Anda di halaman 1dari 11

PERANAN IBU BAPA DALAM USAHA MENDIDIK DAN MELAHIRKAN ANAK-ANAK

YANG BERAKHLAK MULIA.



https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=294888657200951&id=294881960534954

Memetik daripada ucapan mantan perdana menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, bekerjasama
dan bergading bahulah untuk mendidik dan melahirkan anak bangsa yang cemerlang, gemilang dan
terbilang. Sesungguhnya, kata-kata tersebut lebih ditujukan kepada ibu bapa yang sangat memainkan
peranan dalam usaha membentuk anak-anak yang berakhlak mulia. Arus urbanisasi tidak sewajarnya
disalahkan menghalang ibu bapa mendidik anak-anak daripada terjebak dengan gejala social yang
membawa keruntuhan akhlak.

Antara peranan ibu bapa dalam usaha membentuk anak-anak yang berakhlak mulia ialah, ibu bapa
hendaklah menasihati dan mendidik anak-anak sejak dari akar umbi lagi, seperti kata-kata pepatah
meluntur buluh biar dari rebungnya. Didikan yang sempurna dan diterapkan nilai-nilai murni dan
keagamaan sejak kecil mampu melahirkan anak-anak yang berakhlak mulia dan menghargai jasa-jasa
yang ibu bapa mereka taburkan selama ini.

Kedua, ibu bapa haruslah memberikan kasih saying yang secukupnya kepada anak-anak. Sesungguhnya,
anak-anak sangat dahagakan kasih sayang daripada ibu bapa mereka. Ibu bapa janganlah asyik
mengejar kemewahan hidup atau dengan kata lain, mengejar syurga sehingga anak-anak terabai.
Tegasnya disini, anak-anak yang diabaikan oleh ibu bapa mereka, lebih cenderung untuk terdedah
kepada budaya kuning lalu terjebak kepada pelbagai jenayah dan gejala social yang membawa
keruntuhan institusi kekeluargaan, Ibu bapa yang memberikan kasih sayang kepada anak-anak mereka
adalah satu symbol bahawa mereka sayangkan dan menghargai anak-anak agar menjadi insane yang
cemerlang dan berbakti kepada negara.

Ketiga, ibu bapa mestilah meluangkan masa bersama anak-anak seperti bersama-sama beriadah pada
waktu petang dan berkelah pada hujung minggu. Ibu bapa juga sewajarnya meluangkan masa untuk
bersama anak-anak semasa mereka sedang mengulangkaji pelajaran. Ibu bapa juga haruslah sering
bertanyakan kepada anak-anak mengenai kerja sekolah yang diberikan oleh guru-guru mereka. Sikap
ambil berat terhadap pelajaran anak-anak perlu diterapkan dalam diri ibu bapa agar dapat membentuk
anak-anak yang berakhlak mulia. Oleh hal demikian, anak-anak akan merasakan diri mereka dihargai
dan akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk berjaya dan membalas jasa ibu bapa mereke.

Seterusnya, ibu bapa hendaklah memberi peluang kepada anak-anak untuk memberi sesuatu cadangan
walaupun cadangan tersebut tidak dipersetujui oleh pemikiran ibu bapa. Ibu bapa juga mestilah cuba
untuk memahami masalah yang dihadapi oleh anak-anak. Anak-anak akan lebih berani memberitahu
masalah mereka kepada ibu bapa seandainya ibu bapa dapat memahami dan berbincang untuk
menyelesaikan masalah mereka. Anak-anak yang berkongsi masalah kepada rakan mereka akan
mendatangkan pelbagai impak negative kepada mereka. Oleh hal demikian, ibu bapa bertanggungjawab
untuk lebih berlembut semasa bercakap dengan anak-anak agar mereka sudi memberitahu masalah
mereka kepada ibu bapa. Hal ini dapat mengelakkan anak-anak daipada terjebak dengan gejala social
yang membawa keruntuhan akhlak.

Selain itu, bagi yang beragama Islam, ibu bapa mestilah sering membawa anak-anak ke masjid untuk
sama-sama solat berjemaah. Ibu bapa yang membawa anak-anak menghadiri ceramah agama dan
ceramah ilmu juga adalah salah satu daripada usaha untuk membentuk anak-anak yang berakhlak
mulia. Anak-anak kebiasaannya akan mengikuti tingkahlaku dan perangai ibu bapa. Oleh sebab itu, ibu
bapa wajiblah menunjukkan contoh dan teladan yang baik kepada anak-anak. Sesungguhnya ,
keharmonian sesebuah keluarga bermula dari akhlak dan tingkahlaku yang baik dari semua ahli
keluarga.

Justeru, ibu bapa mestilah berusaha dengan bersungguh-sungguh demi membentuk anak-anak yang
berakhlak mulia walaupun terpaksa mengharungi pelbagai cabaran, seperti kata-kata pepatah berakit-
rakit kehulu, berenang-renang ketepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Ibu bapa
juga tidak seharusnya saling menuding jari jika anak-anak terjebak dengan gejala sosial, tetapi haruslah
bersama-sama bergading bahuuntuk membaiki akhlak dan perangai anak-anak agar menjadi insan yang
berguna kepada keluarga, masyarakat dan Negara. Sesungguhnya, peranan dan kerjasama ibu dan bapa
sangat penting dalam usaha membentuk anak-anak yang berakhlak mulia, seperti kata-kata pepatah
ringan sama dijunjung, berat sama dipikul.


























PERANAN SEKOLAH DALAM MENJAYAKAN HASRAT FALSAFAH
PENDIDIKAN KEBANGSAAN
http://guru-oh-guru.blogspot.com/2011/08/peranan-sekolah-dalam-menjayakan-
hasrat.html
Sekolah merupakan institusi penting untuk merealisasikan matlamat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK), iaitu untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani dan sahsiah terpuji. Sekolah merupakan institusi formal pertama di mana
murid-murid memperoleh ilmu dan kemahiran asas. Sekolah juga adalah tempat pemupukan
minat setiap murid untuk terus mencari ilmu dan selanjutnya memberi sumbangan kepada
khazanah ilmu yang sedia ada. Untuk merealisasikan hasrat FPK, aspek-aspek kepemimpinan,
budaya sekolah, aktiviti ko-kurikulum, peranan guru dan disiplin murid perlu diberi perhatian
dan diaktifkan secara menyeluruh.
Sekolah berperanan dalam menyedia, menyelenggara dan mengurus prasarana
supaya pelajar-pelajar dapat memperolehi pengajaran dan pembelajaran secara licin,
optimum dan selamat. Penyediaan papan tulis, kapur dan pemadam papan tulis
adalah contoh prasarana yanh disediakan oleh sekolah. Selain itu sekolah juga perlu
menyelenggara kemudahan yang telah disediakan seperti perpustakaan dan bilik
media agar sentiasa berkeadaan baik. Pentadbiran yang sempurna dapat mengawal
keadaan sekolah agar lebih terkawal dan berdisiplin
Budaya yang berpusatkan nilai-nilai murni perlu diterapkan di sekolah menerusi
kurikulum formal dan tidak formal. Budaya yang mengandungi idea, norma dan
pemikiran yang postif dan mengembeling modal insan secara bersepadu. Pembudayan
Budaya Membaca Al-Quran, Budaya Berbudi Bahasa dapat dicapai melalui
pelaksanaan aktivti yang berseuaian. Sebagai contoh Budaya Membaca al-Quran
dapat dihidupkan melalui aktiviti seperti Majlis Tadarus al-Quran.
Iklim yang mewarnai alam persekolahan sangat memberi kesan yang besar
dalam pembentukan individu seseorang. Pengaruh sekolah selepas keluarga dalam
pembentukan personality pelajar adalah bersangkut paut dengan kecemerlangan
akademik pelajar. Melalui iklim sekolah yang teratur, terkawal, tenang dan tertib yang
memungkinkan suasan yang kondusif kepada proses pengajaran dan pembelajaran
berkesan dan positif. Hubungan sosial yang baik antara guru, pelajar, warga sekolah
dan masyarakt setempat akan membentuk suatu merupakan menifestasi kepada dasar
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Biasanya organisasi sekolah yang sihat atau sakit akan mewujudkan iklim
persekolahan yang kondusif untuk aktiviti-aktiviti pendidikan. Indeks organisasi sekolah
yang sihat boleh dikenal pasti seperti berikut:
Mempunyai pusat sasaran untuk pencapaian matlamat sekolah
Kesusaian menyebar kebudayaan dan ilmu pengetahuan
Berkongsi kuasa autoriti dalam pengurusan sekolah
Keberkesanan dalam pengurusan sumber
Mempunyai semangat perpaduan di kalangan anggota sekolah
Anggota-anggota sekolah merasa kepuasan serta bercita-cita mengejar
kecemerlangan.
Anggota-anggota sekolah mempunyai kesedaran terhadap keperluan
reformasi pendidikan untuk kemajuan sekolah.
Mempunyai suatu sistem kawalan automatik yang dapat menangani
gangguan dari luar.
Mempunyai daya penyesuaian yang berupaya menghadapi dan menangani
konflik di antara aspirasi sekolah dengan organisasi luar.
Mempunyai organisasi yang baik serta sistem pengurusan yang rapi untuk
menangani konflik dalaman.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan tidak akan dapat dilaksanakan jika tidak ada
pihak yang ingin mainkan peranan masing-masing. Di sekolah setiap individu
memainkan peranan masing-masing untuk melaksanakan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan ini. Antara pihak yang berkaitan ialah:
Guru Besar
Guru Penolong Kanan
Ketua Panitia
Guru Bilik Darjah
Peranan Guru Besar
Edmond (1977), Sweeney (1982), Hussein Mahmood (1993) dan Leithwood dan
Jantzi (1997) menekankan bahawa Guru Besar perlu mempunyai sesitiviti terhadap
bakat dan kemahiran guru-guru, berkongsi matlamat dan membuat keputusan,
memberi latihan pembangunan profesionalisme kepada guru-guru dan interaksi yang
tinggi terhadap guru-guru. Maksudnya di sini, Guru Besar berperanan penting dalam
meningkatkan tahap profesionalisme seseorang guru untuk mencapai objektif
sekolah yang dengan lebih efektif dan sistematik.
Guru Besar bukan sahaja merancang segala aktiviti dan program di sekolah,
namun perlu turut sama terlibat dengan perlaksanaan aktiviti-aktiviti yang dirancang
di sekolah. Guru Besar yang cemerlang akan sentiasa memberikan sokongan dan
galakan kepada guru-guru untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih baik
dan menarik minat murid-murid untuk belajar. Beliau bukan sahaja pandai memberi
arahan, namun perlu turut serta terlibat dengan program-program serta perlaksanaan
yang dijalankan di sekolah. Penglibatan secara langsung Guru Besar dengan
organisasi sekolah amat penting dalam mewujudkan suasana dan iklim sekolah yang
harmonis dan damai selaras dengan kehendak FPK.



Selain itu, Guru Besar juga dijadikan tempat rujukan organisasi sekolah. Jika
terdapat kakitangan sekolah yang menghadapi masalah, guru besar perlu peka dan
prihatin terhadap mereka. Seorang pemimpin yang baik akan dapat memahami
kesulitan yang dialami oleh kakitangannya. Beliau perlu meringankan tangan dan
bersedia untuk menolong kakitangannya yang mempunyai masalah tersebut. Sifat
empati yang tinggi perlu ada di dalam diri seorang pemimpin agar sentiasa dihormati
dan disenangi oleh semua pihak sekolah. Jika kita berbuat baik kepada orang lain,
orang lain akan senang memberikan pertolongan kepada kita kelak dan begitulah
sebaliknya.
Pemimpin yang tidak mengendahkan keadaan staf-stafnya akan
menyebabkan banyak berlaku implikasi negetif. Contohnya, guru tidak akan
memberikan kerjasama yang baik kepada Guru Besar jika Guru Besar meminta
pertolongan dari guru tersebut. Oleh itu, Guru Besar yang baik dan dihormati oleh
semua warga sekolah termasuk murid-murid perlulah mempunyai keterampilan yang
baik dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dalam menguruskan
pentadbiran sekolah
Guru Penolong Kanan
Guru Penolong Kanan (GPK)juga memainkan peranan yang penting di
sesebuah sekolah. Terdapat 3 jenis guru Penolong Kanan di setiap sekolah iaitu
GPK 1, GPK Kokurikulum dan GPK HEM. Tugas-tugas GPK ini adalah untuk
melicinkan segala pengurusan dan pentadbiran di sekolah. Mereka
bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam hal pentadbiran, kurikulum,
pengurusan guru dan kakitangan bukan guru.
Guru Penolong Kanan 1 (GPK 1) merupakan orang yang paling hampir
dengan guru besar. Beliau akan menggantikan guru besar ketika ketiadaannya.
Segala urusan berkaitan dengan jadual waktu dan guru terletak di bawah tugas
GPK 1. Apabila terdapat guru yang tidak hadir maklumat perlu disampaikan kepada
GPK 1 dan beliau akan mencari guru ganti mengisi kekosongan kelas. GPK 1
merupakan orang kedua selepas guru besar dan perlu sama-sama memastikan
kelancaran pentadbiran sekolah. Segala masalah berkaitan dengan guru, GPK 1
akan menyelesaikannya. Ini kerana semua masalah guru terletak di bawah
tanggungjawab GPK 1. jadual waktu yang disediakan hendaklah selaras dan tiada
berlaku pertindihan waktu antara guru. Struktur organisasi sekolah juga berada di
bawah kawalan GPK 1 ini. Kesimpulannya,GPK 1 ini memainkan peranan penting
dalam membantu guru besar untuk melaksanakan Falsafah Pendidikan Kebanfsaan
dengan jayanya.
Guru Penolong Kanan Kokurikulum (GPK Ko) merupakan orang yang
bertanggungjawab dalam bidang kokurikulum di sesebuah sekolah. Kurikulum
merupakan satu rancangan pendidikan yang terkandung di dalamnya segala ilmu
pengetahuan serta kemahiran, nilai dan norma, unsur kebudayaan dan kepercayaan
yang telah menjadi pilihan masyarakat untuk diperturunkan kepada ahlinya. GPK Ko
mempunyai dua bidang iaitu kurikulum dan kokurikulum. Dari segi kurikulum beliau
bertanggungjawab dalam pembelajaran yang berlaku di sekolah. Beliau
menyelaraskan sistem pembelajaran supaya menepati kehendak dan matlamat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dari segi kokurikulum pula beliau melaksanakan
sukan dan persatuan di dalam sekolah. Ini bertepatan dengan kehendak Falsafah
Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan insan yang seimbang dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani. Pelajar di sekolah bukan sahaja pandai dari segi
pelajaran tetapi pandai dari segi sukan dan persatuan. Guru Penolong Kanan Ko
yang bertanggungjawab untuk melaksanakan hasrat Falsafah ini.



Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM) merupakan guru yang
bertanggungjawab dalam hal kebajikan dan masalah palajar di sekolah. Jika
terdapat pelajar yang sakit, PK HEM yang bertanggungjawab untuk memaklumkan
kepada ibu bapa pelajar tersebut. Rancangan Makanan Tambahan (RMT) juga
berada di bawah kawalan guru ini. Pelajar yang kurang bernasib baik akan diberikan
bantuan RMT dan guru inilah yang bertanggungjawab mengenalpasti pelajar yang
kurang bernasib baik itu. Selain itu, PK HEM juga bertanggungjawab mengenalpasti
murid-murid yang cemerlang namun dalam golongan miskin untuk diberi biasiswa.
Pemberian biasiswa kecil kerajaan ini adalah bertujuan untuk mengurangkan beban
keluarga murid tersebut. Murid-murid yang mempunyai masalah Masalah disiplin
juga terletak di bawah kawalan guru ini. Jika berlaku pergaduhan pelajar tersebut
akan dipanggil oleh guru ini untuk diberikan sedikit teguran dan ibu bapa akan
dipanggil bagi sama-sama menyelesaikan masalah. Guru ini bertanggungjawab
untuk membanteras masalah disiplin di sekolah dan mengambil berat kebajikan
pelajar supaya pelajar yang keluar dari sekolah nanti akan seimbang dirinya.



Kesimpulannya, Guru Penolong Kanan ini adalah pendokong kepada
kelancaran perlaksanaan pengurusan dan pentadbiran sekolah. GPK bukan sahaja
untuk melicinkan pentadbiran sekolah tetapi turut merupakan penasihat kepada
Guru Besar. Guru Besar dapat meminta pertolongan dan pandangan dari GPK agar
segala pengurusan yang dijalankan itu selaras dengan matlamat FPK yang ingin
melahirkan warganegara yang menyeluruh dan seimbang dari pelbagai aspek
Ketua Panitia
Guru yang dilantik menjadi ketua panitia kebiasaannya dipilih berdasarkan
kecemerlangannya dalam mata pelajaran tertentu. Setiap mata pelajaran
mempunyai seorang ketua panitia masing-masing. Sebagai contoh panitia Bahasa
Melayu akan diketuai oleh seorang ketua iaitu ketua panitia bahasa Melayu. Namun
terdapat mata pelajaran yang tidak mempunyai ketua panitia iaitu mata pelajaran
prasekolah, J-Qaf dan pendidikan khas.
Ketua panitia bertanggungjawab untuk memastikan kecemerlangan panitia
yang diketuainya. Menyediakan rancangan mengajar bagi panitia dan setiap guru
akan merujuk kepada rancangan mengajar tersebut. Rancangan mengajar yang
disediakan hendaklah selaras di semua sekolah demi untuk mencapai matlamat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ketua panitia merancang untuk meningkatkan
kecemerlangan pelajar dalam bidang yang diuruskannya. Maksudnya jika panitia
matematik maka ketua panitia matematik merancang satu kem untuk meningkatkan
kecemerlangan dalam matematik. Ketua panitia ini memainkan peranan yang besar
untuk memajukan subjek-subjek di sekolah bagi mencapai matlamat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.



Jika seseorang guru mempunyai masalah berhubung dengan kurikulum dan
pengajaran, mereka perlu berjumpa dengan ketua panitia masing -masing sebelum
dirujuk kepada Guru Besar atau Guru-guru Penolong Kanan sekolah. Jadi ketua
panitia hendaklah sentiasa peka terhadap keperluan guru-guru di bawah
naungannya. Jadi, peranan ketua panitia ini amat penting dalam memperbaiki
kelemahan pengajaran selain dapat meningkatkan prestasi dan mutu semasa proses
pengajaran dan pembelajaran yang selaras dengan hasrat FPK yang ingin
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan serta berkeupayaan memberi
sumbangan kepada kemajuan negara.
Guru Bilik Darjah
Guru bilik darjah memainkan peranan yang amat penting dalam
keseimbangan murid-murid di sekolah. Tugas guru bukan sahaja untuk mengajar
semata-mata namun mereka telah diberikan tugas untuk menjaga dan memegang
kelas yang terdapat di sekolah. Guru kelas bertindak menggantikan bapa atau ibu
ketika murid-murid di sekolah. Setiap masalah pelajar guru harus mengetahui supaya
tidak mengganggu sesi pembelajaran. Kehadiran pelajar guru harus mengambil
berat dan menanyakan sebab jika tidak hadir ke sekolah. Setiap masalah yang
berlaku guru kelas harus menyelesaikannya supaya pelajar minat untuk hadir di
sekolah. Guru bilik darjah juga bertanggungjawab untuk menghias kelas masing-
masing kerana terdapat program keceriaan yang dijalankan di sekolah. Penyusunan
organisasi di dalam kelas dan jadual bertugas juga dilakukan oleh guru bilik darjah.
Bilik darjah yang ceria dan menarik dapat menarik minat murid-murid untuk datang
ke sekolah.



Guru bilik darjah juga perlu membimbing murid-murid mereka cara belajar yang
baik. Sebagai contoh, guru perlu memberi sokongan dan dorongan yang tinggi
kepada murid kelas mereka supaya rajin belajar agar mendapat keputusan yang
cemerlang. Guru bilik darjah yang baik bertanggungjawab dalam mendisiplinkan
murid-murid di dalam kelasnya. Nasihat yang diberikan haruslah dapat membina
keyakinan mereka untuk belajar dan mengamalkan nilai-nilai murni. Kata-kata
nasihat yang baik dapat membentuk peribadi dan sahsiah murid-murid agar sejajar
dengan nilai dan norma dalam masyarakat pada hari ini.
Tuntasnya, guru bilik darjah ini merupakan tempat bergantung murid-murid ketika
di sekolah. Hal ini kerana, guru bilik darjahlah merupakan orang yang paling rapat
dengan murid-murid .Oleh itu, peranan guru bilk darjah amat penting dalam
melahirkan murid-murid yang seimbang dan berpekerti mulia.