Anda di halaman 1dari 5

Bilangan Jurnal : Ke-1

Minggu Praktikum : Pertama


Tarikh Peristiwa / Kejadian : 30 Mac 3 April 2014
Tajuk Jurnal : Minggu Pertama Di SK Berapit

Pada hari pertama, saya bersama pasangan praktikum dan guru pelatih praktikum
lain melapor diri kepada PK 2, Pn. Bashariah, SK Berapit, Tikam Batu. Kami
memperkenalkan diri dan menyerahkan Surat Pengenalan Diri kepada beliau. PK 2 memberi
taklimat kepada kami tentang pelbagai perkara berkaitan dengan sekolah, termasuklah:
- Sejarah, peraturan, disiplin dan budaya sekolah,
- Struktur organisasi, peranan dan tanggungjawab pengurus sekolah, guru penolong
kanan, guru disiplin, guru panitia, guru ko-kurikulum, guru darjah dan tugas staf
sokongan
- Latar belakang murid dan status masyarakat setempat
- Tugas dan tanggungjawab murid di sekolah
Saya juga dimaklumkan bahawa ketidakhadiran Guru Besar kerana adanya
mesyuarat pada pagi hari pertama dan juga ketidakhadiran guru prasekolah atas sebab cuti
sakit. PK 2 juga membawa kami berjalan di sekeliling kawasan sekolah. Sementara itu, saya
pun melawat kelas prasekolah iaitu Prasekolah Bestari. Saya berkenalan dengan Pembantu
Pengurusan Murid, Pn Asriah dan juga beperluang untuk berkenalan dan berinteraksi
dengan murid-murid prasekolah tersebut. Sebelum balik dari sekolah, saya pula mendapat
kesempatan untuk berjumpa dengan Guru Besar dan mendapati bahawa Guru Besar SKB
adalah seorang yang prihatin dan peramah.
Pada hari kedua, saya pun berjumpa dengan guru prasekolah dan juga guru
pembimbing saya dan pasangan praktikum saya, iaitu Pn. Shahidah bt abd Raoh tentang
bimbingan dan tunjuk ajar berkenaan jadual waktu, sukatan pelajaran, rancangan tahunan
dan harian, panduan guru dan rancangan semester. Selepas itu, saya menghadiri taklimat
kokurikulum bersama-sama dengan rakan-rakan praktikum dengan PK Kokurikulum, En.
Quah Kock King tentang aktiviti kokurikulum yang perlu dilaksanakan sebagai rancangan
aktiviti kokurikulum sepanjang tempoh praktikum kami.
Pada hari ketiga pula, saya diberi peluang oleh guru pembimbing untuk membuat
pemerhatian pengajarannya sepanjang hari di praskeolah. Saya juga berpeluang untuk
berbincang dengan guru pembimbing saya berkaitan dengan segala pertanyaan saya
termasuklah cara pengelolaan kelas, rutin dan sebagainya. Cikgu Shahidah memanglah
seorang guru yang peramah dan berkeyakinan tinggi serta berjaya menarik minat murid-
muridnya dalam setiap pengajaran. Catatan yang saya buat semasa pemerhatian amat
berguna sebagai rujukan kaedah pengajaran dan pembelajaran nanti.
Pada hari keempat, saya menyerahkan jadual waktu yang telah disusun dan ditaip
kepada guru prasekolah dan menyerahkan panduan penggunaan borang PR1 serta butiran
yang berkaitan kepada guru sebagai rujukan untuk pra-penyeliaan nanti. Saya juga
berpeluang berbincang dengan guru tentang aktiviti yang sesuai untuk murid prasekolah
bagi tema minggu depan. Oleh itu, saya lebih memahami kerenah dan tingkah laku serta
tahap pembelajaran murid-murid prasekolah untuk memudahkan saya merancang aktiviti
pengajaran dan pembelajaran saya.
Selepas itu, saya membuat rancangan pengajaran harian dan bahan sumber
pengajaran dan pembelajaran yang akan saya gunakan dalam minggu seterusnya. Pada
hari yang sama juga, saya juga berpeluang untuk melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum
Persatuan Bulan Sabit Merah dan juga permainan Badminton sebagai rancangan aktiviti
kokurikulum saya pada minggu ini. Saya juga mengambil kesempatan untuk mengumpul
maklumat berkaitan aktiviti kokurikulum yang diperlukan dalam portfolio.
Pada hari yang kelima pula, saya menunjukkan rancangan pengajaran harian yang
telah disiapkan kepada guru pembimbing saya untuk disemak supaya saya dapat
mengetahui kelemahan saya dalam aspek tersebut. Pada masa yang sama, saya dapat
memperbaiki rancangan pengajaran saya untuk menjadikannya lebih baik.

Disemak oleh Guru Pembimbing



Tandatangan :
Nama :
Tarikh :
Disemak oleh Pensyarah Pembimbing



Tandatangan :
Nama :
Tarikh :

Bilangan Jurnal : Ke-2
Minggu Praktikum : Kedua
Tarikh Peristiwa / Kejadian : 6 10 April 2014
Tajuk Jurnal : Minggu Kedua Di SK Berapit

1. Masalah / Peristiwa

2. Analisis


3. Cadangan Tindakan Susulan


4. Tempoh Masa Dan Keberkesanan Tindakan Susulan

Disemak oleh Guru Pembimbing



Tandatangan :
Nama :
Tarikh :
Disemak oleh Pensyarah Pembimbing



Tandatangan :
Nama :
Tarikh :


Bilangan Jurnal : Ke-3
Minggu Praktikum : Ketiga
Tarikh Peristiwa / Kejadian : 13 17 April 2014
Tajuk Jurnal : Minggu Ketiga Di SK Berapit

1. Masalah / Peristiwa


2. Analisis


3. Cadangan Tindakan Susulan


4. Tempoh Masa Dan Keberkesanan Tindakan Susulan

Disemak oleh Guru Pembimbing



Tandatangan :
Nama :
Tarikh :
Disemak oleh Pensyarah Pembimbing



Tandatangan :
Nama :
Tarikh :


Bilangan Jurnal : Ke-4
Minggu Praktikum : Keempat
Tarikh Peristiwa / Kejadian : 20 24 April 2014
Tajuk Jurnal : Minggu Keempat Di SK Berapit

1. Masalah / Peristiwa


2. Analisis


3. Cadangan Tindakan Susulan


4. Tempoh Masa Dan Keberkesanan Tindakan Susulan


Disemak oleh Guru Pembimbing



Tandatangan :
Nama :
Tarikh :
Disemak oleh Pensyarah Pembimbing



Tandatangan :
Nama :
Tarikh :