Anda di halaman 1dari 4

REFLEKSI SENI DALAM PENDIDIKAN

NAMA: SIM HUI TENE


NO.IC: 930724-13-5324
KUMPULAN: PISMP SEJARAH SEMESTER 4

Pada 1 September hari Isnin yang lalu, kami dikehendaki melibatkan diri dalam
mempersembahkan satu pementasan dimana ianya adalah merupakan tugasan
projek Seni Dalam Pendidikan kami. Dalam tugasan pementasan tersebut, kami
dikehendaki mengaplikasikan 3 jenis elemen seni iaitu muzik, visual dan pergerakan.
Tugasan tersebut merupakan tugasan projek bagi kumpulan PISMP Semester 4.
Antara kumpulan yang terlibat adalah PISMP Sejarah, Tesl dan Bahasa Iban. Kelas
saya iaitu Pismp Sejarah yang mempunyai 34 orang pelajar telah dibahagikan
kepada 4 kumpulan. Kumpulan saya merupakan kumpulan yang terakhir untuk
mempersembahkan pementasan itu di Dewan Sri Rajang. Tujuan tugasan projek
kami ini adalah untuk memperkayakan kami mengenai ilmu pengetahuan dalam seni
dalam pendidikan melalui bacaan dan juga melalui seni dan teknik-teknik drama.

Sepanjang masa dalam usaha saya melibatkan diri dalam pementasan pada
kali ini, saya telah mendapat banyak pengalaman, pengetahuan dan pengajaran
yang baru di mana saya tidak mungkin akan mendapati melalui buku. Walaupun
tugasan pada kali ini adalah agak mencabar dari segi fizikal dan mental, namun
cabaran tersebut adalah sebagai pengajaran dan pengetahuan baru untuk kami
semua. Bukan itu sahaja, kami juga menghadapi kekangan masa dalam membuat
perbincangan, latihan dan juga raptai sesama kami sendiri. Walaupun begitu,
kumpulan saya telah menghargai masa yang ada terutamanya masa pada sebelah
waktu malam untuk melakukan latihan.

Saya telah mendapati beberapa kekuatan sebelum, semasa dan selepas
melaksanakan tugasan projek ini. Kekuatan yang saya telah dapati sebelum
melaksanakan tugasan ini adalah dari segi perbincangan. Kumpulan saya telah
membuat perbincangan awal sebelum melaksanakan tugasan ini. Setiap ahli
kumpulan kami telah menyumbangkan idea masing-masing dalam merancangkan
skrip kami. Kami juga turut meminta pandangan dari Puan Ling Ching Rou dalam
memberi komen terhadap skrip kami. Walaupun kami telah menghadapi masalah
dalam menyiapkan skrip, namun ahli kumpulan kami tidak pernah berputus asa.
Kumpulan kami telah menukarkan skrip sebanyak 3 kali. Selain itu, semasa
melakukan latihan pementasan ini, setiap ahli kumpulan adalah sangat komited
,bekerjasama dan sanggup berkorban. Sebagai contoh, kami tetap meneruskan
latihan untuk pementasan walaupun masa sudah agak lewat. Walaupun kami semua
sudah letih dan ngantuk, masing-masing tetap sanggup berkorban masa untuk
meneruskan latihan. Disebabkan menyedari bahawa kami tidak mempunyai masa
yang mencukupi untuk membuat lakonan, justeru setiap ahli kumpulan kami telah
sanggup mengorbankan hujung minggu kami untuk tidak balik ke rumah untuk
membuat latihan. Seterusnya, kami juga sanggup menerima kritikan yang membina
dari semasa ke semasa ketika melakukan latihan supaya lakonan kami pada hari
pementasan akan berjaya dan lebih menarik. Bukan itu sahaja, saya juga mendapat
kekuatan dari segi penyediaan bahan. Kebanyakkan bahan-bahan yang kami telah
buat adalah menggunapakai bahan-bahan yang tidak berguna seerti, kotak buangan,
botol minuman yang tidak digunakan lagi, kertas renyuk dan sebagainya. Ini telah
menjimatkan kos kami dalam penyediaan bahan.

Semasa melakukan pementasan pula, saya telah mendapat kekuatan dari
segi kelicinan semasa pementasan terutamanya dalam menempatkan bahan dan
alatan kami di atas pentas. Sebelum kami naik mementaskan persembahan kami,
kami telah menyediakan kesemua alatan yang kami perlukan di sebelah kiri pentas.
Hal ini kerana, apabila melakukan perkara sedemikian, ia akan memudahkan kami
untuk meletakkan bahan pementasan kami dalam keadaan yang tidak kelam-kabut
serta kelicinan perjalanan cerita adalah pada tahap yang baik. Selain itu, rakan-rakan
kumpulan lain juga telah mengamalkan nilai saling tolong-menolong dan
bekerjasama. Rakan-rakan kumpulan yang lain telah banyak membantu kami dalam
pementasan itu iaitu membantu mengalihkan bahan bantu pementasan, mengangkat
barang ke tempat yang sepatutnya pada setiap babak lakonan dan sebagainya.

Salah satu keistimewaan yang terdapat dalam kumpulan kami adalah
menggunakan video tambahan yang telah direkodkan oleh kami semasa babak
ketiga iaitu yang mengisahkan si ibu yang telah didera oleh si ayah setiap hari
sehinggakan si ibunya tidak tahan dengan perlakuan si ayah dan kemudiannya
melarikan diri dari rumah. Di samping itu, dalam persembahan kami juga telah
menggunakan latar belakang muzik dan pencahayaan yang baik dan bersesuaian
dengan aksi serta perlakuan yang telah dilakukan oleh setiap watak. Contonya,
semasa situasi negatif, kami telah menggunakan pencahayaan yang agak suram
malah apabila situasi positf pula kami telah menggunakan pencahayaan yang agak
suram.

Untuk kekuatan selepas pementasan pula, setelah selesai pementasan,
semua ahli kumpulan telah menolong mengangat bahan dan alatan yan terdapat di
atas pentas serta membersihkannya. Walaupun kami telah terdiri daripada kumpulan
yang berlainan namun kami tetap bekerjasama seperti dalam satu kumpulan.
Sehabis mengemaskan barang, alatan dan bahan di atas pentas kami telah
berkumpul untuk mendapatkan komen dan cadanagan penambahbaikan daripada
Puan Ling. Selepas itu, kumpulan saya telah membuat refleksi semasa kami sendiri
di Pusat Kegiatan Pelajar (PKP) dan mengagihkan tugas dalam menyiapkan
pendokumentasian ini. Selain itu, kami juga telah menetapkan satu tarikh untuk
mengumpul semua bahan dan dikumpul untuk dijadikan satu set tugasan seni dalam
pendidikan yang lengkap. Setelah selesai dikepil kelak, tugasan ini akan dihantar
pada 3 September 2014 kepada pensyarah yang terlibat.

Sememangnya saya telah mendapat banyak kebaikan dan kekuatan dari
pementasan tersebut. Namun begitu, Saya juga mendapat kelemahan melalui
pemetasan tersebut. Sebelum melakukan pementasan, terdapat beberapa orang ahli
kumpulan yang tidak begitu disiplin iaitu semasa melakukan latihan. Sebagai contoh,
terdapat beberapa orang yang datang lewat daripada masa yang telah ditetapkan
sehinggakan ahli kumpulan lain susah untuk melakukan latihan. Walaupun begitu,
setelah ditegur sikap tersebut sudah dapat diatasi dan diubah. Seterusnya, kami
turut menghadapi masalah pembahagian jadual bertugas dalam menyediakan
bahan-bahan pementasan kami. Terdapat beberapa ahli kumpulan yang tidak tahu
apa yang perlu mereka buat dan ini amat membazirkan masa. Manakala kelemahan
yang saya dapati semasa pementasan ini adalah masa kami banyak terbuang pada
setiap babak dan lakonan watak pada setiap babak. Selain itu, video yang kami
tayangkan sebelum mulanya lakonan juga agak membuangkan masa kami.
Sebenarnya, kami boleh melakukan lakonan daripada menayangkan video tersebut.
Bukan itu sahaja, menurut pandangan Puan Ling jalan cerita kami juga menghadapi
sedikit masalah iaitu pada babak yang terakhir dimana, si ibu bertukar fikiran untuk
balik ke rumahnya secara tertiba-tiba.

Walaubagaimanapun, setiap kelemahan pasti ada jalan penyelesaiannya.
Yang pertama sekali iaitu berkaitan dengan disiplin pelajar semasa melakukan
latihan. Ahli kumpulan seharusnya pandai menguruskan masa mereka sendiri
dengan hadiri setiap sesi latihan tepat pada masa yang telah ditetapkan. Hal ini
kerana pada awalnya, setiap ahli kumpulan telahpun diagihkn jadual untuk
melakukan latihan. Oleh itu, masing-masing haruslah peka terhadap jadual tersebut
supaya tidak membuangkan masa rakan-rakan lain. Manakala berkaitan dengan
pembahagian tugasan. Ahli kumpulan boleh menetapkan dan membincangkan awal
untuk menetapkan siapa yang bertanggungjawab menyediakan bahan, membeli
barang, mengemaskan barang dan sebagainya. Dengan adanya pengagihan dan
penyusunan tugas, nescaya kerja penyediaan bahan dapat disiapkan dengan cepat,
sempurna dan sistematik. Untuk penambahbaikan terhadap pementasan kami pula
adalah, kami boleh memasukkan lagi lagu yang lebih kreatif dan selaras degan tema
pementasan kamu. Dengan itu, kami seharusnya mebuat latihan dengan lebih kerap
lagi supaya tidak kelam kabut semasa berlakon.Tambahan lagi, saya seharusnya
cuba lebih menjiwai watak yang dipegang oleh saya lagi. Walau bagaimanapun,
boleh dikatakan saya menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran dan saya berasa
bersyukur apabila saya dapat berdikari dan mengamalkan semangat tidak berputus
asa dalam menghadapi rintangan tersebut di samping dibantu oleh pensyarah
pembimbing, Puan Ling Ching Rou dan rakan-rakan yang lain.

Akhir kata, saya ingin merakamkan penghargaan kepada mereka yang telah
banyak terlibat secara langsung dan juga secara tak langsung dalam melakukan
pementasan ini, khasnya kepada pensyarah yang banyak berbudi, Puan Ling Ching
Rou serta rakan seperjuangan yang sama-sama bertungkus-lumus membantu
samada secara langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan tugasan ini.
Harapan saya ialah agar pengetahuan, pengalaman dan pengajaran yang telah saya
dapati dapat dikongsikan kepada anak murid saya kelak. Ilmu yang telah saya
perolehi ini akan dijadikan sebagai bekalan ketika saya menjadi seorang guru pada
masa akan datang.