Anda di halaman 1dari 8

1.

0 PENDAHULUAN
Dewasa ini, banyak perkembangan dan pembangunan dari pelbagai aspek yang
berlaku di sekeliling kita. Sama ada kita sedar atau tidak, perkembangan dan
pembangunan yang kita lihat hari ini adalah hasil kerjasama ahli masyarakat
terutamanya golongan profesional. Menurut Ornstein dan Levine (1993), konsep
profesional merujuk kepada ciri -ciri yang terdapat dalam kalangan ahli suatu
profesion. Antara ciri-ciri yang telah dinyatakan adalah cekap dan mempunyai
pengetahuan yang mendalam dalam bidang yang diceburi dan adanya kod etika
yang mengawal tingkah laku ahli.

Oleh itu, guru juga adalah seorang yang profesional. Ini bermakna guru
adalah seorang yang mendapat latihan yang khusus, berpengetahuan luas dan
pakar dalam bidang yang diceburi. Merujuk kepada ciri-ciri yang dinyatakan,
profesion keguruan pada hari ini dilihat semakin goyah kerana ada segelintir
guru yang sanggup melanggar kod etika keguruan yang telah sedia termaktub.
Ini terbukti apabila semakin banyak isu-isu tentang kepimpinan guru menjadi
perbualan masyarakat kini.

Sehubungan itu, para pendidik kini perlu memantapkan pengetahuan dan
kemahiran dalam asas kepimpinan agar isu-isu yang berlaku di sekolah dapat
diatasi selaras dengan matlamat pendidikan abad ke-21. Hal ini, teori-teori dalam
pendidikan perlu dijadikan panduan kepada guru untuk menyelesaikan isu-isu
yang timbul di sekolah agar dapat melahirkan murid modal insan yang cemerlang
dan berketrampilan selaras dengan hasrat kerajaan dalam mencapai wawasan
2020.

Seterusnya, bagi merealisasikan hasrat kerajaan, para guru pelatih telahdiberi
pendedahan awal melalui subjek EDU 3083 Asas Kepimpinan dan
Perembangan Profesional . Subjek ini memberi peluang kepada kami untuk
meneroka secara menyeluruh mengenai kepimpinan dan profesional perguruan
untuk menghadapi lapangan pendidikan yang begitu mencabar. Oleh hal yang
demikian, tugasan ini memerlukan guru pelatih mengkaji isu kepimpinan yang
berlaku di sekolah semasa menjalan Program Intership. Tugasan ini
disempurnakan secara individu.


2.0 ISU DAN ETIKA GURU
Isu-isu dalam bidang pendidikan yang semakin kompleks memerlukan
kefahaman dan pentaksiran semula konsep-konsep kepimpinan dan pengurusan
agar dapat melahirkan generasi pemimpin yang holistik. Oleh itu, semasa saya
menjalankan program intership saya telah berjaya menyelesaikan satu isu
kepimpinan iaitu memimpin murid memenangi pertandingan bicara berirama
peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya dengan menggunakan Teori Laluan
Matlamat. Hal ini, rajah 1 di bawah menerangkan secara terperinci mengenai
penyelesaian isu kepimpinan yang saya hadapi.












Rajah 1: Memimpin Pasukan Bicara Berirama

2.1 Faktor Isu dan Etika Perguruan
Tatasusila profesion perguruan merupakan satu garis panduan atau kod-kod
tingkah laku yang perlu dipatuhi oleh semua orang yang menggelar dirinya
sebagai pendidik dalam sistem pendidikan di Malaysia. Hal ini,










Pertimbangan Kepimpinan Fokus Motivasi
Tiada
pendedahan
bicara berirama
Pemilihan peserta
(saringan)
Tayangan video
Merujuk
pentadbir
Rujukan rakan
sejawat
Masa
perkhidmatan
Memenangi
pertandingan
Latihan
berterusan
Motivasi intersik
dan ekstensik
Naib Johan Bicara
Berirama














Rajah 2: Faktor Isu dan Etika Perguruan

Tatasusila tersebut dibahagikan kepada empat bidang tanggungjawab
termasuklah pelajar, ibubapa, masyarakat dan Negara serta rakan sejawat
dan profesionnya sendiri.

Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab kami
dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar
dengan kemajuan ikhtisas dan sosial. Sentiasa bersedia membantu
rakan sejawat kami terutamanya mereka yang baharu dalam profesion
perguruan.
Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu
dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia,
bertanggungjawabdan berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua
dan menghormati perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.
Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala
tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup
mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.

Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu
bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat.

Tanggungjawab
kepada murid
Tanggungjawab
kepada profesion
perguruan
Tanggungjawab
kepada
masyarakat dan
negara
Membimbing pelajar
menjadi warganegara
bertanggungjawab.
Sentiasa menunaikan
tanggungjawab dalam
profesion perguruan.

Memberi sumbangan
cergas untuk
meninggikan
kecendekiawanan
masyarakat.

Faktor Isu dan
Etika Perguruan
Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral,
kebudayaan dan kecendekiawanan masyarakat.

Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau
dalam matapelajaran-matapelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa
sebarang bayaran.

Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian,
penyelidikan,lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan,
mesyuarat atau seminar supayapengajaran kami mencapai mutu yang
setinggi-tingginya.


























3.0 IMPAK ISU DAN PEMBENTUKAN PROFESIONALISME GURU MELALUI
INTEGRITI
3.1 Impak Isu
















Rajah 3: Impak Pertandingan Bicara Berirama
3.2 Pembentukan Profesionalisme Melalui Integriti















Rajah 4: Teori Laluan Matlamat
Fokus kepada motivasi Gaya kepimpinan
-ciri pekerja
-tugas & persekitaran
-directive
-supportive
-participative
-archivement oriented
-tetap matlamat
-pilih jalan
-buang halangan
-sedia sokongan
Impak Pertandingan
Bicara Berirama

Murid

Sekolah

Diri
Berdisiplin
Bermotivasi tinggi
Bertanggungjawab
Pentadbir -
Rakan sejawat -
kerjasama
Kokurikulum
Naib Johan
Peringkat Wilayah
Meningkatkan
kemahiran
kepimpinan
Meluaskan ilmu
pengetahuan ikhtisas.
Menambah
pengalaman dalam
profesion perguruan
Pertimbangan
Capai Matlamat

4.0 PENUTUP























Refleksi
Ubben, Hughes dan Norris (2007), gaya kepimpinan yang ditonjolkan oleh seorang pengetua
atau Guru Besar di sekolah yang baik menunjukkan tahap penglibatan tinggi dalam kerja dan
berorientasikan akademik. Gaya kepimpinan berkenaan dikenali sebagai kepimpinan
instruksional. Keberkesanan tindakan seseorang pengetua atau Guru Besar yang
mengamalkan kepimpinan instruksional boleh diukur melalui penglibatannya dalam dua
proses memimpin iaitu pencapaian matlamat dan kesejahteraan anggota (Robiah Sidin,
2003). Seorang pemimpin instruksional perlu memimpin warga sekolah untuk mencapai
matlamat yang ditetapkan selain perlu memastikan bahawa setiap warga sekolah yang
terlibat dapat melakukan tugas dalam suasana harmoni, mesra dan tanpa perlu bimbang
tentang keperluan asas fisiologi. Seseorang pengetua atau Guru Besar yang mengamalkan
kepimpinan instruksional mempunyai potensi untuk mencapai kecemerlangan kerana
penekanan dalam pencapaian matlamat dan kebolehan untuk memenuhi kesejahteraan
anggota.
Salah satu ciri kepimpinan instruksional adalah pemimpin akan menyediakan sumber
keperluan organisasi. Di sekolah, seorang pengetua atau Guru Besar yang mengamalkan
kepimpinan instruksional akan menyediakan sumber seperti bahan dan masa bagi keperluan
guru. Melalui tindakan tersebut, guru-guru dan staf akan melihat pemimpin mereka sebagai
seorang yang prihatin dengan keperluan orang-orang bawahannya dan akan melahirkan
rasa hormat dan percaya terhadap pemimpin. Kepercayaan adalah bentuk tertinggi motivasi
manusia (Covey, Whitman& England, 2010) dan kemampuan pemimpin untuk meraih
kepercayaan daripada orang bawahannya mampu meningkatkan motivasi bekerja. Seorang
pengetua atau Guru Besar yang mengamalkan kepimpinan instruksional dapat
menyampaikan satu bentuk rangsangan motivasi kepada guru, murid dan warga sekolah.
Motivasi yang tinggi di kalangan guru mampu menjana pencapaian cemerlang di kalangan
murid seterusnya meningkatkan pencapaian prestasi sekolah.
Selain daripada itu, ciri lain pemimpin instruksional adalah seorang pemimpin yang
memberi penekanan dalam memantau pencapaian murid. Pemantauan ini mampu
memperbaiki mutu kerja, sikap dan menyelesaikan masalah guru di samping dapat
memastikan setiap warga sekolah mematuhi disiplin (Lokman & Mohd Anuar, 2011). Di
bawah seorang pemimpin instruksional, sekolah mampu melahirkan murid yang cemerlang
kerana peranan utama seorang pemimpin di sekolah adalah sebagai pemimpin
kecemerlangan pembelajaran. Seorang pemimpin instruksional sentiasa menjalankan proses
bagi meningkatkan prestasi sekolah melalui data, analisis data dan rencana aktiviti
intervensi. Bagi setiap kelemahan yang dilihat di sekolah, seorang pemimpin instruksional
sentiasa bersedia dengan satu langkah mengatasi masalah tersebut berdasarkan apa yang
difikirkan cara paling tepat mengatasi masalah berkenaan.
Kemahiran penyeliaan adalah satu ciri penting pemimpin instruksional. Melalui
peranan sebagai seorang penyelia, pemimpin instruksional memerhatikan dan memberi
tunjuk ajar dalam memperbaiki suasana pembelajaran di sekolah. Pemantauan atau
penyeliaan yang dijalankan adalah bagi tujuan menilai keberkesanan pembelajaran dan
pengajaran, memberi bimbingan, memberi tunjuk ajar dan dorongan. Ia mampu
mempertingkatkan kualiti penyampaian pengajaran guru secara berterusan dan memastikan
objektif bilik darjah selaras dengan matlamat sekolah. Pencapaian murid dan sekolah
umumnya dapat dipertingkatkan melalui kepimpinan ini.
Kepimpinan instruksional secara keseluruhannya adalah satu gaya kepimpinan yang
komprehensif dan mempunyai potensi tinggi untuk meningkatkan prestasi sekolah. Melalui
kepimpinan instruksional, pengetua atau Guru Besar menjalankan tanggungjawab melalui
peranan-peranan yang spesifik sepertimana ditunjukkan dalam pembahagian peranan
pemimpin instruksional melalui 5 dimensi dalam Model Kepimpinan Instruksional Weber.
Model kepimpinan instruksional Weber (1996) yang diasaskan oleh James Weber yang
merupakan seorang pejuang konsep kolaborasi dalam pengurusan dan mengaitkan peranan
pemimpin inatruksional di sekolah sebagai penghubung dan peneraju proses pengajaran
dan pembelajaran. Weber berpendapat bahawa konsep kolaborasi dalam pengurusan amat
penting terutama dalam era perkongsian kepimpinan dan pengurusan di tempat kerja dan
keperluan untuk memimpin tanpa terikat dengan struktur organisasi sesebuah sekolah.