Anda di halaman 1dari 58

BAB 1

PENGENALAN




1.1 Pendahuluan.


Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah menekankan bahawa pendidikan
adalah suatu usaha yang berterusan dalam melahirkan seseorang individu yang
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sahsiah. Pendidikan
merupakan proses asas dan utama dalam pembinaan seseorang individu yang
seimbang dan baik serta boleh menjayakan hasrat serta hala tuju Negara.


Konsep asas yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah
mengenai nilai ilmu dan peranan ilmu dalam membangunkan insan dan masyarakat
secara am nya. Nilai ilmu bukan sahaja menerangkan kepada manusia mengenai
sesuatu perkara, malah hal yang lebih penting adalah bagaimana ilmu tersebut boleh
mempengaruhi, mengubah dan membentuk seseorang individu dan masyarakat.
Nilai sesuatu ilmu adalah tinggi apabila ia boleh mengubah diri serta masyarakat dan
proses ini adalah proses sepanjang hayat.


Ini adalah selaras dengan pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
(PIPP) yang menginginkan pembangunan modal insan yang mempunyai jati diri
yang kukuh, berketerampilan, berperibadi mulia, berpengetahuan dan berkemahiran
!

tinggi bagi merealisasikan wawasan 2020 melalui aktiviti pendidikan. Modal insan
yang ingin dihasilkan juga mestilah mampu berfikir secara kritis, kreatif,
menyelesaikan masalah serta mampu mencipta peluang-peluang baru seseuai dengan
persekitaran global yang sering berubah-ubah (Zulfahmi, 2008).


Pendidikan Jasmani melibatkan pemilikan dan penghalusan kemahiran motor
yang diperolehi daripada suatu proses yang yang bertujuan meningkatkan prestasi
manusia melalui aktiviti fizikal. Kementerian Pendidikan Malaysia telah
menetapkan pendidikan jasmani sebagai matapelajaran teras di sekolah menengah
dan sekolah rendah.Menurut Wee Eng Hoe (1994), matapelajaran Pendidikan
Jasmani dan Kesihatan merupakan mata pelajaran teras dan ianya wajib diajar sama
ada di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah. Mata pelajaran ini digubal
berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ia dirancang untuk
meningkatkan lagi daya pengeluaran negara melalui penglibatan masyarakat dan
tenaga kerja secara produktif berlandaskan teknologi sejajar dengan dasar dan
keperluan negara.


Guru memainkan peranan yang amat penting agar proses pengajaran dan
pembelajaran dapat dilaksanakan dengan tiada masalah yang timbul. Oleh itu,
golongan pendidik perlulah sentiasa memotivasikan diri untuk menghadapi segala
cabaran yang akan mereka tempuhi. Selain itu, guru juga perlu meningkatkan ilmu
pengetahuan serta kemahiran dalam bidang pendidikan agar mereka dapat
menyesuaikan diri dengan persekitaran kelas yang semakin mencabar. Menurut
Abd. Rahman Yusoff (1997), guru atau pendidikPendidikan Jasmani hendaklah dapat
menggalakkan pelajar menguasai kemahiran berfikir supaya setiap tugasan pelajaran
dapat difahami dan dinilai untuk dilaksanakan. Schwager dan Labate (1993) pula
turut mengakui pendapat ini dengan mengatakan bahawa galakan untuk berfikir
secara kritikal dapat membantu pelajar lebih memahami sesuatu tugasan belajar dan
turut membantu sesuatu pengajaran mencapai objektifnya.


Selain guru yang telah lama berkhidmat dalam bidang pendidikan, bakal guru
atau dikenali juga sebagai guru pelatih yang akan meneruskan perjuangan dalam
#

bidang ini juga tidak terkecuali dalam memastikan pelaksanaan pembangunan
Negara dapat diteruskan dengan jayanya. Sebelum bergelar sebagai guru yang
bertauliah, guru pelatih perlu menghadapi dan menempuhi program latihan mengajar
selama beberapa minggu. Semasa menjalani latihan mengajar, guru pelatih perlu
bersedia menghadapinya dan dapat menjalankan proses pengajaran mereka dengan
baik. Proses pengajaran mereka perlu dilaksanakan dengan penuh berkesan.


Keberkesanan pengajaran guru pelatih semasa latihan mengajar adalah
dipengaruhi oleh beberapa faktor. Antaranya ialah faktor persediaan, faktor
persekitaran, faktor teknik pengajaran dan faktor penggunaan alat bantu mengajar
serta bahan bantu mengajar.Dalam kajian ini, ia memfokus kepada isu keberkesanan
pengajaran Pendidikan Jasmani di kalangan pelajar sekolah menengah
yangdilaksanakan oleh guru-guru pelatih Universiti Teknologi Malaysia dalam
bidang Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan.




1.2 Latar Belakang Kajian


Pendidik mungkin mempunyai pelbagai pandangan mengenai bagaimana
seseorang itu mengajar akan tetapi mereka turut bersetuju mengenai kemahiran serta
kebolehan pelajar boleh dilatih. Kebolehan mengajar tidak boleh diaggap sebagai
suatu bakat semulajadi dan guru perlu dilatih kerana proses pengajaran yang
berkesan bukanlah suatu proses yang mudah (Norhayati, 2009).


Proses pengajaran yang berkesan memerlukan suatu bentuk latihan dari aspek
teori dan praktikal. Oleh itu program latihan mengajar merupakan komponen yang
penting dalam bidang perguruan. Melalui program latihan mengajar, guru akan
didedahkan dengan pengalaman sebenar mengenai bagaimana menguruskan proses
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan melalui teori-teori yang telah mereka
pelajari.


$

Kajian awal telah mendapati bahawa terdapat beberapa faktor yang boleh
mempengaruhi kecemerlangan pelajar di dalam proses pengajarandan pembelajaran.
Salah satu faktor adalah interaksi pelajar dengan guru.Pembelajaran yang aktif
adalah pembelajaran yang melibatkan interaksi pelajar dan guru dan bukan
melibatkan guru semata-mata (Khairun Nadwa, 2007). Guru hendaklah memberi
peluang kepada pelajar agar mereka lebih seronok dan lebih menimbulkan minat
dalam diri pelajar serta menjadikan proses pengajaran lebih berkesan.


Gaya pembelajaran guru yang biasanya menggunakan kaedah penerangan
biasanya akan menyukarkan proses pembelajaran pelajar. Oleh itu, guru seharusnya
menggunakan kaedah alat bantu mengajar dalam proses pengajaran dan
pembelajaran kerana ia amat membantu pelajar dalam memahami maklumat tersebut
dengan lebih mendalam.


Penyelidik juga ingin mengkaji persepsi pelajar terhadap tahap keberkesanan
guru pelatih Pendidikan Jasmani disekolah menengah semasa sesi pengajaran
Pendidikan Jasmani.Di samping itu, penyelidik juga akan merakam sesi pengajaran
dan pembelajaran guru pelatih Pendidikan Jasmani di sekolah dengan menggunakan
perakam video untuk dianalisis.




1.3 Pernyataan Masalah


Kajian ini mengenai keberkesanan pengajaran guru pelatih yang baru
menimba pengalaman untuk mengajar ketika mengajar Pendidikan Jasmani di
Sekolah Menengah. Proses pengajaran melibatkan penyusunan dan manipulasi
sesuatu keadaan di mana terdapat rintangan dan halangan yang perlu diatasi oleh
individu (Abu Hassan dan Meor Ibrahim, 1997). Sesuatu pengajaran perlu
mempunyai objektif pengajaran yang nyata, jelas dan sesuai pada tempatnya. Adalah
lebih baik jika sesuatu proses pengajaran itu dilakukan melibatkan interaksi antara
guru pelatih dan pelajar supaya pelajar akan memahami apa yang hendak dipelajari.
%

Kebanyakan pelajar dilihat tidak memberi tumpuan serta banyak melakukan
perkara tidak mengikut arahan daripada mengikuti pengajaran oleh guru pelatih.
Sekalipun pelbagai cadangan dan kaedah dilaksanakan namun ia masih tidak
menunjukkan kesan yang positif. Dengan itu, adalah penting masalah ini diselidik
dengan lebih teliti khususnya terhadap pelajar di sekolah berkenaan persepsi mereka
terhadap guru pelatih ini.




1.4 Objektif Kajian


Objektif utama kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengkaji
persepsi pelajar terhadap keberkesanan pengajaran guru pelatih wanita Pendidikan
Jasmani dari aspek berikut.


1.4.1 Menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru pelatih
Pendidikan Jasmani wanita dari aspek pengetahuan guru
dalammenyampaikan isi pelajaran.


1.4.2 Menilaikeberkesanan pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru pelatih
Pendidikan Jasmani wanita dari aspek kemahiran guru dalam menyampaikan
isi pelajaran.


1.4.3 Menilaikeberkesanan pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru pelatih
Pendidikan Jasmani wanita dari aspek sikap guru dalam menyampaikan isi
pelajaran.









&


1.5 Persoalan Kajian


1.5.1 Apakah tahap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru
pelatih Pendidikan Jasmani wanita dari aspek pengetahuan gurudalam
menyampaikan isi pelajaran?


1.5.2 Apakah tahap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru
pelatih Pendidikan Jasmani wanita dari aspek kemahiran guru dalam
menyampaikan isi pelajaran?


1.5.3 Apakah tahapkeberkesanan pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru
pelatih Pendidikan Jasmani wanita dari aspek sikap guru dalam
menyampaikan isi pelajaran?




1.6 Kepentingan Kajian


Kajian ini dapat memberikan maklumat mengenai bagaimana pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran oleh guru pelatih wanita di sekolah. Selain itu juga,
kajian ini secara tidak langsung dapat menggambarkan persepsi pelajar terhadap
Pendidikan Jasmani di sekolah mereka. Bagi pihak pengurusan, hasil kajian ini
diharap dapat memberikan satu garis panduan mengenai corak pengajaran
Pendidikan Jasmani di sekolah selaras dengan gaya pelajar semasa.




1.7 Skop Kajian


Skop kajian ini adalah terdiri daripada para pelajar di 4 buah sekolah di
daerah Johor Bahru.

'

1.8 Batasan Kajian


Kajian ini hanya dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Impian Emas 2,
Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Skudai, Sekolah Menengah Kebangsaan
Taman Perling dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sutera Utama. Selain itu,
responden kajian hanya tertumpu kepada para pelajar sekolah menengah iaitu pelajar
tingkatan empat sahaja.




1.9 Definisi Operasi


Berikut merupakan definisi istilah-istilah yang digunakan dalam kajian ini:


1.9.1 Persepsi


Kamus Dewan (2008), mentakrifkan persepsi sebagai tanggapan atau
penerapan yang bermaksud gambaran yang terkandung di dalam pemikiran individu
atau kelompok terhadap sesuatu keadaan atau situasi.


Dalam kajian ini, perkataan persepsi bermaksud tanggapan,pandangan atau
penilaian yang dapat dinyatakan oleh pelajar sekolah menengah terhadap pengajaran
yang dilakukan oleh guru.Biasanya persepsi ini dipengaruhi melalui penglihatan,
pendengaran, pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada.


1.9.2 Pelajar


Menurut Kamus Dewan (2002), pelajar bermaksud orang yang belajar atau
orang yang mengaji. Dalam kajian ini pelajar yang dimaksudkan adalah pelajar-
pelajar tingkatan empat di empat buah sekolah terpilih yang berdekatan dengan
universiti di Johor Bahru.
(

1.9.3 Keberkesanan


Menurut Kamus Dewan Edisi ketiga (2002), keberkesanan merupakan
sesuatu tindakan itu dapat dilihat daripada hasil yang diperolehi sesudahnya.Dalam
kajian ini, pengajaran guru pelatih itu dapat menghasilkan pembelajaran pelajarnya
yang berkesan apabila pengajaran guru pelatih dapat difahami dengan jelas oleh
pelajar-pelajarnya.


1.9.4 Guru Pelatih


Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), guru pelatih adalah seorang
yang sedang menerima latihan dan menjalani latihan praktikal serta orang yang
mendidik dan mengajar pelajar-pelajar di sekolah.


Guru pelatih telah dijelaskan sebagai seseorang yang mengajar di mana dia
berada dalam status diuji kebolehan serta kepandaian atau sedang diuji sesuatu
(berbanding dengan kekuatan, kelemahan dan lain-lain).


Dalam konteks kajian ini, guru pelatih wanita ditujukan kepada pelajar tahun
3 SPS yang menjalani latihan mengajar di dalam tahun ketiga pengajian.


1.9.5 Pendidikan Jasmani


Pendidikan Jasmani adalah merujuk kepada sebahagian daripada mata
pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang diajar di sekolah.Pendidikan
Jasmani dan Kesihatan bertujuan menjadikan pelajar sihat, cergas dan produktif
dengan pemupukan nilai, sikap,pergerakan dan amalan kesihatan dan kecergasan
dalam kehidupan seharian.



)

1.9.6 Latihan Mengajar


Latihan mengajar adalah suatu program di mana guru pelatih berada dalam
situasi pengajaran dan pembelajaran yang sebenar.Guru pelatih berinteraksi dengan
situasi pengajaran dan pembelajaran di samping berpeluang memupuk kecekapan
mengajar, meluaskan pengalaman serta mendapatkan wawasan dalam teori dan amali
pengajaran dan pembelajaran (Kamaruddin Hj Husin, 1988).Latihan mengajar
membolehkan guru pelatih menguasai dan mengamalkan segala konsep, prinsip,
kemahiran dan nilai yang diperlukan oleh seseorang insan guru yang
profesional.Latihan mengajar juga membantu perkembangan potensi guru pelatih
supaya mempunyai daya ketahanan diri dalam menghadapi pelbagai cabaran di
sekolah.




1.10 Penutup


Guru memainkan peranan penting dalam menjadikan pengajaran dan
pembelajaran berkesan. Pengajaran dan pembelajaran yang aktif boleh menjadikan
pengajaran menjadi lebih berkesan.Oleh itu, guru mestilah mempraktikkan teori yang
telah dipelajari sebelum ini untuk menjadikan proses pengajaran menjadi lebih
berkesan.

Oleh itu, kajian ini akan dijalakan untuk melihat bagaimana guru pelatih
menggunakan kemahiran yang telah dipelajari untuk diterapkan dalam situasi
sebenar semasa mereka menjalani latihan mengajar.





*+





BAB 2




SOROTAN KAJIAN




2.1 Pendahuluan


Dalam bab ini akan akan menjelaskan maklumat asas mengenai Pendidikan
Jasmani. Dalam pada itu, bab ini turut menerangkan mengenai teknik-teknik
pengajaran yang ada dalam Pendidikan Jasmani. Selain itu juga, bab ini menjelaskan
penulisan yang telah yang telah dijalankan oleh beberapa pengkaji berkaitan dengan
persepsi pelajar terhadap keberkesanan pengajaran guru di sekolah secara amnya.
Selain itu juga, bab ini juga akan membincangkan mengenai pengajaran berkesan
yang perlu diadapatasikan dalam pendidikan di sekolah amnya dan Pendidikan
Jasmani secara khususnya.


Pendidikan Jasmani merupakan suatu bidang pendidikan yang melibatkan
komponen kecergasan dan ia telah berubah mengikut perkembangan masyarakat
yang berkembang maju. Menurut pandangan Asiah Abu Samah (1983), Pendidikan
Jasmani dan Kesihatan penting untuk memberi peluang kepada pelajar
mengembangkan kecenderungan mereka dalam bidang sukan dan permainan.
Pendidikan Jasmani ini juga merupakan pembelajaran yang bertujuan untuk
meningkatkan prestasi melalui aktiviti fizikal bagi mencapai keputusan yang
dikehendaki (Ahmad Rodzli, 2009).Ia juga melibatkan proses pengajaran yang
menyeluruh dari segi psikomotor, kognitif, afektif, sosial dan emosi.


Secara amnya Pendidikan Jasmani terdiri daripada tiga aspek iaitu
psikomotor, kognitif dan afektif. Aspek psikomotor adalah mengenai kemahiran
**

yang diajar, manakala aspek kognitif adalah mengenai pengetahuan yang akan
disampaikan. Aspek afektif adalah melibatkan emosi dan sikap yang diterapkan oleh
guru kepada pelajar. Menurut Capel dan Piotrowaki (2000), Pendidikan Jasmani
adalah suatu proses pembelajaran yang bertujuan untuk membangunkan pengetahuan
tertentu, kemahiran dan kefahaman serta menggalakkan kecekapan fizikal. Oleh itu,
menurut pandangan Capel ini juga, Pendidikan Jasmani menuntut kepada
perkembangan ketiga-tiga aspek asas dalam Pendidikan Jasmani iaitu psikomotor,
kognitif dan afektif.


Pid Song (2006) berpendapat Pendidikan Jasmani bukan sekadar satu aktiviti
pembelajaran yang menyeronokkan dan menyihatkan tubuh badan, malah ia mampu
melatih pelajar menjadi lebih berdisiplin. Kajian yang dijalankan oleh Husaini Mohri
(2002) mengkaji mengenai persepsi guru-guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan,
maklumbalas serta kefahaman guru terhadap matapelajaran Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan, serta perlaksanaan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di sekolah rendah.
Beliau mendapati persepsi guru-guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan menyokong
perlaksanaan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan serta mempunyai
kefahaman tentang pentingnya mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
kepada murid-murid sekolah rendah. Kesimpulan yang dapat dibuat adalah
matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan tidak harus diabaikan dan
seharusnya diberi tumpuan seperti matapelajaran lain.


Dalam meneliti proses pendidikan yang berkesan, guru mestilah memahami
objektif dalam pengajaran Pendidikan Jasmani. Matlamat utama dalam Pendidikan
Jasmani adalah untuk membantu pelajar menjadi cergas melaui aktiviti fizikal. Oleh
itu, beberapa objektif telah digariskan selari dengan matlamat yang telah dikenal
pasti.


Antara objektif yang ingin dicapai dalam pengajaran Pendidikan Jasmani
adalah untuk meningkatkan dan mengekalkan kecergasan murid berdasarkan
kesihatan dan perlakuan motor. Dengan ini, murid akan sentiasa dalam keadaan
cergas dan bertenaga akan tetapi tahap nya adalah berbeza untuk setiap murid.
*!

Murid perlulah menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan
mengikut kemampuan diri. Walaupun seseorang pelajar tidak mampu menguasai
sepenuhnya teknik-teknik atau pergerakan sesuatu permainan, melalui Pendidikan
Jasmani ini, diharap pelajar dapat mengetahui tentang asas pergerakan bagi sesuatu
permainan selari dengan bidang yang mereka telah ceburi.


Selain itu juga, murid dapat melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai
rutin harian. Walaupun akiviti Pendidikan Jasmani tidak dilakukan pada setiap hari,
akan tetapi dengan adanya pengajaran mengenai Pendidikan Jasmani ini, pelajar
mampu untuk menjadikan ia nya sebagai aktiviti rutin selari dengan seruan untuk
melahirkan pelajar yang cergas.


Dalam Pendidikan Jasmani, pelajar juga akan didedahkan dengan
pengetahuan mengenai kesihatan dan keselamatan semasa menyertai kegiatan fizikal.
Melalui pendedahan ini, pelajar akan mampu untuk mengaplikasikan apa yang telah
dipelajari apabila meraka berhadapan dengan situasi sebenar.


Seperti yang telah sedia ketahui, Pendidikan Jasmani adalah berkait rapat
dengan sukan dan permainan. Dalam kegiatan sukan dan permainan, sikap serta
sahsiah diri pelajar mudah dibentuk kerana sukan memerlukan pelajar untuk sentiasa
dalam keadaan berdisiplin bagi memastikan meraka akan sentiasa maju dalam sukan.
Oleh itu, secara tidak langsung, Pendidikan Jasmani ini dapat membentuk peribadi
serta sahsiah murid yang mulia selari dengan apa yang terkandung dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.




2.2 Pengajaran Berkesan


Menurut Medley (1982), keberkesanan pengajaran seseorang guru boleh
dilihat dari pelakuan muridnya dan bukan gurunya. Oleh itu, prestasi seseorang guru
boleh dirujuk kepada peri lakunya semasa proses pengajarannya dalam kelas. Ini
*#

menjadikan keberkesanan pengajaran guru akan meningkatkan pemahaman pelajar
terhadap pelajaran.


Menurut Borich (1996) pula, pengajaran yang berkesan melibatkan perlakuan
untuk melakukan sesuatu dan penyatuan beberapa elemen yang menolong ke arah
mencapai matlamat yang spesifik. Ini menunjukkan guru adalah pemudahcara dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.


Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru memainkan peranan
penting dalam menentukan medium pengajaran yang perlu digunakan agar
bersesuaian dengan keadaan pelajar dan supaya pelajar dapat menerima maklumat
yang hendak disampaikan dengan berkesan. Selain pemilihan medium, teknik
pengajaran juga memainkan peranan penting dalam penyampaian maklumat. Ini
juga dapat memastikan pelajar dapat menerima maklumat dengan tepat.


Menurut Abdullah Hassan (1989), untuk mencapai keberkesanan dalam
pengajaran, guru perlu memiliki sifat keperibadian unggul, berpengetahuan,
ketokohan dan perwatakan yang sempurna. Para guru seharusnya memiliki ilmu
pengetahuan yang mendalam terutamanya untuk mata pelajaran yang diajar dan juga
mahir dalam mata pelajaran yang lain. Ini supaya para guru tersebut akan lebih
dihormati berbanding guru yang hanya memfokuskan kepada satu mata pelajaran
sahaja. Apabila mereka dihormati oleh pelajar, maka pelajar akan lebih memberi
perhatian dan memberikan persepsi yang positif terhadap pengajaran guru tersebut.


2.2.1 Model Pengajaran Berkesan


Model awal tentang pengajaran berkesan telah dikemukakan oleh Caroll,
(1963) yang menyatakan bahawa pengajaran berkesan boleh dipengaruhi oleh lima
faktor. Kelima-lima faktor tersebut adalah sikap, kebolehan untuk mempengaruhi
pengajaran, ketekunan, peluang dan pengajaran yang berkualiti. Apa yang boleh
disimpulkan mengenai model yang telah dikemukakan oleh Carol ini adalah model
*$

ini melibatkan guru dan pelajar secara tersendirinya. Apabila pelajar mempunyai
sikap yang baik serta ketekunan yang tinggi, maka pengajaran akan menjadi
berkesan. Apabila guru pula mempunyai pengajaran yang berkualiti, maka
pengajaran akan menjadi berkesan.


Menurut Shahril (2005), model Caroll ini mempunyai kelemahannya.
Menurut beliau, aspek seperti ketekunan, sikap dan kebolehan adalah dibawah kuasa
pelajar. Manakala aspek pengajaran yang berkualiti adalah dibawah kuasa guru.
Oleh itu, menurut beliau, aspek dibawah kuasa pelajar dan guru perlu seiring untuk
menghasilkan pengajaran yang berkesan.


Oleh yang demikian, Slavin (1994) telah membina model pengajaran yang
berkesan yang hanya menekankan aspek pada guru sahaja. Slavin telah
menggariskan empat aspek dalam pengajaran berkesan iaitu kualiti pengajaran,
kesesuaian tahap pengajaran, insentif dan peruntukan masa untuk pengajaran.


Kualiti pengajaran adalah keupayaan seseorang guru dalam menyampaikan
pengajaran atau konsep yang mudah difahami dan menyeronokkan pelajar (Caroll,
1989). Oleh itu guru perlulah menyampaikan isi kandungan yang terdapat dalam
pengajaran secara tersusun dan sistematik (Kallison, 1986), menggunakan bahasa
yang jelas dan mudah (Land, 1987), penekanan kepada isi-isi penting dan
mengaitkan pengetahuan dengan pengalaman sedia ada pelajar (King & Menke,
1992) dan menggunakan alat bantu belajar bagi membantu dalam menerangkan
sesuatu konsep (Hiebert, 1991). Selain itu, objektif pelajaran hendaklah jelas dan
khusus, isi kandungan adalah mencukupi dan pada akhir sesuatu pelajaran, guru
perlu mengadakan penilaian atau peperiksaan.


Aras pengajaran yang sesuai adalah pengajaran yang bersesuaian dengan
kebolehan dan keupayaan pelajar (Sharil, 2005). Jika aras pengajaran guru adalah tinggi
berbanding pelajar yang akan menerima maklumat tersebut, maka pengajaran tidak akan
menjadi berkesan. Begitu juga keadaannya, jika pelajar yang lebih pandai, manakala
pengajaran yang diberikan lebih rendah berbanding tahap pendidikan mereka, maka
*%

pembelajaran tidak akan berlaku. Apabila perkara ini berlaku, akan terjadi kerugian
masa dalam pengajaran sebagaimana model yang telah diperkenalkan oleh Slavin (1994)
yang menyatakan bahawa peruntukan masa adalah salah satu aspek dalam pengajaran
yang berkesan. Dalam permasalahan ini, pihak sekolah sentiasa mengalami masalah ini
kerana terpaksa mengumpulkan pelajar yang pintar dan yang lemah kepada kumpulan
masing-masing dan menyebabkan pelajar lemah merasakan mereka tersisih. Langkah
yang boleh diambil bagi mengatasi masalah ini adalah dengan mengaplikasikan
pembelajaran secara kumpulan iaitu cooperative learnning. Melalui pembelajaran
secara kumpulan ini, pelajar pintar dapat membimbing pelajar lemah disamping guru
dapat meneruskan pengajaran seperti biasa.


Inisiatif bermaksud keupayaan guru untuk memberi motivasi kepada pelajar
untuk terus belajar dan menyiapkan kerja-kerja yang diberi oleh guru. Terdapat dua
cara untuk guru memberikan motivasi kepada pelajar supaya terus belajar (Slavin,
1994). Pertama, guru perlu menyediakan pengajaran yang boleh menarik minat dan
menyeronokkan pelajar dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pelbagai
alat bantu mengajar. Kedua, guru boleh memberi insentif kepada pelajar dengan cara
memberikan ganjaran atau pujian kepada pelajar yang dapat menguasai sesuatu
kemahiran atau memberi denda kepada pelajar yang tidak dapat menguasai sesuatu
kemahiran.


Menurut Nor Azreen (2002), pengajaran yang dibuat oleh guru mestilah jelas
dan selaras dengan keperluan pelajar. Soalan yang ingin dikemukakan kepada
pelajar hendaklah merangkumi pelbagai aras dan melibatkan semua pelajar di dalam
kelas. Guru juga seharusnya mendengar dan menghormati idea pelajar disamping
menggalakkan para pelajar memberikan idea masing-masing. Selain itu juga, guru
perlu bijak dalam menggunakan nada dan intonasi suara serta menggunakan bahasa
yang jelas dan mudah difahami supaya pelajar dapat mendengar dengan jelas dan
dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran yang disampaikan oleh guru. Dalam
pada itu, guru boleh menggunakan kaedah pembelajaran secara berkumpulan yang
melibatkan kumpulan-kumpulan kecil seramai empat hingga lima orang dan guru
akan bertindak sebagai fasilitator. Dengan cara ini, para pelajar akan dapat
*&

menyuarakan pendapat mereka dan guru akan lebih fokus kerana kelompok kelas
menjadi lebih kecil.


Menurut Abu Hassan dan Meor Ibrahim (1997), perhubungan murid-murid
adalah berdasarkan kemesraan dan saling menghormati. Malahan suasana bilik
darjah yang sesuai dapat membantu pembentukan sikap positif dikalangan pelajar
dan memudahkan mereka utnuk melakukan aktiviti.


2.2.2 Pengajaran Berkesan Berdasarkan Pengetahuan Guru


Guru adalah medium utama dalam proses pengajaran. Guru sebagai satu alat
pandang dengar (Farrant, 1994) yang muncul dalam setiap proses pengajaran dan
pembelajaran kerana mereka sentiasa dikaitkan dengan beberapa pengalaman emosi.
Oleh itu, mereka perlulah mengaplikasikan pengetahuan pengajaran lepas ke dalam
pengajaran akan datang mereka supaya pengajaran berkesan dapat disampaikan.


Namun yang demikian seseorang guru itu perlu melengkapkan diri mereka
dengan ilmu yang berkaitan untuk disampaikan kepada pelajar mereka. Menurut
Farrant (1994), seseorang guru yang tidak pasti dengan apa yang hendak diajar atau
setelah pelajaran bermula, baru hendak mengumpul alat-alat untuk proses
pengajaran, tidak boleh mengharapkan murid-muridnya berkembang dengan cara
pengajaran yang sedemikian rupa. Ini membawa erti bahawa setiap guru perlu
menyediakan perancangan yang rapi sebelum memulakan tugas nya untuk mengajar
kelas tersebut. Oleh yang demikian, kesediaan seseorang guru adalah penting bagi
memastikan objektif pengajaran dapat dicapai dan pengajaran berkesan dapat
dijalankan.


Selain itu juga, guru tidak harus mempunyai sikap berasa cukup dengan apa
yang ada. Mereka perlu sentiasa berusaha menambahkan pengetahuan yang sedia
ada dan mencari perkara-perkara baru yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran
mereka. Apabila guru benar-benar menguasai pelajaran yang diajar tersebut, pelajar
*'

akan menjadi lebih yakin dan tidak akan timbul sebarang keraguan dalam proses
pengajaran mereka.


2.2.3 Pengajaran Berkesan Berdasarkan Sikap Guru


Sikap guru memainkan peranan penting bagi mewujudkan keberkesanan
pengajaran. Diantara sikap guru yang perlu ada adalah seperti minat dan kebolehan.
Minat boleh dikatakan sebagai pendorong seseorang supaya memberi perhatian
kepada sesuatu perkara. Apabila seseorang guru itu mempunyai minat dalam
pengajaran, maka guru tersebut akan memberikan segala perhatiannya kepada
pengajarannya.


Menurut Ahmad Atory (1986), minat memainkan peranan penting dalam
keberkesanan dan kejayaan dalam proses pembelajaran. Menurut Salleh (1992) pula,
seseorang itu memerlukan minat yang mendalam dalam sesuatu pekerjaan yang
diceburinya barulah lahir semangat berdedikasi dalam menjalankan tugas, rajin,
berdisiplin dan bersedia untuk berkorban. Oleh itu, minat seseorang guru terhadap
bidang pengajaran adalah penting dalam mewujudkan pengajaran yang bekesan.




2.3 Implikasi Persepsi Pelajar Terhadap Pengajaran


Setiap guru ada kelemahan dalam pengajaran terutama bagi guru pelatih atau
guru baru. Namun sikap guru berkasar, garang dan menyindir tidak dapat diterima
oleh pelajar sebagai satu cara yang berkesan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Para guru yang bersikap demikian sebenarnya akan mengundang
lebih banyak masalah berbanding menyelesaikan masalah. Jelas di sini bahawa
perspektif yang diberikan ialah berbeza bergantung kepada beberapa faktor seperti
kematangan, tahap pendidikan dan usia pelajar. Andrew (2002) menyatakan bahawa
*(

sikap dan latar belakang pelajar sememangnya memberi impak terhadap proses
pengajaran yang berkesan.




2.4 Persediaan Mengajar


Latihan mengajar merupakan aspek penting dalam pendidikan perguruan. Ini
kerana latihan mengajar memberi peluang kepada guru pelatih untuk
mengaplikasikan segala pengetahuan, kemahiran dan nilai keguruan dalam situasi
sebenar didalam kelas. Abdul Raof dan Subahan (1991) turut menjelaskan bahawa
sewaktu menjalani latihan mengajar, guru pelatih mengajar dengan menggunakan
segala teori dan prinsip pendidikan dalam situasi pengajaran sebenar di dalam bilik
darjah. Ringkasnya, latihan mengajar merupakan suatu komponen penting dalam
pendidikan perguruan. Guru pelatih harus dapat menyerap segala ilmu berkaitan
proses pengajaran dan pembelajaran agar dapat menjadi seorang guru yang
cemerlang apabila mengajar di sekolah kelak.




2.6 Penutup


Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran boleh ditingkatkan sekiranya
guru dapat memahami sikap pelajar terhadap mata pelajaran diajarinya. Maklumat
yang diperolehi itu boleh digunakan oleh guru untuk merancangkan strategi
pengajaran yang bersesuaian demi mengubah sikap pelajar dan seterusnya membawa
kepada pencapaian yang cemerlang.





*)





BAB 3




METODOLOGI KAJIAN




3.1 Pendahuluan


Metodologi kajian adalah merujuk kepada kaedah yang paling sesuai untuk
menjalankan penyelidikan dan menentukan tatacara yang efektif bagi menjawab
permasalahan kajian. Bagi melaksanakan kajian ini dengan lebih efektif, metodologi
yang dirangka adalah melibatkan pembentukan hipotesis, pemilihan reka bentuk,
kaedah pengumpulan data, penentukan populasi dan pemilihan sampel, ujian rintis
dan kaedah penganalisisan data. Bagi mendapatkan jawapan kepada persoalan-
persoalan kajian tersebut, kaedah yang betul perlu digunakan. Bab ini akan
membincangkan mengenai langkah-langkah yang diambil bagi menjawab semua
persoalan-persoalan kajian yang telah ditetapkan. Dalam bab ini turut akan
membincangkan mengenai kaedah yang digunakan bagi mendapatkan maklumat
yang diperlukan dan bagaimana data ini diproses bagi mendapatkan jawapan kepada
kajian ini. Menurut Mohd Najib (1999), kegagalan menggunakan kaedah
pengumpulan data yang berkesan akan menghasilkan maklumat yang tidak tepat,
kabur dan boleh menyebabkan beban maklumat.




3.2 Reka Bentuk Kajian


Kajian ini adalah kajian berbentuk deskriptif dan bertujuan untuk
menganalisis Persepsi Pelajar Terhadap Guru Pelatih Pendidikan Jasmani Wanita di
!+

sekolah. Dalam menjalankan kajian, pelbagai kaedah boleh digunakan seperti
kaedah temu bual, pemerhatian dan soal selidik.


Dalam kajian ini, kaedah yang digunakan adalah kaedah soal selidik dan
pemerhatian melalui rakaman video. Antara kelebihan kaedah ini adalah responden
boleh menjawab mengikut masa mereka. Selain itu, kedah ini mudah dijalankan
kerana responden boleh memilih jawapan yang sesuai berdasarkan jawapan yang
telah disediakan. Ini dapat memudahkan analisis data yang akan dijalankan
kemudian.




3.3 Populasi Dan Sampel Kajian


Kajian ini melibatkan 2 kumpulan sampel iaitu guru pelatih Pendidikan
Jasmani wanita di sekolah negeri Johor yang akan direkod sesi pengajarannya dan
kumpulan pelajar yang terlibat dalam sesi pengajaran guru tersebut yang dikehendaki
menjawab soal selidik yang diedarkan. Seramai empat orang guru pelatih
Pendidikan Jasmani wanita yang mengajar di sekolah sekitar Johor Bahru akan
dipilih secara rawak. Seorang sahaja guru pelatih bagi setiap satu sekolah akan
dipilih sebagai sampel kajian. Responden kajian melibatkan pelajar kelas berkenaan.




3.4 Instrumen Kajian


Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik. Oleh itu, instrumen soal selidik
ini telah dibina bagi menjawab persoalan-persoalan kajian. Soalan-soalan yang
dibina adalah berdasarkan kajian lepas oleh Norani, 2010 yang bertajuk Persepsi
Pelajar Terhadap Keberkesanan Pengajaran Mata Pelajaran Kemahiran Hidup
Sekolah Menengah, Universiti Teknologi Malaysia dan diubahsuai mengikut
kesesuaian kajian ini. Selain ituinstrumen soal selidik ini juga ditambah mengikut
kesesuaian kajian yangdijalankan oleh penyelidik. Instrumen ini mengandungi satu
!*

set soalan yang terbahagi kepada dua bahagian yang perlu di isi oleh pelajar sekolah
tersebut.


Jadual 3.1 : Pembahagian Item Bahagian A Mengikut Maklumat dan Latar Belakang
Responden

Item Latar Belakang
1 Nama Sekolah
2 Jantina
3 Bangsa
4 Tingkatan


Dalam bahagian B terdapat 36 item yang akan dijawab oleh pelajar bagi
menguji keberkesanan pengajaran guru. Item ini mengandungi tiga aspek untuk
menguji keberkesanan pengajaran guru dari segi pengetahuan guru, kemahiran guru
dan sikap guru. Item-item tersebut di susun secara rawak di dalam soal selidik
tersebut mengikut jadual di bawah.


Jadual 3.2 : Susunan Nombor Item Bahagian B bagi 3 Aspek Keberkesanan
Pengajaran

No Aspek Nombor Item Jumlah Item
1 Pengetahuan Guru 2, 5, 7, 13, 20, 22, 24, 27, 30, 32, 34 10
2 Kemahiran Guru 1,6,9,10,12,14,15,17,18,21,23,26,36 14
3 Sikap Guru 3,4,8,11,16,19,25,28,29,31,33,35 12


Respon yang diberikan adalah berbentuk Skala empat mata. Responden akan
diberi pilihan jawapan sama ada sangat tidak setuju, tidak setuju, setuju dan sangat
setuju.



!!

Jadual 3.3 : Skala empat mata yang digunakan di dalam instrumen.

Pernyataan Markat
Sangat Setuju 4
Setuju 3
Tidak Setuju 2
Sangat Tidak Setuju 1


Selain itu juga, pengajaran guru ketika di padang turut dirakam dengan
menggunakan alat perakam video. Kaedah ini dijadikan sebagai penambahan kepada
instrumen sedia ada. Soal selidik yang disediakan diedar dan dijawab oleh murid
selepas proses pengajaran. Manakala, video yang dirakam akan dianalisis sendiri
bagi melihat keadaan sebenar semasa proses pengajaran bagi menjawab persoalan-
persoalan kajian.


Setelah kesemua data-data yang dikehendaki telah terkumpul, maka analisis
dijalankan dengan menggunakan perisian SPSS versi 15.0.




3.5 Kesahan Dan Kebolehpercayaan


Secara amnya, apabila memeriksa instrumen yang akan digunakan di dalam
kajian, beberapa aspek perlu diambil kira. Pertama adalah mengenai kesahan dan
kebolehpercayaan instrumen tersebut. Apabila kesahan dan keboleh percayaan ini
diperolehi, kita akan lebih mengetahui tentang ketepatan alat yang digunakan dan
sama ada boleh digunakan dalam membentuk kesimpulan awal mengenai sampel dan
populasi kajian.





!#

3.6 Kajian Rintis


Sebelum melakukan kajian, instrumen kajian tersebut perlulah diuji dengan
melaui proses kajian rintis. Dalam kajian rintis, aspek yang akan diuji adalah kesahan
dan kebolehpercayaan.


Kajian rintis ini dilakukan dengan mengedarkan instrumen kajian di SMK
Taman Universiti 1 kepada 20 orang pelajar wanita dan 20 orang pelajar lelaki yang
menghadiri kelas Pendidikan Jasmani. Kesemua soal selidik yang diperolehi
dikumpulkan dan dianalisis menggunakan SPSS.


Hasil dapatan daripada ujian rintis menunjukan nilai internal consistency
correlation coefficient mengikut prosedur Cronbach Alpha adalah = 0.97. Mengikut
Kubiszyn dan Borich (2000) dalam Ghazali Darusalam (2003) menyatakan nilai =
.80 - .90 adalah nilai alpha reliability coefficients yang diterima seperti juga
pendapat Borg &Gall (1979) yang menyatakan nilai alpha antara = .80 - .90 adalah
customary coefficients. Keputusan kajian rintis yang diperolehi ini jelas
menunjukkan bahawa kebolehpercayaan alat ukuran ini adalah tinggi dan boleh
diterima pakai.




3.7 Prosedur Kajian


Setelah instrumen kajian selesai dibina, kajian rintis perlu dilakukan bagi
menentukan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen ini. Setelah instrumen ini
melalui peringkat kajian rintis, analisis data yang diperoleh hendaklah dijalankan
bagi menentukan sama ada soal selidik ini boleh digunakan atau tidak.


Beberapa prosedur perlu dilalui sebelum kajian ini dapat dijalankan di
sekolah. Borang permohonan untuk menjalankan kajian di sekolah perlu diisi dan
!$

perlu disahkan oleh Dekan Fakulti Pendidikan yang disertakan bersama proposal
kajian. Setelah borang tersebut disahkan, ia kemudiannya dihantar ke Kementerian
Pelajaran Malaysia berserta proposal kajian. Setelah itu, pihak Kementerian
Pelajaran Malaysia akan mengeluarkan surat kebenaran untuk menjalankan kajian di
sekolah. Surat kebenaran daripada Kementerian Pendidikan Malaysia akan dihantar
kepada Jabatan Pendidikan Negeri Johor atau Pejabat Pendidikan Daerah Negeri
Johor bagi mendapatkan kebenaran untuk memasuki ke sekolah negeri Johor bagi
menjalankan kajian. Pada masa yang sama pihak UTM akan mengeluarkan surat
kebenaran mendapatkan maklumat di sekolah untuk di hantar ke Jabatan Pendidikan
Negeri atau Pebajat Pendidikan Daerah yang disertakan bersama surat pengesahan
daripada pihak kementerian.


Setelah mendapatkan pengesahan ini, langkah seterusnya adalah
mendapatkan guru-guru pelatih sebagai sampel kajian. Seramai empat orang guru
pelatih Pendidikan Jasmani akan dipilih sebagai sampel kepada uji kaji ini. Setiap
guru akan mewakili sebuah sekolah di dalam daerah Johor Bharu. Guru berkenaan
akan mengajar pelajar tingkatan empat seperti biasa. Selepas proses pengajaran
berlaku, pelajar akan diberikan alat kajian iaitu soal selidik untuk diisi oleh mereka.
Mereka akan diberikan masa sehingga tamat waktu persekolahan dan soal selidik
tersebut akan diserahkan oleh pelajar kepada guru Pendidikan Jasmani mereka.
Masa yang dipilih untuk menjalankan kajian ini adalah pada minggu keempat latihan
mengajar. Ini bagi membolehkan guru pelatih berada dalam keadaan yang lebih
sedia jika dibandingkan pada minggu awal latihan mengajar.


Bilangan responden akan ditentukan mengikut bilangan pelajar di dalam kelas
yang melalui proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani yang diajar
oleh guru pelatih. Ini bermaksud, kesemua pelajar yang terlibat pada hari
pengedaran soal selidik dilakukan akan terlibat secara langsung dalam menjawab
soal selidik tersebut.


Bagi sesi rakaman video pula, dua sela masa telah dipilih bagi meneliti
perkembangan tahap pengajaran mereka. Rakaman pertama dilakukakan pada
!%

minggu kedua. Ia dilakukan bagi melihat bagaimana kesediaan guru pelatih pada
peringkat awal latihan mengajar. Rakaman yang kedua dilakukan pada minggu ke
enam latihan mengajar. Pada peringkat ini, guru pelatih seharusnya dapat
menyesuaikan diri dengan pelajar dan tahap kesediaan mereka seharusnya berada
pada tahap yang tinggi.




3.8 Analisis Data


Setelah data diperolehi daripada soal selidik yang telah diedarkan, data-data
tersebut diproses dan dianalisis bagi menjawab persoalan mengenai persepsi pelajar
terhadap keberkesanan pengajaran guru pelatih wanita ini.


Data-data yang dikumpulkan dimasukkan ke dalam perisian SPSS.
Seterusnya analisis nilai min akan dilakukan. Item-item dikumpulkan terlebih
dahulu mengikut aspek yang berkenaan iaitu aspek pengetahuan, kemahiran dan
sikap. Kemudiannya nilai min akan ditentukan mengikut aspek berkenaan.


Analisis yang seterusnya adalah menentukan nilai min keempat-empat guru
pelatih berkenaan mengikut aspek pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai min
keseluruhan mengikut ketiga-tiga aspek tersebut. Berdasarkan nilai min keseluruhan
mengikut ketiga-tiga aspek tersebut, tahap keberkesanan guru pelatih tersebut dapat
ditentukan.


Tahap keberkesanan boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu sangat
berkesan, sederhana berkesan dan tidak berkesan. Nilai min yang diperolehi dapat
menentukan tahap keberkesanan pengajaran guru dengan menggunakan formula
yang digunakan berdasarkan kajian lepas oleh Loh Hueh Yong, 2010 yang bertajuk
Konsepsi Pembelajaran Pelajar Tahun Satu dan Tahun Empat di Fakulti Kejuruteraan
dan Sains Geoinformasi dan Mohd Wildan, 2011 yang bertajuk Konsepsi
!&

Pembelajaran di Kalangan Pelajar Fakulti Sains. Formula ini berdasarkan kajian
lepas yang menggunakan skala likert 5 mata kemudian diubah suai mengikut
kesesuaian kajian ini yang menggunakan skala 4 mata.


4 ( Peringkat Skala ) 1 = 1.00
3 (Tahap )


Oleh sebab tahap persepsi pelajar terhadap keberkesanan guru dibahagikan
kepada tiga, maka pengiraan adalah seperti di atas. Tiga tahap yang dimaksudkan
ialah sangat berkesan, sederhana berkesan dan tidak berkesan. Nilai min bagi tiap-
tiap tahap adalah seperti di bawah:


Jadual 3.4 : Taburan markat bagi tahap keberkesanan pengajaran.


Persepi pelajar terhadapa keberkesanan guru Markat
Sangat Berkesan 3.01 4.00
Sederhana Berkesan 2.01 3.00
Tidak Berkesan 1.00 2.00


Seterusnya, nilai min akan ditentukan dengan mengambil kira nilai
keseluruhan yang merangkumi keempat-empat guru berkenaan. Akhir sekali adalah
analisis video keempat-empat guru tersebut. Analisis video itu juga akan mengambil
kira aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap.




3.9 Penutup


Kajian ini bertujuan untuk melihat persepsi pelajar terhadap keberkesanan
pengajaran guru pelatih Pendidikan Jasmani wanita. Responden yang terlibat dalam
!'

kajian ini adalah dari kalangan pelajar guru terbabit. Pengajaran guru pelatih boleh
dikategorikan kepada sangat berkesan, berkesan dan tidak berkesan bergantung
kepada min yang diperolehi daripada soal selidik tersebut.

Analisis data yang berikutnya dilakukan bagi menjawab kepada objektif
kajian yang telah ditetapkan.






















!(





BAB 4




ANALISIS DATA




4.1 Pendahuluan


Dalam bab ini, akan membincangkan hasil dapatan kajian. Analisis kajian ini
berdasarkan kesemua soal selidik yang telah dikumpulkan setelah diedarkan kepada
empat buah sekolah yang melibatkan empat orang guru pelatih di dalam daerah Johor
Bharu. Seterusnya, analisis terhadap rakaman video juga dilakukan bagi melihat
situasi sebenar sesi pengajaran guru pelatih tersebut.


Analisis soal selidik secara amnya meliputi bahagian A dan bahagian B.
Secara khususnya, analisis soal selidik ini akan menumpukan kepada bahagian B
sahaja. Ia bagi menjawab persoalan kajian yang telah ditetapkan dalam bab 1 iaitu:


1. Apakah tahap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru
pelatih Pendidikan Jasmani wanita dari aspek pengetahuan guru dalam
menyampaikan isi pelajaran?


2. Apakah tahap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru
pelatih Pendidikan Jasmani wanita dari aspek kemahiran guru dalam
menyampaikan isi pelajaran?

!)

3. Apakah tahap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru
pelatih Pendidikan Jasmani wanita dari aspek sikap guru dalam
menyampaikan isi pelajaran?




4.2 Dapatan Kajian


Dapatan kajian ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian A dan B.


4.2.1 Bahagian A


Dalam kajian ini, sebanyak empat buah sekolah di daerah Johor Bharu telah
di pilih.


Jadual 4.1 : Taburan respondan berdasarkan nama sekolah.

Nama sekolah


Bil Nama Sekolah
Bilangan
Subjek
Peratus
(%)
Jumlah
Peratus (%)
1. SMK A 29 36.3 36.3
2. SMK B 19 23.8 60.0
3. SMK C 22 27.5 87.5
4. SMK D 10 12.5 100.0

Jumlah 80 100.0


Bilangan pelajar-pelajar yang terlibat dalam menjawab item soal selidik
adalah tidak sama jika dibandingkan dengan sekolah-sekolah yang lain. Ini kerana,
diantara guru yang terlibat dalam kajian ini perlu mengajar sama ada pelajar lelaki
ataupun pelajar perempuan. SMK A yang mempunyai pelajar yang paling ramai
#+

disebabkan guru terbabit perlu mengajar dua kelas gabung yang terdiri daripada
pelajar lelaki sahaja dalam kelas Pendidikan Jasmani tersebut. Manakala pelajar
yang paling sedikit ialah pelajar di sekolah SMK D yang terdiri daripada 10 pelajar
perempuan sahaja.


Jadual 4.2 : Taburan respondan berdasarkan jantina.

Jantina

Jantina
Bilangan
subjek
Peratus
(%)
Jumlah
Peratus (%)
Lelaki 43 53.8 53.8
Perempuan 37 46.3 100.0

Jumlah 80 100.0


Dalam kajian ini, bilangan pelajar lelaki melebihi pelajar perempuan dengan
pelajar lelaki seramai 43 orang dan pelajar perempuan seramai 37 orang sahaja.


Jadual 4.3 : Taburan respondan berdasarkan bangsa.

Bangsa


Bil Bangsa
Bilangan
Subjek
Peratus
(%)
Jumlah
Peratus (%)
1. Melayu 46 57.5 57.5
2. Cina 27 33.8 91.3
3. India 6 7.5 98.8
4. lain-
lain
1 1.3 100.0

Jumlah 80 100.0
#*

Berdasarkan data yang diperolehi, pelajar Melayu mempunyai peratusan yang
tertinggi manakala lain-lain bangsa adalah terendah.


4.2.2 Bahagian B


Dalam bahagian B pula, analisis adalah berdasarkan persoalan kajian yang
telah ditetapkan pada bab yang pertama. Analisis yang terlibat adalah analisis
mengenai aspek pengetahuan, sikap dan kemahiran guru secara keseluruhan.


4.2.2.1 Analisis Keberkesanan Pengajaran Guru Berdasarkan Aspek
Pengetahuan Guru Secara Keseluruhan.


Persoalan pertama dalam kajian ini adalah tahap keberkesanan pengajaran
guru dari aspek pengetahuan guru. Dalam analisis ini, bilangan item yang terlibat
dalam menjawab persolan ini merangkumi 11 item iaitu melibatkan item ke
2,5,7,13,20,22,24,27,30,32, dan 34. Oleh itu di sini perlu dilihat apakah nilai min
bagi item-item yang terlibat ini.


Jadual 4.4 : Nilai min bagi aspek pengetahuan guru secara keseluruhan.

Item2 Item5 Item7 Item13 Item20 Item22
N Valid 80 80 80 80 80 80
Missin
g
0 0 0 0 0 0
Mean 3.50 3.49 3.51 3.38 3.43 3.48


Item24 Item30 Item32 Item34
N Valid 80 80 80 80
Missin
g
0 0 0 0
Mean 3.54 3.36 3.64 3.48
#!

Analisis data di atas ialah taburan purata bagi item yang terlibat dengan tahap
keberkesanan pengajaran guru dari aspek pengetahuan. Jika dilihat secara satu
persatu, nilai min bagi item tersebut adalah diantara 3.3 hingga 3.6. Jika dikira
secara keseluruhan, nilai purata min adalah 3.48 iaitu pada tahap sangat berkesan.
Ini menunjukkan bahawa majoriti responden bersetuju bahawa guru mempunyai
pengetahuan yang mencukupi semasa proses pengajaran berlaku.


4.2.2.2 Analisis Keberkesanan Pengajaran Guru Berdasarkan Aspek
Kemahiran Guru Secara Keseluruhan.


Persoalan kajian kedua ini adalah berdasarkan aspek kemahiran guru. Aspek
ini dapat dilihat dalam item 1,6,9,10,12,14,15,17,18,21,23,26, dan 36.


Jadual 4.5 : Nilai min bagi aspek kemahiran guru secara keseluruhan.

Item1 Item6 Item9 Item10 Item12 Item14 Item15
N Valid 80 80 80 80 80 80 80
Missin
g
0 0 0 0 0 0 0
Mean 3.56 3.79 3.53 3.53 3.38 3.51 3.61


Item17 Item18 Item21 Item23 Item26 Item27 Item36
N Valid 80 80 80 80 80 80 80
Missin
g
0 0 0 0 0 0 0
Mean 3.54 3.43 3.53 3.55 3.58 3.55 3.55


Analisis yang dilakukan bagi menilai tahap keberkesanan pengajaran dari
segi aspek kemahiran guru pula tidak mempunyai perbezaan yang ketara. Nilai-nilai
min yang diperolehi adalah diantara 3.5 hingga 3.6.
##

Secara keseluruhan, nilai min yang diperolehi adalah 3.55 iaitu pada tahap
sangat berkesan. Secara purata, responen bersetuju bahawa guru mempunyai
kemahiran semasa proses pengajaran berlaku.


4.2.2.3 Analisis Keberkesanan Pengajaran Guru Berdasarkan Aspek Sikap
Guru Secara Keseluruhan.


Persoalan terakhir dalam kajian ini adalah tahap keberkesanan guru
berdasarkan aspek sikap guru tersebut. Aspek sikap ini terdapat dalam item
3,4,8,11,16,19,25,28,29,31, 33 dan 35.


Jadual 4.6 : Nilai min bagi aspek sikap guru secara keseluruhan.

Item3 Item4 Item8 Item11 Item16
N Valid 80 80 80 80 80
Missin
g
0 0 0 0 0
Mean 3.58 3.75 3.55 3.50 3.66


Item19 Item25 Item28 Item29 Item31 Item33 Item35
N Valid 80 80 80 80 80 80 80
Missin
g
0 0 0 0 0 0 0
Mean 3.58 3.53 3.53 3.58 3.59 3.49 3.55


Secara keseluruhannya, nilai min yang diperolehi adalah diantara 3.4 hingga
3.7. Nilai purata yang diperolehi bagi persoalan kajian yang terakhir ini ialah 3.57
iaitu pada tahap sangat berkesan. Dengan yang demikian, responden bersertuju
bahawa guru mempunyai sikap yang baik sepanjang proses pengajaran berlaku.


#$

4.2.2.4 Analisis Keberkesanan Pengajaran Guru Secara Keseluruhan.


Jadual 4.7 : Nilai min pengajaran guru secara keseluruhan aspek

Item1 Item2 Item3 Item4 Item5 Item6
N Valid 80 80 80 80 80 80
Missin
g
0 0 0 0 0 0
Mean 3.56 3.50 3.58 3.75 3.49 3.79


Item7 Item8 Item9 Item10 Item11 Item12
N Valid 80 80 80 80 80 80
Missin
g
0 0 0 0 0 0
Mean 3.51 3.55 3.53 3.53 3.50 3.38


Item13 Item14 Item15 Item16 Item17 Item18
N Valid 80 80 80 80 80 80
Missin
g
0 0 0 0 0 0
Mean 3.38 3.51 3.61 3.66 3.54 3.43


Item19 Item20 Item21 Item22 Item23 Item24
N Valid 80 80 80 80 80 80
Missin
g
0 0 0 0 0 0
Mean 3.58 3.43 3.53 3.48 3.55 3.54




#%

Item25 Item26 Item27 Item28 Item29 Item30
N Valid 80 80 80 80 80 80
Missin
g
0 0 0 0 0 0
Mean 3.53 3.58 3.55 3.53 3.58 3.36


Item31 Item32 Item33 Item34 Item35 Item36
N Valid 80 80 80 80 80 80
Missin
g
0 0 0 0 0 0
Mean 3.59 3.64 3.49 3.48 3.55 3.55


Secara keseluruhannya, nilai min yang diperolehi ialah 3.53. Ini
menunjukkan bahawa responden bersetuju bahawa tahap keberkesanan pengajaran
guru pada tahap sangat berkesan dari segi ketiga-tiga aspek dalam soal selidik
tersebut.


4.2.2.5 Analisis Keberkesanan Pengajaran Guru Berdasarkan Aspek
Pengetahuan Guru bagi Setiap Pelatih.


4.2.2.5.1 Pelatih A : Aspek Pengetahuan, Kemahiran dan Sikap Guru.


Jadual 4.8 : Nilai min bagi aspek pengetahuan, kemahiran, sikap guru dan nilai min
keseluruhan bagi ketiga-tiga aspek tersebut bagi guru pelatih A.

Nama Sekolah Kemahiran Pengetahuan Sikap Keseluruhan
SekolahSMK A Mean 3.60 3.56 3.62 3.59
N 29 29 29 29


Analisis menunjukkan bahawa nilai min bagi aspek pengetahuan guru ialah
3.56, nilai min bagi aspek kemahiran ialah 3.60 dan nilai min bagi aspek sikap guru
#&

ialah 3.62. Secara keseluruhannya nilai min berdasarkan ketiga-tiga aspek tersebut
ialah 3.59 iaitu menunjukkan tahap keberkesanan pengajaran guru pelatih A pada
tahap sangat berkesan mengikut skala 4 mata.


4.2.2.5.2 Pelatih B Aspek Pengetahuan, Kemahiran dan Sikap Guru.


Jadual 4.9 : Nilai min bagi aspek pengetahuan, kemahiran, sikap guru dan nilai min
keseluruhan bagi ketiga-tiga aspek tersebut bagi guru pelatih B.

Nama Sekolah Pengetahuan Kemahiran Sikap Keseluruhan
Sekolah SMK B Mean 3.36 3.44 3.43 3.41
N 19 19 19 19


Analisis menunjukkan bahawa nilai min bagi aspek pengetahuan guru ialah
3.36, nilai min bagi aspek kemahiran ialah 3.44 dan nilai min bagi aspek sikap guru
ialah 3.43. Secara keseluruhannya nilai min berdasarkan ketiga-tiga aspek tersebut
ialah 3.41 iaitu menunjukkan tahap keberkesanan pengajaran guru pelatih B pada
tahap sangat berkesan mengikut skala 4 mata.


4.2.2.5.3 Pelatih C Aspek Pengetahuan, Kemahiran dan Sikap Guru.


Jadual 4.10 : Nilai min bagi aspek pengetahuan, kemahiran, sikap guru dan nilai min
keseluruhan bagi ketiga-tiga aspek tersebut bagi guru pelatih C.

Nama Sekolah Pengetahuan Kemahiran Sikap Keseluruhan
Sekolah SMK C Mean 3.66 3.65 3.70 3.67
N 22 22 22 22


Analisis menunjukkan bahawa nilai min bagi aspek pengetahuan guru ialah
3.66, nilai min bagi aspek kemahiran ialah 3.65 dan nilai min bagi aspek sikap guru
ialah 3.70. Secara keseluruhannya nilai min berdasarkan ketiga-tiga aspek tersebut
#'

ialah 3.67 iaitu menunjukkan tahap keberkesanan pengajaran guru pelatih C pada
tahap sangat berkesan mengikut skala 4 mata.


4.2.2.5.4 Pelatih D Aspek Pengetahuan, Kemahiran dan Sikap Guru.


Jadual 4.9 : Nilai min bagi aspek pengetahuan, kemahiran, sikap guru dan nilai min
keseluruhan bagi ketiga-tiga aspek tersebut bagi guru pelatih D.

Nama Sekolah Pengetahuan Kemahiran Sikap Keseluruhan
Sekolah SMK D Mean 3.12 3.34 3.45 3.31
N 10 10 10 10


Analisis menunjukkan bahawa nilai min bagi aspek pengetahuan guru ialah
3.12, nilai min bagi aspek kemahiran ialah 3.34 dan nilai min bagi aspek sikap guru
ialah 3.45. Secara keseluruhannya nilai min berdasarkan ketiga-tiga aspek tersebut
ialah 3.31 iaitu menunjukkan tahap keberkesanan pengajaran guru pelatih D pada
tahap sangat berkesan mengikut skala 4 mata.


4.2.3 Analisis Video


Analisis seterusnya melibatkan rakaman video yang telah diambil semasa
proses pengajaran. Analisis ini dilakukan bagi meneliti proses pengajaran yang
diterapkan kepada murid semasa proses pengajaran terbabit. Rakaman tersebut
dilakukan sebanyak dua kali. Ia dilakukan sebanyak dua kali bagi melihat perubahan
semasa pengajaran pertama berbanding pengajaran kedua. Seharusnya guru pelatih
akan melihatkan perkembangan iaitu pengajaran kedua lebih baik daripada
pengajaran yang pertama.






#(

4.2.3.1 Analisis Rakaman Video Guru Pelatih A


i. Rakaman Pertama Guru Pelatih A


Berdasarkan analisis rakaman yang diperolehi, persediaan mengajar yang
disediakan oleh guru pelatih A adalah baik. Selain itu juga, perancangan
penggunaan alat bantu mengajar adalah bersesuaiandengan aktiviti pengajaran.


Pelaksanaan semasa proses pengajaran pula dilihat tiada set induksi dilakukan
oleh guru pelatih ini. Selain itu, interaksi diantara guru dan murid pula dilihat
baik. Penggunaan alatan sukan perlulah dioptimumkan penggunaanya dan
definisi pengajaran disampaikan dengan jelas.


Jika dilihat dari segi personaliti guru pula, guru pelatih perlu lebih bersuara
lantang dan perlu lebih kreatif dalam merancang aktiviti pengajaran. Selain itu
juga, pakaian yang dipakai oleh guru perlu lebih sesuai dengan aktiviti yang
dilakukan.


ii. Rakaman Kedua Guru Pelatih A


Rakaman kedua bagi guru pelatih ini lebih baik dengan penyampaian objektif
yang lebih jelas. Selain itu juga, penggunaan alat bantu mengajar disediakan
dan dimanfaatkan penggunaanya.

Dalam pelakasanaan proses pengajaran, interaksi dua hala turut berlaku
apabila guru bertanyakan soalan kepada murid dan murid memberi respon
kepada soalan tersebut. Dalam rakaman kali kedua ini, guru membuat set
induksi berbanding tiada set induksi semasa rakaman kali pertama. Pengajaran
kali kedua ini, guru membuat kesimpulan pengajaran kepada murid.
Penggunaan alatan sukan lebih baik dan telahdimaksimakan. Aktiviti
pengajaran juga lebih baik dan tersusun berbanding rakaman pertama.
#)

Dari segi personaliti guru pula, guru ini berpotensi untuk menjadi guru yang
cemerlang jika latihan dijalankan secara berterusan dan pengajaran guru adalah
meningkat jika dibandingkan dengan pengajaran yang pertama.


4.2.3.2 Analisis Rakaman Video Guru Pelatih B


i. Rakaman Pertama Guru Pelatih B


Dalam rakaman pertama guru pelatih B, proses pengajaran dilihat tidak
dirancang dengan rapi. Guru sepatutnya menerangkan objektif pengajaran
kepada pelajar dan bukan menerangkan jenis permainan yang akan diajar dalam
sesi pengajaran tersebut.


Dalam sesi pengajaran tersebut, guru tidak menerangkan kemahiran yang
akan dipelajari. Guru dilihat hanya membiarkan pelajar bermain tanpa
mengetahui kemahiran yang akan dipelajari. Pada akhir sesi pengajaran, guru
dilihat mengajar kemahiran menendang bola, tetapi guru tidak menunujukkan
cara-cara menendang bola dengan betul.


Dari segi profesioanlisme seorang guru, guru perlu mengetahui asas-asas
dalam permainan sebelum sesi pengajaran. Sesi pengajaran perlu diatur supaya
sesi pembelajaran dapat berlaku dengan lebih tersusun dan objektif lebih
tercapai.


ii. Rakaman Kedua Guru Pelatih B


Dalam rakaman sesi kedua, pengajaran guru dilihat lebih menarik dan
tersusun. Pelajar juga dilihat lebih berminat dan lebih memberi kerjasama.


$+

Diawal sesi pengajaran, guru telah menarik minat murid dengan set induksi
yang menarik. Guru menunjukkan kemahiran yang perlu diajar dan turut
menguasai kemahiran asas permainan tersebut. Guru berjaya melibatkan
kesemua pelajar dengan aktiviti kelas. Sesi pengajaran juga dilihat berjalan
dengan lancar dan tersusun berbanding pengajaran yang pertama. Penggunaan
masa yang baik telah ditunjukkan oleh guru pelatih ini dan komunikasi dua hala
wujud dalam sesi pengajaran ini.


Dalam sesi kedua ini, guru dilihat lebih berkeyakinan dan menunjukkan
ketegasan dalam pengajaran. Selain itu juga, guru telah menunjukkan
peningkatan dari segi kualiti pengajaran.


4.2.3.3 Analisis Rakaman Video Guru Pelatih C


i. Rakaman Pertama Guru Pelatih C


Pada peringkat awal sesi pengajaran, kawalan kelas agak sedikit kurang
kerana pelajar dilihat masih tidak dapat memahami objektif pengajaran. Pada
akhir sesi pengajaran pula, pelajar dilihat lebih memberikan kerjasama dan
kawalan kelas dilihat lebih baik.


Persiapan guru dalam menyediakan alatan dan aktiviti adalah baik. Guru
mengambil masa terlalu lama untuk menjalankan set induksi. Dalam hal ini,
guru perlu lebih kreatif jika melibatkan pelajar yang ramai dalam kelas tersebut.
Guru berkeyakinan dalam menerangkan kemahiran yang akan diajar dalam kelas
tersebut. Guru berjaya mengawal kelas semasa aktiviti dijalankan dan pelajar
lebih memberikan kerjasama. Selain itu juga, guru menunjukkan kemahiran
menggunakan masa dengan baik.


Dari aspek lain, guru seharusnya berada pada kedudukan yang sesuai semasa
memberikan penerangan supaya dapat dilihat oleh pelajar. Selain itu juga,
$*

ketegasan semasa di dalam kelas adalah penting supaya semua pelajar akan lebih
memberikan perhatian semasa guru memberikan penerangan.


ii. Rakaman Kedua Guru Pelatih C


Dalam rakaman yang kedua, jika dilihat secara kasar terdapat sedikit sahaja
peningkatan pengajaran berbanding rakaman yang pertama. Kawalan kelas
perlu ditingkatkan lagi.


Pada permulaan sesi, guru seharusnya memastikan kehadiran dan kesediaan
murid sebelum memulakan sesi. Disebabkan oleh suara guru yang kurang
lantang, guru perlu memastikan jarak di antara guru dan pelajar tidak terlalu
jauh. Guru berjaya menerangkan objektif pengajaran kepada pelajar dan
melibatkan kesemua pelajar dalam aktiviti pengajaran. Guru seharusnya
mengguanakan wisel berbanding suara dalam memulakan dan menamatkan
aktiviti.


Proses pengajaran dilihat lebih teratur berbanding rakaman yang pertama.
Dari aspek kemahiran mengawal kelas, guru telah memperlihatkan sedikit
peningkatan berbanding rakaman yang pertama.


4.2.3.4 Analisis Rakaman Video Guru Pelatih D


i. Rakaman Pertama Guru Pelatih D


Bagi rakaman pertama guru pelatih D, secara keseluruhannya guru dapat
mengawal kelas dengan baik. Pelajar memberikan kerjasama dan sesi
pengajaran berjalan dengan lancar.


$!

Pada awal sesi pengajaran guru memulakan dengan senaman pemanasan
badan yang menarik, ini menunjukkan bahawa kemahiran asas dalam sukan
sudah sedia maklum bagi guru. Akan tetapi, guru tidak menerangkan mengenai
objektif pengajaran semasa memulakan pengajaran. Tiada set induksi
ditunjukkan diawal sesi walaupun ia merupakan perkara yang penting dalam
proses pengajaran. Kemudiannya, kelas berjalan seperti biasa iaitu guru
mengajar kemahiran dan kesemua pelajar terlibat dalam aktiviti tersebut dan
pelajar memberikan kerjasama. Kesemua aktiviti berjalan dengan lancar.


Guru perlu memberikan kesimpulan diakhir sesi pengajaran. Selain itu juga,
pengisian seperti soal jawab perlu diisi supaya guru mengetahui tahap objektif
pengajaran yang dicapai.


ii. Rakaman Kedua Guru Pelatih D


Dalam rakaman yang kedua, tidak banyak perbezaan dapat diperhatikan.
Keadaan kelas dapat dikawal dan pengajaran dapat berjalan dengan lancar tanpa
sebarang gangguan.


Jika dilihat, guru masih memulakan kelas dengan senaman memanaskan
badan dan ia perlu diteruskan. Akan tetapi, set induksi masih belum diterapkan
dalam memulakan kelas. Guru seharusnya menerangkan mengenai objektif
pengajaran sebelum mengajarkan teknik dan kemahiran. Guru memulakan kelas
dengan senaman dan seterusnya mengajar teknik dan kemahiran. Seterusnya
guru membuat permainan kecil sebelum menamatkan sesi pengajaran.


Guru masih menggunakan kaedah yang sama dalam proses pengajaran
rakaman yang pertama kedalam rakaman yang kedua. Guru perlu lebih
mementingkan hasil pengajaran berbanding mengajar teknik dan kemahiran.
Komunikasi dua hala perlu dalam memastikan pelajar memahami objektif
pengajaran yang ingin disampaikan.
$#

4.3 Kesimpulan


Analisis yang telah dijalankan bagi menjawab tiga persoalan kajian ini iaitu
mengetahui tahap keberkesanan pengajaran dari aspek pengetahuan guru, kemahiran
guru dan sikap guru. Dari segi keseluruhan pengetahuan guru, nilai min yang
diperolehi ialah 3.49. Nilai min yang diperolehi dari keseluruhan aspek kemahiran
guru pula ialah 3.54. Manakala yang terakhir, mengenai keseluruhan sikap guru
pula, nilai min yang diperolehi ialah 3.57. Oleh itu, nilai min secara keseluruhan
ialah 3.53.


Nilai-nilai min yang diperolehi adalah berada antara 3.00 hingga 4.00. Ini
membawa erti bahawa pelajar bersetuju pengajaran guru mereka adalah pada tahap
sangat berkesan dari aspek pengetahuan guru, kemahiran guru dan sikap guru itu
sendiri dan secara keseluruhannya pula, pengajaran guru pada tahap sangat berkesan.


Analisis bagi setiap guru pelatih mengikut aspek pengetahuan guru,
kemahiran guru dan sikap guru telah dibuat. Bagi guru pelatih A nilai min bagi
aspek pengetahuan guru ialah 3.56,nilai min bagi aspek kemahiran guru ialah 3.60
dan nilai minbagi aspek sikap guru ialah 3.62. Nilai min secara keseluruhan bagi
guru pelatih A ialah 3.59. Manakala bagi guru pelatih B nilai min bagi aspek
pengetahuan ialah 3.36, nilai min bagi aspek kemahiran ialah 3.44 dan nilai min bagi
aspek sikap guru ialah 3.43. Secara keseluruhannya nilai min guru pelatih B ialah
3.41. Bagi guru pelatih C pula nilai min bagi aspek pengetahuan guru ialah 3.66,
nilai min bagi aspek kemahiran guru ialah 3.65 dan nilai min bagi aspek sikap guru
ialah 3.70. Secara keseluruhannya nilai min guru pelatih C ialah 3.67. Manakala
bagi pelatih D pula nilai min bagi aspek pengetahuan guru ialah 3.12, nilai min bagi
aspek kemahiran guru ialah 3.34 dan nilai min bagi aspek sikap guru ialah 3.45.
Secara keseluruhannya nilai min bagi guru pelatih D ialah 3.31.


Nilai-nilai min yang diperolehi mengikut setiap guru adalah berada antara
3.00 hingga 4.00. Ini membawa erti bahawa pelajar bersetuju pengajaran guru
$$

mereka pada tahap sangat berkesan dari aspek pengetahuan guru, kemahiran gurudan
sikap guru itu sendiri. Secara keseluruhannya pula, pengajaran setiap guru adalah
pada tahap sangat berkesan.


Bagi analisis video pula, guru pelatih A, B, C, dan D masing-masing
menunjukkan peningkatan pengajaran pada video pengajaran yang kedua berbanding
video pengajaran yang pertama. Kesemua guru pelatih mengalami pembelajaran
pengajaran secara berterusan.





































$%





BAB 5




RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN




5.1 Pengenalan


Dalam bahagian terakhir ini, beberapa perkara akan dirumuskan. Seterusnya,
perbincangan serta kesimpulan kajian akan dibuat. Di bahagian yang terakhir pula,
beberapa cadangan mengenai kajian ini untuk tindakan lanjutan dan kajian lanjutan
akan dibincangkan.




5.2 Rumusan Dapatan Kajian


Kajian ini membincangkan mengenai persepsi pelajar terhadap tahap
keberkesanan guru pelatih wanita di sekitar Johor Bahru. Kajian ini melibatkan
guru-guru pelatih bagi subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dari Universiti
Teknologi Malaysia, Skudai. Seramai empat orang guru pelatih wanita yang terlibat
secara langsung dalam kajian ini.


Guru-guru yang terlibat mewakili sebuah sekolah di sekitar Johor Bahru dan
telah dipilih secara rawak. Pelajar-pelajar dari kelas guru yang terlibat akan
bertindak sebagai responden yang telah menjawab soal selidik yang telah diedar dan
dianalisis.

$&

Bagi menjawab persoalan kajian ini, instrumen yang digunakan bagi
menjawab persoalan kajian ini adalah soal selidik dan rakaman video. Instrumen
soal selidik ini digunakan bertujuan untuk mengkaji tahap keberkesanan guru dari
aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap guru dari aspek persepsi pelajar. Soal
selidik tersebut diedarkan kepada pelajar-pelajar guru yang terlibat di akhir sesi
pengajaran. Bagi rakaman video pula, dua sela masa dipilih bagi merakam sesi
pengajaran guru yang terlibat dari awal sesi hingga akhir sesi pengajaran. Rakaman
video ini kemudiannya dianalisis bagi melihat tahap perkembangan pengajaran dan
keberkesanan pengajaran guru yang terlibat.


Sebanyak 80 soal selidik telah diedarkan mewakili 80 orang pelajar dari
kalangan empat orang guru yang terlibat. Kemudiannya, soal selidik yang diperolehi
dikumpulkan dan data-data yang diperolehi dimasukkan ke dalam perisisan SPSS
versi 16.0. Beberapa analisis dijalankan bagi menilai persepsi pelajar terhadap
keberkesanan pengajaran guru tersebut.


Analisis yang paling tepat bagi mengukur tahap keberkesanan pengajaran
guru adalah analisis terhadap nilai min. Oleh sebab soal selidik tersebut mewakili
tiga aspek iaitu aspek kemahiran, pengetahuan dan sikap, maka item yang mewakili
aspek yang terlibat dikelaskan mengikut aspek berkenaan. Setelah kesemua item-
item dikelaskan mengikut item yang terlibat, maka nilai min bagi aspek tersebut
dapat ditentukan.


Dapatan kajian daripada soal selidik ini pula boleh dikelaskan kepada dua
bahagian iaitu secara keseluruhan dan secara individu mengikut guru pelatih. Guru
pelatih pula telah dikelaskan kepada empat kelas iaitu guru pelatih A hingga guru
pelatih D.


Bagi guru pelatih A,nilai min bagi aspek kemahiran adalah 3.60. Bagi aspek
pengetahuan pula, nilai min adalah 3.56 manakala bagi aspek sikap pula adalah 3.62.
Secara keseluruhannya, nilai min bagi guru pelatih A ialah 3.59. Ini menunjukkan
$'

responden bersetuju bahawa tahap keberkesanan pengajaran guru pelatih A adalah
sangat berkesan iaitu melebihi 3.00.


Jika diperhatikan melalui analisis video yang telah dirakam, secara
keseluruhannya, terdapat peningkatan dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap
guru. Dari segi aspek kemahiran, guru menunjukkan peningkatan dalam aspek
penyediaan alat bantu mengajar, dapat membuat kesimpulan akhir, dan peningkatan
dari segi aktiviti pengajaran pada rakaman kedua. Guru dilihat lebih bersedia dengan
aspek kemahiran tersebut apabila telah menguasai aspek pengetahuan. Dari segi
aspek pengetahuan pula berlaku peningkatan apabila guru telah membuat set induksi
berbanding tiada set induksi pada rakaman pertama dan dapat menyampaikan isi
pelajaran dengan lebih tersusun. Manakala aspek sikap pula, guru telah
menunjukkan daya kesungguhan dan ketegasan semasa sesi pengajaran.


Bagi guru pelatih B pula, nilai min bagi aspek kemahiran adalah 3.44,
manakala bagi aspek pengetahuan pula adalah 3.36. bagi aspek sikap pula, nilai min
adalah 3.43 dan secara keseluruhannya nilai min adalah 3.41. Kesemua nilai min
yang diperolehi adalah melebihi 3.00. Responden juga bersetuju bahawa tahap
keberkesanan guru pelatih B juga adalah sangat berkesan.


Analisis rakaman video bagi guru pelatih B pula, secara keseluruhannya,
berlaku peningkatan dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap guru. Dari aspek
pengetahuan, guru dilihat lebih menunjukkan pengetahuan yang lebih mendalam
pada rakaman kedua. Guru seharusnya mempunyai pengetahuan setidak-tidak nya
asas dalam permainan sebelum mengajarnya kepada pelajar pada rakaman pertama.
Pada sesi rakaman kedua, pengetahuan guru mengenai permainan lebih baik dan
tersusun dan ini menunjukkan bahawa guru telah bersedia sebelum memulakan sesi
pengajaran. Dari aspek yang lain pula seperti aspek kemahiran, penggunaan alat
bantu mengajar lebih baik dan kemahiran mengawal kelas juga lebih baik pada
rakaman kedua. Dari aspek sikap pula, guru telah menunjukkan sikap yang
bersungguh-sungguh dan menjadikan pelajar lebih bersemangat. Selain itu,
$(

ketegasan yang ditunjukkan membolehkan pelajar lebih mendengar arahan dan
kawalan kelas berada dalam keadaan baik.


Seterusnya, bagi guru pelatih C pula, nilai min bagi aspek kemahiran adalah
3.65, bagi aspek pengetahuan pula adalah 3.66 dan bagi aspek sikap pula adalah
3.70. Oleh itu, nilai min secara keseluruhan adalah 3.67. Kesemua nilai min yang
diperolehi oleh guru pelatih C adalah tinggi iaitu melebihi 3.50. Oleh itu, responden
bersetuju bahawa tahap keberkesanan pengajaran guru pelatih C ini adalah sangat
berkesan.


Jika diperhatikan pada rakaman video untuk guru pelatih C ini pula,
kemahiran kawalan kelas meningkat sedikit dan masih boleh diperbaiki. Ini
disebabkan oleh guru mengambil masa yang agak lama semasa set induksi.
Walaupun yang demikian, guru pelatih C telah meningkatkan mutu pengajaran
tersebut pada rakaman kedua dengan memperkenalkan set induksi dengan cara yang
lebih kreatif disebabkan bilangan pelajar yang lebih ramai. Dari aspek pengetahuan
dan kemahiran, guru telah berjaya menerapkan kepada pelajar dan kesemua pelajar
telah melibatkan diri secara aktif pada sesi pengajaran berkenaan. Mengenai sikap
guru pula, guru dilihat bergerak secara aktif bagi memastikan aktiviti dapat berjalan
dengan lancar.


Bagi yang terakhir iaitu guru pelatih D pula, nilai min bagi aspek kemahiran
adalah 3.34. Nilai min bagi aspek pengetahuan pula adalah 3.12 dan bagi aspek
sikap pula, nilai min yang diperolehi adalah 3.45. Oleh itu, secara keseluruhannya,
nilai min yang diperolehi adalah 3.31. Walaupun nilai min yang diperolehi adalah
melebihi 3.00, nilai min ini adalah yang paling rendah jika dibandingkan dengan
guru pelatih yang lain. Walau bagaimapun, respendon juga bersetuju bahawa tahap
pengajaran guru pelatih D juga adalah sangat berkesan.


Seterusnya rakaman video guru pelatih yang terakhir ini, di awal sesi
pengajaran, guru dilihat menunjukkan kemahiran memanaskan badan sebelum
memulakan aktiviti. Selain itu, guru ini dilihat tidak mempunyai kemahiran dalam
$)

mencipta set induksi bagi menarik perhatian pelajar di awal sesi pengajaran.
Seterusnya, guru juga telah menerapkan aspek pengetahuan semasa mengajar
kemahiran kepada pelajar. Aspek yang terakhir iaitu aspek sikap guru yang
ditunjukkan oleh guru pelatih D. Guru pelatih ini dilihat perlu lebih serius supaya
pelajar tidak bermain-main semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku.


Perkara yang terakhir adalah nilai min keseluruhan secara purata bagi
keempat-empat orang guru yang terlibat. Dari aspek ;pengetahuan, nilai purata min
adalah 3.48. Bagi aspek kemahiran pula, nilai min adalah 3.55 dan manakala bagi
aspek sikap pula, nilai min adalah 3.57. Oleh yang demikian, nilai purata min bagi
keseluruhan guru dan secara keseluruhan bagi kesemua aspak adalah 3.53.




5.3 Perbincangan dan Kesimpulan Dapatan Kajian


Instrumen yang digunakan bagi menjawab persoalan kajian ini adalah soal
selidik dan rakaman video. Menurut Medley (1982), keberkesanan pengajaran
seseorang guru boleh dilihat dari pelakuan muridnya dan bukan gurunya. Oleh itu
instrumen soal selidik ini digunakan bertujuan untuk mengkaji tahap keberkesanan
guru dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap guru dari aspek persepsi pelajar.
Menurut Borich (1996) pula, pengajaran yang berkesan melibatkan perlakuan untuk
melakukan sesuatu dan penyatuan beberapa elemen yang menolong ke arah
mencapai matlamat yang spesifik. Oleh itu rakaman video dibuat dan di analisis bagi
melihat tahap perkembangan pengajaran dan keberkesanan pengajaran guru yang
terlibat.


Secara keseluruhannya, responden telah memberikan maklum balas yang
positif terhadap keberkesanan pengajaran guru mereka. Kesemua nilai min yang
diperolehi oleh setiap guru dan juga nilai min secara purata bagi keempat-empat guru
yang terlibat bagi setiap aspek adalah melebihi nilai 3.00. Ini menunjukkan bahawa
respondan bersetuju keberkesanan pengajaran guru mereka pada tahap sangat
%+

berkesan. Nilai purata min bagi keseluruhan guru dan secara keseluruhan bagi
kesemua aspak adalah 3.53 iaitu pada tahap sangat berkesan dan guru telah berjaya
menerapkan segala teori dan prinsip pendidikan dalam pengajaranya yang sebenar
iaitu mengaplikasikan aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap keguruan dalam
pengajarannya Hal ini disokong oleh Abdul Raof dan Subahan (1991) menjelaskan
bahawa sewaktu menjalani latihan mengajar, guru pelatih mengajar dengan
menggunakan segala teori dan prinsip pendidikan dalam situasi pengajaran sebenar
di dalam bilik darjah.


Purata keseluruhan bagi keempat-empat guru yang terlibat telah
menunjukkanaspek sikap guru mempunyai nilai purata paling tinggi iaitu 3.58
berbanding dengan aspek pengetahuan guruiaitu 3.48 dan aspek kemahiran guru iaitu
3.55. Perkara tersebut menunjukkan bahawa semua guru pelatih mempuyai sikap
dan minat yang bersungguh-sungguh dalam pengajaran dan mempunyai sikap yang
baik sepanjang proses pengajarannya yang mewujudkan pengajaran yang bekesan.
Hal ini disokong oleh Ahmad Atory (1986), minat memainkan peranan penting
dalam keberkesanan dan kejayaan dalam proses pembelajaran dan juga disokong
oleh Salleh (1992), seseorang itu memerlukan minat yang mendalam dalam sesuatu
pekerjaan yang diceburinya barulah lahir semangat berdedikasi dalam menjalankan
tugas, rajin, berdisiplin dan bersedia untuk berkorban.


Menurut Shahril (2005), pengajaran berkesan berlaku apabila guru berupaya
mempelbagaikan kaedah pengajaran, menyediakan alat bantu mengajar dan
mendalami isi kandungan yang hendak diajar. Menurutnya juga, guru juga perlu
mengetahui kebolehan pelajar, memotivasikan pelajar agar mereka dapat belajar
dengan bersungguh-sungguh dan mengawal kelakuan pelajar. Oleh yang demikian,
pengajaran yang berkesan terletak pada guru itu sendiri dan kebolehan
memotivasikan pelajar untuk belajar dengan bersungguh-sungguh dan perkara ini
dapat dilihat melalui video rakaman pelatih B yang telah memperbaiki proses
pengajarannya dari segi menyediakan alat bantu mengajar, pembaiki kaedah
pengajaran dan memahami dan bersedia dengan isi kandungan pengajaran yang
hendak di ajar pada pengajaran seterusnya.
%*

Walaupun terdapat banyak lagi penyelidik lain yang mencadangkan model
pengajaran seperti model yang diterapkan oleh Caroll (1963), yang telah
memperkenalkan lima faktor yang mempengaruhi pengajaran berkesan, model yang
digunakan dalam kajian ini adalah merupakan perkara asas yang perlu diterapkan
dalam pengajaran Pendidikan Jasmani. Lima faktor tersebut adalah sikap, kebolehan
untuk mempengaruhi pengajaran, ketekunan, peluang dan pengajaran yang
berkualiti. Kesemua aspek ini dapat dilihat berdasarkan video rakaman kesemua
guru yang telah berusaha membaiki kelemahan yang terlihat dalam video awal
pengajaran dan telah membaikinya mengikut lima faktor tersebut dalam pengajaran
yang seterusnya.


Kesediaan guru adalah penting keranamenurut Farrant (1994), seseorang guru
yang tidak pastidengan apa yang hendak diajaratau setelah pelajaran bermula, baru
hendak mengumpul alat-alat untuk proses pengajaran, tidak boleh mengharapkan
murid-muridnya berkembang dengan cara pengajaran yang sedemikian rupa.Ini dapat
menerangkan bahawa semua guru perlu lebih bersedia dengan aspek pengetahuan
supaya pelajar akan berkembang dengan pengetahuan yang akan dicurahkan kepada
pelajar. Hal ini dapat dilihat pada rakaman kedua semua guru yang menunjukkan
perubahan pengajaran yang lebih positif iaitu guru lebih bersedia dalam pengajaran
berbanding rakaman awal pengajarannya.


Dari aspek perkembangan dan peningkatan kualiti pengajaran pula, kesemua
guru dilihat telah menunjukkan peningkatan. Seharusnya guru perlu meningkatkan
tahap pengajaran dari ketiga-tiga aspek supaya objektif pembelajaran dapat dicapai
dengan mudah.




5.4 Cadangan


Berdasarkan kajian yang telah dijalankan ini, beberapa perkara perlu diambil
kira dan dibaik pulih. Ini perlu untuk meneliti lebih dalam lagi akan kelemahan yang
%!

berlaku dalam proses pengajaran Pendidikan Jasmani serta meningkatkan mutu
Pendidikan Jasmani yang berada pada tahap yang rendah pada ketika ini.


5.4.1 Cadangan Tindakan


Kajian ini bertujuan untuk melihat persepsi pelajar terhadap keberkesanan
guru pelatih wanita yang terdiri daripada tiga aspek iaitu aspek pengetahuan,
kemahiran dan sikap. Beberapa tindakan perlu diambil bagi meningkatkan lagi mutu
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan selepas kajian ini dijalankan. Antara cadangan
tindakan yang boleh dilakukan adalah seperti di bawah:
1. Guru pelatith perlu lebih peka mengenai prestasi mereka sekarang.
Berdasarkan aspek-aspek yang telah disenaraikan, mereka perlu
meneliti aspek yang perlu diasah sebelum memulakan sesi pengajaran
supaya proses pengajaran lebih berkesan lagi.
2. Hasil dapatan kajian ini amat berguna kepada para pensyarah yang
berkaitan dalam meningkatkan aspek yang dilihat masih berada di
bawah tahap yang sederhana pada awal pengajaran guru pelatih.
3. Dengan rakaman video yang telah dilakukan, guru pelatih sendiri
perlu mencerminkan diri dengan menonton sendiri rakaman tersebut
dan menilai sendiri kelemahan yang perlu diperbaiki dan kekuatan
yang perlu diberi penekanan sambil dibantu oleh guru pembimbing
masing-masing.
4. Instrumen soal selidik berdasarkan aspek kemahiran iaitu item 6,
ketika perlaksanaan matapelajaran Pendidikan Jasmani, gura saya
sentiasa berpakaian sukan dan juga item 14 ketika perlaksanaan
matapelajaran Pendidikan Jasmani, gura saya mempunyai gaya
personaliti yang dapat menarik minat saya untuk terus mengikuti
pengajarannya perlu di beri penambahbaikan supaya bersesuaian
dengan objektif yang berdasarkan aspek kemahiran guru.





%#

5.4.2 Cadangan Kajian Lanjutan


Selain daripada cadangan tindakan, cadangan kepada kajian lanjutan adalah
bertujuan untuk membaik pulih metodologi kajian yang sedia ada dan yang telah
digunakan atau mengolah tajuk supaya dapat melihat permasalahan yang wujud
mengenai dunia Pendidikan Jasmani dari sudut yang lain pula.


Jika diperhatikan kepada hasil kajian, kesemua responden telah memberikan
respons yang positif iaitu pelajar telah meletakkan tahap keberkesanan pengajaran
guru pada tahap yang tinggi. Apabila dilihat dari sudut yang lain pula, kehadiran dan
penyertaan pelajar dalam pengajaran Pendidikan Jasmani masih belum dapat
melahirkan pelajar aktif dan sihat. Perkara ini berlaku mungkin disebabkan oleh
persepsi pembelajaran pelajar mengenai Pendidikan Jasmani adalah berbeza dengan
persepsi pembelajaran yang sepatutnya.


Oleh itu, menjadi satu keperluan kepada pengkaji-pengkaji untuk menilai
kembali apakah konsespsi pembelajaran pelajar terhadap Pendidikan Jasmani.
Apabila konsepsi pembelajaran sebenar pelajar dapat diketahui, maka dapatlah
diketahui sama ada konsepsi pembelajaran yang dipegang oleh pelajar adalah tinggi
atau tidak.


Cadangan lain yang boleh ditambah bagi membaik pulih kajian yang akan
datang adalah dengan mengenal pasti adakah wujud perbezaan konsespi
pembelajaran jika dibandingkan dengan pelajar yang lebih senior.


Selain itu juga, skala yang digunakan dalam soal selidik yang sedia ada iaitu
skala empat mata perlu ditambah. Ini memberikan ruang mata yang lebih luas dan
penilaian yang dilakukan akan menjadi lebih tepat berbanding empat mata yang
digunakan dalam kajian ini.


%$

5.5 Kesimpulan


Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti persepsi pelajar terhadap
keberkesanan guru pelatih Pendidikan Jasmani wanita di sekolah sekitar Johor
Bharu. Responden diberi peluang untuk memberikan skala tahap keberkesanan
bermula dari sangat setuju hingga sangat tidak setuju.


Berdasarkan dapatan kajian dan analisis yang telah dilakukan, nilai min yang
diperolehi berdasarkan aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap adalah melebihi
3.00 iaitu tahap tinggi. Oleh itu, responden bersetuju bahawa tahap pengajaran guru
pelatih secara keseluruhannya adalah tinggi.


Jika dilihat kepada analisis video pula, guru dilihat menekankan ketiga-tiga
aspek yang diuji dalam soal selidik. Oleh itu, pengajaran guru adalah berkesan.

























%%





RUJUKAN




Abd Rahman Yusoff (1997), Pelaksanaan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di
sekolah-sekolah menengah Daerah Tanah Merah Kelantan. Tesis Sarjana
Sains Pembangunan Manusia. UNIMAS Sarawak.

Abdul Raof Dalip, T. Subahan Mohd. Meerah (1991). Isu-Isu Latihan Mengajar.
Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Abdullah Hassan (1989), Isu-isu pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia .
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abu Hassan dan Meor Ibrahim Kamaruddin (1997). Modul 1:Siri Program
Perguruan Latihan Mengajar: Apakah Persediaan Guru Pelatih. Universiti
Teknologi Malaysia.

Ahmad Atory Hussain. 1986. Tingkah laku organisasi dalam pengurusan moden.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asiah Abu Samah (1983). Buku Panduan Khas Pendidikan Jasmani Tahun
2:Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran. Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Andrew (2002), Faktor-Faktor Dalaman dan Luaran Organisani Pendidikan dan
Hubunganya Dengan Tekanan Kerja : Satu Tinjauan Di Sekolah Menengah.
Tesis Sarjana, Universiti Utara Malaysia.

Ahmad Rodzli (2004), www.slideshare.net/rodzli/pengenalan-pendidikanjasmani.

Borich G. D (1996), Effective teaching methods, (esp. ch 8, Questioning Strategies),
Prentice Hall.


%&

Capel, S., Piotrowski, S.(2000)..Issues in Physical Education (Issues in Education
series), Oxford University Press.

Carroll, J. (1963). A model of school learning. Teacher College Record, 64,723-73.

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2002). Kamus Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur :
Dawara Sdn. Bhd.

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2008). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur :
Dawara Sdn. Bhd.

Farrant, J.S. (1994). Principle and practice of education. Singapore. Longman.

Ghazali Bin Darusalam (2000), Kesahan dan Kebolehpercayaan dalam Kajian
Kualitatif dan Kuantitatif.Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan Maktab
Perguruan Islam, Bangi. Tesis Ph.D. Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Heibert, J et al (1991). Fourth graders gradual constructions of decimal fractions
during instruction using different representation. Elementary School Journal,
97, 301-341.

Husairi Mohri (2002), Tinjauan Menegenai Perlaksanaan Matapelajaran
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di Empat Buah Sekolah Kebangsaan
Felda Dalam Daerah Hulu Perak. Laporan Ijazah Sarjana Muda, Universiti
Teknologi Malaysia.

Kamaruddin Hj Husin (1988), Pedagogi Bahasa, Longman Malaysia, Kuala Lumpur

Kallison (1986), Effect of lesson organization achievement. American Education
Research Journal, 23, 337-347.

Khairun Nadwa (2007), Kesan Pembelajaran Melalui Inkuiri (PBI) Melalui Web
Terhadap Prestasi dan Persepsi Pelajar Dalam Mata Pelajaran Fizik
Peringkat Universiti. Tesis Sarjana, Fakulti Pendidikan, Universiti Sains
Malaysia.

%'

King , D & Menke, J (1992). Providing the instructors note: An effective additional
to student note taking. Educational Psychologist, 20, 33-39.

Kubiszyn, T., and Borich, G., (2000), Educational Testing and Measurement
:Classroom Application and Practice. Sixth Edition. New York : John Wiley
&Sons, Inc.

Land, M.L (1987), Vagueness and clarity. Dalam Dunkin Ed International
encyclopedia of teaching and teacher education. N.Y : Pergamon.

Loh Hueh Yong (2010), Konsepsi Pembelajaran Pelajar Tahun Satu Dan Tahun
Empat Di Fakulti Kejuruteraan Dan Sains Geoinformasi. Laporan Projek
Ijazah Sarjana Muda Fakulti Pendidikan, UTM.

Medley.D (1982), Teacher Effectiveness. In HE Mitzel (Ed) Encyclopedia of
Educational Research (pp. 1345-1352). New York. Free Press.

Mohd Najib Abd. Ghafar, (1999). Penyelidikan Pendidikan. Johor: Penerbit
Universiti Teknologi Malaysia.

Mohd Wildan Azmi (2011), Konsepsi Pembelajaran Di Kalangan Pelajar Fakulti
Sains. Laporan Projek Ijazah Sarjana Muda, Fakulti Pendidikan, UTM.

Noor Azreen (2002). Keberkesanan Pengajaran Guru Sains Dari Perspektif Pelajar
Tingkatan Empat Di Sekolah-sekolah Menengah Daerah Kulai. Laporan
Projek Ijazah Sarjana Muda Fakulti Pendidikan, UTM.

Norhayati binti Abdul Rahman (2009). Keberkesanan Pengajaran Mikro Dalam
Latihan Mengajar Guru Pelatih Matematik. Laporan Projek Ijazah Sarjana
Muda Fakulti Pendidikan, UTM.

Norani Saidun (2009), Persepsi Pelajar Terhadap Keberkesanan Pengajaran Mata
Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Menengah. Laporan Projek Ijazah
Sarjana Muda Fakulti Pendidikan, UTM.

%(

Pid Song (2006). Displin Pelajar Melalui Pendidikan Jasmani. Diakses pada 12
Februari, 2009, dari http://www.idesa.net.my/.

Salleh Long (1922), Guru dan Martabatnya, Pendidik. Widad Publicatian, K.L

Shahril @ Charil Bin Hj Marzuki (2005),Amalan Pengajaran Guru Yang Berkesan:
Kajian Di Beberapa Sekolah Menengah Di Malaysia. Tesis Sarjana
Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.

Schwager, S & C. Labate (1993). Teaching For Critical Thinking On Physical
Education.Journal of Physical Education, Recreation and Dance.pp24-26.

Slavin R.E (1994), Quality, Appropriateness, Incentive And Time: A Model Of
Instructional Effectiveness. International Journal of Educational Research,
21, 141-157.

Walter R. Borg & Meredith Damien Gall (1979), Educational Research ; An
Introduction. 3rd Edition, New. York : Longman.

Wee Eng Hoe. (1994). Organisasi Dan Pentadbiran Sukan Dan Pendidikan
Jasmani.Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Zulfahmi Md Hanafiah (2008). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Keberkesanan
Pengajaran Guru Pelatih UTM Dalam Menghadapi Latihan Mengajar.
Laporan Projek Ijazah Sarjana Muda, Fakulti Pendidikan, UTM.