terhadap individu lain. Jadi undang-
undang ini termasuklah dengan gantirugi, pengambilan semula harta, kuatkuasa
tanggungjawab kontrak dan amanah yang terkandung di dalam Undang-Undang Kontark,
Undang-Undang Tort dan Amanah.

4.2 Undang-Undang Syariah
4.2.1 Mahkamah Syariah
Memandang keseluruhan sistem perundangan Malaysia, undang-undang Syariah agak
sedikit peranannya dalam menentukan undang-undang negara. Pertama sekali, undang-
undang syariah hanya berkaitan dengan umat Islam. Berhubung dengan undang-undang
sivil, mahkamah Syariah memegang bidang kuasa dalam hal-hal undang-undang peribadi,
seperti pernikahan, pewarisan, dan murtad. Di sesetengah negeri, terdapat juga undang-
undang jenayah syariah sendiri, contohnya, Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan
1993. Bagaimanapun, bidang kuasanya terhad kepada mengenakan denda tidak lebih RM
3000, dan penjara tidak melebihi 6 bulan. Pada bulan Ogos 2007, Ketua Hakim Malaysia
ketika itu mengusul agar hukum adat di Malaysia diganti undang-undang syariah.

Kerumitan dari segi Perlembagaan:
Di dalam Perlembagaan timbulnya kerumitan berhubung dengan sistem kehakiman
berganda ini. Contohnya, dalam konteks kebebasan beragama. Perkara 11 Perlembagaan
menentukan bahawa "setiap orang berhak menganut dan mengamalkan agamanya".
Namun, dalam kes Lina Joy, seorang Melayu yang memeluk agama Kristian, Mahkamah
Persekutuan Malaysia enggan membenarkan beliau bertukar agama seperti yang
ditetapkan dalam kad identiti (MyKad). Para hakim juga menetapkan bahawa mereka tiada
bidang kuasa dalam hal ini, sebaliknya adalah hal Mahkamah Syariah seperti yang
ditetapkan dalam Perkara 121(1A) Perlembagaan.

Dilihat juga, pada status kebebasan beragama yang berlaku di Malaysia pada Undang-
Undang Persekutuan dan Negeri. Undang-Undang Persekutuan digubal oleh penggubal
(ahli-ahli Parlimen dan Dewan Negara) yang bersidang di Parlimen Malaysia dan berkaitan
dengan seluruh negara. Undang-Undang Negeri digubal oleh ahli dewan yang bersidang di
Dewan Undangan Negeri (DUN) dan hanya berkaitan dengan negeri berkenaan. Perkara 75
Perlembagaan menyatakan bahawa Undang-Undang Persekutuan mengatasi mana-mana
Undang-Undang Negeri yang bercanggahan, termasuk undang-undang syariah.


PARLIMEN DAN MAJLIS SYURA SATU PERBANDINGAN

1. PENGENALAN

Negara boleh diumpamakan sebagai sebuah keluarga. Apa yang berlainan ialah bahawa
keluarga terdiri daripada ahli-ahli yang kecil sementara negara mempunyai ahli atau
rakyat yang ramai yang mempunyai hak dan keperluan masing-masing. Jika kita lihat alam
semesta ini, ada siang adanya malam. Malam akan mendatang apabila matahari mula
terbenam, siang muncul semula apabila matahari terbit keesokan harinya. Giliran siang dan
malam memang ditetapkan oleh penciptanya iaitu Tuhan Yang Maha Esa. Ini menunjukkan
bahawa segala-galanya dalam dunia ada had-had yang ditentukan, samada ditentukan oleh
keadaan atau terikat kepada sesuatu undang-undang, mahupun ditetapkan oleh yang lebih
berkuasa.

Samalah juga dalam halnya manusia. Kebebasan seseorang ada had-had tertentu. Mereka
tidak boleh melakukan sesuatu perkara dengan sesuka hati tanpa berlandaskan undang-
undang yang betul. Tetapi acapkali maksud undang-undang itu disalah ertikan. Sesetengah
pihak atau orang memang sengaja menyalahertikan maksud sebenar undang-undang
dengan mengatakan bahawa `kita boleh melakukan apa sahaja yang kita suka` tanpa terikat
dengan mana-mana undang-undang di negara ini.

Di Malaysia sendiri, sudah menjadi kelaziman bahawa sesuatu negara mempunyai corak
kerajaan dan pentadbiran yang tertentu dalam mengendalikan usaha-usaha yang berkaitan
dengan memberi kemudahan dan perkhidmatan bagi rakyat jelata, serta mengawal
ketenteraman negara mengikut undang-undang. Dalam kerajaan bercorak Persekutuan ada
perkara-perkara yang di bawah kawalan Persekutuan dan ada pula perkara-perkara yang
di bawah kawalan Kerajaan-kerajaan Negeri. Di peringkat Persekutuan sebenarnya
Parlimen yang mengandungi Dewan Undangan Persekutuan ( Federal Legislative
Assembly) atau dikenal juga dengan nama Dewan Rakyat dan di peringkat Kerajaan Negeri
ada pula Dewan Undangan Negeri (State Legislative Assembly). Ini bermakna sesebuah
Dewan Undangan itu sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri mempunyai kuasa
mewujudkan undang-undang yang di bawah senarai masing-masing seperti tertera dalam
Perlembagaan.(Kerajaan Dan Pentadbiran Malaysia, Abdullah Sanusi Ahmad,1980: 23)

Begitu juga di dalam Majlis Syura. Di mana majlis ini hanya membincangkan tentang
perihal agama semata-mata tanpa membuat undang-undang sendiri melainkan
melandaskan hukum syarak yang telah tersedia ada di dalam Islam. Di dalam majlis ini, ia
bersifat penghuraian lanjut yang bukan sahaja berlandaskan nilai-nilai syariah
sebagaimana yang terdapat dalam wahyu tetapi juga secara bersama berasaskan kepada
mentaliti, nilai intelektual semasa dan institusi setempat yang merupakan asas-asas
pendekatan yang menjadikan nilai-nilai syariah itu lebih praktikal. Secara mudahnya
mempersoalkan tentang peranan pemerintah dalam melaksanakan nilai-nilai syariat yang
telah diijtihadkan itu dalam bentuk pandangan atau suara sesebuah majlis itu.

2. PENGERTIAN
2.1 PARLIMEN
Parlimen merupakan institusi paling tinggi dalam membuat undang-undang. Parlimen
mengandungi Ketua Negara iaitu Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara atau Dewan Senat
dan Dewan Rakyat. Semua undang-undang Kerajaan Persekutuan mestilah diluluskan oleh
Parlimen. Sungguhpun Jemaah Menteri mempunyai kuasa-kuasa memerintah Negara,
tetapi mereka mestilah bertanggung jawab kepada parlimen. Mereka mestilah tunduk
kepada keputusan-keputusan Parlimen. Dengan ini, mereka tidak boleh melaksanakan
tugas mereka yang diberikan oleh Parlimen dengan sesuka hati.

2.2 MAJLIS SYURA

Syura adalah suatu konsep yang digunakan dalam menentukan keputusan di dalam
pemerintahan sesebuah Negara Islam. Ianya meliputi segenap aspek pemerintahan
bermula dengan menentukan dasar sehingga pelaksanaanya. Konsep adalah sebagai
penjamin kepada kejayaan dan kesetabilan politik Islam. Ianya juga penting bagi
mengelakkan kecacatan dalam pelaksanaannya dari masa ke semasa. Melalui syura setiap
permasaalahan yang timbul dapat diselesaikan, segala tugas dan tanggungjawab dipikul
bersama dan dapat mengeratkan hubungan silaturrahim di antara pemimpin dan rakyat

Kata syura adalah kata bahasa Arab yang membawa erti sebagai mesyuarat dari segi
bahasa. Dari segi istilah ianya membawa maksud pemesyuaratan yang diadakan oleh
sekumpulan ulama dan umat Islam dalam segala hal yang berkaitan dengan kepentingan
dan kebajikan mereka berdasarkan kepada keimanan dan ketakwaan (Mustafa Haji Daud,
Tamadun Islam 1991:388).

Menurut Ibn Manzur pula, syura adalah penyaringan madu iaitu menyaring madu dari
sarangnya. Syura diasaskan bertujuan untuk mewujudkan perbincangan dan perundingan
antara cerdik pandai ahli agama untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Syura juga
dianggap sebagai penetap hukum yang merupakan lambang asasi al-syariah dan pemimpin
yang tidak melaksanakan syura wajib disingkir tanpa perselisihan pendapat para ulama
(Lisan al-Arab, 1968, 4:434).

3. KEANGGOTAAN DAN KOMPOSISI
3.1 KEANGGOTAAN PARLIMEN

Di dalam Parlimen keanggotaan dipilih oleh parti atau pemerintah. Bagi orang bukan Islam
mereka turut boleh menyertai keanggotaan dan diterima tanpa syarat dan batasan. Bagi
golongan wanita mereka juga berhak menerajui sebagai pemimpin dalam keanggotaan.

3.1.1 DEWAN NEGARA

Dewan Negara mempunyai ahli seramai 69 orang (tertakluk kepada pindaan
perlembagaan). Setiap negeri di Malaysia, iaitu 13 buah semuanya, diwakili oleh dua orang
ahli dan ini menjadikan jumlahnya 26 orang. 43 orang lagi (tertakluk kepada pindaan
perlembagaan) adalah ahli-ahli yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Ahli yang
dilantik oleh YDP adalah mereka yang telah banyak membuat jasa kepada Negara. Ini
termasuk mereka yang telah banyak membuat jasa cemerlang dalam perkhidmatan awam
atau yang telah mencapai kepujian yang tinggi dalam lapangan ikhtisas, perdagangan,
perusahaan dan pertanian. Turut dipertimbangkan kepada mereka yang bergiat dengan
jayanya dalam lapangan kebudayaan atau perkhidmatan masyarakat, atau yang mewakili
kaum-kaum yang kecil bilangannya di Negara ini. Ini menunjukkan ahli-ahli Dewan Negara
adalah mewakili kumpulan-kumpulan dalam pelbagai lapangan kehidupan. Ternyatalah
sekarang semua warganegara Malaysia diwakili dalam Dewan Negara dalam menjaga dan
memperjuangkan hak-hak mereka.(Aku Dan Negaraku, Mokhtar A. Kadir, 1986: 34)

3.1.2 WAKIL NEGERI

Wakil-wakil negeri pula terdiri daripada yang difikirkan oleh kerajaan negeri yang boleh
mewakilkan kepentingan negeri-negeri itu dalam Dewan Negara. Yang di-Pertuan Agong
akan memberitahu sultan-sultan atau Yang Di-pertua Negeri supaya negeri-negeri
berkenaan melantik wakil masing-masing ke dalam Dewan Negara apabila berlaku
kekosongan wakil dari negeri-negeri berkenaan. Di sini, seorang yang dilantik menjadi ahli
Dewan Negara akan memegang jawatan tersebut selama tempoh tiga tahun. Walaupun
demikian mereka boleh meletakkan jawatan atau diberhentikan pada bila-bila masa. Ahli
Dewan Negara mestilah sekurang-kurangnya berumur 30 tahun.

3.1.2 YANG DIPERTUAN DEWAN NEGARA

Dewan Negara mempunyai seorang Yang Dipertuan atau Pengerusi dan seorang Timbalan
Yang Dipertuan. Yang Dipertua akan menjadikan pengerusi mesyuarat apabila Dewan
mengadakan sidangnya; Timbalan Yang dipertua akan menjadi pengerusi mesyuarat
semasa ketiadaan Yang Dipertua. Kedua-duanya mestilah menjadi ahli Dewan tersebut.
Sebelum Dewan Negara memulakan mesyuaratnya, iaitu pada setiap kali selepas Parlimen
dibubarkan, para senator yang semuanya baru dilantik akan memilih Yang Dipertuan
Dewan. Mereka juga akan memilih Timbalan Yang Dipertua sebelum Dewan memulakan
mesyuaratnya. Dewan tidak boleh menjalankan urusannya selagi tidak mempunyai Yang
Dipertua. Perlembagaan Perseketuan membenarkan seorang ahli Dewan Undangan Negeri
dilantik atau dipilih menjadi Yang Dipertua Dewab Negara. Tetapi ia hendaklah terlebih
dahulu meletakkan jawatannya daripada menjadi ahli Dewan Undangan Negeri sebelum
menjalankan tugasnya sebagai Yang Dipetua Dewan Negara. Dewan ini juga mempunyai
seorang setiausaha.( Sistem Undang-Undang Di Malaysia, Ahmad Ibrahim dan Ahilemah
Joned, 2002: 46)

3.1.3 DEWAN RAKYAT

Dewan rakyat mengandungi ahli-ahli terdiri daripada 177 orang. Mereka adalah yang
dipilih secara langsung oleh rakyat melalui pilihanraya dalam kawasan pilihanraya
Parlimen di setiap negeri. Dalam pilihanraya seperti ini, parti-parti politik akan meletakkan
calon-calon untuk bertanding dalam kawasan-kawasan pilihanraya Parlimen yang
ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya. Di mana ahli-ahli Suruhanjaya Pilihanraya ini
pula dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Suruhanjaya yang dilantik hendaklah bebas
daripada sebarang pengaruh parti politik dan tidak menyebelahi mana-mana pihak dalam
menjalankan tugas dan tanggungjawabnya.

Anggota Dewan Rakyat bukan sahaja bergantung kepada jumlah penduduk sesuatu
kawasan pilihanraya Parlimen, tetapi juga bergantung kepada pembangunannya. Jika
sesebuah negeri itu lebih ramai penduduknya dan lebih luas kawasannya, sudah tentu
negeri itu akan mempunyai lebih banyak kawasan pilihanraya Parlimen dan dengan itu
akan mempunyai banyak wakilnya bagi Dewan Rakyat. Tidak seperti Dewan Negara, ahli-
ahlinya dari wakil negeri adalah tetap, tidak kira sama ada negeri itu kecil atau besar dan
sama ada jumlah penduduknya ramai atau tidak.(Aku Dan Negaraku, Mokhtar A. Kadir,
1986: 34)




3.2 KEANGGOTAAN MAJLIS SYURA
Majlis Syura dipilih oleh rakyat. Namun begitu orang kafir boleh mewakili golongan
mereka dan terbatas kepada aduan tentang kezaliman penguasa ke atas mereka. Bagi
golongan wanita, mereka hanya dibolehkan memberikan pendapat serta idea yang bernas
untuk digunapakai di dalam majlis dalam menyelesaikan sesuatu isu. Bagi golongan wanita
ini mereka tidak berhak menjadi pemimpin dalam sesuatu majlis terutamanya menerajui
pemimpin utama.

Terdapat beberapa syarat keanggotaan Majlis Syura yang telah dikenalpasti oleh para
sarjana Islam setelah melakukan penyelidikan menerusi amalan yang telah dilakukan oleh
Rasullullah s.a.w. Antara syarat-syarat tersebut adalah:-

a. Mestilah seorang yang bersifat adalah (al-Muhami Mahmud, Al-Syura Fi Al-
Islam,1976:46).

b. Tahap keilmuan yang tinggi dalam bidang tertentu. Ini mungkin merujuk kepada
kepakaran seseorang dalam disiplin sesuatu ilmu. Ini adalah kerana mana mungkin
manusia itu boleh menguasai semua ilmu yang begitu luas(Ibid).

c. Mempunyai pengalaman yang luas dalam membuat suatu polisi atau sekurang-
kurangnya pernah terlibat dengan kepentingan orang ramai. Ini merupakan kriteria yang
penting kerana orang yang berpengalaman merupakan orang yang telah matang. Walau
bagaaimanapun, peringkat kematangan seorang individu adalah berbeza-beza,
bagaimanapun dianggap benar-benar matang untuk menjalankan tanggungjawab sebagai
anggota Majlis Syura adalah berada dalam tahap umur tiga puluhan berdasarkan keadaan
lazim (Abdullah Munifi, The Islamic Constitutional Theory,1967 :383).

d. Menjadi Warganegara, Peruntukan ini adalah bertujuan untuk mengawasi musuh-
musuh bagi sesuatu Negara yang bertujuan menghancurkan Islam dan umatnya.

4. FUNGSI PARLIMEN DAN MAJLIS SYURA

4.1 FUNGSI PARLIMEN
Parlimen fungsinya hanya membuat undang-undang. Dalam sebuah negara demokrasi
berparlimen umpamanyaMalaysia, Parlimen merupakan institusi yang paling tinggi kerana
salah satu tugasnya ialah membuat undang-undang dan meluluskan undang-undang.
Segala bentuk undang-undang yang dikuatkuasakan adalah melibatkan kehidupan kita
seharian. Namun ada juga undang-undang itu tidak terlibat dengan kita secara langsung
tetapi berkaitan juga dengan kehidupan negara kita. Misalnya, Parlimen meluluskan satu
undang-undang bagi mengawal orang asing, iaitu bukan warganegara daripada bekerja
diMalaysia. Sungguhpun ia hanya melibatkan orang asing, tetapi faedahnya ialah kepada
warganegara atau rakyat Malaysia sendiri. Ini kerana apabila orang asing ditegah atau
dilarang bekerja di negara ini, beerti peluang-peluang pekerjaan yang dulunya dinikmati
oleh rakyat negara asing, sekarang terbuka kepada rakyat negara ini sendiri. Contohnya hal
seperti ini berlaku semasa Persekutuan Tanah Melayu baru mencapai Kemerdekaan.

Di sini, undang-undang yang diluluskan memberi kuasa kepada sesuatu jabatan atau
badan, kadangkala kepada menteri berkenaan dalam melaksanakan peraturan seperti yang
ditetapkan dalam undang-undang itu sendiri. Misalnya, setiap kenderaan bermotor
mestilah mempunyai insuran bagi membolehkan tuan punya kenderaan itu mendapat
lesen cukai jalan. Tanpa cukai jalan, kenderaan berkenaan tidak boleh menggunakan jalan
raya dan tanpa insuran pula tuan punya kenderaan tidak boleh mendapat lesen cukai jalan.
Dalam aspek undang-undang lalulintas atau ordinan lalulintas, ia memberi kuasa kepada
pihak berkuasa seperti polis dan Jabatan Pengangkutan menyaman atau mengenakan
bayaran kompaun kepada mereka yang melanggar undang-undang. Malahan, Mahkamah
juga diberi kuasa oleh undang-undang berkenaan untuk mengenakan hukuman atau denda
terhadap mereka yang disabitkan kesalahan apabila seseorang yang dituduh melanggar
undang-undang tersebut yang mana ia akan dibicarakan di mahkamah.

Sebagaimana yang kita ketahui, bahawa ahli Dewan Rakyat mewakilkan rakyat dalam
sesuatu pilihanraya. Merekalah mewakilkan rakyat dalam parlimen semasa membahaskan
atau mendebatkan sesuatu rang undang-undang dan mengemukakan masalah-masalh yang
dihadapi oleh rakyat. Maka disini, tidak dapat dinafikan lagi bahawa sememangnya
Parlimen mempunyai hubungan yang rapat dengan kita semua dalam kehidupan kita
sehari. .(Aku Dan Negaraku, Mokhtar A. Kadir, 1986: 34)

4.2 BAGAIMANA UNDANG-UNDANG DIBUAT DI PARLIMEN?

ISU ATAU KEPUTUSAN
SESEBUAH KEMENTERIAN

RANG UNDANG-UNDANG
DIBENTANGKAN DI PARLIMEN

BACAAN KALI KEDUA

PERBAHASAN PERINGKAT JAWATANKUASA

RANG UNDANG-UNDANG DILULUSKAN

KE DEWAN NEGARA

DIPERKENANKAN OLEH YANG DI-PERTUAN AGONG

4.2.1 KEPUTUSAN SESEBUAH KEMENTERERIAN
Sebelum undang-undang dibuat ia terpaksa melalui beberapa proses. Undang-undang
bermula apabila sesebuah kementerian hendak melaksanakan sesuatu projek atau
peraturan baru, maka mereka akan merangka atau menggubal rang undang-undang
mengenai peraturan yang nak dilaksanakan. Contohnya, badan pencegah dadah hendak
ditubuhkan. Badan ini mempunyai kuasa yang berasingan dari mana-mana badan seperti
Pasukan Polis Diraja atau Badan Kebajikan Masyarakat. Rangka undang-undang digubal
oleh para pegawai kementerian dengan kerjasama pakar-pakar perundangan dari pejabat
Peguam Negara. Siap sahaja dirangka, ia diserahkan kepada menteri berkenaan untuk
diluluskan sehingga berpuas hati. Kemudian dibentangkan di dalam Jemaah Menteri.

4.2.2 RANG UNDANG-UNDANG DIBENTANGKAN DI PARLIMEN
Apabila rang undang-undang selesai dibincangkan di peringkat Jemaah Menteri, barulah
rang undang-undang itu dikemukakan kepada Parlimen dan ditentukan samada
dibentangkan kepada Dewan Rakyat atau Dewan Negara terlebih dahulu. Kebiasaannya,
rang undang-undang dibentangkan di Dewan Rakyat kemudian barulah dikemukakan ke
Dewan Negara. Rang undang-undang yang dibentangkan merupakan bacaan kali pertama.

4.2.3 BACAAN KALI KEDUA
Pada peringkat ini, perbahasan akan dijalankan dalam dua peringkat. Dalam peringkat
pertama rang undang-undang dibahaskan secara am, menyentuh tentang dasar rang
undang-undang. Peringkat kedua dilakukan dalam peringkat jawatankuasa. Kemudian
perbahasan digulungkan dalam parlimen dalam membahaskan sesuatu undang-undang.

4.2.4 PERBAHASAN PERINGKAT JAWATANKUASA
Di peringkat ini, jawatankuasa akan membincangkan rang undang-undang itu dengan
memberikan tumpuan kepada fasal-fasal dalam rang undang-undang itu sahaja. Kemudian
speaker akan memberitahu ahli-ahli Dewan jika ada ahli yang ingin membuat teguran atau
pindaan dan membahaskannya. Segala perbahasan mestilah tidak terkeluar dari fasal atau
seksyen rang undang-undang yang dibahaskan.

4.2.5 RANG UNDANG-UNDANG DILULUSKAN
Di sini, semua peringkat dibacakan untuk kali ketiga dan diluluskan. Di sini speaker akan
meminta persetujuan daripada ahli Dewan beramai-ramai. Jika terdapat tiada persetujuan
hanya seorang ahli sahaja, maka speaker memberi keputusanya hendaklah dipersetujui
kerana mengikut suara majoriti.

4.2.6 KE DEWAN NEGARA
Ini merupakan medan tpenghujung rang undang-undang itu dibahaskan oleh para senator.
Segala pengucapan dan prinsip undang-undang hendaklah diperjelaskan seperti yang
dibuat oleh Dewan Rakyat. Adakalanya perbahasan mengambil masa beberapa hari untuk
dihabiskan contohnya dalam rang undang-undang pembekalan.

4.2.7 DIPERKENANKAN
Di peringkat akhir ini. Yang di-Pertuan Agong akan berkenan menandatangani rang
undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen itu. Setelah mendapat perkenan diraja, rang
undang-undang kini menjadi undang-undang dan diwartakan dalam warta kerajaan.
Setelah itu semua rakyat hendaklah mematuhi dan menjunjung tinggi undang-undang itu.

4.3 FUNGSI MAJLIS SYURA
Sesungguhnya bidang Majlis Syura amat luas. Ianya hanya berlandaskan dalam satu majlis
sahaja iaitu Syura yang mana meliputi segala aspek kehidupan manusia. Majlis Syura
digunakan bagi membincangkan permasaalahan yang berkaitan pentadbiran, kehakiman
dan perundangan.

Ianya juga berkait rapat dengan masalah-masalah fiqh seperti ibadah, jenayah,
perkahwinan, perniagaan, perwarisan.

Di dalam Majlis Syura ahli-ahli keanggotaan tidak mempunyai kekebalan seperti di
Parlimen. Mereka hanya bersuara atas hak semata-mata dan tidak boleh bercakap yang
bukan-bukan seperti yang dilakukan di Parlimen. Mereka juga tidak bebas dalam
menyampaikan sesuatu pandangan dalam perbahasan. Ini kerana semuanya hanya
berlandaskan kehendak Islam semata-mata.(Mempelajari Undang-Undang, Glanville
Williams, 2004: 39)


4.4 BAGAIMANA PENDAPAT DISEPAKATI DALAM MAJLIS SYURA?

Dalam Majlis Syura, tiada undang-undang yang digubal seperti yang dilaksanakn oleh
Parlimen. Mereka hanya membahaskan sesuatu isu dengan berlandaskan pendapat yang
disepakati mengikut kehendak Islam. Di sini juga mereka bermuhasabah dalam menangani
beberapa masalah contohnya kezaliman seseorang pemerintah. Mereka berbincang
dan cuba menyelesaikan masalah tersebut dengan melontarkan pandangan masing-masing
mengikut nas dan syarak. Mereka juga mengambil serius terhadap kakitangan awam dalam
majlis itu sendiri jika terdapat kelakuan penyelewangan atau tidak amanah dalam
melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

Di sini kita dapat lihat Majlis Syura hanya mengemukakan pendapat, bermuhasabah serta
melaporkan kezaliman pemerintah semata-mata. Dan bidangkuasanya amatlah terhad dan
terbatas.

5. KESIMPULAN

Jika diperhatikan sejak berkurun-kurun lamanya masalah corak pemerintahan dan
pentadbiran yang sesuai untuk sesuatu negara telah diperdebatkan. Semuanya mestilah
berdasarkan sesuatu undang-undang yang boleh dipakai bersama agar semua rakyat tidak
bertelagah dan mengamalkan sikap tolenrasi dalam setiap perkara atau isu yang
berbangkit. Setiap kerajaan dipertanggungjawabkan untuk membawa kemakmuran dan
kemewahan kepada rakyat jelata secara am. Hakikat ini ada kaitan dengan hubungan kita
dengan Parlimen dan satu Majlis Syura. Ini kerana, kita sebenarnya mempunyai hubungan
yang rapat dengan dua institusi ini dalam kehidupan sehari-hari. Kedua-dua institusi inilah
yang mengawal selia kita dalam memacu kehidupan kita berlandaskan undang-undang dan
syariat. Ia juga memberi hak untuk kita bersuara dan melemparkan pandangan sekiranya
muncul sesuatu isu yang timbul yang akan menggugatkan kesejahteraan sejagat.
Berdasarkan Parlimen sendiri, mana-mana ahli yang terlibat boleh mengubal rang undang-
undang mengenai peraturan yang nak dilaksanakan demi kebaikan rakyat. Begitu juga
dalam Majlis Syura di mana konsep bersuara dalam majlis diterjemahkan bagi mengelak
kezaliman yang dilakukan oleh pemerintah umpamanya walaupun ia tidak mempunyai
kekebalan dalam mengubal undang-undang seperti di dalam Parlimen.
Secara kesimpulannya terdapat perbezaan antara Parlimen dan Majlis Syura dalam di
bawah sistem pemerintahan di negara ini. Antara perbezaannya adalah dari segi fungsi,
keanggotaan, status dalam majlis atau dewan, serta komposisi masing-masing. Namun
begitu antara persamaan Parlimen dan Majlis Syura yang saya dapat lihat adalah matlamat
antara dua institusi ini adalah sama iaitu untuk menjaga keharmonian rakyat, mengawal
ketenteraman serta menjaga kebajikan rakyat agar adil dan sempurna.

Maka jelasalah sistem pemerintahan di Negara kita mempunyai sistem yang memberikan
hak kepada semua rakyat untuk hidup bersatu dan aman.