Anda di halaman 1dari 6

Bab 2 : Konsep-konsep Asas Perakaunan

23
BAB 2 : KONSEP-KONSEP ASAS PERAKAUNAN
SoaIan 1
a. Bagi setiap kes berikut, kenalpasti dan terangkan prinsip-prinsip atau andaian-andaian
perakaunan yang tidak dipatuhi.
i. Kenderaan dalam Kunci kira-kira direkodkan pada nilai saksama yang mana
nilainya adalah kurang RM 70,000 daripada nilai kosnya.
ii. Gaji pekerja dalam bulan Disember 2002 belum lagi direkodkan sebagai
perbelanjaan dalam tahun tersebut kerana belum dibayar.
iii. Tunai dari hasil jualan barangniaga telah dimasukkan ke dalam akaun bank
pemilik perniagaan.
b. Pada 1 Ogos 2003, Basiron telah menubuhkan Perniagaan Rantau. Berikut adalah
transaksi yang berlaku sepanjang bulan Ogos :
Ogos 1 Memulakan perniagaan dengan tunai RM 48,000.
3 Membeli peralatan secara tunai RM 9,600.
8 Memperolehi hasil RM 15,600. Sejumlah RM 7,200 diterima secara tunai
manakala bakinya akan diterima dalam bulan November, 2003.
14 Belanja pengiklanan RM 7,000 belum dibayar.
20 Membuat pinjaman bank RM 24,000 menerusi terbitan nota belum bayar.
25 Membayar bil uitiliti RM 360.
30 Ambilan tunai untuk kegunaan peribadi RM 3,600.
DIKEHENDAKI :
Sediakan analisis transaksi di atas menggunakan format berikut :
Aset = LiabiIiti + Ekuiti pemiIik Tarikh
Tunai ABT Peralatan = Belanja Belum
bayar
NBB Ekuiti
Pemilik
Butiran
SoaIan 2
a) Piawaian perakaunan adalah penting dalam pelaporan kewangan sesebuah perniagaan.
Pada pandangan anda, kenapakah piawaian perakaunan penting ?
b) Apakah yang dimaksudkan dengan prinsip-prinsip perakaunan berikut :
(i) konsep usaha berterusan
(ii) konsep pemadanan
(iii) konsep materialiti
(iv) konsep kos sejarah
Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online
Bab 2 : Konsep-konsep Asas Perakaunan
24
c) Encik Ahmad adalah pemborong barang-barang plastik, Maju Jaya Enterprise. Dalam
tahun kewangan 1998, Encik Ahmad membuat keputusan untuk menukar pengiraan
susutnilai daripada kaedah garis lurus kepada kaedah baki berkurangan. Dalam tahun
yang sama jumlah perbelanjaan Maju Jaya Enterprise adalah tinggi memandangkan
belanja operasi yang dilaporkan adalah termasuk belanja ke atas kereta peribadi Encik
Ahmad.
Terangkan dua konsep perakaunan yang berkaitan dengan kes di atas. Adakah konsep ini
dipatuhi atau tidak ? Huraikan jawapan anda.
SoaIan 3
a) Apakah yang dimaksudkan dengan Konsep konservatisma dan terangkan secara ringkas.
b) Tunjukkan kesan urusniaga berikut ke atas persamaan perakaunan.
Aset = Liabiliti + Ekuiti
Contoh:
Membeli mesin dengan tunai
+ Mesin
- Tunai
i) Membeli bekalan secara kredit
ii) Membeli tanah dan bangunan melalui
pinjaman dari syarikat kewangan
iii) Pemilik mengambil tunai untuk
kegunaan sendiri
iv) Pelanggan membayar hutang dengan
cek
SoaIan 4
a) Berdasarkan kepada setiap kes berikut nyatakan secara berasingan apakah prinsip
perakaunan yang terlibat.
(i) Encik Badri bercadang untuk memperuntukkan belanja susutnilai ke atas aset
tetap yang dimiliki.
(ii) Encik Asmad memiliki hartanah seperti rumah, kereta dan tanah yang merupakan
aset yang bernilai tinggi. Mengapakah tiada catatan dilakukan dalam akaun
perniagaan En. Asmad ?
(iii) Pada akhir tahun pertama perniagaan Encik Meor pada 31 Disember 2001 beliau
menggunakan kaedah garis lurus dalam menentukan susutnilai komputer tetapi
memilih untuk menggunakan kaedah baki berkurangan bagi tahun kedua.
(iv) Kelab Wira adalah pelanggan Kafe Cyber yang telah membayar RM 800 bagi
menyewa 10 buah komputer bulan Februari 2002. Kafe Cyber telah memasukkan
RM 800 sebagai hasil perniagaan pada 31 Disember 2001.
Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online
Bab 2 : Konsep-konsep Asas Perakaunan
25
SoaIan 5
a) Bagi setiap urusniaga berikut, jelaskan kesannya ke atas persamaan perakaunan iaitu
sama ada aset, liabiliti atau ekuti pemilik meningkat atau berkurangan. Nyatakan juga
amaun peningkatan atau pengurangan bagi aset, liabiliti dan ekuiti pemilik tersebut.
(i) Membeli sebuah mesin bernilai RM 23,000 dengan membayar tunai RM 15,000
dan bakinya dibayar secara kredit.
(ii) Membayar bil elektrik dan air berjumlah RM 1,700.
(iii) Menjual perabot sebagai barang niaga secara kredit kepada Ang Sdn. Bhd.
sebanyak RM 32,000.
(iv) Membayar sewa sebanyak RM 6,000. Termasuk dalam jumlah ini ialah bayaran
yang didahulukan untuk 4 bulan sebanyak RM 2,000.
(v) Membuat pinjaman bank sebanyak RM 40,000 yang akan dibayar selepas 2
tahun.
(vi) Menjual kenderaan pejabat dengan harga RM 8,000 secara tunai.
b) Encik Muhammad ialah seorang peniaga buah-buahan dan sayur-sayuran. Beliau
menyediakan sendiri akaun perniagaannya bagi tahun berakhir 31 Disember 2000. Beliau
yang kurang mahir tentang perakaunan telah mengambilkira perkara-perkara berikut :
(i) Pada 15 November 2000, seorang pelanggan, Haji smail, menempah buah epal
pada harga anggaran RM 2,000 untuk bulan Januari 2001, Encik Muhammad telah
merekodkan urusniaga ini sebagai sebahagian daripada jualan untuk tahun 2000.
Pada bulan Januari 2001, buah-buahan yang ditempah telah dihantar kepada Haji
smail dengan harga RM 2,400. RM 400 dicatatkan sebagai jualan tahun 2001.
(ii) Encik Muhammad telah mengambil sebahagian daripada inventori buah-
buahannya untuk kegunaan sendiri bernilai RM 300 setiap bulan. Jumlah ini tidak
direkodkan dalam buku perniagaan kerana pada pendapat beliau, barang-barang
perniagaan adalah barangnya juga.
Nyatakan dan huraikan dengan ringkas prinsip-prinsip perakaunan yang tidak dipatuhi oleh
Encik Muhammad dalam kes-kes di atas secara berasingan.
SoaIan 6
a) Maklumat yang berguna ialah maklumat yang boleh digunakan oleh pengguna untuk
membuat keputusan. Jelaskan dengan ringkas DUA ciri penting maklumat yang berguna.
b) Malik baru sahaja mendapat keputusan SPM dan beliau bercadang untuk melanjutkan
pelajaran dalam bidang Perakaunan di Kolej Matrikulasi. Beliau pernah mendengar
bahawa dalam matapelajaran perakaunan terdapat istilah debit dan kredit dalam sistem
catatan bergu. Anda dikehendaki menerangkan peraturan merekod dalam sistem catatan
bergu kepada beliau.
c) Bagi setiap urusniaga di bawah, jelaskan kesannya ke atas persamaan perakaunan iaitu
samada aset, IiabiIiti dan ekuiti pemiIik meningkat atau berkurangan. Nyatakan juga
jumlah peningkatan dan pengurangan aset, liabiliti dan ekuiti pemilik. Andaikan setiap
urusniaga adalah berasingan dan tiada berkaitan antara satu sama lain.
i) Membeli kelengkapan pejabat bernilai RM 15,000 dengan membayar tunai
sebanyak RM 10,000 dan bakinya dengan menandatangani nota belum bayar.
Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online
Bab 2 : Konsep-konsep Asas Perakaunan
26
ii) Membayar tunai RM 1,000 untuk belanja mengiklankan perniagaan dalam akhbar
harian.
iii) Memberi perkhidmatan rundingan kepada pelanggan bernilai RM 900 di mana
pelanggan membayar tunai sebanyak RM 500 dan bakinya akan dibayar pada
bulan hadapan.
iv) Pelanggan membayar tunai sebanyak RM 800 untuk khidmat rundingan yang akan
diberikan pada masa hadapan.
d) Encik Kadir mejalankan perniagaannya sendiri tetapi beliau kurang mahir tentang urusan
perakaunan perniagaan tersebut. Beliau telah menyediakan sendiri akaun-akaun
perniagaannya untuk tahun berakhir 31 Disember 1999 dengan mengambilkira perkara-
perkara berikut :
i) Pada 15 Disember 1999 Encik Kadir telah menerima pesanan daripada seorang
pelanggan untuk membeli barangan berharga RM 12,000 . Memandangkan
barangan yang dipesan tidak ada dalam inventori, Encik Kadir telah berjanji untuk
menghantar barangan tersebut kepada pelanggannya pada 15 Januari 2000.
Encik Kadir telah memasukkan jumlah RM 12,000 itu sebagai sebahagian
daripada jualan untuk tahun semasa.
ii) Encik Kadir telah mengambil sejumlah RM 500 setiap bulan sepanjang tahun
daripada akaun bank perniagaannya untuk membayar yuran pengajian anaknya di
sebuah kolej swasta. Pengeluaran wang ini tidak dicatatkaan di dalam rekod
perniagaannya kerana pada pendapat Encik Kadir wang perniagaan adalah
wangnya.
Terangkan kepada Encik Kadir tentang konsep-konsep perakaunan yang tidak dipatuhi
bagi setiap perkara di atas. Berikan alasan anda.
SoaIan 7
Nyatakan sama ada kenyataa-kenyataan di bawah Benar atau SaIah
a. Konsep entiti berasingan menghendaki rekod-rekod kewangan direkod pada
kos
b. Jika satu bangunan ditawarkan untuk jualan pada harga RM 100,000 dan
pembeli membayar tunai RM 95,000, pembeli berkenaan akan merekodkan
bangunan pada harga RM 100,000
c. Konsep kematerialan memerlukan sesebuah entiti perniagaan merekod
pembelian pensel bernilai RM 18 sebagai aset dan disusutnilaikan sepanjang
usia guna aset tersebut
d. Catatan di sebelah kredit akaun aset menunjukkan ada pertambahan di
dalam jumlah aset
e. Baki normal bagi akaun liabiliti adalah di sebelah debit
f. Tambahan dalam jumlah belanja sewa direkod di sebelah debit akaun belanja
sewa dan akaun berbaki normal debit
g. Ketentusahan persamaan debit dan kredit dalam lejer pada akhir tempoh
perakaunan dikenali sebagai imbangan duga
h. Permulaan di dalam proses perakaunan ialah penyediaan Penyata Kewangan
i. Untuk memudahkan perbandingan dibuat ke atas penyata kewangan di
antara syarikat-syarikat, adalah perlu bagi setiap syarikat mengadakan
peraturan perakaunan dan praktis tersendiri
Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online
Bab 2 : Konsep-konsep Asas Perakaunan
27
SoaIan 8
Penuhkan ruangan yang bertanda soal (?) untuk setiap perniagaan A hingga E di bawah. Semua
nilai yang ditunjukkan adalah dalam RM.
A B C D E
31 Disember 1998:
Aset
Liabiliti
90,000
47,000
70,000
45,000
58,000
28,000
40,000
19,000
82,000
?
31 Disember 1999:
Aset
Liabiliti
96,000
?
82,000
55,000
?
38,000
62,500
32,000
75,000
50,000
Sepanjang tahun 1999:
Pelaburan tambahan
Untung bersih
Ambilan
10,000
15,000
5,000
3,000
?
7,000
15,500
9,000
6,500
?
6,000
0
3,000
12,000
6,000
SoaIan 9
Berikut adalah amalan di Perniagaan Zoomi :
a. En. Zazmi, pemilik perniagaan Zoomi, menggunakan wang perniagaan untuk membayar
sewa beli kereta kegunaan peribadi dan merekodnya sebagai belanja operasi.
b. Merekodkan belanja susutnilai alatan menggunakan kaedah garis lurus atau baki
berkurangan bergantung kepada untung berkenaan pada tempoh perakaunan.
c. Merekodkan komputer yang dibeli dengan harga RM 5,000 pada harga pasaran semasa.
d. Merekodkan hasil yang diterima terdahulu, sebagai hasil di tempoh di mana tunai diterima.
e. Merekod inventori pada kos walaupun nilai pasaran lebih rendah dari kos.
DIKEHENDAKI :
Nyatakan konsep perakaunan yang tidak dipatuhi oleh perniagaan Zoomi bagi setiap item di atas.
SoaIan 10
Padankan kes-kes di bawah dengan prinsip-prinsip perakaunan yang berkaitan. Nyatakan sama
ada prinsip tersebut dipatuhi atau tidak.
a. Syarikat Harapan Menggunung Bhd. (HMB) telah ditubuhkan pada tahun 1991 dengan
menjalankan perniagaan kasut kulit. Syarikat mengamalkan sistem pengiraan stok kaedah
Masuk Kemudian Keluar Dahulu (MKKD). Berikutan kenaikan harga kulit di pasaran telah
meningkat, keuntungan syarikat telah menurun kerana menggunakan sistem MKKD. Pihak
Lembaga Pengarah Syarikat telah mengarahkan pihak pengurusan untuk menggunakan
kaedah Masuk Dahulu Keluar Dahulu (MKKD) sebagai cara baru untuk pengiraan stok
syarikat supaya keuntungan dapat ditingkatkan.
b. Ahmad Bajuri, seorang pembantu akauntan sedang membuat pengiraan stok pada 31
Disember 1999 untuk syarikat di mana beliau bekerja. Beliau mendapati terdapat sejenis
stok yang telah dibeli pada 1 Januari 1999 dengan kos RM 15.00 seunit. Harga pasaran
stok tersebut pada 31 Disember 1999 ialah RM 14.50. Ahmad Bajuri telah merekodkan
nilai stok tersebut pada harga RM 14.50 iaitu harga pasaran semasa.
Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online
Bab 2 : Konsep-konsep Asas Perakaunan
28
SoaIan 11
Tunjukkan kesan urusniaga di bawah ke atas persamaan perakaunan. Nyatakan amaun
peningkatan atau pengurangan serta akaun yang terlibat.
a. Pemilik memulakan perniagaan dengan tunai RM 2,000.
b. Membuat pinjaman sebanyak RM 2,000 dan menerima tunai.
c. Membeli peralatan pejabat bernilai RM 500 secara kredit.
d. Pemilik menambahkan modal sebanyak RM 4,500 secara tunai.
e. Membeli kereta pada harga RM 3,000 di mana RM 1,000 di bayar tunai dan bakinya
secara hutang.
f. Memindahkan wang RM 2,400 tunai ke dalam bank.
g. Membuat bayaran ke atas pinjaman sebanyak RM 1,000 dengan tunai.
SoaIan 12
Bincangkan setiap kes berikut (secara berasingan) dengan menyatakan apakah prinsip
perakaunan diterima umum yang diikuti serta nyatakan sama ada ianya telah dipatuhi mengikut
sepatutnya.
a. Abdul Halim menjalankan perniagaan perundingan secara persendirian telah
mengeluarkan wang tunai RM 20,000 dari perniagaannya untuk membeli saham BSKL
sebagai hadiah kepada isterinya. Urusniaga ini telah direkodkan sebagai :
Pelaburan - meningkat RM 20,000
Tunai - berkurang RM 20,000
b. Dalam keadaan kegawatan ekonomi sekarang, satu syarikat yang mengalami
kebankrapan telah menjual secara lelong satu mesinnya yang dibeli pada harga
RM 200,000 pada harga RM 180,000 kepada syarikat Mustaqim. Rekod yang dibuat di
Syarikat Mustaqim adalah seperti berikut :
Mesin - bertambah RM 180,000
Tunai - berkurang RM 180,000
c. Sivox Sdn. Bhd. telah menerima tawaran bernilai RM 96,000 untuk sebidang tanahnya
yang dahulunya telah dibeli pada nilai RM 68,000. Walau bagaimanapun, tawaran tersebut
kemudiannya telah ditolak. Syarikat telah merekod kenaikan nilai tanah sebagai untung
seperti berikut :
Tanah - meningkat RM 28,000
Hasil dari peningkatan nilai tanah - meningkat RM 28,000
Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online

Anda mungkin juga menyukai