Anda di halaman 1dari 3

Social Skills and Social Values

“Mumia”

Masa : 20minit

Alatan : 8 gulung Toilet Roll (2 gulung untuk setaip kumpulan)

8 batang “Marker” pen

Cara permainan dan peraturan :-

Setiap kumpulan akan memilih seorang model dan diberikan 2 roll tisu gulung dan sebatang marker

pen. Ahli kumpulan dikehendaki membalut seluruh badan model seperti mumia tanpa sebarang lubang

atau koyak. Selepas itu ahli dikehendaki melukis wajah mumia . Selepas selesai melakukan lukisan

wajah, ahli dikehendaki mengangkat mumia tersebut ke tempat yang ditetapkan kemudian. Juri akan

menilai dan memberikan markah berdasarkan kekemasan balutan mumia dan tiada kesan koyakan di

badan mumia.

Semua permainan dibahagi kepada empat kumpulan. Dimana masa yang diambil selama 20 minit.

Mereka telah membalut salah seorang dari ahli kumpulan. Setelah siap , mereka telah melukis mumia

mengikut kreativiti mereka . langkah seterusnya mereka mengangkat mumia ke tepi pantai dan

menghias disekeliling kawasan mumia itu di letakkan.


Permainan Berantai Terpanjang Terpendek

Peralatan : Tiada

Masa : 5 minit

Cara permainan dan peraturan :-

Setiap kumpulan dikehendaki menghasilkan satu garisan berantai yang bersentuhan dengan

menggunakan apa juga barang atau kelengkapan yang berada di badan ahli kumpulan kecuali baju dan

seluar. Rantaian yang terpanjang adalah pemenang. Kumpulan telah menggunakan tali kasut, stokin,

jam, baju sejuk dan kasut untuk membuat rangkaian terpanjang.

Menangkap Anak Ketam

Masa : 10minit

Alatan : Botol mineral 500ml

Cara permainan dan peraturan :-

Setiap kumpulan akan diberikan sebiji botol mineral kosong untuk memasukan anak ketam yang telah

ditangkap. Masa diberikan selama 10 minit dan selepas itu wakil kumpulan haruslah memberikan botol

mineral yang mengandungi anak ketam kepada juri. Juri akan mengira jumlah anak ketam yang hidup

berada di dalam botol tersebut. Jumlah tertinggi adalah pemenang.

Nota :-

Haruslah diingat bahawa hadiah akan diberikan kepada pemenang yang menjaga kebersihan selepas

setiap permainan.
Gambar sekitar permainan Mumia

Anda mungkin juga menyukai