Anda di halaman 1dari 36

Copyright (Hakcipta Terpelihara) Itqan Partners Training & Consultancy

1 eBook Ringkas : Kenali SHM Dalam 30 Minit




































Copyright (Hakcipta Terpelihara) Itqan Partners Training & Consultancy


2 eBook Ringkas : Kenali SHM Dalam 30 Minit
Terima kasih kerana memberi sokongan dengan LIKE
dan SHARE laman facebook saya.

Ebook ringkas dan padat ini adalah satu perkongsian
dan pemindahkan ilmu untuk anda jadikan ia sebagai
panduan serta rujukan malah boleh disebarkan kepada
orang lain. Saya cukup menghargai anda yang sama-
sama ingin berkongsi keinginan untuk menggandakan
potensi dan prestasi bagi mencapai apa yang kita
inginkan sebelum ini.

Perkongsian yang lain, insyaAllah akan diterjemahkan
lagi supaya ia memberi seribu manfaat buat semua yang
ingin berjaya bukan sahaja di dunia malah di akhirat
kelak. Doakan saya supaya terus diberi barakah dan
hidayah untuk menulis dan berkongsi kerana hidup ini
memerlukan pahala walaupun ianya secebis.


Terima Kasih Semua

Cr. Muhd Muizzuddin Mukhtar
Certified Hypnotist & Hypnotheraphy (IBH)
Certified Hypnotist (MAH)
Certified Hypnomagic (HTC Indonesia)

Copyright (Hakcipta Terpelihara) Itqan Partners Training & Consultancy


3 eBook Ringkas : Kenali SHM Dalam 30 Minit












Copyright (Hakcipta Terpelihara) Itqan Partners Training & Consultancy


4 eBook Ringkas : Kenali SHM Dalam 30 Minit


Dr. Franz Anton Mesmer (1735-
1815) adalah orang pertama
mengembangkan teknik hipnosis.
Dulunya dikenali sebagai magnetism
kerana Dr. Franz mempercayai
bahawa setiap tubuh manusia
terdapat cecair universal yang mana
sekiranya ia mengalir lancar maka
sistem tubuh akan berfungsi secara
sempurna. Sekirannya aliran cecair
itu terhalang dalam tubuh maka sistem tubuh akan tidak
berfungsi dengan baik mengakibatkan berlakunya penyakit.

Dr .Franz telah menjalankan rawatan terhadap pesakit
dengan menggunakan kepingan logam atau magnet bagi tujuan
melancarkan aliran cecair di dalam tubuh dan ianya terhasil
dan berjaya dengan keadah penyembuhan tersebut.

Walaubagaimanapun, kejayaannya pada teknik magnetism
itu tidak berpanjangan apabila kajian dan penyelidikan dibuat
secara ilmiah yang mana menyatakan magnet tidak memberi
kesan pada tubuh dan ia tidaklah memberi penyembuhan.
Kesembuhan yang terjadi disebabkan Dr. Franz telah
membangkitkan imaginasi
positif terhadap minda
pesakit dan membuatkan
klien tersebut suggestible
iaitu masuk dalam keadaan
hipnosis.

Copyright (Hakcipta Terpelihara) Itqan Partners Training & Consultancy


5 eBook Ringkas : Kenali SHM Dalam 30 Minit


Hipnosis ini telah dimodenkan mengikut pandangan sudut
ilmu psikologi seperti James Braid (1795 1860) yang
merupakan orang pertama mencuba menjelaskan kaedah
tersebut secara lengkap. James Braid merupakan seorang ahli
bedah dan penulis yang sangat dihormati oleh British Medical
Associatian.

Pada tahun 1841, James telah
melakukan pemeriksaan rawatan
terhadap seseorang yang berada dalam
keadaan trance. Setelah pemeriksaan
pertama, ia memulakan dengan
melakukan eksperimen peribadi
melibatkan rakan sekerja yang ia
percaya. Eksperimen yang dijalankan
adalah memberi saranan dan
memfokus pada bahagian mata (eye
fixation) supaya menjadi lemah.
Setelah melakukan banyak percubaan dan penelitian, akhirnya
Braid telah mendapati bahawa hipnosis boleh dijadikan teknik
pengubatan dengan mengalirkan gelombang positif secara
saranan dan menemukan bahawa konsentrasi pada tahap
minda separa sedar sangat penting dalam kehidupan
seseorang.



Sebagai seorang muslim, model terbaik kita adalah Nabi
Muhammad S.A.W. Kehidupan baginda adalah kehidupan yang
menyeluruh dan manusia paling genius. Saya berpandangan
teknik hipnosis ini sudahpun wujud di zaman para anbiya lagi.

Copyright (Hakcipta Terpelihara) Itqan Partners Training & Consultancy


6 eBook Ringkas : Kenali SHM Dalam 30 Minit
Mungkin ilmu di zaman itu tidak dipanggil sebagai hipnosis
tetapi mempunyai kesamaan dari sudut kaedah dan
perlaksanaan. Imam Al-Ghazali juga pernah menggunakan
keadah dan teknik hipnosis sebegini dan ia merupakan
sebahagian daripada ilmu akal.

Dr Ahmad Syauqi Fanjari merupakan salah seorang
pengamal teknik hipnosis dan ilmunya ini diakui oleh ulama
tersohor dunia Dr. Yusof Al-Qaradhawi. Mereka pernah
dipenjara oleh rejim Mesir dan berada bersama di dalam satu
penjara. Dr. Ahmad Syauqi mempunyai kemampuan untuk
membuatkan rakan sesama tahanan dalam keadaan tenang
dan tertidur. Semasa mereka tertidur akibat pengaruh
hipnosis, Dr. Ahmad Syauqi banyak bertanyakan tentang
pelbagai hal dan mereka yang terhipnosis itu menjawab ada
yang benar dan ada yang salah.

Dr. Yusof Al-Qaradhawi tidak melarang akan
perbuatannya dan menyatakan ia sebagai ilmu untuk
menghiburkan rakan-rakan tahanan serta mengisi waktu
kerana ia tidak menyingkap perkara ghaib dan ia tidak
melanggari dari batasan agama. Firman Allah dalam surah Al-
Anam ayat 59 ;

Dan pada Allahlah kunci-kunci semua yang ghaib, tidak
ada yang mengetahui kecuali Dia sendiri, dan Dia mengetahui
apa yang didaratan dan dilautan dan tiada sehelai daunpun
yang gugur melainkan Dia mengetahui.





Copyright (Hakcipta Terpelihara) Itqan Partners Training & Consultancy


7 eBook Ringkas : Kenali SHM Dalam 30 Minit


Spiritual Hypno-Motivation (SHM) merupakan aplikasi
hipnosis secara motivasi dan meyakini akan hukum
kerohanian terhadap Maha Pencipta. Ia merupakan keadah
terapi untuk mengubah tahap kesedaran potensi diri dan
meningkatkan lagi prestasi minda, emosi malah rohani secara
praktikal.

Usah bimbang, kerana ia bukanlah ilmu pukau atau silap
mata. Ia adalah keadah meneroka diri secara motivasi
menggunakan hipnosis. Walau apapun saya tetap akan
berpandukan kepada konsep mendekatkan diri kepada tuhan
yang berkuasa. Percayalah bahawa kaedah yang terbaik untuk
membina keperibadian dan akhlak ialah dengan kaedah
pentarbiyahan yang diajar oleh Al-Quran dan As Sunnah.

Saya ingin mulakan
dahulu dengan definisi
hipnosis supaya ia
difahami secara jelas
kerana ilmu ini tidak
melalui proses akademik
yang ketat.



Hipnosis adalah suatu kaedah untuk re-programming minda
manusia melalui aplikasi minda separa sedar secara lisan dan

Copyright (Hakcipta Terpelihara) Itqan Partners Training & Consultancy


8 eBook Ringkas : Kenali SHM Dalam 30 Minit
memanipulasikannya mengikut kehendak yang dipersetujui
oleh kedua-dua pihak.
(Sumber : Malaysian Academy of Hypnosis).

Hipnosis adalah keadaan separa sedar yang menyebabkan
seseorang kelihatan seperti tidur tetapi masih boleh
mendengar, melihat atau memahami perkara tertentu yang di
ajukan kepadanya oleh orang yang menguasai mindanya ketika
itu.
(Sumber : Kamus Dewan Edisi Empat)

Hipnosis dikenali sebagai teknik memprogramkan minda
secara berkhayal dan ia adalah keadaan di mana seseorang
mencapai kesedaran yang berfokus atau pemikiran positif yang
boleh digunakan untuk memperbaiki diri.
(Sumber : http://en.wikipedia.org/wiki/Hypnosis)

Hipnosis adalah suatu keadaan berlaku pada minda separa
sedara atau berlaku pada imaginasi seseorang.
(Sumber : Wikipedia Indonesia)



Memandangkan hipnosis adalah cabang dari ilmu akal dan
psikologi, lebih elok saya tampilkan ia dengan konsep
ketuhanan. Saya tidak mahu kita hanya menampakkan akal ini
berkuasa sepenuhnya sedangkan akal adalah ciptaan Allah.
Allah menciptakan akal fikiran untuk kita menghayati bahawa
kita adalah khalifah di muka bumi. Oleh itu kesedaran
beragama sangat penting ditambah pula dengan kesungguhan
untuk berubah dalam bentuk motivasi.


Copyright (Hakcipta Terpelihara) Itqan Partners Training & Consultancy


9 eBook Ringkas : Kenali SHM Dalam 30 Minit
Secara ringkasnya, ebook ini bukanlah ditulis untuk kita
mendalami ilmu hipnosis terapi secara langsung dan
mendalamnya tetapi ia adalah sebagai alat atau kaedah untuk
lebih memahami pemikiran dan keyakinan diri untuk diri kita
terus ditahap yang positif.



Spiritual Hypno-Motivation (SHM)
boleh digunakan untuk sesiapa sahaja
kerana ianya bukanlah hipnosis terapi
(Hypnotherapy) akan tetapi ia adalah
pendekatan hipnosis kendiri (Self Hypnosis)
secara motivasi. Sekirannya anda ingin
menjadi pengamal hipnosis dengan adanya
persijilan seperti Hipnosis Fundamental
(CH), Advanced Hypnotherapy (CHt) ataupun Instructor
Training (CI) sudah pasti anda perlulah mendalaminya di
dalam seminar hipnosis dan mempunyai latihan-latihan yang
tertentu sebagai pengamal.

Di dalam ebook ini, saya menulisnya
secara umum supaya mudah difahami
tentang hipnosis kendiri (Self Hypnosis)
secara motivasi. Pendekatannya sangat
mudah kerana setiap hari manusia selalu
berada dalam keadaan hipnosis iaitu
menggunakan fikiran separa sedar tanpa
disedari. Walaubagaimanapun, dalam penulisan ini saya akan
berikan juga pendekatan rawatan mengikut peringkat hipnosis
kepada kaunselor, serta pegawai pegawai psikologi bagi
mengendalikan rawatan terhadap klien atau pesakit.

Copyright (Hakcipta Terpelihara) Itqan Partners Training & Consultancy


10 eBook Ringkas : Kenali SHM Dalam 30 Minit



















Berikut adalah gambar bongkah ais fikiran kita. Ramai sudah
mengetahuinya akan dua bahagian ini iaitu ais yang tenggelam
(88% fikiran sedar) dan ais yang tidak tenggelam (12% fikiran
separa sedar). Daripada gambar ini, jelas menunjukkan
banyaknya fungsi yang ada pada minda separa sedar.

Sekarang cuba bayangkan bongkah ais itu dianggap
seperti potensi diri kita sebagai manusia. Kebanyakan kita
hanya menggunakan 12% potensi diri sahaja dalam kehidupan
dan 88% lagi bergantung kepada kekuatan motivasi dalaman
diri sendiri dan keyakinan kepada Tuhan yang Esa.

Copyright (Hakcipta Terpelihara) Itqan Partners Training & Consultancy


11 eBook Ringkas : Kenali SHM Dalam 30 Minit
Di sini saya ingin nyatakan dahulu peranan fikiran separa
sedar dalam pembentukan potensi dan prestasi diri.

Mengawal autonomi badan

Fikiran separa sedar adalah mengawal segala autonomi badan
manusia sebagaimana kita tidak sedar atau memikirkannya.
Sebagaimana kita bernafas. bergerak dan adanya fungsi pada
organ dalaman. Apabila kita sakit, kadangkala sakit itu
disebabkan oleh cara pemikiran yang tidak baik dan terlalu
banyak membayangkan perkara yang lemah. Sehinggalah
minda separa sedar merealisasikan pemikiran itu terhadap
autonomi badan .

Gedung pengalaman

Fikiran separa sedar juga seperti gudang menyimpan setiap
pengalaman yang ada pada manusia. Setiap pengalaman yang
berlaku direkodkan di dalamnya termasuk setiap perkara yang
dibaca, dipelajari, dihayati dan difikirkannya. Di samping itu
juga ia melibatkan pengalaman yang dibentuk pada setiap
perkara dalam kehidupan seperti emosi, tabiat harian,
hubungan, kewangan, kesihatan dan lain-lain lagi.

Keyakinan

Fikiran sedar diibaratkan sebagai pengetahuan kita, manakala
fikiran separa sedar sebagai keyakinan kita pada sesuatu.
Sepertimana kita mengetahui bahawa diri perlu berubah ke
arah lebih positif, akan tetapi kita tidak meyakini bahawa diri
kita boleh berubah ke arah lebih positif. Sudah pasti, tiada
perubahan akan berlaku pada diri.


Copyright (Hakcipta Terpelihara) Itqan Partners Training & Consultancy


12 eBook Ringkas : Kenali SHM Dalam 30 Minit


Spiritual Hypno-Motivation (SHM) adalah kaedah terapi
mengubah tahap kesedaran yang dicapai dengan cara
menurunkan gelombang otak dari beta menjadi alpha dan
theta. Saya cuba menukarkan gambar rajah bongkah ais fikiran
dengan pendekatan Spiritual Hypno-Motivation.
















Spiritual Hypno-Motivation (SHM) adalah model bagi
membantu dan membaiki corak pemikiran seseorang
daripada permasalahan kepada mencari serta membuat
sesuatu keputusan secara positif dan terarah.

Di samping itu Spiritual Hypno-Motivation (SHM) juga
mempengaruhi fikiran bawah sedar manusia secara lisan dan
memanipulasikannya mengikut kehendak yang dipersetujui
oleh kedua-dua pihak. Selalunya ia digunakan sebagai tujuan
perubatan, membuang tabiat buruk, memulihkan trauma dan

Copyright (Hakcipta Terpelihara) Itqan Partners Training & Consultancy


13 eBook Ringkas : Kenali SHM Dalam 30 Minit
sebagainya. Walauapapun teknik atau model yang digunakan,
ingatlah bahawa ketenangan dan kebahagiaan itu datang dari
tuhan yang esa. Tidak ada lagi pergantungan yang selayaknya
melainkan kepada Allah.

Penghayatan 12% dan 88%

Disini saya letakkan beberapa perkara asas yang
dibincangkan dalam pendahuluan tentang Spiritual Hypno-
Motivation (SHM) iaitu meningkatkan lagi penghayatan 12%
sedar dan 88% separa sedar dalam perubahan secara motivasi.
Mengapa perlu penghayatan sebegini kerana kita sebenarnya
perlu memikirkan jalan penyelesaian bukannya masalah.
Sepertimana Dr Richard Bandler seorang pakar NLP
menyatakan, Sekiranya anda mencari masalah, anda pasti
akan menjumpai masalah, tetapi sekiranya anda mencari
penyelesaian, ianya ada di mana-mana. Penghayatan yang
perlu ada ialah;

- Penghayatan diri kita terhadap peranan 12% watak
kendiri dan 88% nilai kendiri.
- Penghayatan diri kita terhadap peranan 12% pengetahuan
tentang diri dan 88% keyakinan tentang diri.
- Penghayatan diri kita terhadap peranan 12% motif diri
(faktor kenapa) dan 88% aksi bertindak untuk diri (faktor
bagaimana).
- Penghayatan diri kita terhadap melihat 12% kelemahan
diri dan 88% kekuatan diri.
- Penghayatan diri kita terhadap gelombang 12% beta dan
88% alpha serta theta bagi penumpuan fokus diri.
- Penghayatan diri kita terhadap 12% minat dan 88% bakat
yang perlu dicungkil.


Copyright (Hakcipta Terpelihara) Itqan Partners Training & Consultancy


14 eBook Ringkas : Kenali SHM Dalam 30 Minit
Memahami Critical Area Kita

Dalam terapi hipnosis, saranan yang
diterima dalam keadaan fikiran sedar
selalunya akan ditapis serta ditolak
oleh faktor kritikal (Critical Area)
sebelum masuk ke dalam fikiran
separa sedar. Faktor kritikal (Critical
Area) merupakan penyimpanan data
sementara yang mana di tempat inilah
data akan diproses berdasarkan analisis, logik, pertimbangan
etika dan prinsip dan lain-lain.

Setiap orang memiliki faktor kritikal (Critical Area) yang
berbeza kerana ia bergantung kepada situasi dan keadaan,
tahap fokus, minat, emosi dan cara berfikir. Oleh sebab itulah,
dalam keadaan hipnosis, faktor kritikal (Critical Area) yang
berada di fikiran sedar akan beristirehat dan tenang dari
banyak beroperasi.

Begitulah juga dalam konsep potensi diri, faktor kritikal
(Critical Area) ini seperti dinding penghalang dan mentaliti
penapis dari melakukan perkara yang ingin dicapai. Ia
bukanlah perkara yang luar biasa malah ia adalah normal bagi
setiap orang. Sekiranya kita dapat menerobos sempadan
penghalang ini dengan tenang dan positif, kita akan lebih
mengenali kekuatan diri malah mengenali Tuhan yang Esa.

Dalam Islam ibadah solat adalah ibadat yang wajib
dilakukan bagi setiap muslim. Ibadah solat memerlukan
kepada khusyu dan ia sangat penting dan merupakan
kekuatan bagi solat. Menunaikan solat adalah perkara yang
berada di fikiran sedar manakala tahap seseorang itu khusyu

Copyright (Hakcipta Terpelihara) Itqan Partners Training & Consultancy


15 eBook Ringkas : Kenali SHM Dalam 30 Minit
sudahpun berada di fikiran separa sedar. Penghalang kepada
khusyu adalah terhasil dari faktor kritikal (Critical Area).

Semakin banyak kita membuka ruang faktor kritikal
(Critical Area) ini beroperasi, semakin banyaklah kita tidak
dapat menerobos sempadan diri kita. Contoh faktor kritikal
(Critical Area)

1. Semasa ingin membuat kerja, kita mula merasa malas
kerana perkara yang ingin dibuat itu susah dan
menyukarkan.
2. Seseorang itu tidak dapat fokus disebabkan dia tidak ada
rasa untuk memberi tumpuan yang baik.
3. Takut untuk bercakap dihadapan kerana tidak mahu dicaci
oleh rakan-rakan yang mendengar.

Memahami Self Sabotage Kita

Pengertian sabotaj diri (Self Sabotage) adalah halangan yang
diciptakan oleh diri sendiri akibat keyakinan atau persepsi
yang keliru. Kekeliruan ini selalunya terjadi disebabkan oleh
adanya pengalaman dan perilaku kebiasaan yang sudah ada
dalam diri.

Sabotaj diri (Self Sabotage) ini juga boleh diumpamakan
seperti syndrom gajah. Ia bukanlah suatu penyakit tetapi ia
adalah terhasil dari corak pemikiran menjadi tingkah laku.
Sekiranya sabotaj diri (Self Sabotage) banyak ke arah negatif,
maka tindakan juga terhasil dengan cara negatif.

Bagi memudahkan maksud sabotaj diri (Self Sabotage)
atau syndrom gajah saya cuba umpamakannya pada binatang
sarkas. Kebanyakan binatang sarkas merupakan binatang liar

Copyright (Hakcipta Terpelihara) Itqan Partners Training & Consultancy


16 eBook Ringkas : Kenali SHM Dalam 30 Minit
dan sukar dijinakkan seperti harimau, gajah dan singa. Bagi
menjinakkan binatang-binatang sebegini, mereka diikat
dengan rantai yang kuat dalam jangka masa tertentu supaya ia
dibiasakan. Sekiraya binatang-binatang ini membuat tindakan
yang ganas sudah pasti pelatih akan memukulnya sehinggalah
binatang-binatang ini mendapat kesakitan.

Pada permulaannya, binatang-binatang ini memiliki
keinginan untuk menyerang dan melarikan diri, akan tetapi
usahanya tidak terhasil sehinggalah mereka menanam
pengalaman yang buruk dan kebiasaan yang menyukarnya.
Setelah bertahun, pengalaman dan kebiasaan itu sentiasa ada,
binatang-binatang ini tetap akan
tidak melawan atau melarikan diri
walaupun rantai dibuka. Mengapa ia
berlaku, inilah kesan sabotaj diri
(Self Sabotage) atau syndrom
gajah yang telah ada dalam diri
binatang-binatang itu dan sabotaj
diri (Self Sabotage) atau syndrom
gajah telah masuk ke kawasan
minda separa sedar. Contoh sabotaj
diri (Self Sabotage)

1. Seseorang itu takut berkawan kerana pernah dikecewakan
dan dibuli berdasarkan pengalaman lepas.
2. Seseorang yang tidak memiliki semangat untuk mencari
pekerjaan kerana telah berkali-kali permohonannya
ditolak.
3. Orang yang tidak dapat berhenti merokok atau menagih
disebakan kesedapan yang ada pada bahan itu sudah
menjadi kebiasaan.

Copyright (Hakcipta Terpelihara) Itqan Partners Training & Consultancy


17 eBook Ringkas : Kenali SHM Dalam 30 Minit
4. Seseorang yang takut berniaga disebabkan sudah ada
pengalaman gagal dan ditipu.

Memahami Self Fulfilling Kita

Self Fulfilling merupakan kesan dari kepercayaan kita kepada
sesuatu perkara dan ia sudah berada ditahap permulaan
fikiran separa sedar. Sebenarnya kesan ini kadang-kadang
boleh memberi kesan kepada orang yang berinteraksi.

Pernahkah anda mendengar situasi seperti ini? Seorang
doktor pakar telah memberikan pesakit ubat yang boleh
menyembuhkan sedangkan kandungannya adalah seperti pil
panadol di kedai biasa sahaja. Doktor pakar itu memberitahu
pesakitnya, ubat ini efektif bagi menyembuh penyakit yang
dialaminya. Pesakit itu terlalu yakin dengan doktor pakar yang
dijumpainya lalu dia sentiasa mengamalkan apa yang
dinasihati doktor itu dengan sentiasa makan ubat itu. Setelah
pesakit itu sihat, sudah pasti pesakit itu yakin bahawa ubat
yang diberikan itu cukup berkesan sedangkan ubat itu
sebenarnya boleh dibeli di kedai-kedai biasa sahaja.

Inilah sebenarnya kesan dari Self Fulfilling kita bahawa
kepercayaan diri kita mampu memberi kebaikan ataupun
keburukan kepada kita. Sebenarnya, kebanyakan individu yang
lemah bukanlah datangnya dari sikapnya yang lemah, tetapi
keyakinan dan kepercayaan dirinya sentiasa dilihat lemah.
Saya ingin kembali kepada konsep ketuhanan, mengapa
konsep akidah perlu diyakini dan dipercayai? Ini kerana
supaya Self Fulfilling diri kita sentiasa bergantung kepada
Tuhan yang Esa bukanlah kepada makhluk ciptaan Tuhan yang
berkuasa.


Copyright (Hakcipta Terpelihara) Itqan Partners Training & Consultancy


18 eBook Ringkas : Kenali SHM Dalam 30 Minit




Fikiran sedar berfungsi mengikut perkara objektif dan ia hanya
berhubung dengan alam nyata atau alam fizikal. Fikiran sedar
juga bertindak dan mengawal berdasarkan lima deria dalam
tubuh badan manusia ataupun kesedaran sensori sebagiamana
contoh;

- Telinga untuk mendengar (Audio)
- Mata untuk melihat dan fokus (Visual)
- Hidung untuk mencium bau (Olfactory)
- Lidah untuk merasa (Gustatory)
- Kulit untuk sentuhan (Kinesthetic)

Minda sedarlah juga terletaknya kebebasan memilih untuk
melakukan sesuatu perkara berdasarkan logik yang diterima
oleh pancaindera. Oleh itu, penjagaan lima deria ini sangat
penting supaya ia tidak disalahgunakan. Allah menjadikan
deria-deria ini supaya kita lebih dekat dengan Allah secara
sedar. Terdapat banyak ayat al-Quran dan hadis menyebut
tentang kehebatan pancaindera dan ia sangat penting untuk
manusia bersyukur.

Hukum hubungan (Law of Connection) melalui deria


Copyright (Hakcipta Terpelihara) Itqan Partners Training & Consultancy


19 eBook Ringkas : Kenali SHM Dalam 30 Minit
Saya lebih suka menyatakan hukum hubungan ini seperti
peraturan komunikasi mesra. Menghasilkan komunikasi mesra
ini perlulah berasaskan kepada lima deria yang saya nyatakan.
Minda sedar pula akan berfungsi bagi memahami tindakan dan
bertindak balas dengan apa yang kita sedar.

Oleh itu, sebagai seorang manusia yang inginkan
perubahan, jauhi diri kita melakukan maksiat menggunakan
lima deria ini kerana ini pemberian Allah kepada kita. Ingatlah,
deria-deria ini berada di tahap fikiran sedar, dan kita
sebenarnya sedar apa yang kita akan lakukan dan orang lain
juga sedar dengan tindakan yang kita lakukan.

Di dalam proses Spiritual Hypno-Motivation (SHM),
perkara perlu dititik beratkan adalah menggunakan empat
sumber kekuatan mempengaruhi diri sendiri dan orang lain
menggunakan pancaindera yang dianugerahkan.

1. Pandangan mata

Mata boleh memberi pengaruh secara sedar, misalnya
dengan cara memandang yang bersifat memerintah,
mengancam, menipu, mengherdik, menyayangi atau
menghargai. Selain itu juga, pandangan mata sebenarnya
boleh memberi penghayatan dalam keinsafan.

Sebagaimana contoh, sekiranya anda mempunyai tekanan
dan masalah, perhatikan wajah anda di cermin dan
pusatkan pada titik antara kedua-dua mata di dalam
cermin. Anggaplah anda menumpukan kepada
permaslahan dan cuba bayangkan Allah sentiasa bersama
anda. Jika anda mengeluarakan air mata, anggaplah itu
adalah air mata anda bermuhasabah.

Copyright (Hakcipta Terpelihara) Itqan Partners Training & Consultancy


20 eBook Ringkas : Kenali SHM Dalam 30 Minit
2. Suara

Selain pandangan mata, suara sangat penting dalam
memberi pengaruh secara sedar. Suara boleh membezakan
saranan yang diberikan dan ia sangat penting di dalam
proses ini. Suara yang berbentuk saranan seolah-olah
kekuatan yang boleh mendesak dan mempengaruhi orang
lain sehinggalah tidak dapat menolaknya.

Islam mengajar kita bahawa suara atau pendekatan lisan
adalah konsep penting di dalam berdakwah dan
bermuhasabah. Oleh itu perbanyakkan kita mengalun
bacaan Al-Quran, zikir, perkataan berfaedah supaya kita
dapat mendengar apa yang kita keluarkan dari suara kita
secara positif

3. Pernafasan dan ketenangan

Teknik pernafasan adalah antara kekuatan di dalam proses
ini. Sebenarnya kekuatan pernafasan ia melibatkan
ketenangan pada jiwa dan emosi. Semakin banyak kita
bernafas secara terarah, semakin banyak pemikiran kita
dalam keadaan mendamaikan. Bagi umat Islam, membaca
doa, zikir, wirid serta solat adalah amalan memberi
ketenangan jiwa. Tambahkan ia dengan teknik pernafasan
yang betul supaya ia menjadi amalan yang menyeronokkan.

4. Bahasa badan

Bahasa badan (non-verbal) sebenarnya boleh
menggambarkan keadaan diri dan kekuatan jiwa
seseorang. Apa yang saya ingin maksudkan adalah jika
seseorang itu tenang, yakin, percaya diri, berani dan

Copyright (Hakcipta Terpelihara) Itqan Partners Training & Consultancy


21 eBook Ringkas : Kenali SHM Dalam 30 Minit
sentiasa positif sudah pasti bahasa badannya akan selari
dengan sikap yang ada dalam dirinya. Berbeza pula dengan
orang yang merasa lemah, tidak yakin, kurang mendapat
sokongan sudah pasti bahasa badannya banyak digunakan
secara negatif dan salah.

Untuk sesi rawatan

Dalam hipnosis terapi terdapat langkah
awal yang perlu dilakukan bagi
memulakan sesi rawatan kepada klien.
Sebagaimana contoh seorang
hipnotherapi kepada pesakit, kaunselor
kepada klien, guru bimbingan kepada
pelajar dan ibu bapa kepada anak-
anaknya. Di tahap fikiran sedar ini sangat penting kerana di
sinilah setiap individu yang dirawat dapat memahami kaedah
hipnosis dan boleh menolaknya tanpa paksaan.

1. Bersedia secara sukarela Individu yang akan dihipnosis
perlulah bersedia dan ianya tidak perlu dipaksa dan boleh
menolaknya bila-bila masa.

2. Memahami komunikasi Individu yang akan dihipnosis
dapat memahami maksud dan tujuan dari ucapan terapi
hipnosis.

3. Memiliki kemampuan fokus Individu yang akan
dihipnosis perlulah dalam keadaan yang baik dan mampu
memberi fokus. Demam, selsema, mabuk ataupun
sebaliknya akan menghilangkan daya fokus individu itu.


Copyright (Hakcipta Terpelihara) Itqan Partners Training & Consultancy


22 eBook Ringkas : Kenali SHM Dalam 30 Minit
Kesemua syarat ini perlulah dinyatakan semasa seseorang
itu dalam keadaan fikiran sedar. Ini kerana fikiran sedar akan
menggunakan peranan pancaindera seperti telingga, mata,
hidung. lidah, kulit dan anggota badan sebagai pendorong dan
sokongan untuk melakukan hipnosis.

Sekiranya ia dipersetujui tanpa ada sebarang syarat, maka
saranan hipnosis akan dilakukan sehinggalah seseorang itu
berada dalam keadaan separa sedar dan di sinilah pula gerak
hati akan berperanan sehinggalah menghasilkan kepercayaan.



Fikiran separa sedar berfungsi mengikut perkara-perkara yang
bersifat subjektif. Fikiran separa sedar juga melihat dan
mengerti melalui gerak ilham (intuisi) atau lebih tepat melalui
deria yang keenam (sixth sense). Perkara ini ada dinyatakan di
dalam Al-Quran dengan perkataan hikmah. Firman Allah;

Allah menganugerahkan hikmah (kebijaksanaan atau ilmu
yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut
aturan yang ditentukan-Nya). Sesiapa yang dianugerahkan
hikmah, maka dia benar-benar telah dianugerahkan kurniaan
yang banyak. Hanya orang-orang berakal sahaja dapat
mengambil pelajaran.
(Surah Al-Baqarah : 269)

Di dalam Soheh Bukhori jilid 4 halaman 139 dan soheh muslim
jilid 2 halaman 1420 ada menceritakan tentang Aesyah
meriwayatkan diolognya dengan Rasulullah SAW, dengan
katanya;

Copyright (Hakcipta Terpelihara) Itqan Partners Training & Consultancy


23 eBook Ringkas : Kenali SHM Dalam 30 Minit
Pernahkah engkau (Nabi Muhammad) hadapi peristiwa yang
lebih dasyat daripada peperangan Uhud? jawab Nabi ; Ya aku
pernah menghadapi yang lebih dasyat daripada peristiwa Uhud,
iaitu apa yang aku hadapi pada hari Aqabah. Aku
menyampaikan dakwah kepada Abdul Yafti bin Abdul Khilal
tetapi dia tidak menerima apa yang aku sarankan atau serukan,
kemudian aku pergi dalam keadaan yang sedih dan tidak
tersedar sehinggalah aku sampai di Qarnut Thaalib"

Dalam riwayat ini jelas nabi Muhammad SAW juga
mengalami fikiran separa sedar dalam tindakannya dan ia
bukanlah fenomena yang luar biasa kerana kita semua adalah
hamba Allah. Oleh itu, jadikanlah perkara sedar itu sebagai
tempat untuk mencari pahala, dan perkara tidak sedar itu
adalah aliran keberkatan dan ketenangan dari Allah.

Saranan (Suggestion) Spritual Hypno-Motivation kepada
fikiran separa sedar

Apa yang dimaksudkan dengan saranan? Saranan adalah suatu
rangkaian kata-kata kalimat (informasi) yang disampaikan
dengan cara tertentu, dalam situasi tertentu sehingga dapat
memberikan pengaruh bagi mereka yang mendengarnya,
sesuai dengan maksud dan tujuan saranan tersebut. Segelintir
kita selalunya menggunakan saranan negatif dan ia ditanam di
dalam fikiran separa sedar. Kesannya saranan itu terus
menjadi suatu bentuk kepercayaan sehinggalah mampu
mengubah sikap dan tabiat diri seseorang itu.

Oleh itu, fikiran separa sedar menerima apa sahaja
saranan sama ada baik atau buruk dan benar atau salah kerana
fikiran separa sedar diibaratkan seperti robot yang di
programkan hanya mengikut kehendak penciptanya iaitu diri

Copyright (Hakcipta Terpelihara) Itqan Partners Training & Consultancy


24 eBook Ringkas : Kenali SHM Dalam 30 Minit
kita sebagai manusia. Fikiran separa sedar akan mengalirkan
gelombang tenaga pada tubuh badan mengikut saranan yang
diterimanya. Hasilnya tubuh badan akan terus mengikut apa
yang digambarkan dan muncul di dalam fikirannya. Saranan
seharusnya dilakukan dengan penuh konsentrasi dan yakin
kerana ia selalunya melibatkan emosi dalam diri seseoarng
individu.

Di dalam konsep hipnosis saranan selalunya dibuat
apabila seseorang itu berada dalam keadaan ketenangan pada
tahap yang tinggi (trance). Pada masa inilah ahli terapi
memasukkan beberapa saranan positif yang sememangnya
mereka ikut. Sebagaimana contoh seperti membayangkan
terdapat batu di tangan
dan tangan akan terasa
berat dan letih. Begitu
juga apabila disarankan
seolah-olah memandu
kereta pergi ke tempat
yang diminatinya.

Saranan-saranan yang dibuat perlulah berkisar
penyingkiran sikap negatif, membina kesihatan yang baik serta
melahirkan perasaan yang gembira serta berani. Lebih elok
lagi kita sarankan perkara-perkara yang boleh mendekatkan
diri kita pada Allah supaya kita sentiasa yakin akan Allah
bersama kita.

Manusia akan lebih mudah menerima saranan apabila
berada pada keadaan kesedaran hypnos (State of Conscios-
ness). Walaubagaimanpun tidak semua manusia memiliki
tahap saranan yang sama apabila berada ditahap fikiran separa
sedar. Ini kerana manusia kadang-kadang akan dipengaruhi

Copyright (Hakcipta Terpelihara) Itqan Partners Training & Consultancy


25 eBook Ringkas : Kenali SHM Dalam 30 Minit
oleh beberapa faktor seperti persekitaran yang mengganggu,
sosial ekonomi seseorang, tahap pendidikan atau pangkat dan
sebagainya.

Terdapat 3 tahap saranan hipnosis yang sering berlaku
terhadap seseorang individu iaitu 5% sukar, 85% sederhana
dan 10% mudah.

Tahap Peratusan Ulasan
Sukar 5% Individu yang sukar
mendapat saranan ketika
mana pada tahap fikiran
separa sedar
Sederhana 85% Individu yang mudah
mendapat saranan ketika
mana pada tahap fikiran
separa sedar
Mudah 10% Individu yang mudah
tertidur

Sebenarnya, saranan secara Spiritual Hypno-Motivation ini
boleh dicipta melalui saranan diri sendiri. Tidak ada prosedur
yang terikat di dalam hipnosis. Ini kerana saranan Spiritual
Hypno-Motivation adalah sebahagian daripada potensi diri
yang terpendam di dalam fikiran separa sedar. Setiap orang
dapat meningkatkan potensi diri mereka sekiranya yakin pada
kemampuan diri dan percayakan pada qada dan qadar.

Di negara-negara Eropah contohnya seperti Amerika dan
Britain banyak menggunakan teknik sebegini sebagai rawatan
di dalam ketenteraan apabila berlaku peperangan bagi
mengurangkan rasa sakit apabila mereka cedera.


Copyright (Hakcipta Terpelihara) Itqan Partners Training & Consultancy


26 eBook Ringkas : Kenali SHM Dalam 30 Minit
Untuk sesi rawatan

Di sini saya ingin nyatakan bentuk saranan rawatan secara
hipnosis bagi mereka yang melakukan rawatan terhadap klien
dan pesakit.

Contoh 1 (Saranan Induction)

Baiklah tuan/puan, sebentar lagi kita akan melakukan
relaksasi agar fizikal dan fikiran anda menjadi tenang dan
santai. Anda boleh menutup mata dan membetulkan posisi
fizikal anda agar lebih tenang dan benar-benar relaks. Tarik
nafas dalam-dalam dan hembus.

Sangat tenang sekali jika sesekali dapat membuat diri kita
benar-benar dapat melepaskan segala beban, kesusahan dan
tekanan. Alangkah tenang nya anda sekarang memikirkan
perkara yang membahagiakan dan mengembirakan.

Contoh 2 (Saranan Deepening)

Sekarang bayangkan dan rasakan bahawa saya letakkan gam
di mata anda sehinggalah mata anda terkunci dan melekat. Gam
yang saya letakkan itu semakin lama semakin melekat
sehinggakan mata terus terkunci. Sila rasakan bahawa mata
anda semakin melekat dan terkunci.

Sekarang, semakin anda mencuba untuk membuka mata anda,
dan rasakan semakin mata anda terkunci dan tertutup, mata
anda semakin terkunci dan melekat.

Contoh 3 (Saranan Suggestibility Test) :


Copyright (Hakcipta Terpelihara) Itqan Partners Training & Consultancy


27 eBook Ringkas : Kenali SHM Dalam 30 Minit
Ya, sekiranya mata anda sudah terkunci dan melekat, sila
anggukkan kepala.

Contoh 4 (Saranan Termination) :

Sekarang kita akan melonggarkan mata anda seperti sedia
kala dan saya akan menghitung dari 1 sampai 5. Dan tepat pada
hitungan ke-5 gam di mata anda semakin hilang dan mata anda
dapat dibuka perlahan-lahan. Hitungan ke-4, gam di mata anda
semakin hilang, hitungan ke-3, mata anda tidak lagi terkunci
dan melekat. Hitungan ke-2, gam di mata anda sudahpun hilang.
Hitungan ke-1, mata anda dapat buka seperti sedia kala.

Bagi menambahkan penghayatan kepada Spiritual Hypno-
Motivation (SHM), masukkan juga kalimah-kalimah seperti
zikir dan kalimah penghayatan kepada kekuasaan Allah.



Spiritual Hypno-Motivation melalui Self Image
(menggambarkan)

Apabila kita mengingati sesuatu maka fikiran bawah sedar
akan menggambarkan apa perkara yang diinginkan itu. Dengan
cara berimaginasi atau menggambarkan sebenarnya dapat
dizahirkan ke alam yang nyata. Sepertimana kata-kata seorang
ilmuan dari bangsa Romawi iaitu Marcus Aurelius Antonius
menyatakan;

Kehidupan manusia ialah seperti apa yang difikirkannya


Copyright (Hakcipta Terpelihara) Itqan Partners Training & Consultancy


28 eBook Ringkas : Kenali SHM Dalam 30 Minit
Sesuatu yang selalu digambarkan manusia akan mudah
terakam dalam fikiran separa sedar manusia. Kekuatan
gelombang pada fikiran separa sedar ini akan mempengaruhi
tubuh untuk bertindak balas dengan mengerahkan seluruh
potensi yang sebelumnya tidak pernah digunakan dalam
bentuk kreatif.

Apabila gambaran negatif
digambarkan, hasilnya juga pasti
negatif. Sebaliknya, apabila
gambaran positif yang
digambarkan, hasilnya juga pasti
positif. Sebagaimana contoh,
seseorang yang takutkan anjing dan
pada suatu ketika ia terserempak
dengan seekor anjing. Anjing itu
hanya memerhatikannya, akan tetapi individu tersebuat terus
larikan diri kerana di dalam pemikirannya menggambarkan
wajah seekor anjing garang yang akan mengejarnya.

Oleh sebab itulah tidak salah untuk menggambarkan
impian kerana Allah S.W.T telah menganugerahkan potensi
kepada manusia dan menjadikan manusia ini dengan sebaik-
baik makhluk. Di dalam Al-Quran anda menyatakan, firman
Allah;

Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dengan
bentuk yang sebaik-baiknya.
(Surah At-Tin : 5)

Penggunaan imaginasi minda ini juga perlu kepada
kepercayaan yang mendalam. Menurut Dr Wyne Dyer, penulis
buku Real Magic ada berkata;

Copyright (Hakcipta Terpelihara) Itqan Partners Training & Consultancy


29 eBook Ringkas : Kenali SHM Dalam 30 Minit

Tidak ramai daripada kita dilatih bagi memanfaatkan kuasa
minda. Kita disogok dengan logik,, rasional dan percaya sesuatu
apabila anda melihatnnya (Lihat dulu baru percaya dan
bukannya percaya dahulu baru lihat). Kuasa imaginasi ialah
keajaiban yang berada pada luar logikal. Malahan secara sedar
atau tidak sedar, ramai yang memanfaatkan kuasa ini kerana
adalah hukum alam. Secara sedar ataupun tidak sedar, mereka
pasti menggunakan kuasa itu sama ada dalam perkara yang
positif mahupun negatif

Minda yang dianugerahkan Allah inilah yang akan
mengarahkan badan dan bukanlah badan yang mengarahkan
minda. Oleh itu, manusia perlu mengelakkan dirinya membina
imaginasi yang negatif dan sebalikknya membina imaginasi
yang positif sahaja. Di samping itu juga matlamat kepada
imaginasi perlulah jelas dan tidak berkonsepkan angan-angan
kerana ia akan melahirkan semangat bagi mencapainya. Minda
separa sedarlah akan bertugas bagi memastikan matlamat
berjaya.

Spiritual Hypno-Motivation melalui Self Talk (Penyataan
diri)

Penyataan diri ialah suatu kenyataan atau saranan yang di
cipta oleh diri sendiri dan ia berkaitan dengan apa yang di
inginkan . Dengan memberi saranan melalui penyataan diri
(Self talk) berulangkali, seseorang itu pasti dapat mengubah
program minda separa sedar serta mampu mencipta
kehidupan yang lebih baik.

Penyataan diri ini boleh dibuat pada bila-bila masa sahaja
dan ia tidak memerlukan pada tahap konsentrasi untuk

Copyright (Hakcipta Terpelihara) Itqan Partners Training & Consultancy


30 eBook Ringkas : Kenali SHM Dalam 30 Minit
mencapai apa yang
diinginkan. Ini kerana minda
separa sedar adalah mesin
yang tidak pernah tidur. Apa
yang perlu di lakukan adalah
sentiasa menggunakan
saranan yang positif bagi
menggantikan penyataan
negatif. Affirmation boleh
dilakukan melalui tiga cara iaitu menulis berkenaan perkara
positif diri anda, bercakap bekenaan diri sendiri dan rakaman
kase t.

Setiap individu boleh mencipta saranan atau pernyataan
positif tentang diri sendiri bergantung kepada kreativiti. Kenali
setiap masalah yang terdapat pada diri sendiri. Gantikan
sesuatu yang dirasakan negatif di dalam diri itu kepada
kepercayaan yang positif. Sebagaimana contoh ;

Saya lemah kepada Saya gagah
Saya akan gagal kepada saya akan berjaya
Badan saya terlalu gemuk kepada badan saya masih baik
dan cantik
Bodohnya saya kepada Cerdik betul saya
Hidup saya malang kepada hidup saya bertuah
Banyak betul masalah saya kepada Masalah adalah kecil
bagi saya dan mampu menyelesaikannya

Tanpa kita sedari, pemikiran, kepercayaan dan emosi kita
dapat mencipta realiti. Ini bermakna, manusia dapat mencipta
sebarang kemungkinan secara infiniti sekiranya Allah
meredhai. Apabila seseorang itu hendak menukar sebahagian
daripada corak kehidupannya, maka perlulah mengecam

Copyright (Hakcipta Terpelihara) Itqan Partners Training & Consultancy


31 eBook Ringkas : Kenali SHM Dalam 30 Minit
pemikiran, kepercayaan dan emosi dahulu. Tukarkan ia kepada
pemikiran, kepercayaan dan emosi yang diinginkan.

Spiritual Hypno-Motivation melalui Meditasi

Minda separa sedar juga terhasil disebabkan getaran dari
gelombang di dalam neuron di namakan filament-mikro.
Filamen-mikro menghadamkan 10 juta bit informasi persaat
yang sampai melalui pancaindera. Getaran filament-mikro ini
akan mencetuskan pelbagai neuro-kimikal yang memberi
kesan kepada fizikal dan psikologikal manusia.

Di dalam al-Quran ada menjelaskan tentang meditasi
gelombang dan getaran apabila menyebut dan mengingati
Allah. Firman Allah;

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka
yang apabila disebut nama Allah, maka bergetarlah hati
mereka. Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya,
maka bertambahlah iman mereka. Dan kepada Allahlah mereka
bertawakkal.
(Surah Al-Anfal : 2)

Bagi individu yang melakukan Spiritual Hypno-Motivation
melalui teknik meditasi di sarankan supaya sentiasa
mengingatkan diri kepada Tuhan Pencipta, Nabi Muhammad
dan individu yang kita sayangi supaya getaran yang
menghasilkan gelombang itu akan melahirkan rasa positif
secara semula jadi. Individu itu akan lebih gembira, tenang,
bersemangat dan memiliki minda terarah berbanding mereka
yang tidak bermeditasi dengan cara yang betul.


Copyright (Hakcipta Terpelihara) Itqan Partners Training & Consultancy


32 eBook Ringkas : Kenali SHM Dalam 30 Minit
Kehidupan di zaman moden ini
selalunya banyak mengalirkan
psikologikal yang negatif pada
gelombang beta menyebabkan
seseorang itu stres, kerisauan dan tidak
tenang. Ini akan menyebabkan banyak
getaran negatif pada filament-mikro
yang terhasil di dalam minda separa
sedar dan hasilnya neuro-kimikal akan
memberi kesan pada tubuh badan manusia seperti penat, letih,
marah, kecewa dan banyak lagi.





















Copyright (Hakcipta Terpelihara) Itqan Partners Training & Consultancy


33 eBook Ringkas : Kenali SHM Dalam 30 Minit


Spiritual Hypno-Motivation (SHM) bukanlah cara untuk
menguasai pemikiran seseorang dengan cara tiba-tiba kerana
kita semua tidak mempunyai kekuatan ghaib untuk
mengendalikan pemikiran seseoarng.

Spiritual Hypno-Motivation (SHM) bukanlah sebagai
rawatan yang hakiki bagi mengubati seseorang. Spiritual
Hypno-Motivation (SHM) adalah fenomena mental semula jadi.
Setiap manusia normal mempunyai kemampuan untuk
mengalami Spiritual Hypno-Motivation (SHM). Seseorang itu
bukanlah dipaksa untuk dihipnosis secara Spiritual Hypno-
Motivation (SHM) bahkan mendapat persetujuan bagi kedua
pihak.

Secara kesimpulan, Spiritual Hypno-Motivation (SHM)
adalah suatu anugerah ilmu yang boleh di jadikan sebagai
membantu manusia sentiasa memikirkan perkara positif dan
melakukan perkara baik sepertimana disarankan di dalam
agama. Selagimana ilmu ini tidak menyalahi hukum syara
maka ilmu sebegini boleh dijadikan sebagi cabang untuk kita
lebih mengenal dan mengasihi Allah.

Untuk mendapat lebih lanjut tentang Spiritual Hypno-
Motivation (SHM) ini dengan modul secara praktikal dan
mendalam, boleh mendapatkannya dengan hubungi saya.
InsyaAllah.



Copyright (Hakcipta Terpelihara) Itqan Partners Training & Consultancy


34 eBook Ringkas : Kenali SHM Dalam 30 Minit
Hypnosis Show





















Copyright (Hakcipta Terpelihara) Itqan Partners Training & Consultancy


35 eBook Ringkas : Kenali SHM Dalam 30 Minit























Copyright (Hakcipta Terpelihara) Itqan Partners Training & Consultancy


36 eBook Ringkas : Kenali SHM Dalam 30 Minit






Untuk keterangan lanjut mengenai modul dan program
yang dikendalikan oleh Cr. Muizzuddin Mukhtar atau
rakan perunding motivasinya, boleh hubungi kami:

ITQAN PARTNERS TRAINING & CONSULTANCY
Pt 595, Tingkat 1, Cabang 4 Binjai, 16150 Kota Bharu,
Kelantan.
Tel : 09 7655866 / 013 9664306 / 013 4058718
Email : itqan@itctraining.my
Laman Web: www.itqantraining.com.my
Facebook peribadi:
www.facebook/muizzuddin.mukhtar
www.facebook/pages/muizzuddin.mukhtar II

Anda mungkin juga menyukai