Anda di halaman 1dari 16

1. Apakah penyiasatan saintifik?

A Suatu kaedah yang hanya digunakan oleh saintis


B Proses membuat hipotesis
C Suatu pendekatan yang sistematik untuk mencari penyelesaian kepada masalah
atau penjelasan bagi suatu fenomena
D Sikap yang betul untuk menjalankan eksperimen

2. Langkah manakah yang diambil selepas memerhatikan fenomena dalam suatu penyiasatan
saintifik?
A Mengumpulkan data
B Merancang penyiasatan
C Mengenal pasti pemboleh ubah
D Mengenal pasti masalah

3. Dalam suatu eksperimen untuk menentukan kesan suhu terhadap keterlarutan gula dalam air,
pemboleh ubah yang mesti dimalarkan ialah
A Tekanan udara
B Isi padu air
C Kelembapan udara
D Suhu air

4. Antara pemboleh ubah yang berikut, yang manakah perlu diperhatikan atau disukat semasa
menjalankan suatu eksperimen?
A Pemboleh ubah dimalarkan
B Pemboleh ubah bergerak balas
C Pemboleh ubah dimanipulasikan
D Pemboleh ubah tak bersandar

5. Antara berikut yang manakah menerangkan hipotesis?
A Hipotesis ialah suatu penyataan yang benar
B Hipotesis dibuat semasa eksperimen dijalankan
C Hipotesis ialah suatu penyataan yang menghubungkan pemboleh ubah
dimanipulasikan dengan pemboleh ubah bergerak balas
D Hipotesis dibuat selepas merancang dan menjalankan eksperimen

6. Antara yang berikut, yang manakah menyatakan kepentingan kaedah penyiasatan saintifik?
A Penyiasatan saintifik melatih kita berfikir secara kritikal dan kreatif
B Penyiasatan saintifik melatih kita menjadi kurang prihatin dan analitikal
C Penyiasatan saintifik melatih kita melakukan sesuatu dengan cara tersendiri
D Penyiasatan saintifik menjadikan kita lebih pandai menjawab soalan subjektif






7. Adilah menjalankan suatu eksperimen untuk mengkaji hubungan antara tempoh pemanasan
air dengan kenaikan suhu air itu. Antara yang berikut, yang manakah merupakan pemboleh
ubah dimalarkan dalam penyiasatan itu?
A Isi padu air dan suhu bilik
B Jenis bahan yang digunakan untuk membuat bekas air da nisi padu air
C Suhu air
D Jumlah bahan

8. Serebelum di dalam otak bertanggungjawab untuk mengawal
A keseimbangan.
B tindakan sukarela.
C aktiviti otot.
D degupan jantung dan respirasi.

9. Rembesan secara berlebihan daripada kelenjar endokrin pada Rajah 1 di
bawah menyebabkan Goiter Toksik. Mana satukah kelenjar endokrin tersebut?



Rajah 1

10. Hormon yang menyediakan badan kita untuk bertindak dalam keadaan kecemasan
dirembeskan oleh
A testis
B pankreas
C kelenjar adrenal.
D kelenjar tiroid.





A
C
B
D
11. Rajah 2 menunjukkan aktiviti harian iaitu mengikat tali kasut.


Rajah 3

Antara yang berikut, yang manakah terlibat dalam aktiviti itu?
A Reseptor tekanan
B Reseptor deria
C Reseptor otot
D Reseptor regang

12. Maklumat berikut, menunjukkan bahagian yang terlibat dengan arka refleks?












Antara yang berikut, laluan impuls yang manakah betul?
A ONMKL
B KLMNO
C ONKML
D MKNLO


13. Antara penyataan yang berikut, manakah yang benar tentang penyalahgunaan dadah?
A Barbiturat memberikan rasa gembira.
B Heroin meningkatkan sensitiviti di dalam badan.
C Nikotin menjadikan sistem saraf kurang sensitif.
D Heroin dan morfin mengurangkan kesakitan dan kegelisahan.


K-Neuron motor
L-Efektor
M-Neuron perantaraan
N-Neuron deria
O-Reseptor
14. Rajah 4 di bawah menunjukkan laluan impuls dalam sentakan lutut.


Rajah 4

Apakah neuron-neuron yang terlibat dalam laluan impuls yang ditunjukkan di atas?
A Neuron deria dan neuron motor
B Neuron deria dan neuron perantaraan
C Neuron perantaraan dan neuron motor
D Neuron deria, neuron motor, dan neuron
perantaraan

15. Rajah 5 di bawah menunjukkan otak manusia.


Rajah 5
Apakah fungsi bahagian yang berlabel Z?

A Untuk mengawal emosi
B Untuk mengawal tindakan terkawal
C Untuk mengekalkan keseimbangan dan postur badan
D Untuk mengawal kelakuan


16. Penyataan yang berikut menerangkan satu tindakan.



Manakah bahagian yang mengawal tindakan di atas?


Rajah 6

17. Rajah 7 di bawah menunjukkan lintasan impuls dalam sentakan lutut manusia.


Rajah 7

Apakah X?

A Otak B Otot
C Tendon

D Saraf tunjang





18. Rajah 8 di bawah menunjukkan struktur otak manusia.
Antara bahagian A, B, C dan D yang manakah mengawal keseimbangan badan?



Rajah 8

19. Neurons perantaraan terletak di

A otak sahaja.
B otak dan tunjang.
C otak dan saraf kranial.
D tunjang, saraf kranial dan saraf tunjang.

20. Maklumat berikut menunjukkan bahagian yang terlibat dengan arka refleks.



Antara yang berikut, laluan impuls yang manakah betul?

A P Q R S T
B T S R P Q
C R P S Q T
D T S P R Q



21. Antara yang berikut, manakah yang tidak dipadankan dengan betul antara reseptor dengan
rangsangan?

Stimuli
Rangsangan
Receptor
Reseptor
A Bunyi Telinga
B Rasa masin Hidung
C Rasa masam Lidah
D Sentuhan Kulit

22. Rajah 9 di bawah menunjukkan sejenis neuron.


Rajah 9

Apakah fungsi neuron ini?

A Menerima impuls dari reseptor
B Menerima impuls dari sistem saraf pusat
C Menghantar impuls dari neuron motor ke efektor
D Menghantar impuls dari neuron deria ke neuron motor

23. Antara yang berikut, manakah yang bukan merupakan simptom penarikan di kalangan
penagih dadah?

A Muntah B Sakit kepala
C Menggigil D Halusinasi

24. Rajah 10 di bawah menunjukkan sejenis neuron.


Rajah 10
Neuron itu membawa impuls dari

A efektor ke sistem saraf pusat
B sistem saraf pusat ke efektor
C reseptor ke sistem saraf pusat
D sistem saraf pusat ke reseptor

25. Neuron yang membawa isyarat daripada otak atau saraf tunjang ke otot dan kelenjar disebut
sebagai...

A neuron deria.
B neuron motor.
C reseptor regang.
D neuron perantaraan.

26. Apakah maksud koordinasi badan?

A Menyelaras pertumbuhan badan
B Menyelaras kedudukan dan keseimbangan badan
C Menyelaras gerak balas badan terhadap sebarang rangsangan
D Menyelaras perembesan hormon oleh kelenjar endokrin

27. Antara yang berikut, manakah yang merupakan fungsi serebelum?
A Mengawal pemikiran
B Mengawal pergerakan
C Mengawal tindakan terkawal
D Mengawal tindakan luar kawal

28. Rajah 11 di bawah menunjukkan struktur suatu neuron.
Antara bahagian A, B, C, dan D, yang manakah adalah akson?


Rajah 11









29. Rajah 12 di bawah menunjukkan keratan melalui otak manusia.


Rajah 12

Antara yang berikut, manakah fungsi X?
A Mengimbangi tekanan udara
B Mengawal tindakan terkawal
C Mengawal tindakan luar kawal
D Mengkoordinasi pergerakan otot

30. Apakah persamaan antara meiosis dan mitosis?
A Kedua-dua proses menghasilkan dua sel anak
B Kedua-dua proses menghasilkan empat sel anak
C Pindah silang berlaku dalam kedua-dua proses
D Kedua-dua proses melibatkan penggandaan kromosom

31. Rajah 13 di bawah menunjukkan kacukan monohibrid antara dua ekor tikus yang
mempunyai warna bulu yang berlainan.



Rajah 13

Apakah genotip induk?



32. Rajah 14 di bawah menunjukkan proses persenyawaan antara ovum dan sperma yang
membawa kromosom Y.

Rajah 14
Fetus yang terbentuk
A akan dilahirkan sebagai perempuan.
B akan dilahirkan sebagai lelaki.
C akan mempunyai 44 + Y kromosom.
D akan lahir sebagai kembar seiras.

33. Rajah 15 di bawah menunjukkan kacuk silang bagi dua trait kacang pea.


Rajah 15





Berapakah nisbah fenotip dalam generasi pertama?

Tinggi Kerdil
A 1 : 1
B 1 : 2
C 1 : 3
D 3 : 1


34. Cuping telinga bebas dikawal oleh gen dominan (E) manakala cuping telinga melekap
dikawal oleh gen resesif (e). Antara kacukan yang berikut, manakah yang akan
menghasilkan 25 % anak yang mempunyai cuping telinga melekap?
A EE ee B EE Ee
C Ee Ee D Ee ee

35. Antara yang berikut, yang manakah disebabkan oleh mutasi kromosom?
A Hemofilia B Buta warna
C Sindrom Down D Anemia sel sabit

36. Rajah 16 di bawah menunjukkan pewarisan buta warna dalam manusia.



Petunjuk: X
c
mewakili gen resesif
buta warna

Rajah 16

Antara anak dan fenotip, yang manakah salah dipadankan?

Offspring
Anak
Phenotype
Fenotip
A W Perempuan buta warna
B Q Perempuan normal
C Y Lelaki normal
D Z Lelaki normal
37. Kromosom manakah yang terdapat di dalam sperma?
A 22 + Y B 22 + XX
C 44 + XX D 44 + XY


38. Antara berikut, yang manakah betul?


Trait Dominan Resesif
A Lesung pipit Ada Tiada
B Tekstur rambut Lurus Kerinting
C Penggunaan
tangan
Tangan kiri
(kidal)
Tangan
kanan
D Cuping telinga Melekat Bebas


39. Organisma dewasa bagi spesis P mempunyai 24 kromosom dalam sel badan. Berapakah
kromosom dalam telur yang tidak disenyawakan dan dalam telur yang disenyawakan bagi
spesis P tersebut?


Bilangan kromosom
dalam telur yang tidak
disenyawakan
Bilangan kromosom
dalam telur yang
disenyawakan
A 24 24
B 24 12
C 12 24
D 12 12



40. Bagi pokok kacang pea, gen untuk bunga merah, M adalah dominan kepada gen untuk bunga putih,
m. Antara tumbuhan induk berikut, yang manakah akan menghasilkan bilangan tumbuhan berbunga
merah dan tumbuhan berbunga putih yang sama dalam generasi pertama?
A MM dan mm
B Mm dan Mm
C MM dan Mm
D Mm dan mm







41. Rajah 17 di bawah menunjukkan pembentukan sejenis kembar.


Rajah 17

Antara ciri kembar ini yang berikut, manakah yang mungkin berbeza?

A Berat
B Kumpulan darah.
C Warna mata
D Keupayaan menggulung lidah

42. Rajah 18 di bawah menunjukkan pewarisan ciri-ciri ketinggian kacang pea.



Rajah 18

Jika T mewakili gen dominan dan t mewakili gen resesif, apakah genotip bagi P dan Q?



43. Satu pokok yang mempunyai genotip Tt dikacukkan dengan pokok yang mempunyai genotip
tt. T mewakili gen dominan dan t mewakili gen resesif bagi sifat ketinggian. Berapakah
peratus generasi pertama pokok yang dihasilkan adalah rendah?

A 0% B 25%
C 50% D 75%


44. Rajah 19 di bawah menunjukkan bagaimana seks ditentukan dalam manusia.



Rajah 19


Apakah kromosom gamet L dan M?

Gamet L Gamet M
A 22 + Y 22 + X
B 22 + X 22 + Y
C 22 + X 22 + X
D 22 + Y 22 + Y


45. Kaji maklumat berikut.
P: gen untuk iris berwarna hitam (dominan)
P: gen untuk iris berwarna biru (resesif)

Apakah genotip bagi seseorang yang mempunyai iris berwarna biru?
A PP
B Pp
C pp
D PP dan Pp
46. Ovum manusia terdiri daripada

A 22 autosom dan krosom seks X
B 22 autosom dan krosom seks Y
C 44 autosom dan krosom seks XX
D 44 autosom dan krosom seks XY

47. Rajah 20 di bawah menunjukkan sejenis pembahagian sel.



Rajah 20

Apakah kandungan kromosom dalam P dan dalam Q?



48. Trait manusia yang manakah menunjukkan variasi selanjar?

A Berat badan
B Kumpulan darah
C Jenis cuping telinga
D Kebolehan menggulung lidah


49. Apakah yang terjadi sekiranya pengklonan manusia dibenarkan?

A Mengganggu pembentukan semula jadi manusia
B Meningkatkan jangka hayat manusia
C Menambahkan populasi manusia
D Masalah sosial akan berkurang

50. Apakah kepentingan variasi kepada spesis tertentu?

A Meningkatkan kepelbagaian
B Mengurangkan kemadirian
C Meningkatkan risiko kepupusan
D Mengurangkan kemampuan untuk menyesuaikan diri kepada perubahan alam sekitar




















~Bittaufik wannajah fil imtihan~

Anda mungkin juga menyukai