Anda di halaman 1dari 9

Kajian kes

KAJIAN KES 8
1.0 SUBJEK

Nama : Lan (bukan nama sebenar)
Jantina : Lelaki
Asal : Teluk Medan, Bagan Serai, Perak.
Umur : 15 tahun
Bangsa : Melayu
Agama : Islam
Bilangan adik- beradik : Anak tunggal
Pekerjaan bapa : -
Tinggal bersama : Datuk
Pencapaian akademik : Lemah


2.0 KES

Nama Kes
Vandalisme

Perihal Kes
Antara tingkah laku delikuen ini adalah vandalisme. Vandalisme boleh dianggap sebagai
tingkah laku seseorang individu yang suka merosakkan harta benda awam termasuklah menconteng
dinding-dinding bangunana, tandas awam, telefon awam dan sebagainya. Kebiasaannya ia dilakukan
oleh golongan remaja yang tidak bertanggungjawab dan mahu menunjukkan kekuasaan yang ada
pad mereka. Golongan kanak-kanak sekolah juga tidak terlepas daripada melakukan perbuatan ini.
Masalah ini sebenarnya sudah lama menular di kalangan masyarakat di dalam negara kita. Malahan
ada di kalangan mereka ini yang tidak segan silu menconteng dinding dan merosakkan telefon awam
di hadapan masyarakat lain yang lebih tua atau dewasa secara terang-terangan.
Kajian Kes
Lan (bukan nama sebenar) adalah anak tunggal. Sejak kecil lagi Lan tinggal bersama dengan
datuk dan tidak tinggal bersama dengan ibu kerana ibu berada di Kuala Lumpur dan bekerja sebagai
kerani. Lan amat membenci ibunya kerana dari kecil lagi Lan tidak pernah dijaga oleh ibu dan
mendapat kasih sayang ibu. Lan juga benci dengan ayahnya yang tidak pernah dikenalinya kerana
meninggalkan ibu sewaktu Lan masih di dalam kandungan ibu. Lan juga tidak pernah mengambil
tahu apakah yang terjadi antara ibu dan ayahnya.

Lan gembira tinggal dengan datuk tetapi kasih sayang datuk dengan keluarga sendiri tidak
sama baginya. Lan amat cemburu dengan rakan-rakannya yang lain tinggal bersama dengan ibu
bapa tetapi diri Lan pula sebaliknya. Lan hanya melihat wajah ibu setahun sekali dan Lan tidak
pernah langsung melihat wajah ayah. Oleh kerana kurangnya kasih sayang ibu dan ayah, Lan selalu
sahaja memberontak. Lan mudah panas baran dan akan mengamuk jika sesuatu yang tidak kena.
Datuk juga tidak berani memarahi Lan kerana amat menyayangi Lan dan mungkin kerana faktor usia
datuk yang terlalu tua.

Di sekolah Lan dikenali dengan perangai samseng dan suka menjahamankan harta benda
sekolah. Guru-guru juga telah melabel Lan sebagai samseng sekolah dan apa sahaja barang sekolah
yang rosak, Lan pasti akan dicari oleh guru-guru. Lan pernah menconteng bilik darjah, tangga-
tangga, tiang kaki lima, dinding bangunan, memecahkan kerusi, meja malah meja guru juga pernah
Lan musnahkan. Menurut Lan apabila dia dapat memecahkan sesuatu barang dia akan berasa puas
dan akan dapat melepaskan kebenciannya pada ibu. Lan juga sudah lali dengan kata-kata orang dan
tidak kisah dengan label yang diberikan.





3.0 ANALISIS KES SECARA TEORITIKAL

Teori Yang Dipilih
Teori Gestalt

Rasional Teori Dipilih
Teori ini dipilih adalah kerana teori ini memberi penekanan terhadap isu-isu yang berkaitan
dengan manusia secara holistik. Manusia dilihat mempunyai satu kompasisi yang terdiri daripada
bahagian-bahagian yang saling berhubungkait di antara satu sama lain seperti perasaan, fikiran dan
tingkah laku yang saling berinteraksi dan bergerak secara aktif, bukan secara berasingan dan
compartmental. Teori ini berpendapat bahawa manusia sebenarnya lengkap dan berkemampuan
untuk menyesuaikan diri dengan apa yang berlaku pada mereka. Apa yang mereka alami adalah
akibat daripada matlamat dan tujuan diri sendiri. Dengan itu manusia boleh mengendalikan
tanggungjawab peribadinya sebagai manusia yang berguna, personaliti yang sihat yang lahir
daripada pengalaman hidup yang bermakna. Pendekatan ini telah menekankan kepada situasi
semasa dan menikmati sepenuhnya apa yang ada.

Kaunselor Gestalt berpendapat manusia sebenarnya lengkap dan berkemampuan
menyesuaikan diri dengan apa yang berlaku kepadanya. Manusia boleh mengendalikan
tanggungjawab peribadinya dan hidup sebagai manusia yang berguna. Antara perkara-perkara
penting ialah:
Hidup sekarang, fokus pada sekarang.
Nyatakan dan bukan cuba beri alasan.
Cuba alami perasaan yang menyakitkan seperti juga apabila kita mengalami
keseronokkan.
Pikullah tanggungjawab terhadap tindakan perasaan dan pemikiran sendiri.
Terima diri anda yang sebenar.

Melalui terapi Gestalt, seseorang individu boleh mengalami dengan sebenar-benarnya
perasaan dan tidak sekadar bercakap mengenainya sahaja. Terapi ini mempunyai pelbagai teknik
untuk mencapai matlamat bagi menambahkan kesedaran mengenai diri individu. Terapi Gestalt juga
mengkaji masa lampau individu dengan cara yang menarik dan mengiktirafkan kepentingannya.
Dengan cara ini seseorang individu akan menjadi lebih sedar akan perasaannya dan berupaya untuk
hidup sepenuhnya dengan cara mengatasi semua perasaan masa lampau yang telah menghalang
kemajuannya.

Bagaimana Kes Timbul Berdasarkan Teori
Seperti di dalam kajian kes ini, Lan bertindak agak agresif dengan melakukan vandalisme di
sekolah kerana melepaskan kebenciannya pada ibu yang dianggapnya langsung tidak pernah
menyayangi dirinya. Keadaan ini menyebabkan Lan menjadi seorang yang panas baran dan mudah
sahaja mengamuk.

Matlamat Terapi
Matlamat Teori Gestalt adalah bertujuan untuk mewujudkan kesedaran yang tinggi dalam
diri individu kepada realiti dunia hari ini yang bersifat di sini dan sekarang (here and now). Secara
umumnya, terapi Gestalt ini memberi kesedaran kepada individu bahawa mereka mempunyai
tanggungjawab yang tersendiri. Teori ini juga membuat individu supaya akan lebih berdikari, tidak
bergantung kepada orang lain dan menyedarkan mereka bahawa mereka mampu melakukan
perkara-perkara yang jauh lebih baik daripada apa yang disangkakan mereka sendiri. Ianya juga
membantu individu lebih mengenali diri sendiri dengan lebih mendalam tanpa perlu berusaha untuk
menyesuaikan diri dengan persekitaran atau dengan kata lain perkataan tidak perlu mengikut atau
menyesuaikan diri mereka dengan masyarakat tersebut.

Perls pula berpendapat bahawa setiap manusia mempunyai banyak potensi tetapi
disebabkan halangan yang banyak dalam hidupnya maka ia tidak berjaya mengalami hidupnya
dengan sempurna. Oleh itu melalui terapi ini, individu akan cuba dibantu agar dia dapat mengalami
dan merasai nikmat hidupnya dengan lebih sempurna. Terapi ini juga membantu individu agar dapat
merasai dan menyedari segala perasaan dan pengalaman mereka masing-masing. Hanya dengan
merasa dan menyedari perasaan dan pengalamannya maka seseorang itu akan berusaha ke arah
mengubah personaliti dan diri mereka.

Teknik Yang Digunakan
Kerusi Kosong
Terapi Gestalt membuat andaian bahawa sesuatu konflik yang wujud di dalam diri
seseorang individu itu adalah hasil daripada pertikaian di antara Top Dog dengan Under Dog
iaitu dua bentuk fungsi yang wujud dalam personaliti.

Top Dog merupakan unsur yang menekankan kedudukan autoritarian, moralistik,
mendesak dan sebagainya. Ia mengandungi unsur ibu bapa yang sering mengkritik dan yang
selalu menekan perkataan patut dan harus.

Under Dog pula merupakan unsur yang meyoal mangsa di dalam sesuatu keadaan
dan kerana peranan yang dimainkannya, ia sering bersikap membela diri, selalu meminta
maaf, tidak berdaya dan lemah. Ia sering memberi alasan-alasan bagi kelemahan-kelemahan
dirinya dan peranannya. Bagi menyelesaikan masalah Fais, teknik berdialog dengan
menggunakan pendekatan kerusi kosong telah digunakan.

Lan merasakan dirinya sangat malang kerana tidak mendapat kasih sayang seorang
ibu dan ayah. Lan sebenarnya teringin mendapat kasih sayang seperti rakan-rakan yang lain
tetapi secara realitinya Lan telah dijaga oleh datuk dan jarang sekali dapat bertemu dengan
ibu malah ayahnya juga langsung tidak pernah ditemui.




4.0 TINDAKAN KAUNSELOR

Saya telah meneroka Lan sebaik mungkin bagi mengenalpasti masalah sebenar Lan. Sewaktu
penerokaan saya telah mengaplikasikan pelbagai kemahiran dalam menggunakan teknik kerusi
kosong seperti kemahiran soalan terbuka dan soalan tertutup, dorongan minima, parafrasa, refleksi,
merumus, konfrantasi, mentafsir mendengar, memimpin dan memfokus. Kesemua kemahiran ini
saya aplikasikan sebaik yang mungkin bagi memahami diri dan situasinya, mengenalpasti
keperluannya termasuk harapan, cita-cita serta matlamat hidupnya, membuat rancangan untuk
tindakan dan menjadi individu yang berfungsi dengan sepenuhnya.

Saya juga memfokuskan kepada pergerakan badannya atau non verbal klien. komunikasi non
verbal merupakan sistem komunikasi secara menyeluruh yang bergantung kepada lisan dan tanpa
lisan. Komunikasi non verbal dapat memberi lebih banyak maklumat berbanding dengan komunikasi
verbal di mana pergerakan badan adalah lebih tulen maklumatnya. Saya memfokuskan kepada
pergerakan badan, aktiviti tangan, kaki dan juga kedudukan badan. Saya dapat melihat Lan
meluahkan perasaan kecewanya apabila nafasnya pendek, menghuraikan rambutnya sambil
menunduk dan menggosok belakang leher. Oleh kerana itu saya lebih memfokuskan kepada
komunikasi non verbal Lan. Saya akan bertanya kepada dia jika dia tidak nampak selesa dan apabila
luahannya tidak selaras dengan pergerakan yang dilakukannya. Melalui pemerhatian ini saya akan
dapat menilai sejauh mana luahan itu telus dari Lan sendiri.


5.0 IMPLIKASI

Melalui teknik kerusi kosong, Lan telah berpeluang belajar bagaimana untuk meluahkan
perasaannya kepada ibu memandangkan selama ini Lan tidak pernah memberitahu kepada ibu akan
masalahnya. Apabila Lan menjalani teknik kerusi kosong, sekurang-kurangnya Lan sudah dapat
merasai apakah reaksi yang akan diterimanya nanti dan adakah ucapannya itu sesuai untuk
diluahkan kepada ibu. Teknik kerusi kosong ini sekurang-kurangnya dapat membantu Lan meluahkan
perasaannya.

Masalah Lan ini boleh diatasi dengan menggunakan kesemua kemahiran kaunseling yang
telah dipelajari. Kemahiran mendengar secara aktif amat penting bagi seorang kaunselor yang mahu
menyelami perasaan klien. Selain itu dengan adanya dorongan minima, reflrksi, parafrasa, rumusan
dan soalan-soalan terbuka dan tertutup yang diaplikasikan akan melancarkan lagi perjalanan
sesebuah sesi kaunseling itu.


6.0 REFLEKSI

Kekuatan
Terapi Gestalt ini merupakan suatu pendekatan yang bertujuan untuk membantu klien bagi
membentuk personaliti baru yang lebih baik dan bertanggungjawab terhadap dirinya. Contohnya
Fais sendiri disedarkan akan tanggungjawabnya sebagai seorang pelajar dan Fais juga bersetuju
untuk merubah personalitinya kepada yang lebih baik. Fais juga sedar akan tanggungjawabnya
memberikan contoh yang terbaik kepada adiknya agar perkara yang terjadi kepada ayahnya tidak
berulang lagi.

Terapi ini memberikan penekanan terhadap penggunaan pendekatan eksistensial atau
fenomenologi yang meletakkan bahawa manusia perlu mencari jalan dalam hidupnya dan
bertanggungjawab pada dirinya sendiri sekiranya dia mahu mencapai kematangan. Melalui
kesedaran manusia memperolehi kefahaman diri dan pengetahuan untuk membantunya berubah.

Kelemahan
Semasa melakukan sesi kaunseling menggunakan teori ini, saya dapat mengenalpasti
beberapa kekuatan dan kelemahan di dalam mengaplikasikannya. Antara kelemahan yang terdapat
di dalam mengaplikasikan teori ini ialah kecenderungan kaunselor untuk lebih bersifat manipulasi
dan mengawal adalah tinggi di mana saya sebagai kaunselor akan banyak mengarah Lan untuk
melakukan sesuatu seperti apabila Lan enggan bercakap dengan kerusi kosong saya terpaksa
meminta Lan melakukannya juga dan merasai kesannya. Teori ini mempunyai kecenderungan
mengenepikan unsur logikal, kognitif dan merendahkan faktor intelektual dalam personaliti. Ini
berlaku apabila Lan merasakan dirinya seakan-akan orang gila apabila bercakap dengan kerusi
kosong.

Apabila Lan enggan bercakap dengan kerusi kosong saya terpaksa menyatakan sesuatu bagi
membuatkan Lan percaya bercakap dengan kerusi kosong dia akan dapat merasai situasi yang
sebenar. Keadaan ini membuatkan saya sebagai seorang kaunselor terpaksa bersedia berhadapan
dengan pelbagai soalan-soalan yang menguji saya untuk menjawab soalannya dengan baik.


7.0 CADANGAN

Saya mencadangkan supaya ilmu kaunseling ini diterapkan kepada semua pelajar dan guru-
guru di sekolah agar mereka semua dapat memahami diri sendiri dan manusia di sekelilingnya
dengan lebih baik. Selain itu agar warga sekolah dapat memperbaiki kelemahan dan mengasah lagi
kekuatan diri yang ada. Melalui ilmu kaunseling juga mereka akan dapat ilmu bagaimana untuk
mengatasi masalah mereka sendiri dengan lebih baik dan tidak memudaratkan individu yang
signifikan. Ini amat penting sebagai asas dalam menjalani kehidupan seharian.

Unit Bimbingan dan Kaunseling pula berperanan mengukuhkan lagi ilmu yang ada dengan
mengadakan seminar, lawatan, bengkel, Latihan Dalam Kumpulan (LDK), sesi kelompok, sesi
individu, kem, program dan ceramah kepada semua warga sekolah. Dengan itu semua akan
mendapat manfaat dan dapat berkongsi ilmu kaunseling secara bersama-sama dan
mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian dengan lebih baik.

Cadangan ini diutarakan kerana melalui pengalaman saya menjalani praktikum dan
Rancangan Orientasi Sekolah (ROS) sebanyak dua kali, majoriti warga sekolah tidak tahu akan
kepentingan ilmu kaunseling dan juga timbul salah faham antara guru-guru dengan guru
pembimbing sekolah. Guru-guru menganggap guru pembimbing sekolah umpama malaikat yang
sepatutnya dapat menyelesaikan masalah pelajar-pelajar di sekolah. Untuk melahirkan sekolah
yang cemerlang bukanlah bergantung semata-mata kepada guru pembimbing tetapi adalah di atas
peranan semua pihak. Jika semua warga sekolah menjalankan tanggungjawan mereka dengan cekal
dan amanah, pastinya sekolah cemerlang akan dapat dilahirkan dengan banyak. Dengan itu, untuk
menjayakan dan memantapkan sesebuah sekolah, bukanlah perlu diusahakan oleh guru
pembimbing sekolah sahaja tetapi atas kesedaran semua pihak.


8.0 PENUTUP

Sebagai penutup, saya merasakan kes seperti ini boleh di atasi dengan baik melalui tindakan bijak
kaunselor. Kaunselor yang memainkan peranannya dengan baik dan mengaplikasikan segala
kemahirannya dengan baik akan dapat menjalankan sebuah sesi kaunseling yang baik dan berjaya.

Tandatangan,

.............................................................
(NUR LIYANA BINTI MOHAMED JOHAN)
(D20021010330)