Anda di halaman 1dari 5

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN

PERTANDINGAN BOLA BALING

1. UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-Undang Persekutuan Bola Baling Antarabangsa (IHF),
Peraturan Am MSSM dan Peraturan Am MSS Malaysia Kelantan.

2. JENIS PERTANDINGAN

2.1 Pertandingan berpasukan antara MSS Daerah Negeri Kelantan.


2.2 Pertandingan dijalankan secara PESTA.

2.3 Peringkat Umur


a. 12 tahun dan ke bawah lelaki / perempuan.
b. 15 tahun dan ke bawah lelaki / perempuan.
c. 18 tahun dan ke bawah lelaki / perempuan.

Bagi peserta peringkat umur 12 tahun dan ke bawah, hendaklah menyediakan salinan Sijil
Beranak yang disahkan oleh Guru Besar / Penolong Kanan sekolah yang berkenaan.

Setiap peserta peringkat umur 15 dan 18 tahun ke bawah hendaklah bersedia menunjukkan
kad pengenalan jika diminta oleh pihak pengelola. Seseorang peserta yang hilang kad
pengenalan mestilah mempunyai surat pengesahan dengan gambar dari Pejabat Pendaftaran
Negara (Borang JPN 1/9 atau JPN 1/11) dan salinan Sijil Beranak yang disahkan oleh pengetua
sekolah berkenaan.

Bagi peringkat umur bawah 18 tahun lelaki dan perempuan, 2 (dua) orang pemain tingkatan 6
atas yang berumur bawah 20 tahun dibenarkan bermain bagi setiap pasukan. (Rujuk Peraturan
AM MSSM Terbaru 2005).

Setiap peserta hanya dibenarkan bermain di peringkat umur yang berkaitan sahaja.

2.4 Masa Permainan


Pusingan Awal - 15 minit – 5 minit – 15 minit
Pusingan Separuh Akhir dan Akhir - 20 minit – 10 minit – 20 minit

Masa Rehat Kumpulan (1 minit)


a. Setiap pasukan dibenarkan meminta 1 minit masa rehat (Team Time-Out) sekali bagi
setiap separuh masa.
b. Pegawai yang berdaftar bagi setiap perlawanan sahaja dari mana-mana pasukan
dibenarkan memohon masa rehat dengan cara menyerahkan KAD HIJAU yang
disediakan kepada Penjaga Masa.
c. Situasi yang dibolehkan untuk memberi kebenaran berhenti rehat 1 minit :
- Semasa pasukannya menguasai bola.
- Selepas pasukannya terkena jaringan gol atau semasa balingan gol setelah bola
tersasar keluar.

3. PENDAFTARAN PEMAIN

Setiap pasukan hendaklah mendaftar tidak lebih daripada 12 orang pemain terdiri daripada 7 orang
dengan 5 orang pemain gantian.

4. SISTEM PERTANDINGAN

Cara Liga 2 Kumpulan


4.1 Pusingan Pertama
4.1.1 Johan dan tempat keempat dalam pertandingan tahun lalu akan ditempatkan dalam
Kumpulan A dan Naib Johan serta tempat ketiga ditempatkan dalam Kumpulan B.
4.1.2 Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam 2 kumpulan dengan cara undian.

4.2 Pusingan Kedua


4.2.1 Johan Kumpulan A akan melawan Naib Johan Kumpulan B dan Johan Kumpulan B
akan melawan Naib Johan Kumpulan A.
4.2.2 Pertandingan akan dijalankan secara kalah mati.
4.2.3 Pemenang akan bertanding untuk menentukan Johan dan Naib Johan.
4.2.4 Pasukan yang kalan akan bertanding untuk menentukan tempat ketiga dan keempat.

Johan A

Naib Johan B

Johan B

Naib Johan A

5. CARA MENENTUKAN KEPUTUSAN KUMPULAN

5.1 Secara Liga


Cara memberi mata
Menang - 2 mata
Seri - 1 mata
Kalah - 0 mata
Jika dua atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sana maka pemenang akan
ditentukan sebagaimana berikut :
a. Pemenang yang memperolehi perbezaan gol yang terbanyak akan dikira menang.
b. Jika masih seri, pasukan yang menjaringkan gol terbanyak dikira menang.
c. Jika masih seri, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya dikira menang.
d. Jika masih seri, cabutan undi akan dijalankan.

5.2 Secara Kalah Mati


Bagi perlawanan secara kalah mati, jika kedudukan masih seri selepas sepenuh masa, langkah-
lagkah berikut akan dipatuhi untuk menentukan pemenangnya.

5.2.1 Perlawanan masa tambahan 5 : 1 : 5 akan diadakan setelah berehat 5 minit.


5.2.2 Selepas 5 minit perlawanan separuh masa pertama, satu minit diberi untuk bertukar
tempat dan perlawanan diteruskan.
5.2.3 Jika keputusan masih seri, balingan 7 meter akan dijalankan.
5.2.4 Jika balingan 7 meter tidak dapat dijalankan kerana cuaca, penglihatan kurang jelas
atau keadaan-keadaan lain yang tidak mengizinkan, maka lambungan syiling
sebanyak 3 (tiga) kali hendaklah dijalankan.

5.3 Sistem Balingan 7 meter


5.3.1 Tiap-tiap pasukan mengambil 5 balingan dari garisan balingan 7 meter dengan cara
membaling berselang-seli oleh 5 pemain.
5.3.2. Jika masih seri, maka balingan 7 meter hendaklah diteruskan secara berselang-seli
dengan sistem “Sudden Death” sehingga keputusan diperolehi.
5.3.3 Pengadil akan memutuskan gol mana balingan 7 meter itu dijalankan.
5.3.4 Pengadil hendaklah membuat undian dan pasukan yang menang akan membuat
balingan dahulu.
5.3.5 Hanya pemain-pemain yang layak menyertai perlawanan tersebut dibenarkan
mengambil balingan 7 meter.
5.3.6 Pemain-pemain yang akan mengambil balingan 7 meter dan penjaga gol pasukan
mestilah berada di luar garisan balingan percuma.
5.3.7 Semua pemain lain hendaklah berada di garisan tengah gelanggang.
5.3.8 Penjaga gol boleh ditukar pada bila-bila masa semasa balingan 7 meter dijalankan.
6. PAKAIAN

Sila rujuk Undang-Undang Bola Baling Antarabangsa (IHF) dan perkara-perkara berikut :
6.1 Semua pemain dimestikan memakai kasut dan bersarung kaki.
6.2 Pemain-pemain dibenarkan memakai kasut biasa atau ‘boot’. Kasut berpaku tidak
dibenarkan sama sekali.
6.3 Kasut “boot’ yang mempunyai 6 – 8 ‘stud’ tidak dibenarkan dan tinggi ‘stud’ yang dibenarkan
tidak melebihi 12 mm.
6.4 Setiap pasukan dikehendaki membawa sekurang-kurangnya 2 set jersi yang berlainan warna
bagi setiap kategori. Jersi mestilah bernombor (belakang dan hadapan) antara 1 hingga 20.
Ukuran ketinggian nombor di bahagian belakang mestilah sekurang-kurangnya 20 cm dan 10
cm di bahagian hadapan.
6.5 Ketua pasukan hendaklah memakai lilitan kain berwarna terang di bahagian atas lengan
dengan ukuran 4 cm.
6.6 Jika berlaku pemakaian jersi yang sama warna sebelum pertandingan, pasukan yang
namanya tercatat dahulu dalam jadual perlawanan dikehendaki menukar jersi.

7. GELANGGANG PERMAINAN

Sila rujuk Undang-Undang Bola Baling Antarabangsa (IHF).


Satu kawasan keselamatan hendaklah disediakan di luar kawasan permainan dengan ukuran
sekurang-kurangnya 1 meter dari garisan tepi dan sekurang-kurangnya 2 meter dari garisan gol.

8. ALATAN (BOLA)

12 tahun lelaki / perempuan Berat 290 – 330 gm Lilitan 50-52 cm Saiz 1

15 tahun lelaki / perempuan Berat 325 – 375 gm Lilitan 54-56 cm Saiz 2


18 tahun perempuan

18 tahun lelaki Berat 425 – 475 gm Lilitan 58-60 cm Saiz 3

9. KELEWATAN

Hanya 10 minit diberikan kepada sesuatu pasukan yang lewat. Selepas itu, pihak lawannya akan
diberikan kemenangan dengan 3 jaringan gol.

10. MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH

Pasukan / peserta tidak dibenarkan menarik diri semasa pertandingan dijalankan Sekiranya satu
pasukan / peserta menarik diri atau menyerah kalah dengan sengaja daripada pertandingan, semua
keputusan pertandingan yang disertainya akan dibatalkan. Pasukan tersebut tidak dibenarkan
menyertai perlawanan seterusnya dan tindakan tatatertib akan diambil ke atas pasukan berkenaan.

11. SINGKIR (KAD MERAH) DAN PEMBATALAN

Jika seseorang pemain atau pegawai pasukan menerima satu kad merah dalam satu-satu
perlawanan, ia akan digantung satu perlawanan berikutnya.

Pemain yang menerima kad merah kerana digantung (2 minit) 3 kali berturut-turut, ia hanya tidak
dibenarkan bermain untuk perlawanan itu sahaja dan dibenarkan bermain untuk perlawanan
seterusnya.

Jika seorang pemain atau pegawai pasukan dibatalkan, ia tidak dibenarkan berada di kawasan
kejohanan sepanjang pesta itu.

12. BANTAHAN
Sila rujuk Peraturan Am ( ) MSSMK

13 JURI RAYUAN
Sila rujuk Peraturan Am ( ) MSSMK

14. PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN

Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa
Pengelola Kejohanan yang berkenaan dan keputusan adalah muktamad. Sila rujuk Peraturan Am
( ) MSSK
UKURAN GELANGGANG

40m

Garisan Balingan Garisan Balingan


7 meter Percuma

6.0m

(Garisan Gol)
4.0m
3.0m

20m
9.0m 7.0m
Garisan Had Garisan Kawasan
Penjaga Gol Gol

4.5m 4.5m

Kawasan Pertukaran Pemain

A A
B
A. Bangku Pegawai / Pemain Gantian
B. Meja Pencatat dan Penjaga Masa

15cm
3.0m

15cm

15cm 1m

9.0m

6.0m

15cm

Catatan: Ketebalan semua garisan ialah 5 cm kecuali garisan di antara dua tiang gol 8 cm.
Garisan Kawasan Gol dan garisan Kawasan Balingan Percuma diukur dari bahagian dalam
tiang gol.
UKURAN GOL

28cm 20cm

28cm
3.0m

2.0m

100cm

80cm
Saiz Tiang / Palang Gol
8cm

8cm

100cm

150cm