Anda di halaman 1dari 72

MASTIKA HADITH

Muqaddimah

Bab: 1 

Tajuk: SEBENAR-BENAR PERKATAAN DAN SEBAIK-BAIK JALAN PIMPINAN

Firman Allah Taala, maksudnya: " .. Dan siapakah yang lebih benar perkataannya daripada Allah? " (87, An-Nisa').

"Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu kitab suci Al-Qur'an" (23, Al-Zumar).

" .. Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tetap memimpin ke jalan yang lurus." (52, Al-Syura).

"Dialah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad) dengan membawa hidayat pertunjuk dan agama yang
benar (Agama Islam) (28, Al-Fath).

Hadis Pertama

َ َ‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم إِ َذا َخط‬


‫ب‬ ‫صلﱠى ﱠ‬ َ ِ‫ﷲ‬ ‫ان َرسُو ُل ﱠ‬ َ ‫ﷲِ قَا َل َك‬ ‫ َع ْن َجابِ ِر ب ِْن َع ْب ِد ﱠ‬-1
َ ‫ش يَقُو ُل‬
‫صبﱠ َح ُك ْم‬ ٍ ‫ضبُهُ َحتﱠى َكأَنﱠهُ ُم ْن ِذ ُر َج ْي‬ َ ‫ص ْوتُهُ َوا ْشتَ ﱠد َغ‬ َ ‫ﱠت َع ْينَاهُ َو َع َال‬ ْ ‫احْ َمر‬
‫ت أَنَا َوالسﱠا َعةُ َكھَاتَي ِْن َويَ ْقر ُُن بَي َْن إِصْ بَ َع ْي ِه ال ﱠسبﱠابَ ِة َو ْال ُو ْسطَى‬ ُ ‫َو َمسﱠا ُك ْم َويَقُو ُل بُ ِع ْث‬
ُ
ِ ‫ﷲِ َو َخ ْي ُر ْالھُ َدى ھُ َدى ُم َح ﱠم ٍد َو َشرﱡ ْاأل ُم‬
‫ور‬ ‫ث ِكتَابُ ﱠ‬ ِ ‫َويَقُو ُل أَ ﱠما بَ ْع ُد فَإِ ﱠن َخ ْي َر ْال َح ِدي‬
‫ك َم ًاال‬ َ ‫ض َاللَةٌ ثُ ﱠم يَقُو ُل أَنَا أَ ْولَى بِ ُكلﱢ ُم ْؤ ِم ٍن ِم ْن نَ ْف ِس ِه َم ْن تَ َر‬ َ ‫ُمحْ َدثَاتُھَا َو ُكلﱡ بِ ْد َع ٍة‬
(‫ )مسلم وغيره‬.‫ي‬ ‫ي َو َعلَ ﱠ‬ َ ‫ك َد ْينًا أَ ْو‬
‫ضيَا ًعا فَإِلَ ﱠ‬ َ ‫فَ ِألَ ْھلِ ِه َو َم ْن تَ َر‬

1- Dari Jabir bin Abdullah r.a., katanya: Pernah Rasulullah s.a.w apabila berpidato merah menyala matanya, lantang
suaranya dan bersangatan marahnya, sehingga seolah-olah Baginda seorang pemberi amaran yang menyatakan
kepada angkatan tentera (tentang kedatangan musuh) dengan katanya: Bahawa musuh akan datang menyerang kamu
pada pagi-pagi hari dan (mungkin) pada waktu petang!; serta Baginda bersabda: "(Masa) aku diutuskan dan
masa berlakunya qiamat seperti dua jari ini," lalu Baginda menyatukan kedua jari tangannya - jari telunjuk dan jari
tengah, serta baginda bersabda lagi: "(Ketahuilah) selain dari itu, maka sebenar-benar perkataan ialah
kitab Allah dan sebaik-baik jalan pimpinan ialah jalan pimpinan Muhammad (s.a.w) dan (sebaliknya) sejahat-jahat
perkara ialah perkara-perkara baharu (yang) diada-adakan dalam agama), sedang tiap-tiap perkara baharu (yang
diada-adakan dalam agama) itu adalah bid'ah dan tiap-tiap bid'ah itu sesat". Kemudian Baginda bersabda lagi: "Aku
adalah berhak menolong tiap-tiap seorang mukmin lebih daripada ia menolong dirinya sendiri, - sesiapa yang
meninggalkan harta benda maka itu adalah untuk waris-warisnya dan sesiapa yang meninggalkan hutang atau orang
yang kehilangan tempat bergantung maka terserahlah kepadaku menjaganya atau akulah yang menanggung
hutangnya".

(Muslim dan Lain-lainnya).


Hadis yang pertama ini mengandungi tentang:

(1) Gaya Rasulullah s.a.w semasa berpidato.

(2) Masa baginda diutus oleh Allah Taala dan saat berlakunya qiamat.

(3) Kitab Allah ialah sebenar-benar perkataan dan jalan pimpinan Rasulullah s.a.w ialah sebaik-baik jalan
pimpinan.

(4) Perkara-perkara baharu yang diada-adakan dalam agama adalah seburuk-buruk perkara.

(5) Keadaan Rasulullah s.a.w dengan orang-orang mukmin.

Hurainnya:

Pertama - Gaya Rasulullah s.a.w semasa berpidato:

Tabligh (tugas menyampaikan perintah-perintah agama) adalah tujuan pokok dari perutusan Rasulullah s.a.w,
manakala pidato adalah salah satu cara bagi Baginda menjalankan tugas tabligh. Dengan jalan pidato, Rasulullah
s.a.w menyampaikan perkara-perkara yang mesti disampaikan dari perkara-perkara yang sekecil-kecilnya hingga
kepada yang sebesar-besarnya, apakala keadaan menghendakinya.

Semasa berpidato, tergambar pada anggota-anggota lahir Baginda kesungguhan hatinya mengenai apa yang hendak
disampaikannya melalui pidatonya itu, lebih-lebih lagi pada perkara-perkara yang hebat, seperti berlakunya qiamat.
Baginda melafazkannya dengan suara yang lantang, merah matanya, dengan rupa marah nampaknya, seperti
keadaan seorang panglima memerintah tentera, memberi amaran tentang serangan musuh, yang akan datang
menyerbu entah pada waktu pagi dan petang.

Keadaan yang demikian adalah sangat mustahak untuk menarik perhatian dari seluruh ahli satu-satu rapat umum,
kerana segala gerakan dan keadaan air muka pemberi pidato itu besar kesannya kepada mereka.

Kedua - Masa Baginda diutus dan saat berlakunya qiamat:

Meskipun masa berlakunya hari qiamat tidak ada sesiapa yang mengetahuinya dengan tepat melainkan Allah, tetapi
Rasulullah s.a.w telah menerangkan secara umum bahawa masa berlakunya qiamat itu telah hampir. Baginda
membuat bandingan tentang kehampirannya itu seperti hampirnya jari telunjuk dengan jari tengah, yakni antara dua
jari itu tidak ada diselangi oleh jari lain, maka begitulah masa Baginda diutus dengan masa berlakunya qiamat, tidak
ada Rasul yang membawa wahyu yang lain yang menyelanginya atau bezanya masa berlaku qiamat dengan masa
Rasulullah s.a.w diutus adalah seperti bezanya panjangnya jari tengah dari jari telunjuk.

Ketiga - Kitab Allah Adalah Sebenar-benar Perkataan:

Benar bererti tepatnya sesuatu yang disebut dengan keadaannya yang sebenar.

Ketetapan itu ialah apabila yang menyebut itu mempunyai pengetahuan yang luas meliputi segala hal keadaan yang
dinyatakannya; pengetahuan yang sedemikian tidak dipunyai melainkan oleh Allah Subhanahu wa Taala.
Kitab Allah, kitab suci Al-Qur'an Al-Karim, antara lain mengandungi kisah-kisah kejadian yang berlaku, sama ada
yang berlaku sebelum daripada masa turunnya, semenjak zaman purba ataupun yang berlaku kemudian daripada
masa turunnya hingga hari qiamat.

Mengenai perkara-perkara yang telah berlaku, Al-Qur'an Al-Karim telah menceritakan dalam keadaan yang
terbuka kepada segala lapisan masyarakat dan apa yang telah diceritakannya itu tidak ada sesiapapun yang
menentangnya, dari golongan ahli pengetahuan yang jujur.

Demikian juga, mengenai perkara-perkara yang akan datang, Al-Qur'an telahpun menceritakannya dan di antaranya
ada yang telah berlaku menjadi kenyataan sebagaimana yang telah diceritakannya dan setengahnya yang lain lahir
ke alam nyata melalui kajian-kajian sains.

Ini adalah di antara bukti-bukti yang menunjukkan bahawa kisah da kejadian-kejadian yang disebut dalam kitab
Allah itu adalah benar, maka demikianlah pula mengenai bahagian-bahagian yang lain, seperti bahagian hukum,
bahagian pengajaran dan seterusnya adalah semuanya benar belaka. Kitab Allah adalah sebenar-benar perkataan,
kerana ilmu Allah itu adalah meliputi segala-galanya.

Pimpinan Rasulullah s.a.w.:

Nabi Muhammad s.a.w diutuskan untuk memimpin umat manusia ke jalan yang benar, yang boleh menyampaikan
kepada matlamat kebahagiaan sejati. Jalan pimpinan Baginda adalah sebaik-baik jalan pimpinan kerana pimpinan
baginda adalah dengan panduan wahyu melalui malaikat yang diutus oleh Allah Azza wa Jalla pencipta seluruh
alam.

Dalam buku-buku karangan mengenai pimpinan-pimpinan dunia yang masyhur, terdapat Nabi Muhammad s.a.w
disebut dari jumlah mereka. Ya, sungguh benar, Baginda termasuk dalam jumlah pemimpin-pemimpin dunia yang
terkenal, tetapi yang lebih benarnya ialah pimpinan Rasulullah s.a.w tidak boleh ditandingi dengan pemimpin-
pemimpin dunia yang lain, yang dalam hal memimpin rakyat, mereka hanya berpandu kepada fikiran masing-
masing yang sangat terbatas, dalam keadaan dan masa yang terbatas.

Keempat - Perkara-perkara Baharu yang diada-adakan dalam Agama:

Dimaksudkan dengan perkara-perkara baharu yang diada-adakan dalam agama itu ialah perkara-perkara yang
menyalahi dengan maksud isi kandungan Kitab Allah, Sunnah Rasulullah s.a.w, Aathar sahabat dan Ijma Ulama.

Perkara-perkara baharu yang demikian itulah dia bid'ah yang merupakan jalan baharu yang menyeleweng dari jalan
yang sebenar, maka sudah tentu tidak akan sampai kepada matlamat kebahagiaan yang sejati. Kebahagiaan yang
memang dikehendaki ini bukan sahaja dalam kehidupan dunia ini semata-mata, bahkan yang terutama sekali ialah
kebahagiaan di akhirat kelak dan jalan ke akhirat itu tidak sesiapa yang mengetahuinya dan tidak akan berhasil
dengan cara diagak-agak dan direka-reka sendiri oleh sesiapapun. Dengan sebab itu maka perkara-perkara yang
menyalahi itu sudah tentu membawa bahaya yang besar dan balasan yang seburuk-buruknya.

Kelima - Keadaan Rasulullah s.a.w dengan orang-orang Mukmin:

Sebagaimana yang sedia maklum bahawa tiap-tiap orang adalah berhak menjaga keadaan diri sendiri lebih dari
orang-orang lain, tetapi Rasulullah s.a.w berhak menjaga keadaan setiap orang mukmin lebih daripada
orang mukmin itu menjaga diri sendiri.
Dengan sifat seorang pemimpin negara dan pemimpin agama, yang membawa perutusan dari Allah Subhanahu wa
Taala, Baginda mencurahkan segala daya upaya, segala kebolehan dan segala perasaan untuk kebaikan umat di
dunia dan di akhirat, jauh sekali Baginda melakukan kecuaian dalam menjalankan tugas untuk kebaikan dan tidak
sekali-kali Baginda berusaha untuk kepentingan diri sendiri.

Di antara cara-cara Baginda menjaga kebaikan orang-orang mukmin ialah kesanggupan Baginda menjaga orang-
orang yang kehilangan tempat bergantung dan membayar hutang yang ditinggalkan oleh si mati yang tidak
meninggalkan harta benda.

Biasanya aku menulis segala yang aku dengar dari Nabi s.a.w.

‫صلﱠى‬َ ِ‫ﷲ‬ ‫ُول ﱠ‬ِ ‫ت أَ ْكتُبُ ُك ﱠل َش ْي ٍء أَ ْس َم ُعهُ ِم ْن َرس‬ ُ ‫ﷲِ ب ِْن َع ْم ٍرو قَا َل ُك ْن‬ ‫ َع ْن َع ْب ِد ﱠ‬-2
‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم أُ ِري ُد ِح ْفظَهُ فَنَھَ ْتنِي قُ َريْشٌ َوقَالُوا أَتَ ْكتُبُ ُك ﱠل َش ْي ٍء تَ ْس َم ُعهُ َو َرسُو ُل‬ ‫ﱠ‬
ِ ‫ت َع ْن ْال ِكتَا‬
‫ب‬ ُ ‫ضا فَأ َ ْم َس ْك‬
َ ‫ب َوالرﱢ‬ ِ ‫ض‬ َ ‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم بَ َش ٌر يَتَ َكلﱠ ُم فِي ْال َغ‬‫صلﱠى ﱠ‬ َ ِ‫ﷲ‬ ‫ﱠ‬
ْ‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم فَأ َ ْو َمأ َ بِأُصْ بُ ِع ِه إِلَى فِي ِه فَقَا َل ا ْكتُب‬ ‫صلﱠى ﱠ‬ َ ِ‫ﷲ‬ ‫ُول ﱠ‬ ِ ‫ك لِ َرس‬ َ ِ‫ت َذل‬ ُ ْ‫فَ َذ َكر‬
(‫ )أبو داود‬.‫ق‬ ‫فَ َوالﱠ ِذي نَ ْف ِسي بِيَ ِد ِه َما يَ ْخ ُر ُج ِم ْنهُ إِ ﱠال َح ﱞ‬

2 - Dari Abdullah bin Umar r.a., katanya: Biasanya aku menulis segala yang aku dengar dari Nabi s.a.w. dengan
tujuan hendak menghafaznya, lalu dilarang oleh orang-orang Quraisy serta berkata: "Patutkah engkau menulis
segala yang engkau dengar, sedang Rasulullah s.a.w. seorang manusia yang bercakap dalam masa marah dan dalam
masa suka? " Setelah itu aku pun berhenti dan menulis, kemudian aku menyebutkan hal itu kepada
Rasulullah s.a.w., lalu Baginda menunjuk kepada mulutnya dengan jarinya sambil bersabda: "Tulislah, kerana demi
Tuhan yang diriku dalam kekuasaanNya, tidak keluar dan mulutku ini melainkan yang benar. "

(Abu Daud)

Hadis yang kedua ini menerangkan bahawa:

(1) Penulisan Hadis-hadis Rasulullah s.a.w. telah dilakukan oleh sahabat-sahabat Baginda.

(2) Baginda mengizinkan supaya Hadis-hadis ini ditulis.

(3) Segala yang disampaikan oleh Baginda adalah benar.

(4) Anggapan berlakunya kesilapan pada penyampaian Baginda adalah anggapan yang tidak berasas.

Huraiannya:

Pertama - Penulisan Hadis-hadis Nabi.

Rasulullah s.a.w. diutus oleh Allah Taala membawa syariat Islam kepada seluruh umat manusia, Baginda adalah
sebagai seorang mahaguru yang diberi tugas mengajar, maka segala yang terbit dari Baginda, sama ada
perkataannya atau perbuatannya atau pun taqrirnya (ketiadaan larangannya) mengenai perkara-perkara syariat
adalah semuanya berupa pelajaran dan tiap-tiap pelajaran itu ada sahaja orang yang menerimanya.

Sebahagian besar dari sahabat-sahabat Baginda menerima hadis-hadis itu dengan menghafaznya dalam dada
masing-masing. Dalam pada itu ada juga sahabat-sahabat yang pandai menulis, mereka tulis hadis-hadis itu setelah
menerimanya dan Baginda. Tetapi walau bagaimanapun, bagi sahabat-sahabat Nabi, cara menghafaz hadis-hadis itu
lebih teguh dari cara menulisnya, dan lebih terkawal dari kesilapan, kerana tabiat semula jadi orang-orang Arab itu
kuat ingatan, tambahan pula mereka bersifat adil disebabkan kekuatan imannya.

Dari usaha sahabat-sahabat Baginda dalam hal penulisan hadis-hadis itu, maka banyaklah hadis-hadis Rasulullah
s.a.w. yang telah terkumpul dalam tulisan pada masa hayat Baginda.

Mengenal masalah penulisan hadis-hadis Nabi dalam zaman Baginda sila lihat lampiran (A).

Kedua - Baginda mengizinkan supaya hadis-hadisnya ditulis.

Penulisan hadis-hadis Rasulullah s.a.w. itu bukanlah dilakukan oleh sahabat-sahabat Baginda secara rahsia, tetapi
dilakukan setelah mereka mendapat kebenaran dari Baginda. Sahabat-sahabat Nabi dengan sifat keadilan mereka,
tidak melakukan sesuatu perkara yang berhubung dengan hadis-hadis Rasulullah s.a.w. khasnya dan dengan perkara-
perkara agama amnya, dengan tidak mendapat kebenaran dari Baginda.

Ketiga - Segala yang disampaikan oleh Baginda dari Allah Taala tetap benar.

Apa juga yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. tidak harus diragu-ragukan, kerana semuanya benar dan
wajib diturut serta dijadikan pelajaran oleh pihak-pihak yang berkenaan.

Nabi Muhammad s.a.w. dengan sifatnya seorang Rasul yang telah dipilih oleh Allah Taala untuk
menyampaikan hukum-hukum Islam kepada umat manusia, sudah tentu dipeliharanya dari perkara-perkara yang
boleh menghalangi tugasnya dan yang boleh merosakkan apa yang hendak disampaikannya itu.

Keempat - Anggapan berlakunya kesilapan pada penyampaian Baginda adalah tidak benar.

Ada anggapan - dari pihak musuh-musuh Islam - bahawa apa yang diterangkan oleh Rasulullah s.a.w. itu tak boleh
dipegang dan tak boleh ditulis semuanya, kerana Baginda, kata mereka, ada sifat-sifat yang boleh jadi tidak mesti
betul segala yang diterangkan, seperti perasaan marah dan perasaan suka, sedang perasaan-perasaan ini kerap kali
dapat mempengaruhi jiwa seseorang hingga tergelincir dari jalan yang betul.

Anggapan yang demikian telah timbul pada masa hayat Baginda lagi, dan Baginda sendiri telah
menerangkan tentang salahnya anggapan itu, dengan menyuruh menulis apa yang Baginda sampaikan.

Anggapan yang nyata salahnya itu adalah secara langsung menyentuh kedudukan kerasulan Baginda, kerana
sebarang keraguan tentang kebenaran kata-kata yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. bermakna ragu-
ragu terhadap kerasulan Baginda. Ada juga anggapan bahawa kesilapan berlaku pada penyampaian Rasulullah s.a.w.
dengan alasan Baginda pernah lupa.

Benar, Baginda pernah lupa, tetapi dengan itu tidak boleh difaham bahawa Baginda boleh berlaku lupa pada segala
perkara yang hendak disampaikannya. Lupa yang pernah terjadi ialah lupa yang diperintahkan Baginda
melakukannya untuk menimbulkan sesuatu hukum, seperti lupa Baginda dalam sembahyang dari
membaca "Tahiyyat Awal" lalu menerbitkan hukum "Sujud Sahwi" secara amali.
Sayugia diingat, bahawa perkara yang tidak harus Rasulullah s.a.w. berlaku silap padanya ialah perkara-perkara
yang dibawanya dari Allah Taala. Ada pun perkara-perkara keduniaan, atau pun perkara-perkara kehidupan sehari-
hari, boleh jadi Baginda berlaku silap padanya dan boleh jadi Baginda tidak mengetahuinya, sebagaimana Baginda
sendiri pernah bersabda, maksudnya: "Kamu lebih mengetahui mengenai perkara-perkara keduniaan kamu."

"Perkara-perkara keduniaan" itu ialah perkara-perkara yang dapat diketahui oleh manusia dengan kajian sendiri,
dengan tidak berdasarkan wahyu. Mengenai perkara-perkara yang demikian, terpulanglah kepada seseorang
membuat kajian sendiri, atau mempelajari sendiri dengan apa cara dan sejauh mana pun, asalkan tidak bertentang
dan tidak bercanggah dengan hukum-hukum Islam yang telah sabit.

Tentang sabda Baginda: "Kamu lebih mengetahui mengenal perkara perkara keduniaan kamu" itu - maka itu adalah
untuk mengajar manusia bahawa apa yang mereka gunakan dan cara-cara perusahaan dan alat-
alat pertukangan terserahlah kepada pengetahuan dan pengalaman mereka, dan

Tuhan tidak menyekat atau melarang mereka menjalankannya selagi hukum-hukum syarak tidak dilanggar, dan
akhlak yang mulia dijaga dan dipelihara dengan sebaik-baiknya.

Tugas Rasulullah s.a.w. tidaklah seperti tugas guru-guru sekolah dan pakar-pakar perusahaan dan perindustrian.
Rasulullah s.a.w. diutuskan bukan untuk mengajar satu persatu mengenal ilmu pengetahuan yang berhubung dengan
cara-cara mengambil faedah dan alam langit dan bumi serta segala isinya untuk kehidupan dunia. Kalau terdapat
dalam apa yang disampaikan mengenai yang demikian maka itu hanyalah untuk dijadikan bukti yang menunjukkan
wujudnya Allah Taala dan kekuasaanNya serta kebijaksanaan dan kemurahanNya.

Ada pun ilmu pengetahuan yang berkenaan dengan angkasa lepas meliputi matahari, bulan dan bintang; dan yang
berhubung dengan bumi dan khazanah-khazanah yang terpendam di dalamnya; demikian juga
ilmu pengetahuan yang bersabit dengan pertanian, penternakan, perikanan dan sebagainya, maka semuanya itu
tidaklah termasuk dalam tugas Rasulullah s.a.w. untuk menerangkan satu persatu bahkan terserahlah kepada
manusia mencari dan menyelidiknya, kerana Tuhan telah jadikan manusia berakal fikiran serta memberikannya
tenaga dan usaha ikhtiar untuk mencapai pengetahuan dan kepandaian bagi mendapat kesempurnaan hidupnya.

Lampiran (A):

Penulisan Hadis-hadis Rasulullah s.a.w.:

Mengenai masalah penulisan hadis-hadis Nabi dalam zaman Baginda, ada beberapa hadis yang
melarang menulisnya, dan ada pula beberapa hadis yang mengizinkan.

Di antara hadis-hadis yang melarang itu ialah:

Pertama - Dari Abu Said Al-Khudri r.a., katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: "Janganlah kamu
menulis (hadis-hadis) dariku dan (dengan yang demikian) sesiapa yang telah menulis dariku selain dari Al-Qur'an,
maka hendaklah ia memadamnya .."

Kedua - Hadis dari Abu Said Al-Khudri juga, katanya: (Pada suatu hari) kami sedang duduk menulis apa yang kami
dengar dari Rasulullah s.a.w., lalu Baginda keluar mendapatkan kami sambil bertanya: "Apa yang kamu tulis itu?"
Kami menjawab: "(Kami menulis) Apa yang telah kami dengar dari Rasulullah". (Mendengar jawapan kami itu)
Baginda bersabda, maksudnya: "Patutkah kamu menulis (sesuatu yang lain) bersama-sama dengan kitab Allah (Al-
Qur'an)? Tulislah kitab Allah itu sahaja dan bersihkanlah dia (dari yang lainnya)." Maka kami pun mengumpulkan
(hadis-hadis Nabi) yang telah kami tulis itu pada satu tanah lapang, kemudian kami

membakarnya. Setelah itu kami bertanya kepada Baginda dengan berkata: "Ya Rasulullah! bolehkah kami
menyampaikan hadis-hadis yang kami dengar dari tuan kepada orang lain?" "boleh" jawab Baginda.
Di antara hadis-hadis yang mengizinkan pula ialah:

Pertama - Hadis (Nombor 2) yang tersebut dalam bab ini.

Kedua - Hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan Tirmizi dari Abu Hurairah, r.a., katanya: Tatkala
Rasulullah s.a.w. beroleh limpah kurnia Allah menguasai tanah suci Makkah al-Mukaramah, tampillah Baginda
berpidato kepada orang ramai .. lalu bangun Abu Shah sambil berkata: "Bolehkah tuan (membenarkan sesiapa)
menulis untukku (apa yang tuan sabdakan itu) Ya Rasulullah? " Baginda menjawab, maksudnya: "Tulislah kamu
untuk Abu Shah."

Pendapat Sahabat-sahabat Nabi:

Dengan adanya hadis-hadis yang melarang dan mengizinkan itu, maka sahabat-sahabat Nabi tidak sekata mengenai
masalah penulisan hadis-hadis Rasulullah s.a.w., tetapi kebanyakannya mengharuskan dan telah pun menulisnya.

Pendapat Alim Ulama':

Alim Ulama' dan Ahli Hadis telah menyesuaikan di antara hadis-hadis yang melarang dan yang mengizinkan
penulisan hadis-hadis Nabi itu dengan beberapa cara dan alasan:

Pertama - Larangan itu adalah khas mengenai waktu turunnya Al-Qur'an kerana dibimbangkan Al-Qur'an akan
bercampur baur dengan yang lainnya, dan hadis-hadis yang mengizinkan itu pula adalah untuk keadaan yang tidak
dibimbangkan.

Kedua - Larangan itu adalah khas mengenal penulisan hadis bersama-sama Al-Qur'an pada satu lembaran, kerana
biasanya mereka mendengar hadis yang mentafsirkan sesuatu ayat Qur'an maka dengan itu harus mereka akan
terlangsung menulisnya bersama-sama kandungan ayat itu, lalu mereka dilarang dari melakukan yang demikian
kerana ditakuti kesamaran. Tentang hadis-hadis yang mengizinkan pula maka itu hanyalah untuk ditulis dalam
lembaran yang berasingan yang tidak mengandungi sesuatu dari Al-Qur'an.

Ketiga - Bahawa larangan itu adalah khas mengenai penulisan Wahyu (Al-Qur'an) yang biasanya mereka tulis dalam
lembaran-lembaran surat untuk disimpan di rumah Nabi s.a.w.; oleh itu, kalaulah mereka diharuskan menulis hadis
nescaya Al-Qur'an akan bercampur baur dengan yang lainnya. Tetapi selain dari itu adalah diizinkan.

Keempat - Bahawa larangan itu adalah bagi orang yang dipercayai terselamat dari lupa, dan dipercayai tentang
kekuatan ingatannya menghafaz apa yang didengarnya, serta ditakuti ia akan bergantung bulat-bulat kepada
tulisan apabila ia menulis. Sebaliknya diizinkan bagi orang yang ditakuti lupanya.

Kelima - Hadis-hadis larangan itu mungkin sebahagian dari hadis-hadis yang dimansuhkan oleh hadis-hadis yang
lain; boleh jadi pada mulanya Rasulullah s.a.w. melarang menulis sabda-sabdanya, kemudian Baginda memandang
patut ditulis kerana diketahui bahawa hadis-hadis makin sehari bertambah jumlahnya dan tak dapat dihafaz

 
Bab: 2 

Tajuk: WAJIB BERPEGANG TEGUH KEPADA KITAB ALLAH DAN MENGIKUT JALAN PIMPINAN 
RASULULLAH S.A.W. 

Firman Allah Taala, maksudnya: "Dan hendaklah kamu sekalian berpegang teguh kepada kitab Allah Al-Qur'an ..
(103, Ali-Imran).

".. Dan apa jua suruhan yang dibawa oleh Rasulullah kepada kamu, maka ambillah akan dia serta amalkan, dan apa
jua yang dilarangnya kamu melakukannya maka patuhilah larangannya ..." (7, Al-Hasyr).

Hadis Ketiga

ُ‫ ِكتَاب‬:‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم قَا َل‬


‫صلﱠى ﱠ‬ َ ِ‫ﷲ‬‫ﷲُ َع ْنهُ أَ ﱠن َرسُو َل ﱠ‬ ‫ض َي ﱠ‬ ِ ‫ َع ْن َز ْي ِد ب ِْن أَرْ قَ َم َر‬-3
.‫ض َاللَ ٍة‬
َ ‫ان َعلَى‬ َ ‫ان َعلَى ْالھُ َدى َو َم ْن تَ َر َكهُ َك‬ ‫ﷲِ َع ﱠز َو َج ﱠل ھُ َو َح ْب ُل ﱠ‬
َ ‫ﷲِ َم ْن اتﱠبَ َعهُ َك‬ ‫ﱠ‬
(‫)مسلم‬

3 - Dari Zaid bin Arqam, r.a. katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Kitab Allah Azza wa Jalla ialah
tali Allah (sebab yang membawa kepada rahmat Allah), sesiapa yang menurutnya: Beradalah ia dalam hidayat
pertunjuk yang sebenar-benarnya dan (sebaliknya) sesiapa yang meninggalkannya: Beradalah ia dalam kesesatan. "
(Muslim)

Hadis yang ketiga ini mengandungi:

(1) Kitab Allah ialah jalan perhubungan seseorang dengan Allah.

(2) Nasib seseorang bergantung kepada mengikut atau tidaknya akan kitab Allah.

Huraiannya:

Pertama - Kitab Allah Al-Qur'an Al-Karim:

Allah S.W.T. Tuhan pencipta alam seluruhnya dan pencipta manusia khasnya. Manusia tidaklah seperti
keadaan kayu dan batu, dan tidaklah seperti keadaan haiwan-haiwan yang lain, tetapi manusia adalah sejenis
makhluk yang kejadiannya tersusun dari jasmani dan rohani, serta berkeadaan dengan sifat-sifat istimewa
berbanding dengan makhluk-makhluk yang lain. Oleh itu maka tak patut manusia hanya tinggal manusia, tidak
lebih dari itu, bahkan wajiblah ada perhubungannya dengan Allah penciptanya; maka jalan perhubungan seseorang
dengan Allah itu tidak lain melainkan Al-Qur'an al-Karim. Di dalam Al-Qur'an ada keterangan-keterangan, ada
tunjuk ajar untuk seseorang mencapai keselamatan; ada yang berupa suruhan, ada yang berupa larangan, sama ada
dalam bahagian ibadat, mahu pun dalam bahagian bidang-bidang kehidupan, yang wajib dipatuhi, di mana
seseorang itu berada dan dalam zaman mana ia hidup, hingga hari kiamat.

ltulah sebabnya Al-Qur'an itu disifatkan dengan "Tali Allah" yang teguh kukuh, sesiapa yang berpegang dengannya
selamatlah dia, dan sesiapa yang mencuaikannya binasalah dia.
Kedua - Nasib seseorang dalam alam kehidupan:

Perkara nasib sentiasa dipersoalkan oleh setiap orang dalam setiap masa, lebih-lebih lagi dalam zaman sains dan
teknologi mi. Mereka berusaha, mereka bertindak dengan tujuan membaiki dan membela nasibnya.

Tetapi walau bagaimanapun, nasib yang mereka maksudkan itu tidak lebih dari nasib dalam kehidupan dunia sahaja,
katalah tentang senang atau susah, atau lain-lain lagi; semuanya setakat dalam dunia, dengan tidak memandang
kepada akhirat - alam kesudahan masing-masing; dan semuanya mengikut ukuran lahir semata-mata dengan tidak
memandang kepada nilaian akhlak dan peri kemanusiaan; maka dengan sebab itulah dalam berusaha untuk
membaiki dan membela nasib kerapkali berlaku pencerobohan terhadap nasib orang lain, atau menyentuh maruah
diri sendiri atau diri orang lain.

Adapun nasib yang dimaksudkan oleh agama ialah nasib yang meliputi kehidupan dunia dan akhirat sama, sedang
manusia dengan fikirannya sendiri hanya dapat mengetahui perkara jasmani dalam dunia ini, itupun kadarnya
sangat terbatas; pada hal hakikat manusia bukanlah jasmani sahaja bahkan jasmani dan rohani sama; maka manusia
walaupun seberapa bijak fikiran mereka tak dapat mengetahui dengan sahnya perkara rohani itu, lebih-lebih lagi
perkara alam akhirat.

Dengan yang demikian, maka untuk membaiki nasib dan mencapai kebahagiaan dunia akhirat, wajiblah seseorang
itu menurut ajaran kitab Allah dan menjauhkan diri dan segala larangannya.

Hadis Keempat

ُ ‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم قَا َل تَ َر ْك‬


‫ت‬ ‫صلﱠى ﱠ‬ ‫ﷲُ َع ْنهُ أَ ﱠن َرسُو َل ﱠ‬
َ ِ‫ﷲ‬ ‫ض َي ﱠ‬ ِ ‫ َع ْن أَبِي ھُ َر ْي َرةَ َر‬-4
(‫ )اإلمام مالك‬.‫ﷲِ َو ُسنﱠةَ نَبِيﱢ ِه‬‫اب ﱠ‬ ِ َ‫فِي ُك ْم أَ ْم َري ِْن لَ ْن ت‬
َ َ‫ضلﱡوا َما تَ َم ﱠس ْكتُ ْم بِ ِھ َما ِكت‬
4 - Dari Abu Hurairah, r.a., dari Nabi s.a.w., bahawa Baginda bersabda: "Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua
perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah dan
sunnah Rasulullah," (s.a.w.).

(Imam Malik).

Hadis yang keempat ini mengandungi:

(1) Pusaka Peninggalan Rasulullah s.a.w. yang kekal abadi.

(2) Kitab Allah dan sunnah Rasulullah s.a.w. menjamin keselamatan umat manusia.

Huraiannya:

Pertama - Pusaka Peninggalan Rasulullah s.a.w.:

Baginda tidak meninggalkan harta benda yang menjadi pusaka kepada waris-warisnya. Sebagai seorang Rasul,
Baginda diberi mukjizat-mukjizat yang membuktikan kerasulannya dan mukjizat-mukjizat itu habis apabila lalu
masanya, tidak dapat disaksikan oleh orang-orang kemudian, kecuali satu mukjizat yang kekal hingga ke hari
kiamat, yang lebih berguna dari harta benda, bukan sahaja untuk waris-warisnya bahkan untuk umat manusia
seluruhnya dalam segala tempat dan segala zaman.
Peninggalannya itu ialah "Kitab Allah Al-Qur'an" yang diwahyukan kepadanya dan "Sunnah"nya yang meliputi,
perkataannya, perbuatannya dan taqrirnya (ketiadaan larangannya).

Kedua - Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah s.a.w. menjamin keselamatan umat manusia:

Jaminan keselamatan yang diberi melalui "Kitab Allah" dan "Sunnah RasulNya itu ialah dengan jalan tiap-tiap
seorang mengamalkan sendiri segala ajaran keduanya, menghalalkan apa yang dihalalkannya dan
mengharamkan apa yang diharamkannya; bukan dengan jalan menyimpan keduanya di rumah untuk diambil
berkat sahaja, bukan dengan jalan dibaca dengan tujuan yang lain daripada mencari keredhaan Allah
Azza wa Jalla dan bukan pula dengan cara menumpang amalan orang lain, walau pun di antara anak dengan ayah,
atau di antara isteri dengan suami; tidaklah seperti keadaan keselamatan dalam alam nyata ini, yang biasanya
seseorang yang lebih kuasanya boleh memberi perlindungan selamat kepada orang lain yang ia kehendaki.

Usaha untuk mencapai keselamatan yang sejati ialah berpegang teguh kepada ajaran-ajaran kitab Allah dan jalan
pimpinan Rasulullah s.a.w.

Hadis Kelima

‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم يَ ْو ًما بَ ْع َد‬


‫صلﱠى ﱠ‬َ ِ‫ﷲ‬ ‫اريَةَ قَا َل َو َعظَنَا َرسُو ُل ﱠ‬ ِ ‫اض ب ِْن َس‬ ِ َ‫ َع ْن ْال ِعرْ ب‬-5
‫ت ِم ْنھَا ْالقُلُوبُ فَقَا َل َر ُج ٌل إِ ﱠن‬ ُ ‫ت ِم ْنھَا ْال ُعي‬
ْ َ‫ُون َو َو ِجل‬ ْ َ‫ص َال ِة ْال َغ َدا ِة َم ْو ِعظَةً بَلِي َغةً َذ َرف‬ َ
‫ﷲِ َوال ﱠس ْم ِع‬ ِ ُ‫ﷲِ قَا َل أ‬
‫وصي ُك ْم بِتَ ْق َوى ﱠ‬ ‫ع فَ َما َذا تَ ْعھَ ُد إِلَ ْينَا يَا َرسُو َل ﱠ‬ ٍ ‫ھَ ِذ ِه َم ْو ِعظَةُ ُم َو ﱢد‬
ِ ‫اختِ َالفًا َكثِيرًا َوإِيﱠا ُك ْم َو ُمحْ َدثَا‬
‫ت‬ ْ ‫َوالطﱠا َع ِة َوإِ ْن َع ْب ٌد َحبَ ِش ﱞي فَإِنﱠهُ َم ْن يَ ِعشْ ِم ْن ُك ْم يَ َرى‬
ِ ‫ك ِم ْن ُك ْم فَ َعلَ ْي ِه بِ ُسنﱠتِي َو ُسنﱠ ِة ْال ُخلَفَا ِء الر‬ َ ‫ض َاللَةٌ فَ َم ْن أَ ْد َر‬ ُ
‫ين‬
َ ‫ﱠاش ِد‬ َ ِ‫ك َذل‬ َ ‫ور فَإِنﱠھَا‬ ِ ‫ْاأل ُم‬
(‫ )الترمذي‬.‫اج ِذ‬ ِ ‫ﱢين َعضﱡ وا َعلَ ْيھَا بِالنﱠ َو‬ َ ‫ْال َم ْھ ِدي‬

‫ َو ُك ﱠل بِ ْد َع ٍة‬،ٌ‫ فَإِ ﱠن ُك ﱠل ُمحْ َدثَ ٍة بِ ْد َعة‬،‫ور‬ ُ ِ ‫ " َوإِيﱠا ُك ْم َو ُمحْ َدثَا‬:‫وعند أبي داود‬
ِ ‫ت ْاأل ُم‬
."ٌ‫ض َاللَة‬
َ
5 - Dari Al-'Irbaadh bin Sariyah, r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. telah menasihati dan mengingati kami, pada suatu
hari lepas sembahyang Subuh, dengan satu nasihat dan peringatan yang sangat-sangat mendalam dan berkesan,
yang menjadikan (Pendengar-pendengarnya) menitiskan air mata dan menjadikan hati (mereka) gerun gementar.
Lalu berkatalah salah seorang lelaki (di antara kami): "Sesungguhnya nasihat ini nasihat orang yang memberi
selamat tinggal, maka apakah pesanan yang tuan hendak pesankan kepada kami Ya Rasulullah? " Baginda
menjawab: "Aku berpesan kepada kamu dengan taqwa kepada Allah, dan mendengar serta taat kepada (pemerintah
kamu) sekalipun ia seorang hamba bangsa Habsyi, kerana sesungguhnya sesiapa di antara kamu yang hidup (selepas
ku) akan melihat perselisihan yang banyak dan (dengan yang demikian) berjaga-jagalah kamu, jauhkanlah diri dan
perkara-perkara baharu (yang diada-adakan dalam agama), kerana sesungguhnya perkara-perkara itu adalah sesat;
oleh itu sesiapa di antara kamu yang berada dalam zaman berlakunya yang demikian, maka hendaklah ia menurut
jalanku dan jalan khalifah-khalifah (ku) yang mendapat pimpinan lagi beroleh hidayat pertunjuk;
berpegang teguhlah kamu kepadanya dengan seteguh-teguhnya."

(Tirmizi)
Menurut hadis Abu Daud, (Baginda bersabda): "Dan berjaga-jagalah kamu! Jauhkanlah diri dan perkara-perkara
baharu (yang diada-adakan dalam agama), kerana sesungguhnya tiap-tiap perkara yang diada-adakan) itu bid'ah dan
tiap-tiap bid'ah itu sesat. "

Hadis yang kelima ini mengandungi:

(1) Rasulullah s.a.w. seorang ahli pidato yang amat bijaksana.


(2) Dalam pidato-pidatonya, kerapkali Baginda berpesan supaya bertaqwa daripada terkena kemurkaan Allah.
(3) Orang-orang Islam diwajibkan taat kepada pemerintah dengan tidak memandang kepada asal keturunannya.
(4) Amaran Baginda tentang berlakunya perselisihan dalam kalangan umat Islam.
(5) Jalan bawaan Rasulullah s.a.w. dan jalan pimpinan khalifah-khalifah Al Rashidin hendaklah sentiasa dijadikan
pedoman.

Huraiannya:

Pertama - Rasulullah s.a.w. Seorang Ahli Pidato Yang Amat Bijaksana:

Sebagai seorang Rasul yang terpilih, yang sentiasa mendapat pimpinan dari Allah s.w.t. melalui malaikat Jibril
(a.s.), sudah tentu nasihat-nasihat dan pengajaran Baginda memberi kesan yang sangat-sangat mendalam dan
mempengaruhi pendengar-pendengarnya, sehingga hati yang keras menjadi lembut, yang pengecut menjadi berani,
dan yang cuai menjadi tekun, bertindak dengan bersungguh-sungguh.

Kedua - Soal Taqwa:

Dalam pidatonya, Baginda kerapkali berpesan supaya bertaqwa daripada terkena kemurkaan Allah s.w.t.

"Taqwa" ialah cara memelihara dan menjaga diri dan lain-lainnya kerana takut terkena sebarang perkara yang
merosakkan atau yang mencacatkan.

Kerosakan-kerosakan itu ada kalanya mengenal hidup di dunia, dan ada kalanya mengenai hidup di akhirat.

Bagi menjaga dan mengawal kerosakan atau kecacatan hidup di dunia, hendaklah dipelajari ilmu pengetahuan yang
berhubung dengan undang-undang kejadian alam serta diikuti dan dijalankan dengan sempurna.

Misalnya bagi mencegah kekalahan dan kerosakan dalam perjuangan, hendaklah mengetahui cara-cara dan
peraturan melawan musuh, serta menyediakan alat-alat kelengkapan yang dikehendaki oleh keadaan dan zaman.
Selain dan itu hendaklah pula disertakan dengan kekuatan rohani iaitu bersatu hati, tetap dan tabah serta
bertawakal kepada Allah Taala.

Demikian juga, bagi menjaga kerosakan atau kecacatan hidup di akhirat, hendaklah mencegahnya dengan iman yang
ikhlas, tauhid yang tulin, dan amal yang salih serta menjauhi segala yang bertentangan dengan semuanya itu, seperti
bawaan syirik, perbuatan maksiat, dan akhlak yang memburukkan seseorang atau masyarakat.

Pendeknya "Bertaqwa" ialah berusaha menjalankan sebab-sebab yang dijadikan Tuhan untuk mencapai musababnya
- Seperti beriman dan beramal salih untuk mencapai nikmat kebahagiaan yang kekal abadi di akhirat kelak dan
berusaha menurut jalan dan peraturan yang betul untuk mencapai kejayaan di dunia.

Ketiga - Orang-orang Islam diwajibkan taat kepada ketua, sekalipun ketua itu dari golongan hamba abdi:

Seseorang ketua, dengan sifatnya pemegang teraju pemerintahan sesebuah negara, atau sesebuah masyarakat, atau
sesebuah pejabat, atau lain-lainnya, wajib dipatuhi oleh set!p orang yang di bawah perintahnya, selagi tidak
bercanggah dengan hukum-hukum Islam, sebagaimana yang dinyatakan oleh sebuah hadis, yang maksudnya:
"Tidak harus mentaati seseorang makhluk dalam perkara melanggar perintah Tuhan".

Patuh setia dan seluruh rakyat itu menjadikan segala urusan pemerintahan berjalan dengan baik, dapat
memberikan hak-hak kepada tuan punya masing-masing mengikut apa yang wajib. Kalau tidak, akan berlakulah
berbagai-bagai huru-hara.

Memandang kepada besarnya kepentingan taat setia terhadap ketua atau pemerintah, dan besarnya
bencana ketiadaan taat setia itu maka Rasulullah s.a.w. wajibkan juga mematuhi walaupun ketua atau pemerintah itu
dari golongan hamba abdi, sekiranya ia dengan ilmu pengetahuannya berpeluang menjadi ketua, pada hal ketua atau
pemerintah itu - selain daripada ilmu pengetahuan yang melayakkannya - menurut dasar syarak hendaklah dari
keturunan yang mu1ia.

Keempat - Amaran Baginda tentang berlakunya perselisihan dalam kalangan umat Islam:

Amaran yang telah diberikan oleh Rasulullah s.a.w. telah berlaku dan menjadi kenyataan. Orang-orang Islam telah
pun mengalami perselisihan sesama sendiri, sama ada dalam soal-soal i'tikad kepercayaan dan amal ibadat, mahu
pun dalam soal-soal politik, sehingga menyebabkan berlakunya

perkara-perkara yang tidak diingini

Kelima - Perlunya berpandu kepada jalan bawaan Rasulullah S.A.W. dan jalan pimpinan khalifah-khalifah Ar-
Rasyidin:

Sebagaimana perlunya pedoman dalam perjalanan atau pelayaran untuk mengelakkan sesat barat, maka demikianlah
pula perlunya berpandukan jalan bawaan Rasulullah s.a.w. dan jalan pimpinan khalifah-khalifah Al-Rasyidin dalam
bawaan hidup seseorang sehari-hari, lebih-lebih lagi pada masa berlakunya pertelingkahan.

Setelah memberi amaran tentang berlakunya persengketaan dalam kalangan umatnya, Baginda iringi pula dengan
pesanan supaya mereka sentiasa berpandukan kepada jalannya dan jalan khalifah-khalifahnya, serta melarang keras
dari melakukan perkara-perkara baharu yang diada-adakan dalam agama - dengan berdasarkan akal fikiran semata-
mata dan keinginan hawa nafsu - kerana buruk padahnya.

Hadis Keenam

‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم لَيَأْتِيَ ﱠن َعلَى‬ ‫صلﱠى ﱠ‬ َ ِ‫ﷲ‬‫ﷲِ ب ِْن َع ْم ٍرو قَا َل قَا َل َرسُو ُل ﱠ‬ ‫ َع ْن َع ْب ِد ﱠ‬-6
ُ‫ان ِم ْنھُ ْم َم ْن أَتَى أُ ﱠمه‬ َ ‫أُ ﱠمتِي َما أَتَى َعلَى بَنِي إِ ْس َرائِي َل َح ْذ َو النﱠع ِْل بِالنﱠع ِْل َحتﱠى إِ ْن َك‬
َ ‫ت َعلَى ثِ ْنتَي ِْن َو َس ْب ِع‬
‫ين‬ ْ َ‫ك َوإِ ﱠن بَنِي إِ ْس َرائِي َل تَفَ ﱠرق‬َ ِ‫ان فِي أُ ﱠمتِي َم ْن يَصْ نَ ُع َذل‬
َ ‫َع َالنِيَةً لَ َك‬
‫اح َدةً قَالُوا َو َم ْن‬ ِ ‫ار إِ ﱠال ِملﱠةً َو‬ ِ ‫ين ِملﱠةً ُكلﱡھُ ْم فِي النﱠ‬ َ ‫ث َو َس ْب ِع‬ٍ ‫ق أُ ﱠمتِي َعلَى ثَ َال‬ُ ‫ِملﱠةً َوتَ ْفتَ ِر‬
(‫ )الترمذي‬.‫ﷲِ قَا َل َما أَنَا َعلَ ْي ِه َوأَصْ َحابِي‬ ‫ِھ َي يَا َرسُو َل ﱠ‬

َ ‫ َوإِنﱠهُ َسيَ ْخ ُر ُج ِم ْن أُ ﱠمتِي أَ ْق َوا ٌم تَ َجا َرى بِ ِھ ْم تِ ْل‬:‫وعند أبي داود زيادة‬
‫ك ْاألَ ْھ َوا ُء َك َما‬
ِ ‫ق َو َال َم ْف‬
.ُ‫ص ٌل إِ ﱠال َد َخلَه‬ ٌ ْ‫احبِ ِه َال يَ ْبقَى ِم ْنهُ ِعر‬ َ ِ‫يَتَ َجا َرى ْال َك ْلبُ ب‬
ِ ‫ص‬
6- Dari Abdullah bin 'Amr r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Demi sesungguhnya akan berlaku kepada
umatku perkara-perkara yang betul-betul sama seperti apa yang telah berlaku kepada Bani Israil, sehingga jika ada
di antara mereka orang yang berzina dengan ibunya dengan berterang-terang, nescaya akan ada dalam kalangan
umatku orang yang melakukan perkara yang demikian; dan sesungguhnya kaum Bani Israil telah berpecah belah
kepada tujuh puluh dua puak dan umatku pula akan berpecah belah kepada tujuh puluh tiga puak, semuanya (akan
dihumbankan) dalam neraka kecuali satu puak sahaja". Sahabat-sahabat Baginda bertanya: "Siapa dia puak yang
satu itu ya Rasulullah? " Baginda menjawab: "Puak itu ialah puak yang tetap di atas jalanku dan jalan sahabat-
sahabatku." (Tirmizi)

Menurut hadis Abu Daud, ada tambahan, iaitu: "Dan sesungguhnya akan timbul dalam kalangan umatku beberapa
puak yang dijalari oleh bahaya penyakit suka mengada-adakan bid'ah sebagaimana menjalarnya
bahaya penyakit anjing gila kepada mangsanya - tidak ada satu urat atau satu sendi tubuhnya melainkan penyakit itu
meresap masuk menjalarinya."

Hadis yang keenam ini mengandungi:

Penegasan Rasulullah s.a.w. tentang perkara-perkara buruk yang akan berlaku dalam kalangan umatnya yang
wajib dijauhi, supaya mereka tetap teguh menurut jalannya dan jalan sahabat-sahabatnya.

Huraiannya:

Perkara-perkara buruk yang diperingati oleh junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. itu ialah:

Pertama - Umat Islam akan melakukan penyelewengan dari ajaran-ajaran Islam yang sebenar, seperti yang telah
dilakukan oleh kaum Bani Israil.

Baginda menyebutkan perihal kaum Bani Israil ini kerana penyelewengan mereka adalah seburuk-buruk
contoh yang wajib dijauhi dan disingkirkan.

Meskipun mereka pada mulanya diberikan berbagai nikmat dan keistimewaan, diturunkan kepada mereka kitab-
kitab suci, dan diutuskan kepada mereka beberapa banyak Nabi-nabi dan Rasul-rasul, tetapi kebanyakan mereka
tetap kufur ingkar, dan terus melakukan berbagai-bagai jenayah dan kekejaman di sepanjang-panjang sejarahnya.
Mereka telah runtuh dan kekejaman di sepanjang-panjang sejarahnya. Mereka telah runtuh akhlaknya,
hilang lenyap peri kemanusiaannya, dan berpecah belah kepada berbagai-bagai puak dalam kepercayaan dan
fahaman-fahamannya serta mengadakan berbagai-bagai helah untuk memutarbelitkan ajaran-ajaran dan hukum-
hukum agamanya. Merekalah juga yang telah menimbulkan dan mengembangkan berbagai-bagai isme atau
fahaman, seperti fahaman komunis, fahaman kapitalis dan lain-lainnya yang merosakkan ketenteraman dan
susunan masyarakat serta perekonomian negara-negara dunia yang dijalannya. Bahkan merekalah yang
mengembangkan kebudayaan kuning yang lucah itu dan melanggar tata tertib dan kesopanan - melalui filem-
filemnya, akhbar-akhbar dan majalah-majalahnya, fesyen-fesyen pakaiannya, dan kelab-kelab malamnya, sehingga
berhaklah mereka dilaknat oleh Allah Taala di dalam kitab-kitab suciNya, dilaknat oleh malaikat-malaikatNya,
Rasul-rasulNya, dan seluruh umat manusia yang berperi kemanusiaan.

Baginda juga pernah memberi ingat dengan tegasnya - sebagaimana yang tersebut dalam salah satu hadisnya:
Bahawa umatnya akan terpengaruh dan menjadi pak turut dengan buta tuli kepada segala apa jua yang datangnya
dari kaum Yahudi dan Nasrani.

Baginda menyebutkan secara khusus kedua-dua kaum itu, kerana mereka, selain diberikan kitab-kitab dan diutuskan
Rasul-rasul yang memimpin mereka, merekalah sahaja yang berpengaruh dan banyak angkaranya pada
zaman Baginda. Kalau kaum-kaum yang diberikan kitab dan pimpinan itu diingatkan kita jangan terpengaruh
kepada penyelewengannya, maka kaum-kaum yang tidak diberi kitab dan tidak pula menerima pimpinan, lebih-lebih
lagi wajib kita menolak bulat-bulat segala apa yang mereka sogok-sogokkan kepada kita dari perkara-perkara
yang bertentangan dengan dasar-dasar Islam kita seperti yang kita saksikan pada zaman kita ini - dari kaum-kaum
Majusi, Komunis, Etheis dan lain-lainnya.
Apa yang telah diperingatkan oleh Rasulullah s.a.w. mengenai penyelewengan yang akan berlaku dalam kalangan
umatnya itu telahpun berlaku dan menjadi kenyataan. Sebagaimana yang disaksikan sekarang ada di antara orang-
orang Islam yang suka meniru bulat-bulat apa yang datang dari orang-orang yang bukan Islam, meskipun perkara-
perkara yang ditiru itu bertentangan dengan ajaran dan akhlak Islam.

Di antara perkara-perkara itu ialah perbuatan setengah perempuan-perempuan Islam yang - selain daripada tidak
mematuhi perintah Al-Qur'an menyuruh mereka menutup kepala meliputi belahan leher bajunya - mereka pula
membesarkan hiasan kepalanya dengan berbagai-bagai cara yang di antaranya menggunakan rambut-rambut palsu.
Ada pula yang menghaluskan bulu keningnya. Ada juga yang berpakaian tetapi mereka seolah-olah bertelanjang
kerana nipisnya dan tidak menutup aurat. Ada juga yang berjalan di khalayak ramai dengan cara yang tidak
sopan seperti lagak perempuan-perempuan jahat. Ada pula di antara mereka yang memakai pakaian lelaki dan ada
yang berlagak seperti lelaki, sedang segala perbuatan yang demikian adalah dikutuk oleh Islam.

Selain dari itu, terdapat wanita-wanita yang rela dipamirkan badannya, yang menggunakan pakaian yang sempit dan
singkat, mendedahkan aurat, sengaja memperlihatkan bentuk badan, dan lain-lain lagi yang bertentangan dengan
hukum dan kesopanan Islam.

Ada pula di antaranya yang keluar dan rumahnya dengan menggunakan berbagai perhiasan yang menarik perhatian,
dengan menggunakan berjenis-jenis bedak muka dan gincu bibir, serta memakai bau-bauan yang harum pada
hal semuanya itu - seperti juga segala perhiasan yang lain - hanya ditentukan dan digalakkan oleh agama supaya
dilakukan di rumah khasnya untuk suaminya.

Wanita-wanita Islam dilarang memperlihatkan hiasan tubuhnya kecuali kepada suami dan orang-orang lelaki yang
menjadi mahramnya serta orang-orang yang tertentu, seperti yang tersebut di dalam Al-Qur'an al-Karim (Ayat 31,
Surah Al-Nur).

Demikian juga halnya perkara-perkara buruk yang berlaku dalam kalangan kaum lelaki. Ada di antara orang-orang
lelaki Islam yang telah hilang langsung perasaan cemburunya terhadap isterinya dan perempuan-perempuan yang di
bawah jagaannya, sehingga dia hampir-hampir bersifat dengan sifat orang "Dayus" yang dikutuk oleh Islam dan
diharamkan oleh Allah dari masuk syurga, seperti sikapnya membiarkan isterinya atau perempuan-perempuan yang
di bawah jagaannya bebas keluar, bebas bercampur gaul dengan orang-orang lelaki yang bukan mahramnya, bebas
dipeluk oleh lelaki asing dalam pesta-pesta tari menari, dan sebagainya.

Ada pula lelaki yang berlagak dan berhias seperti perempuan, dan yang memakai pakaian perempuan.

Semuanya itu, sama ada yang dilakukan oleh kaum lelaki atau kaum perempuan adalah haram dan dikutuk
sebagaimana yang telah diterangkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam banyak hadis-hadisnya, serta menyatakan
balasan buruk masing-masing, sehingga ditegaskan ada di antara mereka yang melakukan perkara-perkara buruk itu,
bukan sahaja tidak akan masuk syurga, bahkan tidak dapat mencium baunya, sedang bau syurga boleh didapati dan
jarak yang jauh.

Kedua - Akan berlaku perpecahan dalam kalangan umat Islam mengenai akidah kepercayaan dan amalan agama,
seperti yang telah berlaku kepada kaum Bani Israil, pada hal perpecahan yang demikian bertentangan dengan
ajaran Islam yang sebenar, dan semua puak yang berpecah itu salah dan sesat belaka, kecuali satu sahaja, iaitu puak
yang tetap menurut jalan pimpinan Rasulullah s.a.w. dan bawaan sahabat-sahabatnya, dengan tidak mengurangi,
menokok tambah, atau menyeleweng sedikit pun.

Selain dan itu, menurut tambahan yang terdapat pada hadis Abu Daud yang tersebut, Baginda mengingatkan bahawa
akan timbul dalam kalangan umatnya beberapa puak yang dijalari oleh bahaya penyakit hawa nafsu suka
mengurangi, menokok tambah, atau menyeleweng dari jalan yang sebenar, seperti menjalarnya bahaya penyakit
anjing gila kepada mangsanya.

Ingatan yang tegas dan jelas yang diberikan oleh Baginda itu, ialah supaya umatnya tetap menurut jalan
pimpinannya dan bawaan sahabat-sahabatnya.
Bab: 3 

Tajuk: AGAMA YANG DIREDHAI ALLAH IALAH ISLAM 

Firman Allah Taala, maksudnya: "Sesungguhnya agama(1) yang diredhai Allah ialah Islam(2) ..." (19, Ali Imran).

"Sesiapa yang menurut jalan yang lain dari apa yang disyariatkan Allah sebagai agamanya, maka tidak sekali-kali
akan diterima daripadanya .." (85, Ali Imran).

_________________________

(1) Agama: Ialah undang-undang dan cara hidup yang ditetapkan oleh Allah s.w.t. untuk manusia mendapat - dengan sebabnya - nikmat yang
sebenar dan kebahagiaan yang kekal.
(2) Islam: Dipakai dengan erti:
Pertama - Mematuhi segala perkara yang disampaikan dan diterangkan oleh Rasulullah s.a.w., seperti yang tersebut pada Ayat 19, surah Ali
Imran.
Kedua - Hukum-hukum syarak dan keterangan-keterangan yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w., seperti yang tersebut pada Ayat 85,
Surah Ali Imran.
Ketiga - Agama yang dibawa dan disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Seperti yang tersebut pada Ayat 3, Surah Al-Maidah, yang
maksudnya: "Dan aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu."

Hadis Ketujuh

َ ُ‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم قَا َل ُكلﱡ أُ ﱠمتِي يَ ْد ُخل‬


َ‫ون ْال َجنﱠة‬ ‫صلﱠى ﱠ‬
َ ِ‫ﷲ‬ ‫ َع ْن أَبِي ھُ َر ْي َرةَ أَ ﱠن َرسُو َل ﱠ‬-7
‫ﷲِ َو َم ْن يَأْبَى قَا َل َم ْن أَطَا َعنِي َد َخ َل ْال َجنﱠةَ َو َم ْن‬
‫إِ ﱠال َم ْن أَبَى قَالُوا يَا َرسُو َل ﱠ‬
(‫ )البخاري‬.‫صانِي فَقَ ْد أَبَى‬ َ ‫َع‬

7 - Dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sekalian umatku akan masuk syurga kecuali orang
yang enggan." Sahabat-sahabat Baginda bertanya: "Ya Rasulullah, siapakah orang yang enggan itu?" Baginda
menjawab: "Sesiapa yang taat kepada ku akan masuk syurga dan sesiapa yang derhaka kepada ku maka
sesungguhnya ia telah enggan." (Bukhari)

Hadis yang ketujuh ini mengandungi:

(1) Manusia wajib mematuhi satu undang-undang yang tertentu.


(2) Kepatuhan yang sempurna kepada undang-undang itu sahajalah yang menyebabkan kebahagiaan seseorang di
dunia dan di akhirat.

Huraiannya

Pertama - Manusia dan Undang-undang yang diwajibkan mematuhinya:


Sebagaimana yang diketahui dan disaksikan bahawa segala jenis makhluk dalam alam kehidupan ini - untuk
kesempurnaan keadaannya - tak dapat tidak mematuhi undang-undang yang dikhaskan baginya, maka manusia
sebagai makhluk yang tersusun dari jasmani dan rohani sudah tentu wajib mematuhi satu undang-undang yang khas
untuk rohaninya selain dari wajibnya mematuhi undang-undang jasmaninya.
Undang-undang itu ialah Islam (hukum-hukum syarak dan keterangan-keterangan yang disampaikan oleh
utusan Tuhan).

Kedua - Kepatuhan yang sempurna dan balasannya:


Tiap-tiap amal meliputi kepercayaan, tutur kata dan perbuatan - ada balasan yang sesuai dengannya, sama ada
baik atau sebaliknya; dan segala kesenangan serta kebahagiaan di dunia dan di akhirat adalah hasil dari kepatuhan
(Islam) yang sempurna dalam mengerjakan apa yang disuruh dan meninggalkan segala yang dilarang.
Oleh kerana kesenangan dan kebahagiaan sejati hanya terdapat di akhirat, maka balasan syurga dan segala nikmat di
dalamnya hendaklah menjadi harapan yang utama kepada setiap orang dengan mematuhi ajaran Islam.

Hadis Kelapan

‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم قَا َل َم ْن أَطَا َعنِي فَقَ ْد أَطَا َع‬


‫صلﱠى ﱠ‬َ ِ‫ﷲ‬ ‫ َع ْن أَبِي ھُ َر ْي َرةَ أَ ﱠن َرسُو َل ﱠ‬-8
‫صى‬ َ ‫ﷲَ َو َم ْن أَطَا َع ْاألَ ِمي َر فَقَ ْد أَطَا َعنِي َو َم ْن َع‬‫صى ﱠ‬ َ ‫صانِي فَقَ ْد َع‬ َ ‫ﷲَ َو َم ْن َع‬ ‫ﱠ‬
(‫ )البخاري ومسلم‬.‫صانِي‬ َ ‫ْاألَ ِمي َر فَقَ ْد َع‬

8 - Dan dari Abu Hurairah juga, dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Sesiapa yang taat kepada ku maka sesungguhnya ia
telah taat kepada Allah, dan sesiapa yang derhaka kepada ku maka sesungguhnya ia telah derhaka kepada Allah,
dan (selain itu) sesiapa yang taat kepada ketua - pemerintah maka sesungguhnya ia telah taat kepada ku dan sesiapa
yang derhaka kepada ketua - pemerintah maka sesungguhnya ia telah derhaka kepada ku .."

(Bukhari dan Muslim)

Hadis yang kelapan ini menyatakan bahawa:

Taat kepada Rasulullah s.a.w. dan taat kepada pemerintah bererti taat kepada Allah.

Huraiannya:
Sebagaimana yang diterangkan bahawa di antara pengertian-pengertian Islam ialah taat atau mematuhi hukum
Allah. Oleh kerana hukum-hukum itu dibawa dan disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. dan dijalankan oleh
pemerintah serta pemerintah-pemerintah itu pula mengadakan hukum-hukum dan peraturan yang tidak
berlawanan dengannya, maka taat kepada Rasulullah s.a.w dan kepada pemerintah itu bererti taat yang membawa
keredhaan Allah. Sebaliknya menderhaka kepada Rasul dan pemerintah yang bersifat demikian, bererti kederhakaan
yang menyebabkan kemurkaan Allah.
Oleh itu, maka orang yang berakal siuman, sudah tentu berusaha menjauhi dirinya dan segala apa jua yang
menyebabkan kemurkaan Allah, dan tidak ada jalan yang lain melainkan mematuhi ajaran-ajaran Islam.

Hadis Kesembilan

‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم قَا َل تَ ِجي ُء ْاألَ ْع َما ُل يَ ْو َم‬


‫صلﱠى ﱠ‬ ‫ َع ْن أَبِي ھُ َر ْي َرةَ أَ ﱠن َرسُو َل ﱠ‬-9
َ ِ‫ﷲ‬
‫ْالقِيَا َم ِة فَتَ ِجي ُء الص َﱠالةُ فَتَقُو ُل يَا َربﱢ أَنَا الص َﱠالةُ فَيَقُو ُل إِنﱠ ِك َعلَى َخي ٍْر فَتَ ِجي ُء‬
ْ‫ص َدقَةُ فَيَقُو ُل إِنﱠ ِك َعلَى َخي ٍْر ثُ ﱠم يَ ِجي ُء الصﱢ يَا ُم فَيَقُو ُل أَي‬
‫ص َدقَةُ فَتَقُو ُل يَا َربﱢ أَنَا ال ﱠ‬
‫ال ﱠ‬
‫ك فَيَقُو ُل ﱠ‬
‫ﷲُ َع ﱠز‬ َ ِ‫ك َعلَى َخي ٍْر ثُ ﱠم تَ ِجي ُء ْاألَ ْع َما ُل َعلَى َذل‬ َ ‫يَا َربﱢ أَنَا الصﱢ يَا ُم فَيَقُو ُل إِنﱠ‬
ِ ْ ‫ت الس َﱠال ُم َوأَنَا‬
‫اإلس َْال ُم‬ َ ‫اإلس َْال ُم فَيَقُو ُل يَا َربﱢ أَ ْن‬ ِ ْ ‫ك َعلَى َخي ٍْر ثُ ﱠم يَ ِجي ُء‬ َ ‫َو َج ﱠل إِنﱠ‬
(‫ )اإلمام أحمد‬.‫ك أُ ْع ِطي‬ َ ِ‫ك ْاليَ ْو َم آ ُخ ُذ َوب‬
َ ِ‫ك َعلَى َخي ٍْر ب‬ َ ‫ﷲُ َع ﱠز َو َج ﱠل إِنﱠ‬‫فَيَقُو ُل ﱠ‬

9 - Dan dari Abu Hurairah juga, katanya: Rasulullah s.a.w., bersabda: "Segala amal akan datang pada hari qiamat
(untuk memberi syafaat kepada yang mengerjakannya), - di antaranya sembahyang datang lalu berkata: "Ya
Tuhanku! Akulah sembahyang"; Allah Taala berfirman (kepadanya): "Tujuan engkau itu baik, (tetapi engkau
sahaja belum cukup)"; dan (selepas itu) datang pula sedekah, puasa dan amal-amal yang lain, semuanya itu
Allah berfirman (kepada tiap-tiap satunya): "Tujuan engkau itu baik, tetapi engkau sahaja belum cukup)"; kemudian
datang pula Islam lalu berkata: "Ya Tuhanku! Enqkaulah Tuhan yang bernama: As-Salam dan akulah: "Islam";
maka Allah Taala berfirman (kepadanya): "Tujuan engkau itu baik, pada hari ini dengan engkaulah aku menerima
dan dengan engkaulah juga aku memberi balasan".
(Imam Ahmad)

Hadis yang kesembilan ini menyatakan bahawa:


Amal-amal: Sembahyang, zakat, puasa dan lain-lainnya, datang pada hari qiamat untuk menolong yang
mengerjakannya. Islam juga datang dan dengan Islamlah dinilai segala amal.

Huraiannya:

Keadaan Amal-amal yang baik pada hari Qiamat:


Segala yang berlaku pada hari qiamat, seperti kebangkitan manusia hidup semula dan balasan amal-amal masing-
masing, keadaan syurga dan neraka dan lain-lainnya adalah perkara-perkara yang diterangkan perihalnya oleh Allah
dan RasulNya; segala yang diterangkannya itu adalah benar belaka, tetap berlaku, sama ada manusia meyakininya
atau tidak.

Apa jua yang akan berlaku pada hari qiamat tidak harus diukur dengan perkara-perkara biasa yang berlaku dalam
dunia ini, kerana segala yang berlaku dalam alam akhirat adalah berlainan sama sekali keadaannya.

Dalam hadis ini, Rasulullah s.a.w., menerangkan bahawa pada hari qiamat kelak, amal-amal: Sembahyang, zakat,
puasa dan lain-lainnya, masing-masing datang mengadap ke hadrat Allah `Azza wa Jalla dengan tujuan hendak
memohon syafaat (pertolongan) bagi orang yang mengerjakannya.

Allah Taala memuji tujuan baik tiap-tiap amal itu dan menerangkan kepadanya, bahawa itu sahaja belum cukup dan
belum tentu lagi dapat memberikan pertolongan selagi masing-masing belum dinilai tentang sahnya dan
sempurnanya.

Setelah itu datanglah Islam mengadap Allah Taala dan memujiNya. Tujuan kedatangannya, juga untuk
memohonkan syafaat pertolongan bagi orang yang mengerjakan amal dengan mematuhinya.

Allah Taala memuji tujuan Islam yang baik itu dan menegaskan bahawa dengan adanya Islam yang sempurna pada
tiap-tiap amal yang dikerjakan maka Allah menerima amal itu serta membalasnya dengan balasan yang
sesuai dengannya.

 
Bab: 4 

Tajuk: KELEBIHAN‐KELEBIHAN AGAMA ISLAM 

Firman Allah Taala, maksudnya: " .. dan aku telah redhakan Islam menjadi agama untuk kamu .. (3, Al-Maidah).

Hadis Kesepuluh

‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم يَقُو ُل إِ َذا أَ ْسلَ َم‬ ‫صلﱠى ﱠ‬ َ ِ‫ﷲ‬ ‫َع ْن أَبِي َس ِعي ٍد ْال ُخ ْد ِريﱢ أَنﱠهُ َس ِم َع َرسُو َل ﱠ‬
ُ‫صاص‬ َ ِ‫ك ْالق‬ َ ِ‫ان بَ ْع َد َذل‬
َ ‫ان َزلَفَھَا َو َك‬ َ ‫ﷲُ َع ْنهُ ُك ﱠل َسيﱢئَ ٍة َك‬ ‫ْال َع ْب ُد فَ َحس َُن إِس َْال ُمهُ يُ َكفﱢ ُر ﱠ‬
‫ﷲُ َع ْنھَا‬ ‫ْف َوال ﱠسيﱢئَةُ بِ ِم ْثلِھَا إِ ﱠال أَ ْن يَتَ َجا َو َز ﱠ‬
ٍ ‫ضع‬ ِ ‫ ْال َح َسنَةُ بِ َع ْش ِر أَ ْمثَالِھَا إِلَى َسب ِْع ِمائَ ِة‬.
(‫)البخاري‬

10 - Dari Abi Sa'id Al-Khudri ra., bahawa ia telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apabila seseorang itu
memeluk Islam, lalu ia mengerjakan amal-amal yang membuktikan keislamannya dengan sebaik-baiknya (serta
dengan ikhlas), Allah akan mengampunkan tiap-tiap kejahatan yang telah dilakukannya dahulu (sebelum Islam) dan
sesudah itu dijalankanlah balasan (bagi segala amalnya) - tiap-tiap satu kebaikan (akan dibalas) dengan sepuluh kali
gandanya hingga kepada tujuh ratus kali ganda dan tiap-tiap satu kejahatan (akan dibalas) dengan satu kejahatan
yang menyamainya, kecuali jika Allah mengampunkannya."

(Bukhari)

Hadis yang kesepuluh ini mengandungi:

(1) Setiap orang yang masuk Islam dengan sebenar-benarnya akan diampunkan segala dosanya yang telah lalu.

(2) Sesudah ia masuk Islam, baharulah ia akan diberi balasan menurut ketetapan yang tertentu.

(3) Balasan orang yang berdosa, terserah kepada Allah.

Huraiannya:

Pertama - Soal orang kafir masuk Islam:

Tiap-tiap perbuatan yang dikerjakan dan kepercayaan yang dii'tikadkan oleh seseorang tetap dikira baik dan
buruknya, atau pahala dan dosanya.

Tetapi orang kafir apabila masuk Islam, maka segala bawaannya meliputi perbuatan dan kepercayaan yang
dilakukannya sebelum itu diampunkan dan bersihlah ia dari menanggung sebarang dosa.

Kedua - Balasan amalnya yang dilakukan setelah memeluk Islam:

Sesudah itu dijalankan semula hitungan tentang kepercayaan dan amal-amal yang dilakukannya, juga tentang
dosa dan pahalanya, iaitu tiap-tiap satu amal kebajikan yang dikerjakannya apakala sempurna syaratnya diberi
balasan sepuluh kali ganda hingga tujuh ratus kali ganda, menurut kesempurnaan amal-amal itu dan keikhlasan
orang yang mengerjakannya.
Sebaliknya tiap-tiap satu amal kejahatannya - jika dikehendaki Allah - dibalas dengan hanya satu kejahatan yang
sama dengannya.

Ketiga - Balasan orang yang berdosa:

Dalam hadis ini, Rasulullah s.a.w. menerangkan satu hakikat bahawa orang yang melakukan dosa tak boleh
ditentukan balasan buruknya, kerana hal itu terserah kepada Allah Azza wa jalla.

Oleh yang demikian, tidak harus bagi seseorang menentukan balasan buruk kepada orang yang mati dalam maksiat.

Dengan ini tertolaklah pegangan puak yang menetapkan balasan neraka kepada
orang yang melakukan dosa besar dan pegangan puak yang mengatakan bahawa orang yang berdosa besar,
terkeluar dan Islam; juga tertolaknya kepercayaan puak yang menetapkan bahawa orang yang berdosa besar itu
kekal dalam neraka.

Hadis Kesebelas

ُ‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم إِ َذا أَحْ َس َن أَ َح ُد ُك ْم إِس َْال َمه‬


‫صلﱠى ﱠ‬
َ ِ‫ﷲ‬ ‫َع ْن أَبِي ھُ َر ْي َرةَ قَا َل قَا َل َرسُو ُل ﱠ‬
‫ْف َو ُكلﱡ َسيﱢئَ ٍة يَ ْع َملُھَا‬ ٍ ‫ضع‬ ِ ‫فَ ُكلﱡ َح َسنَ ٍة يَ ْع َملُھَا تُ ْكتَبُ لَهُ بِ َع ْش ِر أَ ْمثَالِھَا إِلَى َسب ِْع ِمائَ ِة‬
‫تُ ْكتَبُ لَهُ بِ ِم ْثلِھَا‬. (‫)البخاري‬
11 - Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apabila salah seorang dari kamu mengerjakan
amal-amal yang membuktikan keIslamannya dengan sebaik-baiknya (serta dengan ikhlas), maka tiap-tiap
kebaikan yang dikerjakannya akan ditulis baginya sepuluh kebaikan yang menyamainya hingga kepada tujuh ratus
kali ganda dan tiap-tiap satu kejahatan yang dilakukannya akan ditulis baginya (satu kejahatan) yang
menyamainya."

(Bukhari)

Hadis yang kesebelas ini mengandungi tentang:

Nilaian Islam terhadap kebajikan dan kejahatan:

Huraiannya:

Islam memang ada kelebihannya dengan sifatnya agama yang sah di sisi Allah. Di antara kelebihan-kelebihan Islam
ialah tiap-tiap satu amal yang baik diberi balasan sekurang-kurangnya dengan sepuluh kali ganda. Kelebihan ini
tidak dapat dicapai dengan pengakuan mulut semata-mata, atau dengan sebab keturunan Islam sahaja, tetapi dicapai
hanya dengan amal-amal yang baik, yang sempurna lagi ikhlas untuk beroleh keredhaan Allah `Azza wa Jalla.

Bagi orang yang baru masuk Islam, sebagaimana yang diterangkan perihalnya dalam hadis yang kesepuluh,
hendaklah - selain daripada tetapnya mematuhi Islam - masuknya dengan tujuan mencari keredhaan Allah semata-
mata, bukan kerana tujuan yang lain.

Bagi orang-orang yang berketurunan Islam pula, hendaklah mereka tetap mematuhi Islam, dan mengerjakan ajaran-
ajaran Islam dengan sempurna dan ikhlas! Dengan yang demikian baharulah Islamnya itu dinilai oleh Allah Taala
dan diberi balasan yang berganda-ganda.
Hadis Kedua Belas

‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم قَا َل َم ْن‬‫صلﱠى ﱠ‬ َ ‫ﷲُ َع ْنهُ َع ْن النﱠبِ ﱢي‬ ‫ض َي ﱠ‬ِ ‫ت َر‬ ِ ‫َع ْن ُعبَا َدةَ ب ِْن الصﱠا ِم‬
‫ك لَهُ َوأَ ﱠن ُم َح ﱠم ًدا َع ْب ُدهُ َو َرسُولُهُ َوأَ ﱠن ِعي َسى َع ْب ُد‬ َ ‫ﷲُ َوحْ َدهُ َال َش ِري‬ ‫َش ِھ َد أَ ْن َال إِلَهَ إِ ﱠال ﱠ‬
ُ‫ﷲ‬ ‫ق أَ ْد َخلَهُ ﱠ‬
‫ق َوالنﱠا ُر َح ﱞ‬ ‫ﷲِ َو َرسُولُهُ َو َكلِ َمتُهُ أَ ْلقَاھَا إِلَى َمرْ يَ َم َورُو ٌح ِم ْنهُ َو ْال َجنﱠةُ َح ﱞ‬ ‫ﱠ‬
‫ان ِم ْن ْال َع َم ِل‬
َ ‫ال َجنﱠةَ َعلَى َما َك‬. ْ (‫)البخاري ومسلم‬
12 - Dari Ubadah bin As-Samit r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Sesiapa yang meyakini serta
menerangkan kebenaran bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah yang Maha Esa,
tiada sekutu bagiNya dan bahawa sesungguhnya Nabi Muhammad ialah hambaNya dan RasulNya dan bahawa
sesungguhnya Nabi Isa ialah hamba Allah dan anak hambaNya (Mariam) serta RasulNya dan (Nabi Isa juga ialah
"Kalimah Allah"(1) yang telah disampaikan kepada Maryam dan (ia juga tiupan) roh daripadaNya(2) dan (bahawa)
Syurga (yang dijanjikan) itu benar dan Neraka (yang dijanjikan) itu benar, nescaya Allah akan memasukkannya ke
dalam Syurga dengan apa sahaja keadaan amalnya."

(Bukhari dan Muslim)

__________________________

(1) "Kalimah Allah" yakni Nabi Isa (a.s.) dijadikan oleh Allah Taala tidak berbapa, hanya dengan kalimah "Kun" ertinya: "Jadilah engkau" maka menjadilah ia.

(2) Yakni bahawa Nabi Isa (a.s.) dikandungkan oleh ibunya: Siti Maryam yang masih gadis hanya dengan tiupan "Roh Al-Qudus" (Malaikat Jibril) yang datang kepadanya dengan
perintah Allah `Azza Wa Jalla, meniupkan benih ke dalam rahimnya.

Kandungan hadis yang kedua belas ini menerangkan:

(1) Keyakinan dan penerangan yang dengannya seseorang tetap dimasukkan ke dalam Syurga.

(2) Islam menentang fahaman-fahaman sesat.

Huraiannya:

Pertama - Keyakinan dan Penerangan:

Untuk mendapat balasan baik dari Allah s.w.t. dan perlindungan dari azabNya, maka tak dapat tidak seseorang itu
mestilah melafazkan kalimah syahadat iaitu menerangkan keyakinannya tentang keesaan Allah, kerasulan Nabi
Muhammad s.a.w dan menerangkan keyakinannya bahawa Nabi Isa (a.s.): Hamba Allah dan RasulNya, juga
menerangkan keyakinannya tentang adanya balasan Syurga dan Neraka.

Maka sesiapa mati dengan berpegang teguh kepada i'tikad yang demikian nescaya tetaplah ia menjadi ahli Syurga.
Dalam pada itu kalaulah ia seorang yang mengerjakan perkara-perkara yang diwajibkan dan menjauhkan diri dari
segala yang diharamkan, maka ia akan terus masuk Syurga; kalau tidak maka perkaranya terserah kepada Allah -
jika Allah kehendaki diazabkannya menurut dosa-dosa dan kecuaiannya, kemudian dimasukkan dia ke dalam
Syurga dan jika Allah kehendaki diampunkannya dan dimasukkan dia ke dalam Syurga.
Kedua - Menentang fahaman Sesat:

Hadis Rasulullah s.a.w. ini menerangkan asas kepercayaan Islam yang menolak bulat-bulat kepercayaan dan
fahaman:

(1) Orang-orang Kristian yang mengatakan kononnya Nabi Isa anak Tuhan.

(2) Orang-orang Yahudi yang mengingkari kerasulan Nabi Isa.

(3) Puak-puak yang mengatakan tidak ada Syurga dan Neraka.

 
Bab: 5 

Tajuk: RUKUN‐RUKUN AGAMA (IMAN, ISLAM DAN IHSAN) 

Firman Allah Taala, maksudnya: "Sebenarnya orang-orang yang beriman dan beramal salih, sesungguhnya Kami
tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki amalnya." (30, Al-Kahf).

"Bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi perintah-Nya) sedang ia pula berusaha
memperbaiki amalnya maka ia akan beroleh pahala di sisi Tuhannya .." (112, Al-Baqarah).

"Untuk orang-orang yang berusaha memperbaiki amalnya, dikurniakan segala kebaikan serta satu tambahan yang
mulia .." (26, Yunus).

Hadis Ketiga Belas

‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم‬ ‫صلﱠى ﱠ‬ َ ِ‫ﷲ‬ ‫ُول ﱠ‬ِ ‫ب قَا َل بَ ْينَ َما نَحْ ُن ِع ْن َد َرس‬ ِ ‫ َع ْن ُع َم َر ب ِْن ْال َخطﱠا‬-13
‫ب َش ِدي ُد َس َوا ِد ال ﱠش َع ِر َال يُ َرى َعلَ ْي ِه‬ ِ ‫اض الثﱢيَا‬ِ َ‫ات يَ ْو ٍم إِ ْذ طَلَ َع َعلَ ْينَا َر ُج ٌل َش ِدي ُد بَي‬ َ ‫َذ‬
‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم فَأ َ ْسنَ َد‬ ‫صلﱠى ﱠ‬ َ ‫س إِلَى النﱠبِ ﱢي‬ َ َ‫ْرفُهُ ِمنﱠا أَ َح ٌد َحتﱠى َجل‬ ِ ‫أَثَ ُر ال ﱠسفَ ِر َو َال يَع‬
‫اإلس َْال ِم‬ ِ ْ ‫ض َع َكفﱠ ْي ِه َعلَى فَ ِخ َذ ْي ِه َوقَا َل يَا ُم َح ﱠم ُد أَ ْخبِرْ نِي َع ْن‬ َ ‫ُر ْكبَتَ ْي ِه إِلَى ُر ْكبَتَ ْي ِه َو َو‬
‫ﷲُ َوأَ ﱠن ُم َح ﱠم ًدا‬ ‫اإلس َْال ُم أَ ْن تَ ْشھَ َد أَ ْن َال إِلَهَ إِ ﱠال ﱠ‬ ِ ْ ‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم‬ ‫صلﱠى ﱠ‬ َ ِ‫ﷲ‬ ‫فَقَا َل َرسُو ُل ﱠ‬
‫ان‬َ ‫ض‬ َ ‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم َوتُقِي َم الص َﱠالةَ َوتُ ْؤتِ َي ال ﱠز َكاةَ َوتَصُو َم َر َم‬ ‫صلﱠى ﱠ‬ َ ِ‫ﷲ‬ ‫َرسُو ُل ﱠ‬
‫ص ﱢدقُهُ قَا َل‬ َ ُ‫ت قَا َل فَ َع ِج ْبنَا لَهُ يَسْأَلُهُ َوي‬ َ ‫ص َد ْق‬َ ‫يال قَا َل‬ ً ِ‫ْت إِلَ ْي ِه َسب‬
َ ‫ْت إِ ْن ا ْستَطَع‬ َ ‫َوتَ ُح ﱠج ْالبَي‬
‫ان قَا َل أَ ْن تُ ْؤ ِم َن بِا ﱠ ِ َو َم َالئِ َكتِ ِه َو ُكتُبِ ِه َو ُر ُسلِ ِه َو ْاليَ ْو ِم ْاآل ِخ ِر‬ ِ ‫اإلي َم‬ ِ ْ ‫فَأ َ ْخبِرْ نِي َع ْن‬
َ‫ﷲ‬ ‫ان قَا َل أَ ْن تَ ْعبُ َد ﱠ‬ ِ ‫اإلحْ َس‬ ِ ْ ‫ت قَا َل فَأ َ ْخبِرْ نِي َع ْن‬ َ ‫ص َد ْق‬َ ‫َوتُ ْؤ ِم َن بِ ْالقَ َد ِر َخي ِْر ِه َو َشرﱢ ِه قَا َل‬
‫ك قَا َل فَأ َ ْخبِرْ نِي َع ْن السﱠا َع ِة قَا َل َما ْال َم ْسئُو ُل‬ َ ‫ك تَ َراهُ فَإِ ْن لَ ْم تَ ُك ْن تَ َراهُ فَإِنﱠهُ يَ َرا‬ َ ‫َكأَنﱠ‬
‫َع ْنھَا بِأ َ ْعلَ َم ِم ْن السﱠائِ ِل قَا َل فَأ َ ْخبِرْ نِي َع ْن أَ َما َرتِھَا قَا َل أَ ْن تَلِ َد ْاألَ َمةُ َربﱠتَھَا َوأَ ْن تَ َرى‬
‫ت َملِيًّا ثُ ﱠم‬ ُ ‫ق فَلَبِ ْث‬
َ َ‫ان قَا َل ثُ ﱠم ا ْنطَل‬ِ َ‫ون فِي ْالبُ ْني‬ َ ُ‫ْال ُحفَاةَ ْال ُع َراةَ ْال َعالَةَ ِر َعا َء ال ﱠشا ِء يَتَطَا َول‬
‫ﷲُ َو َرسُولُهُ أَ ْعلَ ُم قَا َل فَإِنﱠهُ ِجب ِْري ُل أَتَا ُك ْم‬ ‫ت ﱠ‬ ُ ‫قَا َل لِي يَا ُع َم ُر أَتَ ْد ِري َم ْن السﱠائِ ُل قُ ْل‬
(‫ )مسلم‬.‫يُ َعلﱢ ُم ُك ْم ِدينَ ُك ْم‬

13 - Dari Umar bin Al Khattab r.a., katanya: Pada suatu hari, dalam masa kami sedang duduk di sisi Rasulullah
s.a.w, tiba-tiba muncul kepada kami seorang lelaki: Putih melepak pakaiannya, hitam legam rambutnya, tidak
kelihatan padanya tanda-tanda perjalanan (sebagai seorang pengembara), dan tidak ada seorang pun dari kami yang
mengenalinya; (demikianlah halnya) sehinggalah ia duduk mengadap Nabi s.a.w. lalu ia menemukan kedua lututnya
kepada kedua lutut Baginda sambil meletakkan kedua tapak tangannya atas kedua pahanya serta berkata: "Wahai
Muhammad! Beritahulah kepada ku tentang (dasar-dasar) Islam(1)?" Maka Rasulullah s.a.w. menerangkan: "(Dasar-
dasar) Islam itu ialah engkau melafazkan kalimah syahadat (meyakini serta menerangkan kebenaran) bahawa
sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Nabi Muhammad
ialah pesuruh Allah dan engkau mendirikan sembahyang dan memberi zakat serta berpuasa pada bulan
Ramadan dan juga engkau mengerjakan Haji ke Baitullah jika engkau mampu sampai kepadanya." (Mendengarkan
penerangan Baginda yang demikian) ia berkata: "Benarlah apa yang tuan katakan itu!" Kata Umar: Maka kami
merasa hairan terhadap orang itu - ia bertanya kepada Baginda dan ia juga mengesahkan benarnya (sebagai seorang
yang mengetahui perkara yang ditanyakannya itu). Kemudian ia bertanya lagi: "Beritahulah kepada ku tentang
iman(2)?" Nabi s.a.w. menerangkan: "(Iman itu ialah) engkau beriman kepada Allah, Malaikat MalaikatNya, Kitab-
kitabNya, Rasul-rasulNya, serta Hari Akhirat; dan engkau beriman kepada takdir (yang ditentukan oleh Allah) -
baiknya dan buruknya." (Mendengarkan yang demikian) ia berkata: "Benarlah apa yang tuan katakan itu."
Kemudian ia bertanya lagi: "Beritahulah kepada ku tentang ihsan(3)?" Nabi s.a.w. menerangkan: "(Ihsan itu ialah)
engkau mengerjakan ibadat kepada Allah Taala seolah-olah engkau melihatNya (memerhatikan keadaanmu)(4),
kiranya engkau tidak dapat melakukan yang demikian maka ingatlah bahawa Allah Taala tetap memerhatikan
keadaan mu." Kemudian orang itu bertanya lagi: "(Selain itu) maka beritahulah kepada ku tentang (masa
berlakunya) hari qiamat?" Nabi s.a.w. menjawab: "Orang yang ditanyakan mengenai hal itu bukanlah seorang yang
lebih mengetahui dan yang bertanya." Orang itu bertanya lagi: "Jika demikian maka beritahulah kepada ku tentang
tanda-tanda kedatangan hari qiamat itu?" Nabi s.a.w. menerangkan: "(Tanda-tanda itu ialah engkau akan dapati)
adanya hamba perempuan yang melahirkan anak yang menjadi tuannya dan engkau akan melihat orang-orang
(penduduk desa) yang berkaki ayam, yang tidak berpakaian sempurna, yang miskin menderita, yang menjadi
gembala kambing bermegah-megah dan berlawan-lawan antara satu dengan yang lain dalam perkara membina
bangunan-bangunan yang tinggi. " Umar berkata: Kemudian orang itu pun pergilah, maka tinggallah aku beberapa
hari (memikirkan halnya dan hendak mengetahui siapa dia).

Kemudian Rasulullah s.a.w. bertanya kepadaku, sabdanya: "Wahai Umar! Tahukah engkau siapa orang yang
bertanya itu?" Aku menjawab: "Allah dan RasulNya jualah yang mengetahui. "

(Pada saat itu) Rasulullah s.a.w. menerangkan: "Orang itu ialah Jibril, ia datang untuk mengajar kamu akan agama
kamu."

(Muslim)

________________________________

(1) "Islam" di sini ialah dengan pengertian yang kedua yang telah diterangkan pada bab yang ketiga.

(2) "Iman" bererti:


Pertama - Percayakan benarnya sesuatu yang tertentu serta sanggup mematuhi apa yang dikehendaki oleh kepercayaan itu.
Kedua - Segala jenis amalan taat - hasil dari kepercayaan dan kesanggupan itu.
Ketiga - Perkara-perkara yang diimankan itu; dan iman dengan erti inilah yang dikehendaki di sini.

(3) "Ihsan" di sini maksudnya: Cara mengerjakan sesuatu taat - terutama amal ibadat - dengan sebaik-baiknya, lengkap segala peraturannya serta dengan ikhlas kepada Allah
Taala.

(4) Yakni hendaklah engkau lakukan amal ibadat atau taatmu kepada Allah s.w.t. dengan keadaan seolah-olah engkau nampak Ia melihat dan memerhatikan zahir batinmu.
kiranya engkau tidak dapat mencapai keadaan itu maka hadirkanlah keyakinanmu bahawa Allah Taala tetap melihat dan memerhatikan mu kerana sesungguhnya Ia
sentiasa melihat dan memerhatikan segala keadaanmu.

Hadis yang ketiga belas ini menerangkan:

(1) Ada kalanya Malaikat pembawa Wahyu - Menyamar diri sebagai seorang manusia.

(2) Iman, Islam dan Ihsan.

(3) Tanda-tanda kedatangan Qiamat.


Huraiannya:

Pertama - Malaikat Jibril (a.s) ada kalanya menyamar sebagai seorang manusia:

Pada suatu hari, sedang Rasulullah s.a.w dihadapi oleh sahabat-sahabatnya, tiba-tiba datanglah seorang lelaki seperti
yang diterangkan dalam hadis ini, lalu bertanya tentang perkara-perkara agama. Apabila Baginda menjawab
pertanyaannya, ia segera mengesahkan benarnya. Ini menjadikan sahabat-sahabat Baginda hairan
memikirkan halnya, dia bertanya dan dia pula mengesahkan kebenaran jawapan Baginda.

Kehairanan sahabat-sahabat Nabi itu hilang apabila Baginda sendiri menerangkan pada akhirnya bahawa yang
bertanya itu ialah Malaikat Jibril (as.).

Soal Wahyu:

Wahyu adalah satu perkara pokok yang menjadi dasar bagi segala perkara agama. Orang yang tidak
mempercayai wahyu, sudah tentu tidak ada kepercayaannya kepada Rasul-rasul utusan Allah, Kitab-kitabNya dan
lain-lain lagi yang berhubung dengan iman. Ada orang yang percaya, bahawa junjungan kita Muhammad s.a.w.
seorang pemimpin yang bijak. Jika setakat itu sahaja kepercayaannya terhadap Baginda maka itu belum cukup,
selagi dia tidak mempercayai bahawa kebijaksanaan Baginda itu - selain daripada sifat semula jadinya yang
istimewa, Baginda pula mendapat wahyu dan pimpinan dan Allah Azza wa Jalla.

Kedua - Iman, Islam dan Ihsan berkaitan satu sama lain:

Di antara perkara-perkara yang ditanyakan kepada Rasulullah s.a.w. ialah soal Iman, Islam dan Ihsan, lalu dijawab
oleh Baginda satu persatu. Walau pun pertanyaan itu dibuat satu-satu dengan berasingan, tetapi ketiga-tiganya
merupakan satu hakikat jua, iaitu "Agama". Hal ini telah dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. pada akhir hadis ini
bahawa yang bertanya itu ialah Malaikat Jibril, datangnya untuk mengajar mereka akan "Agama" mereka.

Jelasnya, "Agama" itu jika dipandang dan segi amalan-amalan zahir disebut dengan nama "Islam"; jika dipandangi
dari segi kepercayaan dan keyakinan hati disebut dengan nama "Iman"; dan jika dipandang dan segi kesempurnaan
cara pelaksanaan dua perkara itu disebut dengan nama "Ihsan".

Tiga perkara yang dipandang dari segi-segi yang berlainan itu tidak harus berpisah antara satu dengan yang lain.

"Agama" itu adalah ibarat sebatang pohon, - Akar umbinya serta usul asalnya bahkan benihnya ialah "Iman"; dan
seluruh pohon itu meliputi batangnya, dahannya, rantingnya, daunnya, bunganya dan buahnya ialah "Islam";
manakala kesuburannya, keharumannya, kemanisannya dan seluruh keindahannya ialah "Ihsan".

Dengan huraian ini nyatalah salahnya orang yang menganggap bahawa Iman, Islam dan Ihsan boleh berasingan
antara satu dengan yang lain; dan lebih-lebih lagi salahnya orang yang menganggap bahawa Ihsan itu boleh ada atau
dapat dilaksanakan dengan ketiadaan Iman dan Islam, kerana ihsan itu ialah sifat bagi keduanya dan sememang
maklum bahawa "Sifat" tidak boleh ada dengan ketiadaan "Mausuf" (perkara yang disifatkan).

Islam dan Asasnya yang lima:

Sebagaimana yang telah diterangkan bahawa salah satu dan pengertian "Islam" itu ialah hukum-hukum dan
keterangan-keterangan yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan Allah `Azza wa Jalla.

Hukum-hukum dan peraturan yang tersebut, yang terdiri dari suruh dan tegah, meliputi segala bidang hidup
umat manusia.

Islam yang demikian sifatnya, berasaskan lima perkara - sebagaimana yang diterangkan oleh Baginda dalam hadis
mi.
Dari lima asas inilah terbit dan kembali kepadanya segala hukum dalam setiap keadaan umat manusia - dalam
alam kehidupan ini.

Asas-asas Islam yang lima itu ialah:

Pertama - Mengakui kebenaran tiap-tiap perkara yang benar dan melafazkan "Kalimah At-Taqwa":
Di antara syarat-syarat bagi mencapai keselamatan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat ialah
menghormati kebenaran setiap perkara yang benar, dengan jalan mengakui dan mengamalkannya. Ini dengan
sendirinya mewajibkan menolak kesalahan tiap-tiap perkara yang salah.

Oleh kerana sebenar-benar perkara yang benar ialah keesaan Allah Taala Tuhan yang wajib Al-Wujud dan kerasulan
Nabi Muhammad s.a.w., maka mengucap dua kalimah syahadat:

‫أَ ْشھَ ُد أَ ْن ال إِلَهَ إِال ﷲ َوأَ ْشھَ ُد أَ ﱠن ُم َح ﱠم ًدا َرس ُْو ُل ﷲ‬


- Yang ertinya: "Aku meyakini serta menerangkan kebenaran, bahawa sesungguhnya tiada tuhan yang
berhak disembah melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Nabi Muhammad ialah pesuruh Allah" adalah menjadi
asas atau "Rukun Islam" yang pertama bahkan menjadi anak kunci bagi seseorang masuk Islam.

Tiap-tiap orang Islam dituntut melafazkan "Kalimah Al-Taqwa" dalam kehidupan sehari-hari.

"Kalimah Al-Taqwa" itu ialah tiap-tiap tutur kata yang memelihara dan menyelamatkan seseorang dan tiap-tiap
perkara yang membahayakannya serta mendatangkan manfaat dan kebahagiaan, sama ada di dunia mahu pun di
akhirat dan semulia-mulia "Kalimah At-Taqwa" itu ialah:

‫ال إِلَهَ إِال ﷲ ُم َح ﱠم ٌد َرس ُْو ُل ﷲ‬

Kedua - Menggunakan segala anggota berusaha dan mengerjakan dengan cara yang teratur akan amal-amal
bakti sama ada yang diwajibkan atau yang digalakkan untuk diri dan masyarakat, bagi mengenang budi dan
mensyukuri nikmat-nikmat, dengan harapan mencapai kebaikan dan menjauhkan perkara-perkara yang
merosakkan, serta dengan sepenuh-penuh kesedaran mengingati Allah dan berdoa kepadaNva memohon
taufik dan hidayah-Nya ke jalan yang diredhai-Nya.

Semuanya itu terdapat dalam "Sembahyang", dan dengan ini nyatalah hikmatnya sembahyang itu menjadi asas atau
"Rukun Islam" yang kedua, dan dengan ini juga nyatalah tepatnya sabda Nabi s.a.w. yang maksudnya: "Sembahyang
itu tiang agama, sesiapa yang meninggalkannya maka sesungguhnya ia telah meruntuhkan agama."

(Untuk penjelasan yang lebih lanjut mengenai sembahyang, lihatlah lampiran "B", pada akhir bab ini).

Ketiga - Berkorban dengan Harta Benda:

Harta benda adalah merupakan asas bagi segala urusan hidup dalam dunia ini. Oleh itu maka sebahagian besar dan
daya usaha manusia dicurahkan untuk mencari dan memiliki harta benda dan kekayaan. Tetapi bukan semuanya
berhasil mencapai kesenangan dan kemewahan itu dengan sepenuhnya, bahkan bukan sedikit - dari setiap bangsa di
dunia ini - yang hidup miskin dan menderita.

Dengan yang demikian, maka membelanjakan harta benda untuk menolong orang-orang yang fakir miskin dan yang
memerlukan bantuan, dan juga untuk kebajikan Islam - sebagaimana yang terdapat dalam amalan "Zakat" - adalah
menjadi satu cara hidup yang aman makmur
Oleh itu, maka nyatalah hikmatnya kewajipan mengeluarkan zakat itu menjadi salah satu dari asas atau "Rukun
Islam".

Keempat - Membendung kemahuan hawa nafsu:

Sebahagian besar dari kejadian kacau bilau yang berlaku dalam sesebuah masyarakat adalah akibat dari runtunan
hawa nafsu yang buas liar dan melampaui batas, sehingga ada yang melupai kehormatan din dan rumahtangga,
mencuaikan tugas dan kewajipan, mengkhianati amanah dan berbagai-bagai perkara jenayah lagi.

Oleh itu, maka kewajipan menyekat hawa nafsu dan menentang runtunan liarnya, serta melarih diri
mengingati pengawasan Allah Taala akan segala yang zahir dan yang batin - sebagaimana yang terdapat dalam
amalan "Puasa" - adalah menjadi satu cara hidup yang aman sentosa.

Dengan yang demikian, maka nyatalah hikmatnya ibadat puasa itu menjadi salah satu dari asas atau "Rukun Islam".

Kelima - Menghadiri tempat-tempat perhimpunan untuk kebajikan:

Manusia tidak seharusnya memencilkan atau mengasingkan dirinya dari sebarang perhubungan dengan sesama
manusia.

Banyak perkara yang bersangkut paut dengan hidupnya, dengan agamanya, dengan pentadbiran negara dan
masyarakatnya tak dapat diselesaikan melainkan dengan jalan perjumpaan dan perundingan, lebih-lebih lagi
melalui persidangan antarabangsa.

Oleh itu, bagi mencapai kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat, maka menghadiri tempat-tempat
perhimpunan untuk kebajikan sekadar yang mampu, bagi melahirkan sikap memperhambakan diri kepada Allah
`Azza wa Jalla, dan bersyukur akan nikmat-nikmatNya, serta melaksanakan dasar bersatu padu dan bersefahaman
antara sesama umat Islam dan juga untuk mendapat berbagai-bagai faedah dan manfaat dari segi rohani, akhlak,
kemasyarakatan dan ekonomi - sebagaimana yang terdapat dalam "Ibadat Haji" - adalah menjadi satu cara hidup
yang aman damai dan bahagia.

Dengan yang demikian, maka nyatalah hikmatnya ibadat haji itu menjadi salah satu dari asas atau "Rukun Islam".

Iman dan Asasnya yang enam:

Sebagaimana yang diketahui bahawa Islam yang diterangkan dalam hadis ini bererti: "Mematuhi apa yang
disampaikan oleh Rasulullah s.a.w maka sudah tentu Islam yang bererti: "Kepatuhan yang sebenar-benarnya tidak
akan wujud dengan ketiadaan iman atau kepercayaan yang tertentu, kerana: Islam itu adalah ibarat "Pokok",
manakala iman pula adalah ibarat !`Benih"; Dan bahawa sebarang gerak-geri yang disengajakan oleh manusia
adalah timbulnya dan sesuatu kepercayaan yang tertentu.

Dengan yang demikian, maka salah satu di antara rukun-rukun agama ialah iman atau kepercayaan, yang
berasaskan enam perkara.

Wujudnya Allah Pencipta Seluruh Alam:

Sebagaimana yang sedia maklum, manusia yang waras akal fikirannya memang sedar bahawa wujudnya adalah
diciptakan oleh Allah Maha Pencipta dan sebagaimana Ia sedar bahawa segala keadaan dan perjalanan dirinya
tertakluk kepada undang-undang dan peraturan yang ditetapkan oleh Maha Pencipta itu, ia juga sedar bahawa
dirinya tersusun dan jisim dan roh.

Undang-undang dan peraturan yang disedarinya menguasai keadaan dan perjalanan dirinya itu hanyalah untuk
keselamatan jisimnya apabila ia mematuhinya dengan sempurna, maka sudah tentu bagi rohnya pula wajiblah ia
mematuhi dengan sempurna akan undang-undang dan peraturan yang dikhaskan oleh Maha Pencipta untuk
keselamatan roh.

Dengan yang demikian, ia sudah tentu mempercayai adanya Maha Pencipta - iaitu Allah Taala - yang
menciptakan diri manusia dan menciptakan undang-undang serta peraturan jasmani dan rohaninya

Adanya Malaikat:

Undang-undang dan ilmu-ilmu jasmani boleh dicari dan dikaji oleh manusia, tetapi undang-undang dan peraturan
rohani iaitu "Hukum-hukum Syarak" tidak akan dapat diketahui melainkan dengan jalan diterima dari Allah Taala
dengan perantaraan Malaikat Wahyu, kerana menurut keadaan semula jadinya, manusia tidak dapat menerima
hukum secara langsung dari Allah S.W.T. kecuali Rasul-rasul pilihan, itupun pada keadaan yang tertentu.

Adanya Kitab-kitab Allah:

Hukum-hukum dan peraturan yang disampaikan oleh Malaikat Wahyu itu ditulis sebagai sebuah kitab untuk dibaca
dan dipelajari serta diamalkan oleh umat manusia.

Adanya Rasul-rasul Allah:

Sememang maklum bahawa undang-undang dan peraturan-peraturan itu tidak dapat difahami sebagaimana yang
semestinya oleh kebanyakan manusia, maka Allah Taala yang Amat Bijaksana telah memilih orang yang
diketahuiNya layak menjadi penyampai dan pensyarah yang menerangkan undang-undang itu satu persatu dan
pensyarah itu ialah Rasul-rasulNya.

Adanya Alam Akhirat:

Sesuatu undang-undang atau perlembagaan tidak akan ada nilainya kalaulah tidak dihormati dan dipatuhi.

Kebanyakan manusia tidak menghormati sesuatu undang-undang atau perlembagaan melainkan setelah mengetahui
balasan baik bagi orang yang menghormati dan mematuhinya dan balasan buruk bagi orang yang mencabuli dan
mencuaikannya.

Oleh sebab hidup manusia dalam alam dunia ini adalah untuk sementara waktu sahaja maka balasan yang sepenuh-
penuh kesempurnaannya dan seadil-adil keadaannya tentulah tidak difikir layak diberikan seseorang menerimanya
dalam alam sementara ini, bahkan bagi melayakkan yang tersebut, diakui benar adanya satu alam yang
berpanjangan lagi kekal iaitulah "Alam Akhirat" - Alam yang bermula dan masa berakhir hidup manusia dalam alam
dunia ini.

Tambahan pula manusia dijadikan Allah tersusun dari jisim dan roh yang tidak akan habis atau binasa dengan
berakhirnya alam dunia ini sekalipun jisimnya menjadi debu atau abu, bahkan roh itu tetap wujudnya berpindah dari
satu keadaan ke satu keadaan hingga bercantum dengan tubuhnya yang dibangkitkan hidup semula untuk masa yang
kekal itu.

Adanya Qadar dan Taqdir Allah:

Dari huraian-huraian yang tersebut, nyatalah bahawa Allah S.W.T. ialah pencipta seluruh alam meliputi manusia
dan makhluk-makhluk yang lain dan Dialah yang menyusun, mengatur dan menentukan hukum-hukum, undang-
undang dan peraturan, bagi segala keadaan makhluk seluruhnya, sama ada yang baik atau yang buruk.

Maka susunan dan penentuan ada nya dan berlakunya baik dan buruk itu ialah "Qadar Taqdir" tuhan yang azali,
yang menjadi "Rukun Iman" yang akhir.
Ihsan dan Peringkat-peringkatnya:

Sebagaimana yang sedia diketahui bahawa "Ihsan" ialah cara mengerjakan sesuatu taat dengan sebaik-baiknya,
lengkap segala peraturannya, serta dengan ikhlas kepada Allah Taala, iaitu bersih dari syirik dan sikap munafik serta
bersih dan perasaan riak, ujub dan lain-lainnya.

Yang demikian ini ialah hakikat Ihsan yang menjadi salah satu dari "Rukun-rukun Agama" yang tiga, yang dengan
ketiadaannya maka yang dua lagi - Iman atau Islam - tidak diterima, kerana taat yang dikerjakan dengan ketiadaan
Ihsan adalah ibarat patung yang tidak bernyawa.

Ini ialah peringkat Ihsan yang pertama, yang mesti diusahakan oleh tiap-tiap seorang.

Selain dari itu, ada dua peringkat lagi iaitu yang diterangkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis ini.

Tanda-tanda kedatangan hari Qiamat:

Oleh kerana hikmatnya Allah Taala menjadikan jin dan manusia serta makhluk-makhluk yang lain ialah untuk
masing-masing membuktikan taat setianya dan penghormatannya dengan mengerjakan amal ibadat kepadaNya,
maka untuk membicarakan dan membalas ketaatan dan kederhakaan tiap-tiap makhluk, sudah tentu adanya satu
masa yang ditetapkan untuk tujuan yang demikian, iaitu "Hari Qiamat".

Oleh sebab itulah si penanya bertanya kepada Baginda tentang waktu kedatangan hari Qiamat itu, akan tetapi oleh
kerana soal waktu kedatangan hari Qiamat itu adalah satu dari lima perkara yang pengetahuannya tertentu bagi
Allah jua, maka Rasulullah s.a.w. menjawab dengan sabdanya yang bermaksud: "Orang yang ditanyakan soal itu
samalah sahaja dengan orang yang bertanya, tetapi aku akan menerangkan tanda-anda kedatangannya", lalu Baginda
menerangkan seperti yang tersebut dalam hadis ini.

Selain dari yang diterangkan dalam hadis ini, ada didapati dalam kitab-kitab hadis yang lain banyak lagi tanda-tanda
tentang hampirnya kedatangan hari Qiamat, di antaranya:

Pertama - Apabila susut dan kurang ilmu pengetahuan agama dengan kematian seseorang alim yang ahli dalam
sesuatu cawangan ilmu yang tertentu dan tidak dapat diganti

Kedua - Apabila merebaknya kejahilan mengenai ilmu agama dengan sebab kurangnya orang-orang yang
suka mempelajarinya.

Ketiga - Apabila diserahkan sesuatu urusan agama seperti jawatan ketua negara, mufti, kadhi dan sebagainya, untuk
dikendalikan oleh orang yang bukan ahlinya.

Keempat - Apabila sesuatu masyarakat dipimpin oleh seseorang ketua yang fasik yang suka menggalakkan maksiat
dan perbuatan yang durjana.

Kelima - Apabila orang yang benar dikatakan pendusta, pendusta dikatakan orang yang benar; orang yang
khianat disifatkan amanah, orang yang amanah dikatakan khianat; orang yang adil disifatkan zalim, orang yang
zalim disifatkan adil dan orang-orang yang jahil berpengaruh dan bermaharajalela dengan berlagak pandai dalam
ilmu agama sehingga orang alim terpaksa mendiamkan diri (setelah tugasnya tidak lagi dihargai).

Keenam - Apabila arak menjadi adat diminum berterang-terang di sana sini, dengan digalakkan pula oleh pemimpin-
pemimpin dan ketua.

Ketujuh - Apabila perbuatan lucah dan cabul dilakukan dengan berterang-terang di merata-rata tempat dengan tidak
mendapat sebarang teguran kerana kelemahan iman, sehingga kalaulah ada yang menegur maka orang yang
menegur itu boleh dikatakan imannya pada masa itu sekuat iman Sayidina Abu Bakar dan Sayidina Umar pada
zaman sahabat-sahabat Nabi s.a.w.

Lampiran (B):

Soal Sembahyang:

Mengenai sembahyang, Sayidina Umar r.a., berkata - Sebagaimana yang tersebut dalam kitab Al-Muwatta': Sesiapa
memelihara sembahyang dan tetap mengerjakannya, bererti ia memelihara agamanya dan sebaliknya sesiapa yang
mensia-siakannya maka ia lebih-lebih lagi akan mensia-siakan kewajipan-kewajipan agama yang lain".

Sebenarnya sembahyang itu tiang agama dan semulia-mulia asas Islam yang lima sesudah Dua Kalimah Syahadat.

Kedudukan sembahyang dalam agama menyamai kedudukan kepala pada tubuh badan; oleh itu, sebagaimana
seseorang yang tidak berkepala tidak akan hidup, maka demikian juga tidak ada agama bagi orang yang tidak
mengerjakan sembahyang.

Dalam kitab At-Tanwir, Sidi Ahmad bin Ata'illah berkata: Sembahyang amatlah besar kemuliaannya dan
keadaannya di sisi Allah amatlah berat; dan kerana itulah Allah Taala berfirman, maksudnya; "Sesungguhnya
sembahyang itu mencegah perbuatan yang keji dan mungkar" dan Rasulullah s.a.w. pula ketika ditanyakan tentang
amal yang semulia-mulianya, Baginda menjawab, maksudnya: "(Semulia-mulia amal) ialah sembahyang yang
dikerjakan pada waktunya".

Baginda juga bersabda maksudnya: "Orang yang mengerjakan sembahyang adalah ia bermunajat (mengadap dan
merayu) kepada Tuhannya."

Dan sabdanya lagi, maksudnya: "Sehampir-hampir seseorang hamba itu kepada Tuhannya ialah semasa ia sujud."

Sebagaimana yang dapat disaksikan, bahawa dalam sembahyang terhimpun berbagai-bagai jenis ibadat yang
tidak ada pada lainnya. Di antara ibadat-ibadat yang terhimpun dalam sembahyang ialah: Bersuci, berdiam diri,
mengadap kiblat, membaca doa iftitah, membaca Al-Qur'an, berdiri rukuk, sujud, bertasbih dalam rukuk dan
sujud, berdoa dalam sujud dan lain-lainnya, yang merupakan himpunan ibadat yang berbilang-bilang; kerana
zikir sahaja adalah ibadat dan bacaan Al-Qur'an sahaja adalah ibadat; demikian juga halnya Tasbih, doa, rukuk dan
sujud; tiap-tiap satunya adalah menjadi ibadat. " Demikian kata Ibnu 'Ata'illah dalam "At-Tanwir."

Perintah-perintah mengenai sembahyang, memeliharanya dan keadaannya menjadi sifat dan syi'ar orang-
orang yang beriman, banyak sekali diterangkan di dalam Al-Qur'an al-Karim. Di antaranya firman Allah Taala,
maksudnya:

"Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala sembah yang fardu, khasnya
sembahyang Wusta (sembahyang Asar), dan berdirilah kerana Allah (dalam sembah yang kamu) dengan taat dan
khusyuk. " (238, Al-Baqarah).

"Hendaklah kamu sentiasa rujuk kembali kepada Allah (dengan mengerjakan amal-amal bakti) serta bertaqwalah
kamu kepadaNya dan kerjakanlah sembahyang dengan betul sempurna dan janganlah kamu menjadi dari mana-
mana golongan orang musyrik." (33, Ar-Rum).

"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya. " (1-2,
Al-Mu'minun).

"Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar dan sesungguhnya
mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya) ..." (45, Al-'Ankabut).
"Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang
tertentu waktunya." (103, An-Nisa).

Sembahyang yang lima waktu ini yang dikerjakan sehari semalam, tidak boleh sama sekali bagi seseorang yang
mengakui dirinya Islam dan menghitung dirinya dalam barisan umat Islam meninggalkan satu waktu pun, dalam
segala keadaan, selagi ia masih sempurna akalnya, sekalipun ia sakit tenat. Kalau ia tak dapat berdiri sembahyang
kerana uzur, ia boleh sembahyang duduk; jika tidak dapat, ia boleh sembahyang dengan berbaring - dengan
mengiring ke sebelah kanan atau ke kiri atau pun dengan terlentang.

Di dalam Al-Qur'an al-Karim diberi amaran mengenai orang-orang yang mencuaikan sembahyang. Tentang ini
Allah Taala berfirman, maksudnya:

"Kemudian mereka (yang taat) digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan sembahyang serta menurut
hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka mereka akan menghadapi azab dalam neraka, - "Kecuali orang-
orang yang bertaubat dan beriman serta beramal salih .." (59-60, Maryam).

Dalam huraiannya, Ibnu Abbas berkata - seperti yang disebutkan oleh al-Syams al-Zahabi dalam kitabnya al-Kabair:
Bahawa "Mencuaikan sembahyang" yang tersebut dalam ayat ini bukan maknanya mereka
meninggalkan sembahyang sama sekali, tetapi maksudnya mereka mentakhirkan (melengahkan) sembahyang
sehingga keluar waktunya.

Hal ini dijelaskan oleh Said bin Al-Musayib, dengan menyatakan bahawa maksudnya: Orang itu tidak
sembahyang Zuhur melainkan setelah masuk waktu Asar, (dan seterusnya tentang waktu-waktu yang lain). Maka
sesiapa yang mati dalam keadaan yang demikian dan ia tidak bertaubat, maka balasan yang ditetapkan baginya ialah
azab seksa di dalam neraka.

Firman Allah lagi, maksudnya: "Maka kecelakaan besar bagi orang-orang ahli sembahyang yang keadaan mereka
lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya" (4-5, Al-Ma'uun).

Yakni yang lalai dari mengerjakannya pada waktunya, lalu dijanjikan kepada mereka dengan balasan yang seburuk-
buruknya di dalam neraka, kecuali orang yang bersifat demikian segera bertaubat dan menyesal terhadap
perbuatannya itu.

Dan firmannya lagi, maksudnya: "Wahai orang-Orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan)
harta benda kamu dan anak pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahnya). Dan
(ingatlah!) sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang yang rugi. " (9, Al-Munafiqun).

Menurut sebahagian dan ahli tafsir, "Mengingati Allah" (zikir Allah) di sini ialah "Sembahyang yang lima waktu";
maka sesiapa yang mencuaikannya kerana dilalaikan oleh harta bendanya, anak pinaknya dan segala urusan
hidupnya, menjadilah ia dan orang-orang yang rugi serugi-ruginya.

Di dalam hadis-hadis pula ada diterangkan tentang setakat mana beratnya kewajipan sembahyang itu. Di antaranya
Baginda bersabda, maksudnya: "Jaminan berbaik-baik di antara kita dengan mereka yang mendakwa dirinya orang
Islam ialah mengenakan sembahyang, oleh itu sesiapa yang tidak sembahyang maka sesungguhnya termasuklah ia
dalam hukum orang kafir. "

Dan sabdanya lagi, maksudnya: "Perkara yang menghubungkan seseorang dengan kufur ialah
meninggalkan sembahyang. "

Dan sabdanya lagi, maksudnya: "Sesiapa yang cuai sehingga ia terlepas dari mengerjakan sembah yang Asar pada
waktunya, maka sesungguhnya telah binasalah amalnya."
Dan sabdanya lagi, maksudnya: "Sesiapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja, maka sesungguhnya
terlepaslah ia dari jaminan Allah menyelamatkannya."

Dan sabdanya lagi, maksudnya: "Sesiapa yang memelihara sembahyang dengan sebaik-baiknya, nescaya
sembahyang itu menjadi cahaya baginya dan menjadi bukti serta penyelamat baginya pada hari Qiamat; dan sesiapa
yang mencuaikannya, maka semuanya itu tidak akan diperolehinya, dan ia akan dihimpunkan pada hari Qiamat
bersama-sama dengan Fir'aun, Qarun, Haman dan Ubai bin Khalaf."

Menurut penjelasan setengah ulama, bahawa sebabnya orang yang tersebut dihimpunkan bersama-sama empat orang
(jaguh kekufuran) itu ialah: Kerana yang melalaikannya dan menunaikan sembahyang tidak lain melainkan
hartanya, atau kerajaannya (jika Ia seorang pemegang teraju pemerintahan), atau jawatannya sebagai menteri, atau
pun perniagaannya. Kalau hartanya yang melalaikannya maka ia akan dihimpunkan bersama-sama Qarun; kalau
kerajaannya yang melalaikannya maka ia akan dihimpunkan bersama-sama Fir'aun; kalau pula jawatannya sebagai
menteri yang melalaikannya maka ia akan dihimpunkan bersama-sama Haman (menteri Fir'aun); dan kalau pula
perniagaannya yang melalaikannya maka ia akan dihimpunkan bersama-sama Ubai bin Khalaf (saudagar
kaum Musyrik Mekah).

Dalam satu hadis lagi, bahawa Sayidina Umar, r.a., berkata: Seseorang lelaki telah datang mengadap Rasulullah
s.a.w. lalu bertanya, katanya: "Ya Rasulullah, apakah satu-satunya amal dalam Islam yang lebih diperkenankan oleh
Allah Taala?" Baginda menjawab: "Ialah sembahyang yang dikerjakan pada waktunya, dan sesiapa yang
meninggalkan sembahyang maka tidak ada agama baginya, kerana sembahyang itu tiang agama. "

Dalam satu hadis yang lain, Baginda bersabda, maksudnya: "Apabila seseorang mengerjakan sembahyang pada awal
waktunya, naiklah sembahyang itu ke langit serta ia bercahaya sehingga ia sampai kepada `Arasy lalu ia
meminta ampun bagi orang yang mengerjakannya. (Demikianlah hal sembahyang itu) hingga hari Qiamat sambil ia
berkata: "Semoga Allah memelihara mu sebagaimana engkau memelihara ku"; dan apabila seseorang mengerjakan
sembahyang pada luar waktunya, naiklah sembahyang itu ke langit dengan diselubungi oleh gelap gelita, setelah
sampai di langit lalu digulung seperti tergulungnya baju buruk dan dipukulkan ke muka orang yang mengerjakannya
sambil sembahyang itu berkata (kepada tuannya): "Semoga Allah mensia-siakan mu sebagaimana engkau mensia-
siakan aku"

Orang yang mengerjakan sembahyang dengan tidak sempurna amatlah buruk balasannya:

Dalam satu hadis yang diterangkan bahawa Rasulullah s.a.w. melihat seorang yang tidak
menyempurnakan rukuknya dan mematuk (seperti ayam) semasa ia sujud, lalu Baginda bersabda, maksudnya:
"Kalau orang itu mati dalam keadaannya yang demikian, nescaya ia mati dengan ketiadaan Islam...."

Dalam satu hadis lagi ada diterangkan, maksudnya: "Seseorang itu tidak akan beroleh pahala dari sembahyangnya
melainkan mana-mana yang dikerjakannya dengan penuh kesedaran. Setengah orang yang mengerjakan
sembahyang ada kalanya tidak mendapat seperenam dari pahala sembahyangnya dan tidak sepersepuluh." Yakni ia
hanya mendapat pahala bagi bahagian sembahyang yang tertentu yang dikerjakannya dengan penuh kesedaran serta
khusyuk. Orang yang penuh sedar dan khusyuk di sepanjang-panjang sembahyangnya maka ia beroleh pahala bagi
seluruh sembahyangnya itu dan sebaliknya orang yang lalai di sepanjang-panjang sembahyangnya hampalah dia dari
mendapat sebarang pahala mengenainya.

Orang mukmin yang menaruh belas kasihan kepada dirinya sendiri dan mencintai agamanya, adalah
bertanggungjawab mengambil berat menyuruh dan mengajar ahli rumah dan anak pinaknya supaya mereka tetap
memelihara dan mengerjakan sembahyang.

Kewajipan ini ditegaskan oleh Allah Taala di dalam Al-Qur'an al-Karim dengan firmanNya yang bermaksud:

"Dan perintahkanlah keluarga mu mengeriakan sembahyang dan hendaklah engkau tekun


bersabar menunaikannya...." (132, Taha).
Dan firmannya lagi; maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari
neraka yang bahan-bahan bakarannya manusia dan batu (berhala) (6, At-Tahrim).

Nabi s.a.w. sendiri setelah ayat ini turun, sentiasa mengambil berat mengingatkan dan mengawasi keluarganya
mengenai sembahyang. Bahkan Baginda dan keluarganya apabila menghadapi apa-apa kesukaran, lazimnya
Baginda dan keluarganya mengerjakan sembahyang banyak-banyak.

Cara yang demikian ini juga menjadi amalan Nabi-nabi yang telah lalu - (as.).

Kerana tidak syak lagi, sembahyang itu menjadi sebab yang membawa rahmat, murah rezeki dan menolak bala'
bencana.

 
Bab: 6 

Tajuk: IMAN DAN ISLAM YANG SEMPURNA 

Firman Allah Taala, maksudnya: "Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah
mereka yang apabila disebut (nama) Allah (dan sifat-sifatNya): gementarlah hati mereka (kerana takut melanggar
laranganNya), dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman dan kepada
Tuhan mereka jualah mereka berserah;

"Mereka juga mendirikan sembahyang dan mendermakan sebahagian dari apa yang Kami kurniakan kepadanya;

"Merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya (dan dengan sempurnanya) (2-4 Al-Anfal),

Hadis Keempat Belas

‫ون أَ َحبﱠ‬
َ ‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم َال ي ُْؤ ِم ُن أَ َح ُد ُك ْم َحتﱠى أَ ُك‬
‫صلﱠى ﱠ‬ َ ‫س قَا َل قَا َل النﱠبِ ﱡي‬ ٍ َ‫ َع ْن أَن‬-14
(‫ )البخاري ومسلم‬.‫ين‬ َ ‫اس أَجْ َم ِع‬
ِ ‫إِلَ ْي ِه ِم ْن َوالِ ِد ِه َو َولَ ِد ِه َوالنﱠ‬
14 - Dari Anas r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga aku
menjadi seorang yang dikasihi olehnya lebih daripada ibu bapanya, anak pinaknya, dan manusia seluruhnya."

(Bukhari dan Muslim)

Hadis yang keempat belas ini menegaskan bahawa:

Hakikat iman seseorang tidak akan sempurna melainkan apakala ia mengutamakan kasihnya kepada
Rasulullah s.a.w.

Huraiannya:

Sebagaimana yang sedia maklum bahawa sebab-sebab yang menjadikan seseorang tertarik hatinya menghargai,
suka, berkenan atau kasih kepada sesuatu perkara atau seseorang ada kalanya kerana sesuatu perkara atau seseorang
itu memberi:

1) Keseronokan atau kesedapan kepada pancainderanya, seperti rupa yang cantik, suara yang merdu, bau yang
harum, makanan atau minuman yang lazat, dan pakaian atau tubuh badan yang halus lembut;

2) Ketenteraman dan kesukaan kepada jiwa dan fikirannya, seperti amal ibadat yang salih, budi bahasa yang mulia
dan ilmu pengetahuan yang berguna;

3) Keselamatan dan kebahagiaan kepada keadaan hidupnya dunia dan akhirat, seperti harta benda, anak pinak,
kaum keluarga dan kawan teman.

Kalau salah satu dari sebab-sebab itu menjadi daya penarik hati seseorang maka tentulah lebih kuat dan lebih
mendalam tertariknya hati seseorang itu kepada sesuatu perkara atau seseorang yang ia percaya ada padanya semua
sebab-sebab yang tersebut dan tidak terhimpun sebab-sebab daya penarik itu pada makhluk yang lain daripada
junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.
Oleh yang demikian tidak sempurna iman seseorang selagi ia tidak cinta kasih kepada Rasulullah s.a.w., tidak
suka dan tidak berkenan kepada apa yang dibawanya dan tidak menghargai ajaran-ajarannya.

Sebenarnya cinta kasih kepada Rasulullah s.a.w. ialah suka dan berkenan mematuhi suruhannya dan
meninggalkan larangannya.

Seseorang - walau sesiapa pun - apabila ia mengetahui sesuatu perkara yang dapat menarik hati dan keredhaan orang
yang dikasihinya seperti isterinya atau sahabatnya atau ketuanya, tak dapat tidak ia akan melakukan perkara itu dan
menyempurnakannya. Maka bagi orang yang cinta kasih kepada Rasulullah s.a.w. sudah tentu tidak ada sesuatu
perkara pun sama ada dari urusan dunia atau agama yang wajib disegerakan mengerjakannya lebih daripada
melakukan apa yang disukai dan diredhai oleh Rasulullah s.a.w.

Suka dan berkenan yang tersebut adalah dan kewajipan agama yang diterangkan oleh Allah Taala di dalam Al-
Qur'an al-Karim, ayat 24, surah At-Taubah, yang maksudnya:

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu, dan isteri-
isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang
kamu bimbang akan merosot dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi
perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka
tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab siksaNya), kerana Allah tidak akan memberi
pertunjuk kepada orang-orang yang fasik. "

Hadis Kelima Belas

‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم قَا َل َال ي ُْؤ ِم ُن أَ َح ُد ُك ْم‬‫صلﱠى ﱠ‬ ‫ض َي ﱠ‬


َ ‫ﷲُ َع ْنهُ َع ْن النﱠبِ ﱢي‬ ِ ‫س َر‬ ٍ َ‫ َع ْن أَن‬-15
(‫ )البخاري ومسلم‬.‫َحتﱠى ي ُِحبﱠ ِألَ ِخي ِه َما ي ُِحبﱡ لِنَ ْف ِس ِه‬
15 - Dari Anas ra., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga ia
suka saudaranya mendapat (kebaikan seperti) apa yang ia sendiri suka mendapatnya."

(Bukhari dan Muslim)

Hadis yang kelima belas ini menerangkan bahawa:

Tidak sempurna iman seseorang yang tidak mempunyai perasaan timbang rasa persaudaraan sesama
manusia.

Huraiannya:

Islam mahukan masyarakat yang bersatu padu dan perpaduan yang demikian tidak akan wujud melainkan dengan
adanya perhubungan yang baik yang menghubungkan orang-orang perseorangan antara satu dengan yang lain dan
menghubungkan mereka dengan masyarakat seluruhnya!

Sebaik-baik asas yang menjamin keselamatan dan kemajuan bagi masyarakat dan menjamin kehidupan yang
aman bahagia - ialah: "Hendaklah tiap-tiap seseorang dari mereka sukakan kebaikan bagi orang lain sebagaimana ia
menyukainya bagi dirinya sendiri."
Ada di antara manusia yang sukakan dirinya sahaja dan tidak memikirkan orang yang menderita sakit pening,
kemiskinan dan duka nestapa.

Jenis manusia yang demikian tidak mengakui persahabatan pertalian kaum kerabat dan maruah kecuali jika ia ada
mempunyai sesuatu faedah disebaliknya.

Kebaikan pada pandangannya ialah yang membawa faedah kepadanya walaupun faedah itu haram; dan
kejahatan pada pandangannya ialah perkara yang menyebabkan dia mengeluarkan tenaga dan harta benda, sekalipun
perkara itu mendatangkan faedah kepada anak-anak watannya, atau sahabat-sahabatnya atau pun kaum kerabatnya.

Ada kalanya dia bertambah perasaan tamak halobanya, sehingga dia memandang dirinya sahajalah yang
berhak mendapat kebaikan dan orang lain tidak berhak mendapat sesuatu pun, lalu dia berusaha untuk mendapat
segala-galanya, sekalipun benda-benda itu dari harta benda orang-orang miskin dan makanan orang-orang yang
dhaif lemah.

Jenis manusia ini, yang hidup untuk kepentingan dirinya semata-mata dimurkai Allah Taala, dibenci oleh Islam dan
disifatkan akhlaknya yang demikian, terkeluar dan dasar Islam.

Ada pun jenis manusia yang dikasihi Allah dan diredhai oleh masyarakat - ialah orang yang hidup untuk dirinya dan
untuk orang lain dan sentiasa memikirkan kebaikan umat manusia sebagaimana ia memikirkan kebaikan dirinya
sendiri, kerana sikap yang demikian adalah dari iman yang sempurna.

Cinta kasih kepada umat manusia yang tidak memusuhi Islam dan pelaksanaan tanggungjawab terhadapnya - itulah
yang menguatkan perhubungan sesama manusia sekalipun berlainan bangsa dan agama dan itulah jua yang
menghapuskan banyak di antara kejahatan-kejahatan dan perbuatan yang durjana.

Seseorang yang mengikat perhubungannya dengan orang lain berdasarkan asas yang tersebut ialah orang yang
bersih suci hatinya dan segala sifat yang keji, seperti hasad dengki, dendam kesumat, sombong angkuh dan
sebagainya. Orang itu ialah juga orang yang waras fikiran dan kesedarannya, serta menjadi anggota masyarakat yang
baik dan berguna.

Hadis Keenam Belas

:‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم قَا َل‬


‫صلﱠى ﱠ‬
َ ‫ﷲُ َع ْنھُ َما َع ِن النﱠبِ ﱢي‬‫ض َي ﱠ‬ ِ ‫ﷲِ ب ِْن َع ْم ٍرو َر‬‫ َع ْن َع ْب ِد ﱠ‬-16
(‫ )األربعين النووية‬.‫ت بِ ِه‬ َ ‫َال ي ُْؤ ِم ُن أَ َح ُد ُك ْم َحتﱠى يَ ُك‬
ُ ‫ون ھَ َواهُ تَبَعًا لِ َما ِج ْئ‬
16 - Dari Abdullah bin `Amr r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga
hawa nafsunya tunduk menurut hukum-hukum dan pengajaran yang aku telah membawanya."

(Al-Arba'in An-Nawawiyah).

Hadis yang keenam belas ini menerangkan bahawa:

Sempurnanya iman seseorang adalah dengan menurut bulat-bulat apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.

Huraiannya:

Junjungan kita Muhammad s.a.w. bukan sahaja seorang penganjur yang terkemuka bahkan Baginda juga seorang
Rasul yang memimpin umat manusia dengan berpandukan wahyu dan Allah `Azza wa Jalla.
Oleh itu maka setiap orang hendaklah meletakkan kepercayaannya kepada Rasulullah s.a.w. lebih daripada
kepercayaannya kepada diri sendiri dan apa yang dibawa oleh Baginda tidak boleh ditentang dengan apa yang
difikirkan dan dipersetujui oleh diri masing-masing kerana segala yang disampaikan oleh Baginda dan Tuhan bukan
untuk dicuai-cuaikan dan bukan pula untuk dijadikan suatu perkara yang diserahkan kepada perasaan dan runtunan
hawa nafsu; bahkan untuk dipatuhi dengan perasaan tenang hati serta persetujuan yang sebulat-bulatnya.

Orang yang mengutamakan fikiran atau pendapat dirinya daripada apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. maka
imannya tidak sempurna. Demikian juga sesiapa yang memutar belitkan atau melakukan ta'wilan-ta'wilan terhadap
ajaran-ajaran agama yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. untuk menyesuaikannya dengan kemahuan atau fikirannya
sendiri maka nyatalah imannya tidak sempurna.

Oleh itu, jika ada yang terdorong berbuat demikian, maka segeralah rujuk ke jalan yang benar, semoga ia selamat di
dunia dan di akhirat.

Hadis Ketujuh Belas

‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم َال يَ ْزنِي‬ ‫صلﱠى ﱠ‬ َ ‫ﷲُ َع ْنهُ قَا َل قَا َل النﱠبِ ﱡي‬ ‫ض َي ﱠ‬ ِ ‫ َع ْن أَبِي ھُ َر ْي َرةَ َر‬-17
‫ين يَ ْش َربُ َوھُ َو ُم ْؤ ِم ٌن َو َال‬ َ ‫ين يَ ْزنِي َوھُ َو ُم ْؤ ِم ٌن َو َال يَ ْش َربُ ْال َخ ْم َر ِح‬ َ ‫ال ﱠزانِي ِح‬
‫صا َرھُ ْم‬ َ ‫ق َوھُ َو ُم ْؤ ِم ٌن َو َال يَ ْنتَ ِھبُ نُ ْھبَةً يَرْ فَ ُع النﱠاسُ إِلَ ْي ِه فِيھَا أَ ْب‬ُ ‫ْر‬ ِ ‫ين يَس‬
َ ‫ق ِح‬ ُ ‫ْر‬
ِ ‫يَس‬
(‫ )البخاري ومسلم‬.‫ين يَ ْنتَ ِھبُھَا َوھُ َو ُم ْؤ ِم ٌن‬ َ ‫ِح‬
17 - Dari Abu Hurairah, r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Seseorang yang hendak berzina, tidak akan melakukan
zina itu semasa ia berkeadaan sempurna imannya dan seseorang yang hendak meminum arak, tidak akan meminum
arak itu semasa ia berkeadaan sempurna imannya dan seseorang yang hendak mencuri, tidak akan melakukan
perbuatan itu semasa ia berkeadaan sempurna imannya dan seseorang yang melakukan rompakan yang lazimnya
menjadikan orang yang dirompak itu memandang sahaja kepadanya, tidak akan merompak semasa ia berkeadaan
sempurna imannya."

(Bukhari dan Muslim)

Hadis yang ketujuh belas ini menegaskan bahawa:

Orang yang tergamak melakukan sesuatu yang dilarang, tidak sempurna imannya.

Huraiannya:

Kebahagiaan hidup seseorang atau sesuatu bangsa adalah bergantung kepada pertalian keturunannya yang
bersih serta berkekalan dan keselamatan akal fikirannya serta harta bendanya.

Untuk mencapai kebahagiaan hidup itu maka perbuatan zina yang menodai pertalian keturunan hendaklah dijauhi
dan perbuatan meminum arak atau menghisap benda-benda yang merosakkan akal fikiran hendaklah disingkirkan,
juga perbuatan curi dan rompak samun hendaklah dihapuskan.

Dengan wujudnya pertalian keturunan yang bersih dan berpanjangan itu wujudlah pula perasaan pertalian
kaum kerabat dan kebangsaan yang dengan kekuatan dan pengaruhnya seseorang itu akan mendapat kekuatan untuk
mencegah sebarang bahaya yang akan menimpanya dan wujudlah pula hubungan tolong-menolong dengan
jalan pertalian kerabat dan semangat kebangsaan dalam segala urusan hidup, kerana biasanya seseorang itu apabila
ditimpa sesuatu kesusahan yang menjadikan dia memerlukan bantuan, ia tidak mendapati bantuan itu melainkan dari
orang-orang yang ada pertalian keturunan dengannya, maka dengan wujudnya pertalian keturunan dan kerabat
yang suci dan sihat, eloklah keadaan segala lapisan masyarakat dan tenteramlah keadaan negara.

Demikian juga dengan terselamatnya akal fikiran dari sebarang perkara yang merosakkannya, dapatlah
manusia menimbang dan mengenal mana yang baik dan mana yang buruk, mana yang hak dan mana yang batil dan
dapatlah pula memikirkan soal-soal ketuhanan serta soal iman dan taqwa.

Demikian pula dengan terselamatnya harta benda yang menjadi asas kehidupan seseorang, akan dapatlah ia
memajukan segala urusan dunia dan agama dengan sempurna.

Kebenaran hakikat ini diakui oleh ahli-ahli fikir yang bijak pandai, bahkan semua agama yang diturunkan oleh
Allah Taala bertujuan menjaga perkara-perkara yang tersebut dari apa juga yang merosakkannya.

Malangnya perbuatan zina yang menodai pertalian keturunan, perbuatan meminum arak yang merosakkan akal
fikiran, dan perbuatan curi rompak yang memusnahkan hak milik orang lain dengan tidak berperi kemanusiaan -
dilakukan dengan bermaharajalela bukan sahaja oleh orang-orang yang jahil bahkan juga orang-orang yang
terpelajar.

Berlakunya yang demikian adalah disebabkan ketiadaan atau kelemahan iman dan dengan itu mudahlah mereka
dipengaruhi oleh runtunan hawa nafsu dan keadaan buruk yang disekelilingnya.

Untuk mencegah perbuatan-perbuatan yang durjana itu, tidak lain melainkan dengan jalan yang memelihara dan
menghidupkan iman yang kukuh dan sempurna.

Hadis Kelapan Belas

:‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم قَا َل‬


‫صلﱠى ﱠ‬ ‫ض َي ﱠ‬
َ ‫ﷲُ َع ْنھُ َما َع ِن النﱠبِ ﱢي‬ ِ ‫ﷲِ ب ِْن َع ْم ٍرو َر‬ ‫ َع ْن َع ْب ِد ﱠ‬-18
َ ‫ْال ُم ْسلِ ُم َم ْن َسلِ َم ْال ُم ْسلِ ُم‬
(‫ )مسلم‬.‫ون ِم ْن لِ َسانِ ِه َويَ ِد ِه‬
18 - Dari Abdullah bin `Amr r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Seseorang Muslim (yang sempurna Islamnya) ialah
yang terselamat orang-orang Islam dari lidahnya dan tangannya.

(Muslim)

Hadis yang kelapan belas ini menerangkan bahawa:

Orang-orang yang sempurna Islamnya tidak melakukan sebarang angkara.

Huraiannya:

Perkataan "Islam" ialah pecahan dari perkataan "Salam" ertinya: Selamat sejahtera.

Orang Islam yang sebenar-benarnya - selain daripada menunaikan rukun-rukun agama sedaya upayanya - ia tidak
sekali-kali akan melakukan sebarang angkara dan pencerobohan terhadap orang yang tidak
mengganggu keselamatannya, sama ada dengan lidahnya atau dengan tangannya atau pun dengan apa jua.

Sebaliknya orang Islam yang tergamak melakukan sebarang perkara yang merosakkan orang lain, ialah orang yang
tidak sempurna Islamnya.
Hakikat ini dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. dalam sepotong hadisnya yang bermaksud:

"Orang-orang yang sempurna Islamnya adalah bersaudara dengan semua orang yang tidak memusuhinya terutama
sekali orang-orang Islam); salah seorangnya tidak harus melakukan kezaliman kepada saudaranya, tidak
harus dibiarkan dia teraniaya dan tidak dibela, tidak harus menyatakan kepadanya sesuatu yang dusta dan juga tidak
harus menghinakan atau memandang rendah kepadanya."

Hadis Kesembilan Belas

‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم ِم ْن ُحس ِْن إِس َْال ِم‬


‫صلﱠى ﱠ‬
َ ِ‫ﷲ‬‫ َع ْن أَبِي ھُ َر ْي َرةَ قَا َل قَا َل َرسُو ُل ﱠ‬-19
(‫ )الترمذي وغيره‬.‫ْال َمرْ ِء تَرْ ُكهُ َما َال يَ ْعنِي ِه‬
19- Dari Abu Hurairah, r.a., Dari Nabi s.a.w. sabdanya: "Sebahagian dan keelokan dan kesempurnaan Islam
seseorang ialah meninggalkan perkara-perkara yang tidak perlu kepadanya."(Tirmizi dan Lain-Lainnya).

Hadis yang kesembilan belas ini menerangkan tentang;

Sebahagian dari kesempurnaan Islam.

Huraiannya:

Manusia dalam alam kehidupan ini menghadapi perkara-perkara yang wajib dilakukannya dan yang mesti
ditinggalkan.

Perkara-perkara yang wajib dilakukannya itu ada yang untuk masa hidupnya di dunia dan ada yang untuk hidupnya
di akhirat.

Untuk masa hidupnya di dunia ialah makan minum, pakal patut, berumahtangga, beranak pinak dan sebagainya dan
untuk hidup di akhirat pula ialah segala amal ibadat yang ditentukan mengerjakannya.

Ada pun perkara-perkara yang mesti ditinggalkan ialah segala perkara yang tidak meluputkan dia dari
mendapat pahala atau faedah dan tidak pula mendatangkan sebarang mudarat kepadanya jika ia tidak melakukannya.

Dengan tercantumnya perkara-perkara yang wajib dilakukan dan yang mesti ditinggalkan maka sempurnalah Islam
seseorang itu.

 
Bab: 7 

Tajuk: WAJIB MENUNTUT ILMU AGAMA DAN KELEBIHANNYA 

Firman Allah Taala, maksudnya: ".. bertanyalah kamu kepada orang-orang yang berpengetahuan agama jika kamu
tidak mengetahuinya." (43, An-Nahl dan 7, Al-Anbia').

Hadis Kedua Puluh

‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم طَلَبُ ْال ِع ْل ِم‬


‫صلﱠى ﱠ‬ ِ َ‫ َع ْن أَن‬-20
‫س ب ِْن َمالِ ٍك قَا َل قَا َل َرسُو ُل ﱠ‬
َ ِ‫ﷲ‬
(‫ )ابن ماجه وغيره‬.‫ضةٌ َعلَى ُكلﱢ ُم ْسلِ ٍم‬ َ ‫فَ ِري‬

20 - Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Menuntut ilmu adalah satu fardu yang
wajib atas tiap-tiap seorang Islam."

(Ibnu Majah dan Lain-lainnya).

Hadis yang kedua puluh ini mewajibkan tiap-tiap orang Islam - lelaki dan perempuan - mempelajari ilmu
agama.

Huraiannya:
Oleh kerana sesuatu pekerjaan dari yang sekecil-kecilnya hingga yang sebesar-besarnya tidak dapat dilakukan
dengan teratur dan sempurna melainkan dengan ilmu pengetahuan yang berkenaan dengannya, maka nyatalah
wajibnya seseorang mempelajari hukum dan peraturan Islam bagi apa sahaja perkara yang hendak dilakukannya
sebagai wajib fardu ain.

Menurut kitab Al-Furuq dan "Tahzib al-Furuq" bahawa Imam Ghazali dalam kitabnya "Ihya-'Ulumuddin" dan
Imam Asy-Syafi'i dalam kitabnya "Ar-Risalah" menerangkan; Bahawa telah sekata alim ulama, tidak
harus seseorang cuba melakukan sesuatu perkara sehingga ia mengetahui lebih dahulu hukum-hukum
Allah mengenai perkara yang hendak dilakukannya itu; - orang yang hendak berjual beli wajib mempelajari hukum
Allah mengenainya dan orang yang hendak menyewa, memberi sewa, mengupah dan mengambil upah wajib
mempelajari hukum Allah mengenainya. Demikian juga orang yang hendak sembahyang wajib mempelajari hukum
Allah mengenal sembahyang. Demikian seterusnya segala perkataan yang hendak dikatakan dan segala amal yang
hendak dikerjakan. Maka sesiapa yang mengetahui hukum Allah dan beramal menurut apa yang diketahuinya, sudah
tentu ia telah mentaati Allah dengan dua taat dan sesiapa yang tidak mengetahui dan tidak pula beramal, sudah tentu
ta telah menderhaka kepada Allah dengan dua kederhakaan; dan sesiapa yang mengetahui hukum Allah dan tidak
beramal mengikutNya, maka ia telah mentaati Allah dengan satu taat dan menderhaka kepadaNya dengan satu
kederhakaan.

Sayugia diingat, bahawa ilmu agama itu bukan satu perkara yang mudah didapati bahkan mestilah dipelajari dan
diterima dari orang Islam yang betul-betul dan sah ilmunya serta jujur dan adil dalam penyampaiannya,
sebagaimana yang diterangkan dalam hadis Rasulullah s.a.w. yang maksudnya: "Sesungguhnya ilmu yang sah dan
muktabar itu tidak akan dapat dicapai melainkan dengan dipelajari dari guru"; bukan semata-mata dari buku-buku,
lebih-lebih lagi yang dikarang oleh orang-orang orientalis, yang kebanyakannya menghidangkan madu bercampur
racun.
Hadis Kedua Puluh Satu

‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم‬


‫صلﱠى ﱠ‬ َ ِ‫ﷲ‬ ‫ﷲُ َع ْنھُ َما أَ ﱠن َرسُو َل ﱠ‬ ‫ض َي ﱠ‬ ِ ‫ﷲِ ب ِْن َع ْم ِرو َر‬ ‫ َع ْن َع ْب ِد ﱠ‬-21
ٌ‫ضة‬َ ‫ك فَھُ َو فَضْ ٌل آيَةٌ ُمحْ َك َمةٌ أَ ْو ُسنﱠةٌ قَائِ َمةٌ أَ ْو فَ ِري‬
َ ِ‫قَا َل ْال ِع ْل ُم ثَ َالثَةٌ َو َما ِس َوى َذل‬
(‫ )أبو داود وابن ماجه‬.ٌ‫َعا ِدلَة‬

21 - Dari Abdullah bin 'Amr r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Ilmu yang menjadi asas (bagi ilmu-ilmu yang
dikehendaki oleh agama) adalah tiga dan yang lain dari itu adalah ilmu yang lebih; - ilmu-ilmu yang tiga itu ialah:
Ayat Al-Qur'an yang terang nyata dan tidak dimansukhkan hukumnya; atau "Sunnah" (hadis) yang sah datangnya
dari Rasulullah s.a.w., yang tetap kekal atau ketetapan dan keputusan yang betul sama seimbang (dengan
kehendak kitab Allah dan sunnah RasulNya)"

( Abu Daud dan Ibnu Majah)

Hadis yang kedua puluh satu ini menerangkan:


1) Ilmu yang menjadi asas bagi ilmu-ilmu agama.
2) Ilmu-ilmu yang lebih (yang tidak dikehendaki oleh agama).

Huraiannya:

1) Ilmu-ilmu agama itu terbahagi dua:

Pertama - Ilmu-ilmu yang telah ditetapkan Tuhan menjadi Asas.

Kedua - Ilmu-ilmu yang dikehendaki oleh asas itu.

Bahagian yang pertama - Ilmu-ilmu yang ditetapkan menjadi asas itu ialah:

(1) Ayat-ayat Al-Qur'an yang terang nyata dan tidak dimansukhkan hukumnya, yang menjadi asas untuk dirujukkan
kepadanya ayat-ayat Al-Qur'an yang "Mutasyabihat" (yang tidak jelas maksudnya).
(2) "Sunnah" atau "Hadis" Rasulullah s.a.w. yang meliputi perkataannya, perbuatannya dan taqrirnya (ketiadaan
larangannya), yang sah datangnya dari Baginda dan berkekalan diamalkan, kerana ialah yang menjadi
keterangan dan ulasan bagi kitab Allah Al-Qur'an al-Karim.
(3) Ketetapan dan keputusan yang betul sama seimbang dengan kehendak kitab Allah dan sunnah Rasul-Nya, yang
ditetapkan atau diputuskan dengan jalan "ijma'" (kata sepakat alim ulama), atau dengan jalan "Qiyas" (bandingan
sesuatu perkara yang belum ada hukumnya dengan perkara yang telah ada hukumnya).

Bahagian yang kedua - ilmu-limu yang dikehendaki oleh asas itu ialah:
Ilmu-ilmu yang ada hubungannya dengan kehendak-kehendak tata bahasa dan kesusasteraan Arab, juga yang ada
hubungannya dengan pengertian maksud dan pengambilan hukum-hukum syarak (Istinbat); ilmu perubatan untuk
menjaga dan memelihara kesihatan dan seterusnya ilmu-ilmu kemasyarakatan, pembangunan, perniagaan,
perindustrian, pertanian, perikanan, pelayaran, penerbangan dan sebagainya dari tiap-tiap ilmu pengetahuan yang
dikehendaki adanya dan tak dapat ditinggalkan untuk menjalankan segala urusan pentadbiran dan pertahanan negara
meliputi segala jenis ilmu pengetahuan sains dan teknologi yang diperlukan oleh keadaan dan masa, asalkan tidak
bertentangan dengan asas yang tiga itu.
(2) Ilmu-ilmu yang lebih (yang tidak dikehendaki oleh agama)

Ilmu-ilmu yang lebih (yang tidak dikehendaki oleh agama) itu ialah:

Tiap-tiap ilmu pengetahuan yang tidak berdasarkan salah satu dari kitab Allah dan sunnah Rasul-Nya, lebih-lebih
lagi yang bertentangan dengan kandungan keduanya atau dengan yang difahamkan dari keduanya, atau pun
ilmu pengetahuan yang tak dapat memberi pertolongan untuk memahami kandungan keduanya.

Ilmu yang tersebut yang bukan sahaja tidak perlu dipelajari, bahkan boleh jadi ia dari ilmu-ilmu yang tidak memberi
manfaat yang disuruh oleh Rasulullah s.a.w. supaya umatnya memohon dilindungi dan dijauhi oleh Allah Taala
daripadanya, lebih-lebih lagi ilmu yang membahayakan diri sendiri atau orang lain, seperti ilmu sihir, ilmu nujum
(Astrologi) dan sebagainya.

Hadis Kedua Puluh Dua

ُ‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم تَ َعلﱠ ُموا ْال ِع ْل َم َو َعلﱢ ُموه‬‫صلﱠى ﱠ‬ َ ِ‫ﷲ‬ ‫ َع ِن اب ِْن َم ْسعُو ٍد قَا َل لِي َرسُو ُل ﱠ‬-22
‫اس فَإِنﱢي ا ْم ُر ٌؤ‬ َ ‫آن َو َعلﱢ ُموهُ النﱠ‬ َ ْ‫اس تَ َعلﱠ ُموا ْالقُر‬ َ ِ‫اس تَ َعلﱠ ُموا ْالفَ َرائ‬
َ ‫ض َو َعلﱢ ُموهُ النﱠ‬ َ ‫النﱠ‬
ِ ‫ض ٍة َال يَ ِج َد‬
‫ان‬ َ ‫ان فِي فَ ِري‬ ِ َ‫ف ْاثن‬ ْ َ‫َم ْقبُوضٌ َو ْال ِع ْل ُم َسيُ ْقبَضُ َوت‬
َ ِ‫ظھَ ُر ْالفِتَ ُن َحتﱠى يَ ْختَل‬
(‫ )الدارمي والدارقطني‬.‫ص ُل بَ ْينَھُ َما‬ ِ ‫أَ َح ًدا يَ ْف‬

22 - Dari Ibnu Mas'ud ra., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Pelajarilah ilmu-ilmu agama dan ajarkanlah dia kepada
orang ramai; - pelajarilah perkara-perkara yang difardukan dalam Islam dan ajarkanlah dia kepada orang ramai;
pelajarilah Al-Qur'an dan ajarkanlah dia kepada orang ramai; kerana sebenarnya aku seorang yang akan mati (seperti
makhluk-makhluk yang lain) dan ilmu juga akan diambil (kembali oleh Tuhan dan hilang lenyap) dan akan lahirlah
berbagai-bagai fitnah kekacauan sehingga akan berselisih dua orang dalam satu perkara yang difardukan, yang
mereka tak dapat seorang pun yang boleh menyelesaikan perkara yang diperselisihkan itu".

(Ad-Darimi dan Ad-Daruqutni)

Hadis yang kedua puluh dua ini mengandungi:


(1) Perintah belajar dan mengajar.
(2) Amaran tentang kehilangan Ilmu dan akibatnya.

Huraiannya:

(1) Perintah belajar dan mengajar:

Ilmu yang diperintahkan belajar dan mengajarnya, sebagaimana yang diterangkan dalam hadis ini ialah:
Pertama - Segala ilmu pengetahuan yang berhubung dengan agama.
Kedua - Ilmu yang difardukan seseorang mempelajarinya untuk bawaan dirinya sendiri dan juga untuk orang lain.
Ketiga - Ilmu yang berhubung secara khusus dengan Al-Qur'an.

Sebagai sebuah kitab suci, kalam Allah yang wajib dijaga dan dipelihara dari sebarang pindaan dan pengubahan,
baik pada sebutannya mahu pun pada cara bacaannya, maka Rasulullah s.a.w. menegaskan secara khusus tentang
wajibnya belajar dan mengajar ilmu yang tersebut untuk mengesahkan benarnya apa yang dijaminkan oleh
Allah Taala pada ayat 9, Surah Al-Hijr, yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Qur'an dan
Kamilah yang memeliharanya."

(2) Amaran tentang kehilangan ilmu dan akibatnya:

Oleh sebab Rasulullah s.a.w. ialah yang menyampaikan ilmu-ilmu agama dan Baginda juga seorang manusia yang
akan mati maka Baginda menyuruh umatnya belajar dan mengajar segala jenis ilmu pengetahuan yang
disampaikannya, kerana dengan kecuaian belajar dan mengajar maka ilmu pengetahuan akan beransur-ansur hilang,
sehinggakan perkara-perkara fardu yang seorang mesti mengerjakannya pun akan berlaku padanya
perselisihan dengan tidak didapati orang yang boleh menyelesaikannya.

Hadis Kedua Puluh Tiga

‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم قَا َل ا ْغ ُد َعالِ ًما‬


‫صلﱠى ﱠ‬
َ ‫ﷲُ َع ْنهُ َع ِن النﱠبِ ﱢي‬ ‫ض َي ﱠ‬ ِ ‫ َع ْن أَبِي بَ ْك َرةَ َر‬-23
(‫ )البزار‬.‫ك‬ َ ِ‫أَ ْو ُمتَ َعلﱢ ًما أَ ْو ُم ْستَ ِمعًا أَ ْو َو َال تَ ُك ِن ال َخا ِم َسةَ فَتَ ْھل‬

23- Dari Abu Bakrah ra., Dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Jadikanlah dirimu orang alim atau orang yang menuntut ilmu
atau orang yang selalu mendengar pelajaran agama, atau pun orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut);
dan janganlah engkau menjadi (dari) golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa."

(Al-Bazzar)

Hadis yang kedua puluh tiga ini menyuruh supaya tiap-tiap seorang menentukan sikapnya terhadap ilmu
agama.

Huraiannya:
Tiap-tiap seorang dikehendaki menentukan sikapnya terhadap ilmu pengetahuan agama dengan salah satu dari
empat cara, iaitu menjadikan dirinya orang alim yang mengajar atau orang yang belajar atau orang yang
mendengar syarahan-syarahan agama atau pun orang yang mencintai dan menghargai salah satu dari tiga golongan
yang tersebut dengan menurut jejak langkahnya.

Dengan sikap yang demikian, seseorang itu terjamin untuk mendapat keselamatan dan kebahagiaan, sama ada dalam
perkara jasmaninya mahu pun rohaninya, kerana ia sentiasa dalam jagaan ilmu pengetahuan yang memimpinnya ke
jalan yang benar dan memberinya kesedaran untuk

memilih yang baik dari yang buruk dan yang hak dari yang batil.

Ada pun golongan yang kelima, iaitu yang tidak termasuk dalam salah satu dari empat golongan yang tersebut, maka
mereka adalah golongan yang binasa, kerana mereka tidak ada pimpinan yang dengannya mereka dapat
membezakan di antara yang benar dengan yang salah.

Imam Mawardi menyatakan: Bahawa orang yang menganggap ilmu syarak itu tidak ada faedahnya dipelajari dan
lebih baik sahaja ditinggalkan, sebenarnya orang itu tenggelam dalam kesesatan dan jauh dan mendapat hidayat
pertunjuk, serta ia termasuk dalam golongan yang kelima yang binasa.
Hadis Kedua Puluh Empat

ُ‫ﷲ‬ ‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم قَا َل َم ْن ي ُِر ِد ﱠ‬ ‫صلﱠى ﱠ‬


َ ‫ﷲُ َع ْنهُ َع ِن النﱠبِ ﱢي‬ ‫ض َي ﱠ‬ ِ ‫اويَةَ َر‬
ِ ‫ َع ْن ُم َع‬-24
‫ْطي َولَ ْن تَ َزا َل ھَ ِذ ِه ْاألُ ﱠمةُ قَائِ َمةً َعلَى‬
ِ ‫ﷲُ يُع‬‫اس ٌم َو ﱠ‬ ِ َ‫ين َوإِنﱠ َما أَنَا ق‬
ِ ‫بِ ِه َخ ْيرًا يُفَقﱢ ْھهُ فِي ال ﱢد‬
(‫ )البخاري ومسلم‬.ِ‫ﷲ‬ ‫ﷲِ َال يَضُرﱡ ھُ ْم َم ْن َخالَفَھُ ْم َحتﱠى يَأْتِ َي أَ ْم ُر ﱠ‬ ‫أَ ْم ِر ﱠ‬

24 - Dari Muawiyah r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Sesiapa yang dikehendaki Allah mendapat kebaikan, nescaya
dijadikan dia seorang yang beroleh fahaman yang teliti dalam perkara agama dan bahawa sesungguhnya aku ini
hanyalah yang membahagikan, sedang Allah Taala jualah yang memberi dan sebahagian dari umatku ini tetap terus
menjalankan agama Allah, tidak ada sesiapa pun dari kalangan orang-orang yang menyalahi mereka dapat
merosakkan mereka, sehinggalah datang perintah Allah."

(Bukhari dan Muslim)

Hadis yang kedua puluh empat ini menerangkan:

(1) Kelebihan orang yang dikurniakan fahaman yang teliti dalam perkara agama.

(2) Allah jualah yang mengurniakan ilmu pengetahuan.

(3) Sebahagian dari umat Muhammad s.a.w. tetap terus menjalankan kebenaran.

Huraiannya:

(1) Kelebihan orang yang dikurniakan fahaman yang teliti dalam perkara agama:

Di antara ilmu-ilmu agama yang utama sekali pada nilaian Allah Taala ialah ilmu agama yang telah diwahyukannya
kepada Rasul-Nya. Sebabnya kerana ilmu agama ini diturunkan oleh Allah Taala dengan dua tujuan:

Pertama: - kerana mengaturkan hubungan manusia sesama manusia dan mengatur hubungan manusia dengan Allah
`Azza wa Jalla. Dengan ilmu agama ini Allah Taala mengajar mereka adab peraturan yang jika diamalkan oleh
seseorang akan hiduplah ia dengan saudara-saudaranya - manusia yang lain - dalam keadaan kasih mesra dan
bersih suci dari perasaan hasad dengki.

Kedua - dengan ilmu agama ini juga Allah Taala mengajar mereka adab peraturan yang jika diamalkan oleh
seseorang dalam hubungannya dengan Tuhan akan berjayalah ia mencapai keredhaan-Nya, iaitu dengan
menjadikan dia berkehidupan bahagia di dunia dan mendapat balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak.

Jika demikian natijah mengetahui ilmu agama, maka sudah tentu kejahilan terhadapnya membawa kecelakaan di
dunia dan pada hari balasan.

Hadis ini menerangkan bahawa ilmu pengetahuan yang sayugianya tiap-tiap seorang berusaha dengan bersungguh-
sungguh untuk mendapatnya ialah ilmu pengetahuan yang membawa keselamatan dan kebahagiaan di dunia dan di
akhirat.

Maka sesiapa yang Allah kehendaki beroleh kebaikan, disebabkan usahanya bersungguh-sungguh mencari yang
demikian, nescaya Allah jadikan dia seorang yang memahami ilmu agama Islam dengan secara mendalam kerana
agama Islam dan ilmu-ilmunya adalah dari Allah untuk kebaikan umat manusia di dunia dan di akhirat, meliputi
jasmani dan rohaninya.

(2) Allah jua yang mengurniakan ilmu pengetahuan:

Sebagaimana yang sedia maklum, bahawa sesuatu perkara yang dihajati tidak akan tercapai melainkan dengan
menjalankan usaha yang bersungguh-sungguh dan menurut peraturan yang tertentu, lebih-lebih lagi ilmu
pengetahuan agama, itupun tidak cukup melainkan dengan adanya pertolongan dan limpah kurnia Allah
memberikan orang itu persediaan untuk memahami makna dan maksud sesuatu masalah yang dituntut itu sekadar
kemampuannya.

Rasulullah s.a.w. telah pun menyampai dan membahagikan segala apa yang diperintahkan dengan sehabis-habis
daya usahanya dengan tidak mengutamakan seseorang atau sesuatu kaum dan yang lain dengan cara yang demikian
sepatutnya orang-orang yang menerima itu sama keadaannya tentang faham dan pendapatnya mengenai perkara
yang disampai dan dibahagikan oleh Baginda, tetapi apa yang telah berlaku adalah berlainan. Demikian pula halnya
alim ulama yang menjadi waris Baginda untuk menyampaikan ilmu pengetahuan agama, mereka hanya
menyampaikan dan menerangkan sekadar yang diilhamkan Allah kepada mereka untuk berbuat demikian.

Tentang adanya perbezaan faham - dalam dan ceteknya, luas dan sempitnya - di antara orang-orang yang menerima
penyampaian itu mengenai rahsia sesuatu hukum syarak maka yang demikian bukanlah tanggungan pihak yang
menyampaikan bahkan fahaman yang luas dan mendalam itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikannya kepada
sesiapa yang dikehendaki-Nya menurut peraturan-Nya.

(3) Sebahagian dari umat Muhammad S.A.W. tetap terus menjalankan kebenaran.

Dalam hadis ini Rasulullah s.a.w. memberikan berita gembira tentang kebenaran agama Islam - dengan sifatnya
agama yang diturunkan oleh Allah Taala untuk kebaikan jasmani dan rohani serta kebahagiaan dunia dan akhirat -
tetap terpelihara sekalipun dicuaikan dan tidak dihargai oleh golongan-golongan yang hanya mementingkan
kebendaan semata-mata sebagaimana yang ternyata pada masa akhir-akhir ini.

Agama Islam yang demikian keadaannya tetap dijalankan oleh sebahagian dari umatnya dengan tidak tercacat
bawaan mereka oleh sebarang angkara dari pihak yang menyalahinya sehingga datang perintah Allah `Azza wa Jalla
mematikan sekalian orang yang beriman dan tinggallah sahaja orang-orang yang tidak tahu menyebut nama "Allah"
pun, maka pada zaman mereka inilah akan berlakunya hari qiamat.

Hadis ini juga memberi semangat dan menjamin keselamatan orang-orang Islam yang menjalankan perintah Allah
dan Rasul-Nya dengan sempurna.

Hadis Kedua Puluh Lima

‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم قَا َل َمثَ ُل َما بَ َعثَنِي‬ ‫صلﱠى ﱠ‬ َ ‫ َع ْن أَبِي ُمو َسى ْاألَ ْش َع ِريﱢ َع ْن النﱠبِ ﱢي‬-25
‫ت‬ َ ‫اب أَرْ ضًا فَ َك‬
ْ َ‫ان ِم ْنھَا نَقِيﱠةٌ قَبِل‬ َ ‫ص‬ َ َ‫ير أ‬ ِ ِ‫ث ْال َكث‬ِ ‫ﷲُ بِ ِه ِم ْن ْالھُ َدى َو ْال ِع ْل ِم َك َمثَ ِل ْال َغ ْي‬ ‫ﱠ‬
‫ﷲُ بِھَا‬ ‫ت ْال َما َء فَنَفَ َع ﱠ‬ْ ‫ت ِم ْنھَا أَ َجا ِدبُ أَ ْم َس َك‬ْ َ‫ب ْال َكثِي َر َو َكان‬ َ ‫ت ْال َك َألَ َو ْال ُع ْش‬ ْ َ‫ْال َما َء فَأ َ ْنبَت‬
‫ان َال‬ ٌ ‫ت ِم ْنھَا طَائِفَةً أُ ْخ َرى إِنﱠ َما ِھ َي قِي َع‬ ْ َ‫صاب‬ َ َ‫اس فَ َش ِربُوا َو َسقَ ْوا َو َز َر ُعوا َوأ‬ َ ‫النﱠ‬
‫ﷲُ بِ ِه فَ َعلِ َم‬‫ﷲِ َونَفَ َعهُ َما بَ َعثَنِي ﱠ‬ ‫ين ﱠ‬
ِ ‫ك َمثَ ُل َم ْن فَقُهَ فِي ِد‬ َ ِ‫ت َك َألً فَ َذل‬ ُ ِ‫ك َما ًء َو َال تُ ْنب‬ ُ ‫تُ ْم ِس‬
‫ )البخاري‬.‫ت بِ ِه‬ ‫ك َر ْأسًا َولَ ْم يَ ْقبَلْ ھُ َدى ﱠ‬
ُ ‫ﷲِ الﱠ ِذي أُرْ ِس ْل‬ َ ِ‫َو َعلﱠ َم َو َمثَ ُل َم ْن لَ ْم يَرْ فَ ْع بِ َذل‬
(‫ومسلم‬

25 - Dari Abu Musa Al-Asy'ari r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Bandingan apa yang Allah utuskan aku
membawanya dari hidayat petunjuk dan ilmu pengetahuan, adalah sama seperti hujan lebat yang menimpa bumi,
maka terdapat sebahagian dari bumi itu tanah yang subur, yang menerima dan menyedut air hujan itu, lalu
menumbuhkan rumput dan tumbuh-tumbuhan yang banyak dan terdapat sebahagian daripadanya tanah-tanah yang
keras yang hanya menampung air (tidak menyedutnya), maka Allah menjadikan dia bermanfaat kepada manusia,
lalu mereka minum dan memberi minum serta mereka menanam (dan menjirus tanaman mereka); dan terdapat pula
sebahagian daripadanya tanah-tanah yang lain, yang keadaannya hanyalah tanah-tanah rata yang keras yang tidak
lekat air (sedikit pun), dan tidak dapat menumbuhkan rumput. Demikianlah orang yang mempunyai fahaman yang
teliti dalam hukum-hukum agama Allah dan (bandingan orang) yang beroleh manfaat dari apa yang Allah utuskan
aku membawanya, lalu ia mengetahuinya dan mengajarkannya kepada orang lain dan juga bandingan orang yang
tidak hiraukan langsung (ilmu yang aku sampaikan) itu dan tidak mahu pula menerima pertunjuk Allah yang aku
diutuskan membawanya."

(Bukhari, Muslim dan Nas'ie)

Hadis yang kedua puluh lima ini menerangkan:

Kelebihan orang yang mengambil dan memberi manfaat dengan ilmu agama dan orang yang sebaliknya.

Huraiannya:
Rasulullah s.a.w. diutuskan untuk membawa jalan pimpinan dan pertunjuk serta ilmu pengetahuan kepada
umat manusia. Apa yang dibawa oleh Baginda itu bukan semua orang menerimanya dan bukan semua menolaknya.
Untuk menjelaskan hal yang demikian Baginda membuat perbandingan yang bermaksud:

Hati manusia dengan ilmu pengetahuan adalah ibarat bumi dengan air. Ada sebahagian dari bumi yang tanahnya
apabila ditimpa hujan ia menyedutnya dan menumbuhkan tanaman yang berguna kepada makhluk-makhluk yang
hidup. Demikian juga halnya hati manusia, ada di antaranya yang menerima ilmu dan menghafaznya serta ia
menerima kesan dan pengaruh ilmu itu, yang menjadikan dia beramal dengannya dan mengajarkannya kepada orang
lain. Hati manusia yang sedemikian ini adalah sebaik-baik hati yang berhak dipuji dan dihormati.

Ada pula sebahagian dari bumi yang tanahnya apabila ditimpa hujan ia akan menampung airnya dan memeliharanya
dari meresap hilang dan dengan itu dapat digunakan oleh makhluk-makhluk yang lain, tetapi tanah itu sendiri tidak
mendapat manfaat daripadanya dan tidak menumbuhkan tanaman; ia hanya dapat menumpang air untuk
faedah makhluk-makhluk yang memerlukannya. Demikian juga halnya hati manusia, ada di antaranya yang
menerima ilmu pengetahuan dan menghafaznya dan dapat pula mengajarkannya kepada orang lain, tetapi ia sendiri
tidak mendapat faedah beramal dengannya. Manusia yang hatinya demikian kalau ia telah berbuat baik dari segi
menghafaz dan menyampaikannya kepada orang lain, tetapi ia telah melakukan perkara yang buruk, kerana ia tidak
beramal dengannya, sedang tujuan beroleh ilmu ialah untuk beramal menurutnya.

Di antaranya ada pula bumi yang tanahnya tidak beroleh faedah dari air dan tidak dapat menahannya serta tidak
dapat menumbuhkan sebarang tanaman. Demikianlah pula hati manusia ada di antaranya yang tidak dapat
menerima ilmu pengetahuan dan dengan itu tidak dapat beramal dengannya. Hati manusia yang demikian
keadaannya adalah sejahat-jahat hati dan seburuk-buruknya, kerana ia tidak mempunyai bahagian langsung dalam
kebaikan, sama ada ilmu pengetahuan atau amal perbuatan, bahkan ia seperti haiwan, bahkan haiwan pun
lebih baik lagi, kerana haiwan itu tidak akan mendapat balasan seperti yang akan didapati oleh manusia yang
demikian keadaannya.
Kesimpulannya, hati manusialah yang wajib dibaiki supaya senang menerima apa yang telah dibawa oleh
Rasulullah s.a.w. demi untuk mencapai kebahagiaan.

Hadis Kedua Puluh Enam

‫س َع ْن ُم ْؤ ِم ٍن‬ َ ‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم َم ْن نَفﱠ‬ ‫صلﱠى ﱠ‬ َ ِ‫ﷲ‬ ‫ َع ْن أَبِي ھُ َر ْي َرةَ قَا َل قَا َل َرسُو ُل ﱠ‬-26
‫ب يَ ْو ِم ْالقِيَا َم ِة َو َم ْن يَ ﱠس َر َعلَى‬ ِ ‫ﷲُ َع ْنهُ ُكرْ بَةً ِم ْن ُك َر‬ ‫س ﱠ‬ َ ‫ب ال ﱡد ْنيَا نَفﱠ‬
ِ ‫ُكرْ بَةً ِم ْن ُك َر‬
‫ﷲُ فِي ال ﱡد ْنيَا‬ ‫ﷲُ َعلَ ْي ِه فِي ال ﱡد ْنيَا َو ْاآل ِخ َر ِة َو َم ْن َستَ َر ُم ْسلِ ًما َستَ َرهُ ﱠ‬ ‫ْس ٍر يَ ﱠس َر ﱠ‬ ِ ‫ُمع‬
ُ‫ك طَ ِريقًا يَ ْلتَ ِمس‬ َ َ‫ان ْال َع ْب ُد فِي َع ْو ِن أَ ِخي ِه َو َم ْن َسل‬ َ ‫ﷲُ فِي َع ْو ِن ْال َع ْب ِد َما َك‬ ‫َو ْاآل ِخ َر ِة َو ﱠ‬
ِ‫ﷲ‬‫ت ﱠ‬ ِ ‫ت ِم ْن بُيُو‬ ٍ ‫ﷲُ لَهُ بِ ِه طَ ِريقًا إِلَى ْال َجنﱠ ِة َو َما اجْ تَ َم َع قَ ْو ٌم فِي بَ ْي‬ ‫فِي ِه ِع ْل ًما َسھﱠ َل ﱠ‬
ُ‫ت َعلَ ْي ِھ ْم ال ﱠس ِكينَةُ َو َغ ِشيَ ْتھُ ْم الرﱠحْ َمة‬ ْ َ‫ﷲِ َويَتَ َدا َرسُونَهُ بَ ْينَھُ ْم إِ ﱠال نَ َزل‬ ‫اب ﱠ‬ َ َ‫ون ِكت‬ َ ُ‫يَ ْتل‬
.ُ‫ْر ْع بِ ِه نَ َسبُه‬ِ ‫ﷲُ فِي َم ْن ِع ْن َدهُ َو َم ْن بَطﱠأ َ بِ ِه َع َملُهُ لَ ْم يُس‬ ‫َو َحفﱠ ْتھُ ْم ْال َم َالئِ َكةُ َو َذ َك َرھُ ْم ﱠ‬
(‫)مسلم وأبو داود والترمذي‬

26 - Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Sesiapa yang menolong memberi nafas baharu kepada
seseorang mukmin yang mengalami kesusahan yang menyesakkannya dari kesusahan-kesusahan dunia, nescaya
Allah menolong melegakan kesusahan yang menyesakkannya dan kesusahan-kesusahan hari qiamat dan sesiapa
yang menolong memudahkan susah payah seseorang, nescaya Allah menolong memudahkan susah payahnya di
dunia dan di akhirat dan sesiapa yang menutup keaipan seseorang Islam, nescaya Allah menutup keaipannya di
dunia dan di akhirat dan Allah tetap memberikan pertolongan yang diperlukan oleh seseorang, selagi orang itu
memberikan pertolongan kepada saudaranya dan sesiapa yang berusaha menjalankan sebarang cara yang
menyampaikannya mencapai ilmu pengetahuan, Allah akan memberi kemudahan kepadanya dengan usahanya itu
untuk mendapat jalan yang membawanya ke Syurga dan tidak berhimpun sesuatu kaum dalam salah satu tempat dan
tempat-tempat (yang dikhaskan untuk mencapai keredhaan) Allah dengan keadaan mereka membaca kitab Allah Al-
Qur'an dan mentadarusnya sesama sendiri melainkan turunlah ketenteraman kepada mereka dan mereka pula diliputi
oleh rahmat, juga mereka dikelilingi oleh malaikat, serta mereka dipuji oleh Allah Taala dalam kalangan makhluk-
makhluk yang mulia di sisi-Nya dan sesiapa yang dilambatkan oleh amal usahanya (dari mencapai kebaikan), tidak
akan dapat disegerakannya oleh nasab keturunannya".

(Muslim, Abu Daud dan Tirmizi)

Hadis yang kedua puluh enam ini menerangkan tentang:

(1) Galakan memberi pertolongan.

(2) Balasan usaha menuntut Ilmu.

(3) Rahmat dan pujian Tuhan didapati oleh orang-orang yang berhimpun membaca dan mengulangkaji
kitab Allah.

(4) Amalan seseorang sahajalah yang menentukan maju mundnrnya.

Huraiannya:
(1) - Galakan memberi pertolongan.

Tiap-tiap orang dalam alam kehidupan dunia ini sudah tentu mempunyai hajat-hajat dan kemahuan untuk
mendapat manfaat dan mengelakkan mudarat, sedang hajat-hajat dan kemahuan itu sebahagian besarnya tidak dapat
dicapai melainkan dengan jalan bantu membantu dan tolong menolong antara satu dengan yang lain.

Keadaan yang demikian, tidak terlepas daripadanya seseorang pun, walau pun ia dari golongan yang senang lenang
atau yang mempunyai kuasa. Oleh itu maka hidup secara bermasyarakat adalah suatu tabiat semula jadi
umat manusia.

Maksud hadis ini di antara lain menerangkan bahawa: Memberikan pertolongan kepada orang yang memerlukannya
sama ada pertolongan itu kecil atau besar, amatlah baik kesudahannya kerana ia bukan sahaja akan mendapat
pertolongan dan orang lain kelak, bahkan Allah Aza wa Jalla tetap memberikan pertolongan yang sejenis dengan
perbuatannya yang baik itu - bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat kelak. Maka alangkah bahagianya orang yang
mendapat pertolongan dari Allah (S.W.T.) pada hari yang tidak ada sesiapa pun dapat memberikan sebarang
pertolongan?

Di antara pertolongan yang sangat-sangat digalakkan ialah:

Pertama - Menolong meringankan penderitaan dan memberi nafas baru kepada mana-mana orang mukmin yang
menanggung sesuatu kesusahan yang menyesakkannya dan soal-soal hidup dalam alam dunia ini.

Sebenarnya pertolongan itu tidak terhad kepada orang-orang mukmin sahaja bahkan umum kepada tiap-tiap seorang
manusia yang tidak memusuhi Islam dan juga kepada tiap-tiap haiwan yang lain dan binatang-binatang yang
dibenarkan atau disuruh oleh agama membunuhnya.

Kedua - Menolong memberi kemudahan kepada sesiapa jua yang mengalami kepayahan, yang dituntut oleh Islam
menolongnya.

Misalnya: Orang yang menanggung hutang sedang ia tidak dapat membayarnya pada masa yang ditetapkan, maka
orang yang demikian keadaannya dikehendaki menolongnya dengan jalan dibebaskan dari semua atau dari
sebahagian hutang yang ditanggungnya atau pun diberi tempoh yang lain untuk memudahkan ia membayarnya.

Atau seseorang Islam yang sedang mengalami susah payah dalam sesuatu masalah agama, maka dikehendaki
menolongnya dengan satu fatwa yang melepaskannya dan kesusahannya itu sekalipun fatwa itu tidak berdasarkan
mazhab yang biasa diamalkannya.

Ketiga - Menolong menutup kesalahan atau keaipan orang Islam.

Menurut beberapa buah hadis, bahawa sesiapa yang mendedahkan keaipan saudaranya, nescaya Allah akan
mendedahkan keaipannya sekalipun di rumahnya sendiri.

Sayugia disebut, manusia itu dua jenis:

(a) - Orang yang tidak terkenal melakukan sesuatu maksiat, maka orang yang demikian, kalaulah ia terlanjur
melakukan sesuatu perkara yang buruk, maka dialah orang yang dikehendaki diberi pertolongan menutup
keburukan atau keaipan yang dilakukannya dan tidak harus didedahkan atau diperkatakan, kerana perbuatan yang
demikian adalah perbuatan mengumpat yang nyata haramnya.

(b) - Orang yang terkenal berperangai buruk dan selalu melakukan maksiat, yang tidak menghiraukan apa yang
dilakukannya dan tidak pula mengambil indah kepada apa yang dikatakan kepadanya maka orang yang demikan
keadaannya dituntut membongkar kesalahannya supaya ia menerima hukuman.
Pertolongan menutup kesalahan dan keaipan seseorang Islam itu adalah dengan beberapa syarat:

Pertama - kesalahan yang dilakukan itu berhubung dengan hak Allah Taala.

Kedua - kesalahan itu dilakukan pada masa yang lalu.

Ketiga - kesalahan itu dilakukan oleh orang yang tidak terkenal berperangai buruk dan selalu melakukan maksiat.

Keempat - orang itu tidak menjadi saksi atau rawi hadis atau pemegang amanah dan lain-lainnya dan orang-orang
yang semestinya bersifat adil dan amanah.

Kesimpulannya: Orang yang memberikan pertolongan yang tersebut, tetap beroleh pertolongan Allah sebagai
balasan yang sebaik-baiknya.

(2) - Balasan usaha menuntut ilmu:

Oleh kerana jalan-jalan dan cara bagi mencapai ilmu agama itu banyak, yang menghendaki seseorang
penuntut berusaha dengan bersungguh-sungguh membanyakkan membaca, menulisnya, menghafaznya dan
mengkaji serta saling ingat-mengingati sesama penuntut, maka Rasulullah s.a.w. memberi jaminan kepada orang
yang menjalankan usaha itu, bahawa Allah Taala akan memudahkan baginya segala jalan yang menyampaikannya
ke Syurga.

(3) Kelebihan berhimpun membaca Al-Qur'an dan mentadarusnya:

Berhimpun atau berjemaah dalam mengerjakan sesuatu amal ibadat, sangat-sangat digalakkan oleh Islam; di
antaranya berhimpun membaca Al-Qur'an dan mentadarusnya, kerana Rasulullah s.a.w. menggalakkan umatnya
berbuat demikian dengan menyatakan bahawa mereka diberi perasaan ketenangan hati, dicucuri rahmat dalam
segenap keadaan, dilingkungi oleh malaikat-malaikat berkat dan puji oleh Allah Taala dalam kalangan makhluk-
makhluk yang mulia di sisi-Nya.

Keadaan yang demikian sangat-sangat dituntut untuk memimpin seseorang ke jalan mencapai keselamatan di dunia
dan di akhirat, kerana sebahagian besar dari kacau bilau dan perbuatan maksiat adalah akibat dari dorongan jiwanya
yang tidak ada perasaan ketenangan dan tidak dicucuri oleh rahmat Allah; dan sebaliknya perbuatan-perbuatan
baik yang menatijahkan keselamatan adalah dari jiwa yang bersih dan tenang serta mendapat cucuran
rahmat Allah `Aza wa Jalla.

Empat kelebihan yang diberikan kepada orang-orang yang berhimpun membaca Al-Qur'an dan mentadarusnya itu
diberikan juga kepada orang-orang yang berhimpun dalam majlis zikir (majlis menyebut dan mengingati Allah),
sebagaimana yang tersebut dalam hadis Muslim.

Hadis Muslim ini, menurut pendapat Al-Saghani dalam syarh "Masyariq al-Anwar" adalah menjadi dalil tentang
kelebihan tiap-tiap kumpulan yang berhimpun kerana Allah membaca Al-Qur'an, mendengar hadis Rasulullah s.a.w.
atau mempelajari ilmu agama.

Kelebihan berhimpun untuk "Zikir Allah" itu diterangkan pula dalam sebuah hadis Bukhari dan Muslim yang
ringkasan maksudnya seperti berikut:

Bahawa Allah Taala mempunyai Malaikat yang sentiasa berjalan di merata-rata tempat mencari kumpulan yang
berhimpun untuk berzikir, bertasbih, bertakbir dan bertahmid; apabila mereka berjumpa kumpulan ahli zikir itu
mereka panggil memanggil sesama sendiri lalu mengerumuni kumpulan itu serta menaunginya dengan sayap mereka
berlapis-lapis hingga ke langit dunia. Setelah mereka mengadap Tuhan dan menjawab beberapa pertanyaan, maka
Tuhan menyatakan kepada mereka dengan firman-Nya: "Hendaklah kamu menjadi saksi bahawa Aku telah
mengampunkan dosa mereka sekaliannya." Mendengarkan firman Allah itu, salah satu di antara Malaikat yang
tersebut berkata: "(Ya Tuhan Kami!) dalam kalangan ahli zikir itu ada seorang yang hanya datang kerana satu hajat
yang lain, lalu duduk dengan mereka." Allah Taala menjawab: "Kumpulan itu ialah orang-orang yang
sempurna kebaikannya, dengan kesempurnaan mereka tidak akan hampa orang yang duduk bersama-sama mereka".

(4) Amalan seseorang jualah yang menentukan maju mundurnya:

Dalam hadis ini Rasulullah s.a.w. menegaskan: Bahawa seseorang yang ingin membela nasibnya wajiblah ia
belajar dan berusaha serta beramal; tidak harus ia bergantung kepada keadaan nasab keturunannya, kerana Tuhan
telah berfirman yang maksudnya: "Dan bagi tiap-tiap seorang, beberapa darjat (tingkatan balasan) disebabkan apa
yang mereka telah kerjakan"; demikian juga Rasulullah s.a.w. pernah bersabda mengingatkan kaum kerabatnya
bahkan buah hatinya yang dikasihi, Sayidatina Fatimah, r.a., supaya masing-masing menebus diri dari azab seksa,
dengan amal taat yang sempurna, kerana Baginda tidak berkuasa menolak sesuatu pun dari azab seksa Tuhan itu.

Sayugia direnung dan diteliti isi hadis ini, kalau Rasulullah s.a.w. sendiri telah menyatakan tidak sanggup
mengelakkan azab seksa dari anaknya Sayidatina Fatimah r.a., kalau ditakdirkan cuainya dari beramal, pada
hal Rasulullah s.a.w. ialah Rasulullah dan Sayidatina Fatimah ialah anaknya yang dikasihi, maka betapalah pula
orang yang cuai menjalankan perintah beramal dengan mengharapkan kelebihan nasab keturunannya atau
kebangsawanannya dan betapa pula halnya orang yang tergamak menyanggup memberi pertolongan, pada "hari
seseorang tidak dapat memberikan pertolongan sedikit pun kepada orang lain dan segala perkara pada hari itu
tertentu bagi Allah! "

 
Bab: 8 

Tajuk: WAJIB MENYAMPAIKAN ILMU AGAMA DAN KELEBIHANNYA 

Firman Allah Taala, maksudnya: "Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan
dari keterangan-keterangan dan pertunjuk hidayat, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam kitab
suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk. " (159, Surah Al-Baqarah).

"Dan (ingatlah!) ketika Allah mengambil perjanjian setia daripada orang-orang yang telah diberikan kitab, iaitu:
Demi sesungguhnya hendaklah kamu menerangkan isi kitab itu kepada umat manusia dan jangan sekali-kali kamu
menyembunyikannya .." (187, Surah Ali Imran).

Hadis Kedua Puluh Tujuh

َ ِ‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم قَا َل لِيُبَلﱢغ ال ﱠشا ِھ ُد ْال َغائ‬


‫ب فَإِ ﱠن‬ ‫صلﱠى ﱠ‬ ‫ َع ْن أَبِي بَ ْك َرةَ َع ْن النﱠبِ ﱠ‬-27
َ ‫ي‬
(‫ )البخاري ومسلم‬.ُ‫ال ﱠشا ِھ َد َع َسى أَ ْن يُبَلﱢ َغ َم ْن ھُ َو أَ ْو َعى لَهُ ِم ْنه‬

27 - Dari Abi Bakrah r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Hendaklah orang yang hadir (mendengar hadis ku)
menyampaikannya kepada orang-orang tidak hadir kerana sesungguhnya diharap orang yang disampaikan hadis itu
kepadanya lebih hafaz dan lebih faham daripada yang menyampaikannya.

(Bukhari dan Muslim)

Hadis yang kedua puluh tujuh ini menerangkan bahawa:

(1) Soal menyampaikan ilmu agama adalah menjadi tugas kepada setiap orang yang mengetahuinya.

(2) Orang yang disampaikan kepadanya sesuatu ilmu agama, boleh jadi ia lebih faham dari orang yang
menyampaikannya.

Huraiannya:

1 - Soal menyampaikan ilmu agama:

Agama Islam adalah agama untuk seluruh umat manusia dan segala bangsa dan dalam setiap masa, turun temurun
hingga hari qiamat. Untuk meneruskan perkembangan Islam dalam segala tempat dan segala zaman itu, Nabi
Muhammad s.a.w. , meninggalkan pesannya yang berupa perintah supaya tiap-tiap orang yang mendengar hadis
Baginda dan ajaran-ajaran yang dibawanya, menyampaikannya kepada orang yang belum mendengarnya.

Dengan itu nyatalah bahawa tugas menyampaikan sesuatu hadis atau sesuatu hukum agama bukanlah tertentu
kepada seseorang dengan jalan dilantik, tetapi dengan sendirinya menjadi kewajipan sesiapa jua yang menghadiri
mana-mana majlis pelajaran agama, atau hadis Nabi, atau hukum-hukum Islam, menyampaikannya kepada orang-
orang yang tidak hadir bersama, dengan sungguh-sungguh jujur dan amanah.

Demikianlah seterusnya dari seorang kepada yang lain, masing-masing menjalankan tugas menyampaikan ajaran-
ajaran Islam, walaupun orang yang menyampaikan itu sendiri tidak begitu faham akan maksud hadis atau hukum
yang hendak disampaikannya itu.
2 - Kewajipan orang yang disampaikan kepadanya sesuatu ilmu agama:

Orang yang disampaikan kepadanya pelajaran itu, wajib menerimanya. Tentang soal memahami maksud hadis atau
hukum yang diterimanya, maka ia tidaklah terikat dengan fahaman orang yang menyampaikannya, bahkan ia boleh
menyatakan fahamannya dengan berdasarkan kaedah yang tertentu dalam ilmu agama.

Pendeknya orang yang menyampaikan sesuatu hadis atau sesuatu ilmu agama dan Rasulullah s.a.w. boleh diterima
daripadanya walaupun orang itu tidak begitu faham akan hadis atau ilmu yang disampaikannya; dan ia akan beroleh
pahala dengan usaha penyampaiannya itu serta dikira dan golongan ahli agama.

Hadis Kedua Puluh Lapan

ً‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم قَا َل بَلﱢ ُغوا َعنﱢي َولَ ْو آيَة‬ ‫صلﱠى ﱠ‬ َ ‫ي‬ ‫ﷲِ ب ِْن َع ْم ٍرو أَ ﱠن النﱠبِ ﱠ‬
‫ َع ْن َع ْب ِد ﱠ‬-28
‫ي ُمتَ َع ﱢم ًدا فَ ْليَتَبَ ﱠو ْأ َم ْق َع َدهُ ِم ْن‬ َ ‫َو َح ﱢدثُوا َع ْن بَنِي إِ ْس َرائِي َل َو َال َح َر َج َو َم ْن َك َذ‬
‫ب َعلَ ﱠ‬
(‫ )البخاري والترمذي‬.‫ار‬ ِ ‫النﱠ‬
28 - Dari Abdullah bin 'Amr ra., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Sampaikanlah (apa yang kamu dapat) dari ku walau
satu ayat sekalipun; dan ceritakanlah (apa yang sampai kepada kamu) darihal Bani Israel dan (dalam pada itu)
tidak ada salahnya (kalau kamu tidak ceritakan). Dan (ingatlah!) sesiapa yang berdusta terhadapku dengan sengaja,
maka hendaklah ia menyediakan tempatnya dalam neraka.

(Bukhari dan Tirmizi)

Hadis yang kedua puluh lapan ini menerangkan bahawa:

(1) Ilmu agama, walau sedikit sekalipun, wajib juga disampaikan.

(2) Kisah-kisah Bani Israel boleh diceritakan.

(3) Balasan buruk bagi orang yang berbuat dusta terhadap Rasulullah s.a.w.

Huraiannya:

1 - Soal menyampaikan ilmu agama:

Ilmu agama tidak harus sama sekali disembunyikan, bahkan tiap-tiap seorang yang mengetahuinya
wajib menyampaikannya kepada orang yang belum mengetahuinya walau pun ilmu itu hanya satu ayat dan Al-
Qur'an atau satu hadis atau satu hukum. Dengan itu akan tersebarlah ilmu pengetahuan dan hukum-
hukum Islam kepada seluruh umat manusia sebagaimana yang ditugaskan kepada Rasulullah s.a.w. dan umatnya.

2 - Kisah-kisah Bani Israel:

Kisah-kisah Bani Israel tidak salah diceritakan, asalkan kisah-kisah itu tidak diyakini dustanya. Itu pun mana-mana
yang mengandungi pengajaran dan mendatangkan iktibar, seperti kisah kaum yang diperintahkan
membunuh diri untuk bertaubat dan dosa mereka menyembah patung anak lembu, dan kisah kaum yang telah diubah
keadaan mereka kepada keadaan monyet dan babi kerana kesalahan mereka melanggar perintah dengan melakukan
tipu helah.

3 - Balasan berbuat dusta terhadap Nabi Muhammad S.A.W.

Dalam hal menyampaikan apa yang datang dari Rasulullah s.a.w., tiap-tiap seorang hendaklah berhati-hati supaya ia
tidak melakukan sesuatu yang dusta terhadap Baginda dengan mengatakan perkara yang disampaikannya itu
berpunca dari Baginda pada hal yang sebenarnya tidak demikian.

Memperkatakan sesuatu yang dusta terhadap Baginda amat buruk kesannya kepada ajaran dan hukum-hukum
Allah yang dibawa oleh Baginda. Oleh itu sesiapa yang sengaja melakukan perkara yang demikian maka berhaklah
ia menerima azab seksa yang dijanjikan oleh Baginda dalam hadisnya ini.

Al-Ubbi, ahli hadis yang terkenal pensyarah kitab Sahih Muslim mengingatkan dengan berkata: perkara yang
hampir kepada dusta atau yang berupa dusta, ialah memperkatakan kalimah-kalimah dalam hadis Nabi dengan
sebutan yang salah (yang tidak menurut kaedah Bahasa!Arab); oleh itu, maka tiap-tiap seorang yang
beriman hendaklah berjaga-jaga dengan bersungguh-sungguh mengenai hal yang tersebut. Demikianlah juga
diperingatkan oleh Imam Nawawi. Al-Ubbi berkata lagi: Sebagai bukti tentang apa yang dikatakan oleh
Imam Nawawi dalam hal ini, ialah apa yang telah disalinkan oleh Ibnu Al-Salah dan Al-Asma'i yang pernah
mengatakan: "Bahawa perkara yang sangat dibimbangkan terhadap seseorang penuntut ilmu hadis apabila ia tidak
mengetahui ilmu Bahasa Arab, akan termasuk (di antara orang-orang) yang dimaksudkan oleh Nabi s.a.w. (sesiapa
yang berdusta terhadapku dengan sengaja, maka hendaklah ia menyediakan tempatnya di dalam neraka), kerana
Baginda tidak pernah menuturkan sabdanya dengan cara yang salah pada kaedah-kaedah Bahasa Arab, maka pada
bila-bila masa sahaja engkau meriwayatkan hadis dan Baginda dan engkau menyebutnya dengan cara yang salah,
bermakna engkau berdusta terhadap Baginda!".

Dengan yang demikian - kata Ibnu Al-Salah lagi - adalah menjadi tanggungan seseorang penuntut hadis untuk
mempelajari Nahu dan ilmu bahasa Arab sekadar yang dapat menyelamatkan dirinya dari perbuatan menuturkan
hadis-hadis dengan cara yang salah dan dari merosakkan maksudnya yang sebenar serta dari akibatnya yang buruk.

Bagi pembaca-pembaca hadis Rasulullah s.a.w., hendaklah mereka menerima bacaan Hadis itu dari mulut ahli ilmu
hadis yang menjaga dan memelihara sebutannya dengan betul,

Hadis Kedua Puluh Sembilan

‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم َم ْن ُسئِ َل َع ْن ِع ْل ٍم‬


‫صلﱠى ﱠ‬ ‫ َع ْن أَبِي ھُ َر ْي َرةَ قَا َل قَا َل َرسُو ُل ﱠ‬-29
َ ِ‫ﷲ‬
(‫ )أبو داود والترمذي‬.‫ار يَ ْو َم ْالقِيَا َم ِة‬
ٍ َ‫ﷲُ بِلِ َج ٍام ِم ْن ن‬ ‫فَ َكتَ َمهُ أَ ْل َج َمهُ ﱠ‬

29- Dari Abu Hurairah, r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Sesiapa yang ditanyakan kepadanya mengenai sesuatu ilmu
(agama), lalu ia menyembunyikannya nescaya Allah mengekang mulutnya dengan kekang dari api neraka, pada hari
qiamat kelak."

( Abu Daud dan Tirmizi)

Hadis yang kedua puluh sembilan ini menerangkan tentang:

Balasan yang seburuk-buruknya bagi orang yang menyembunyikan ilmu agama.


Huraiannya:

Sebagaimana yang sedia diketahui, bahawa soal menyampaikan ilmu agama adalah suatu perintah yang ditetapkan
oleh Allah Taala dan Rasul Nya Nabi Muhammad s.a.w. , .iaitu tiap-tiap seorang yang mengetahui sesuatu masalah
agama, dituntut menyampaikannya kepada orang lain, sebagaimana ia dituntut mengamalkannya untuk
kebaikan dirinya sendiri, kerana tujuan ilmu agama itu dipelajari ialah untuk diamalkan dan mendatangkan faedah,
sama ada kepada diri sendiri atau kepada orang lain.

Oleh itu, sesiapa yang menyembunyikan sesuatu masalah agama, atau tidak mahu menyebarkannya atau
menerangkannya kepada orang yang bertanyakan masalah itu kepadanya, sudah tentu ia menentang perintah Allah
dan Rasul-Nya dan menentang tujuan ilmu yang ada padanya. Dengan yang demikian, sudah sepatutnya ia
dikenakan azab seksa yang seberat-beratnya sebagaimana yang tersebut dalam Hadis ini.

Berdasarkan hadis yang tersebut dan juga Hadis-hadis yang lain yang berhubung dengannya, alim ulama membuat
kesimpulan bahawa orang yang ditanyakan kepadanya sesuatu masalah agama, wajiblah ia menerangkannya, dengan
syarat:

Pertama - Orang yang bertanya itu berhak mengetahui masalah yang ditanyakan;

Kedua - Masalah yang ditanyakan itu dari perkara-perkara "fardu ain" kepadanya!

Hadis Ketiga Puluh

‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم يَقُو ُل‬ ‫صلﱠى ﱠ‬ َ ‫ي‬ ُ ‫ﷲُ َع ْنهُ قَا َل َس ِمع‬
‫ْت النﱠبِ ﱠ‬ ‫ض َي ﱠ‬ ِ ‫ َع ْن اب ِْن َم ْسعُو ٍد َر‬-30
ُ‫ق َو َرج ٍُل آتَاه‬ ‫ﷲُ َم ًاال فَ َسلﱠطَهُ َعلَى ھَلَ َكتِ ِه فِي ْال َح ﱢ‬ ‫َال َح َس َد إِ ﱠال فِي ْاثنَتَي ِْن َرج ٍُل آتَاهُ ﱠ‬
(‫ )البخاري ومسلم والترمذي‬.‫ضي بِھَا َويُ َعلﱢ ُمھَا‬ ‫ﱠ‬
ِ ‫ﷲُ ِح ْك َمةً فَھُ َو يَ ْق‬

30 - Dari Ibnu Mas'ud, r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Tidak digalakkan adanya perasaan iri hati melainkan kepada
dua keadaan: (Pertama) keadaan orang yang dikurniakan Allah harta benda, serta menjadikannya menguasai dirinya
menghabiskan hartanya itu pada perkara kebajikan yang sebenar-benarnya; dan (kedua) keadaan orang yang
dikurniakan Allah ilmu pengetahuan agama, lalu ia beramal dengannya dan mengajarkannya."

(Bukhari, Muslim dan Tirmizi)

Hadis yang ketiga puluh ini menerangkan tentang:

Dua Kelebihan yang sangat-sangat digalakkan beriri hati kepadanya.

Huraiannya:

Nikmat-nikmat yang diberikan Allah kepada hambanya amatlah banyak, tidak terhitung. Di antaranya dua perkara
yang sangat tinggi nilainya dan besar kelebihannya untuk mencapai keredhaan Allah Taala.

Yang pertama - nikmat pemberian harta benda kepada seseorang yang dapat menguasai dirinya dan
berjaya mengalahkan perasaan tamak halubanya, sehingga dapatlah ia membelanjakan hartanya itu pada perkara
kebajikan yang sebenar-benarnya, bukan membelanjakannya dengan cara membazir atau kerana riak atau kerana
menurut kemahuan nafsunya semata-mata.

Kedua - nikmat pemberian ilmu pengetahuan agama kepada seseorang yang menyedari tugasnya, lalu menggunakan
ilmunya itu untuk mengamalkannya dan mengajarkannya kepada orang lain.

Rasulullah s.a.w. menerangkan dalam hadis ini: Bahawa dua nikmat pemberian yang tersebut amatlah
besar kelebihannya sehingga mustahaklah tiap-tiap seorang beriri hati dan berusaha dengan bersungguh-sungguh
semoga Allah mengurniakannya nikmat-nikmat itu supaya dapatlah ia menggunakannya menurut cara yang sebaik-
baiknya seperti yang digunakan oleh dua orang yang tersebut.

Dengan berlakunya keadaan yang demikian, maka sempurnalah kebaikan seseorang meliputi jasmaninya dan
rohaninya.

Hadis Ketiga Puluh Satu

‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم قَا َل َم ْن َد َعا إِلَى ھُ ًدى‬ ‫صلﱠى ﱠ‬ َ ِ‫ﷲ‬ ‫ َع ْن أَبِي ھُ َر ْي َرةَ أَ ﱠن َرسُو َل ﱠ‬-31
ُ ُ
‫ُور ِھ ْم َش ْيئًا َو َم ْن َد َعا‬
ِ ‫ك ِم ْن أج‬ َ ِ‫ُور َم ْن تَبِ َعهُ َال يَ ْنقُصُ َذل‬ ِ ‫ان لَهُ ِم ْن ْاألَجْ ِر ِم ْث ُل أج‬َ ‫َك‬
َ ِ‫اإل ْث ِم ِم ْث ُل آثَ ِام َم ْن تَبِ َعهُ َال يَ ْنقُصُ َذل‬
.‫ك ِم ْن آثَا ِم ِھ ْم َش ْيئًا‬ ِ ْ ‫ان َعلَ ْي ِه ِم ْن‬
َ ‫ض َاللَ ٍة َك‬
َ ‫إِلَى‬
(‫)مسلم وأبو داود والترمذي‬

31 -Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal
yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak
mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka; dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak ke
jalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang
menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka."

(Muslim, Abu Daud dan Tirmizi)

Hadis yang ketiga puluh satu ini menerangkan:

Kelebihan orang yang mengajak mengerjakan amal yang baik dan sebaliknya.

Huraiannya:

Sesuatu amal kebajikan, atau sesuatu perkara yang menyesatkan, banyak juga dilakukan orang dengan sebab ajakan
atau pimpinan atau pun arahan orang lain. Demikian pula orang yang mengajak itu, banyak juga dapat menarik
orang-orang melakukan perkara-perkara yang disebarkannya itu sama ada baik atau buruk.

Oleh itu, sesiapa yang mengajak melakukan sesuatu perkara, maka ia adalah bertanggungjawab terhadap perkara itu.

Dalam hadis ini, Rasulullah s.a.w. menegaskan bahawa setiap orang yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu
amal salih, sama ada amal itu kecil atau besar, maka ia diberi pahala sebanyak pahala yang didapati oleh orang yang
menurut ajakannya, kerana dialah yang berusaha menyebabkan amal yang baik itu tersebar dikerjakan orang.
Sebaliknya, sesiapa yang mengajak ke jalan melakukan sesuatu amalan sesat, maka ia akan menanggung dosa,
sebanyak dosa yang ditanggung oleh orang-orang yang menurut ajakannya, kerana dialah yang berusaha
menyebabkan perkara yang menyesatkan itu tersebar dilakukan orang.

Demikianlah besarnya kelebihan dan kebaikan yang akan didapati oleh orang-orang yang mengajak, memimpin,
menunjuk dan menyebabkan berlakunya sesuatu amalan yang diredhai Allah; dan sebaliknya amatlah
besar padahnya bagi orang-orang yang menyebabkan berlakunya sebarang perkara yang dimurkai Allah `Azza wa
Jalla.

Hadis Ketiga Puluh Dua

‫ﷲُ ا ْم َرأً َس ِم َع ِمنﱠا‬


‫ض َر ﱠ‬
‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم قَا َل نَ ﱠ‬ ‫صلﱠى ﱠ‬ َ ‫ي‬‫ت َع ْن النﱠبِ ﱠ‬ ٍ ِ‫ َع ْن َز ْي ِد ب ِْن ثَاب‬-32
‫َح ِديثًا فَ َحفِظَهُ َحتﱠى يُبَلﱢ َغهُ َغ ْي َرهُ فَرُبﱠ َحا ِم ِل فِ ْق ٍه إِلَى َم ْن ھُ َو أَ ْفقَهُ ِم ْنهُ َورُبﱠ َحا ِم ِل‬
(‫ )الترمذي وأبو داود‬.‫ْس بِفَقِي ٍه‬ َ ‫فِ ْق ٍه لَي‬

32 - Dari Zaid bin Thabit r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Semoga Allah menyerikan wajah dan memperelokkan
keadaan orang yang mendengar dari kami sebarang hadis lalu ia memeliharanya (dengan ingatannya atau dengan
tulisannya), supaya ia dapat menyampaikannya (kepada orang lain); - kerana boleh jadi ada pembawa sesuatu hadis
hukum kepada orang yang lebih faham daripadanya dan boleh jadi juga pembawa sesuatu hadis hukum itu, ia sendiri
bukanlah seorang yang memahaminya."(Tirmizi dan Abu Daud)

Hadis yang ketiga puluh dua ini menerangkan tentang:

(1) Kelebihan orang yang berkhidmat memelihara hadis-hadis Rasulullah s.a.w.

(2) Orang yang menyampaikan hadis disyaratkan "Hafaznya" tidak disyaratkan "Fahamnya".

Huraiannya;

(1) Kelebihan orang yang berkhidmat memelihara Hadis-hadis Nabi S.A.W.

Orang-orang yang memelihara hadis-hadis Rasulullah s.a.w. amatlah besar jasanya! Apabila mendengar sesebuah
hadis, mereka menghafaznya atau menulisnya dengan cermat, kemudian mereka menghebahkannya dengan
sepenuh tanggungjawab. Ini bermakna mereka bekerjasama dengan Rasulullah s.a.w. menunaikan kewajipan dalam
hal mengembangkan agama Islam yang dibawa oleh Baginda. Dengan yang demikian, sudah selayaknya
perkhidmatan mereka mendapat balasan yang sebaik-baiknya.

Dalam hadis ini, Rasulullah s.a.w menegaskan bahawa perkhidmatan mereka dihargai oleh Baginda dengan
mendoakan semoga Allah Taala menyerikan wajah mereka dan menjadikan mereka berpuas hati dengan nikmat-
nikmat yang dikurniakan kepada mereka di dunia dan di akhirat.

(2) Orang yang menyampaikan hadis disyaratkan menghafaznya dan memeliharanya betul-betul,
tidak disyaratkan memahaminya.
Hadis-hadis Rasulullah s.a.w. hendaklah disebarkan. Apa yang mesti disebarkan itu ialah kata-kata yang disabdakan
oleh Baginda.

Ada pun tentang makna maksud hadis-hadis itu, terpulanglah kepada masing-masing memahaminya, kerana boleh
jadi orang yang menyampaikan sesebuah hadis itu tidak memahaminya atau kurang mendalaminya, meskipun
demikian, ia berkewajipan juga menyebarkannya. Dalam pada itu, boleh jadi orang yang disampaikan kepadanya itu
boleh memahami lebih mendalam dari orang yang menyampaikannya.

 
Bab: 9 

Tajuk: WAJIB BERSIKAP IKHLAS DALAM MENUNTUT ILMU DAN AMAL IBADAT 

Firman Allah Taala, maksudnya: " .. Sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya,
hendaklah ia mengerjakan amal yang salih dan janganlah ia mempersekutukan sesiapa pun dalam ibadatnya kepada
Tuhannya." (110, Surah Al-Kahf)

" .. hendaklah engkau menyembah Allah dengan mengikhlaskan kepada-Nya segala ibadat dan bawaan mu." (2,
Surah Al-Zumar).

Hadis Ketiga Puluh Tiga

‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم َم ْن تَ َعلﱠ َم ِع ْل ًما ِم ﱠما‬


‫صلﱠى ﱠ‬َ ِ‫ﷲ‬ ‫ َع ْن أَبِي ھُ َر ْي َرةَ قَا َل قَا َل َرسُو ُل ﱠ‬-33
‫يب بِ ِه َع َرضًا ِم ْن ال ﱡد ْنيَا لَ ْم يَ ِج ْد‬ ِ ‫ﷲِ َع ﱠز َو َج ﱠل َال يَتَ َعلﱠ ُمهُ إِ ﱠال لِي‬
َ ‫ُص‬ ‫يُ ْبتَ َغى بِ ِه َوجْ هُ ﱠ‬
(‫ )أبو داود وابن ماجه‬.‫ف ْال َجنﱠ ِة يَ ْو َم ْالقِيَا َم ِة‬ َ ْ‫َعر‬

33- Dari Abu Hurairah, r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Sesiapa yang mempelajari sesuatu ilmu dari jenis-jenis
ilmu yang tujuannya untuk mencapai keredhaan Allah, sedang ia tidak mempelajarinya melainkan untuk
mendapat sesuatu bahagian dari dunia (harta benda atau pengaruh), nescaya ia tidak akan dapat mencium bau
syurga, pada hari qiamat kelak."

( Abu Daud dan Ibnu Majah)

Hadis yang ketiga puluh tiga ini menerangkan:

Orang yang mempelajari ilmu agama dengan tujuan mendapat habuan dunia, buruk padahnya.

Huraiannya:

Tiap-tiap perbuatan adalah dinilai menurut tujuan orang yang melakukannya. Sesuatu perkara yang dilakukan oleh
dua orang dengan tujuan yang berlainan, maka berlainan pula nilainya, kerana tujuanlah yang mendorong seseorang
melakukan sesuatu perbuatan itu.

Ilmu agama - sebagaimana yang sedia diketahui - adalah dan Allah, untuk menjalankan perintah-perintah Allah dan
beramal kerana Allah.

Oleh itu, seseorang penuntut ilmu agama hendaklah membersihkan hatinya supaya ilmu dan amal yang
diusahakannya sungguh-sungguh kerana Allah, bukan kerana kepentingan dunia.

Dalam hadis ini, Rasulullah s.a.w. menegaskan: Bahawa orang yang menuntut ilmu agama untuk mendapat habuan
dunia semata-mata, maka ia bukan sahaja tidak memasuki syurga bahkan tidak dapat mencium baunya, kerana orang
yang demikian telah menyelewengkan agama Allah dan telah

menjualnya dengan habuan-habuan dunia. Oleh itu sudah selayaknya ia menerima balasan yang seburuk-buruknya.
Dalam pada itu, janji balas buruk yang tersebut dalam hadis ini, tidak ditimpakan kepada orang yang menuntut ilmu
agama dengan ikhlas, kemudian ia beroleh habuan dunia sebagai nikmat pemberian yang disegerakan
Tuhan kepadanya, maka orang yang demikian tidak dikeji oleh syarak,

kerana ia tidak menyelewengkan agama Allah dan tujuannya yang sebenar.

Mengenai hal ini, Imam Ghazali dan alim ulamak yang lain telah membahagikan penuntut-penuntut ilmu kepada
tiga bahagian:

Pertama - Orang yang menuntut ilmu kerana Allah dan untuk keselamatannya pada hari akhirat, maka ia adalah dari
orang-orang yang berjaya!

Kedua - Orang yang menuntut ilmu untuk mendapat kemuliaan, kebesaran dan harta kekayaan, dalam pada itu ia
menyedari akan tujuannya yang buruk itu. Orang yang demikian, jika ia bertaubat dan menyelamatkan dirinya dan
perbuatannya yang salah itu maka ia akan termasuklah dalam golongan orang-orang yang berjaya, kerana
orang yang bertaubat dari dosanya akan menjadilah ia sama seperti orang yang tidak berdosa; dan jika ia
mati sebelum bertaubat, adalah ditakuti ia akan mati dalam keadaan Su' al-Khatimah", semoga Allah
melindungi kita daripada keadaan yang demikian dan dari segala yang membawa kepada "kesudahan yang buruk"
itu.

Ketiga - Orang yang menuntut ilmu dengan tujuan mendapat harta kekayaan dan pangkat kebesaran, dengan
menyangka bahawa ia mempunyai kedudukan yang mulia di sisi Allah, kerana ia berlagak seperti alim ulama pada
pakaian dan tutur katanya; maka orang yang demikian adalah dari golongan yang binasa, kerana ia dihalangi dari
bertaubat oleh sangkaannya bahawa ia berada di atas jalan yang benar.

Pendeknya orang yang menuntut ilmu dikehendaki menentukan niat dan tujuannya pada tiap-tiap masalah secara
khusus satu persatu, atau secara umum - bahawa ia mempelajari ilmu itu ialah untuk menunaikan fardu ain" yang
ditanggungnya untuk kewajipan dirinya sendiri, dan yang lebih dan itu hendaklah diniatkan untuk disampaikan
kepada orang ramai sebagai "fardu kifayah"; dan janganlah diniatkan sebagai perkara "sunat" kerana pahala "perkara
yang difardukan" adalah lebih besar dari itu.

Demikian juga hendaklah ia menentukan niat dan tujuannya dengan ilmu yang diajarkannya itu akan dapat mencapai
jalan yang menyampaikan faedahnya kepada segala lapisan masyarakat, dengan perantaraan murid-muridnya dan
murid-murid kepada murid-muridnya, meliputi ilmu dan amal yang terus menerus hingga hari qiamat.

Demikian juga hendaklah ia menentukan niat dan tujuannya untuk menyekat dirinya dari melakukan maksiat dengan
berlaku taat kepada Allah dan juga menyekat dirinya dari perkara-perkara yang sia-sia dan merugikan.

Menurut Imam Al-Qarafi, bahawa sesiapa yang mengajarkan ilmu kepada orang ramai dengan tujuan hendak
menjadi orang yang masyhur dan terpuji, maka perbuatannya yang demikian menjadi sebab untuk ia dipulaukan dan
tidak diambil ilmu yang disampaikannya.

Hadis Ketiga Puluh Empat

‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم يَقُو ُل َم ْن‬


‫صلﱠى ﱠ‬ َ ِ‫ﷲ‬ ‫ْت َرسُو َل ﱠ‬ ُ ‫ب ب ِْن َمالِ ٍك قَا َل َس ِمع‬ ِ ‫ َع ْن َك ْع‬-34
ِ ‫ف بِ ِه ُوجُوهَ النﱠ‬
‫اس‬ َ ‫ي بِ ِه ال ﱡسفَھَا َء أَ ْو يَصْ ِر‬ ِ ‫ي بِ ِه ْال ُعلَ َما َء أَ ْو لِيُ َم‬
َ ‫ار‬ ِ ‫ب ْال ِع ْل َم لِيُ َج‬
َ ‫ار‬ َ َ‫طَل‬
(‫ )الترمذي وابن ماجه‬.‫ﷲُ النﱠا َر‬ ‫إِلَ ْي ِه أَ ْد َخلَهُ ﱠ‬
34 - Dari Ka'ab bin Malik ra., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Sesiapa yang menuntut ilmu, dengan tujuan bermegah-
megah menandingi alim ulama dengan ilmunya itu, atau dengan tujuan bertengkar dan bertegang urat dengan orang-
orang yang jahil dengan ilmunya itu, atau pun dengan tujuan menarik dengan ilmunya itu perhatian orang ramai
memujinya, nescaya Allah akan memasukkannya ke dalam neraka. "

(Tirmizi dan Ibnu Majah)

Hadis yang ketiga puluh empat ini mengingatkan:

Penuntut-penuntut ilmu supaya jangan bertujuan selain dari mentaati Allah serta mendapat keredhaan-Nya.

Huraiannya:

Dalam hadis ini, Rasulullah s.a.w. menyatakan bahawa tiga perkara yang tidak sepatutnya dijadikan tujuan bagi
menuntut ilmu agama:

1 - Bermegah-megah menandingi alim ulama.

2 - Bertengkar dengan orang-orang jahil.

3 - Mendapat pujian orang ramai.

Sesiapa yang menjadikan salah satu dan tiga perkara yang tersebut sebagai tujuannya dalam mempelajari ilmu
agama, maka amatlah buruk balasannya, kerana sikap dan tujuannya yang demikian bukan sahaja merosakkan
dirinya sendiri bahkan juga membawa kerosakan kepada agama Allah yang dibawa oleh RasulNya.

Kejadian yang demikian dapat disaksikan di mana-mana; ada di antara orang-orang yang mempelajari ilmu agama
tetapi perbuatannya memburukkan Islam. Ada pula yang tidak beramal menurut ilmu dan ajaran Islam yang
dipelajarinya, kerana amal bakti itu bukan menjadi tujuannya; pada hal tujuan yang tunggal bagi menuntut ilmu
agama itu ialah untuk mencapai keredhaan Allah Taala dengan mengerjakan suruhanNya dan
meninggalkan laranganNya.

Hadis Ketiga Puluh Lima

‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم قَا َل إِ ﱠن أَ ﱠو َل‬ ‫صلﱠى ﱠ‬ َ ‫ﷲُ َع ْنهُ َع ِن النﱠبِ ﱢي‬ ‫ض َي ﱠ‬ ِ ‫ َع ْن أَبِي ھُ َر ْي َرةَ َر‬-35
‫ضى يَ ْو َم ْالقِيَا َم ِة َعلَ ْي ِه َر ُج ٌل ا ْستُ ْش ِھ َد فَأُتِ َي بِ ِه فَ َع ﱠرفَهُ نِ َع َمهُ فَ َع َرفَھَا قَا َل فَ َما‬ َ ‫اس يُ ْق‬ِ ‫النﱠ‬
‫ت ِألَ ْن يُقَا َل‬ َ ‫ك قَاتَ ْل‬ َ ‫ْت َولَ ِكنﱠ‬ َ ‫ت قَا َل َك َذب‬ ُ ‫ك َحتﱠى ا ْستُ ْش ِھ ْد‬ َ ‫ت فِي‬ ُ ‫ت فِيھَا قَا َل قَاتَ ْل‬ َ ‫َع ِم ْل‬
‫ار َو َر ُج ٌل تَ َعلﱠ َم ْال ِع ْل َم‬ ُ َ ‫َج ِري ٌء فَقَ ْد قِي َل ثُ ﱠم أُ ِم َر بِ ِه فَس ُِح‬
ِ ‫ب َعلَى َوجْ ِھ ِه َحتﱠى أ ْلقِ َي فِي النﱠ‬
‫ت‬ُ ‫ت فِيھَا قَا َل تَ َعلﱠ ْم‬ َ ‫آن فَأُتِ َي بِ ِه فَ َع ﱠرفَهُ نِ َع َمهُ فَ َع َرفَھَا قَا َل فَ َما َع ِم ْل‬ َ ْ‫َو َعلﱠ َمهُ َوقَ َرأَ ْالقُر‬
‫ت‬َ ‫ت ْال ِع ْل َم لِيُقَا َل َعالِ ٌم َوقَ َر ْأ‬ َ ‫ك تَ َعلﱠ ْم‬ َ ‫ْت َولَ ِكنﱠ‬
َ ‫آن قَا َل َك َذب‬ َ ْ‫ك ْالقُر‬ َ ‫ت فِي‬ ُ ‫ْال ِع ْل َم َو َعلﱠ ْمتُهُ َوقَ َر ْأ‬
ُ َ ‫ئ فَقَ ْد قِي َل ثُ ﱠم أُ ِم َر بِ ِه فَس ُِح‬
ِ ‫ب َعلَى َوجْ ِھ ِه َحتﱠى أ ْلقِ َي فِي النﱠ‬
‫ار‬ ٌ ‫ار‬ِ َ‫آن لِيُقَا َل ھُ َو ق‬ َ ْ‫ْالقُر‬
‫ال ُكلﱢ ِه فَأُتِ َي بِ ِه فَ َع ﱠرفَهُ نِ َع َمهُ فَ َع َرفَھَا‬ ِ ‫اف ْال َم‬ ِ َ‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َوأَ ْعطَاهُ ِم ْن أَصْ ن‬ ‫َو َر ُج ٌل َو ﱠس َع ﱠ‬
‫ك‬َ َ‫ت فِيھَا ل‬ ُ ‫ق فِيھَا إِ ﱠال أَ ْنفَ ْق‬ َ َ‫يل تُ ِحبﱡ أَ ْن يُ ْنف‬ ٍ ِ‫ت ِم ْن َسب‬ ُ ‫ت فِيھَا قَا َل َما تَ َر ْك‬ َ ‫قَا َل فَ َما َع ِم ْل‬
َ ‫ت لِيُقَا َل ھُ َو َج َوا ٌد فَقَ ْد قِي َل ثُ ﱠم أُ ِم َر بِ ِه فَس ُِح‬
‫ب َعلَى َوجْ ِھ ِه ثُ ﱠم‬ َ ‫ك فَ َع ْل‬
َ ‫ْت َولَ ِكنﱠ‬
َ ‫قَا َل َك َذب‬
ُ
(‫ )مسلم والترمذي والنسائي‬.‫ار‬ ِ ‫أ ْلقِ َي فِي النﱠ‬
35 - Dari Abu Hurairah, r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Sesungguhnya di antara manusia yang mula-mula
dibicarakan dan dihukum pada hari qiamat ialah: Pertama, orang yang gugur syahid - ia dibawa mengadap, maka
Allah menyatakan kepadanya satu persatu nikmat-nikmatNya (yang telah diberikan kepadanya semasa hidupnya)
lalu ia mengakui menerimanya; Allah Taala bertanya kepadanya: "(Sesudah itu) maka apa engkau telah lakukan
pada nikmat-nikmat itu?" Ia menjawab: "Aku berperang kerana mematuhi perintahMu sehingga aku gugur syahid";
Allah Taala berfirman: "Engkau berdusta! (bukan itu tujuan mu), akan tetapi engkau berperang supaya orang
mengatakan: Engkau berani dan telahpun dikatakan yang demikian". Kemudian ia dihukum lalu diseret dengan
tertiarap, sehingga ia dihumbankan ke dalam neraka. Dan kedua, orang yang mempelajari ilmu dan mengajarkannya
serta membaca Al-Qur'an - ia dibawa mengadap, maka Allah menyatakan kepadanya nikmat-nikmatNya satu
persatu, lalu ia mengakui menerimanya; Allah Taala bertanya kepadanya: "(Sesudah itu) maka apa engkau telah
lakukan pada nikmat-nikmat itu?" Ia menjawab: Aku mempelajari ilmu dan mengajarkannya serta membaca Al-
Qur'an kerana mengharapkan keredhananmu"; Allah Taala berfirman: "Engkau berdusta! (Bukan itu tujuanmu),
akan tetapi engkau mempelajari ilmu supaya orang mengatakan engkau alim dan engkau membaca Al-Qur'an
supaya orang mengatakan: Si anu seorang qari, maka telahpun dikatakan yang demikian". Kemudian ia dihukum
lalu diseret dengan tertiarap, sehingga ia dihumbankan ke dalam neraka. Dan ketiga, orang yang telah dimewahkan
Allah hidupnya serta diberinya sebahagian dari segala jenis harta benda kekayaan - ia dibawa mengadap, maka
Allah menyatakan kepadanya nikmat nikmatNya satu persatu, lalu ia mengakui menerimanya; Allah Taala bertanya
kepadanya: "(Sesudah itu) maka apa engkau telah lakukan pada nikmat-nikmat itu?" Ia menjawab: "Aku tidak
tinggalkan satu jalan pun di antara jalan-jalan yang engkau suka dibelanjakan kekayaan itu padanya melainkan aku
belanjakan padanya, kerana mengharapkan rahmatMu"; Allah Taala berfirman: "Engkau berdusta! (Bukan itu
tujuanmu), akan tetapi engkau belanjakan harta kekayaanmu supaya orang mengatakan: Si anu itu seorang
dermawan, - maka telah pun dikatakan yang demikian". Kemudian ia dihukum lalu diseret dengan tertiarap;
akhirnya ia dihumbankan ke dalam neraka."

(Muslim, Tirmizi dan An-Nasa'i).

Hadis yang ketiga puluh lima ini menerangkan:

Akibat buruk yang ditimpakan kepada orang-orang yang menyalahgunakan nikmat-nikmat


pemberian Allah kepadanya.

Huraiannya:

Nikmat-nikmat Allah yang dikurniakannya kepada umat manusia amatlah banyak, tidak terhitung. Nikmat-nikmat
pemberian itu meliputi tiga bahagian besar dalam alam kehidupan ini - jasmani, rohani dan kebendaan.

Dalam hadis ini, Rasulullah s.a.w. menerangkan perihal tiga jenis manusia, masing-masing mendapat salah satu dari
jenis-jenis nikmat yang tersebut, iaitu nikmat jasmani seperti kesihatan dan kekuatan tubuh badan; nikmat rohani
seperti ilmu pengetahuan dan amal ibadat; dan nikmat kebendaan seperti wang ringgit dan hasil mahsul.

Setelah disoal dan dibicarakan pada hari qiamat, mereka didapati bukan sahaja tidak bersyukur akan nikmat-nikmat
pemberian Allah itu bahkan mereka telah menyalahgunakannya dengan tujuan mendapat nama dan dipuji orang
semata-mata. Oleh yang demikian berhaklah mereka ditimpa azab seksa yang diterangkan itu.
Hadis Ketiga Puluh Enam

‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم‬


‫صلﱠى ﱠ‬ َ ِ‫ﷲ‬ ‫ْت َرسُو َل ﱠ‬ ُ ‫ضالَةَ قَا َل َس ِمع‬ َ َ‫ َع ْن أَبِي َس ْع ِد ب ِْن أَبِي ف‬-36
َ ‫ان أَ ْش َر‬
‫ك فِي‬ َ ‫اس يَ ْو َم ْالقِيَا َم ِة لِيَ ْو ٍم َال َري‬
َ ‫ْب فِي ِه نَا َدى ُمنَا ٍد َم ْن َك‬ َ ‫ﷲُ النﱠ‬ ‫يَقُو ُل إِ َذا َج َم َع ﱠ‬
‫ﷲَ أَ ْغنَى ال ﱡش َر َكا ِء َع ْن‬ ‫ﷲِ فَإ ِ ﱠن ﱠ‬‫طلُبْ ثَ َوابَهُ ِم ْن ِع ْن ِد َغي ِْر ﱠ‬ ْ َ‫َع َم ٍل َع ِملَهُ ِ ﱠ ِ أَ َح ًدا فَ ْلي‬
(‫ )الترمذي‬.‫ال ﱢشرْ ِك‬

36- Dari Abu Sa'id bin Abi Fadhalah ra., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Apabila Allah Taala menghimpunkan
manusia pada hari qiamat pada hari yang tidak ada sebarang syak tentang tetap berlakunya, - (pada hari itu)
menyerulah malaikat penyeru: "Sesiapa mempersekutukan (Allah dengan) mana-mana makhluk dalam sebarang
amal yang dikerjakannya kerana Allah, maka hendaklah ia meminta pahalanya daripada yang lain dan Allah,
kerana sesungguhnya Allah Taala tidak menerima sama sekali akan sebarang amal yang dipersekutukan Dia dengan
makhluk yang lain."

(Tirmizi)

Hadis yang ketiga puluh enam ini menerangkan tentang:

(1) Peristiwa berhimpun di padang Mahsyar.

(2) Keputusan perbicaraan masing-masing akan dihebahkan dalam perhimpunan itu.

Huraiannya:

Di antara peristiwa-peristiwa yang akan ditempuh oleh setiap orang pada hari qiamat kelak ialah peristiwa
berhimpun di padang Mahsyar. Susah senang atau berat ringannya kesusahan yang akan dirasai di situ adalah
bergantung kepada amal masing-masing.

Setelah puas menunggu, masing-masing pun dibicarakan, dihisab dan ditimbang amalnya, kemudian diisytiharkan
keputusan perbicaraan itu.

Dalam hadis ini, Rasulullah s.a.w., menerangkan: Bahawa pada saat itu malaikat akan menghebahkan kepada
umum: Sesiapa yang melakukan syirik - mempersekutukan mana-mana makhluk dengan Allah dalam amalnya,
hendaklah ia meminta balasannya kepada makhluk itu, kerana Allah Taala tidak menerima sama sekali akan
sebarang amalan syirik.

Pada ketika itu orang-orang yang bersalah akan menyesal, tetapi sesal kemudian tidak ada gunanya. Maka wajiblah
dibersihkan segala amalan dari tujuan yang lain daripada mengharapkan keredhaan Allah.
Hadis Ketiga Puluh Tujuh

َ ‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم فَقَا َل أَ َرأَي‬


‫ْت‬ ‫صلﱠى ﱠ‬ َ ‫ َع ْن أَبِي أُ َما َمةَ قَا َل َجا َء َر ُج ٌل إِلَى النﱠبِ ﱢي‬-37
‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم َال‬
‫صلﱠى ﱠ‬ ‫َرج ًُال َغ َزا يَ ْلتَ ِمسُ ْاألَجْ َر َوال ﱢذ ْك َر َمالَهُ فَقَا َل َرسُو ُل ﱠ‬
َ ِ‫ﷲ‬
ُ‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم َال َش ْي َء لَه‬ ‫صلﱠى ﱠ‬ َ ِ‫ﷲ‬‫ت يَقُو ُل لَهُ َرسُو ُل ﱠ‬ ٍ ‫ث َمرﱠا‬ َ ‫َش ْي َء لَهُ فَأ َ َعا َدھَا ثَ َال‬
‫ )أبو داود‬.ُ‫ان لَهُ َخالِصًا َوا ْبتُ ِغ َي بِ ِه َوجْ ھُه‬ َ ‫ﷲَ َال يَ ْقبَ ُل ِم ْن ْال َع َم ِل إِ ﱠال َما َك‬
‫ثُ ﱠم قَا َل إِ ﱠن ﱠ‬
(‫والنسائي‬

37- Dari Abu Umamah r.a., katanya: "Seorang lelaki telah datang mengadap Rasulullah s.a.w., lalu bertanya: "Ya
Rasulullah! Bagaimana hukum seseorang yang pergi berperang untuk mencari pahala dan nama yang terpuji, apa
yang akan didapatinya?" Maka Rasulullah s.a.w. (menyatakan kepadanya dengan) bersabda: "Orang itu tidak
beroleh sebarang pahala"; Si penanya mengulangi pertanyaannya tiga kali dan Rasulullah s.a.w. pula
tetap menjawab: "Orang itu tidak beroleh sebarang pahala"; akhirnya Baginda bersabda: "Sesungguhnya
Allah `Azza wa Jalla tidak menerima sebarang amal melainkan yang dikerjakan untukNya semata-mata dan dengan
tujuan untuk mendapat keredhaanNya."

( Abu Daud dan An-Nasa'i)

Hadis yang ketiga puluh tujuh ini menerangkan bahawa:

Sebarang amal yang dikerjakan bukan kerana Allah, tidak ada nilainya di sisi Allah.

Huraiannya:

Sesuatu amal yang dikerjakan, walau seberapa besar dan tinggi nilainya pada anggapan manusia, belum tentu ada
nilainya di sisi Allah untuk mendapat balasan pahala pada hari akhirat kelak.

Dalam hadis ini, Rasulullah s.a.w. menyatakan hukum perkara itu kepada orang yang bertanya mengenai seseorang
yang berjuang di medan perang dengan tujuan untuk mendapat pahala dan nama yang terpuji sebagai pahlawan yang
gagah berani; Baginda menyatakan bahawa orang itu tidak beroleh sebarang pahala. Baginda menegaskan
jawapannya itu sebanyak tiga kali, sambil menerangkan sebabnya amal itu yang pada zahirnya dipandang
tinggi nilainya tetapi pada hakikatnya tidak mendapat sebarang pahala kerana ia dikerjakan bukan kerana Allah
semata-mata, sedang Allah Subhanahu wa Taala tidak menerima melainkan amal bakti yang dikerjakan dengan
ikhlas kepadaNya.

 
Bab:  10 

Tajuk: NILAI SEGALA AMAL BERDASARKAN NIAT 

Firman Allah Taala, maksudnya: "Sesiapa yang berusaha dengan tujuan mahukan kehidupan dunia dan
perhiasannya, Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia (15, Surah Hud).

"Sesiapa yang berusaha dengan tujuan mahukan faedah akhirat, Kami akan memberinya mendapat tambahan kepada
faedah ditujunya itu." (20, Surah As-Syura).

"Dan sesiapa yang berbuat demikian dengan tujuan mendapat keredhaan Allah maka sudah tentu Kami akan
memberi kepadanya pahala yang besar. " (114, Surah An-Nisa').

Hadis Ketiga Puluh Lapan

‫صلﱠى ﱠ‬
‫ﷲُ َعلَ ْي ِه‬ َ ِ‫ﷲ‬ ‫ْت َرسُو َل ﱠ‬ ُ ‫ﷲُ َع ْنهُ قَا َل َس ِمع‬ ‫ض َي ﱠ‬ ِ ‫ب َر‬ِ ‫ َع ْن ُع َم َر ب ِْن ْال َخطﱠا‬-38
‫ت ِھجْ َرتُهُ إِلَى‬ْ َ‫ئ َما نَ َوى فَ َم ْن َكان‬ ِ ‫َو َسلﱠ َم يَقُو ُل إِنﱠ َما ْاألَ ْع َما ُل بِالنﱢيﱠا‬
ٍ ‫ت َوإِنﱠ َما لِ ُكلﱢ ا ْم ِر‬
(‫ )البخاري ومسلم‬.‫ُصيبُھَا أَ ْو إِلَى ا ْم َرأَ ٍة يَ ْن ِك ُحھَا فَ ِھجْ َرتُهُ إِلَى َما ھَا َج َر إِلَ ْي ِه‬ ِ ‫ُد ْنيَا ي‬

38 - Dari Umar bin Al-Khattab ra., katanya: Aku ada mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Segala amal (gerak
geri anggota zahir manusia yang disengajakan) tidak berlaku melainkan dengan adanya satu-satu niat dan
sesungguhnya tiap-tiap seorang, hanya akan beroleh balasan berdasarkan niatnya. Dengan asas yang tersebut,
sesiapa yang berhijrah dengan tujuan mencapai keredhaan Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu
menyampaikannya kepada (balasan baik) Allah dan Rasul-Nya; dan sesiapa berhijrah dengan
tujuan mendapat faedah dunia atau dengan tujuan hendak berkahwin dengan seorang perempuan, maka hijrahnya
itu hanya menyampaikannya kepada apa yang ditujunya sahaja".

(Bukhari dan Muslim)

Hadis yang ketiga puluh lapan ini menerangkan:

Nilai segala amal berdasarkan niat.

Huraiannya:

Perkataan "Niat" bererti:

(1) Tujuan yang membangkit dan menggerakkan hati seseorang "hendak" melakukan sesuatu perkara yang tertentu.

(2) Perasaan berbangkitnya dan tergeraknya hati hendak melakukan perkara itu.

Pengertian yang pertama menjadi asas untuk menilai baik buruknya perkara yang hendak dilakukan itu.

Pengertian yang kedua pula menjadi asas untuk diiktiraf dan dikirakan perkara yang dilakukan itu.
Tiap-tiap satu perbuatan atau amal yang dilakukan oleh seseorang tak dapat tidak didorong oleh niatnya; dengan
sebab itu maka tiap-tiap amal - yang baik dan yang buruk - dinilai berasaskan niat orang yang melakukannya.
Cara menilai yang demikian menjadi asas bagi segala amal dalam Islam.

Menurut asas yang tersebut maka satu-satu amal yang dikerjakan oleh dua orang dengan dorongan dua niat yang
berlainan maka nilainya dikira berlainan pula.

Bagi menjelaskan keadaan asas itu, Rasulullah s.a.w. bersabda menerangkan amal berhijrah sebagai contoh.
Berhijrah - dari Mekah ke Madinah - pada masa itu adalah diwajibkan atas orang-orang Islam. Dalam pada itu
amalan berhijrah itu diberi nilaian yang berlainan dengan sebab berlainan niat orang yang melakukannya,
sebagaimana yang ternyata dari sabda Baginda dalam hadis ini.

Soal Niat:

Sebelum memulakan sesuatu amal hendaklah terlebih dahulu memperbaiki niat dan keikhlasannya, dan hendaklah
mengambil tahu dan memikirkan halnya dengan teliti, kerana niat itu menjadi asas dan segala amal tetap menjadi
pengikutnya; - jika baik niat seseorang maka baiklah amalnya dan jika buruk dan rosak niatnya maka buruklah dan
rosaklah pula amalnya.

Oleh itu, tiap-tiap seorang janganlah ia menuturkan sesuatu perkataan atau mengerjakan sesuatu amalan atau berniat
hendak menjalankan sesuatu urusan, melainkan hendaklah ia menjadikan niatnya semata-mata untuk "bertaqarrub"
(mendampingkan diri) kepada Allah dan mengharapkan pahala yang ditentukan oleh Allah Subhanahu wa Taala
bagi amal yang diniatkan itu.

Benar atau tidaknya niat yang didakwakan oleh seseorang:

Disyaratkan bagi benarnya niat seseorang hendaklah disertakan dengan amal; maka sesiapa yang menuntut ilmu
misalnya dan mendakwa bahawa niatnya pada mencapai ilmu itu ialah untuk beramal dan mengajarkannya,
kemudian ia tidak melakukan yang demikian setelah mendapat ilmu itu, maka nyatalah niatnya yang tersebut tidak
benar.

Juga sesiapa yang mencari kekayaan dunia dan mendakwa bahawa ia mencari kekayaan dunia itu ialah dengan
tujuan "berdikari" - tidak bergantung kepada orang dan kerana hendak membantu orang-orang yang
memerlukan bantuan, memberi sedekah kepada fakir miskin dan melakukan silaturahim kepada kaum kerabat,
kemudian ia tidak melakukan yang demikian setelah mendapatnya, maka nyatalah tidak benar niatnya itu.

Niat tidak dapat mengubah keadaan maksiat:

Sebenarnya niat itu tidak memberi kesan dan tidak dapat mengubah sama sekali akan hakikat sesuatu
perbuatan buruk atau sesuatu maksiat.

Perkara yang buruk tetap buruk, walaupun orang yang melakukannya mendakwa bahawa perkara itu dilakukan
dengan niat yang baik.

Misalnya: Orang yang meminum arak dengan niat hendak menguatkan badan untuk berbuat ibadat konon, maka
niatnya yang demikian tidak menjadikan perbuatannya itu baik, bahkan niat mendampingkan diri dengan
melakukan maksiat itu dikirakan niat yang jahat dan niat itu juga menambahkan kejahatan kepada maksiat yang
dilakukan itu.
Oleh itu, tiap-tiap seorang sayugianya berusaha dengan bersungguh-sungguh menguasai niatnya untuk
mengharapkan keredhaan Allah semata mata, dan sayugianya pula meniatkan ketika melakukan perkara-perkara
yang harus sebagai bantuan untuk menolongnya mengerjakan taat kepada Allah Taala.

Elok juga diketahui bahawa sesuatu amal boleh dihimpunkan padanya beberapa niat dan orang yang
mengerjakannya mendapat pahala bagi tiap-tiap niat yang diniatkannya itu.

Misalnya: Dalam perkara-perkara taat, apabila seseorang membaca Al-Qur'an hendaklah meniatkan untuk
bermunajat dengan Allah Taala, kerana orang yang membaca Al-Qur'an adalah orang yang bermunajat dengan
Tuhannya; dan hendaklah juga meniatkan untuk mendapat ilmu pengetahuan dari Al-Qur'an, kerana Al-Qur'an
menjadi sumbernya dan juga hendaklah ia meniatkan untuk mendatangkan faedah kepada dirinya sendiri dan
pendengar-pendengarnya dengan bacaan Al-Qur'an itu; dan lain-lain lagi dan niat-niat yang baik.

Dalam perkara-perkara yang harus pula, apabila makan minum hendaklah ia meniatkan untuk mematuhi
perintah Tuhannya yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman, makanlah dari benda-benda yang baik lagi
halal yang Kami kurniakan kepada kamu," dan juga meniatkan dengan makan minum itu untuk mendapat
tenaga dan kekuatan yang memudahkannya mengerjakan taat kepada Allah Taala dan juga meniatkan untuk
melahirkan syukur kepada Allah yang memerintahkan dengan firman-Nya, maksudnya: "Makanlah kamu dari
rezeki Tuhan kamu dan bersyukurlah kepada-Nya" dan demikianlah seterusnya yang sayugianya dilakukan
mengenal niat-niat yang baik.

Sayugia diketahui, seseorang itu tidak sunyi - sama ada ia berniat - untuk melakukan sesuatu perkara dari salah satu
dari tiga keadaan:

Pertama - Bahawa ia berniat serta bertindak melakukannya.

Kedua - Ia berniat dan tidak bertindak melaksanakannya sedang ia boleh bertindak; maka hukum keadaan niat yang
demikian dan keadaan niat yang pertama ada diterangkan oleh Rasulullah s.a.w. (seperti yang akan dinyatakan
dalam hadis 39);

Ketiga - ia berniat untuk melakukan sesuatu perkara, sedang ia tidak mampu melakukannya, lalu ia berkata dalam
hatinya: "Kalaulah aku terdaya melakukannya nescaya aku lakukan," maka ia beroleh balasan bagi apa yang
diniatkannya itu, sama seperti yang didapati oleh orang yang mengerjakannya.

Hendaklah diingat lagi, sesuatu amal itu ada kalanya dikerjakan dengan perasaan riak semata-mata dan ada kalanya
bercampur dengan riak. Kedua-dua jenis ini tidak ada pahala padanya bahkan haram dilakukan. Demikian juga
tidak ada pahala bagi mana-mana amal yang dikerjakan semata-mata dengan tujuan mendapat keuntungan dunia,
seperti berjuang di medan perang untuk mendapat harta rampasan sahaja; tetapi kalau perjuangannya itu untuk
meninggikan agama Allah serta mendapat harta rampasan perang, maka perjuangannya yang tersebut mendapat
pahala, walaupun tidak sepenuhnya.

Selain dari itu, sesiapa yang melakukan sesuatu amal ibadat, kemudian terlintas di hatinya perasaan riak semasa ia
mengerjakannya, lalu ia menolaknya dengan serta merta maka tidaklah tercacat amal ibadatnya itu; masalah ini
diakui sahnya secara ijmak. Kalau ia teruskan perasaan riak itu maka hampalah amal ibadatnya yang tersebut dari
beroleh pahala - kalaulah perkara yang dikerjakannya itu berhubung antara satu dengan yang lain hingga ke
akhirnya, seperti yang terdapat dalam sembahyang dan juga yang terdapat di dalam amalan haji; tetapi kalau
perkara yang dikerjakannya itu tidak berhubung antara satu dengan yang lain, seperti membaca Al-Qur'an,
bertasbih dan bertahlil, maka ia hanya mendapat pahala bagi bahagian yang tidak ada perasaan riak padanya; kalau
pula satu-satu amal ibadat yang dikerjakan itu sempurna dan bersih suci dari segala yang mencacatkannya,
kemudian ia dipuji orang lalu ia bergembira dengan pujian itu, maka yang demikian tidak merosakkan ibadatnya
yang telah sempurna itu.
Hadis Ketiga Puluh Sembilan

‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم فِي َما يَرْ ِوي‬ ‫صلﱠى ﱠ‬ َ ‫ﷲُ َع ْنھُ َما َع ْن النﱠبِ ﱢي‬ ‫ض َي ﱠ‬ ِ ‫س َر‬ ٍ ‫ َع ْن اب ِْن َعبﱠا‬-39
‫ك فَ َم ْن ھَ ﱠم‬َ ِ‫ت ثُ ﱠم بَي َﱠن َذل‬ِ ‫ت َوال ﱠسيﱢئَا‬ِ ‫ب ْال َح َسنَا‬ َ َ‫ﷲَ َكت‬ ‫ك َوتَ َعالَى قَا َل إِ ﱠن ﱠ‬ َ ‫َع ْن َربﱢ ِه تَبَا َر‬
‫ﷲُ َع ﱠز‬ ‫ﷲُ ِع ْن َدهُ َح َسنَةً َكا ِملَةً َوإِ ْن ھَ ﱠم بِھَا فَ َع ِملَھَا َكتَبَھَا ﱠ‬ ‫بِ َح َسنَ ٍة فَلَ ْم يَ ْع َم ْلھَا َكتَبَھَا ﱠ‬
‫اف َكثِي َر ٍة َوإِ ْن ھَ ﱠم بِ َسيﱢئَ ٍة‬ٍ ‫ْف إِلَى أَضْ َع‬ ٍ ‫ضع‬ ِ ‫ت إِلَى َسب ِْع ِمائَ ِة‬ ٍ ‫َو َج ﱠل ِع ْن َدهُ َع ْش َر َح َسنَا‬
ِ ‫ﷲُ َسيﱢئَةً َو‬
.ً‫اح َدة‬ ‫ﷲُ ِع ْن َدهُ َح َسنَةً َكا ِملَةً َوإِ ْن ھَ ﱠم بِھَا فَ َع ِملَھَا َكتَبَھَا ﱠ‬‫فَلَ ْم يَ ْع َم ْلھَا َكتَبَھَا ﱠ‬
(‫)البخاري ومسلم‬

39- Dari Ibnu Abbas r.a., dari Nabi s.a.w, mengenai apa yang disampaikannya dari Tuhannya (hadis Qudsi),
sabdanya: "Sesungguhnya Allah telah menetapkan kebaikan dan kejahatan, kemudian Ia menerangkan yang
demikian, iaitu sesiapa yang tergerak hatinya hendak melakukan sesuatu kebaikan, kemudian ia tidak
melakukannya, nescaya Allah menuliskan gerak hatinya hendak melakukan itu satu kebaikan yang
sempurna sisiNya (selagi ia tidak berniat hendak meninggalkan membuatnya); dan jika orang itu tergerak hatinya
hendak melakukan sesuatu kebaikan, lalu dilakukannya, nescaya Allah menuliskan kebaikan itu di sisiNya dengan
sepuluh hingga tujuh ratus kali ganda, (bahkan) sehingga sampai berganda-ganda banyaknya dan jika seseorang
tergerak hatinya hendak melakukan sesuatu kejahatan, kemudian ia tidak melakukannya (kerana Allah), nescaya
Allah tukarkan kejahatan yang tidak dilakukan (keranaNya) itu menjadi satu kebaikan yang sempurna di sisiNya dan
jika tergerak hatinya hendak melakukan kejahatan itu, kemudian ia melakukannya, nescaya Allah menuliskannya
satu kejahatan sahaja."

(Bukhari dan Muslim)

Hadis yang ketiga puluh sembilan ini menerangkan bahawa:

(1) Kebaikan dan kejahatan, Allah jua yang menetapkannya.

(2) Niat seseorang ada nilainya.

Huraiannya:

(1) Soal kebaikan dan kejahatan:

Boleh dikatakan semua orang suka kepada perkara-perkara yang baik dan bencikan perkara-perkara yang jahat,
tetapi soal baik dan jahat tidak dapat ditentukan oleh manusia dengan tepatnya, kerana masing-masing mempunyai
tabiat dan perasaan hati yang berlainan maka berlainan pula pertimbangan tentang perkara yang baik dan
yang jahat itu.

Dengan yang demikian, maka kebaikan dan kejahatan itu hanya Allah yang menentukannya, kerana Allah jualah
yang mengetahui hakikat sesuatu perkara dan yang menentukan hukumnya serta memberi balasan mengenainya.
(2) Nilaian Niat:

Dalam hal melakukan kebaikan dan kejahatan, niatnya sahaja pun sudah ada nilainya. Orang yang berniat hendak
melakukan sesuatu perkara yang baik tetapi ia tidak melakukannya, maka Allah Taala memberi kepadanya satu
kebaikan yang sempurna kerana kejayaannya menentang dan membatalkan niatnya yang jahat itu sehingga ia tidak
melangsungkan kejahatan yang diniatkannya.

Balasan Allah Taala yang demikian ialah sebagai menilai niat seseorang. Mengenai amal perbuatan maka lain pula
nilainya. Tiap-tiap satu amal kebajikan, diberi - sekurang-kurangnya - sepuluh kali ganda, manakala tiap-tiap satu
amal kejahatan dibalas dengan satu kejahatan sahaja.

Dengan ini nyatalah setakat mana melimpahnya kemurahan Allah Taala kepada setiap hamba-Nya.

Hadis Keempat Puluh

‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم يَقُو ُل‬ ‫صلﱠى ﱠ‬ َ ِ‫ﷲ‬ ‫ْت َرسُو َل ﱠ‬ ُ ‫اريﱢ قَا َل َس ِمع‬ ِ ‫ َع ْن أَبِي َك ْب َشةَ ْاألَ ْن َم‬-40
ُ‫ث الﱠ ِذي أُ ْق ِس ُم َعلَ ْي ِھ ﱠن فَإِنﱠه‬ُ ‫ث أُ ْق ِس ُم َعلَ ْي ِھ ﱠن َوأُ َح ﱢدثُ ُك ْم َح ِديثًا فَاحْ فَظُوهُ قَا َل فَأ َ ﱠما الثﱠ َال‬ ٌ ‫ثَ َال‬
‫ﷲُ َع ﱠز َو َج ﱠل‬ ‫ظلَ َم ٍة فَيَصْ بِ ُر َعلَ ْيھَا إِ ﱠال َزا َدهُ ﱠ‬ ْ ‫ص َدقَةٌ َو َال ظُلِ َم َع ْب ٌد بِ َم‬ َ ‫ص َما َل َع ْب ٍد‬ َ ‫َما نَقﱠ‬
‫اب فَ ْق ٍر َوأَ ﱠما الﱠ ِذي أُ َح ﱢدثُ ُك ْم َح ِديثًا‬َ َ‫ﷲُ لَهُ ب‬ ‫اب َمسْأَلَ ٍة إِ ﱠال فَتَ َح ﱠ‬ َ َ‫بِھَا ِع ًّزا َو َال يَ ْفتَ ُح َع ْب ٌد ب‬
‫ﷲُ َع ﱠز َو َج ﱠل َم ًاال َو ِع ْل ًما فَھُ َو‬ ‫فَاحْ فَظُوهُ فَإِنﱠهُ قَا َل إِنﱠ َما ال ﱡد ْنيَا ِألَرْ بَ َع ِة نَفَ ٍر َع ْب ٌد َر َزقَهُ ﱠ‬
‫ض ِل‬َ ‫ص ُل فِي ِه َر ِح َمهُ َويَ ْعلَ ُم ِ ﱠ ِ َع ﱠز َو َج ﱠل فِي ِه َحقﱠهُ قَا َل فَھَ َذا بِأ َ ْف‬ ِ َ‫يَتﱠقِي فِي ِه َربﱠهُ َوي‬
َ ‫ﷲُ َع ﱠز َو َج ﱠل ِع ْل ًما َولَ ْم يَرْ ُز ْقهُ َم ًاال قَا َل فَھُ َو يَقُو ُل لَ ْو َك‬
‫ان‬ ‫از ِل قَا َل َو َع ْب ٌد َر َزقَهُ ﱠ‬ ِ َ‫ْال َمن‬
ُ‫ﷲُ َم ًاال َولَ ْم يَرْ ُز ْقه‬ ‫ت بِ َع َم ِل فُ َال ٍن قَا َل فَأَجْ ُرھُ َما َس َوا ٌء قَا َل َو َع ْب ٌد َر َزقَهُ ﱠ‬ ُ ‫لِي َما ٌل َع ِم ْل‬
ُ‫ص ُل فِي ِه َر ِح َمه‬ ِ َ‫ِع ْل ًما فَھُ َو يَ ْخبِطُ فِي َمالِ ِه بِ َغي ِْر ِع ْل ٍم َال يَتﱠقِي فِي ِه َربﱠهُ َع ﱠز َو َج ﱠل َو َال ي‬
‫ﷲُ َم ًاال َو َال ِع ْل ًما فَھُ َو‬ ِ َ‫ث ْال َمن‬
‫از ِل قَا َل َو َع ْب ٌد لَ ْم يَرْ ُز ْقهُ ﱠ‬ ِ َ‫َو َال يَ ْعلَ ُم ِ ﱠ ِ فِي ِه َحقﱠهُ فَھَ َذا بِأ َ ْخب‬
.‫ت بِ َع َم ِل فُ َال ٍن قَا َل ِھ َي نِيﱠتُهُ فَ ِو ْز ُرھُ َما فِي ِه َس َوا ٌء‬ ُ ‫ان لِي َما ٌل لَ َع ِم ْل‬ َ ‫يَقُو ُل لَ ْو َك‬
(‫)الترمذي وغيره‬

40 - Dari Abu Kabsyah al-Anmari r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Tiga perkara, aku bersumpah menegaskan
kebenarannya, iaitu tiadalah berkurang harta seseorang dengan sebab dikeluarkan sedekahnya dan tiadalah
seseorang itu dizalimi dengan sesuatu kezaliman yang ia bersabar menanggungnya melainkan Allah menambahkan
dia dengan kemuliaan dan tiadalah seseorang memulakan sesuatu cara meminta sedekah melainkan Allah
membukakan kepadanya pintu kepapaan dan aku menerangkan kepada kamu satu hadis pengajaran maka hafazlah
akan dia (untuk dijadikan iktibar)"; (kemudian Baginda menerangkannya) sabdanya: "Sebenarnya (habuan)
dunia (mengenai ilmu agama dan harta) hanyalah terbahagi kepada empat (keadaan) manusia: Pertama - orang yang
telah dikurniakan Allah dengan harta dan juga dengan ilmu agama, maka ia menggunakan ilmunya dengan berlaku
taat kepada Allah dan menjauhi larangan-Nya dan menggunakan hartanya pada menghubungkan silaturahim
kaum kerabatnya, serta ia mengetahui hak Allah pada nikmat-nikmat yang dikurniakan itu; maka orang yang
demikian bersifat dengan semulia-mulia keadaan (di sisi Allah). Dan kedua - orang yang telah dikurniakan Allah
dengan ilmu agama sahaja dan tidak dikurniakannya dengan harta serta ia berkata dengan niatnya yang benar:
"Kalaulah aku ada harta, sudah tentu aku akan lakukan apa yang dilakukan oleh si anu (yang dermawan) itu", maka
ia beroleh balasan dengan sebab niatnya; (dengan yang demikian) maka balasan baik kedua-dua orang itu adalah
sama. Dan ketiga - orang yang telah dikurniakan Allah harta dan tidak dikurniakannya ilmu pengetahuan agama,
maka ia menyalahgunakan hartanya dengan tidak berdasarkan ilmu, - ia tidak memelihara dirinya dengan harta itu
dari azab Tuhan dan ia juga tidak menggunakan hartanya itu untuk silaturahim dan tidak pula mengetahui akan
hak Allah pada hartanya itu; maka orang yang demikian, bersifat dengan seburuk-buruk keadaan. Dan keempat -
orang yang tidak dikurniakan Allah dengan harta dan tidak juga dengan ilmu agama, lalu ia berkata: "Kalaulah aku
ada harta, sudah tentu aku akan lakukan apa yang dilakukan oleh si anu itu", maka ia beroleh balasan dengan sebab
niatnya; (dengan yang demikian) maka balasan buruk kedua-dua orang itu adalah sama. "

(Tirmizi dan Lain-lainnya).

Hadis yang keempat puluh ini menerangkan tentang:

(1) Beberapa perkara yang baik dan yang buruk.

(2) Kelebihan niat yang suci dan akibat niat yang buruk.

Huraiannya:

Perkara-perkara yang baik dan yang buruk:

Dalam hadis ini, Rasulullah s.a.w menerangkan tentang tiga perkara, dua di antaranya sungguh baik dilakukan dan
yang satu lagi haram dilakukan.

Pertama - Perkara bersedekah.

Kebanyakan manusia merasa berat hendak bersedekah atau menghulurkan derma bakti, kerana pada lahirnya
perkara itu mengurangkan harta bendanya.

Oleh itu Baginda menegaskan dalam hadis ini, bahawa harta seseorang tidak akan berkurang sama sekali disebabkan
ia bersedekah sedikit sebanyak daripadanya, bahkan dengan apa jalan pun hartanya itu akan bertambah kembang
dan beroleh berkat selain daripada pahala yang akan didapatinya

Kedua - Bersabar terhadap sesuatu kezaliman:

Kebanyakan manusia tidak sanggup bersabar terhadap sesuatu kezaliman yang dilakukan kepadanya bahkan ia
merasa terhina menanggungnya.

Tentang ini Baginda menegaskan bahawa bersabar dalam menghadap kezaliman tidak sekati-kali akan merendah
atau menghina orang yang bersabar itu bahkan tetap akan menambahkan kemuliaannya, kerana ia selain daripada
mendapat pahala sabarnya, ia pula dihargai dan dipandang baik; manakala orang yang menganiayakannya dikutuk
oleh Allah dan dibenci oleh masyarakat.

Ketiga - Keburukan perbuatan meminta sedekah:

Setengah orang, dengan sebab bawaannya yang keji, lebih suka meminta sedekah daripada berusaha ikhtiar untuk
menyara hidupnya atau membanyakkan hartanya.

Mengenai hal ini, Baginda menegaskan bahawa orang yang melakukan perbuatan yang demikian amatlah buruk
akibatnya, kerana selain dari beroleh kemurkaan Allah, jiwanya sentiasa papa dan tamak haloba sekalipun
banyak harta yang dapat dikumpulkannya.
Sayugia diketahui bahawa:

(a) Meminta sedekah adalah satu perbuatan haram, tidak dihalalkan melainkan kepada salah satu dari tiga orang
yang dinyatakan oleh hadis yang disebut oleh Muslim dan lain-lainnya, iaitu:

Pertama - Orang yang sungguh-sungguh tidak berada atau tidak berupaya.

Kedua - Orang yang harta bendanya habis ditimpa bencana.

Ketiga - Orang yang terkena membayar hutang yang ditanggungnya kerana menolak satu-satu kemudaratan atau
membaiki satu-satu keburukan yang berlaku ke atas dirinya atau di dalam masyarakatnya.

(b) Keburukan akibat perbuatan yang haram itu telah diterangkan oleh Rasulullah s.a.w. di dalam beberapa hadis,
di antaranya hadis-hadis yang menyatakan bahawa:

(1) Sesiapa yang meminta harta orang kerana hendak membanyakkan hartanya maka ia hanya membanyakkan bara
api kepada dirinya; oleh yang demikian terpulanglah kepadanya sama ada hendak mensedikitkan bara itu atau
hendak membanyakkannya.

(2) Sesiapa yang meminta sedekah pada hal ia ada mempunyai kadar yang mencukupi untuk keperluan pagi dan
petangnya maka ia hanya membanyakkan bara api neraka kepada dirinya.

(3) Sesiapa yang selalu meminta sedekah, maka ia akan dibangkitkan pada hari qiamat kelak dengan keadaan
mukanya tidak ada sedikit daging pun.

(c) Meminta sedekah ada kalanya dengan cara berterus terang dan ada kalanya dengan cara tipu helah, umpamanya
mendakwa atau berpura-pura bersifat miskin, alim, orang bijak pandai atau sebagainya, maka sesiapa yang
diberikan sesuatu kerana dipercayai ada padanya satu-satu sifat yang didakwakannya itu sedang ia pada hakikatnya
tidak bersifat demikian, haram ia menerima pemberian itu dan tidak menjadi miliknya kalau ia menerimanya;
demikian juga hukumnya sesiapa yang diberikan sesuatu kerana takut atau malu kepadanya - apa yang diterimanya
tidak menjadi miliknya dan haram ia memakannya atau menggunakannya.

(d) Bagi mengelakkan keburukan akibat meminta sedekah, maka Nabi Muhammad s.a.w. yang berperasaan belas
dan kasih sayang kepada orang-orang yang beriman, menggalakkan umatnya berusaha mencari sara hidup dengan
bekerja sendiri sekali pun seseorang itu terpaksa membuat kerja yang berat dan tidak disukai hatinya asalkan tidak
dilarang oleh agama.

Dalam kitab-kitab hadis banyak didapati galakan itu, di antaranya hadis-hadis yang maksudnya:

(1) Sesungguhnya pemergian seseorang ke bukit mencari kayu api kemudian ia memikulnya dan menjualnya untuk
mendapat keperluan hidupnya, adalah lebih baik dan ia meminta kepada orang, kerana terselamatnya daripada
menanggung keberatan budi pemberian orang itu atau keburukan rasa kecewa kalau tidak diberinya.

(2) Sesiapa yang berusaha mencari keperluan hidupnya, keperluan hidup ibu bapanya yang tidak berada dan tidak
terdaya bekerja atau keperluan orang tanggungannya supaya terselamat daripada kepapaan dan perbuatan yang tidak
halal maka ia berusaha pada jalan yang diredhai Allah dan sesiapa yang berusaha mencari untuk bermegah-
megah dengan kekayaan maka ia berusaha pada jalan syaitan yang kena rejam

(3) Sesungguhnya Allah suka dan kasih kepada orang mukmin yang berusaha mencari penghidupan yang halal
sama ada dengan jalan bercucuk tanam, berniaga, bertukang dan sebagainya.
(4) Di antara dosa-dosa seseorang, ada dosa yang tidak ada baginya "kaffarah" selain daripada menanggung
kedukaan dan kesusahan dalam mencari penghidupan.

(5) Sesiapa yang bermalam dengan keadaan penat lesu kerana mencari penghidupan yang halal, bermalamlah ia
dengan keadaan diberikan keampunan

(e) Sesiapa yang diberikan sesuatu pemberian dengan tidak ia memintanya dan tidak pula ia berharap-harap supaya
diberikan kepadanya serta ia tidak mengetahui bahawa pemberian itu haram diterimanya, maka digalakkan dia
menerima pemberian itu untuk menyara hidupnya dan orang tanggungannya atau untuk memberi
pertolongan kepada orang yang memerlukannya.

Niat yang suci dan sebaliknya.

Nikmat pemberian yang sangat-sangat diperlukan dalam alam kehidupan ini ialah nikmat kerohanian (ilmu
pengetahuan) dan nikmat kebendaan (harta kekayaan).

Kedua-dua nikmat itu tidak akan mendatangkan kebaikan kepada orang yang mendapatnya melainkan dengan
menggunakannya pada jalan yang diredhai Allah; jika tidak maka buruk padahnya.

Dalam pada itu, orang yang tidak mendapat kedua-dua nikmat itu, tetapi ia mempunyai niat yang benar lagi suci -
bahawa kalau ia mendapat nikmat itu ia akan menggunakannya pada jalan yang diredhai Allah - maka ia juga akan
beroleh pahala disebabkan niatnya yang baik itu.

Sebaliknya kalau niatnya buruk maka buruklah pula akibatnya, seperti yang diterangkan dalam hadis ini

Hadis Keempat Puluh Satu

‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم يَ ْغ ُزو‬‫صلﱠى ﱠ‬ َ ِ‫ﷲ‬ ‫ت قَا َل َرسُو ُل ﱠ‬ ْ َ‫ﷲُ َع ْنھَا قَال‬ ‫ض َي ﱠ‬ ِ ‫ َع ْن َعائِ َشةُ َر‬-41
‫ت يَا‬ُ ‫ت قُ ْل‬ ِ ‫ف بِأ َ ﱠولِ ِھ ْم َو‬
ْ َ‫آخ ِر ِھ ْم قَال‬ ُ ‫ض ي ُْخ َس‬ ِ ْ‫َجيْشٌ ْال َك ْعبَةَ فَإِ َذا َكانُوا بِبَ ْي َدا َء ِم ْن ْاألَر‬
‫ْس ِم ْنھُ ْم قَا َل‬ َ ‫آخ ِر ِھ ْم َوفِي ِھ ْم أَ ْس َواقُھُ ْم َو َم ْن لَي‬
ِ ‫ف بِأ َ ﱠولِ ِھ ْم َو‬
ُ ‫ْف ي ُْخ َس‬َ ‫ﷲِ َكي‬ ‫َرسُو َل ﱠ‬
(‫ون َعلَى نِيﱠاتِ ِھ ْم )البخاري ومسلم‬ ِ ‫ف بِأ َ ﱠولِ ِھ ْم َو‬
َ ُ‫آخ ِر ِھ ْم ثُ ﱠم يُ ْب َعث‬ ُ ‫ي ُْخ َس‬

41 - Dari `Aisyah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Satu angkatan tentera hendak menyerang Ka'bah, maka
apabila mereka berada di suatu tanah lapang, ditimbuskan mereka seluruhnya dari awal hingga ke akhirnya!"
Sayidatina Aisyah merasa musykil serta bertanya dengan katanya "Ya Rasulu11ah! bagaimana mereka ditimbuskan
seluruhnya pada hal ada di antaranya orang-orang yang berjual beli dan orang-orang yang bukan dari tentera itu?"
Baginda menjawab: "(Ya!) mereka seluruhnya ditimbuskan, kemudian mereka dibangkitkan pada hari qiamat (dan
masing-masing dibalas) menurut niatnya."

(Bukhari dan Muslim)

Hadis yang keempat puluh satu ini menerangkan:

(1) Akibat buruk orang yang mencabuli sesuatu yang mulia di sisi Allah Taala.
(2) Sesiapa yang berada dalam kalangan orang-orang yang melakukan maksiat atau fitnah kekacauan akan
menanggung dalam dunia ini bala bencana yang menimpa mereka.

(3) Balasan akhirat berdasarkan niat masing-masing.

Huraiannya:

(1) Akibat buruk orang-orang yang mencabuli kehormatan sesuatu yang mulia di sisi Allah Taala:

Tiap-tiap sesuatu yang mulia di sisi Allah Taala, sama ada hukum, masa, tempat atau hamba Allah yang dikasihi-
Nya; wajiblah dimuliakan dan dihormati sebagaimana apa yang diperintahkan oleh Allah dan Rasul-Nya.

Sesiapa yang mencabulinya, maka buruklah padahnya, seperti yang diterangkan dalam hadis ini.

(2) Orang yang ada bersama dalam kalangan orang-orang yang melakukan perbuatan yang durjana, akan
ditimpa bala bencana:

Biasanya mala petaka dan bala bencana yang diturunkan oleh Allah Taala menimpa orang-orang yang melakukan
perbuatan yang dilarang akan merangkum orang-orang yang tidak bersalah yang ada bersama, meskipun
keadaan kedua-dua golongan itu berlainan.

(3) Balasan akhirat diberi berdasarkan niat masing-masing:

Balasan akhirat adalah menurut hakikat sesuatu sama ada baik atau buruk.

Misalnya: Dua orang mati bersama dalam perjalanan ke pasar. Yang seorang berniat hendak membeli barang dan
yang seorang lagi hendak mencuri, maka pada hari qiamat kelak, keduanya akan menerima balasan menurut niat
masing-masing.

Hadis Keempat Puluh Dua

‫ﷲُ َعلَ ْي ِه َو َسلﱠ َم َال‬


‫صلﱠى ﱠ‬ ‫ﷲُ َع ْنھُ َما قَا َل قَا َل َرسُو ُل ﱠ‬
َ ِ‫ﷲ‬ ‫ض َي ﱠ‬ ٍ ‫ َع ْن اب ِْن َعبﱠا‬-42
ِ ‫س َر‬
(‫ )البخاري ومسلم‬.ٌ‫ح َولَ ِك ْن ِجھَا ٌد َونِيﱠة‬ ْ
ِ ‫ِھجْ َرةَ بَ ْع َد الفَ ْت‬
42 - Dari Ibnu Abbas r.a., katanya: Bahawa Nabi Muhammad s.a.w. - pada hari kemenangannya menguasai Mekah
Al-Mukarramah - bersabda: "Tidak dituntut lagi berhijrah sesudah berlakunya kemenangan menguasai Mekah,
tetapi perjuangan agama dan niat yang baik masih dituntut."

(Bukhari dan Muslim)

Hadis yang keempat puluh dua ini menerangkan:

Ada jenis amal kebajikan yang terhad masanya, tetapi perjuangan agama dan
niat yang baik sentiasa dituntut:

Tiap-tiap seorang dituntut mengerjakan amal kebajikan terutama yang tinggi nilainya. Dalam pada itu, ada di antara
amal-amal kebajikan yang telah habis masanya, tidak ada peluang lagi bagi orang-orang yang datang kemudian
untuk mengerjakannya. Hal keadaan yang demikian tidaklah seharusnya menyebabkan sesiapa merasa kekurangan,
kerana masih banyak lagi yang boleh dikerjakan pada bila-bila masa jika sungguh-sungguh hendak berbakti.
Orang-orang Islam dalam zaman Nabi Muhammad s.a.w. , diwajibkan berhijrah dari Mekah Al-Mukarramah ke
Madinab Al-Munawarah, untuk mendapat kebebasan menjalankan hukum-hukum agamanya dan untuk meneruskan
penuangan menegakkan agama Allah, kerana kaum musyrik yang menguasai Mekah pada masa itu
bermaharajalela menindas orang-orang Islam.

Amalan berhijrah dalam keadaan yang demikian merupakan satu amal bakti yang sangat tinggi nilainya.

Tetapi setelah Baginda berjaya menguasai Mekah dan menegakkan kalimah tauhid di tanah suci yang bersejarah itu
maka amalan berhijrah dari situ tidak dituntut lagi. Sebaliknya perjuangan agama dan niat yang
baik tidak terhad masanya bahkan sentiasa dituntut diamalkan oleh tiap-tiap seorang Islam, selagi hayat dikandung
badan.

Dalam pada itu sayugia diingat, bahawa ada lagi amalan berhijrah yang masih wajib dilakukan oleh setiap orang
yang mampu, iaitu berhijrah dari tempat yang padanya tidak mendapat kebebasan menjalankan perintah-perintah
agama ke tempat yang mendapat kebebasan berbuat demikian; dan dari tempat yang bergelumang dengan
maksiat ke tempat yang bersih atau yang kurang maksiatnya; juga dari tempat yang padanya sukar mendapat ilmu
pengetahuan Islam yang wajib dipelajari, ke tempat yang boleh mendapatnya.

Bagi mencapai kesempurnaan amalan hijrah itu, maka tiap-tiap seorang hendaklah melakukannya dengan tujuan dan
niat yang mulia dan murni