Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN PENGERUSI KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL SEMESTER 5

Bertarikh 5 januari 2014,kami pelajar pismp semester lima telah mendapat satu
tugasan wajib berdasarkan proforma kursus pjm 3112 iaitu mengadakan sebuah
karnival permainan tradisional.Taklimat berkenaan tugasan telah diberikan oleh
pensyarah pembimbing kami iaitu Encik Yusainy.Kami mendapat taklimat awal daripada
En.Yusainy.Selepas mendapat taklimat tugasan, Encik Yusainy meminta kami
mengadakan mesyuarat untuk memilih jawanatankuasa bagi setiap kelas.Walaupun
kami akan menjalankan karnival ini bersama-sama kelas yang lain.Jawantankuasa
perlu membuat perbincangan masing-masing mengenai bidang tugas.Mesyuarat yang
dijalankan telah mendapat sebulat suara untuk melantik saya menjadi pengerusi
karnival permainan ini.Selesai mesyuarat pertama tersebut,maka bermulalah kerja-kerja
untuk menjayakan karnival ini yang berbaki hampir dua bulan lagi.
Tugas saya sebagai pengerusi bermula dengan meminta setiap ahli
jawantankuasa (ajk) menyediakan bidang tugas mereka.Bidang tugas yang mereka
perlu sediakan mestilah meliputi sebelum,semasa dan selepas.Selain daripada bidang
tugas,kami juga perlu menyediakan time line untuk gerak kerja dan juga membuat
sebuah carta gant mengikut ajk masing-masing.Seperti sedia maklum, karnival
permainan ini akan dijalankan secara bersama iaitu kelas kami juga perlu menyediakan
time line untuk gerak kerja.Seperti yang sedia maklum,karnival permainan ini akan
dijalankan secara bersama iaitu kelas kami akan bekerjasama dengan kelas lain iaitu
bc,psv 1,pk 1,pk 2,pk 3,pk 4,mate 1 dan mate 2.Oleh yang demikian,saya selaku
pengerusi psv 2 perlu sentiasa berbincang dengan pergerusi induk serta pengerusi
kelas lain untuk mendapatkan pandangan,idea dan juga persetujuan daripada
mereka.Perbincangan sebegini adalah amat penting untuk mendapatkan keputusan
yang sebulat suara bagi melancarkan karnival ini.Saya telah membahagikan beberapa
tugas-tugas mengikut kelas serta tugas tugas yang ditetapkan.

Sepanjang sebelum karnival berlangsung tugas yang paling besar adalah untuk
mendapatkan peserta.Kami telah mendapat tanggungjawab untuk mengambil semua
pelajar yang menganjur.Ini merupakan satu cabaran kepada kita semua dapat merasai
keduaa-duannya pada masa yang sama.Selain itu,kami telah mengagihkan kepada 2
kumpulan iaitu pada hari pertama 4 buah kelas bermain dan 5 buah kelas akan
menganjur.Seterusnnya pada hari kedua,kelas yang bermain akan menganjur
manakala kelas yang menganjur akan bermain.Ia merupakan satu kerja yang
ringkas,mudah dipatuhi oleh semua orang.Selain itu,sebelum karnival berlangsung
juga,perkara yang paling penting yang telah diselesaikan adalah mengenai kertas
kerja.Pengarah telah memberi kelulusan bagi menjalankan karnival permainan
tradisional.Selain itu,pelbagai kerja-kerja lain yang telah diselesaikan contohnnya
mengenai PA sistem,persiapan tempat,kad jemputan dan sebagainnya.
Semasa karnival berlangsung,saya sebagai pengerusi telah memantau
kawasan-kawasan permainan,tempat pendaftaran dan lain-lain sebelum karnival
bermula.Karnival bermula dengan senam seni bersama para peserta yang dikendalikan
oleh kami sendiri.Walaupun para peserta datang tiada pada waktu yang telah kami
ditetapkan,namun ketika waktu pendaftaran,semua peserta telah hadir.Sesi
pendaftaran peserta berjalan dengan baik sekali dimana ajk urusetia telah Berjaya
mengendalikan dan mengawal sesi pendaftaran dengan jayanya.Sepanjang karnival
berlangsung tiada masalah besar yang berlaku.Permainan-permainan berjalan dengan
lancar dan para peserta seronok menyertainnya tanpa ada peserta yang mengalami
kecederaan yang serius.Sesi pertama permainan adalah permainan laman(outdoor
game) telah berlangsung seperti yang dirancang tanpa melebihi waktu yang telah
ditetapkan.Begitu juga permainan anjung (indoor game) yang telah berlangsung
dengan baik di dalam dewan besar IPG Kampus Darulaman.Kami menerima
penghargaaan yang besar apabila pensyarah memberi komen serta turut melibatkan
diri dalam karnival permainan tersebut. Bukan itu sahaja,kita juga mendapat tindak
balas yang positif daripada pihak yang lain.Selesai majlis penutup,kami sama-sama
telah mengemas dan menyimpan segala apa yang kami gunakan untuk karnival kedua
bagi keesokan harinya.Karnival ini telah berjalan dengan lancar sepanjang karnival
berlangsung dari awal hingga akhirnya.
Selepas selesai karnival permainan tradisional tersebut,perkara pertama yang
telah saya lakukan adalah menjalankan sesi post mortem bersama ahli kelas.Kemudian
kami perlu menyediakan dua jenis refleksi iaitu refleksi permainan dan refleksi
jawatankuasa.Gerak kerja yang terakhir,kami perlu sediakan dua buah buku laporan
bagi setiap kelas masing-masing iaitu laporan permainan dan laporan jawatankuasa.
Secara kesimpulannya, karnival yang kami adakan telah berjalan dengan lancar dan
jayanya oleh sebab kerjasama yang wujud diantara kami serta bimbingan yang baik
daripada pensyarah penasihat iaitu Encik Yusainy.Akhir sekali,semoga segala ilmu dan
pengalaman yang diperoleh dari mengadakan karnival permainan tradisional ini dapat
dimanfaatkan sebaik mungkin pada masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai