Anda di halaman 1dari 13

PENDAHULUAN

Penglibatan dapat ditakrifkan sebagai usaha bersama- sama atau bantu- membantu antara dua pihak mahupun beberapa pihak. Penglibatan ibu bapa and masyarakat dalam pendidikan kanak- kanak dapat meneguhkan pertumbuhan dan perkembangan kanak- kanak sehingga meningkatkan kecemerlangan diri dalam kehidupannya.

TUGASAN 1: ULASAN KRITIS

Artikel yang saya pilih bertajuk Family Involvement In Early Chilhood Education telah menjelaskan peranan keluarga dalam meningkatkan kecemerlangan murid. Artikel ini disediakan oleh Harvard Graduate School of Education (no: 1 in a series- Spring 2006 ) untuk tujuan membuktikan penglibatan ibu bapa dapat membantu dalam meningkatkan kecemerlangan kanak- kanak mahupun sesebuah prasekolah itu. Melalui Harvard Family Research Project yang dijalankan, saya dapat memperoleh ilmu pengetahuan yang baharu yang dapat menambahkan lagi kefahaman saya tentang bahawa pentingnya penglibatan ibu bapa dalam pendidikan untuk meningkatkan kecemerlangan murid.

Dalam artikel Harvard Family Research Project (HFRP) telah menyokong pendapat Urie Bronfenbrenner (1917- 2005) yang menyatakan bahawa,

The family seems to be the most effective and economical system for fostering and sustaining the child’s development. Without family involvement, intervention is likely to be unsuccessful, and what few effects are achieved is likely to disappear once the intervention is discontinued.

Saya bersetuju dengan penyataan ini. Saya berpendapat penglibatan ibu bapa dalam pendidikan awal kanak- kanak memainkan peranan yang penting. Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan awal kanak- kanak bukan sahaja berlaku di dalam prasekolah manakala juga pentingnya pembelajaran kanak- kanak bermula daripada rumah lagi. Segala pembelajaran awal kanak- kanak bermula daripada rumah kemudian berlakunya transisi ke sekolah. Bak kata pepatah Melayu, “melentur buluh biarlah daripada rebungnya”, sejak kecil lagi ibu bapa haruslah mula membimbing anak- anak muda mereka supaya dapat membentuk insan yang berbudi bahasa serta berjaya dalam bidang yang ingin diceburi. Ibu bapa perlulah memberikan masa yang secukupnya untuk memahami keperluan dan kehendak anak- anak serta mengambil berat terhadap minat

seseorang anak mereka barulah dapat membantu anak mereka menuju ke arah yang lebih cerah. Dalam artikel ini juga menjelaskan bahawa pentingnya penglibatan ibu bapa dalam pendidikan prasekolah kerana dapat membawa hasil yang positif seperti tingkatkan keibubapaan dalam jiwa ibu bapa, hubungan antara keluarga dan sekolah serta tanggungjawab bagi pembelajaran anak mereka.

Kelebihan artikel ini ialah telah menyatakan pentingnya peranan ibu bapa dan berserta dengan contoh yang berkesan untuk melibatkan ibu bapa dalam usaha meningkatkan kecemerlangan murid. Dalam artikel ini telah menjelaskan bagaimana cara ibu bapa bertanggungjawab membantu dalam pembelajaran anak mereka sehingga dapat membawa hasil pembelajaran yang berkesan bagi kanak- kanak. Dalam pendidikan awal kanak- kanak, penglibatan ibu bapa cenderung memberi tumpuan kepada bagaimana penglibatan ibu bapa boleh membantu dalam perkembangan literasi dan bahasa kanak- kanak. Saya menyokong penyataan ini dan berpendapat bahawa pergaulan seharian dan interaksi positif yang melibatkan dua hala antara ibu bapa bersama anak dapat membantu kanak- kanak mengenal lebih banyak huruf abjab lebih awal lagi berbanding dengan kanak- kanak yang lain. Di samping itu, kanak- kanak dapat menulis nama diri sendirinya dengan lebih awal berbanding dengan kanak- kanak yang lain.

Menurut Trelease (1989) bahawa membaca kuat kepada kanak- kanak boleh mendatangkan banyak faedah. Oleh itu, ibu bapa mahupun ahli keluarga yang membaca kuat kepada murid prasekolah bukan sahaja dapat meningkatkan kemahira membaca murid tersebut tetapi kemahiran- kemahiran lain yang berkaitan dengan kemahiran membaca. Misalnya, ibu bapa dapat meningkatkan daya mental anank- anak mereka dengan meluaskan konsep, perbendaharaan kata serta meluaskan alam pengetahuan dan permikiran kanak- kanak. Selain itu, melalui membaca buku cerita kepada kanak- kanak bermula pada sejak kecil lagi juga dapat meningkatkan imaginasi

serta kreativiti seseorang kanak- kanak dalam menghasilkan karya yang kreatif. Menurut Safiah (1990) menyatakan bahawa kanak- kanak yang dalam lingkungan umur 5 atau 6 tahun yang kerap dibacakan cerita akan mempunyai satu tanggapan yang agak jelas tentang apa yang dikatakan sebuah cerita. Secara tidak langsung, pelbagai kecerdasan seperti linguistik dan interpersonal juga dapat ditingkatkan melalui aktiviti membaca

buku

cerita.

.

Seterusnya, aktiviti pengajaran ibu bapa secara langsung seperti tunjukkan cara menulis perkataan dapat membantu kanak- kanak dalam kebolehan untuk mengenalpastikan

huruf abjad dan membatangkan suku kata perlulah dimulakan pada usia awal lagi

Saya

.. menyokong pendapat Donald Ragang dalam The Borneo Insider (Oktober 5, 2013) bahawa kanak- kanak yang diberikan pendedahan pada peringkat awal usia lebih cepat

bertindak dan mempunyai kefahaman yang lebih berbanding dengan kanak- kanak yang tidak mempunyai pendidikan awal kanak- kanak.

Pada era globalisasi ini, kebanyakkan ibu bapa menjadi materialis kepada seseorang anak sehingga mengabaikan keperluan lain seperti kasih sayang, masa dan lain- lain yang lebih penting dan diperlukan oleh seseorang kanak- kanak. Fenomena ini sering berlaku dalam masa kini serta ia menjadi semakin serius jika tidak ditangani dengan tindakan yang sewajarnya. Saya dapat melihat dengan mata diri saya sendiri di mana kanak- kanak yang berusia muda telah berkomunikasi dengan menggunakan perisian dengan ibu bapa walaupun terdapat peluang untuk berkomunikasi berdepan dengan ibu bapa. Saya berpendapat bahawa pentingnya ibu bapa berkomunikasi bersama anak mereka kerana melalui perbualan seharian juga dapat membantu kanak- kanak meningkatkan kebolehan mengenal lebih suku kata mahupun perkataan melalui pembelajaran secara langsung bersama ibu bapa dalam rumah. Artikel ini telah membincangkan perbualan seharian ibu bapa dengan anak boleh menggunakan ayat yang kompleks dan pelbagai jenis kata- kata ataupun bahasa yang berbeza (bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Cina) untuk berkomunikasi. Hart & Risley (1995) membukti bahawa dalam keluarga profesional telah menunjukkan kadar yang begitu ketara bagi perkembangang dalam perbendaharaan kata lebih tinggi berbanding dengan yang lain. Selain itu, ibu bapa juga boleh mengadakan aktiviti pembelajaran bersama anak- anak seperti membaca untuk kanak- kanak ataupun mengadakan aktiviti pembelajaran pengalaman yang saling melengkapi seperti melawat ke perpustakaan, lawatan ke zoo, berkelah, melibat dalam aktiviti sukan yang boleh meningkatkan perkembangan literasi bahasa kanak- kanak.

Kesimpulannya, saya berpendapat penglibatan ibu bapa bukan sahaja bergantung kepada aktiviti yang dirancang oleh pihak prasekolah sahaja manakala ibu bapa juga boleh memulakan berdamping bersama dengan anak mereka dengan mengadakan aktiviti keluarga seperti membaca, menyanyi dan lain- lain yang dapat melibatkan ibu bapa dan anak serta mengeratkan lagi hubungan positif antara sama lain. Di samping itu,

sangkutan yang kuat juga dapat dibentuk untuk membina konsep kendiri yang positif dalam diri kanak- kanak sehingga dapat membantu mereka berjaya dalam masa depan. Peranan ibu bapa merupakan faktor utama dalam membentuk sikap seseorang kanak- kanak demi berusaha untuk kecemerlangan dalam kehidupan

Seterusnya, saya akan mengulaskan artikel yang berkaitan dengan hubungan mesra keluarga dengan masyarakat. Pada pendapat saya, aktiviti yang melibatkan masyarakat agak susah dilaksanakan dalam prasekolah. Hal ini demikian, saya berasa aktiviti akan melibatkan orang ramai sukar diuruskan dan sering menghadapi dengan kekangan dalam pengurusan prasekolah. Dalam artikel yang kedua saya kemukakan bertajuk penglibatan masyarakat (community engagement). Artikel ini telah menjelaskan bahawa hubungan mesra keluarga dengan masyarakat memainkan peranan yang penting.

Setelah membaca artikel tersebut, saya dapat memahami dengan jelas tentang pentingnya peranan masyarakat dalam meningkatkan kecemerlangan anak. Dalam C.a.F.E. Enfiled Children’s Center di Adelaide telah berusaha menggalakkan penglibatan masyarakat terutamanya bapa dalam aktiviti prasekolah supaya dapat meningkatkan dan merapatkan penglibatan masyarakat dalam aktiviti prasekolah. Saya bersetuju dengan projek yang telah dilaksanakan oleh pusat C.a.F.E dengan melibatkan bapa dalam jawatankuasa prasekolah. Saya berpendapat cara ini berkesan untuk memulakan penglibatan masyarakat dengan melantikkan bapa murid prasekolah dalam ahli jawatankuasa kerja bagi aktiviti prasekolah seperti membina Taman Sensori. Guru boleh berjumpa dengan bapa murid prasekolah yang berminat dalam berkebun dan turut melibat diri dalam projek membina Taman Sensori dalam prasekolah. Guru boleh memulakan projek Taman Sensori dengan mengadakan perbincangan bersama ibu bapa yang terlibat. Melalui projek sebegini, saya boleh melihat penglibatan masyarakat boleh bermula daripada kelompok yang kecil dan akhirnya dikembangkan menjadi kelompok yang lebih besar ataupun masyarakat. Cara ini agak berkesan dan haruslah dilaksanakan dalam prasekolah di negara kita supaya dapat mengalakkan penglibatan masyarakat dalam membantu kanak- kanak meningkatkan kecemerlangan dirinya. Dalam Taman Sensori, ibu bapa dan guru boleh menanamkan tumbuh- tumbuhan seperti bunga mawar, pokok herbal yang dapat merangsangkan deria murid prasekolah termasuklah deria sentuh, bau, rasa dan lain- lain. Selain itu, kanak- kanak juga berpeluang berkenal mesra dengan orang dewasa berkenaan sesuatu pengalaman ataupun pengetahuan kerana ibu bapa daripada pelbagai latar belakang pekerjaan. Bagi

ibu bapa yang bekerja sebagai profesional seperti doctor, ahli bomba dan lain- lain juga boleh memberikan sesi ceramah kepada ibu bapa yang lain cara untuk mengesan penyakit Denggi dan cara menyelamatkan diri semasa kebakaran berlaku.

Dalam artikel ini, saya mendapati bahawa Gamumbi Early Childhood Education telah mengadakan program lestari untuk menggalakkan penglibatan masyarakat dalam prasekolah. Pusat di Gamumbi telah memberi peluang praktikal bagi kepada ibu bapa dan masyarakat turut melibat secara langsung dalam program lestari seperti membina reban ayam, memasang tangki air dan lain- lain. Selain itu, melalui tanam- menanam kanak- kanak dapat melibat diri dalam aktiviti berkebun serta secara langsung dan mendalam lagi dalam pengeluaran dan penanaman sumber makanan seharian. Selain itu, hasil tanaman yang diperoleh digunakan untuk pembelajaran dalam kelas. Murid dapat memahami dengan lebih mendalam lagi dengan penggunaan bahan maujud dalam pembelajaran. Di Gamumbi, masyarakat percaya bahawa kepentingan berkongsi makanan antara sama lain dapat membina silatulahim yang erat dan semangat kekitaan dalam jiwa kanak- kanak. Saya menyokong penyataan yang dikemukan dalam artikel bahawa berkongsi makanan merupakan cara membina hubungan erat dan semangat kekitaraan. Saya berpendapat bahawa aktiviti jamuan raya bersama ibu bapa dan murid prasekolah dapat memberi peluang kepada ibu bapa untuk menjalin hubungan mesra keluarga dengan masyarakat. Ibu bapa dapat saling berinteraksi antara sama lain untuk berkongsi cara bagi meningkatkan kecemerlangan diri. Saya berpendapat sokongan dan bimbingan daripada ibu bapa sejak kecil lagi memainkan peranan yang penting. Sokongan dan bimbingan yang berterusan dapat membantu kanak- kanak menjadi lebih yakin dengan perkara yang dilakukan.

Tambahan pula, penglibatan masyarakat orang asli sejak daripada awal prasekolah juga memainkan peranan yang penting pada masa kini. Antara sebabnya, penglibatan masyarakat orang asli kurang memuaskan dalam pendidikan awal kanak- kanak kerana kekurangan kewangan, masalah pengangkutan di kawasan pedalaman serta kurang penglibatan yang aktif bagi masyarakat orang asli. Bagi meningkatkan penglibatan masyarakat orang asli dalam pendidikan awal kanak- kanak, pihak Forbes Preschool telah mengadakan program cara menjaga kesihatan dan program pemakanan yang berkhasiat kepada masyarakat orang asli. Saya berpendapat program cara menjaga kesihatan dan program pemakanan yang berkhasiat sangat penting bagi masyarakat orang asli dan harus dilaksanakan oleh kerajaan kita untuk merapatkan hubungan

mesra sekolah dengan masyarakat orang asli di kawasan pedalaman seperti gua musang, pedalaman Sabah dan Sarawak dan lain- lain. Melalui program ini juga dapat memberikan pendedahan awal kepada masyarakat orang asli supaya mereka dapat memahami secara mendalam lagi bahawa jaga kesihatan dan pemakanan penting bagi meningkatkan kecemerlangan anak- anak mereka. Secara tidak langsung, hubungan mesra dengan masyarakat orang asli dapat dipupuk melalui program yang berfaedah ini. Semangat kekitaan ibu bapa masyarakat orang asli dengan pihak sekolah dapat dijalinkan sehingga mereka sanggup berjumpa dengan guru untuk membincang perkembangan anak mereka dari semasa ke semasa.

Kesimpulannya, komitmen bagi semua pihak agak diperlukan dalam usaha meningkatkan kecemerlangan kanak- kanak pada peringkat awal lagi. Oleh itu, dasar- dasar kerajaan dan usaha masyarakat haruslah saling dikaitrapatkan dengan aktiviti prasekolah supaya dapat membantu anak- anak generasi muda berjaya dalam kehidupannya.

TUGASAN 2: LAPORAN PEMERHATIAN

Bagi tugasan kedua dalam KKBI, saya bersama rakan saya dikehendaki merancang dan melaksanakan satu aktiviti yang boleh dijalankan dalam prasekolah untuk mengalakkan penglibatan ibu bapa di mana ibu bapa boleh berkongsi maklumat dan pada3ngan untuk meningkatkan kecemerlangan diri kanak- kanak.

Sebelum aktiviti dipilihkan, kami telah mengadakan perbincangan bersama guru pembimbing dan pihak pentadbir untuk memperoleh pandangan dan idea daripada mereka. Kami telah merancang beberapa jenis aktiviti yang dapat melibatkan ibu bapa seperti sukaneka, aktiviti menyediakan sandwich, aktiviti senamaerobik, aktiviti kitar semula sebagai program prasekolah kami. Setelah perbincangan bersama pihak pentadbir akibat atas beberapa sebab yang tertentu, kami telah membuat keputusan serta pihak sekolah telah bersetuju untuk mengadakan majlis sambutan hari raya prasekolah bagi menggantikan aktiviti yang dirancang sebelum ini.

Pada awal perancangan, kami telah menyediakan kertas kerja yang lengkap berasaskan format kertas kerja yang ditetapkan. Sebagai setiausaha, saya bertanggungjawab untuk menyediakan kertas kerja dengan merujuk kepada format yang betul serta dengan surat- surat yang diperlukan, kad undangan, brosur dan buku program. Setelah dokumen- dokumen siap disediakan, kami telah memohonkan kelulusan daripada guru besar SK Sultan Ismail 3, Puan Hajah Rahana Binti Zakaria.

Persiapan tempat telah bermula pada awal pagi ( lapan pagi) pada 6 Ogos 2014 (Rabu) Semua AJK unit prasekolah bersama ibu bapa telah menunjukkan komitmen masing- masing untuk menyempurnakan majlis raya ini. Ibu bapa turut menghadirkan diri pada awal pagi bersama- sama dengan guru untuk membuat persiapan bagi jamuan raya prasekolah. Di sini wujudlah sikap tolong- menolong dan toleransi antara ibu bapa terhadap aktiviti sekolah. Ibu bapa sanggup datang awal sebelum jamuan mulakan untuk membantu dalam persiapan tempat dan bertugas untuk menghidangkan makanan dan minuman. Secara tidak lansung, perbuatan ini dapat dicontohi oleh murid prasekolah bahawa kepentingan manusia bekerjasama untuk mencapai muafakat.

Ibu bagi murid prasekolah sedang menghidangkan makanan yang disediakan atas meja. Majlis jamuan hari raya prasekolah

Ibu

bagi

murid

prasekolah

sedang

menghidangkan

makanan

yang

disediakan

atas

meja.

Majlis jamuan hari raya prasekolah yang diadakan telah merapatkan lagi silatullahim antara keluarga dengan sekolah. Hal ini boleh diperhatikan dalam majlis sambutan hari raya yang telah berjaya dijalankan pada 6 Ogos 2014 yang lalu. Aktiviti ini telah mendapat sokongan dan bantuan daripada ibu bapa murid prasekolah. Ibu bapa sanggup menyediakan pelbagai makanan dan minuman bagi memeriahkan lagi jamuan raya prasekolah.

Ibu bagi murid prasekolah sedang menghidangkan makanan yang disediakan atas meja. Majlis jamuan hari raya prasekolah
Ibu bagi murid prasekolah sedang menghidangkan makanan yang disediakan atas meja. Majlis jamuan hari raya prasekolah

Ibu

bapa

telah

menyediakan

pelbagai

jenis

makanan

tradisional

 

untuk

menyempurnakan

majlis

raya

prasekolah.

 

Bagi program yang dijalankan pada hari tersebut telah berjaya melibat ibu bapa. Tujuan diadakan sesi maaf- bermaafan antara sekolah dan ibu bapa serta murid kerana ingin memupuk nilai murni seperti maaf- bermaafan dalam jiwa kanak- kanak supaya mereka tahu pentingnya seseorang dapat menghalalkan kesilapan seseorang serta dapat wujudnya masyarakat yang aman damai.

Bagi sesi melapor prestasi murid, guru prasekolah telah menjelaskan lagi kandungan kurikulum yang ada dalam KSPK. Guru menjelaskan pengajaran di prasekolah menitikberatkan aktiviti yang boleh mengembangkan potensi serta bakat mereka seperti melalui aktiviti menyanyi, menari dan lain- lain. Hal ini demikian, terdapat sesetengah ibu bapa telah melahirkan tanggapan yang salah terhadap aktiviti yang dirancangkan tidak membawa sebarang manfaat kepada murid prasekolah melalui aktiviti menyanyi dan lain- lain. Melalui slot ini, ibu bapa dapat memahami kurikulum dan aktivti yang dipelajari oleh anak- anak. Segala aktiviti yang dirancang bukan sahaja ingin menyeronokkan murid prasekolah tetapi mengembangkan bakat- bakat yang terpendam dalam diri murid prasekolah. Ibu bapa dapat membincangkan cara untuk membantu anak- anak mereka supaya dapat maju dalam pelajaran dan meningkatkan perkembangan murid prasekolah dalam pembelajaran. Di samping itu, ibu bapa juga dapat mengesan bakat- bakat anak- anak mereka serta menyambungkan aktiviti susulan ataupun aktiviti rangsangan yang berkesan untuk mencungkil bakat anak mereka. Melalui slot ini juga dapat membantu ibu bapa dalam mengetahui perkembangan anak mereka serta pencapaian mereka dalam prasekolah dari semasa ke semasa. Ibu bapa berpeluang untuk mempelajari cara atau kaedah guru mengatasi masalah tingkah laku anak- anak mereka melalui perbualan bersama guru. Secara tidak langsung dalam perbualan guru bersama dengan ibu bapa, guru juga dapat memahami lebih mendalam tentang latar belakang bagi seseorang murid prasekolah. Ibu bapa juga dapat memahami apa yang sudah, sedang dan akan diajar kepada anak mereka selama berada di sekolah. Di samping itu, guru juga dapat melihat dengan lebih jelas tentang sikap anak- anak mereka semasa di dalam rumah dan di dalam prasekolah.

Seterusnya, melalui slot ini juga guru dapat menukarkan idea dan pandangan bersama ibu bapa dalam cara membantu murid prasekolah untuk meningkatkan kecemerlangan diri murid. Bukan sahaja interaksi antara ibu bapa dengan guru manakala interaksi antara ibu bapa dengan ibu bapa yang lain juga dapat membantu seseorang ibu bapa

lebih memahami dan mengetahui secara mendalam lagi tentang perkembangan anak- anak mereka.

lebih memahami dan mengetahui secara mendalam lagi tentang perkembangan anak- anak mereka. Guru sedang melaporkan pencapaian
lebih memahami dan mengetahui secara mendalam lagi tentang perkembangan anak- anak mereka. Guru sedang melaporkan pencapaian
lebih memahami dan mengetahui secara mendalam lagi tentang perkembangan anak- anak mereka. Guru sedang melaporkan pencapaian

Guru sedang melaporkan pencapaian murid prasekolah dalam kurikulum & kokurikulum.

Tambahan pula, bagi slot sambutan hari jadi dan pertunjukkan fesyen The King & The Queen diadakan adalah untuk memberi penghargaan kepada murid prasekolah supaya murid prasekolah berasa diri sendirinya dihargai sebagai anugerah tuhan yang istemewa.

lebih memahami dan mengetahui secara mendalam lagi tentang perkembangan anak- anak mereka. Guru sedang melaporkan pencapaian
lebih memahami dan mengetahui secara mendalam lagi tentang perkembangan anak- anak mereka. Guru sedang melaporkan pencapaian

Penyampaian hadiah kepada anugerah tuhan yang istimewa bagi bulan Julai- Disember

Pemenang The King & The Queen bagi Prasekolah Mawar & Prasekolah Seroja Kelemahan yang dapat kesan

Pemenang The King & The Queen bagi Prasekolah Mawar & Prasekolah Seroja

Kelemahan yang dapat kesan melalui pemerhatian saya ialah baki makanan yang berlebihan. Makanan yang dibawa oleh ibu bapa terlalu banyak sehingga berlakunya pembaziran. Bagi penambahbaikan, guru boleh memberitahu anggaran makanan bagi ibu bapa sebelum menyediakan makanan supaya dapat mengelakkan daripada mengulangi pembaziran. Selain itu, saya juga dapat memerhati bahawa kanak- kanak tidak berpuas hati kerana tidak terpilih sebagai The King & The Queen. Murid prasekolah telah mengadu kepada saya bahawa kenapa dia tidak dapat menjadi The King & The Queen pada hari itu. Bagi penambahbaikan slot ini, saya bercadang menyediakan hadiah untuk semua murid prasekolah kerana dengan cara ini murid prasekolah dapat mengetahui diri sendirinya tidak diabaikan.

Selain daripada kelemahan itu, saya juga dapat memerhati bahawa kehadiran ibu bapa bagi aktiviti ini perlu ditingkatkan lagi kerana penglibatan ibu bapa dalam aktiviti prasekolah juga merupakan salah satu cara yang berkesan untuk ibu bapa lebih mengenali anak mereka serta membantu anak- anak mereka dalam pembelajaran dan pengajaran. Selain itu, kesuntukkan masa telah menyebabkan kami memendekkan masa untuk aktivti yang seterusnya. Hal ini demikian, kebanyakkan ibu bapa perlu bekerja pada hari tersebut. Kami terpaksa meringkaskan aktiviti dan tamat pada masa 10.30 pagi. Penambahbaikan bagi masalah ini ialah bagi jamuan raya yang akan datang boleh dirancang dan diadakan pada hujung minggu supaya ibu bapa boleh menghadirkan diri tanpa diganggu atas sebab bekerja

Kesimpulannya, melalui majlis sambutan raya prasekolah ini saya banyak memperoleh ilmu pengetahuan dan pengalaman yang baharu. Saya bersyukur kerana dapat tunjuk ajar daripada pensyarah dan juga kedua- dua guru prasekolah sehingga dapat menyempurnakan program ini.

BIBLIOGRAFI

Sumber Buku

Halimah Abdul Rahman & Kamariah Ibrahim. (1993) Pengurusan dan Pengelolaan

Pusat Prasekolah. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Kasnani AB. Karim & Norbe MD. Nor & Nazimah Abdullah. (2005) Perkembangan

Pendidikan Prasekolah. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Jurnal

http://southernearlychildhood.org/upload/pdf/Accessible_Family_Involvement_in_ Early_Childhood_Programs_by_Johnetta_W Morrison_Pamela_Storey_and_Che __ nyi_Zhang.pdf Johnetta, W.M., Pamela, S., & Chenyi, Z. (2011). Dimensions of Early Chidhood. Accessible Family Involvement in Early Childhood Programs. Volume 29 (No.3), 21- 26.

content/uploads/2012/11/NQS_PLP_E-Newsletter_No47.pdf Luke T. (2012). National Quality Standard Professional Learning Program. Community Engagement. Volume 47,

1-5.

Jamilah, R. J., Kathy, G. W., & Anne, D. (2012). Strengthening Families in Illinois.

Increasing Family Engagement in Early Childhood Program. Volume November, 18-23.

community-relationships-and-resources Harvard Family Research Project. (2006). Family Involvement in Early Childhood Education. No 1 in a series. 1-8.

Sumber Internet

membentuk-generasi-yang-cemerlang/ Donald Ragang. (2013, October 5). Guru dan Ibu Bapa Mainkan Peranan Penting Membentuk Generasi yang Cemerlang. The Borneo Insider.