Anda di halaman 1dari 8

TAJUK

MEDICO-LEGAL DALAM BIDANG PSIAKIATRIK DAN AKTA KESIHATAN


MENTAL

PENGENALAN
Satu tugasan telah diberikan kepada kami bagi subjek perkembangan professional
dan saya memilih tajuk mengenai Medikolegal dalam psikiatri dan Akta Kesihatan
Mental.
Dalam tugasan saya ini, saya akan membincangkan tajuk di atas kepada dua
bahagian. Bahagian pertama, saya akan membincangkan mengenai definisi bahagian
medikolegal secara keseluruhannya terutamanya dalam bidang psikiatri, proses-proses
medikolegal dalam bidang psikiatri dan aspek medikolegal dalam psikiatri berdasarkan
beberapa rujukan daripada pembacaan saya serta rujukan dari internet
Manakala Dallam bahagian kedua, saya akan membincangkan mengenai
AktaKesihatan Mental. Akta ini juga dikenali sebagai Akta 615 telah diluluskan oleh
parlimen pada September 2001 dan telah mendapat persetujuan diraja pada 6 september
2001serta diwartakan pada 27 september 2001. Walaubagaimanapun, perlaksanaan akta
ini baru sahaja dikuatkuasakan iaitu pada 15 jun 2010.

PENCARIAN LIRERATURE

Pakar psikiatri mungkin diminta untuk membantu mahkamah dalam menentukan apakah
yang didakwa secara undang-undang gila pada saat jenayah nal dilakukan. Dalam
mahkamah Ireland, Peraturan McNaughton masih digunapakai walaupun diubah oleh
keputusan baru-baru ini. Bagiyang didakwa untuk diadili secara undang-undang gila itu
harusmenunjukkan bahawa ia gagal untuk memahami sifat dan kualiti perbuatan jenayah
dan kesalahan dari undang-undang tersebut.

PERBINCANGAN

AKTA KESI HATAN MENTAL 2001 & PERATURAN KESI HATAN MENTAL 2010
Akta Kesihatan Mental 2001 ialah suatu akta yang menggabungkan undang-undang begi
kemasikan, penahanan, penginapan, penjagaan pemulihan dan perlundungan pesakit yang
bercelaru mental serta perkara-perkara berhubungan dengannya. Peraturan-peraturan
kesihatan Mental 2010 pula terbahagi kepada 9 bahagian dan mengandungi 53 peraturan
serta 5 jadual.
BAHAGIAN 1

Akta Kesihatan Mental 2001 juga boleh dinamakan Peraturan-PeraturanKesihatan Mental
2010.Peraturan-peraturan ini mula berkuat kuasa pada 15Jun 2010.Berikut adalah tafsiran
bagi beberapa ungkapan yang digunakan di dalam akta ini.Antaranya ialah:
1. Bilik atau kawasan pemulihan
Mempunyai erti yang sama sebagaimana diberikan kepada ungkapan itu
dalam Peraturan-Peraturan Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan
Kesihatan Swasta (Hospital Swasta dan Kemudahan Jagaan Kesihatan
Swasta Lain) 2006 [P.U. (A) 138/200]

2. Kemasukan
Merujuk kepada pendaftaran seseorang sebagai pesakit dalam atau
pesakit luar dan yang untuknya satu rekod khidmat jagaan kesihatan
diadakan

3. kemudahan pesakit luar
Bererti mana-mana premis yang digunakan atau dimaksudkan untuk
digunakan oleh penjagaan kesihatan profesional untuk memberi khidmat
penjagaan kesihatan kepada individu sebagai pesakit luar dan termasuk
klinik perubatan atau klinik pesakit luar atau jabatan pesakit luar dalam
kemudahan penjagaan kesihatan

4. Kemudahan psikiatri
Termasuk mana-mana hospital psikiatri, rumah
jagaan kejururawatan psikiatri dan pusat kesihatan mental masyarakat

5. Kemudahan psikiatri yang diwartakan
Termasuk mana-mana hospital
psikiatri yang diwartakan, rumah jagaan kejururawatan psikiatri yang
diwartakan atau pusat kesihatan mental masyarakat yang diwartakan
6. Khidmat pesakit luar
khidmat yang diberikan berasaskan pesakit
luar di kemudahan pesakit luar oleh ahli penjagaan kesihatan profesional
yang mempunyai kelayakan, latihan dan pengalaman serta kebolehan
untuk menjaga pesakit yang bercelaru mental.
7. Pesakit
Ertinya orang yang didaftarkan sebagai pesakit luar atau
dimasukkan ke hospital sebagai pesakit dalam atau dimasukkan ke
hospital di bawah perintah Pengarah Perubatan, pegawai perubatan,
pengamal perubatan berdaftar atau atas perintah Mahkamah di bawah
Akta ini.
8. Pelan penjagaan
ertinya suatu rancangan yang mewujudkan matlamat
penjagaan dan program tindakan bersepadu untuk memenuhi keperluan
psikiatri, perubatan, pembedahan, jagaan kejururawatan, pemulihan,
psikososial dan keperluan rohani pesakit

BAHAGIAN 2
Bahagian ini membincangkan mengenai tatacara
kemasukan,penahanan,pemeriksaan dan kajian semula pesakit dan pelepasan
atau pemindahan pesakit dari hospital psikiatri.

Kemasukan atau penahanan pesakit sukarela ke dalam hospital psikiatri
1. Kemasukan atau penahanan pesakit sukarela ke dalam hospital psikiatri
di bawah subseksyen 9(1) Akta hendaklah dibuat dalam boring.
2. Perintah bagi penahanan pesakit sukarela dalam hospital psikiatri oleh
pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar di bawah
subseksyen 9(5) Akta hendaklah dibuat dalam Borang 2.
Permohonan, saranan atau perintah bagi kemasukan atau penahanan pesakit tidak
sukarela ke dalam hospital psikiatri.
1. Permohonan bagi kemasukan sebagai pesakit tidak sukarela ke dalam
hospital psikiatri oleh saudara orang yang disyaki bercelaru mental di
bawah perenggan 10(1)(a) Akta hendaklah dibuat dalam Borang 3.
2. Saudara pesakit yang dirujuk dalam subperaturan (1) yang memberikan
maklumat palsu dalam Borang 3 melakukan suatu kesalahan dan boleh,
apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau
penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
3. Saranan bagi kemasukan sebagai pesakit tidak sukarela ke dalam
hospital psikiatri oleh pegawai perubatan atau pengamal perubatan
berdaftar di bawah perenggan 10(1)(b) Akta hendaklah dibuat dalam
Borang 4.
4. Perintah bagi kemasukan sebagai pesakit tidak sukarela ke dalam
hospital psikiatri oleh seseorang pegawai perubatan atau pengamal
perubatan berdaftar di bawah seksyen 14 Akta hendaklah dibuat dalam
Borang 5.

Perintah bagi penahanan dan perintah penahanan lanjut pesakit tidak
Perintah bagi penahanan dan perintah penahanan lanjut pesakit tidak sukarela
dalam hospital psikiatri oleh Pengarah Perubatan dan lain-lain.
1. 1. Perintah bagi penahanan pesakit tidak sukarela ke dalam hospital psikiatri
oleh Pengarah Perubatan hospital psikiatri di bawah subseksyen 10(5)
dan 14(4) hendaklah dibuat dalam Borang 6.
2. Perintah bagi penahanan lanjut pesakit tidak sukarela dalam hospital
psikiatri oleh dua pegawai perubatan atau dua pengamal perubatan
berdaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah perenggan
10(8)(b) dan 14(7)(b) Akta hendaklah dibuat dalam Borang 7.
3. Perintah yang dirujuk dalam subperaturan (2) hendaklah ditandatangani
oleh dua pegawai perubatan atau dua pengamal perubatan berdaftar
dalam masa tiga hari bekerja di antara satu sama lain dan perintah itu
hendaklah bagi suatu tempoh tidak melebihi tiga bulan dari tarikh
terkemudian di antara dua tandatangan itu.
Perintah bagi penahanan lanjut pesakit tidak sukarela dalam hospital psikiatri oleh
Lembaga Pelawat
1. Perintah bagi penahanan lanjut pesakit tidak sukarela ke dalam hospital psikiatri
oleh Pelawat di bawah perenggan 44(2)(b) Akta hendaklah dibuat dalam Borang
8.
Arahan bagi penahanan lanjut pesakit tidak sukarela dalam hospital psikiatri oleh
Pelawat
1. Arahan bagi penahanan lanjut pesakit tidak sukarela ke dalam hospital psikiatri
oleh Pelawat di bawah perenggan 45(2)(c), 4(c) dan subseksyen 45(5) Akta
hendaklah dibuat dalam Borang 9.
Permohonan bagi pelepasan pesakit tidak sukarela dari hospital psikiatri
1. Permohonan bagi pelepasan pesakit tidak sukarela dari hospital psikiatri oleh
pesakit tidak sukarela atau saudara pesakit tidak sukarela itu di bawah seksyen 16
Akta hendaklah dibuat dalam Borang 10.
2. Pengarah Perubatan hendaklah memaklumkan keputusan permohonan itu kepada
pemohon yang dinyatakan dalam Borang 10 dalam masa empat belas hari dari
tarikh penerimaan permohonan itu.

Pemberitahuan berkenaan dengan pelepasan pesakit kepada Mahkamah
1. Pemberitahuan di bawah subseksyen 21 Akta oleh Pengarah Perubatan kepada
Mahkamah berkenaan dengan pelepasan pesakit yang ditahan menurut
subseksyen 55(1) atau seksyen 73 Akta hendaklah dibuat dalam Borang 11.

Pemindahan pesakit tidak sukarela
1. Perintah yang mengarahkan pemindahan pesakit tidak sukarela daripada hospital
psikiatri kerajaan atau hospital psikiatri swasta yang diwartakan ke hospital
psikiatri kerajaan atau hospital psikiatri swasta yang diwartakan yang lain oleh
Ketua Pengarah atau mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya di
bawahseksyen 19 Akta hendaklah dibuat dalam Borang 12.Pemegang lesen dan
orang yang bertanggungjawab ke atas hospital psikiatri swasta yang diwartakan
atau Pengarah Perubatan hospital psikiatri kerajaan hendaklah, sebelum
melaksanakan perintah dirujuk dalam subperaturan (1), memastikan bahawa:

a. pengaturan dibuat terlebih dahulu dengan hospital psikiatri yang
b. menerima pesakit ringkasan klinikal pesakit tidak sukarela itu disediakan dan
c. pesakit tidak sukarela itu dihantar dengan penjagaan yang sesuai.

Hospital psikiatri kerajaan atau hospital psikiatri swasta yang diwartakan yang
menerima pesakit hendaklah memastikan penerusan perintah penahanan yang
dibuat sebelum pemindahan pesakit tidak sukarela ke hospital psikiatri itu.

Anda mungkin juga menyukai