Anda di halaman 1dari 1

Tenaga Dalam

Tenaga Dalam

Tenaga dalam adalah tenaga di dalam diri manusia yang mempunyai kekuatan luarbiasa
dan tidak boleh dilihat oleh mata kasar. Tenaga dalam ini lain dengan tenaga luar
manusia (yang biasanya disebut secara ringkas sebagai “tenaga” sahaja) iaitu tenaga yang
berbentuk fizikal seperti tenaga otot mengangkat barang.

Tenaga dalam adalah konsep yang semakin popular di kalangan pengamal ilmu seni bela
diri di Malaysia. Konsep ini lebih mula dikenali di Indonesia sebelum dipopularkan di
Malaysia.

Para pengamal tenaga dalam berpendapat bahawa tenaga dalam ada pada semua manusia
namun perlu dibangkitkan untuk mendapatkan manfaatnya.

Terdapat pelbagai kaedah membangkitkan tenaga dalam di antaranya adalah seperti


berikut:

1. Latihan pernafasan.
2. Meditasi.
3. Latihan jurus.
4. Amalan zikir.

Tujuan membangkitkan tenaga dalam, di antara lain adalah seperti berikut:

1. Menjaga kesihatan.
2. Merawat penyakit terutama penyakit ganjil.
3. Untuk bela diri terutama bela diri jarak jauh.