Anda di halaman 1dari 12

Bab 2 : Konsep-konsep Asas Perakuanan

11
BAB 2
KONSEP-KONSEP ASAS PERAKAUNAN
OBJEKTIF
Selepas mempelajari tajuk ini, pelajar akan dapat:
Menjelaskan prinsip perakaunan diterima umum dan kepentingannya.
Menjelaskan konsep-konsep asas perakaunan.
Menganalisis urusniaga perniagaan berdasarkan kepada persamaan
perakaunan.
Menjelaskan maksud urusniaga dan kesannya ke atas persamaan
perakaunan
Menyediakan catatan bergu mengikut hukum debit dan kredit
Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online
Bab 2 : Konsep-konsep Asas Perakuanan
12
2.1 PRINSIP-PRINSIP PERAKAUNAN DITERIMA UMUN (GENERALLY ACCEPTED
ACCOUNTING PRINCIPLE @ GAAP)
Amalan perakaunan adalah berdasarkan kepada peraturan tertentu. Peraturan yang menentukan
bagaimana akauntan mengukur, memproses, dan menyampaikan maklumat kewangan dikenali
sebagai prinsip-prinsip perakaunan yang diterima umum.
Prinsip perakaunan ialah peraturan asas yang perlu diamalkan oleh akauntan dalam melakukan
kerja-kerja perakaunan. Oleh kerana perkembangan dunia perniagaan yang sentiasa berubah,
akauntan menghadapi masalah dalam menentukan peraturan-peraturan yang tetap. Perselisihan
pendapat para akauntan dapat diselesaikan dengan merujuk kepada Prinsip-prinsip Perakaunan
Diterima Umum atau GAAP ini. a merupakan standard atau peraturan perakaunan yang
digunakan dalam profesion perakaunan dan perniagaan sebagai panduan untuk menyediakan
laporan kewangan. Undang-undang dan peraturan ini wujud dari pengalaman biasa, peraturan
badan-badan ikhtisas dan juga agensi-agensi kerajaan.
Prinsip ini memberi panduan bagaimana untuk membuat pengukuran dan merekod aktiviti ekonomi
dan seterusnya cara untuk melaporkannya. anya merangkumi konvensyen, konsep, peraturan,
prosedur dan garis panduan perakaunan bertujuan untuk menyediakan satu rangka rujukan dalam
praktis perakaunan. Dengan berpandukan prinsip ini, situasi yang sama akan diukur, direkod dan
dilapor dengan cara yang sama oleh semua akauntan.
Prinsip ini perlu supaya maklumat yang dilaporkan dalam penyata kewangan lengkap, boleh
dipercayai, boleh difahami serta membolehkan perbandingan dibuat antara penyata kewangan
tahun semasa dengan penyata kewangan syarikat yang lain bagi tahun yang sama.
2.2 KONSEP-KONSEP PERAKAUNAN
Semua perekodan urusniaga dalam perakaunan adalahh berdasarkan kepada prinsip atau konsep
tertentu. Konsep-konsep, prinsip-prinsip, andaian-andaian dan kekangan perakaunan yang penting
menurut GAAP akan dibincangkan di bawah ini.
2.2.1 Kos Sejarah (HistoricaI Cost)
Semua aset tetap perniagaan perlu direkodkan pada harga belian atau harga kos aset tersebut
ketika diperolehi. Konsep ini merupakan asas untuk menilai aset kerana nilai kos adalah lebih
objektif dan boleh dibuktikan dengan dokumen yang tertentu. Aset tidak direkodkan pada nilai
semasa atau nilai pasaran kerana ia adalah subjektif dan berubah-ubah mengikut pasaran.
Contoh:
Perniagaan Laila membeli sebuah bangunan dengan harga RM 50,000 pada 8 Ogos 2001. Harga
pasaran bangunan tersebut telah meningkat kepada RM 65,000 pada keesokan hari. Pada bila-bila
masa pun Perniagaan Laila perlu melaporkan bangunan tersebut pada harga belian iaitu
RM 50,000.
2.2.2 Pengukuran Wang StabiI (Monetary Unit)
Peristiwa perakaunan atau urusniaga perakaunan perlu diukur dalam ukuran nilai matawang
negara berkenaan. Oleh yang demikian, hanya urusniaga yang boleh diukur dengan wang sahaja
yang akan direkodkan dalam buku rekod perniagaan. Konsep ini turut mengandaikan wang
mempunyai nilai yang stabil.
Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online
Bab 2 : Konsep-konsep Asas Perakuanan
13
Contoh:
Suatu urusniaga telah berlaku dalam sebuah perniagaan tetapi nilainya dalam wang tidak dapat
dipastikan. Akauntan perniagaan tersebut telah membuat keputusan untuk tidak merekod
urusniaga tersebut sehingga nilai dalam wang dapat dipastikan. Adakah tindakan akauntan
tersebut betul? Kenapa?
Penyelesaian:
Tindakan akauntan itu betul kerana pelaporan urusniaga perlu dipastikan dan dilaporkan dalam
bentuk nilai wang yang tepat.
2.2.3 Entiti Berasingan (Separate / Business Entity)
Konsep ini mengandaikan perniagaan dengan pemiliknya adalah dua entitiyang berbeza tidak kira
samada perniagaan berbentuk perniagaan tunggal, perkongsian atau syarikat. Perakaunan
menganggap bahawa setiap entity perniagaan memiliki aset sendiri dan menanggung hutang
dalam perniagaan secara berasingan dari pemiliknya. Begitu juga hasil dan belanja. Oleh yang
demikian, proses perakaunan hanya berkenaan dengan perekodan urusniaga yang dialami oleh
firma sahaja. Dengan ini hasil operasi dan kedudukan kewangan entiti dapat ditentukan.
Bagi perniagaan tunggal dan perkongsian, dari segi perakaunan, kedua-dua jenis pemilikan
perniagaan ini adalah berasingan daripada perniagaan. Tetapi dari pada segi perundangan,
pengasingan sebegini tidak wujud iaitu pemilik bertanggungjawab sepenuhnya ke atas segala
hutang yang ditanggung oleh perniagaan. ni bermakna, jika perniagaan tidak mampu menjelaskan
hutang, pemilik bertanggungjawab menjelaskan hutang tersebut dengan aset peribadinya.
Contoh:
Encik Hassan membeli sebuah kenderaan untuk kegunaan peribadi isterinya. Beliau telah
merekodkan pembelian ini ke dalam buku rekod perniagaannya. Selain itu semua perbelanjaan
petrol untuk kereta tersebut turut direkodkan dalam buku perniagaan. Adakah tindakan Encik
Hassan menepati mana-mana konsep perniagaan.
Penyelesaian:
Encik Hassan tidak mematuhi konsep entiti berasingan. Pembelian aset dan perbelanjaan atas
aset tersebut bukan untuk kegunaan perniagaan dan tidak boleh dilaporkan dalam buku
perniagaan.
2.2.4 Usaha Berterusan (Going Concern)
Konsep ini mengandaikan perniagaan terus beroperasi untuk satu tempoh yang panjang dan tidak
dapat ditentukan hadnya. ni bermakna perniagaan akan dapat berniaga dan membuat untuk untuk
tempoh yang lama. Andaian ini penting untuk menilai aset dan melaporkan kedudukan kewangan
sesebuah perniagaan di mana perekodan dibuat pada nilai kos dan bukan pada nilai pasaran. ni
adalah kerana aset tetap terutamanya diandaikan akan digunakan secara berterusan dalam
operasi perniagaan untuk menghasilkan pendapatan. Perubahan dalam harga pasaran tidak akan
mempengaruhi kegunaan aset.
Contoh:
Abu Enterprise membeli sebuah mesin pada harga kos RM 40,000 dengan anggaran jangka hayat
mesin tersebut adalah selama 10 tahun. Harga pasaran mesin tersebut adalah RM 44,000. adalah
dicadangkan aset ini disusutnilaikan untuk tempoh lima tahun kerana perniagaan dijangkakan akan
dibubarkan dalam jangkamasa tersebut.
Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online
Bab 2 : Konsep-konsep Asas Perakuanan
14
Penyelesaian:
Cadangan tersebut bertentangan dengan konsep usaha berterusan. Mesin perlu direkodkan pada
nilai RM 40,000 dengan susutnilai selama 10 tahun kerana perniagaan diandaikan akan beroperasi
pada satu jangka masa yang tidak boleh ditentukan.
2.2.5 KetekaIan (Consistency)
Konsep ini memerlukan perniagaan mengekalkan semua kaedah yang digunakan. Tujuannya
supaya pelaporan yang adil dan saksama dapat dipersembahkan dan memudahkan perbandingan
prestasi kewangan.
Contoh:
Syarikat Abadi Berhad menggunakan kaedah garis lurus dalam menilai susutnilai semua aset tetap
syarikat. Syarikat bercadang untuk menukar kaedah penilaian tersebut kepada kaedah baki
berkurangan untuk semua aset tetap. Adakah tindakan ini mematuhi konsep ketekalan?
Penyelesaian:
Syarikat tidak mematuhi konsep ketekalan kerana sesuatu kaedah yang telah digunakan perlu
diteruskan penggunaan di tahun-tahun berikutnya.
2.2.6 Tempoh Perakaunan (Accounting Period)
Penyata kewangan sesebuah perniagaan disediakan untuk satu tempoh yang tertentu, biasanya
setiap 12 bulan (1 tahun). Namun begitu ada perniagaan yang menyediakan penyata kewangan
untuk setiap enam bulan, empat bulan, dan sebagainya. Konsep ini membolehkan prestasi entiti
diukur.
Contoh:
Perniagaan Dian telah ditubuhkan pada 1 Januari 2000. perniagaan ini menutup akaun perniagaan
setiap 12 bulan iaitu pada 31 Disember setiap bulan. Beri komen berkaitan tindakan syarikat ini
dengan melihat kepada konsep perakaunan yang berkaitan.
Penyelesaian:
Tindakan ini adalah amalan biasa perniagaan dan ianya memenuhi konsep tempoh perakaunan
iaitu penyata kewangan disediakan yang berkaitan.
2.2.7 KemateriaIan (MateriaIity)
Konsep ini adalah berkaitan dengan prosedur pengkelasan dan persembahan semua maklumat
perakaunan dan amaunnya. Sesuatu amaun yang dilaporkan itu mestilah signifikan di mana nilai
yang tidak material seperti nilai sen boleh diabaikan. Penentuan sama ada sesuatu nilai adalah
signifikan atau tidak, bergantung kepada pertimbangan pihak pengurusan. Penentuan nilai adalah
dilihat dari segi firma, jenis perniagaan atau saiz perniagaan. Tujuan konsep ini supaya
persembahan penyata kewangan perniagaan itu adalah lebih kemas dan teratur.
Contoh:
Syarikat Untung Selalu membeli dua buah peralatan. Harga peralatan A ialah RM 10 manakala
peralatan B ialah RM 10,000. usia guna kedua-dua peralatan ini dijangkakan selama 10 tahun.
Syarikat bercadang kedua-dua peralatan ini disusutnilaikan selama 10 tahun. Beri komen terhadap
cadangan tersebut dengan berpandukan kepada konsep perakaunan yang berkaitan.
Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online
Bab 2 : Konsep-konsep Asas Perakuanan
15
Penyelesaian:
Mengikut konsep materialiti adalah tidak material untuk mengira susutnilai ke atas peralatan yang
berharga RM 10. Oleh itu peralatan bernilai RM 10 lebih baik dilaporkan sebagai belanja untuk
tahun berkenaan. Sementara peralatan bernilai RM 10,000 adalah material untuk disusutnilaikan
selama 10 tahun.
2.2.8 ReaIisasi (ReaIisation)
Konsep ini menyatakan hasil hanya akan diiktiraf jika ianya benar-benar diperolehi. Untuk
memastikan bahwa sesuatu hasil itu berlaku ianya hendaklah mematuhi kriteria berikut:
1. barang atau perkhidmatan diberi (berlaku urusniaga)
2. pembeli sanggup membayar harga barang atau perkhidmatan
3. pembeli pada situasi berupaya untuk membayar
4. kestabilan nilai mata wang
Oleh yang demikian, realisasi tidak berlaku apabila pesanan diterima atau apabila menerima
pendahuluan daripada pelanggan atas barang atau perkhidmatan yang diberikan.
Contoh:
Encik Shamu adalah seorang pengedar buah tembikai. Beliau telah menerima tempahan untuk
membeli 100 biji buah tembikai daripada seorang pelanggan. Beliau telah merekod tempahan
tersebut dan mengiktiraf hasil tersebut pada tarikh tempahan dibuat oleh pelanggan. Beri komen
anda dengan berpandukan kepada konsep yang berkaitan.
Penyelesaian:
Encik Shamu tidak boleh mengiktiraf tempahan tembikai itu sebagai hasil kerana urusniaga belum
berlaku. Tindakan beliau bercanggah dengan konsep realisasi.
2.2.9 Pemadanan (Matching PrincipIe)
Konsep ini memerlukan belanja direkodkan dalam tempoh perakaunan di mana ianya telah
dilibatkan bagi memperolehi sesuatu hasil perniagaan. Tujuannya adalah untuk membolehkan
perniagaan mengetahui jumlah sebenar hasil dan belanja untuk sesuatu tempoh perakaunan.
Dengan itu untung atau rugi untuk tempoh tersebut dapat ditentukan.
Contoh:
Pemilik sebuah perniagaan mendapati bahawa perniagaan tersebut akan mengalami kerugian.
Beliau telah mengarahkan akauntan syarikat mengurangkan pelaporan belanja elektrik dan tidak
melaporkan belanja susutnilai tahun berkenaan. Pada pendapat anda, adakah akauntan
berkenaan patut mengikut kehendak pemilik perniagaan dengan berpandukan konsep perakaunan
yang berkaitan.
Penyelesaian:
Akauntan tersebut tidak patut mengikut kehendak pemilik perniagaan kerana ianya bertentangan
dengan konsep pemadanan. Perbelanjaan tersebut perlu dilaporkan bagi menunjukkan kedudukan
kewangan yang sebenar dan ianya berkait dengan hasil yang diperolehi pada tahun berkenaan.
Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online
Bab 2 : Konsep-konsep Asas Perakuanan
16
2.2.10 Konservatisma (conservatism)
Konsep ini menekan kepada sikap cuba mengambilkira kemungkinan kerugian berlaku. Oleh itu
akauntan akan sentiasa memastikan bahawa aset, hasil dan keuntungan tidak terlebih nyata dan
liabiliti, belanja serta kerugian tidak terkurang nyata. Doktrin ini biasa diamalkan dalam:-
menilai inventori (pada harga kos atau pasaran mana yang lebih rendah)
memperuntukkan hutang lapuk
memperuntukkan susutnilai
2.2.11 Pendedahan Penuh (FuIIy DiscIosure)
Konsep ini memerlukan penyata kewangan dilaporkan secara jujur dengan mendedahkan semua
fakta penting yang berlaku dengan organisasi. ni bermakna penyata kewangan yang disediakan
perlu memuatkan semua maklumat yang diperlukan. Penyata kewangan perlu menunjukkan
semua asas perakaunan yang digunakan dalam memperolehi nilai item-item yang
dipersembahkan. Jika terdapat sebarang perubahan dalam menggunakan polisi perakaunan, ianya
perlu dinyatakan dengan jelas dan diberikan alasan kepada perubahan tersebut. ni boleh
ditunjukkan sebagai nota kepada akaun. Tujuan konsep ini supaya tidak wujud penyembunyian
fakta-fakta penting.
Contoh:
Syarikat Takrugi telah membuat perubahan dalam kaedah penilaian stok yang digunakan. Syarikat
tidak mendedahkan perkara tersebut dalam penyata kewangan bagi tempoh berkenaan.
Penyelesaian:
Tindakan mengubah kaedah penilaian stok tanpa mendedahkan dalam penyata kewangan adalah
tidak memenuhi konsep pendedahan penuh. Tujuan konsep ini supaya pengguna maklumat tahu
akan sebarang perubahan yang dalam penyata kewangan.
2.2.12 Keobjektifan (Objectivity)
Konsep ini menekan kepada keobjektifan sesuatu rekod dan penyata yang disediakan. anya
bermaksud semua data perakaunan haruslah mempunyai bukti yang sah untuk menyokong
urusniaga. Bukti-bukti ini terdiri daripada kontrak sah, invois, cek, resit, kad jaminan pekerja dan
dokumen-dokumen lain.
Tujuan konsep ini adalah untuk:
1. mengelak daripada akauntan memberikan pendapat berdasarkan kepada perkara
yang subjektif dan tidak tepat.
2. memastikan semua perekodan dibuat adalah tepat dan sentiasa disokong oleh bukti
dan tidak boleh dipertikaikan lagi.
3. menyakinkan pengguna bahawa perekodan yang dibuat dan penyata kewangan yang
disediakan adalah boleh dipercayai, sahih, tepat, benar dan saksama.
Contoh:
Syarikat Awal Maju mempraktik satu dasar di mana hanya urusniaga secara kredit dikeluarkan
invois manakala urusniaga tunai tiada sebarang dokumen dikeluarkan. Adakah tindakan syarikat
ini boleh diterima?
Penyelesaian:
Syarikat tidak mematuhi konsep keobjektifan kerana semua urusniaga yang berlaku perlu disokong
dengan dokumen yang berkaitan. Pengeluaran dokumen memudahkan perekodan dibuat.
Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online
Bab 2 : Konsep-konsep Asas Perakuanan
17
2.3 PERSAMAAN PERAKAUNAN (ACCOUNTING EQUATION)
Sistem perakaunan secara keseluruhan dibentuk berdasarkan satu persamaan perakaunan yang
ringkas dan mudah. Persamaan perakaunan adalah perimbangan antara bahagian aset dan ekuiti.
Aset merupakan sumber yang dimiliki oleh perniagaan. Ekuiti merupakan hak atau tuntutan ke atas
sumber tersebut. Hubungan ini digambarkan seperti di bawah:
Tuntutan ke atas sumber atau aset boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu tuntutan oleh
kreditor dan tuntutan oleh pemilik-pemilik dikenali ekuiti pemilik. Persamaan di atas boleh
dipecahkan seperti di bawah:
Persamaan ini dikenali sebagai persamaan perakaunan. Persamaan ini membawa maksud aset
merupakan sumber yang dimiliki oleh perniagaan untuk digunakan bagi tujuan perniagaan tertentu.
Aset ini dibiayai oleh pemiutang dan pemilik perniagaan itu sendiri. Persamaan perakaunan ini
adalah asas utama kepada penyediaan semua rekod-rekod perakaunan. Semua catatan
perakaunan untuk urusniaga perlu mengekalkan keseimbangan persamaan perakaunan.
Persamaan ini jika mengambil kira hasil, belanja dan ambilan adalah seperti di bawah:
ASET LIABILITI EKUITI PEMILIK
Aset semasa
Asset tetap
= Liabiliti semasa
Liabiliti jangka panjang
+ Modal
- Ambilan
+ Untung (Hasil Belanja)
2.3.1 PengkeIasan akaun (Accounts CIassification)
Akaun-akaun boleh dijelaskan kepada lima kumpulan iaitu :-
2.3.1.1 Aset (Asset)
Aset ialah sumber ekonomi yang dimiliki oleh sesebuah entiti perniagaan. Sumber ini boleh
memberi faedah bagi mengendalikan aktiviti entiti pada masa hadapan atau dijual kepada pihak
ketiga. Aset boleh berbentuk fizikal seperti wang tunai, barangniaga, tanah dan mesin atau bukan
fizikal seperti hak cipta, paten dan muhibah. Aset berbentuk fizikal (nyata) terbahagi kepada dua
iaitu aset tetap dan aset semasa. Aset tetap tidak berubah dalam jangkamasa yang pendek seperti
perabot, kenderaan dan tanah, manakala aset semasa boleh berubah dalam jangkamasa yang
pendek seperti tunai, akaun belum terima dan inventori. Kumpulan aset yang perlu diketahui
diperingkat matrikulasi ialah.
ASET SEMASA (Current Asset) ASET NYATA (Tangible Asset)
ASET TETAP (Fixed Asset)
ASET TDAK NYATA (ntangible Asset)
ASET = EKUT
ASET = LABLT + EKUT PEMLK
Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online
Bab 2 : Konsep-konsep Asas Perakuanan
18
2.3.1.2 Liabiliti (Liability)
Liabiliti ialah jumlah hutang atau tanggungan oleh perniagaan kepada pemiutang yang perlu
dijelaskan sama ada dengan wang, barangniaga ataupun perkhidmatan. Liabiliti terbahagi kepada
dua iaitu liabiliti semasa dan liabiliti jangka panjang. Liabiliti semasa adalah hutang yang boleh
dijelaskan dalam jangkamasa yang pendek seperti akaun belum bayar, belanja-belanaja belum
bayar dan hasil belum terperoleh. Liabiliti jangka panjang merupakan hutang yang besar dan boleh
dijelaskan dalam jangkamasa yang panjang iaitu melebihi setahun dan melewati 5 hingga 10 tahun
seperti gadaijanji, pinjaman jangka panjang dsb.
LABLT SEMASA (Current Liability)
LABLT JANGKA PANJANG (Long- term Liability)
2.3.1.3 Ekuiti (Equity)
Ekuiti merupakan hak milik pemilik perniagaan yang digunakan oleh sesebuah perniagaan dalam
melaksanakan operasinya. Penjanaan HASL serta UNTUNG akan menyebabkan ekuiti meningkat
dan BELANJA yang berlaku ketika menjalankan hasil tersebut, RUG serta AMBLAN akan
mengurangkan ekuiti.
Kompenen EKUT terdiri daripada.
MODAL + UNTUNG AMBLAN = dipanggil Modal Akhir
Atau MODAL RUG AMBLAN
Dan jika
UNTUNG atau RUG ialah = HASL BELANJA
Maka
EKUT juga boleh digambarkan seperti berikut:-
2.3.1.4 Hasil (Revenue)
Hasil ialah penambahan nilai ekuiti, yang merupakan objektif utama operasi sesebuah perniagaan
Spesifikasi HASL mengikut jenis firma adalah seperti berikut:
Firma HASL
PERKHDMATAN Hasil perkhidmatan
PERDAGANGAN Jualan
PERKLANGAN Jualan
Bagi mana-mana jenis firma, kadangkala terdapat juga aktiviti sampingan yang menjanakan hasil-
hasil sampingan contohnya HASL SEWA, HASL FAEDAH, dan lain-lain. Jika sesuatu hasil itu
belum diterima wangnya tetapi perkhidmatan telah diberi atau barangan telah dijual, ianya
diletakkan di bawah kumpulan ASET dalam Akaun Belum terima. Jika wang bagi sesuatu hasil
telah diterima, sedangkan perkhidmatan belum diberi atau barangan belum dijual, ianya diletakkan
dibawah kumpulan LABLT dalam bentuk Akaun Belum Terperoleh.
EKUT = MODAL + (HASL BELANJA) - AMBLAN
Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online
Bab 2 : Konsep-konsep Asas Perakuanan
19
2.3.1.5 Belanja (Expense)
BELANJA merupakan segala pembayaran yang berlaku dalam proses menjanakan HASL dalam
sesuatu tempoh perakaunan. BELANJA merupakan pengurangan kepada nilai ekuiti dan
seharusnya dikawal supaya pengurangan tersebut tidak terlalu besar sehingga melebihi HASL.
Jika sesuatu BELANJA itu belum berlaku, tetapi wang untuk tujuan tersebut telah dibayar, ia
diletakkan di bawah kumpulan ASET dalam bentuk PRABAYAR, contohnya, Belanja nsuran
Prabayar, Belanja Sewa Prabayar dsb.
Jika sesuatu BELANJA itu telah berlaku dan wangnya belum dibayar, ia diletakkan di bawah
kumpulan LABLT dalam bentuk BELUM BAYAR atau terakru, contohnya Belanja Sewa Bayar,
Belanja Faedah Belum Bayar dll.
2.3.2 AnaIisa Urusniaga (Transaction AnaIysist)
Sebelum urusniaga direkodkan, ia perlu dianalisa terlebih dahulu bagi menentukan bentuk rekod
perakaunan yang bersesuaian. Analisa urusniaga dibuat berdasarkan kepada persamaan
perakaunan. Terdapat tiga langkah yang harus diikuti iaitu:
Langkah 1 Baca dan teliti urusniaga
Langkah 2 Tentukan akaun, pengkelasan dan kesan urusniaga
Langkah 3 Periksa persamaan perkaunan untuk imbangan.
Jika tidak seimbang, kesilapan mungkin berlaku pada langkah 1
atau 2
Urusniaga-urusniaga perniagaan akan mempengaruhi elemen-elemen dalam persamaan
perniagaan, namun ia masih mematuhi konsep persamaan perakaunan. Setiap urusniaga boleh
dianalisa secara pemerhatian ataupun dengan menggunakan jadual analisa urusniaga.
Contoh analisa urusniaga bagi situasi berikut:-
Situasi : Pelaburan oleh pemilik
Urusniaga : Adam telah melabur RM 15,000 tunai ke dalam sebuah perniagaan.
Analisa : Urusniaga ini menyebabkan pertambahan kepada jumlah aset dan
pertambahan kepada jumlah ekuiti pemilik sebanyak RM 15,000
Jadual Analisa Urusniaga :
BiI Aset = LiabiIiti + Ekuiti PemiIik
Tunai Modal, Adam
15,000 15,000
Pelaburan
Melalui analisa ini, selepas urusniaga berlaku, terbukti konsep persamaan perakaunan tetap
dipatuhi
Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online
Bab 2 : Konsep-konsep Asas Perakuanan
20
2.3.2.1 Analisa Urusniaga Melalui Penyediaan Jadual Analisa Urusniaga
Contoh:
Berikut adalah aktiviti Adam sepanjang bulan Oktober 2002
1. Adam telah melabur RM 15,000 tunai bagi memulakan perniagaan memberi tusyen
persendirian dengan nama Tutor Elit Ent.
2. Membeli peralatan komputer secara kredit berjumlah RM 7,000.
3. Membeli kertas komputer dan bekalan pejabat lain secara tunai berjumlah RM 1,600
4. Adam menerima RM 1,200 tunai daripada pelanggan bagi perkhidmatan diberi.
5. Adam membayar kepada syarikat pengiklanan sebanyak RM 500 setelah syarikat
tersebut menyediakan brosur mengenai Tutor Elit Ent.
6. Menghantar bil kepada pelanggan bagi perkhidmatan yang telah diberikan bernilai
RM 1,500.
7. Menerima bil sewa pejabat bagi bulan semasa sebanyak RM400.
8. Membayar gaji kerani bagi bulan semasa sebanyak RM800.
9. Adam telah mengeluarkan RM1,200 bagi kegunaan peribadi.
Dikehendaki:-
1. Sediakan Jadual Analisa Urusniaga bagi semua urusniaga di atas dan buktikan
bahawa persamaan perakaunan dipatuhi selepas urusniaag terakhir.
2. Bagi bulan berakhir 31 Oktober 2002, sediakan:-
a. Penyata Pendapatan
b. Penyata Ekuiti Pemilik
c. Kunci Kira-kira
TUTOR ELIT ENT.
JADUAL ANALISA URUSNIAGA
Bagi buIan berakhir 31 Oktober 2002
BiI Aset = LiabiIiti + Ekuiti PemiIik
Tunai Peralatan Bekalan Akaun Belum
Terima
Akaun Belum
Bayar
Modal, Adam
1 15,000 15,000
pelaburan
2 7,000 7,000
3 (1,600) 1,600
4 1,200 1,200
hasil perkhidmatan
5 (500) (500)
belanja iklan
6 1,500 1,500
hasil perkhidmatan
7 400 (400)
belanja sewa
8 (800) (800)
belanja gaji
9 (1,200) (1,200)
ambilan
Baki
akhir 12,100 7,000 1,600 1,500 7,400 14,800
Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online
Bab 2 : Konsep-konsep Asas Perakuanan
21
RM22,200 = RM22,200
2. a) Penyata Pendapatan
TUTOR ELIT ENT.
PENYATA PENDAPATAN
Bagi buIan berakhir 31 Oktober 2002
Pendapatan :
Hasil perkhidmatan RM2,700
PerbeIanjaan :
Belanja klan RM500
Belanja Sewa 400
Belanja Gaji 800
Jumlah perbelanjaan ( 1,700 )
Pendapatan Bersih RM1,000
b) Penyata Ekuitit Pemilik
TUTOR ELIT ENT.
PENYATA EKUITI PEMILIK
Bagi buIan berakhir 31 Oktober 2002
Modal awal RM 0
Pelaburan RM 15,000
+ pendapatan Bersih 1,000
16,000
- Ambilan (1,200)
Modal Akhir RM14,800
c) Kunci Kira-kira
TUTOR ELIT ENT.
KUNCI KIRA-KIRA
Pada 31 Oktober 2002
ASET
Aset Semasa:
Tunai RM12,100
Bekalan 1,600
Akaun Belum Terima 1,500
Jumlah Aset Semasa RM15,200
Aset Tetap
Peralatan 7,000
JUMLAH ASET RM22,200
LIABILITI DAN EKUITI
LiabiIiti Semasa
Akaun Belum Bayar RM7,400
Ekuiti
Modal Akhir 14,800
Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online
Bab 2 : Konsep-konsep Asas Perakuanan
22
JUMLAH LIABILITI DAN EKUITI RM22,200
2.4 SISTEM CATATAN BERGU (DOUBLE ENTRY SYSTEM)
Sistem catatan bergu adalah satu sistem yang melibatkan catatan debit dan kredit dalam akaun
perniagaan. Perkataan debit dan kredit berasal daripada bahasa Latin yang disebut debito dan
kredito yang bermakna kiri (debit) dan kanan (kredit).
Debit - catatan sebelah kiri akaun T
Kredit - catatan sebelah kanan akaun T
2.4.1 Akaun T
Debit NAMA AKAUN Kredit
tarikh butiran amaun tarikh Butiran amaun
2.4.2 Hukum Debit dan Kredit (Debits and Credits)
Peraturan merekod dalam sistem catatan bergu adalah seperti berikut:
Akaun Merekod Catatan
Peningkatan Debit
Aset
Pengurangan Kredit
Peningkatan Kredit
Liabiliti
Pengurangan Debit
Peningkatan Kredit
Ekuiti
Pengurangan Debit
Peningkatan Kredit
Hasil
Pengurangan Debit
Peningkatan Debit
Belanja
Pengurangan Kredit
Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online

Anda mungkin juga menyukai