Laporan Ceramah Peranan dan Fungsi Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Pusat Kegiatan Guru (PKG)
Pada 7 Mac 2014 yang lepas, para guru pelatih PISMP ambilan Januari 2012 telah menyertai ceramah fungsi dan peranan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Pusat Kegiatan Guru (PKG), bagi melengkapkan tuntutan program Bina Insan Guru (BIG). Program ini melibatkan semua kumpulan ambilan Januari 2012. Para guru pelatih telah bersedia di Dewan Kuliah A untuk memulakan ceramah pada pukul 2.00 petang. Ceramah dimulakan dengan bacaan doa dan nyanyian lagu kebangsaan dan lagu rasmi IPGM Kampus Batu Lintang. Kami telah ditemani oleh mentor kumpulan, Cik Fraulein Lipun Angking dan mentor-mentor daripada kumpulan lain. Ceramah tersebut mengambil masa 2 jam setengah. Program ini dilaksanakan bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar- pelajar mengenai fungsi dan tanggungjawab PPD dan pusat kegiatan guru yang menjadi pegangan seorang pendidik dalam menjalankan tugas seharian. Di samping itu, meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar berkaitan domain kandungan kurikulum Bina Insan Guru (BIG) serta membina kualiti peribadi guru yang mulia sejajar dengan peranan guru sebagai pendidik dan agen perubahan masyarakat. Ceramah ini juga untuk meningkatkan tanggungjawab guru dalam memberi perkhidmatan yang berkualiti dalam menjayakan dasar-dasar serta wawasan 201006225 Bina Insan Guru Semester 5 IPGM Kampus Batu Lintang
pendidikan dan memberi kesedaran kepada guru-guru pelatih tentang pentingnya hubungan guru dengan PPD serta pusat kegiatan guru. Ceramah dimulakan dengan pembentangan tentang fungsi dan peranan PPD di seluruh Malaysia. Kami telah didedahkan dengan cara bagaimana PPD mampu membantu para guru dalam melaksanakan tugas-tugas sebagai guru. Di samping itu juga beliau turut berkongsi beberapa pengalaman bekerja dalam PPD Samarahan di mana beliau turut memberi inspirasi dan keyakinan kepada bakal-bakal guru. Beliau menjelaskan lebih lanjut lagi tentang unit-unit di dalam PPD dan fungsinya. Tambahan pula, beliau turut berkongsi langkah-langkah atau prosedur untuk berhubung dengan unit-unit berkenaan, seperti; 1. Pengurusan Kakitangan dan Organisasi 2. Pengurusan Kurikulum dan Ko-Kurikulum 3. Pengurusan Kewangan, Keselamatan, Kemudahan dan Sumber. 4. Pengurusan Kebajikan Pelajar 5. Pengurusan Pembangunan Dalaman Dan Luaran Seterusnya, kami didedahkan dengan fungsi Pusat Kegiatan Guru. Kami dimaklumkan bahawa sebagai guru, kami harus aktif berhubung dengan pihak Pusat Kegiatan Guru dalam menjalankan tugas-tugas sebagai seorang guru seperti membuat bahan bantu mengajar dan membuat rancangan pengajaran harian (RPH). Pihak PKG bertanggungjawab dalam memastikan bidang kerja seorang guru dilaksanakan dengan efisien. Ini memberi sedikit sebanyak keyakinan kepada bakal- bakal guru untuk melangkah ke alam perguruan. Antara fungsi dan peranan PKG yang dibentangkan adalah; 201006225 Bina Insan Guru Semester 5 IPGM Kampus Batu Lintang
1. Memantau, menyelaras, menilai & memberi khidmat bantu PSS & program gerakan membaca di sekolah 2. Memantau, menyelaras, menilai & memberi khidmat bantu pelaksanaan program ICT di sekolah. 3. Memberi perkhidmatan meja bantuan aras 3 (perkakasan & perisian) 4. Mengumpul data asas teknologi pendidikan bagi tujuan penilaian & pelaksanaan dasar teknologi pendidikan. 5. Menyediakan bahan sumber pendidikan dalam pelbagai media. Selepas selesai sesi ceramah, kami diberi peluang untuk sesi soal jawab untuk mengurai segala kekusutan dan kegelisahan dalam hati. Hal ini sedikit sebanyak menjawab segala persoalan dan meningkatkan keyakinan diri bakal guru pada masa depan. Kesimpulannya, para guru pelatih mampu bertindak lebih kreatif dan bermotivasi dalam melaksanakan tugas-tugas pengajaran untuk menentukan hala tuju sekolah dan mengerti lebih baik tentang PPD dan PKG yang bakal membantu para guru dengan penuh bertanggungjawab. Oleh itu, kecekapan guru untuk melaksanakan tugas adalah lebih terjamin.
Disediakan oleh, .................................. (CLARA PEREMY DANIEL) PISMP TESL 1 JAN 2012 201006225 Bina Insan Guru Semester 5 IPGM Kampus Batu Lintang
IPGM KAMPUS BATU LINTANG 201006225 Bina Insan Guru Semester 5 IPGM Kampus Batu Lintang
Penilaian Kendiri Keseluruhan proses penanda aras dalam program BIG untuk semester kelima ini banyak membantu dalam cara penilaian diri saya sendiri. Dengan mengetahui potensi diri sendiri dan usaha memajukan diri, saya mampu melihat bagaimana program ini mampu membentuk sahsiah diri sebagai seorang guru dan seterusnya mengetahui kredibiliti seorang guru. Ceramah fungsi dan peranan PPD dan PKG mungkin dilihat tidak mencabar dan dianggap sekadar ceramah sahaja memandangkan aktivitinya tidak padat serta mencabar. Namun begitu, selepas melalui proses ini, kesedaran sebagai seorang pendidik telah memberi peluang untuk saya melihat diri sendiri sebagai seorang bakal guru yang mampu menjadi role model bukan sahaja kepada generasi baru, namun semua lapisan masyarakat. Saya telah mempelajari dengan lebih mendalam tentang bagaimana tanggungjawab seorang guru pendapat sokongan dari pihak PPD dan PKG. Ilmu yang telah yang saya perolehi telah mengembangkan pandangan saya dalam skop bidang tugas guru. Pertama sekali saya mampu mempelajari bahawa PPD dan PKG memainkan peranan penting sebagai tonggak kejayaan dalam membantu seorang pendidik dalam menjalankan tugas harian. Melalui kesedaran ini, saya melihat diri saya sebagai agen penggerak dan kerja-kerja yang dilaksanakan haruslah berpandukan PKG dan PPD. Kedua-dua badan ini ini membantu guru-guru dalam menjalankan tanggungjawab seorang guru di mana mereka akan sedaya upaya membantu meringkan beban guru dan bertanggungjawab sebagai fasilitator yang sentiasa menyokong apa-apa usaha guru yang menjurus kepada kecemerlangan para pelajar. Oleh itu, pada masa hadapan, saya akan berusaha membina kerjasama yang baik 201006225 Bina Insan Guru Semester 5 IPGM Kampus Batu Lintang
dengan PKG dan PPD bukan sahaja demi kebaikan saya sebagai seorang guru malah demi meningkatkan mutu pendidikan negara kita selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Seterusnya, saya mampu menimba ilmu dalam membentuk sahsiah seorang guru yang berkualiti. Saya mengerti lebih lagi tentang perhubungan guru dengan badan-badan dalam Kementerian Pendidikan. Sebelum ini, saya tidak mengetahui fungsi sebenar PPD dan PKG dan beranggapan bahawa mereka hanya memantau pergerakan dan prestasi guru. Namun begitu, mereka turut berperanan seperti penyokong sebarang usaha-usaha guru dalam pengajaran. Saya turut kagum dengan cara pengurusan PPD di mana setiap PPD mempunyai unit yang tersendiri untuk menyelesaikan segala permasalahan yang dihadapi dan sebagai panduan kepada guru-guru. Sistem yang efisien dan sistematik ini akan memudahkan guru- guru untuk melaksanakan pengajaran di dalam dan di luar bilik darjah. Contohnya, merancang keperluan guru sekolah rendah dan mengagih guru-guru mengikut keperluan sekolah, merancang dan melaksanakan program ikhtisas bagi meningkatkan kecekapan, keupayaan dan kemahiran Guru Besar, guru-guru dan juga bagi meningkatkan prestasi akademik pelajar. Usaha-usaha seperti ini adalah penting untuk meningkatkan mutu sekolah-sekolah kerana para guru berada dalam laluan yang betul seperti yang termaktub dalam 9 tonggak pelajaran. Hal ini juga amat memudahkan kerja para guru kerana adanya panduan daripada pihak PPD dan PKG. Tambahan pula, saya berpendapat bahawa dengan pendedahan seperti ini, saya berasa lebih yakin untuk melangkah ke alam perguruan. Dalam melahirkan para guru yang berketrampilan dan professional dalam bidang keguruan, ini adalah 201006225 Bina Insan Guru Semester 5 IPGM Kampus Batu Lintang
antara usaha pihak kerajaan untuk membangunkan sistem pendidikan guru yang bertaraf dunia dari segi kualiti bagi memenuhi aspirasi negara. Hal ini mungkin mengambil masa, namun sebagai seorang guru yang memikul tanggungjawab untuk mendidik anak bangsa, saya dan para bakal guru yang lain harus mengambil serius akan fungsi dan peranan pihak PPD dan PKG ini. Menyedari betapa peri pentingnya tanggungjawab sebagai seorang guru, maka saya sebagai seorang bakal guru tidak boleh mengabaikan tanggungjawab sebagai agen sosial terhadap pelajar, ibu bapa, masyarakat dan negara, rakan sejawat dan profesion keguruan. Melalui ceramah ini, secara tidak langsung saya menyedari bahawa betapa besarnya tanggungjawab saya dalam bidang pendidikan. Bidang tugas saya bukan terhad pada bilik darjah, melalui pendedahan pihak PPD yang turut bertanggungjawab dalam penggerak masyarakat, saya sedar bahawa sebagai seorang guru kelak, tugas dan kewajipan guru tidak terhad di dalam bilik darjah sahaja. Di samping menjalankan tugas di bilik darjah, seseorang guru hendaklah bekerjasama dengan rakan sejawatnya, kerana kemajuan pelajaran dan pendidikan murid-murid di sekolah bergantung kepada kerjasama dan muafakat di antara semua golongan guru di sekolah itu. Di samping itu imej guru akan dapat dipertingkatkan sekiranya guru sentiasa melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan masyarakat seperti menyertai aktiviti pergerakan belia dan sukan, badan kebajikan, kebudayaan dan sebagainya. Hal ini dalam tanggungjawab pihak PPD seperti mewujudkan hubungan yang erat dengan pemimpin masyarakat dan pertubuhan-pertubuhan tempatan dan memberi kerjasama kepada usaha-usaha yang memberi faedah kepada pendidikan dan masyarakat. 201006225 Bina Insan Guru Semester 5 IPGM Kampus Batu Lintang
Di samping itu, saya menilai diri dari segi kepimpinan. Saya telah menyedari bahawa, guru merupakan pemimpin kecil dalam sesuatu masyarakat dan komuniti. Oleh itu wujudnya PPD dan PKG. PPD dan PKG merangka semua usaha untuk menjadikan guru sebagai pemimpin yang lebih baik yang menjurus kepada peluang untuk dinobatkan sebagai Guru Cemerlang. Guru tidak terlepas daripada memikul tanggungjawab sebagai seorang pemimpin sama ada kepimpinan tertinggi di sekolah sebagai seorang guru besar atau pengetua ataupun sebagai ketua panitia, persatuan dan sebagainya. Sebagai seorang pemimpin dan pengurus pendidikan, saya menyedari bahawa saya perlu memiliki sifat dan kualiti seorang pemimpin, seperti mempunyai ilmu yang luas serta kemahiran dan ketrampilan dalam bidang pengurusan, memiliki sahsiah dan akhlak yang murni berlandaskan kepada dasar Kepimpinan Melalui Teladan (1983) dan Dasar Bersih, Cekap dan Amanah (1985) dan sifat keberanian yang berasaskan kepada pertimbangan teliti dan tindakan rasional. Di samping itu, saya harus mempunyai sifat keyakinan diri dan tegas serta tidak merasa takut atau terancam terhadap pandangan, idea dan saranan yang dikemukakan oleh anggota-anggota sekolah dan yang paling penting ialah saya harus mempunyai sifat ikhlas dan jujur dalam melaksanakan tugas sebagai pemimpin pendidikan. Kualiti dan sifat seseorang pemimpin pendidikan yang tersebut di atas adalah penting untuk menjayakan Matlamat Falsafah Pendidikan Negara dan juga Wawasan 2020. Akhir sekali, saya mampu melihat diri saya dalam menuntut ilmu baru. Pendedahan tentang peranan PPD dan PKG memberi inspirasi kepada saya untuk bersifat lebih ingin tahu tentang sesuatu. Hal ini kerana, melalui peranan PPD dan PKG, mereka menyokong para guru untuk menimba ilmu dan memperkembangkan 201006225 Bina Insan Guru Semester 5 IPGM Kampus Batu Lintang
idea guru-guru dalam mengajar. Saya harus sentiasa berusaha menambah pengetahuan. Guru yang berkualiti harus selalu menambah, mempelajari dan menyesuaikan diri yang sering berubah-ubah sama ada daripada kurikulum mahupun kaedah mengajar demi kepentingan pekerjaannya sebagai seorang guru yang bersifat profesional. Kesimpulannya, saya mampu menilai diri sendiri, lebih beraspirasi dan bermotivasi, seterusnya memperbaiki diri untuk menjadi seorang guru yang sentiasa bersedia menghadapi apa-apa cabaran kelak. Saya harus sentiasa beringat-ingat agar sentiasa melihat sifat saya dari aspek yang positif. Penilaian kendiri tidak bermaksud melihat cacat cela pada seseorang namun dilihat sebagai usaha memajukan diri sendiri. 201006225 Bina Insan Guru Semester 5 IPGM Kampus Batu Lintang
Refleksi (SWOT) Dalam memantapkan profesion keguruan ini sejajar dengan aspirasi negara untuk membina sebuah negara bangsa Malaysia, para guru seharusnya mempunyai persediaan yang komprehensif baik dari segi fizikal dan mental. Ini dapat dilihat dalam tiga aspek iaitu persiapan diri sebelum proses pengajaran dan pembelajaran, pendekatan pengajaran yang dilakukan terhadap para pelajarnya dan teknik pengajaran kearah penerapan elemen pembinaan negara bangsa. Persediaan ini dimantapkan lagi dengan pendedahan kepada fungsi dan peranan PPD dan PKG kepada bakal-bakal guru di Malaysia. Melalui program ini, saya telah menyedari kekuatan (strength) program ini adalah ia telah memberi peluang kepada para guru pelatih untuk melihat dan menimba ilmu tentang cara pentadbiran dan pengurusan di PPD dan PKG. Cara pentadbiran dan pengurusan ini memberi motivasi kepada kami untuk bersikap lebih serius dan bertanggungjawab dalam bidang keguruan. Ini merupakan pengalaman yang berguna kerana kami tidak mengetahui dengan lebih lanjut akan fungsi dan peranan PPD dan PKG yang bakal berhubung rapat dengan kami dalam menjalankan tugas-tugas sebagai guru kelak. Pengetahuan baru ini sedikit sebanyak memberi keyakinan kepada kami. Malah apa-apa yang bakal dihadapi oleh seorang guru turut dibentangkan dan ini memberi peluang kepada bakal guru untuk lebih bersedia pada masa depan. Di samping itu, program ini secara tidak langsungnya memberi idea-idea yang bernas kepada guru pelatih untuk mendidik secara kreatif selari dengan peredaran zaman moden ini. Hal ini kerana, terutamanya pihak Pusat Kegiatan Guru (PKG) 201006225 Bina Insan Guru Semester 5 IPGM Kampus Batu Lintang
menyokong apa-apa usaha kreatif guru-guru dalam mengajar. Bahan-bahan bantu mengajar yang selari dengan perkembangan dunia moden akan menarik minat plejar untuk belajar di dalam kelas. Memandangkan generasi muda masa kini mempunyai persekitaran teknologi maklumat, guru-guru haruslah lebih kreatif dan mencabar dalam pengajaran. Maka, program ini sedikit sebanyak membantu guru pelatih untuk berfikir bagaimana memberi sokongan padu dalam pembelajaran para pelajar dengan adanya bantuan daripada pihak PKG. Seterusnya, para guru pelatih juga mampu menimba pengetahuan tentang kepentingan fasiliti dan kemudahan yang disediakan dalam membantu pembelajaran. Contohnya, pihak PPD amat prihatin akan persekitaran sekolah yang kondusif melalui unit Pengurusan Kewangan, Keselamatan, Kemudahan dan Sumber dan unit Pengurusan Kebajikan Pelajar yang turut mengambil berat tentang kebajikan para pelajar. Dengan pendedahan terhadap bidang tugas setiap unit ini, para guru pelatih akan lebih peka terhadap persekitaran pembelajaran samada dari segi persekitaran fizikal dan psikososial dalam mempengaruhi pembelajaran dan pengajaran. Bakal guru boleh merujuk kepada PPD dengan mudah jika mengalami permasalahan atau kekangan dari aspek ini. Maka, ia tidak akan menjejaskan prestasi pengajaran. Sepanjang program Bina Insan Guru ini dilaksanakan, saya dapati terdapat kekuatan dalam program penanda aras ini. Pertama, sepanjang proses BIG dari proses pemilihan dan penubuhan jawatankuasa, pembahagian tugasan antara rakan sekelas, mesyuarat lanjut tentang program BIG dan hingga ke pelaksanaan aktiviti- aktiviti kami sentiasa bekerjasama seperti aur dengan tebing antara kelas-kelas lain. Sifat beginilah yang harus dipratikkan oleh seorang bakal guru kelak. Saya 201006225 Bina Insan Guru Semester 5 IPGM Kampus Batu Lintang
haruslah sentiasa bersedia dalam apa jua bidang tugas sebagai seorang guru dan saling bantu-membantu dalam usaha menjadikan sesuatu program berjaya dilaksanakan dengan lancar agar objektifnya tercapai. Selain itu, melalui program ini, saya mempelajari tentang kelemahan (weaknesses) yang terdapat dalam program ini. Kelemahan program ini adalah kurang menarik dari segi kandungannya. Apa yang boleh dilakukan untuk menambahbaikan program ini adalah dengan berkongsi lebih banyak pengalaman atau kisah dalam pengurusan sekolah agar mampu dijadikan pedoman kepada bakal-bakal guru. Dengan perkongsian maklumat di luar pengetahuan am, pendedahan maklumat peranan dan fungsi PPD dan PKG akan lebih bermakna dan menarik. Di samping itu, saya mendapati kami mempunyai banyak peluang (opportunity) melalui program ini. Antaranya ialah, guru pelatih mampu bekerjasama dalam suasana yang agak berbeza. Tambahan pula para guru pelatih berpeluang untuk mengetahui lebih lanjut tentang tanggungjawab yang bakal dipikul pada masa hadapan. Ini juga sedikit sebanyak memberi peluang kepada kami untuk lebih bersedia secara fizikal dan mental dalam membina jaring perhubungan dengan PPD dan PKG yang bakal menjadi keluarga sebaik sahaja kami melangkah ke alam perguruan. Melalui ceramah ini juga, kami berpeluang untuk memajukan diri dari segi sahsiah seorang guru. Seterusnya, saya berpendapat bahawa ceramah ini banyak memberi input dan dilakukan dalam persekitaran yang selamat dan tidak mengundang apa-apa ancaman (treat). Intipati maklumat yang disampaikan tidak mengancam mana-mana 201006225 Bina Insan Guru Semester 5 IPGM Kampus Batu Lintang
pihak, malah disampaikan secara telus dan cekap. Dari sudut fizikal persekitaran, Dewan Kuliah A merupakan tempat yang kondusif dengan adanya pencahayaan yang baik dan penghawa dingin. Konsentrasi para guru pelatih tidak terganggu. Oleh itu, ceramah ini amat memberi pengetahuan yang bermakna kepada para guru pelatih. Kesimpulannya, hasil daripada pemerhatian dan pengalaman yang dilalui sepanjang proses ini ialah kita harus mempunyai perancangan yang rapi bermula dengan peringkat penubuhan jawatankuasa sehinggalah kepada mesyuarat post mortem supaya prgram yang dilaksanakan berjaya dan mampu menarik perhatian. Selain itu, seorang bakal guru perlu lebih peka dan aktif dalam menerima peluang yang ada untuk tujuan pembelajaran.
201006225 Bina Insan Guru Semester 5 IPGM Kampus Batu Lintang
LAMPIRAN
1. Sesi taklimat ringkas. 2. Guru-guru SMK Green Road bersedia membuat pembentangan.
3. Ucapan ringkas dari Cik Fraulein. 4. Ucapan alu-aluan oleh wakil pengetua SMK Green Road.
5. Sesi soal jawab. 6. Pemberian cenderamata. 201006225 Bina Insan Guru Semester 5 IPGM Kampus Batu Lintang