Anda di halaman 1dari 3

TEORI PSIKOANALISIS

Pendekatan ini berasaskan idea pemikiran bawah sedar


daripada teori Psikoanalisis. Pendekatan kritikan berasaskan idea
Psikoanalisis bertujuan mengamati teks-teks kesusasteraan dengan
cara menghubungkannya dengan aspek kejiwaan dan pemikiran
bawah sedar. Beberapa orang pemikir yang memberi perhatian
dalam aspek kejiwaan ini ialah Sigmun Freud, Jung, Adler, Brill dan
lain lagi (Mana Sikana,1983:118). Frued misalnya sangat terkenal
dengan id, ego dan super-ego. Kesemua ini menurut Frued
mempunyai tugasnya yang tersendiri. id misalnya sentiasa
mendorong kepada keseronokan, kejayaan dan kehendak naluri.
ego pula berperanan mententeramkan id, super ego berfungsi
sebagai pelindung dari sebarang perkara yang cuba meruntuhkan
prinsip-prinsip kemanusiaan, sosial moral dan sebagainya. Selain
Frued, kritikan berasaskan idea Psikoanalisis juga boleh
bersandarkan pada idea tipa induk oleh Curl Jung, kepengaruh oleh
Harold Bloom dan struktur bahasa dalam pemikiran bawah sedar
oleh Jacques Lacan. Pendekatan kritikan psikoanalisis telah
melahirkan beberapa tanggapan yang berkait langsung dengan
proses kepengkaryaan, seperti aliran kesedaran (conscious) dan
separuh sedar (subconscious). Pengkarya dikatakan mendapat
ilham secara separuh sedar, kemudian dia akan menggunakan
ilham itu untuk berkarya. Sewaktu berkarya pengkarya berada
dalam sedar. Sesuatu karya akan dianggap baik jika sekiranya
dalam waktu subconscious pengkaarya dapat melukiskan apa-apa
yang
tergambar
sewaktu
dia
mengalami
subconscious
i
tu. Pendekatan Psikoanalisis sangat sesuai diterapkan terhadap teks
dan juga pengarang. Aspek kejiwaan watak-watak dalam teks dapat
ditelusuri dengan baik terutama watak- watak yang mengalami
tekanan jiwa. Selain watak dalam teks, pendekatan inmi juga dapat
digunakan untuk menyelusuri proses kepengkaryaan pengarang
dalam menghasilkan karya.

TEORI PSIKOANALISIS
Teori ini bermula dengan pemikiran Sigmund Freud tentang psikologi dan
pemikiran bawah sedar dan sedar manusia yang dianggap sebagai dasar kepada
segala tindakan dan perlakuan. Idea Frued tentang pemikiran bawah sedar dan
sedar tercetus daripada pengalaman diri Frued sendiri sewaktu berhadapan
dengan pesakit-pesakit jiwa di keliniknya. Frued berasa hairan dengan
tingkahlaku pesakitnya.
Setelah melakukan dianogsis terhadap pesakitnya itu, beliau mendapati punca
masalah pesakit itu bukan dari masalah fizikal tetapi atas sebab-sebab psikologi
(Charles Bressler,1999:149). Dalam hubungannya dengan kesusasteraan, Freud
menyebutkan kegiatan kesusasteraan adalah satu bentuk penglahiran luaran
pengkarya dalam keadaan yang tidak sedar (unconscious mind).
Freud memfokuskan kepada pengkarya. Pengkarya dalam keadaan tidak
sedarnya (unconscious mind) mencipta dunia imaginasi dan kemudian baharulah
dengan sedar menulis dunia imaginatifnya itu dalam bentuk karya. Frued
percaya, bahawa fenomena bawah sedar mempunyai pengaruh yang besar
dalam mempengaruhi tindak tanduk dan cara berfikir seseorang. Menurut Frued,
tempat yang paling strategik untuk menerokai aktiviti bawah sedar ialah
`mimpi`. Interaksi keadaan sedar, tidak sedar dan bawah sedar inilah yang akan
membentuk dan mempengaruhi diri dan dunia seseorang manusia.
Pandangan Sigmund Freud yang lebih menumpukan kepada pengkarya telah
ditolak dan tidak diterima oleh banyak pendapat. Kemunculan teori-teori
baharu yang memberi penumpuan kepada teks seperti Strukturalisme,
Formalisme telah menenggelamkan idea-idea Freud. Pun begitu, tanggapan-
tanggapan dalam teori baharu itu juga tidak disenangi oleh pemikir sastera yang
lain lantaran menolak pengkarya sebagai salah satu unsur penting dalam proses
pengintepertasian teks.
Meskipun pemikiran Frued sangat berpengaruh dalam perkembangan teori
Psikoanalisis namun, tidak semua idea dan buah fikirannya diterima. Carl Jung,
seorang anak murid Frued banyak menentang pandangan gurunya itu. Jung
sebaliknya memperluaskan idea Frued dengan cara yang berbeza, tetapi tetap
masih berkaitan dengan idea asal Frued. Jung kemudiannya mempopularkan
teori Psikologi analitikal. Northrop Frye, seorang profesor teori kesusasteraan
telah mengambil beberapa idea Jung dan mengembangkan teori Psikologi
Arketipal pada pertengahan 1950.
Harold Bloom juga merupakan salah seorang pendokong teori Psikoanalisi,s
namun membawa aliran yang berbeza dengan Frued. Bloom lebih berminat
kepada konsep kepengaruhan dalam kesusasasteraan. Meskipun konsep
kepengaruhan bukan perkara baharu dalam wacana sastera, namun pendekatan
Bloom berbeza dengan konsep kepengaruhan yang ada dalam pemikiran
Psikoanalisis klasik. Bloom memberi tumpuan kepada kepengaruhan yang
menembusi jiwa pengarang dan menguasainya. Antara pandangan Bloom yang
penting ialah menganggap bahawa pengaruh di antara pengarang hampir-hampir
tidak terelakkan, terutamanya dalam kalangan penulis muda (Mana Sikana,
1998: 243).
Jacques Lacan mengambil jalan tengah dengan berusaha menyepadukan idea
Freud dengan idea-idea Strukturalisme. Beliau cuba menghubung pembacaan
teks secara akaliah dan memahaminya. Lacan sependapat dengan Frued bahawa
pembaca sewaktu membaca berada dalam keadaan tidak sedar (unconscious)
atau berpisah dari realiti. Tetapi, unconscious itu terbentuk sebagaimana
struktur bahasa (Charles Bressler,1999: 149). Kata Lacan lagi, sebagaimana
struktur bahasa ia (unconscious) adalah sebahagian daripada jiwa manusia yang
boleh dianalisis secara sistematik.
Tokoh-tokoh penting dalam pendekatan ini selain Lacan ialah Carl Gustav Jung
dan Northrop Frye. Namun, pengasas kepada idea pekdekatan ini tidak lain ialah
Sigmund Frued sendiri. Cuma, ia dikembangkan dengan beberapa perubahan
dan modifikasi oleh , Bloom, Lacan dan juga curl Jung.