Anda di halaman 1dari 11

1

1.0 TAJUK ARTIKEL


Kesan Efikasi Kendiri Guru Sejarah Terhadap Amalan Pengajaran Berbantukan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (ICT).

2.0 PENULIS
Azwan Ahmad (Smk Syed Alwi, Kangar, Perlis), Abdul Ghani Abdullah (Universiti Sains
Malaysia, P.P), Mohammad Zohir Ahmad (Universiti Sains Malaysia, P.P), Abd. Rahman
Hj Abd. Aziz (Universiti Sains Malaysia, P.P).

3.0 SUMBER
Jurnal Penyelidikan Pendidikan, Bil. 7, (2005) 14-24

4.0 RUMUSAN ARTIKEL
Artikel ini membincangkan tentang kepentingan efikasi guru terhadap teknologi
maklumat dan komunikasi, (ICT) serta pengaruhnya dalam pengajaran subjek sejarah.
Berdasarkan hipotesis yang dilakukan oleh penyelidik, efikasi guru terhadap ICT serta
kekerapan guru menggunakan ICT dalam kehidupan seharian akan mempengaruhi keyakinan
beliau mengaplikasikan teknologi tersebut di dalam kelas.
Efikasi bermaksud keyakinan. Menurut Tschannen-Moran, Hoy dan Hoy (1998), efikasi
guru merujuk kepada kepercayaan guru terhadap diri sendiri untuk menyusun atur dan
melakukan satu siri tindakan. Bagi Powell dan Anderson pula, efikasi guru adalah perasaan
puas hati terhadap pelajaran yang diperoleh apabila mampu mempraktikkannya dengan baik.
Merujuk kepada kajian-kajian lepas, penyelidik telah memetik beberapa idea tentang efikasi
guru. Menurut Allinder, (1995) guru-guru yang mempunyai efikasi pengajaran yang tinggi
mempunyai sasaran yang lebih tinggi terhadap pelajarnya, mudah menerima ide-ide baru
dan mencuba teknik atau kaedah pengajaran baru. Justeru guru yang berefikasi tinggi akan
menghadapi kegagalan dengan usaha yang lebih gigih untuk menguasai kemahiran mengajar
sehingga berjaya. Sebaliknya guru yang berefikasi rendah mempunyai aspirasi yang rendah
dan akan cuba mengelakkan diri daripada menghadapi tugasan pengajaran sukar dan mudah
berputus asa atau stress.
2

Penyelidik juga membuat kutipan data yang mampu membuktikan wujud hubungan
efikasi guru terhadap ICT dengan tindakan menggunakan ICT dalam sesi pengajaran sama
ada untuk mencari maklumat, menyampaikan maklumat, memilih isi kandungan pelajaran
atau menjadikan ICT sebagai alat bantuan pengajaran. Penyelidik juga telah memilih subjek
kajian sejarah kerana bagi beliau, kombinasi ICT dalam mata pelajaran sejarah akan
menjadikan subjek ini lebih menarik dan diminati oleh pelajar. Hal ini kerana rata-rata rakyat
Malaysia menganggap subjek Sejarah sebagai subjek yang mengantuk. Pada hal menurut
Abd. Rahim (2001), Sejarah bukanlah satu mata pelajaran yang statis, tradisional,
mementingkan penghafalan fakta, bersifat naratif dan deskriptif seperti yang difahami oleh
kebanyakan orang. Sehubungan itu, guru Sejarah perlu mempunyai kepercayaan yang positif
dan keyakinan kendiri untuk menjadikannya seorang yang berinovatif dalam menyusun
proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, guru perlu kreatif dan bijak menggunakan
kaedah pengajaran yang sesuai dengan aliran semasa. Sentuhan ICT dalam mata pelajaran di
sekolah adalah salah satu idea baru yang boleh diaplikasikan. Justeru, satu anjakan
paradigma harus dilakukan untuk menjadikan mata pelajaran Sejarah lebih berkesan, menarik
dan menggembirakan melalui ICT seperti menyediakan montaj, komik, video, audio, web
portal, blog dan laman sosial yang berilmiah.
Namun begitu, berdasarkan kajian yang dibuat oleh beliau, efikasi guru sejarah terhadap
ICT dan aplikasi dalam pengajaran masih kurang memuaskan. Hal ini disebabkan kelemahan
guru dalam mengendalikan teknologi. Ketandusan inovasi dan pembaharuan ini
menyebabkan pelajar merasakan mata pelajaran ini stereotaip, tidak mencabar, statik dan
membosankan. Kelemahan ini juga menjadi penghalang kepada aktiviti pengajaran untuk
menjadi lebih menarik dan terbuka. Kebanyakan guru sejarah hanya berpandukan kepada
buku teks semata-mata. Hasilnya, kebanyakan murid hanya mampu menghafal kandungan
buku teks namun gagal mengutip nilai-nilai murni dan patriotisme dalam kandungan
pelajaran. Oleh itu penyelidik telah memetik pendapat Harris (2000) dalam mengkategorikan
penggunaan ICT dalam P&P iaitu:-

i. pertukaran interpersonal seperti penyertaan dalam kumpulan perbincangan elektronik,
bilik darjah global yang melibatkan pelajar-pelajar bertukar pendapat tentang sesuatu
topik dan hubungan elektronik dengan pakar
3

ii. koleksi maklumat yang melibatkan pelajar-pelajar dan guru-guru berkongsi artikel,
sumber pengajaran dan rancangan pengajaran atau berkongsi data untuk dianalisis.
iii. projek yang melibatkan penyelesaian masalah selari yang melibatkan pelajar daripada
pelbagai lokasi meninjau sesuatu dan kemudiannya berkongsi kaedah dan dapatan
kajian.
Kesimpulannya, pengetahuan dan kemahiran dalam ICT sahaja tidak menjamin
pengintergrasiannya dalam kurikulum dan juga pengajaran. Justeru, adalah penting bagi guru
untuk membuat persediaan yang mencukupi agar dapat memenuhi tuntutan dan jangkaan
masyarakat untuk menggabungkan ICT dalam pengajaran. Sikap serta keyakinan dan efikasi
yang tinggi membantu memudahkan proses peningkatan kemahiran dalam pelaksanaan ICT
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bagi memenuhi aspirasi ini, guru harus
melakukan perubahan ideologi. Pertama, guru harus diyakinkan bahawa terdapat banyak
kebaikan dan kepentingan penggunaan ICT dalam P&P. Kedua, guru perlu diberikan
kemahiran yang mencukupi untuk menggunakan peralatan ICT secara cekap dan efektif. Jika
keperluan tersebut mampu di aplikasikan, maka proses P&P pasti lebih menarik.

5.0 OBJEKTIF KAJIAN
Terdapat 4 objektif kajian yang telah diketengahkan oleh penyelidik menerusi kajian ini.
Antaranya adalah mengukur tahap efikasi kendiri guru terhadap penggunaan teknologi
maklumat dan komunikasi, (ICT). Kedua, mengenal pasti penglibatan guru sejarah dalam
menggunakan ICT dalam sistem pengajaran dan pembelajaran. Ketiga, menganalisis hubung
kait antara efikasi kendiri guru dengan amalan pengajaran sejarah berbantukan ICT.
Keempat, mengkaji kesan efikasi kendiri guru terhadap ICT dengan amalan pengajaran
sejarah berbantukan ICT.

6.0 KAEDAH KAJIAN
Penyelidik telah menggunakan kaedah kajian berbentuk deskriptif kuantitatif. Kutipan
data diperoleh dengan menggunakan soal selidik yang dihantar oleh penyelidik sendiri
kepada responden kajian. Pertama, penyelidik telah mengukur amalan guru Sejarah
terhadap penggunaan ICT. Soalan soal selidik tersebut menghendaki guru menjawab
kecenderungan mereka menggunakan ICT mengikut keperluan masing-masing. Terdapat dua
4

tujuan yang digunakan oleh guru Sejarah semasa menggunakan ICT. Pertama, guru
menggunakan ICT untuk mencari maklumat sejarah (EPIK) dan kedua, untuk
menyampaikan maklumat sejarah (EPICT). Kedua, penyelidik turut mengukur tahap efikasi
guru sejarah terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran sejarah (AICTMM) dan
pemilihan isi kandungan semasa pengajaran sejarah (AICTUP). Responden dikehendaki
menjawab dengan instrumen kajian tersebut berpandukan skala `Likert` yang memberi lima
gerak balas mengikut darjah persetujuan. Nilai kebolehpercayaan Cronbach Alpha yang
diperoleh bagi item-item kajian ini daripada kajian rintis adalah sangat meyakinkan iaitu
sebanyak 0.91.
Selain itu, penyelidik juga membuat rujukan di perpustakaan dan menghadiri persidangan
yang berkaitan untuk mendapatkan maklumat tambahan tentang tajuk tersebut. Berdasarkan
bibliografi, penyelidik telah merujuk kepada bahan ilmiah seperti buku, artikel dan jurnal.

7.0 RESPONDEN KAJIAN
Kajian ini telah melibatkan responden seramai 95 orang guru Sejarah yang dipilih secara
rawak dari 15 buah sekolah menengah harian biasa di seluruh negeri Perlis. Responden
dipilih secara rawak mengikut demografi sosial yang berbeza seperti berlainan jantina, etnik
dan pengalaman mengajar. Teknik pemilihan responden secara pensampelan ini
menggambarkan keseluruhan masyarakat guru di Negeri Perlis dengan tahap efikasi dan
teknik penggunaan ICT dalam pengajaran sejarah.

8.0 HASIL KAJIAN:
Hasil kajian yang diperoleh penyelidik terhadap enam pemboleh ubah yang disenaraikan
dalam jadual 1 terhadap tahap dan tujuan penggunaan ICT menunjukkan prestasi yang
sederhana. Wujud hubung kait bagi pemboleh ubah bersandar dengan pemboleh ubah
dimalarkan. Misalnya, korelasi antara efikasi guru sejarah dengan amalan pengajaran
berbantukan ICT menunjukkan tahap yang sederhana kerana memperoleh skor min sebanyak
3.45. Secara spesifiknya tahap yang sama dalam efikasi guru sejarah terhadap penggunaan
ICT dalam pengajaran sejarah (AICTMM), dan efikasi guru sejarah terhadap pemilihan isi
kandungan semasa melaksanakan pengajaran sejarah berbantukan ICT (AICTUP).
Sebaliknya dapatan Jadual 1 turut melaporkan bahawa tahap amalan pengajaran Sejarah
5

berbantukan ICT masih pada tahap rendah kerana memperoleh skor min sebanyak 2.61.
Situasi yang sama dapat dilihat pada amalan amalan penggunaan ICT untuk mencari
maklumat sejarah (EPIK), dan amalan penggunaan ICT untuk menyampaikan pengajaran
sejarah (EPICT). Sementara itu hasil korelasi Pearson pula menunjukkan bahawa terdapat
hubungan signifikan dan sederhana kukuh antara efikasi guru dengan amalan pengajaran
Sejarah menggunakan ICT dan dimensinya iaitu nilai koefisien r antara 0.69 hingga 0.76.
Dapatan daripada Jadual 2 menunjukkan bahawa efikasi guru Sejarah terhadap
penggunaan ICT berbantukan ICT menyumbang sebanyak 36.0 % varians terhadap
perubahan amalan kerja. Hanya dimensi efikasi guru sejarah terhadap penggunaan ICT dalam
pengajaran sejarah (=0.442) sahaja yang mempunyai kesan positif secara signifikan
terhadap amalan penggunaan ICT secara menyeluruh berbanding efikasi guru sejarah
terhadap pemilihan isi kandungan semasa melaksanakan pengajaran sejarah berbantukan ICT
(AICTUP). Dapatan ini menjelaskan bahawa apabila efikasi guru sejarah terhadap
penggunaan ICT dalam pengajaran sejarah meningkat, ia turut meningkatkan amalan
penggunaan ICT dalam pengajaran sejarah. Pola dapatan yang serupa dapat dilihat dalam
Jadual 2 apabila hanya dimensi efikasi guru sejarah terhadap penggunaan ICT dalam
pengajaran sejarah (ICTMM) sahaja yang mempunyai kesan positif secara signifikan
terhadap amalan penggunaan ICT untuk mencari maklumat sejarah (=0.482), dan amalan
penggunaan ICT untuk menyampaikan pengajaran sejarah (=0.327).
Keputusan ini mengukuhkan bahawa apabila efikasi guru sejarah terhadap penggunaan
ICT dalam pengajaran sejarah bertambah, ia turut meningkatkan lagi amalan penggunaan
ICT untuk mencari maklumat sejarah, dan amalan penggunaan ICT untuk menyampaikan
pengajaran sejarah di kalangan guru.

9.0 ANALISIS
Secara kasarnya, keputusan yang diperoleh penyelidik ini dapat dianalisis dengan
merujuk kepada Jadual 1 dan 2. Semua data yang diperoleh daripada responden telah
dianalisis dengan menggunakan min, sisihan piawai dan korelasi Pearson antara variabel
bebas dan bersandar (dipaparkan dalam Jadual 1). Manakala kesan efikasi kendiri guru
Sejarah terhadap amalan pengajaran berbantukan ICT pula telah dianalisis dengan
menggunakan analisis regresi berganda serta dilaporkan dalam Jadual 2. Manakala
6

interpretasi tahap amalan dan efikasi kendiri guru mencatat skor min di antara 1.0 hingga
2.9 menunjukkan tahap amalan rendah, skor min antara 3.0 hingga 3.9 menunjukkan
tahap amalan sederhana, dan jika skor min di antara 4.0 hingga 5.0 menunjukkan tahap
amalan tinggi.
Merujuk kepada Jadual 1, tahap efikasi keseluruhan guru terhadap ICT adalah sederhana
dengan min 3.45 jika dibandingkan dengan amalan keseluruhan yang rendah terhadap ICT
yang hanya 2.61. Sewajarnya data perlulah sama agar kesan efikasi ini benar-benar
merangsang penggunaan ICT. Namun, sesetengah guru tidak menggunakan ICT meskipun
mereka mempunyai keyakinan terhadapnya. Hal ini disebabkan kekurangan teknologi yang
disediakan oleh pihak sekolah atau kekangan masa untuk mengendalikan. Selain itu, min
bagi (AICTMM) lebih rendah 3.31 berbanding min (AICTUP) 3.65. Hal ini menunjukkan
bahawa kebanyakan guru akan menggunakan ICT ketika mencari isi kandungan pelajaran
dan kurang mengaplikasikan dalam pengajaran. Hal ini disebabkan guru kurang yakin
menggunakan teknologi di hadapan pelajar dan kekurangan teknologi di sekolah. Min bagi
(EPIS) 2.42 pula lebih rendah dengan min (EPICT) 2.79. Hal ini menunjukkan bahawa
kebanyakan guru akan menggunakan ICT untuk menyampaikan pengajaran sejarah
berbanding mencari maklumat tambahan subjek sejarah. Hal ini disebabkan guru lebih gemar
menggunakan ICT seperti LCD dan Power Point semasa mengajar dan tidak pula mencari
maklumat tambahan di luar silibus pengajaran. Oleh itu, korelasi efikasi guru terhadap ICT
dengan tujuan penggunaannya bergantung pada kepentingan pengajaran tersebut.
Merujuk pada Jadual 2 pula, interpretasi yang dapat saya lihat terhadap efikasi guru
dalam menggunakan ICT lebih cenderung semasa menyampaikan pengajaran sejarah
(AICTMM) berbanding semasa pemilihan isi kandungan pelajaran (AICTUP). Hal ini
disebabkan oleh persepsi guru sejarah yang lebih yakin menggunakan ICT untuk
menyampaikan pengajaran seperti menggunakan slide show atau memainkan video semasa
pengajaran berbanding menggunakan teknologi seperti internet untuk memilih isi kandungan
pelajaran semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

10.0 SUMBANGAN HASIL KAJIAN
Kajian ilmiah yang dilakukan oleh penyelidik ini sedikit sebanyak telah memberi
beberapa sumbangan kepada sistem pendidikan negara. Kajian yang dilakukan pada tahun
7

2005 ini memberi gambaran kepada saya bahawa kesedaran guru dan kesediaan guru
terhadap ICT pada ketika itu berada pada tahap yang sederhana. Hal ini kerana, aplikasi ICT
dalam sistem pendidikan di Malaysia masih di tahap yang kurang memberangsangkan
terutama di kawasan luar bandar dan di negeri-negeri kurang maju seperti Perlis. Oleh itu,
dapatan kajian yang diperoleh dapat memberi kesimpulan yang menyeluruh tentang tahap
efikasi guru sejarah terhadap ICT dalam pengajaran mahupun dalam kegunaan mereka
seharian pada tahun semasa. Dapatan kajian yang membuktikan efikasi guru sejarah
mempunyai tahap efikasi yang sederhana ini mampu memberi kesedaran kepada guru dan
kerajaan terhadap kepentingan ICT dalam subjek sejarah agar proses P&P ini menjadi lebih
menarik dan mencabar.
Selain itu, kajian ini juga menunjukkan tahap efikasi guru sejarah yang sederhana
terhadap pemilihan isi kandungan sejarah dan juga penggunaan ICT untuk mengajar sejarah.
Oleh itu, hasil kajian ini dapat menyokong kajian Jamaluddin et al. (2000), bahawa kesediaan
guru menggunakan ICT berkait dengan sikap positif dalam menerima perubahan dari segi
strategi dan kaedah pengajaran. Terdapat guru sejarah yang masih mempunyai sikap fobia,
takut serta negatif menerima perubahan kerana mereka lebih gemar dengan kaedah lama
yang bersandarkan buku teks, nota edaran atau menulis pada papan hijau sahaja. Oleh itu,
guru sejarah perlu lebih kreatif dan inovatif dalam mengurus kaedah pengajaran. Kerajaan
pula harus mempergiatkan latihan dan kursus kemahiran kepada guru-guru sejarah untuk
lebih mahir mengendalikan alatan teknologi dalam pengajaran.
Dari sudut tahap amalan penggunaan ICT pula, guru sejarah didapati secara
keseluruhannya masih lagi pada tahap rendah sama ada dari segi mencari maklumat mahu
pun dari segi menyampaikan pengajaran. Dapatan ini menggambarkan bahawa
pengintegrasian ICT dalam P&P dalam kalangan guru sejarah masih lagi pada tahap yang
tidak memuaskan. Hal ini disebabkan bahan dan kandungan pelajaran masih kurang untuk
diakses di laman sesawang atau di portal-portal rasmi pendidikan. Oleh itu kajian ini penting
untuk menggalakkan pihak yang terbabit mempergiatkan pembinaan portal dan laman sosial
berbentuk ilmiah untuk di jadikan medium pertukaran idea atau penyampaian maklumat
kepada pelajar dan guru. Hal ini keran, pengisian pelajaran subjek-subjek seperti Sejarah
memerlukan kaedah pengajaran yang lebih menarik dan sesuai dengan perkembangan
semasa.
8

Sehubungan dengan itu, kajian ini secara tidak langsung telah membuktikan bahawa
wujud hubungan antara tahap efikasi guru sejarah terhadap pengajaran berbantukan ICT.
Semakin tinggi tahap efikasi guru terhadap amalan penggunaan ICT, maka semakin tinggi
tahap untuk mengajar Sejarah berbantukan ICT. Manakala dapatan kajian ini juga
menunjukkan bahawa hanya dimensi efikasi guru sejarah terhadap penggunaan ICT dalam
pengajaran sejarah sahaja yang mempunyai kesan positif secara signifikan terhadap amalan
penggunaan ICT secara menyeluruh berbanding efikasi guru sejarah terhadap pemilihan isi
kandungan semasa melaksanakan pengajaran sejarah berbantukan ICT. Dapatan ini
menjelaskan bahawa apabila efikasi guru sejarah terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran
sejarah meningkat, ia turut meningkatkan amalan penggunaan ICT dalam pengajaran sejarah.
Keputusan ini dikukuhkan lagi apabila efikasi guru sejarah terhadap penggunaan ICT dalam
pengajaran sejarah bertambah, ia turut meningkatkan lagi amalan penggunaan ICT
untuk mencari maklumat sejarah, dan amalan penggunaan ICT untuk menyampaikan
pengajaran sejarah di kalangan guru sejarah.
Kelemahan yang dikesan ini perlu diberi perhatian oleh semua pihak yang berkaitan.
Guru sejarah terutamanya harus berani memecahkan kaedah tradisi dan status quo yang sedia
ada dengan menggunakan ICT untuk mencari maklumat pengajaran dan menyampaikan
pengajaran sejarah. Melalui penggunaan ICT, pengajaran dan pembelajaran sejarah akan
menjadi lebih menarik dan tidak membosankan. Guru sejarah seharusnya membiasakan diri
menggunakan teknologi dalam pengajaran mereka agar pelajar akan terangsang untuk
menghayati dan mengikuti pelajaran sejarah dengan penuh minat. Berikutan dengan ini, saya
sebagai guru yang bakal mengajar mata pelajaran Pengajian Am juga perlu peka terhadap
teknologi dan maklumat ini agar dapat mewujudkan proses pengajaran yang lebih menarik
dan sesuai dengan aliran semasa yang menghendakkan guru yang kreatif dan inovatif dalam
melaksanakan pengajaran. Pelbagai teknik dan kemahiran perlu saya tingkatkan untuk
membina efikasi yang berkesan dalam pengajaran.

11.0 APLIKASIKAN HASIL KAJIAN DENGAN PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN MASA KINI:
Hasil kajian yang dilakukan oleh penyelidik ini memberi kesedaran
kepada pihak yang berkaitan terhadap pentingnya membina efikasi guru terhadap ICT
9

dalam pengajaran dan pembelajaran, P&P. Dunia hari ini berdepan dengan gelombang
globalisasi telah mencorakkan pemikiran generasi muda untuk lebih sukakan cabaran dan
kelainan. Teknik pengajaran tradisi berpandukan buku teks dan nota edaran menjadi
kurang relevan untuk dipraktikkan pada hari ini. Oleh itu, aplikasi ICT sangat penting
dalam setiap subjek di sekolah. Aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi yang
disarankan pula perlulah menarik dan tidak menjerumus ke arah kelalaian. Oleh itu,
kerajaan dan kementerian pelajaran harus merencana dasar dan perangkaan yang selari
dengan perkembangan semasa agar sistem pendidikan negara dapat dipertingkatkan
sekali gus dapat mencapai matlamat falsafah pendidikan negara.
Berdasarkan hasil kajian, kita boleh mendapati bahawa implikasi efikasi dan
amalan guru sejarah terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran dan amalan penggunaan
ICT guru sejarah dalam melaksanakan pengajaran sejarah dipengaruhi oleh tahap efikasi
mereka. Lantaran itu, bagi memperkasakan efikasi guru terhadap ICT, guru perlu lebih
berani dan yakin mencuba perubahan dan pembaharuan seperti mengajar menggunakan
bantuan laman portal, video, komik digital dan forum digital. Pendekatan ini sangat
sesuai dengan corak pembelajaran hari ini. proses P&P pula pasti akan menjadi lebih
menarik dan tidak membosankan.
Hasil kajian yang diperoleh pada tahun 2005 ini juga memberi perbandingan yang
ketara pada tahun ini 2013 yang mana, sistem pembelajaran telah pun mengalami
penambahbaikan dari aspek aplikasi ICT. Berdasarkan Laporan Awal Pelan Tindakan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013 2025), yang dikeluarkan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia, kerajaan telah menetapkan beberapa usaha dalam menerapkan
teknologi dalam pendidikan. Antara usaha yang sedang dilakukan adalah:-
i. Meningkatkan akses Internet dan persekitaran pembelajaran maya melalui
1BestariNet bagi semua 10,000 sekolah pada penghujung 2013.
ii. Menambahkan kandungan atas talian untuk perkongsian amalan terbaik bermula
dengan perpustakaan video guru menyampaikan pengajaran dalam mata pelajaran
kritikal 2013.
iii. Memanfaatkan penggunaan ICT bagi pembelajaran jarak jauh dan berasaskan
kendiri untuk meningkatkan kapasiti dan pembelajaran lebih khusus.
Oleh itu, dunia pendidikan negara akan mengalami 3 gelombang yakni:-
10

i. Gelombang 1 (2013 hingga 2015): Mempertingkatkan Asas ICT
ii. Gelombang 2 (2016-2020) : Memperkenal Inovasi dalam ICT
iii. Gelombang 3 (2020 2025): Mengekalkan Penggunaan Sistem ICT yang Inovatif
Petikan ucapan YAB Tan Sri Dato Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin di Persidangan
Antarabangsa Pameran Pendidikan Digital Asia pada 27 Mei 2013 lalu telah memberi
gambaran kepada struktural pendidikan negara untuk mengalami perubahan:
"Bagi memastikan keberkesanan usaha penggunaan teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT) dalam pendidikan, pihak kementerian akan memastikan semua
guru-guru terlatih dan cekap menggunakan VLE menjelang 2015. Kementerian juga
akan menyediakan lebih banyak peralatan digital seperti tablet atau telefon pintar
kepada guru-guru dan pelajar dalam usaha mewujudkan suasana pembelajaran
kreatif dan inovasi".
Hasil kajian dan pemantauan dari ahli akademik telah menemui beberapa keputusan dan
pengecaman prestasi guru dan murid mengaplikasikan ICT dalam pendidikan. Hasil kajian
juga menunjukkan bahawa sentuhan ICT mampu mengangkat prestasi pendidikan negara
agar tidak jauh ketinggalan.

12.0 PENUTUP
Kesimpulannya, kesan efikasi guru terhadap penggunaan ICT akan mempengaruhi
kekerapan dan amalan menggunakan ICT dalam sistem pengajaran mereka sama ada ketika
mencari maklumat, menyampaikan pengajaran, mencari isi kandungan pelajaran atau
menjalankan proses pengajaran. Oleh itu, guru perlu meningkatkan kemahiran dan efikasi
terhadap ICT sekali gus dapat merealisasikan aspirasi kerajaan dalam PIPP negara. Selain itu,
efikasi guru terhadap ICT juga tidak mencukupi untuk menggalakkan penggunaan ICT dalam
P&P. Penyediaan kelengkapan dan peruntukan untuk membina sistem pendidikan era baru
ini juga perlu seiringan dengan tahap dan kemahiran guru. Justeru itu, kemudahan
infrastruktur juga akan mempengaruhi sistem pendidikan negara ini. Oleh itu, semua pihak
terutamanya guru serta barisan kepimpinan pendidik negara harus bersama memajukan diri
dari pelbagai aspek agar kualiti perkhidmatan dapat ditingkatkan sekali gus dapat melahirkan
generasi muda yang mampu menjadi aset negara.
11

13.0 PETA MINDA



KEPENTINGAN ICT DALAM PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN
DEFINISI DAN KONSEP
EFIKASI GURU
TERHADAP ICT
HUBUNGKAIT EFIKASI GURU
TERHADAP ICT DENGAN APLIKASI ICT
DALAM P&P
KESAN EFIKASI GURU
TERHADAP ICT DALAM
PENGAJARAN.
KESAN EFIKASI GURU TERHADAP ICT
DALAM PENGAJARAN SEJARAH
BERBANTUKAN ICT
Rumusan Jurnal
Objektif
Kaedah kajian
Responden
Hasil kajian
Analisis kajian
Sumbangan hasil kajian
Aplikasi hasil kajian dengan pengajaran dan
pembelajaran masa kini

Anda mungkin juga menyukai