Anda di halaman 1dari 8

KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU KOTA KINABALU

PROGRAM DIPLOMA PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN


TAHUN II SEMESTER II

CASE STUDY
TAJUK: PEDICULOSIS

NAMA : KENNY JOHNY
NO. MATRIK : BPP2013-2262
NO. KAD PENGENALAN : 940709-12-5637
TAHUN AMBILAN : JANUARI 2013
PENEMPATAN KLINIKAL : KLINIK KESIHATAN IBU DAN ANAK
(PERKHIDMATAN KESIHATAN SEKOLAH)
TEMPOH PENEMPATAN : 8 21SEPTEMBER 2014


SESI AKADEMIK: JULAI DECEMBER 2011

ISI KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN ............................................................................................... 3
2.0 MASALAH KUTU KEPALA .............................. Error! Bookmark not defined.
3.0 TANDA DAN GEJALA .................................................................................... 4
4.0 KITAR HIDUP KUTU ...................................................................................... 4
5.0 CARA JANGKITAN KUTU .............................................................................. 4
6.0 RAWATAN ...................................................................................................... 5
7.0 LANGKAH PENCEGAHAN ............................................................................. 6
8.0 KESIMPULAN ................................................................................................. 6
9.0 RUJUKAN ....................................................................................................... 7


1.0 PENGENALAN

Pediculosis adalah keadaan yang disebabkan oleh infestasi kutu iaitu sejenis
parasit dari kumpulan pediculosis humanus. Secara amnya, pediculosis berpunca
daripada tiga jenis kutu iaitu pediculosis capitis, pediculosis corporis (kutu badan)
dan pediculosis pubis (kutu kemaluan). Walau bagaimanapun, pediculosis capitis
merupakan parasit yang kerap menyerang bahagian kepala manusia dan ini lebih
dikenali sebagai kutu kepala.
Menurut Shafinaz Sheikh Maznan (2008) di dalam Utusan Online, kutu
kepala sudah menjangkiti manusia sejak berjuta tahun lamanya tidak kira di negara-
negara membangun mahupun maju. Setiap tahun, dianggarkan antara enam juta
hingga 12 juta orang manusia di seluruh dunia dijangkiti oleh kutu kepala.
Kutu kepala adalah serangga kecil yang pipih dan tidak mempunyai sayap.
Kutu kepala hidup dan melekat pada rambut manusia. Panjang kutu kepala adalah
kira-kira 2 4 mm dan mereka biasanya ditemui pada kulit kepala di bahagian
belakang. Kutu kepala menggigit kulit kepala dan menghisap darah manusia.
Semasa menghisap darah, air liur mereka tertumpah pada kulit kepala. Ini
menyebabkan rasa gatal pada kulit kepala.






2.0 TANDA DAN GEJALA

Antara gejala-gejala yang dialami oleh kanak-kanak tersebut ialah rasa yang
sangat gatal pada kulit kepala atau di belakang telinga dan leher. Mereka sentiasa
menggaru sehingga menyebabkan ruam yang kerapkali kelihatan di belakang
telinga. Kelihatan bintik-bintik putih pada rambut iaitu merupakan telur kutu yang
melekat kepada rambut. Telur kutu juga dikenali sebagai nits. Dalam kes-kes yang
teruk, jangkitan bakteria sekunder mungkin berlaku pada kawasan kulit yang pecah
akibat digaru dengan kuat.
Diagnosis masalah kutu dikalangan kanak-kanak yang dijangkiti dapat dibuat
berdasarkan inspeksi pada kulit kepala dan helaian rambut mereka dimana
terdapatnya kutu yang masih hidup serta telur kutu yang melekat pada helaian
rambut.
4.0 KITAR HIDUP KUTU
Kutu kepala menyerang pada kulit kepala dan membiak sangat cepat.
Parasit-parasit ini makan dengan menghisap darah perumah mereka. Kutu betina
menghasilkan 6 - 8 biji telur setiap hari dan akan bertelur lagi dalam masa 16 hari.
Telur kutu biasanya melekat pada bahagian bawah helaian rambut. Telur ini akan
menetas dalam masa 6 - 7 hari dan anak kutu menjadi matang dalam masa 2
minggu dan seluruh kitar hidup akan bermula lagi. Telur kutu atau nits kerap ditemui
di belakang telinga dan belakang leher.
5.0 CARA JANGKITAN KUTU

Kutu kepala lebih kerap ditemui pada kepala kanak-kanak perempuan yang
berambut panjang. Kutu mudah berjangkit walaupun tidak boleh melompat atau
terbang. Kutu biasanya berpindah daripada seorang kanak-kanak kepada kanak-
kanak lain apabila mereka tidur bersama atau bermain bersama dalam kumpulan.
Kutu kepala merebak dengan cepat melalui sentuhan terus dengan rambut yang
bermasalah.
Menurut Prof. Madya Dr. Mohd. Isa Abdul Majid (2010) Kutu merupakan
masalah ketara pada rambut apabila kesihatan diri tidak dipentingkan. Kutu atau
nama saintifiknya, Pediculus humanes dapat berpindah daripada seorang individu
kepada individu yang lain apabila peralatan rambut seperti sikat dikongsi bersama.
Menurut pendapat Hasnan Azlan (2010) pula, kutu kepala tidak memilih kepala
sama ada bersih atau kotor malahan ia lebih suka dengan rambut yang bersih, lurus
dan pendek kerana ia memudahkan laluan kutu di kepala.

6.0 RAWATAN

Memandangkan kutu boleh merebak dengan begitu mudah dan cepat, adalah
penting untuk merawatnya dengan betul dan menyeluruh. Pada masa dahulu,
minyak tanah digunakan untuk membunuh kutu kepala. Namun begitu ia
mengundang bahaya kerana boleh terbakar. Terdapat juga beberapa jenis racun
serangga yang boleh digunakan untuk merawat masalah kutu kepala ini. Gamma
benzene hexachloride dan Malathion merupakan rawatan kutu kepala paling
berkesan. Bagaimanapun, Gamma benzene hexacloride telah diharamkan di
beberapa negara kerana dikaitkan dengan keradangan sistem saraf pusat.
Syampu Malathion didapati berkesan menghapuskan kutu kepala dan telur-
telurnya selepas 10 minit disapukan ke kepala tanpa sebarang kesan sampingan.
Kadar penyembuhan kutu kepala mencapai 95.5 peratus. Cara untuk menggunakan
ubat kutu adalah seperti berikut:
6.0.1 Cara penggunaan syampu Malathion
1. Basahkan rambut terlebih dahulu kemudian sapukan syampu Malathion ke
seluruh rambut sehingga kulit kepala berasa basah. Beri perhatian terhadap
bahagian belakang kepala dan leher.
2. Tutup kepala dengan tuala dan biarkan selama 10 15 minit.
3. Basuh dan syampu rambut selepas 24 jam.
4. Selepas rawatan syampu, buangkan telur kutu yang mati dengan sikat bergigi
yang halus.
5. Rawatan ini hanya boleh diulang selepas 7 9 hari.
Bagi jangkitan sekunder pada ruam atau calar, hendaklah berjumpa dengan
doktor untuk rawatan lanjut.
7.0 LANGKAH PENCEGAHAN

Adalah amat penting menjaga kebersihan diri terutama rambut untuk
mengelak jangkitan kutu. Elakkan daripada berkongsi berus, sikat, aksesori rambut
dan tuala dan sebagainya. Semua berus dan sikat dan bahan lain yang telah
digunakan pada rambut yang telah dijangkiti dengan kutu kepala harus direndam,
dicuci dan dikeringkan sepenuhnya. Semua cadar dan alas kerusi harus dicuci
dengan air panas dan dikeringkan di bawah cahaya matahari. Vakumkan semua
tilam, permaidani, alas kaki dan perabot yang dibalut dengan kain. Jangan
menghantar kanak-kanak yang diinfestasi kutu ke sekolah sehingga mereka telah
dirawat dengan sempurna kerana berisiko untukk menjangkiti orang lain.
8.0 KESIMPULAN

Pedikulosis kapitis adalah penyakit pada kulit kepala dan rambut yang
disebabkan oleh parasit Pediculus humanus capitis. Cara penularan penyakit ini
ditularkan melalui sentuhan kepala dengan kepala atau melalui benda-benda seperti
sisir, bantal, dan asesoris rambut. Gejala yang paling sering timbul adalah gatal pada
kulit kepala terutama pada bahagian belakang telinga dan leher yang disebabkan
oleh air liur dari kutu yang mengigit kulit kepala semasa menghisap darah. Rawatan
utama adalah dengan menggunakan ubat syampu seperti Malathion. Pencegahan
dapat dilakukan terutama dengan menjaga kebersihan rambut, pakaian, serta benda-
benda yang dapat menjadi media penularan.




9.0 RUJUKAN

1. Graham-Brown R, Savin J, Milner J, editors. Head Lice. In : In Clinical Practice
Series Dermatology. China : Churcill Livingstone, 2004. p 48-51
2. Pediculosis Capitis (Head Lice) [online] [dilayari pada 2010 julai 11]; Maklumat
dari:URL:http://pediatrics.aappublications.org/cgi/content/full/110/3/638?ijkey=e9c
a60b1f002cef44343b8cff6711f1843b7270c
3. Pediculosis Capitis (Head Lice) [online] [dilayari pada 2010 julai 11]; Maklumat
dari:URL:http://pediatrics.aappublications.org/cgi/content/full/110/3/638?ijkey=e9c
a60b1f002cef44343b8cff6711f1843b7270c
4. Kutu kepala [online] [dilayari pada 2010 julai 10]; Maklumat dari:
URL:http://ms.wikipedia.org/wiki/Kutu_kepala
5. Kutu sukakan kepala bersih [online] [dilayari pada 2010 julai 14]; Maklumat
dari:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0205&pub=Utusan_
Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_03.htm&arc=hive