Anda di halaman 1dari 23

Strategi Bisnes Untuk Peniaga Muslim

www.usahawan.com

1


Strategi Bisnes
Peniaga Muslim






Strategi Bisnes Untuk Peniaga Muslim

www.usahawan.com

2
Notis

E-book ini diterbitkan oleh www.usahawan.com

Anda dilarang sama sekali mengubah atau menjual e-book ini kepada
pihak lain.

Walaubagaimanapun, anda bebas mengedarkan e-book ini secara
percuma kepada sesiapa sahaja.






























Strategi Bisnes Untuk Peniaga Muslim

www.usahawan.com

3
MENGENAI USAHAWAN.COM

Usahawan.com merupakan projek keusahawanan rakyat Malaysia yang
sesuai dengan standard dan citarasa pasaran tempatan.

Mencipta Peluang Perniagaan Baru untuk Peniaga Kecil dan
Sederhana merupakan motto kami. Ia mendorong kami supaya
sering berinovasi bagi mencipta peluang perniagaan baru disamping
membantu mengembangkan perniagaan anda.

Mengapa perlu memilih Usahawan.com sebagai rakan perniagaan anda?

Sebab 1: Syarikat Milik Penuh Bumiputera

Usahawan.com menjurus ke arah menjadi penyedia peluang perniagaan
yang serba-boleh dan berkesan di negara ini. Hasrat kami adalah untuk
membantu peniaga kecil & sederhana, pesara, graduan, bakal usahawan
untuk memiliki dan mengendalikanperniagaan yang berjaya dan
berkembang maju.

Teras perniagaan kami adalah untuk membina hubungan baik dengan
pelanggan dan untuk menjadi lebih peka terhadap citarasa pelanggan yang
sentiasa berkembang. Kami bertindak mengikut gerak hati pelanggan,
pembekal, rakan niaga dan pesaing dalam pasaran yang sentiasa
berubah-ubah disamping sentiasa mencari penyelesaian kos yang lebih
efektif dan berfikiran terbuka terhadap teknologi baru dalam membantu
menyelaraskan operasi kami di seluruh negara.

Sebab 2: Pengimport/ Pembekal Secara Langsung & Memiliki Kilang
Sendiri

Kesemua produk diperolehi secara langsung daripada kilang, pengeluar
dan pengimport. Kami juga memiliki kilang pengeluaran produk berasaskan
makanan yang telah mendapat pengesahan halal dari JAKIM.

Segala usaha kami adalah untuk kepuasan para pelanggan. Oleh itu, kami
menawarkan produk-produk terbaik dengan kualiti yang telah teruji.


Strategi Bisnes Untuk Peniaga Muslim

www.usahawan.com

4
Sebab 3: Bukan Sistem Francais

Tawaran kesemua pakej perniagaan kami adalah bukan francais. Oleh
itu, jimatkan sebahagian besar dari wang anda daripada membayar yuran
untuk francais, bayaran royalti bulanan dan lain-lain kos. Anda tidak akan
terikat dengan pelbagai sekatan sistem francais dan mempunyai
kebebasan untuk menggunakan kemahiran untuk memasarkan produk
anda sendiri.

Pakej perniagaan yang ditawarkan oleh Usahawan.com pula sesuai untuk
diniagakan secara part-time atau full-time samada di rumah, kedai, kiosk,
karnival, ekspo, pejabat, sekolah, kolej, universiti mahupun secara online
bergantung pada jenis perniagaan yang dipilih.

Sebab 4: Harga yang Berpatutan & Mampu Milik

Semua produk yang dijual dengan harga berpatutan yang mampu dimiliki
segenap lapisan masyarakat.

Sebab 5: Sokongan Selepas Jualan

Kami tidak membiarkan anda berlalu begitu sahaja selepas membuat
pembelian. Selagi mana yang anda diperlukan, kami menawarkan khidmat
bantuan teknikal dan khidmat nasihat secara berterusan.















Strategi Bisnes Untuk Peniaga Muslim

www.usahawan.com

5
Antara Pakej Perniagaan Yang Ditawarkan oleh
Usahawan.com

Strategi Bisnes Untuk Peniaga Muslim

www.usahawan.com

6





Strategi Bisnes Untuk Peniaga Muslim

www.usahawan.com

7

Strategi Bisnes Untuk Peniaga Muslim

www.usahawan.com

8










Strategi Bisnes Untuk Peniaga Muslim

www.usahawan.com

9
Pejabat Urusan

Telefon:
Pejabat: 06-6715360 Fax: 06-6753927

Laman web: http://www.usahawan.com

** Masa telefon dari jam 9.00 pagi hingga
6.00 petang - Hari Isnin - Sabtu
(Tinggalkan pesanan SMS jika talian sibuk @
tidak berjawab)

Alamat:
No 7-G, Jalan Coco Drive 3, Taman Bandar
Senawang, 70450 Seremban, Negeri
Sembilan

Waktu Operasi:
Isnin - Sabtu (9.00 pagi - 6.00 petang)














Strategi Bisnes Untuk Peniaga Muslim

www.usahawan.com

10
Pengenalan Strategi Bisnes Peniaga Muslim

Perniagaan merupakan satu peluang dan ruang yang benar-benar boleh
memberikan pulangan lumayan khsusus bagi mereka yang serius dalam
menjalankan bisnes yang diceburi. Tidak kiralah berniaga apapun, yang
penting prospek perniagaan sememangnya salah satu cabang untuk
seseorang itu untuk hidup lebih senang.

Banyak sebenarnya cara-cara dan teknik yang boleh dilakukan oleh
peniagapeniaga kecil untuk memastikan perniagaan menjadi lebih berjaya.
Meskipun bermula dengan kecil-kecilan, tetapi berkat ketekunan dan
kesabaran pastinya akan membuahkan hasil yang membanggakan. Islam
sendiri telah menegaskan bahawa perniagaan merupakan 9/10 daripada
pintu rezeki. Fakta ini ternyata relevan apabila begitu ramai usahawan
berjaya yang lahir di dunia hari ini dengan bersandarkan kepada bisnes
yang dijalankan.

Mungkin perniagaan yang anda usahakan pada hari ini hanya mampu
meraih pulangan dalam kadar yang kecil, tetapi siapa tahu sekiranya anda
terus dan terus berusaha meningkatkan mutu perniagaan anda, tidak
mustahil untuk anda turut berada dalam kelompok usahawan yang
disegani pada satu hari nanti.

Dalam e-book ini diceritakan strategi-strategi perniagaan yang telah
digunapakai oleh Rasullullah SAW dan juga Abdul Rahman bin Auf.
InsyaAllah anda mampu untuk menjadi usahawan yang berjaya sekiranya
strategi-strategi tersebut diamalkan dengan baik.

Semoga berjaya!!










Strategi Bisnes Untuk Peniaga Muslim

www.usahawan.com

11
STRATEGI PERNIAGAAN RASULLULLAH SAW

Rasulullah SAW adalah manusia biasa, bukan malaikat dan bukan pula
anak Tuhan atau lain-lainnya. Beliau secara manusiawi sama dengan kita
seluruh umat manusia. Ayahanda beliau adalah Abdullah bin Abdul
Muthallib, ibundanya bernama Aminah, keduanya dari suku Quraisy di
Mekah keturunan Nabi Ismail bin Nabi Ibrahim AS.

Rasulullah SAW adalah Rasul pilihan Allah yang diutuskan kepada umat
manusia untuk membimbing mereka kepada hidayah Allah; berbuat yang
maruf dan mencegah kemungkaran serta beriman kepada Allah. Sebelum
kedatangan Rasulullah SAW, manusia berada di ambang kehancuran
lantaran kebudayaan yang menyebabkan tertegak nya tamadun ketika itu
telah hancur. Ketika kemanusiaan sedang berada dalam kesesakan nafas
di ambang maut, Allah mengutuskan Rasulullah SAW untuk
membangkitkannya semula dan mengeluarkan umat manusia dari
kegelapan kepada cahaya.

Rasulullah SAW memecah belengu-belengu jahiliah dan khurafat dan
mengajak manusia kepada pengabdian yang akan membebaskan mereka
daripada segala bentuk ikatan lain. Dia mengembalikan kepada mereka
kebahagiaan hidup yang sebenarnya. Itu semua biasa kita baca dalam
buku-buku agama. Yang jarang kita dengar ialah sifat keusahawanan atau
ciri-ciri perniagaan Rasulullah SAW.

Baginda sudah mula berniaga sejak berumur 12 tahun. Di bawah jagaan
Abu Talib as, Rasulullah saw telah mula mengikut Abdul Talib as berniaga
sehingga ke Syria. Abdul Talib adalah mentor perniagaan kepada
Rasulullah ketika muda.

Dan Rasulullah merupakan ahli perniagaan yang hebat. Pada suatu ketika,
di waktu berniaga, Rasulullah telah memperoleh keuntungan lebih dari
usahawanusahawan lain dalam rombongan yang sama. Oleh kerana
kehebatan Rasulullah saw dalam perniagaan, Baginda berjumpa dengan
isterinya, Siti Khadijah (yang juga seorang usahawan unggul) ketika
berumur 25 tahun.



Strategi Bisnes Untuk Peniaga Muslim

www.usahawan.com

12
Perniagaan adalah perkara yang penting dalam Islam, malah menjadi satu
terminologi yang sering disebut dalam al-Quran, contohnya:

Sesungguhnya orang yang selalu membaca kitab Allah dan tetap
mendirikan solat serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan
kepada mereka secara sembunyi atau secara terang-terangan, mereka
mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan rugi(35:29)
Wahai orang-orang yang beriman. Mahukah Aku tunjukkan sesuatu
perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak
terperi sakitnya?

Yakni kamu beriman kepada Allah dan rasul-Nya, serta kamu berjuang
membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri
kamu, yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak
mengetahui
(61:10-11)

Kenapa Allah menyebut perniagaan dan bukan pekerjaan? Kerana
perniagaan itu ialah sesuatu yang menguntungkan dan memerlukan usaha
tulang empat kerat kita sendiri. Dan boleh juga merugikan sekiranya tidak
dijalankan dengan betul.

Dan Rasulullah sering disalah anggap sebagai miskin. Tidak, Baginda
seorang yang kaya. Cuma hidup yang dijalaninya tidak seperti orang-orang
kaya. Baju perang, pedang Baginda adalah dari yang terbaik, kuda-kuda
perang adalah dari jenis yang terbaik. Makna kata seluruh harta Baginda
digunakan untuk memperjuangkan Islam, bukan membuncitkan perut
sendiri. Malah Baginda Rasulullah pernah mengikat batu-batu ke perutnya
untuk menahan lapar.

Rasulullah pernah bersabda tentang pemilikan harta:

Harta itu merupakan kekayaan terpuji TETAPI hanya bagi orang yang
soleh, kerana orang yang soleh akan menggunakan hartanya secara
bijaksana, tidak dikotori rasa angkuh yang menghilangkan keberkatan dari
Allah.



Strategi Bisnes Untuk Peniaga Muslim

www.usahawan.com

13

Ingin tahu cara Rasul Terulung kita berniaga? Teruskan membaca.

1. Tidak Pernah Berdebat

Rasulullah dahulu ketika berniaga, tidak pernah menyakiti hati peniaga lain.
Hal ini diakui oleh mereka yang pernah berurusan dengan Baginda SAW
sebelum Baginda diangkat menjadi rasul lagi. Dalam satu peristiwa,
seorang peniaga bernama Saib bin Ali Saib datang menemui Rasulullah
SAW. Melihat Saib datang, Rasulullah berkata, Mari, mari. Selamat datang
saudara saya, dan rakan niaga saya yang tidak pernah bertengkar, kata
Rasulullah . Saib membalas dengan berkata, Kita tidak pernah bertengkar
sebab tuan peniaga yang sentiasa lurus dan tepat dengan kiraan.

2. Teknik Menjual Yang Unik

Mengikut riwayat, Nabi menjual barang-barang Baginda tidak seperti
diamalkan oleh kebanyakan peniaga atau lain-lain saudagar ketika itu. Baik
peniaga Arab atau pun bukan Arab. Biasanya para peniaga
kebanyakannya mereka menjual barang-barang dagangan mereka dengan
meletakkan harga yang setinggi mungkin. Tetapi Nabi menjualnya dengan
cara memberitahu harga pokok dan meminta para pelanggan atau pembeli
membayar berapa harga yang mereka kehendaki. Dengan cara ini pembeli
merasa puas dan senang hati kerana mereka merasa tidak tertipu oleh
peniaga. Lalu mereka membeli dengan larisnya sehingga barang-barang
Nabi paling laku dan cepat habis berbanding rakan-rakan Baginda yang
lain.

Selain itu Nabi juga mengambil sikap menjual pada harga modal apabila si
pembelinya seorang yang benar-benar miskin tetapi memerlukan kepada
barang itu. Baginda amat bertimbang rasa dan amat pengasihan belas
kepada sesama manusia. Manakah ada manusia yang menjual barang-
barang dagangannya dengan harga modal?






Strategi Bisnes Untuk Peniaga Muslim

www.usahawan.com

14

3. Sentiasa Senyum

Satu lagi daya penarik yang luar biasa yang telah menarik para pembeli
untuk mendekati barang-barang Nabi ialah sikap dan wajah Baginda
semasa berjualan itu. Selaku seorang insan yang sedia dijadikan Allah
berwajah kacak menawan dan gemar melemparkan senyuman kepada
orang, maka Nabi telah menggunakan kelebihan yang dikurniakan oleh
Allah kepada Baginda itu.

Dengan wajah yang manis dan menawan dihiasi pula dengan senyuman
yang manis, pastilah keindahan dan keelokan yang terpancar di wajah
seseorang itu semakin bertambah. Walaupun tutur kata tidak seberapa ,
tetapi para pelanggan tetap menggemari orang yang berwajah manis dan
selalu memberi senyuman
kepada orang.

4. Jujur

Baginda bersabda, Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah, akan
bersama para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang
yang mati syahid (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi). Dalam konteks ini,
kejujuran ditekankan kerana kejujuran merupakan antara elemen
terpenting dalam perniagaan. Ketika kita berbincang mengenai perniagaan
seorang Muslim, kita sebenarnya sedang membincangkan satu konsep
perniagaan yang membangunkan hubungan kepercayaan di antara
peniaga dan pelanggan, dan piawaian ini tidak boleh dicapai dengan
adanya dusta dan penipuan.

Pada suatu hari, Rasulullah berjalan-jalan di kawasan pasar bandar
Madinah. Baginda lalu di hadapan seorang peniaga yang menjual buah-
buahan yang dilonggok-longgokkan. Rasulullah memeriksa buah-buahan
itu dengan memasukkan tangannya ke dalam satu longgokan. Kemudian
Rasulullah menarik tangannya keluar dan menunjukkan jarinya yang basah
kepada peniaga itu. Apa ini saudara ? tanya Rasulullah . Terkena hujan,
tuan, kata peniaga itu. Mengapa saudara tidak letakkan buah-buahan
yang basah itu di sebelah atas supaya orang dapat melihatnya ? kata
Rasulullah . Kemudian Baginda berkata lagi, Barang siapa menipu, dia
bukan pengikut saya.
Strategi Bisnes Untuk Peniaga Muslim

www.usahawan.com

15
5. Tidak Bersumpah Palsu

Dengan tegas, Rasulullah SAW mengecam amalan perdagangan yang
dipenuhi tipu daya. Apalagi sampai bersumpah palsu, mengandungi unsur
riba atau berbisnes di pasar gelap. Sebab, model menjalankan bisnes
seperti itu tak saja merugikan orang lain, tapi juga membuat perniagaan
yang dijalankan tidak lancar. Hal itu sebagaimana ditegaskan Rasulullah
SAW dalam sebuah hadis, Penjual dan pembeli memiliki hak pilih selama
belum berpisah.

Apabila mereka jujur dan mahu menerangkan (keadaan barang), mereka
akan mendapat berkat dalam jual-beli mereka. Dan jika mereka bohong
dan menutupi (cacat barang) akan dihapuskan keberkatan jual-beli
mereka. (HR. Muslim) Rasulullah SAW mengajarkan kepada para sahabat
untuk tidak melakukan sumpah, selain mengakibatkan kehilangan
berkatnya.

6. Lemah Lembut

Baginda Rasulullah SAW sentiasa mengamalkan sikap baik hati dan lemah
lembut ketika menjalankan perniagaan. Jabir telah meriwayatkan bahawa
Rasulullah telah bersabda yang bermaksud: Allah SWT mencucuri rahmat
kepada orang yang berbuat baik ketika ia berjual, ketika ia membeli dan
ketika ia membuat tuntutan.

7. Bukan Mengejar Harta Semata-mata

Rasulullah SAW bekerja keras mencari penghidupan yang halal. Baginda
menjalankan perniagaan bukan sahaja untuk menyara kehidupan Baginda
tetapi juga untuk mengukuhkan potensi Baginda agar orang yang kaya
tampil ke hadapan untuk menghulur modal mereka untuk digunakan oleh
Baginda bagi tujuan perniagaan. Muamalah seperti ini amat digalakkan
oleh Islam kerana terdapatnya unsur bantu membantu di kalangan mereka
yang berada dan tidak berada. Firman Allah SWT dalam surah Al Maidah
ayat 2: Bermaksud: Dan hendaklah kamu bantu membantu dalam
perkara-perkara kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu sekali-kali bantu
membantu dalam perkara-perkara kejahatan dan permusuhan.


Strategi Bisnes Untuk Peniaga Muslim

www.usahawan.com

16
8. Fasih Tutur Kata

Rasulullah SAW merupakan seorang yang mempunyai kefasihan dalam
tutur katanya. Tutur katanya lembut, lunak didengar, tidak pernah
berbohong dan sentiasa jujur. Oleh itu, tidak hairanlah apabila Baginda
mengendalikan perniagaan harta Khadijah, Baginda memperoleh
keuntungan yang banyak. Terdapat sebuah hadis yang menceritakan
kefasihan Baginda yang telah diriwayatkan oleh Al-Tarmizi dari Syaidatina
Aishah: Bermaksud: Adalah Rasulullah berkata-kata dengan perkataan
yang terang serta jelas lagi tegas, dapat difahami oleh setiap orang yang
mendengarnya (duduk bersama Baginda).

9. Keuntungan Maksimum Adalah Mungkin

Walaupun ada ustaz (penceramah) yang mengatakan untung hanya boleh
diambil sekitar 30% sahaja, namun kata-kata Rasulullah SAW lebih utama
untuk kita jadikan pegangan. Terdapat satu hadis sahih yang
menceritakan, seorang sahabat Nabi membeli dua ekor kambing dengan 1
dinar. Kemudian, sahabat itu tadi menjual salah seekor kambing itu dengan
harga 1 dinar. Bermaksud, di tangannya ada seekor lagi kambing dan
wang sejumlah 1 dinar. Sahabat itu datang kepada Rasulullah dan
kemudian menyatakan apa yang telah beliau lakukan (menjual dengan
cara begitu). Rasulullah tidak berkata apa-apa melainkan mendoakan agar
sahabatnya itu mendapat keberkatan dalam perniagaan yang
dilakukannya.

Ada lagi hadis sahih lain riwayat Abu Daud di mana Rasulullah ditanya
mengapa tidak ditetapkan keuntungan maksimum (kawal kadar
keuntungan). Lantas Rasulullah menyatakan, itu adalah satu kezaliman
untuk para peniaga. Daripada dua contoh di atas berasaskan dalil yang
sahih, kita dapati tidak mengapa kita menaikkan keuntungan sesuatu
jualan produk sehingga 100%. Cuma yang dilarang adalah menyorokkan
barangan keperluan asasi manusia pada ketika permintaan mendadak, dan
dijual kembali apabila harganya dinaikkan. Ataupun apabila pihak
pemimpin (kerajaan) menetapkan sesuatu perkara, maka kita wajib
mematuhinya. Maka, kepada para peniaga, marilah contoh cara-cara
bisnes Rasulullah SAW, yakni akan memperoleh pahala kerana mengikut
sunah Baginda.

Strategi Bisnes Untuk Peniaga Muslim

www.usahawan.com

17
STRATEGI PERNIAGAAN ABDUL RAHMAN BIN
AUF

Sungguh, ku lihat diriku, seandainya aku mengangkat batu,
nescaya ku temukan di bawahnya emas dan perak. - Abdul Rahman bin
Auf

Salasilah dan Latar Belakang Hidup Abdul Rahman bin Auf

Abdul Rahman bin Auf berasal daripada keturunan Bani Zuhrat dan lahir di
kota Mekah pada tahun 580 Masihi, 10 tahun selepas Tahun Gajah. Beliau
merupakan antara 8 orang pertama yang memeluk agama Islam. Beliau
melafazkan syahadah melalui Sayidina Abu Bakar r.a. dua hari selepas
Sayidina Abu Bakar sendiri memeluk Islam.

Nama asal Abdul Rahman bin Auf ialah Abdul Kaabah, tetapi telah ditukar
kepada Abdul Rahman sebaik sahaja beliau memeluk Islam. Sebelum
memeluk Islam, beliau hidup dalam kalangan keluarga yang mulia dan
bermaruah. Beliau tidak menyembah berhala, membuat maksiat atau
melakukan perkara mungkar seperti minum arak atau berjudi. Setelah
memeluk agama Islam, beliau sendiri telah berjihad di jalan Allah dengan
menyertai beberapa peperangan menegakkan ajaran Islam seperti Perang
Badar, Perang Uhud, Perang Khandak dan Perang Tabuk. Beliau
merupakan antara 10 sahabat Rasulullah yang dijamin akan memasuki
syurga oleh Rasulullah sendiri. Abdul Rahman bin Auf wafat pada tahun 32
Hijrah bersamaan tahun 654 Masihi. Pada ketika itu beliau berusia 74
tahun.











Strategi Bisnes Untuk Peniaga Muslim

www.usahawan.com

18
Abdul Rahman bin Auf Ikon Usahawan Islam

Umum sedia maklum bahawa Abdul Rahman bin Auf adalah merupakan
salah seorang sahabat Rasulullah yang memiliki kepakaran yang hebat
dalam bidang perniagaan. Beliau dilihat sebagai ikon usahawan Islam dan
merupakan seorang jutawan yang memiliki kebijaksanaan dalam bidang
perniagaan. Abdul Rahman bin Auf mampu bergelar jutawan dalam jangka
masa 10 tahun dan seterusnya bertambah kaya dalam masa 32 tahun.
Beliau memiliki kemewahan yang melimpah ruah dan harta kekayaan yang
begitu banyak.

Kemahiran selok-belok berniaga yang diperoleh daripada keluarganya dan
kaumnya, Bani Zuhrat telah digunakan sebaik-baiknya. Antara aktiviti
perniagaan yang diceburinya adalah seperti jual beli barang, jualan borong
dan import serta eksport. Beliau seorang yang gigih berniaga dan hanya
akan memperdagangkan barangan yang halal dan suci sahaja. Beliau
sangat mementingkan keberkatan hartanya dan mahu perniagaannya
sentiasa diberkati Allah. Katanya Aku tidak akan menjual barangan yang
sudah rosak. Aku merasa cukup dengan untung yang sedikit tetapi
diberkati oleh Allah.

Sejak dari kecil, Abdul Rahman bin Auf adalah seorang yang suka berdikari
dan tidak mahu bergantung harap terhadap orang lain. Selain itu beliau
seorang yang zuhud tidak mementingkan kebendaan, jujur dan ikhlas. Ini
adalah merupakan salah satu sebab mengapa beliau menjadi antara
mereka yang disukai oleh masyarakat setempat. Di sebalik kekayaan yang
melimpah ruah, beliau seorang yang takut dan benci kepada harta
kekayaan. Beliau seorang usahawan yang takut akan Allah dan sering
menangisi kemewahan dunia.

Beliau akan seboleh-bolehnya menghindarkan diri daripada terpengaruh
dengan kekayaannya dengan cara mendermakan sebanyak mungkin harta
kekayaannya ke jalan yang diredhai Allah. Sekalipun dilimpahi harta
kekayaan yang banyak namun dia tidak menjadi hamba kepada hartanya
sendiri.




Strategi Bisnes Untuk Peniaga Muslim

www.usahawan.com

19
Ketika peristiwa hijrah umat Islam daripada bumi Mekah ke Madinah, Abdul
Rahman bin Auf telah meninggalkan segala harta kekayaannya di bumi
Mekah dan melakukan hijrah ke kota Madinah. Di Madinah, apabila
ditawarkan bantuan dalam bentuk harta benda oleh golongan Ansar, beliau
menolaknya dengan baik dan hanya ingin ditunjukkan di mana letaknya
pasar untuk beliau memulakan perniagaannya.

Sumbangan Abdul Rahman bin Auf

Pada zaman Rasulullah S.A.W., Abdul Rahman bin Auf pernah
menyumbangkan seluruh harta kekayaannya dan menyerahkannya kepada
mereka yang lebih memerlukannya. Antara sumbangan beliau dalam
menegakkan ajaran Islam adalah dengan menyumbangkan 200 tahil emas,
500kuda perang dan 1,500 unta tunggangan ketika Perang Tabuk. Beliau
juga turut menjual tanah yang dimilikinya dengan harga 40 dinar dan
dibahagikan kepada Bani Zuhrah, isteri Nabi Muhammad, anak yatim dan
fakir miskin. Sumbangan juga turut diberikan kepada penduduk Madinah
dengan memuatkan barangan keperluan di atas 700 ekor unta untuk
disampaikan kepada segenap pelosok penduduk Madinah. Beliau juga
telah mendermakan sebanyak 400 dinar emas kepada kira kira 100 orang
bekas tentera perang Badar yang masih hidup. Atas jasa dan pengorbanan
beliau dalam menegakkan ajaran Islam dengan menggunakan harta
kekayaannya, Rasulullah S.A.W. memujinya dengan bersabda Abdul
Rahman bin Auf adalah saudagar Tuhan.















Strategi Bisnes Untuk Peniaga Muslim

www.usahawan.com

20
STRATEGI PERNIAGAAN

Tentu anda tertanya-tanya, apakah strategi perniagaan yang dipegang
beliau sehingga berjaya menjadi seorang usahawan yang terkenal dan
sekali gus melumpuhkan monopoli penguasaan kaum Yahudi dalam
ekonomi Madinah?

Ya, dalam erti kata lain, menyebabkan kaum Yahudi itu sendiri seolah
gulung tikar! Persoalan ini pernah ditanya sendiri kepada beliau, dan ini
tiga jawapan ringkas daripadanya:

1) Aku tidak pernah menolak keuntungan walaupun sedikit

2) Aku tidak pernah melambatkan penjualan barangan daripada yang
meminta

3) Aku tidak menjual secara tangguhan bayaran






















Strategi Bisnes Untuk Peniaga Muslim

www.usahawan.com

21
1. Tidak Pernah Menolak Keuntungan

Antara perniagaan yang dilakukan oleh Abdul Rahman bin Auf adalah
menjual unta. Strategi yang diguna pakai oleh beliau dalam
memperdagangkan untauntanya adalah dengan menjualnya pada harga
kos tanpa ada sebarang keuntungan. Hal ini sudah tentu akan
mengakibatkan ramai pembeli yang mahu membeli unta akan pergi
mencari Abdul Rahman bin Auf. Hairan bukan? Bagaimana mahu menjadi
lebih kaya jika tiada keuntungan yang diambil dalam penjualan unta-unta
ini? Apabila ditanya kepadanya perihal ini, beliau menjawab Tiada
sebarang keuntungan diambil daripada hasil penjualan unta. Unta dijual
pada harga kos. Akan tetapi, keuntungan diambil daripada menjual
tali pengikat unta. Diceritakan bahawa tali pengikat unta yang dijual
dengan harga 1 dirham itu sangat cantik dan terdapat dalam pelbagai
warna yang menarik. Pernah terjadi, beliau telah berjaya menjual 1,000
ekor unta dalam masa satu hari sahaja, maka 1,000 dirham lah
keuntungan hasil jualan untanya pada hari itu.

Dalam kehidupan kita pada masa ini, ramai peniaga yang menggunakan
strategi ini dalam perniagaan yang diceburi. Contohnya terdapat syarikat
khidmat jualan langsung yang menawarkan ejen mereka point atas
penjualan minimum barangan syarikat. Point-point ini kemudiannya boleh
ditukarkan kepada ringgit tunai. Maka ramai ejen yang sanggup untuk
menurunkan keuntungan yang diperoleh sehingga menjual produk mereka
pada harga ahli semata-mata kerana ingin mencapai sasaran point tunai
tersebut. Semakin ramai pelanggan yang akan tertarik dengan harga yang
ditawarkan (serendah harga ahli!), maka semakin tinggi pula mata tunai
yang akan diterima oleh ejen tersebut.

Begitu juga apabila terdapat penjual yang sanggup untuk menurunkan
harga yang ditawarkan mengikut target pelanggan, dan memperoleh
margin keuntungan yang kecil semata-mata untuk mengejar kuantiti
barangan yang dijual. Bagi mereka, tidak kisah jika keuntungan yang
diterima untuk satu barangan itu sedikit, namun jika dinilai kan dengan
kuantiti barangan yang dijual, keuntungan yang sedikit itu mungkin akan
menjadi banyak! Terdapat juga mereka yang menurunkan harga barangan
mengikut harga kos sematamata tidak mahu untuk menyimpan stok dan
inginkan barangan itu dijual segara agar mendapat modal pusingan
perniagaan.
Strategi Bisnes Untuk Peniaga Muslim

www.usahawan.com

22

2. Tidak Pernah Melambatkan Penjualan Barangan

Abdul Rahman bin Auf tidak pernah melambatkan penjualan barangan
kepada pelanggannya. Setiap pelanggan yang datang kepadanya akan di
layan dengan sebaik mungkin. Permintaan terhadap setiap barangan yang
diminta, akan cuba dipenuhi dengan segera. Pelanggan-pelanggannya
amat berpuas hati dengan layanan yang diberikan oleh Abdul Rahman bin
Auf. Bagi yang pertama kali berurusan dengan beliau sudah pasti akan
melakukan urus niaga jual beli lagi pada masa hadapan dan seterusnya
menjadi pelanggan tetap beliau.

Pelanggan adalah aset penting yang menjadi keutamaan kepada mereka
yang menceburi bidang perniagaan. Hati pelanggan haruslah dijaga dan
ditatang bagai minyak yang penuh. Kepantasan melayan kehendak
pelanggan dan kecekapan menangani masalah mereka pastinya akan
mencerminkan mutu perkhidmatan dan kesungguhan anda dalam bidang
perniagaan yang diceburi. Pelanggan akan menyukai jika kehendak dan
masalah mereka di layan segera. Sekiranya barangan yang diminta tiada
dalam simpanan, maka tawarkan diri untuk melakukan pesanan kepada
stokis atau mencari barangan tersebut di cawangan kedai yang
mempunyai perniagaan seperti anda.

3. Tidak Menjual Secara Tangguhan

Kesemua barangan yang didagangkan Abdul Rahman bin Auf dijual secara
tunai. Dengan mengelakkan pelanggannya berhutang, beliau akan
mendapat kembali wang untuk pusingan modal dengan lebih cepat. Ini juga
dapat mengelakkan daripada berlakunya hutang lapuk. Dengan cara ini
juga, beliau dapat menjimatkan masa dalam melakukan urus niaga dengan
setiap pelanggan.

Ramai dalam kalangan para peniaga kini yang mengamalkan teknik
berhutang atau bahasa manisnya disebut secara ansuran untuk menarik
minat pelanggan terhadap produk yang mereka jual. Kaedah ini bukan
sahaja memerlukan peniaga menyediakan modal yang besar dalam urusan
jual beli, namun mereka juga perlu membuat persediaan dari segi undang-
undang andai pembeli tidak dapat melangsaikan kos pembelian mereka.

Strategi Bisnes Untuk Peniaga Muslim

www.usahawan.com

23

Peniaga juga perlu menggaji pekerja untuk menyimpan setiap rekod
urusan jual beli dengan pelanggan. Sekiranya pelanggan tidak mampu
untuk meneruskan bayaran bulanan, maka barangan akan diambil semula.
Kondisi barangan selalunya tidak baik dan ini akan merugikan peniaga itu
sendiri.

Kesimpulan

Bukan mudah untuk menjadi kaya, apatah lagi untuk menjalankan
perniagaan di dunia yang untungnya sampai ke syurga! Namun, jika
mengikut panduan strategi yang diberikan oleh Abdul Rahman bin Auf,
hanya terdapat 3 strategi yang penting dalam menjalankan urus niaga
perniagaan anda.

Pertama, walaupun nilainya keuntungan jualan yang diperoleh adalah
sangat kecil, janganlah ditolak. Menjual barangan dengan nilai keuntungan
yang sangat kecil akan dapat menghindarkan diri anda seterusnya
mengelakkan anda daripada terjebak dengan perniagaan yang mempunyai
unsur-unsur riba.

Kedua, cepatkan urusan jual beli anda dan layanlah pelanggan yang
berurus niaga dengan anda sebaiknya.

Akhir sekali, elakkan daripada melakukan perniagaan yang berkonsepkan
ansuran, dan terimalah transaksi tunai sahaja untuk setiap urusniaga.
Strategi-strategi ini kelihatan amat mudah untuk dipraktikkan. Cuba dan
lihat apakah pelaksanaannya akan mendatangkan apa-apa perbezaan
dalam perniagaan anda?

Anda mungkin juga menyukai