Anda di halaman 1dari 5

Kajian Hadis Rasullulah Tentang Kiamat- Kiamat Dan

Imam Mahdi Bahagian 1

Artikel By- Warfeel efairy

Assalamualaikum. Sebelum saya teruskan dengan artikel dari Harun Yahya, saya akan
tulis artikel tentang Kiamat dan Imam Mahdi berdasarkan hadis-hadis Sahih Rasullulah
s.a.w. Dan saya akan kaitkan dengan situasi semasa sekarang yang mana telah sekian
lama tanda-tanda kecil kiamat terjadi. Dan kita sekarang berada di permulaan kepada
pengakhiran yang mana bermaksud peralihan dari tanda-tanda kecil kepada tanda-tanda
besar kiamat seperti kemunculan Imam Mahdi. Di sini saya akan rungkaikan tentang
tanda-tanda kemunculan Imam Mahdi berdasarkan hadis Rasullulah.

Akhir Zaman. Menurut Islam akhir zaman bermaksud suatu masa menjelang hari kiamat.
Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda tentang kiamat secara cukup terperincin di dalam
hadis-hadisnya. Selepas kewafatan Rasullulah, ulama-ulama besar telah menjelaskan
lebih lanjut tentang permasalahan ini. Akhir zaman ini akan mengalami sederetan
peristiwa. Pada tahap pertama akhir zaman, dunia akan mengalami kemerosotan akhlak
akibat dari sistem-sistem yang mengingkari Allah. Semua sistem yang diamalkan di
seluruh dunia sekarang adalah dari sistem rekaan dajal laknatullah bagi merealisasikan
rancangannya, iaitu New World Order.
Jika kita lihat situasi semasa zaman sekarang. Muda-mudi seakan-akan tidak tahu erti
takut akan Allah dan juah terpesong dari ajaran Islam asal. dan perkara ini amat
menyedihkan. Arak, seks bebas, dadah, atheis, rempit dan banyak lagi melambangkan
keruntuhan moral zaman sekarang akibat sistem rekaan dajal ini.Tidak perlu saya
terangkan lebih lanjut tentang perkara ini kerana saya percaya anda semua sudah tahu apa
yang dimaksudkan dengan sistem dajal ini. Riba berleluasa juga adalah akibat dari sistem
yang rosak ini. Hanya sistem Khilafah sahaja yang sebenar-benarnya dan diberkati Allah.

Setelah dilanda bencana besar, perang, penindasan dan penderitaan manusia akan
mencari jawapan di manakah jalan menuju keselamatan. Di saat itulah Allah menugaskan
seseorang untuk menyeru manusia untuk keluar dari kekacauan dan menuju ke jalan yang
sebenarnya. Dialah Al-Mahdi.

Al-Mahdi bererti seseorang yang memimpin manusia ke arah kebenaran. Menurut hadis,
pada mulanya Al-Mahdi akan mengobarkan perjuangan dunia Islam dan mengembalikan
umat Islam yang menjauhi intisari ajaran Islam kepada iman dan akhlak sejati. Al-Mahdi
akan memerintah dunia selama 7-9 tahun sebelum kemunculan pendusta besar iaitu dajal.
Dan selepas itu akan turunya Nabi Isa a.s dan baginda akan membunuh dajal dan
mematahkan salib-salib.

Berikut akan dikupas tentang hadis rasullulah tentang kedatangan Imam Mahdi dan
kejadian-kejadian telah lama berlaku. Imam Mahdi menurut hadis akan muncul semasa
umurnya awal 40-an.

Tanda Pertama- Berhentinya Sungai Eufrat


Rasullulah s.a.w bersabda:
Hari kiamat tidak akan terjadi sebelum Sungai Eufrat mengering dan menyingkapkan
gunung emas dan mendorong manusia berperang. 99 dari 100 orang akan tewas (dalam
prtempuran): Dan setiap dari mereka berkata, mungin aku satu-satunya yang akan tetap
hidup.
( Sahih Bukhari dan Muslim)

Sungai Eufrat adalah sungai terbesar di Turki. Kejadian ini telah berlaku pada tahun
1975. Binaan empangan setinggi 210 Meter telah secara langsung menyekat dan
menghentikan aliran sungai ini. Dan tanda yang disabdakan oleh rasullulah ini telah lama
terjadi. Menurut pendapat bersama penafsir hadis, hadis tersebut merujuk kepada
berhentinya aliran Sungai Eufrat. Di tahun 1975, pembangunan empangan di Sungai
tersebut benar-benar telah memotong dan menghentikan aliran sungai ini. Hasil daripada
pembinaan empangan ini tanah-tanah di sekeliling tela menjadi subur dan telah
menghasilkan peluang pekerjaan dan mengurangkan penggangguran. Ini adalah maksud
emas yang juga boleh diibaratkan sebagai rezeki.

Dan peperangan yang disabdakan oleh rasullulah juga telah berlaku pada 2003 ketika
Amerika Syarikat telah berperang dengan Iraq di Sungai Eufrat dan mengakibatkan ramai
yang terkorban. Untuk bukti tentang pertempuran di Sungai Eufrat, sila klik sini.

Untuk maklumat dari wikipedia tentang Sungai Eufrat ini, klik sini.

Anda juga boleh klik sini! Untuk maklumat lanjut tentang kajian hadis rasullulah tentang
Sungai Eufrat ini. Insya Allah siri ini akan bersambung dengan tanda-tanda lain
kedatangan kiamat dan Imam Mahdi.

Anda mungkin juga menyukai