Anda di halaman 1dari 7

1

1.0 Pengenalan
Dalam sistem pendidikan sekolah rendah, guru berperanan dalam mengenal pasti
potensi dan bakat yang ada dalam diri setiap pelajar. Potensi tersebut seharusnya
dikembangkan dan digilap untuk menghasilkan murid yang seimbang dari segi jasmani,
emosi, rohani dan sosial.
Projek ini yang bertujuan memupuk semangat cintakan tanah air ke dalam diri
murid. Semangat cintakan tanah air dalam murid kini semakin menurun dan perlu
dinaikkan semula bagi siap siaga berjuang untuk memajukan dan mempertahankan
negara.
Selain itu, ia bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim antara guru dan murid
disamping mengasah bakat murid melukis. Melalui lukisan poster, murid dapat
meluahkan perasaan cinta mereka terhadap negara.












2

2.0 Matlamat
Projek Melukis Poster ini dapat meningkatkan kemahiran melukis dan dapat menanamkan
semangat cintakan negara oleh murid serta meningkatkan semangat kerjasama antara murid.

3.0 Objektif
Objektif projek ini adalah seperti berikut:
i. Memberi pendedahan kepada murid dalam mencari idea-idea kreativiti
sendiri dalam membina pengetahuan dalam usaha mengenali negara
Malaysia.
ii. Memberi ruang kepada murid bagi mempamerkan kreativiti tersendiri.
iii. Memberi ruang untuk menunjukkan hasil ciptaan yang tersendiri secara
berkumpulan.

4.0 Sasaran
Projek ini disasarkan kepada semua murid Tahun 5 dan Tahun 6. Pertandingan ini
terbahagi kepada dua kategori iaitu kategori Tahun 5 dan kategori Tahun 6.
Jumlah kumpulan : 15 kumpulan
i. Tahun 5 : 7 kumpulan
ii. Tahun 6 : 8 kumpulan






3

5.0 Tarikh dan Tempoh Pelaksanaan

Tarikh : 14 Julai 2014
Hari : Isnin
Masa : 1355-1530
Tempat : Gabungan bilik darjah Tahun 5 dan Tahun 6.
Tempoh Pelaksanaan : 1 jam 35 minit.


6.0 Anggaran Kos

6.1 Peralatan dan bahan

Bil. Peralatan dan bahan Harga seunit (RM) Unit perlu Jumlah (RM)
1. Kertas Mahjong Warna Putih Hak Sekolah 25 helai Hak Sekolah
2. Pensil 2B Hak Murid 1 dozen Hak Murid
3. Pensil Warna Hak Sekolah 22 kotak Hak Sekolah
4. Krayon Hak Sekolah 22 kotak Hak Sekolah
5. Water Color Hak Sekolah 22 kotak Hak Sekolah

6.2 Hadiah:
Bil. Hadiah Harga seunit (RM) Unit perlu Jumlah (RM)
3.
H
A
M
P
E
R

Tempat Pertama 10.00 3 30.00
Hamper Tempat kedua 7.00 3 21.00
Hamper Tempat ketiga 6.00 3 18.00
Jumlah (RM) 69.00


4

7.0 Senarai Jawatankuasa Pelaksana dan Pegawai Terlibat

Penaung : Encik Peter Chee Sian
Pengerusi : Encik Mohd Zaid Bin Mat Ali
Naib Pengerusi : Puan Livia Tan Lee Eng
Setiausaha : Encik Saberi bin Pendi

Penyelaras Projek
Encik Saberi bin Pendi






















5

8.0 Jadual Program

Hari Isnin (14 J ulai 2014)
Waktu Acara

1355-1400 : Kehadiran murid.

1400-1410 : -Taklimat oleh penyelaras projek dan
pembahagian kumpulan.

1410-1525 : Murid melukis dan mewarna

1525-1530 : -Menghantar poster kepada penyelaras
projek
-Menyimpan semula peralatan dan poster
-Menyusun atur semula kedudukan meja

1530 : Bersurai.

*Penyampaian hadiah dilakukan pada waktu perhimpunan sekolah.








6

9.0 Penutup
Perlaksanaan program ini untuk melahirkan murid yang mempunyai semangat
cintakan tanah air di sekolah ini. Murid juga dapat menambah ilmu pengetahuan dan
kemahiran dalam aktiviti melukis.
Adalah diharapkan agar program ini dapat dijalankan seperti yang dirancang dan
kerjasama yang optimum dan sebaiknya daripada semua pihak yang terlibat sama ada
secara langsung atau tidak langsung demi menjayakan program ini. Berharap agar
usaha murni ini akan dapat memberikan faedah dan manfaat terhadap murid .
Disediakan oleh:

(SABERI BIN PENDI)
Guru Pelatih SMPPS1111
IPG Kampus Tun Abdul Razak

Disemak oleh:

( PUAN LIVIA TAN LEE ENG)
Guru Mentor Program Internship
SK Melansai, Serian

Diluluskan oleh:

( ENCIK PETER CHEE AK SIAN )
Guru Besar
SK Melansai, Serian





7

10.0 Lampiran
i. Senarai nama peserta mengikut kumpulan.
ii. Syarat ,peraturan dan panduan melukis poster.

Anda mungkin juga menyukai