Anda di halaman 1dari 4

TUGASAN PROJEK

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)


INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS GAYA
TAJUK PROGRAM :

NAMA GURU PELATIH :

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA


PERGURUAN (PISMP)
INSTITUT PENDIDIKAN GURU,
KAMPUS GAYA

TAJUK KURSUS :

SEMESTER :

ELM 3043E

6 TAHUN (2014)

PENDIDIKAN MORAL

TARIKH MULA

2 SEPTEMBER

TARIKH HANTAR

2014

24 SEPTEMBER
2014

Hasil Pembelajaran Kursus


1.
Mengenalpasti isu-isu moral di peringkat tempatan dan global yang
menyebabkan keruntuhan akhlak.
2.

Menghubungkait proses sosialisasi dalam pembentukan moral individu dalam


menangani masalah moral.

3.

Menghayati sumbangan tokoh-tokoh moral dalam pembentukan nilai-nilai


individu.

4.

Menerangkan kesan elemen-elemen yang mencabar penghayatan dan


amalan nilai murni.

Kerja Kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1 dan 2.


Objektif KKP
Melalui KKP ini, pelajar dapat :
1. Menyenaraikan isu-isu moral yang membawa kepada keruntuhan akhlak serta
elemen-elemen yang mencabar penghayatan dan amalan nilai murni
2. Memberi contoh peranan sosialisasi dalam pembentukan moral individu
3. Menyenaraikan beberapa sumbangan tokoh-tokoh moral dalam pembentukan
nilai- nilai individu.
MsiELM3043E

KERJA KURSUS (100% markah )


Anda dikehendaki membincangkan Isu-Isu Moral bagi kedua-dua tajuk berikut :
BAHAGIAN A : (Isu Moral Tempatan)
Isu gangsterisme bukanlah suatu isu baru di Malaysia, malah isu ini hangat
dibincangkan oleh media massa. Menurut Kamus Dewan terbitan Dewan Bahasa
Dan Pustaka, gangsterisme didefinisikan sebagai perkumpulan sulit dalam
melakukan sesuatu kegiatan atas tujuan jenayah yang membawa kepada
penyelewengan tingkah laku dan kerosakan akhlak.
Berdasarkan Maklumat di atas, anda dikehendaki mengumpul maklumat
tentang Gangsterisme di Sekolah. Bincang sejauhmana faktor-faktor yang
menyebabkan berlakunya isu moral tersebut serta cadangkan cara
menanganinya. Dapatan data dan statistik terkini mengenai topik
perbincangan adalah amat digalakkan. (50 % markah)

BAHAGIAN B : ( Isu Moral Antarabangsa)

Dadah atau "drug" adalah bahan atau kimia yang amat merbahaya kepada
individu yang menggunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh
manusia berfungsi. Banyak hal yang berkaitan dengan dadah sentiasa menjadi
bahan dalam berita.Apabila mendengar saja perkataan dadah, kita akan terus
memikirkan jenis-jenis dadah seperti ganja dan heroin. Tetapi, sebenarnya
terdapat beribu-ribu jenis dadah di seluruh dunia ini yang digunakan oleh lebih
kurang 200 juta manusia untuk pelbagai tujuan.
Berdasarkan maklumat dan keratan akhbar di atas, Bincangkan Isu
Penyalahgunaan Dadah di negara kita. Huraikan faktor-faktor yang
menyumbang kepada permasalahan ini serta datangkan cara-cara
menanganinya. (50 % markah)

MsiELM3043E

Panduan Pelaksanaan
1. Tugasan ini adalah tugasan individu.
2. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul maklumat.
3. Panjang tugasan adalah antara 2500 hingga 3000 patah perkataan atau tidak
melebihi 15 muka surat ( termasuk persembahan visual).
4. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut :
i.
Font Arial
ii.
Saiz huruf ialah 12
iii.
Langkau satu setengah baris (1.5 spacing)
iv.
Sekurang-kurangnya mempunyai lima rujukan mengikut format APA
v.
Lampiran
7. Amalan plagiat adalah tidak dibenarkan.
8. Tugasan ini membawa markah 100 %.
9. Rujukan tidak termasuk dalam pengiraan perkataan.
Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria berikut :
1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci
2. Membuat rujukan terhadap sumber-sumber premier yang dapat menyokong
pencarian maklumat yang berkaitan dengan tajuk.
3. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian hasil kajian,
sokongan ilmiah, kefasihan bahasa, kematangan hujah serta kemampuan
menterjemah maklumat secara analitikal.
4. Setiap ambilan dan petikan yang diperolehi daripada mana-mana sumber
hendaklah dinyatakan secara telus.
5. Esei yang baik mengandungi pendahuluan, isi, ulasan isi, refleksi, penutup dan
rujukan.

Kriteria Pentaksiran
Tugasan KKP ini akan disemak berdasarkan kriteria pentaksiran yang
disediakan.

Disediakan oleh

Disemak oleh :

_______________________________

__________________________

(IBRAHIM BIN HAJI ISMAIL)

Penyelaras Kursus ELM 3104


Jabatan Pendidikan Islam Dan Moral
IPG Kampus Gaya

Pakar Bidang (SME)


Jabatan Pendidikan Islam Dan Moral
IPG Kampus Gaya

MsiELM3043E

Disahkan oleh

_____________________
(UST.RAFIHI DERIM )
Ketua Jabatan Pendidikan Islam Dan Moral
IPG Kampus Gaya

MsiELM3043E

Anda mungkin juga menyukai