Anda di halaman 1dari 4

Kajian Hadis Rasullulah Tentang Kiamat- Pengakuan

Orang-orang Barat Terhadap Imam Mahdi

Pengakuan Orang-orang Barat Terhadap Imam Mahdi


Agenda Yahudi yang Kesembilan (untuk memusnahkan umat Islam):
Menjauhkan umat Islam dari memegang tampuk pemerintahan di negara-negara Islam
dan jangan beri kesempatan bergerak.
1. Sehubungan itu, seorang orientalis Inggeris, Montgomery Watt, menulis dalam
‘London Time’ pada tahun 1968:
“Kalau sudah ditemui seorang pemimpin Islam yang (benar-benar) berkelayakan dan
bercakap dengan suara Islam yang tepat pula, kemungkinan besar agama itu akan
(bangkit kembali dan) merupakan sebuah kekuatan politik yang besar di dunia ini
sekali lagi.”

Yang dimaksudkan oleh Montgomery itu adalah pemimpin yang bertaraf khalifah,
kerana hanya seorang pemimpin yang bertaraf khalifah sahaja yang akan mampu
menyatukan kembali seluruh umat Islam yang sedang kronik berpecah-belah pada hari
ini. Pemimpin yang bertaraf Presiden atau Perdana Menteri tidak termasuk dalam senarai
pemimpin yang dimaksudkan oleh beliau.

Taraf Presiden atau Perdana Menteri hanya layak untuk memimpin di dalam wilayah
yang terhad atau dihadkan, tidak layak untuk memimpin dunia yang tanpa sempadan,
atau sekurang-kurangnya di seluruh dunia Islam. Hanya seorang pemimpin yang bertaraf
Khalifah sahaja yang akan diberi kemampuan dan berkelayakan penuh untuk berbuat
demikian.

2. Bekas Perdana Menteri Israel, Ben Gurion pernah dilaporkan berkata,


“Sesungguhnya yang paling menakutkan kami ialah, kalau dalam dunia Islam, sudah
lahir seorang Muhammad Baru.”

Muhammad Baru yang dimaksudkan oleh Ben Gurion itu tidak lain dan tidak bukan
adalah Imam Mahdi, kerana nama Imam Mahdi itu adalah Muhammad, sama dengan
nama datuknya, Nabi Muhammad SAW. Jelaslah bahwa pihak Barat amat takutkan
peribadi yang bernama Muhammad ini, yang digelar sebagai Imam Mahdi, dan ketakutan
mereka itu tidak dapat disembunyikan lagi.

Jelaslah bahwa orang-orang Kristian adalah jauh lebih peka daripada kita, umat Islam
sendiri dalam hal mempercayai dan meyakini kedatangan Imam Mahdi ke dunia ini.
Mereka sentiasa berjaga-jaga menanti tibanya seorang pemimpin Islam bernama
Muhammad, tahu pula tempat keluarnya dan bila keluarnya. Pada masa yang sama kita
umat Islam masih lagi sibuk bercakaran mengenai sahih atau dhaifnya hadis-hadis
mengenai Imam Mahdi itu.

Yang percaya kepada kedatangan Imam Mahdi sibuk mengutuk golongan yang tidak
percaya, manakala yang tidak percaya, sibuk pula mengutuk golongan yang percaya
kepada kedatangan Imam Mahdi. Titik pertemuan tidak juga diperoleh. Siapa lagi yang
harus dipersalahkan dalam soal ini?
3. A. J. Quinnell, seorang novelis Barat telah menulis sebuah novel bertajuk The Mahdi.

Di dalam novel itu disebutkan andaian beliau bahawa isu Imam Mahdi ini akan
dieksploitasi oleh kuasa-kuasa besar Barat. Kuasa-kuasa besar ini akan bergabung tenaga,
fikiran dan matlamat untuk menonjolkan seorang yang mereka pilih sebagai Mahdi untuk
diikuti oleh seluruh umat Islam. Tujuannya adalah untuk mencapai tujuan jahat mereka
terhadap umat dan negara-negara Islam. Mahdi boneka ini dirancang oleh perisik-perisik
CIA, MI5 dan KGB untuk muncul di Tanah Suci Makkah. Setelah itu, beliau akan
mengarahkan seluruh umat Islam mengikut beliau tunduk kepada kuasa-kuasa besar
Barat itu.

Wallahualam..