Anda di halaman 1dari 8

Amali 3 pemuliharaan ex-situ : zoo dan taman botani

Noor haslida binti padzil Page 1



AMALI 3
Pemuliharaan ex-situ : zoo dan taman botani

Tugasan :
Lawati satu zoo atau taman botani. Jika anda tidak dapat berbuat demikian, lawati zoo maya
(virtual zoo) atau taman maya (virtual garden) dalam rangkaian sesawang. Beberapa tapak
sesawang boleh dilawati seperti yang tersenarai pada akhir amali ini, tetapi anda akan temui
banyak tapak sesawang jika anda meneroka.

Bahagian 1:
Dalam satu kumpulan yang tidak lebih daripada tiga orang, sediakan 10 minit pembentangan dalam
kelas anda, di mana anda menerangkan bagaimana kemandirian sesuatu tumbuhan dan haiwan
yang anda perhatikan dari segi pemuliharaan ex-situ. Jika boleh gunakan sebarang imej bagi
menjelaskan lagi pembentangan anda.

Stesen Penyelidikan FRIM, Mata ayer telah ditubuhkan pada tahun 1974 dibawah program
Membaikbiak Benih Pinus Caribaea di Hutan Simpan Mata Ayer, Perlis. Hutan simpan ini meliputi
kawasan seluas 455 hektar, dan telah ditanam dengan jati pada 1953 sebagai tanaman percubaan.
Memandangkan potensinya dan keadaan cuaca yang sesuai, suatu perladangan berperingkat telah
ditubuhkan beberapa tahun berikutnya.
Petak pertumbuhan jati tertua ini ditanam pada 15 Ogos 1953 seluas 0.8 hektar. Anak
tunggul sebanyak 408 batang 12x16kaki berasal dari Pulau Langkawi. Sehingga kini jumlah
keseluruhan yang ditanam Jati lebih kurang 300 ha telah ditanam dengan jati dari pelbagai wilayah
seperti Thailand, Indonesia, India, Papua New Guinea, Trinidad dan Saba. Pokok yang tertua telah
pun mencapai usia 60 tahun.



Pintu masuk ke ladang jati
Amali 3 pemuliharaan ex-situ : zoo dan taman botani

Noor haslida binti padzil Page 2


Antara objektif penubuhan SPF Mata Ayer adalah untuk Menjadikan stesen ini sebagai
Pusat Rujukan Teknikal untuk penanaman dan membaikbiak Jati yang terkenal di rantau ini dengan
focus utamanya ialah memelihara dan memulihara pokok jati selain menjalankan penyelidikan
membaikbiak Jati dan juga menghasilkan benih-benih Jati yang berkualiti tinggi dari baka-baka
yang terpilih.
Pemuliharaan ex situ yang dilakukan di sini bertujuan untuk mengekang berlakunya
kepupusan terhadap pokok jati. Stesen ex situ mata air pada masa kini berperanan sebagai pusat
rujukan teknikal hutan ladang dan rujukan bagi kaedah membiak baik tanaman jati. Selain itu, ia
juga bertujuan untuk menyokong aktiviti membiak jati bagi penghasilan bahan tanaman berkualiti
tinggi. Rentetan dari itu, ia sekaligus akan mempromosikan bidang perhutanan dan
ekopelancongan kepada orang awam juga agensi kerajaan.



Semenjak penubuhannya, berbagai-bagai aktiviti penyelidikan telah dijalankan. Antaranya
ialah, penghasilan bahan tanaman berkualiti tinggi bagi jati dan sepsis-spesis selain pokok plus dan
klon-klon terpilih. Selain itu, terdapat plot-plot pertumbuhan dan penghasilan jati. Antaranya ialah
araucaria spp, acacia, khaya, mahogany, Yamane, shorea roxburghii, sungkai dan buluh. Untuk
memudahkan kerja penyelidikan sebuah kawasan penghasilan biji benih jati ditubuhkan. Selain itu,
kajian tentang fenologi jati juga dibuat selain mengkaji perosak dan penyakit jati. Penubuhan bank
klon jati pula diadakan bagi memudahkan aktiviti mengacuk benih jati. Biji benih yang ditanam akan
diuji ketahanannya dengan ujian pancang supaya ia lebih subur dan tahan.
Misi pusat ini adalah untuk meningkatkan kemudahan untuk aktiviti penyelidikan terutama
berkaitan tanaman jati dan Eko-Pelancongan Alam Flora di samping menarik minat orang ramai
Suasana di ladang
jati
Amali 3 pemuliharaan ex-situ : zoo dan taman botani

Noor haslida binti padzil Page 3

menghargai dan mencintai alam sekitar. Pelawat yang dating ke sana berpeluang untuk menaiki
menara pandang dan titian gantung yang menyajikan pemandangan hutan malar segar yang indah
dikelilingi lading jati. Selain itu, pelawat didedahkan dengan tumbuhan jati di mana sebuah galeri
jati telah ditubuhkan. Di sini dipamerkan sample keratan kayu, tanah yang sesuai untuk penanaman
jati, kraf jati dan sebagainya. Visi pusat ini adalah untuk menjadi sebuah pusat kecemerlangan di
dalam penyelidikan dan membaikbiak jati yang terulung di rantau ini.





Antara penyelidikan yang telah dijalankan ialah membaikbiak pokok jati, menubuhkan dirian
biji benih jati, bank Klon Jati yang terdiri daripada 71 klon, pengeluaran anak benih pokok Jati dan
spesis pokok lain dari baka yang berkualiti, petak-petak kajian tumbesaran pokok Jati, Auraucaria,
Acacia, Khaya ivorensis, Mahogani, Yemane, Meranti temak nipis, Sungkai dan buluh pelbagai
spesis, penyelidikan ujian ketahanan kayu graveyard test dan penyelidikan pertumbuhan Jati dan
Tongkat Ali.



Pelawat berpeluang merakamkan
gambar di ladang jati
Ukur lilit pokok jati diukur setiap
tahun
Amali 3 pemuliharaan ex-situ : zoo dan taman botani

Noor haslida binti padzil Page 4

Melalui program pendidikan yang sebegini diharap akan memberi kesedaran kepada
generasi muda untuk memelihara dan memulihara flora dan fauna. Ini kerana alam sekitar
memainkan peranan yang penting di dalam kehidupan harian kita. Alam sekitar yang tidak tercemar
memberikan kita satu suasana yang selesa dan menyegarkan. Suasana sebegini akan
menyumbang kepada sector pelancongan di mana ekonomi Negara dapat dijana dengan baik.
Kesimpulannya, pemeliharaan muka bumi perlu dijalankan bagi menjamin keharmonian
hidup sejagat. Justeru itu, semua lapisan masyarakat haruslah berganding bahu, bekerjasama dan
saling membantu dalam memelihara alam sekitar supaya khazanah alam ini tidak pupus untuk
warisan generasi kita yang akan datang supaya mereka dapat lihat apa yang dapat kita lihat pada
hari ini.


























Amali 3 pemuliharaan ex-situ : zoo dan taman botani

Noor haslida binti padzil Page 5

Bahagian 2:
Secara individu bincangkan dan buat laporan berbentuk esei lebih kurang 300 patah perkataan
tentang isu-isu di bawah. Termasuk satu huraian tentang tujuan amali, nyatakan teks rujukan dan
senarai rujukan sebagai format yang betul pada akhirnya.
Apakan julat kepadatan kepelbagaian (diversity)? Bagaimana jumlah biodiversity diwakili
pada (a) peringkat kebangsaan (b) peringkat sejagat dari segi jumlah zoo dan taman
botani? Apakah mereka fokuskan pada kumpulan utama atau lain-lain kumpulan yang
diwakili? Terangkan.
Apakah erti in-situ dan ex-situ? Apakah kelebihan (merits) dan kelemahan (shortcomings)
pemuliharaan ex-situ?
Kenapa para ekologis percaya pemuliharaan in-situ sebagai pengurusan habitat yang
cermat, haya diterima sebagai satu strategi pemuliharaan sahaja, dan tidak sebagai strategi
pemeliharaan untuk jangkamasa panjang bagi sebarang habitat semulajadi atau apakah
jenis yang boleh membiak dalam keadaan liar, dalam zoo atau taman?
Kenapa ramai orang berfikir tidak betul untuk membawa kembali spesis yang pupus
seperti Harimau Tasmania? Apakah implikasi terhadap usaha-usaha pemuliharaan akibat
dari tindakan ini?

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia atau Forest Research Institute Malaysia (FRIM)
merupakan sebuah agensi kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
Malaysia. http://ms.wikipedia.org/wiki/Institut_Penyelidikan_Perhutanan_Malaysia
Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah ditubuhkan sebagai sebuah badan
berkanun pada tahun 1985. FRIM merupakan satu-satunya agensi kerajaan yang terlibat aktif
dalam penyelidikan perhutanan, pemuliharaan dan pemeliharaan biodiversiti negara. FRIM juga
telah diisytiharkan sebagai salah satu destinasi pelancongan wajib dilawati oleh Lembaga
Penggalakan Pelancongan Malaysia dan sering dikunjungi pelancong dari dalam dan luar negara.
FRIM mewarisi kepelbagaian hasil bahan dan produk penyelidikan selaras dengan usaha yang
perlu diurus secara berkekalan dan dieksploitasi secara bijak. Usaha untuk menyemai kesedaran
warga FRIM terhadap kepelbagaian hasil bahan dan produk penyelidikan tersebut akan
meningkatkan kesedaran para penyelidik FRIM khususnya dalam mengelakkannya daripada
kepupusan atau kerosakan di samping menggalakkan penemuan baharu dalam penyelidikan untuk
dijadikan sebagai rujukan dan kebanggaan bersama institusi ini.
Stesen penyelidikan FRIM Mata Ayer ditubuhkan pada tahun 1974, stesen ini terletak di
kawasan seluas 455 hektar dalam Hutan Simpan Mata Ayer. Ia merupakan pusat rujukan untuk
penubuhan ladang hutan jati. Penanaman pertama dijalankan pada tahun 1953. Ia mempunyai
Amali 3 pemuliharaan ex-situ : zoo dan taman botani

Noor haslida binti padzil Page 6

kawasan seluas 300 hektar yang ditanam dengan jati dari pelbagai lokasi di Semenanjung Malaysia
serta dari Thailand, Indonesia, India, Papua New Guinea, Trinidad dan Sabah. Stesen ini juga
dilengkapkan dengan kemudahan untuk aktiviti-aktiviti pendidikan eko-pelancongan dan alam
sekitar termasuk titian kanopi, kemudahan penginapan dan tapak perkhemahan.
http://www.frim.gov.my/?page_id=4978&lang=ms
Penubuhan Galeri Penyelidikan FRIM mengubah imej Muzium FRIM kepada sebuah pusat
pengumpulan setempat pelbagai hasil aktiviti para penyelidik FRIM dalam bentuk poster, majalah,
risalah, bahan, produk, sampel, spesimen, model dan prototaip penyelidikan yang dipamerkan.
Gaya penyampaian dan persembahan Galeri Penyelidikan FRIM adalah mengikut trend masa kini.
Pelbagai elemen berunsurkan ciri-ciri perhutanan diwujudkan sebagai motif sampingan
bersesuaian dengan imej FRIM sebagai sebuah institusi yang terlibat dalam bidang penyelidikan
perhutanan. Galeri Penyelidikan FRIM berperanan sebagai salah satu perantara dalam
mendekatkan diri, mempelajari dan menghayati perkembangan penyelidikan bukan sahaja kepada
masyarakat tetapi juga para penyelidik FRIM yang berwawasan dan mampu berdaya saing di
peringkat global. Kewujudan Galeri Penyelidikan FRIM dapat dimanfaatkan oleh generasi masa kini
dan akan datang sebagai pusat rujukan yang amat berharga dan warisan yang tidak ternilai.
http://www.frim.gov.my/?page_id=3481&lang=ms
Pemuliharaan ex situ merupakan strategi pemuliharaan spesies hidupan liar di luar habitat
semula jadi mereka. Ia juga merupakan pemuliharaan terhadap organisma atau spesies flora dan
fauna yang diambil dari lapangan atau daripada habitat asalnya. Spesies yang diancam kepupusan
atau akan mengalami kepupusan akan dilindungi dan dibiakkan semula di dalam kurungan atau
habitat buatan manusia sebelum dilepaskan ke habitat semula jadi mereka apabila saiz populasi
spesies tersebut telah pulih dan mempunyai habitat yang sesuai. Pemuliharaan jenis ini
mempunyai beberapa tujuan dan kepentingan. Antaranya ialah untuk memelihara flora dan fauna
yang semakin terancam, menyediakan bahan untuk penyelidikan biologi secara berterusan, dan
sebagai rujukan untuk kegunaan di masa akan datang. Ianya memberi pelbagai manfaat dan
faedah dalam memastikan sumber biologi sentiasa mencukupi bagi meneruskan program
pemeliharaan dan pemuliharaan ini.
Pemuliharaan in-situ pula merupakan pemuliharaan terhadap spesies yang telah sedia ada
di habitat asalnya. Pemuliharaan ini sedikit sukar dijalankan disebabkan oleh keadaan habitat dan
ekosistem semulajadi mereka yang semakin hari semakin banyak mengalami perubahan serta
pembangunan. Usaha pemuliharaan in-situ ini perlu diberi perhatian dan perlu melalui pelbagai
teknik bagi memastikan ianya berjalan lancar seperti yang dirancangkan.

Amali 3 pemuliharaan ex-situ : zoo dan taman botani

Noor haslida binti padzil Page 7

Terdapat beberapa orang ahli ekologis yang berpendapat bahawa hanya pemuliharaan in-
situ adalah cara dan langkah yang terbaik untuk mengekalkan kewujudan sesuatu spesis
berbanding dengan memulihara haiwan di luar hbitat asal mereka. Ini adalah kerana zoo dan
taman-taman pemuliharaan yang lain ialah ekosistem tiruan manakala hutan adalah ekosistem
semula jadi. Perbezaan antara ekosistem semulajadi dan ekosistem tiruan ialah ekosistem
semulajadi boleh diadaptasi oleh kebanyakakan spesis hidupan tetapi hanya beberapa spesis
sahaja yang mampu untuk hidup di dalam ekosistem tiruan. Spesis yang tidak mampu beradaptasi
akhirnya akan mati dan pupus.
Bagi sesetengah spesis yang telah pupus seperti Harimau Tasmanian, kebanyakkan
berpendapat adalah kurang wajar untuk mewujudkan semula spesis tersebut. Ini kerana spesis
tersebut dikatakan memberi banyak gangguan kepada manusia dan akan memberi kesan jika
masih wujud. Berkemungkinan juga spesis tersebut telah pupus disebabkan perubahan cuaca dan
alam yang tidak sesuai lagi bagi mereka.










Amali 3 pemuliharaan ex-situ : zoo dan taman botani

Noor haslida binti padzil Page 8

Anda mungkin juga menyukai