Anda di halaman 1dari 20

50 Sebab Kenapa Anda Gagal Dalam Temuduga

1
Tipskerjakerajaan.com
OLEH : TipsKerjaKerajaan.com
50 Sebab Kenapa Anda Gagal Dalam Temuduga
2
Tipskerjakerajaan.com
1) TIDAK ADA PERSEDIAAN
Anda perlu tahu aktiviti atau jenis perniagaan yang dijalankan bakal majikan
anda. Ianya amat penting kerana ia menjadikan anda calon yang
berpengetahuan.
Anda perlu tahu sedikit informasi bagaimana bakal majikan anda menjana
pendapatan, produk yang mereka jual, pesaing mereka, budaya kerja
di pejabat dan jika anda mahu lebih bersedia, ketahui sekali masalah bakal
majikan anda agar anda boleh meyakinkan mereka bahawa andalah calon yang
sesuai untuk mengatasi masalah tersebut.
Ringan-ringankan tulang anda melayari laman web bakal majikan anda dan buat
kajian mengenai jawatan yang bakal anda sandang.
2) TIDAK MEMBUAT LATIHAN TEMUDUGA
Banyak kes didapati calon menjadi kelu dan tergagap-gagap apabila
berkomunikasi dengan penemuduga. Mengapa ini terjadi?
Disarankan, sebelum temuduga calon membuat senarai soalan yang
berkemungkinan akan disoal dan cara untuk menjawabnya.
Bagaimana untuk membuat soalan? Mudah sahaja.
Letak diri anda ditempat penemuduga, apa yang anda ingin soal kepada
calon seperti anda. Anda buat jawapannya sekali.
Berlatihlah bersama rakan. Dinasihatkan berlatih dengan serius seperti di
dalam bilik temuduga yang sebenar. Anggap rakan anda itu penemuduga yang
anda tidak pernah jumpa sebelumini.
Seeloknya, berlatihlah di hadapan cermin agar dapat melihat mimik muka anda.
Cari mimik muka anda yang bersesuaian, tenang, positif, ceria dan penuh
keyakinan.
Anda juga perlu berlatih dalam berbahasa Inggeris. Tidak kira anda
memohon jawatan di sektor swasta atau awam. Pastikan bahasa anda mudah
difahami.
[+] Pakej Lengkap Rahsia Lulus Temuduga
Kerja Kerajaan
50 Sebab Kenapa Anda Gagal Dalam Temuduga
3
Tipskerjakerajaan.com
3) TIDAK MEMAKAI PAKAIAN YANG SESUAI
Imej juga amat penting bagi menilai diri anda sebagai bakal pekerja.
Pandangan pertama penemuduga bakal memberikan keputusan tidak rasmi
tentang diri anda.
Penemuduga akan melihat cara anda berpakaian yang mana ianya sesuai atau
tidak anda memegang jawatan yang ditawarkan.
PENTING!
Jangan sesekali berpakaian yang tidak sesuai seperti t-shirt, jeans, skirt pendek
yang menjolok mata, pakaian yang berwarna terang, berkasut sukan dan
berselipar.
Anda disarankan berpakaian sopan, berwarna lembut, bersih, berbau segar dan
bergosok. Pakaian yang digalakkan seperti kemeja, baju kurung atau skirt labuh.
Calon wanita disarankan bersolek sederhana dan jangan memakai pewangi yang
terlalu kuat baunya. Calon lelaki hendaklah bertali leher dan stokin jangan dilupa.
4) TIDAK MENJAGA PENAMPILAN
Seorang calon itu hendaklah berterampilan unggul, wajah hendaklah ceria,
bersemangat dan bertenaga ketika menghadiri temuduga.
Walaupun anda tidak cukup tidur atau anda demam selesema, anda hendaklah
sentiasa kelihatan segak dan bertenaga. Cuba sedaya upaya agar anda tidak
kelihatan lemah.
Sekiranya anda kelihatan lemah peratusan untuk anda lulus temuduga amat
rendah sekali.
5) BERSIKAP ATAU BERFIKIRAN NEGATIF
Sekiranya fikiran anda penuh dengan unsur negatif, tiada sesiapa pun akan
dapat membaca bakat dan potensi yang anda miliki. Sekiranya imej dan
penampilan anda nampak segak dan menawan tetapi anda penuh dengan fikiran
negatif, anda pasti akan gagal.
50 Sebab Kenapa Anda Gagal Dalam Temuduga
4
Tipskerjakerajaan.com
Apa yang boleh anda buat sekiranya anda berfikiran negatif ialah
1. Berlatih menjawab soalan yang anda jangkakan akan disoal. Berlatih
sehingga anda berasa yakin semula.
2. Baca resume anda agar dapat dapat menyemak pencapaian, kebolehan
dan pengalaman anda.
3. Tarik nafas panjang-panjang beberapa kali.
4. Membaca doa memohon agar ditenangkan hati dan fikiran.
6) LAMBAT DATANG
Sekiranya anda lambat datang untuk ke temuduga, anda sudah pasti
digambarkan oleh bakal majikan anda sebagai orang yang tidak menepati masa.
Penemuduga akan berfikir anda pasti akan melakukan perkara yang sama
sekiranya anda terpilih. Oleh yang demikian, pastikan anda datang tepat atau
awal dari masa yang ditetapkan.
Lambat datang akan mendorong kesan negatif kepada imej anda. Anda
semestinya akan kelihatan gopoh, cemas, berpeluh dan busuk (ketiak basah).
Sekiranya anda datang awal, anda mempunyai masa untuk menenangkan hati
dan kelihatan segar serta berkeyakinan.
NOTA TAMBAHAN
Namun sekiranya anda mengalami kecemasan seperti kemalangan anda
disarankan menghubungi bakal majikan dan berterus terang bahawa anda
menghadapi kemalangan.
Anda hendaklah memohon maaf kerana tidak dapat hadir untuk temuduga dan
memohon agar anda diberikan peluang untuk ditemuduga pada hari yang lain.
Sekiranya, tidak dapat maka jangan sesekali sesalkan diri anda kerana malang
tidak berbau dan mungkin ianya bukan rezeki anda di sana.
50 Sebab Kenapa Anda Gagal Dalam Temuduga
5
Tipskerjakerajaan.com
7) DATANG TERLALU AWAL
Datang awal untuk temuduga sememangnya baik namun ada juga kecacatannya.
Jangan jadikan diri anda sibuk membaca nota-nota pada saat akhir. Ia kelihatan
seolah-olah anda belumbersedia dan cemas.
Yakin dengan apa yang anda telah pelajari untuk menghadapi temuduga
tersebut. Tarik nafas panjang-panjang, tenang fikiran dan kalau boleh pergilah
duduk di taman (sekiranya ada) lihat pemandangan yang menyegarkan.
8) MEMBAWA TEMAN BERSAMA
Jangan sesekali membawa teman seperti ibu bapa, saudara mara dan kawan
karib anda. Hal ini akan menggambarkan diri anda seorang yang manja dan
tidak boleh berdikari.
[+] Pakej Lengkap Rahsia Lulus Temuduga
Kerja Kerajaan
9) NAMPAK TERLALU GEMENTAR
Sekiranya anda kelihatan gementar anda akan dianggap sebagai seorang yang
tidak boleh bertahan dengan tekanan.
Sekiranya jawatan yang anda mohon itu memerlukan anda menghadapi tekanan
dan anda gementar ketika temuduga, konfemanda telah menghadapi kegagalan.
Anda harus tahu bahawa sikap gementar itu harus tidak ada di dalam diri
seorang pekerja kerana dunia kerjaya pada zaman sekarang memerlukan daya
saing dan cabaran yang tinggi.
Serlahkan keyakinan diri anda agar anda dilihat bakal majikan anda sebagai
seorang yang dapat membuat kerja dan mengharungi tekanan dengan tenang.
10) MAKAN GULA-GULA ATAU MENGUNYAH GULA GETAH.
Jika anda berani makan gula-gula atau menguyah gula getah di hadapan
penemuduga, anda pasti gagal temuduga tersebut.
Anda menunjukkan keyakinan anda tidak bertempat!
50 Sebab Kenapa Anda Gagal Dalam Temuduga
6
Tipskerjakerajaan.com
Penemuduga akan melabel anda sebagai seorang yang biadab dan tidak sopan.
Seeloknya anda habis makan gula-gula sebelum anda dipanggil ke bilik
temuduga. Memakan gula-gula seperti perisa mint amat baik agar nafas anda
segar dan wangi.
11) JADI SEORANG YANG TERDESAK
Jangan sesekali menjadikan diri anda terdesak untuk mendapatkan jawatan
tersebut. Penemuduga dapat mengesan diri anda yang terdesak.
Anda haruslah tenang dan menjadi diri anda yang sebenar iaitu tidak
terpengaruh pada diri anda yang anda mesti mendapatkan jawapan tersebut.
Jangan sesekali mengiyakan atau bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh
penemuduga walaupun tidak logik. Anda akan dilabel sebagai seorang pak turut.
Anda juga tidak harus mengangguk-anggukkan kepala setiap kali penemuduga
bercakap. Jangan sesekali cakap semuanya okey /boleh beres tanpa mengetahui
atau memahami apa yang akan/perlu dilakukan oleh anda.
Jangan sesekali mengatakan bahawa anda boleh melakukan apa jua kerja
walaupun sesuatu yang tidak masuk akal.
Penemuduga akan berasa tawar hati pada calon yang terdesak.
12) SALAMAN YANG MEYAKINKAN
Anda digalakkan untuk bersalaman dengan penemuduga. Namun elakkan
bersalaman jika berlainan jantina.
Cukup sekadar melihat ke arah mata penemuduga dan senyum. Anda haruslah
menghulurkan salaman tangan dengan genggaman yang meyakinkan.
Genggaman yang berkeyakinan menandakan anda seorang calon yang layak
untuk jawatan tersebut. Sekiranya genggaman anda lemah maka anda akan
dianggap calon yang sambil lewa sahaja.
Penemuduga akan membuat andaian bahawa anda kurang berminat untuk
jawatan tersebut atau hadir hanya sekadar memenuhkan kehadiran sahaja.
50 Sebab Kenapa Anda Gagal Dalam Temuduga
7
Tipskerjakerajaan.com
13) TERTINGGAL DOKUMEN PENTING
Seseorang calon tidak sesekali lupa untuk membawa dokumen penting.
Dokumen-dokumen seperti sijil akademik amat penting untuk penemuduga
menilai kelayakan anda.
Susunlah dokumen anda di fail yang sesuai dan mudah untuk penemuduga
membacanya.
14) MENYEMBUNYIKAN MAKLUMAT
Jangan sesekali menyembunyikan maklumat anda atau menyatakan maklumat
palsu di dalam resume anda. Terutamanya apabila penemuduga ingin
mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kelayakan anda.
Penemuduga akan cenderung menelefon tempat rujukan anda seperti majikan
anda sekarang atau terdahulu. Sekiranya anda didapati menipu dengan memberi
maklumat palsu di dalamresume anda, penemuduga akan melabel anda seorang
penipu.
15) JANGAN BERASA BOSAN DAN MENGELUH
Anda datang dengan penuh berkeyakinan. Dokumen disediakan lengkap dan
tersusun rapi. Melangkah ke bilik temuduga dengan baik. Anda menunjukkan
imej seorang pekerja yang bakal diharapkan oleh bakal majikan anda. Anda
berjaya menjawab soalan-soalan dengan baik.
Tetapi jangan sesekali berasa bosan apabila diajukan soalan yang banyak.
Jangan mengeluh kerana ia melihatkan kepada penemuduga anda cepat bosan.
16) TIDAK MENDENGAR DENGAN TELITI
Manusia dilahirkan dengan anugerah pendengaran yang baik. Sekiranya anda
mengalami masalah pendengaran, jangan jadikan ia sebagai satu masalah
kepada anda.
Berlatihlah dengan teman untuk mendengar dengan baik. Jika boleh gunakan
deria penglihatan anda pula. Belajar membaca pergerakkan bibir. Ia amat
bermanfaat.
50 Sebab Kenapa Anda Gagal Dalam Temuduga
8
Tipskerjakerajaan.com
Di dalam temuduga, sekiranya anda tidak mendengar dengan baik maka bakal
majikan anda akan beranggapan bahawa anda mungkin mempunyai masalah
untuk mendengar arahan ketika bekerja kelak.
Jangan sesekali anda menjawab semberono walaupun anda tidak mendengar
soalan yang diajukan kepada anda. Cubalah mendengar dengan teliti.
Tenangkan fikiran agar tidak ada suara halus bermain di dalamfikiran anda.
17) BERPURA-PURA TAHU
Ketika diajukan soalan dan anda tidak tahu untuk menjawabnya. Anda
disarankan berterus terang yang anda tidak boleh menjawab soalan tersebut.
Jangan sesekali berpura-pura kerana walaupun anda menjawab soalan tersebut
tetapi dengan jawapan yang salah, sia-sia sahaja usaha anda itu. Anda gagal
temuduga tersebut.
18) BERSIKAP BIADAP
Anda hendaklah menunjukkan sifat yang baik:-
Sebelum memasuki bilik temuduga anda hendaklah mengetuk pintu tanda
meminta kebenaran untuk masuk. Salam penemuduga anda seperti yang telah
dinyatakan sebelumini.
Minta izin untuk duduk dan jangan duduk selagi tidak dibenarkan. Duduk
dengan tegak. Jangan sesekali menyilang kaki anda kerana ianya satu perbuatan
yang kurang sopan.
Bercakap dengan baik, teratur dan jelas. Jangan mengeluarkan kata-kata
kesat apabila anda diprovokasi oleh penemuduga. Kawal emosi anda.
Jalinkan hubungan mata dengan penemuduga. Jangan memandang ke arah
tempat lain ketika anda atau penemuduga bercakap.
Setelah selesai sesi temuduga ucapkan terima kasih dan keluar dengan
menutup pintu dengan perlahan. Jangan sesekali menghempas pintu.
50 Sebab Kenapa Anda Gagal Dalam Temuduga
9
Tipskerjakerajaan.com
19) MELALUT
Jangan sesekali melalut atau cakap ikut suka anda. Anda kena berhati-hati
walaupun anda berasa yakin untuk menjawab soalan penemuduga.
Sekiranya anda menerangkan jawapan anda melebih-lebih ditokok tambah tanpa
fakta yang betul, penemuduga akan dapat menghidunya dan beranggapan anda
seorang yang tidak membuat kajian terlebih dahulu.
Berhati-hati, anda hendaklah mengambil masa anda dan fikir sedalam-dalamnya
jawapan yang bakal anda berikan.
20) TELEFON BIMBIT BERDERING
Sekiranya telefon anda berdering sememangnya anda seorang yang cuai dan
tidak menghormati sesi temuduga tersebut.
Sila padamkan telefon bimbit anda sebelum masuk ke bilik temuduga.
Anda juga boleh memadam bunyi nada telefon bimbit anda dan jadikannya
bergetar. Namun ada sesetengah telefon bimbit, getarannya boleh juga
kedengaran. Oleh yang demikian seeloknya padamkan sahaja.
[+] Pakej Lengkap Rahsia Lulus Temuduga
Kerja Kerajaan
21) TIDAK DAPAT MENGEKSPRESIKAN DIRI
Ekspresi diri anda dengan baik agar penemuduga dapat memahami apa yang
anda sampaikan. Jangan kelam-kabut menjawab soalan dan susun ayat anda
dengan baik.
22) BANGGA DIRI / BONGKAK
Jangan tunjukkan kebongkakan atau bangga diri.
Jangan sesekali mengatakan kepada penemuduga bahawa banyak calon majikan
inginkan khidmat anda.
50 Sebab Kenapa Anda Gagal Dalam Temuduga
10
Tipskerjakerajaan.com
Anda menyatakan bahawa hanya anda yang mempunyai kepakaran dalam
bidang yang dicarikan penemuduga dan mengatakan sekiranya anda gagal
dalamtemduga tersebut banyak lagi yang mahukan anda.
Anda melakukan kesilapan yang amat besar. Walaupun bukan niat anda untuk
membangga diri tetapi cara ini tidak sesuai di mata penemuduga. Penemuduga
semestinya tidak akan memilih anda kerana banyak lagi majikan lain mahukan
anda.
Oleh yang demikian berhati-hatilah ketika menyampaikan informasi tentang diri
anda.
23) MEMBERITAHU ANDA SEORANG PEMALAS KETIKA DI ALAM
PERSEKOLAHAN
Niat anda sememangnya ikhlas menjawab dengan jujur tetapi ianya akan
memakan diri anda.
Jangan sesekali menceritakan anda tidak minat atau suka untuk membuat
assignment ketika di Universiti. Anda seorang yang malas untuk menjalinkan
kerjasama dengan rakan untuk kerja berkumpulan.
Anda akan dianggap seorang yang pemalas. Cuba anda di tempat bakal majikan
mahukah anda mengambil seorang pekerja yang pemalas? Semestinya tidak.
Oleh itu, berhati-hati ketika bercakap.
24) KELEMAHAN DIRI ANDA TONJOLKAN
Soalan yang selalunya akan ditanya kepada calon ialah Apakah kelemahan diri
anda?
Jangan sesekali memberitahu kelemahan diri anda.
Soalan ini merupakan soalan yang menguji kebijaksanaan anda untuk menjawab.
Sekiranya anda memberitahu kelemahan diri anda, penemuduga akan tersenyum
kerana anda telah masuk ke jerat penemuduga dan dianggap membunuh diri
anda sendiri.
25) ANDA SEORANG SAJA MENDAPAT NAMA
50 Sebab Kenapa Anda Gagal Dalam Temuduga
11
Tipskerjakerajaan.com
Walaupun anda seorang yang pakar dalam membuat pekerjaan yang bakal
diberikan tetapi seeloknya babitkan orang lain juga.
Jangan sesekali menyatakan bahawa Saya telah atau akan buat itu ini.
Gunakanlah perkataan Kami atau Unit agar dapat dilihat yang anda
seorang yang bekerjasama dalammenjayakan sesuatu projek.
Biarlah semua yang terlibat mendapat nama.
26) KEKUATAN DIRI ANDA
Anda harus tahu kekuatan diri anda. Anda harus bersedia kerana penemuduga
juga boleh menyoal Apakah kekuatan diri anda? Anda harus kenal diri anda
sendiri.
Jangan sesekali tidak bersedia untuk menjawab soalan sedemikian kerana anda
akan melabel sebagai anda tidak menjaga diri sendiri.
Sekiranya anda terkial-kial untuk menjawab soalan ini makan anda telah
memusnahkan imej positif yang anda banggakan.
27) MENGANGGAP PENEMUDUGA SEBAGAI KAWAN ANDA
Jangan sesakali bercakap dengan penemuduga seperti bercakap dengan kawan
anda. Sila jaga bahasa anda.
Bertuturlah dengan baik walaupun penemuduga memulakan bicara dengan cara
yang santai. Ingatlah bahawa penemuduga mahu menjerat anda dan berhati-
hati agar anda tidak terpengaruh dengan taktik penemuduga itu.
Penemuduga akan menganggap anda mudah terpedaya. Awas.
28) TIDAK BERBAHASA INGGERIS
Sekiranya penemuduga bercakap dengan bahasa Inggeris cubalah bercakap
sama. Ini kerana penemuduga akan melihat anda seorang yang berkebolehan
berbahasa apabila bercakap di dalambahasa Inggeris.
50 Sebab Kenapa Anda Gagal Dalam Temuduga
12
Tipskerjakerajaan.com
Namun, ada juga penemuduga akan memberitahu bahawa Berikut adalah sesi
berbahasa Inggeris maka jawablah dengan berbahasa Inggeris.
Kebiasaannya penemuduga akan menyoal soalan mudah kerana mereka hanya
ingin melihat cara dan gaya anda berbicara di dalambahasa Inggeris.
Tetapi setelah anda dilihat petah berbahasa Inggeris anda jangan terkejut
sekiranya disoal dengan soalan bertubi-tubi di dalam bahasa Inggeris. Sahutlah
cabaran penemuduga tersebut dan teruskan bercakap di dalambahasa Inggeris.
Ia akan menambah markah anda untuk diterima bekerja.
29) BERDIALEK ATAU SLANGA KETIKA BERKOMUNIKASI
Tidak dinafikan bahawa negara kita mempunyai banyak bangsa namun kita
harus menggunakan satu bahasa utama ketika di dalamtemuduga.
Sekiranya penemuduga berbahasa Melayu maka cakaplah di dalam bahasa
Melayu tanpa dialek. Sekiranya penemuduga berbahasa Inggeris maka
berbahasa Inggeris.
Namun ramai calon gagal walaupun berbahasa Melayu kerana calon-calon
tersebut menggunakan dialek. Calon-calon seperti dari negeri Kedah, Kelantan,
Sarawak, Sabah dan lain-lain yang menggunakan dialek agak sukar untuk
bertutur secara baku.
Elakkan perbuatan ini dengan berlatih berbahasa.
30) KURANG KEMAHIRAN DAN PENGETAHUAN
Sekiranya anda kurang mahir dan tidak tahu satu benda pun tentang jawatan
yang anda pohon maka lebih baik anda TIDAKmemohon jawatan tersebut.
Penemuduga sudah pasti sukar menerima anda kerana sekiranya anda sendiri
ditempat bakal majikan anda pasti akan memilih orang yang mahir dan
berpengetahuan untuk membuat kerja dengan berkesan.
31) BANYAK BERCAKAP DAN MEREPEK
50 Sebab Kenapa Anda Gagal Dalam Temuduga
13
Tipskerjakerajaan.com
Jangan sesekali menjadi mulut murai tidak berhenti untuk bercakap. Bukannya
tidak baik anda bercakap banyak tetapi sila kawal dan tahu bila anda patut
berhenti.
Ini kerana penemuduga berandaian sekiranya anda diterima bekerja anda
bukkanya membuat kerja tetapi bercakap-cakap sahaja. Pot pet pot pet. Situasi
ini tidak elok buat anda dan penemuduga.
32) TIDAK ADA SOALAN
Kebiasaannya sebelum penemuduga menamatkan sesi mereka akan menyoal
anda Anda ada sebarang soalan? atau Setakat ini anda ada soalan?
Sila soal penemuduga anda. Jangan sesekali menjawab Tidak ada. Anda akan
dianggap tidak berminat untuk berkomunikasi atau tidak ada sifat ingin tahu.
Penemuduga sebenarnya ingin melihat sama ada anda betul-betul berpuas hati
dengan persembahan anda dan adakah anda betul-betul fokus untuk
mendapatkan jawatan tersebut.
Bersifat ingin tahu itu amat penting maka sebelumhari temuduga buatlah soalan
yang munasabah agar anda dilihat kreatif dan mahir berkomunikasi.
33) BERTANYAKAN FAEDAH UNTUK ANDA
Walaupun menyoal penemuduga itu digalakkan tetapi jangan sesekali
menanyakan tentang gaji dan faedah-faedah yang bakal anda terima. Tunggulah
sehingga anda diterima atau lulus temuduga tersebut.
Sekiranya anda menyoal perkara tersebut maka penemuduga akan melihat anda
hanya fokus mengenai gaji dan faedah tetapi bukan berkhidmat untuk mereka.
Jangan sesekali berbuat demikian!
34) MEMINTA GAJI YANG TINGGI
Jangan sesekali meminta gaji yang tidak masuk akal. Anda akan pasti tidak
diterima untuk bekerja. Sekiranya penemuduga bertanya berapakah gaji yang
anda minta, jangan sesekali menyatakan jumlahnya.
Cubalah jawab anda sanggup menerima gaji seberapa jua mengikut kelayakan
yang bakal majikan anda fikir layak.
50 Sebab Kenapa Anda Gagal Dalam Temuduga
14
Tipskerjakerajaan.com
Soalan ini selalunya memerangkap calon sehinggakan mereka lupa yang tujuan
sebenar adalah lulus temuduga tersebut. Soal gaji bolehlah anda fikir selepas
anda terpilih.
35) BERCERITA SOAL POLITIK, AGAMA DAN ISU YANG SENSITIF
Cuba elak bercerita tentang politik, agama dan isu-isu yang boleh memudaratkan
anda. Kadang kala penemuduga cuba untuk melihat sekiranya anda seorang
yang aktif berpolitik atau tidak kerana berpolitik boleh membinasakan prestasi
kerja anda kelak.
36) PENDAPAT YANG OFFENSIVE
Bakal majikan anda menerangkan anda mengenai kekuatan syarikat / jabatan /
seseorang pegawai /mengenai produk keluaran mereka.
Jangan sesekali memberikan pendapat yang kurang enak didengar
oleh bakal majikan anda.
Diamkan diri sahaja. Walaupun anda rasa komen anda membina namun hati dan
perasaan bakal majikan anda siapa yang tahu.
[+] Pakej Lengkap Rahsia Lulus Temuduga
Kerja Kerajaan
37) ADA KENALAN DI DALAM
Jangan sesekali memberitahu bahawa anda mengenali seseorang di tempat
bakal majikan anda. Sekiranya anda memberitahu juga besar kemungkinan anda
tidak akan berjaya temuduga tersebut.
Kenapa? Anda mungkin tidak sedar orang yang anda kenal itu kemungkinan
telah banyak menyusahkan penemuduga atau seorang yang tidak disenangi
oleh penemuduga.
Penemuduga akan dengan cepat sekali mencantas anda dari layak untuk bekerja
di tempat tersebut.
50 Sebab Kenapa Anda Gagal Dalam Temuduga
15
Tipskerjakerajaan.com
Oleh yang demikian sila berjaga-jaga.
38) MENGKRITIK BEKAS MAJIKAN ANDA
Anda akan semestinya disoal kenapa anda meninggalkan bekas
majikan ?(sekiranya anda pernah bekerja)
Jangan sesekali menjawab dengan memburukkan bekas majikan anda.
Setiap kritikan anda terhadap bekas majikan anda akan dinilai oleh bakal majikan
anda pula. Bakal majikan anda semestinya akan berfikir sekiranya anda berhenti
juga suatu hari nanti mereka akan menerima padah yang sama seperti bekas
majikan anda, dicerca dan dikritik.
39) PANAS BARAN
Sekiranya anda diprovakasi oleh penemuduga jangan sesekali mudah hilang
sabar. Kawal perasaan anda.
Penemuduga sebenarnya ingin mencuba anda seorang yang penyabar atau tidak.
Penemuduga akan melihat sama ada anda boleh mengawal emosi anda ketika
menghadapi tekanan.
Tarik nafas perlahan-lahan dan jawab sebaik mungkin dengan penuh sabar.
40) TENGOK JAM TANGAN
Jangan sesekali berbuat sedemikian. Penemuduga akan melihat anda seperti
tergesa-gesa untuk keluar dari bilik temuduga. Anda seperti kurang berminat
untuk ditemuduga.
Penemuduga akan rasa terganggu dan dengan senang hati mereka akan
melepaskan anda pergi. Penemuduga tidak kisah sekiranya anda hendak cepat
tetapi anda seperti menggali kubur anda sendiri kerana anda sudah pasti tidak
akan dipilih.
41) AKU, TIDAK ADA ORANG LAIN !
50 Sebab Kenapa Anda Gagal Dalam Temuduga
16
Tipskerjakerajaan.com
Kerja berpasukan lebih elok daripada berseorangan. Jangan sesekali menyatakan
bahawa anda boleh melakukan kerja secara berseorangan tanpa bantuan orang
lain. Ini membahayakan diri anda.
Kerja berpasukan adalah wajib bagi menjayakan sesuatu kerja. Jangan sesekali
menyatakan hanya anda yang membuat kerja tersebut.
Penemuduga lebih senang sekiranya anda menyatakan anda membuatnya secara
berpasukan. Anda bukan sahaja boleh dilihat sebagai mudah bekerjasama,
berkomunikasi malah turut boleh menonjolkan watak kepimpinan anda.
42) MAHU NAIK PANGKAT CEPAT
Jangan sesekali menyatakan hajat anda untuk naik pangkat dengan cepat di
tempat bakal majikan anda.
Anda jangan sesekali menanyakan peluang anda untuk mengisi jawatan yang
lebih tinggi pada masa hadapan kelak.
Tindakan anda seperti mencabar kedudukan penemuduga yang kemungkinan
juga berhajat untuk naik pangkat. Penemuduga akan menganggap anda sebagai
satu ancaman dan semestinya penemuduga tidak akan memilih anda yang bakal
menggugat cita-cita beliau.
Oleh itu, simpan sahaja hasrat anda dan kawal perasaan ghairah anda.
43) TIDAK MATANG
Anda diminta bersikap matang ketika di dalambilik temuduga.
Tunjukkan diri anda sebagai seorang bakal pekerja yang berkaliber dan
mempunyai daya kepimpinan yang tinggi.
Namun sekiranya anda ditanya oleh penemuduga sekiranya anda boleh dihantar
ke pendalaman berseorangan diri untuk kerja luar atau bekerja pada sebelah
malam, jangan sesekali memberi jawapan yang menunjukkan ketidakmatangan
anda seperti:
Tak boleh. Saya ini takut pergi jauh-jauh seorang diri. Emak saya tak bagi atau
Saya takut kerja malam. Saya ini lemah semangat dan takutkan hantu.
AWAS!!! Jawapan ini bakal menggagalkan diri anda.
50 Sebab Kenapa Anda Gagal Dalam Temuduga
17
Tipskerjakerajaan.com
44) ANAK EMAK, ANAK BAPA
Jangan sesekali menyatakan yang anda memerlukan keputusan ibu bapa anda
terlebih dahulu dalammembuat sesuatu keputusan.
Anda telah berjaya menghadapi semua soalan penemuduga dengan jayanya.
Namun, soalan terakhir membuatkan anda gagal seperti:
Tahniah. Kami rasa anda seorang calon yang terbaik setakat ini. Sekiranya kami
menerima anda bekerja dengan jabatan ini, kami akan tempatkan anda di
pendalaman Sarawak.
Anda menjawab Terima kasih. Saya akan berbincang dengan ibu bapa saya
terlebih dahulu sebelummembuat keputusan.
Anda GAGAL. Anda sebenarnya belum terpilih kerana soalan itu sebenarnya
menguji ketahanan diri anda. Anda dianggap sebagai masih seorang anak
dibawah ketiak emak kerana tidak mampu untuk membuat keputusan sendiri.
45) ENGGAN BERPINDAH
Sama seperti soalan di atas, penemuduga akan bertanya kepada anda
Sekiranya dalam setahun anda berkhidmat, anda dipindahkan ke mana-mana
cawangan syarikat, anda setuju? Anda seorang yang tidak suka berpindah-
randah namun demi pekerjaan ini jangan sesekali menjawab tidak mahu
[+] Pakej Lengkap Rahsia Lulus Temuduga
Kerja Kerajaan
46) TIDAK MAHU BERMULA DARI BAWAH
Calon-calon kebanyakkannya memilih pekerjaan. Mereka enggan untuk
menerima pekerjaan yang rendah tarafnya dengan sijil milik mereka.
Sekiranya anda pergi memohon pekerjaan ke sesuatu syarikat dan dipanggil
untuk temuduga anda seharusnya bersyukur diberikan peluang untuk mencari
rezeki yang halal.
50 Sebab Kenapa Anda Gagal Dalam Temuduga
18
Tipskerjakerajaan.com
Setelah selesai temuduga, syarikat tersebut menawarkan anda bekerja. Tahniah
encik. Anda diterima untuk menjadi sebahagian daripada syarikat ini.
Namun, untuk makluman encik buat masa sekarang belum ada jawatan yang
sesuai dengan kelayakan seperti encik. Buat sementara waktu encik ditawarkan
bekerja sebagai kerani.
Anda terus menunjukkan muka terkejut dan berang sambil menyatakan bahawa
anda belajar tinggi-tinggi tetapi bekerja sebagai kerani sahaja.
Jangan sesekali berbuat demikian!
Anda tidak tahu niat mereka sebenarnya. Kemungkinan mereka mahu anda
belajar selok-belok syarikat tersebut terlebih dahulu dan ada kemungkinan juga
tidak lama lagi ada pegawai yang akan bersara.
Anda akan menggantikan tempat pegawai tersebut setelah banyak ilmu yang
anda timba di syarikat tersebut.
Tindakan anda yang enggan bermula dari bawah sebenarnya merugikan anda.
47) MEMINTA-MINTA
Anda seorang pegawai kanan di tempat majikan anda sekarang dan anda
memohon jawatan yang lebih tinggi di syarikat lain. Anda telah dipanggil untuk
menghadiri temuduga.
Walaupun anda berjawatan pegawai kanan ketika sesi temuduga anggaplah diri
anda sebagai seorang yang baru mencari pekerjaan.
Jangan disebabkan status anda sebagai pegawai kanan anda meminta sesuatu
yang bukan-bukan. Ada calon yang meminta sebuah kenderaan disediakan,
sebuah rumah, sebuah bilik pejabat yang besar, tempat letak kenderaan dan
macam-macamlagi. Jangan buat sedemikian.
Anda bukan sahaja gagal temuduga tersebut malah anda menjatuhkan imej
anda sebagai seorang pegawai kanan.
48) ANDA JADIKAN SESI TEMUDUGA SEPERTI PASAR
Jangan sesekali menjadikan sesi temuduga tersebut seperti pasar. Walaupun
anda mengenali penemuduga tersebut sila bersikap professional.
50 Sebab Kenapa Anda Gagal Dalam Temuduga
19
Tipskerjakerajaan.com
Jangan ada tawar-menawar seperti berada di pasar. Ada calon berkata
sedemikian, Takpe la. Saya terima je gaji yang kamu tawarkan. RM2000 cincai.
Ok kan. Tolong jangan buat sedemikian.
49) SAMBIL LEWA KETIKA TEMUDUGA KEDUA
Amat jarang sekali adanya temuduga kedua namun sila bersedia.
Kemungkinan sesi temuduga pertama hanya dikendalikan oleh Pengawai Sumber
Manusia dan Ketua Unit yang berkenaan. Sesi temuduga kedua pula dikendalikan
oleh Ketua Jabatan, Ketua-ketua Bahagian dan Pegawai-pegawai Kanan.
Ada calon yang terlalu yakin dan bersikap sambil lewa ketika temuduga kedua
dilangsungkan. Calon-calon temuduga amat yakin mereka akan diterima bekerja
kerana lulus temuduga pertama dan tidak membuat persiapan untuk temuduga
kedua.
Jangan sesekali berbuat sedemikian kerana temuduga kedua teramat penting.
Anda akan bertemu dengan orang penting Jabatan berkenaan iaitu Ketua
Jabatan dan Pegawai kanan yang lain.
Anda seharusnya mengambil inisiatif untuk meyakinkan mereka dan jadikan
mereka tertarik untuk mengambil anda. Tampilkan bakat, gaya, imej yang
meyakinkan.
Tunjukkan yang anda bakal seorang pekerja yang boleh memikul tugas yang
diharapkan.
50) TIADA TINDAKAN SUSULAN
Secara puratanya calon temuduga jarang sekali mengambil tindakan susulan
setelah selesai temuduga.
Ambillah sedikit inisiatif mengucapkan terima kasih atau bertanya khabar
penemuduga anda walaupun anda tidak terpilih. Hantarlah surat, kad atau bunga
kepada penemduga.
Penemuduga merasakan anda benar-benar ingin bekerja dan mereka akan
merasa dihargai. Kemungkinan jika anda ada rezeki penemuduga tersebut akan
memanggil anda untuk lain-lain jawatan kosong pada masa hadapan.
50 Sebab Kenapa Anda Gagal Dalam Temuduga
20
Tipskerjakerajaan.com
[+] Pakej Lengkap Rahsia Lulus Temuduga
Kerja Kerajaan
E-BOOK TAMAT
PENAFIAN
E-book ini tidak menjamin kejayaan anda 100%. Ia merupakan panduan kepada
anda agar anda lebih yakin dan lebih berpengatahuan dalam menempuh
temuduga. Ia juga memerlukan usaha, ketekunan dan keyakinan anda untuk
menjawab. Tidak lupa juga untuk berdoa untuk kejayaan anda. Semoga berjaya.