Anda di halaman 1dari 7

Guru adalah agen perubahan atau Guru sebagai

pengekal tradisi
Berdasarkan kenyataan di atas beri respons anda.
http://djenimura.blogspot.com/2011/05/guru-adalah-agen-perubahan-atau-guru.html
Dalam era teknologi dan globalisasi ini, guru adalah sebagai agen
perubahan
bagi membimbing murid-murid agar bersedia untuk menghadapi segala
perubahan
yang akan berlaku. Malaysia menghadapi arus kemajuan dan cabaran dalam
abad ke-
21. Justeru, keperluan terhadap terhadap pembentukan akhlak mulia dalam
kalangan
murid semakin mendesak memandangkan masalah-masalah sosial yang timbul
selari
dengan kepesatan kemajuan dunia. Masalah-masalah disiplin di peringkat
sekolah
seperti ponteng, merokok dan penyalahgunaan dadah dapat ditangani sekiranya
guru
berjaya membina kesepaduan antara ilmu dan pembentukan akhlak yang mulia
dalam
diri murid-murid.
Jadi, guru harus berperanan sebagai agen perubahan dalam sistem
pendidikan
di mana ia harus mengubah daripada gaya pengurusan dan kepimpinan yang
bersifat
autokratik kepada demokratik. Peranan guru sebagai agen perubahan perlu
berasaskan
perkara-perkara berikut:
1. Mengubah daripada strategi berpusatkan guru kepada strategi pemusatan
murid.
2. Guru mengamalkan sifat penyayang terhadap murid, rakan sejawat, ketua,
staf
sokongan dan sekolah.
3. Guru juga perlu bersikap terbuka secara proaktif dan bersedia untuk
menghadapi
perubahan khususnya dalam bidang pendidikan
Guru perlulah memusatkan proses pengajaran dan pembelajaran kepada
murid
dan bukannya memusatkan kepada guru. Murid boleh bertanya jika terdapat
sebarang
persoalan teantang pengajaran pada waktu tersebut. Bukan semata-mata
mendengar
penjelasan dan penerangan daripada guru sahaja. Semua pendapat murid
mestilah
dipertimbangkan dan diterima sekiranya pendapat tersebut benar dan tepat
selain ia
berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, proses
pengajaran
dan pembelajaran juga menggalakan murid mencari maklumat tambahan melalui
teknologi internet. Ini dapat melatih mereka mengadaptasi dengan kemajuan dan
perubahan yang berlaku mengikut peredaran semasa.Selain daripada strategi
berpusatkan guru kepada strategi berpusatkan murid,
guru juga perlu mengamalkan sikap penyayang. Hal ini kerana, kanak-kanak
lebih
tertarik untuk berdamping dengan guru yang mempunyai sikap ini
memandangkan guru
merupakan orang yang kedua rapat selain ibu bapa mereka. Bukan itu sahaja,
guru
yang penyayang ini mampu membuat kanak-kanak lebih memberi perhatian
serta
tumpuan terhadap sesi pembelajaran yang berlangsung. Ini membolehkan sesi
pengajaran berlangsung dengan jayanya. Guru juga perlulah mengamalkan
sikap
penyayang ini bukan sahaja terhadap murid-murid malah harus juga menjadi
penyayang terhadap setiap masyarakat. Hal ini dapat menimbulkan rasa hormat
daripada masyarakat lebih-lebih lagi, tugas menjadi seorang guru adalah satu
profession yang dianggap mulia di sisi masyarakat. Guru boleh menerapkan
prinsip
guru sayang murid, murid kasih guru. Jika prinsip ini dapat diterapkan dalam diri
setiap
murid, gejala sosial yang berlaku dalam kalangan murid atau kanak-kana dapat
dikurangkan.
Guru yang sanggup menerima perubahan akan bersedia dengan setiap
perubahan yang berlaku terutamanya dalam bidang pendidikan. Sebagai contoh
pemansuhan program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik
dalam
Bahasa Inggeris kepada program memperkasa Bahasa Melayu memperkukuh
Bahasa
Inggeris sedangkan program ini baru sahaja 7 tahun dilaksanakan bermula dari
tahun
2003. Kesediaan guru dalam menerima perubahan ini dengan menghadiri kursus
dan
sebagainya dapat dilihat tanpa sebarang rungutan. Sifat keterbukaan secara
proaktif ini
mampu menjadikan guru sebagai agen perubahan yang sesuai mengikut
peredaran
zaman dan masa.Secara tuntasnya, guru selayaknya menjdai agen perubahan
kerana pendidikan
anak-anak bangsa bermula di sekolah walaupun sesi persekolahan hanya tujuh
jam,
tetapi ia mampu merealisasikan kehendak negara dengan menghasilkan murid
yang
cerdik, cergas dan mampu membawa negara ke mata dunia. Guru ibarat ibu
bapa di
sekolah dan segala nasihat dan tunjuk ajar guru akan diterima oleh murid. Jadi,
sebagai
agen perubahan ia akan turut mempengaruhi akal dan minda murid untuk
menghadapi
perubahan dan merealisasikan impian negara














GURU SEBAGAI PENGEKAL TRADISI

Kamus dewan bahasa edisi keempat mengatakan
tradisi merupakan sesuatu kebiasaan iaitu adat,
kepercayaan dan lain-lain yang kekal turun-temurun,
sesuatu yang sudah menjadi amalan yang sebati dalam
sesebuah masyarakat. Guru sebagai pengekal tradisi
boleh didefinisikan sebagai pendidik yang sentiasa
menerapkan dan mengamalkan sesuatu kebiasaan
secara berterusan.
Peranan dan kepentingan guru sebagai pengekal
tradisi boleh dibahagikan kepada tiga aspek iaitu:

Bahasa
Guru berperanan untuk bertutur secara lemah-
lembut iaitu berdasarkan kehalusan sesebuah bahasa
dan juga sentiasa menggunakan bahasa standard
(Bahasa Baku) ketika berkomunikasi dengan para
pelajar. Hal ini membentuk para pelajar yang bersopan-
santun dan memastikan para pelajar akan
memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa
Kebangsaan dalam kehidupan seharian mereka.

Budaya
Pengekalan memakai pakaian tradisional ke
sekolah seperti Bulan Pakaian Tradisional
menyumbang kepada pengekalan budaya timur oleh
para pelajar. Mereka tidak akan mudah terpengaruh dengan
budaya negatif Barat. Seorang guru juga harus mengamalkan
Budaya Membaca, Budaya Belajar, Budaya Berfikir dan
Budaya Menulis untuk menjadi ikutan para pelajar. Selaras
dengan budaya-budaya tersebut para pelajar akan mampu
sering berusaha untuk memperoleh dan mengembangkan ilmu
yang benar.

Agama
Setiap masa tidak kira semasa proses pengajaran
dan pembelajaran mahupun luar daripada masa
tersebut, guru haruslah sentiasa menasihati pelajar
supaya mentaati perintah dan ajaran agama. Hal ini
kerana mampu mengelakkan para pelajar daripada
mendekati perkara-perkara berkaitan kemaksiatan dan
kemungkaran seperti berzina dan pembuangan bayi.
Guru itu sendiri harus menjaga perhubungan dengan
Allah terlebih dahulu sebelum boleh memimpin murid-
muridnya kepada Allah. Jika seorang murid melihat
gurunya menitikberatkan soal agama dan kerohanian,
akan timbul suatu kesedaran berkenaan pentingnya
menjaga kerohanian diri dalam dirinya.