Anda di halaman 1dari 5

Laman Bahasa Melayu SPM

Laman Bahasa Melayu Ini Dibina Untuk Kemudahan Pelajar Ting. 4 dan Ting. 5 yang Bakal Menghadapi
Peperiksaan SPM. Diharapkan Laman Ini Akan Dapat Membantu Pelajar untuk Menguasai Kemahiran Bahasa
Melayu Untuk Menjawab Kertas Peperiksaan Atau Ujian. Selamat Belajar. "Saya Bantu Anda, Anda Cemerlang."
SELAMAT DATANG


Ahad, 21 April 2013
KARANGAN UMUM BERFOKUS DUNIA (KERJA RUMAH
SEBAGAI PILIHAN KEEMPAT)

Masalah ancaman pengganas di peringkat antarabangsa telah membimbangkan
dunia. Hal ini berlaku kerana ancaman tersebut telah menggugat keamanan dan
boleh meruntuh ekonomi negara dan dunia.



Berikan pendapat anda untuk mengatasi masalah berkenaan.

Berdasarkan soalan di atas, saya yakin kebanyakan pelajar cuba mengelak untuk
mengambil tajuk ini sebagai tajuk karangan mereka. Hal ini kerana selain
karangan di atas berfokus antarabangsa, pelajar juga perlu banyak maklumat
untuk menulis karangan berkenaan. Sebagai langkah untuk membantu pelajar
untuk menghasilkan karangan tersebut, tulisan saya pada kali ini cuba untuk
menjelaskan bagaimana untuk menghasilkan karangan berkenaan.

Pengenalan:-


Sejarah telah membuktikan bahawa Perang Dunia Pertama dan Perang
Dunia Kedua telah membawa pelbagai implikasi kepada dunia sejagat. Negara
kita sendiri telah melalui saat perit dan derita apabila terlibat secara langsung
dalam permasalahan ini, contohnya akibat gerakan komunis sebelum merdeka
dan terkini akibat serangan pengganas tentera Kerajaan Sulu yang telah
menyerang tentera dan polis di Semporna, Sabah. Akibat sikap mementingkan
diri Kerajaan Sulu bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing telah
menyebabkan rakyatnya yang terlibat dalam serangan terbunuh, begitu juga
berlakunya kematian terhadap anggota keselamatan Malaysia. Oleh itu, pemimpin
sekarang harus mengambil iktibar bahawa peperangan tidak dapat
menyelesaikan sesuatu konflik dalam masa yang singkat dan mereka perlu
mengambil pendekatan dengan berunding demi kesejahteraan rakyatnya. Jangan
nanti gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah. Terdapat pelbagai
cara untuk mengatasi masalah berkenaan.


Antara langkah untuk mengelak peperangan dan pertumpahan darah adalah dengan mengambil
pendekatan berunding dalam menyelesaikan konflik antara sesebuah negara . Sekiranya langkah ini
tidak diambil, kehilangan nyawa tidak berdosa akan berlaku dalam kalangan masyarakat, apatah lagi
nyawa anggota keselamatan yang menjadi benteng utama mempertahankan tanah air tercinta. Hal ini
demikian kerana melalui perundingan, pemimpin kedua-dua belah pihak boleh duduk semeja dan
berusaha untuk mencari jalan keluar bagi mengatasi konflik yang dihadapi. Perbincangan yang
melibatkan golongan pemimpin ini pasti akan mencari jalan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah
yang berbangkit. Saidina Ali Abi Talib pernah berpesan bahawa pasak kekuatan sesebuah negara
hendaklah didirikan atas keadilan para pemerintah. Oleh itu, rakyat tidak akan mengalami kesengsaraan
hidup akibat ledakan bom dan tembakan peluru berpandu. Anak-anak tidak akan hilang tempat
bergantung dan masa depan mereka akan lebih terjamin. Cukuplah kita melihat penderitaan dan
kesengsaraan hidup yang dialami oleh anak-anak dari bumi Palestin, Iraq dan Afgahnistan serta
beberapa buah negara di Afrika sebagai akibat kehilangan insan yang disayangi. Jelaslah bahawa
perundingan akan mengelakkan berlakunya pertumpahan darah.

Seterusnya, mari kita selongkar kaedah untuk merungkai permasalahan ini menggunakan
minda pelajar kelas pertama dengan merujuk kepada peranan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
(PBB). Pertubuhan dunia ini telah diwujudkan pada tahun 1945 setelah Pertubuhan Liga Bangsa-Bangsa
gagal menghalang berlakunya Perang Dunia Kedua. Antara objektif penubuhannya adalah untuk
memastikan kestabilan politik, ekonomi, dan hak asasi manusia terpelihara. Namun, sehingga kini badan
dunia ini tidak mampu untuk menyelesaikan masalah dunia seratus peratus kerana badan ini dipengaruhi
oleh negara besar terutama negara yang memiliki kuasa veto ( kuasa pembatal) yang dimiliki oleh
Amerika Syarikat, Rusia, China, Perancis, dan Britain. Oleh sebab itu, kuasa-kuasa besar ini seringkali
menggunakan kuasa veto untuk membatalkkan sebarang tindakan kepada negara yang mempunyai
hubungan dengan mereka. Contohnya, Amerika Syarikat sering menggunakan kuasa berkenaan
membantu tindakan Israel menyerang negara Palestin. Begitu juga, Amerika mempelopori gerakan
Pakatan Tentera bersekutu menyerang Iraq. Justeru, reformasi perlu dilakukan kepada petubuhan dunia
ini agar dapat menangani permasalahan negara dunia terutama negara-negara kecil seperti Palestin.

Akan disambung lagi.

Dicatat oleh MOHD. RAMSUL ABD. RAHIMAN di 5:04 PG
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke Facebook
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama
Langgan: Catat Ulasan (Atom)
Bismilah


LOGO SMKASAS

Photo Cube Generator

Pengikut

Hubungi Saya
Pop up my Cbox

NAMA-NAMA ALLAH


MOHDRAMSUL CHATROLL

Try Relay: the free SMS and picture text app for iPhone.

DEMI MASA SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU DALAM KERUGIAN....


TUNAIKAN SOLAT


Dapatkan Widget Jadwal Sholat!

RUJUK KALENDER


BILANGAN PENGUNJUNG MENGIKUTI BLOG INI

Designed by design-school-
directory.com .

PENGUNJUNG SEDANG MELAYARI BLOG INI

Free Hit Counters

PENGESANAN PELAYAR KE BLOG INI

Arkib Blog
2013 (45)
o Ogos (8)
o Julai (2)
o Jun (4)
o Mei (8)
o April (8)
PEMAHAMAN KOMSAS ANTOLOGI TINGKATAN 4 DAN 5 ( FORM...
CARA-CARA MENJAWAB SOALAN RUMUSAN DAN PEMAHAMAN U...
HEADCOUNT MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU PELAJAR TIN...
ULANGKAJI KOMSAS NOVEL TINGKATAN 5- PERSEDIAAN PPT...
ULANGKAJI KOMSAS NOVEL TINGKATAN 4- PERSEDIAAN PPT...
KARANGAN UMUM BERFOKUS DUNIA (KERJA RUMAH SEBAGAI ...
CONTOH MEMBINA KARANGAN BERPANDU BERTAJUK VANDALIS...
SOALAN KOMSAS ANTOLOGI KERJA RUMAH PELAJAR TING. 4...
o Mac (7)
o Februari (3)
o Januari (5)
2012 (30)
o Disember (8)
o November (9)
o Oktober (4)
o April (6)
o Mac (3)

Mengenai Saya

MOHD. RAMSUL ABD. RAHIMAN
Hobi : Membaca, Bertukar-tukar pendapat soal pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Pekerjaan :
Guru Bahasa Melayu. Pengalaman Mengajar : 22 tahun. Ketua Panitia Bahasa Melayu SMKA Sultan Azlan
Shah, Bota, Perak. Penasihat Pasukan Bahas Ala Parlimen dan Penasihat Pasukan Bola Baling SMKASAS.
Guru Mata Pelajaran Bahasa Melayu Ting. 4 dan 5. Penyelaras Sukan dan Permainan SMKASAS. Pernah
menjadi Setiausaha Sukan dan Setiausaha PIBG SMKASAS. Sekiranya anda ingin melihat blog lain iaitu
blog berkaitan PMR dan SPM sila klik pada MOHD RAMSUL ABD. RAHIMAN. Anda boleh melihat blog
saya berkenaan.
Lihat profil lengkap saya

MAHER ZAIN ( NUMBER ONE FOR ME )
http://cikguramsulbmspm.blogspot.com/2013/04/karangan-umum-berfokus-dunia-kerja.html

Templat Simple. Dikuasakan oleh Blogger.