Nama : ______________________________ Masa : 60 minit Tahun : _______________
Arahan : Kertas ini mengandungi lima bahagian iaitu A, B, C, D dan E. Kamu dikehendaki menjawab kelima-lima bahagian tersebut.
Bahagian A Nombor 1 hingga 10. Bulatkan jawapan yang paling tepat.
1. Pemimpin yang amanah akan mendapat __________ sepenuhnya daripada rakyat. A. pujian C. penghargaan B. sokongan D. keadilan
2. Azlin menderma kepada Tabung Rakyat Palestin kerana _________ dengan nasib yang menimpa mereka. A. bersimpati C. seronok B. bersangkut D. suka
3. Encik James menanam sampah dan tin-tin kosong yang bertaburan kerana dia seorang yang suka ____________________. A. memelihara pemakanan C. menjaga maruah B. menjaga harga diri D. memelihara alam sekitar
4. Fiona berbaik-baik dan berkawan dengan sesiapa sahaja tanpa mengira kaum. Dia _______________. A. suka berkawan. C. suka bergaduh. B. suka akan keamanan. D. suka bertanya khabar.
5. Keadaan negara akan menjadi huru-hara sekiranya tiada ____________ . A. jalan raya C. telefon awam B. undang-undang D. Perdana Menteri
6. Kita boleh meringankan kerja dalam kalangan masyarakat dengan ________. A. bersedekah C. bergotong-royong B. bersimpati D. bersopan-santun
7. Semangat _______ perlu dipupuk apabila menjalankan sesuatu pekerjaan secara berkumpulan.
- 2 - A. dedikasi C. kerjasama B. setia D. mesra
8. Sewaktu bercakap dengan ibu bapa kita mestilah ___________ suara. A. menaikkan C. memecahkan B. merendahkan D. meninggikan
9. Sewaktu melawat orang sakit, kita hendaklah bercakap dengan suara yang _____________. A. perlahan C. kuat B. tergagap-gagap D. berbisik-bisik
10. _______________ adalah perumpamaan yang menunjukkan semangat kejiranan. A. Bagai enau dalam belukar C. Bagai telur di hujung tanduk B. Bagai isi dengan kuku D. Bagai aur dengan tebing
Bahagian B Nombor 11 hingga 20. Tandakan / pada pernyataan yang betul dan X pada pernyataan yang salah.
11. Fong Chui Fong bersyukur kerana dikurniakan ibu bapa yang penyayang. 12. Kita perlu menjaga maruah diri sendiri sahaja. 13. Kita perlu meninggi diri apabila dipuji oleh orang lain. 14. Prabagaran sentiasa mematuhi nasihat yang diberi oleh guru dan rakan-rakannya. 15. Xandria meminta maaf daripada Chia Mei selepas dia menumpahkan air rakannya itu. 16. Suresh menggalakkan pergaduhan yang berlaku antara Eganesh dengan Shanker. 17. Peter suka menggunakan perkataan aku apabila bercakap dengan guru-gurunya. 18. Ooi Ching Yi suka menunjuk-nunjuk apabila ibu bapanya membeli sesuatu hadiah kepadanya. 19. Oleh sebab ingin menjaga hati kawan, Sujana tidak menulis nama Prema walaupun dia telah melakukan kesalahan. 20. Dennis suka menolong Cikgu Bob mengangkat buku ke bilik guru.
Bahagian C Nombor 21 hingga 35. Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Bong amat (21) ___________ bidang penulisan. Dia (22) _________________ untuk menjadi seorang penulis yang berjaya. Walau bagaimanapun, (23) _____________ Bong sering diperkecil dan dipersendakan oleh rakan-rakannya. Bong tidak (24) _____________ ejekan rakan-rakannya. Dia banyak membaca untuk menambahkan (25) _______________ . Sekiranya ada masalah berkaitan dengan bidang penulisan, dia akan berjumpa dan (26) _______________ kepada guru Bahasa Melayunya, Puan Sharifah. Dia mendapat tunjuk ajar dan (27) _____________ daripada Puan Sharifah. Pelbagai pertandingan penulisan disertai oleh Bong. Walaupun tidak berjaya atau hanya mendapat hadiah (28) _______________ Bong tidak kecewa. Dia terus mencuba. Pada suatu pagi, sewaktu (29) ______________ , nama Bong telah dipanggil oleh Puan Sharifah untuk naik ke pentas. Impian Bong menjadi (30) ______________ apabila dia berjaya mendapat tempat pertama dalam Pertandingan Menulis Esei Anti Dadah Peringkat Kebangsaan bagi kategori bawah umur 12 tahun. Bong telah (31) __________________ nama sekolahnya. Guru Besar berasa (32) __________________ dan memuji usaha gigih Bong. Kawan-kawan Bong berasa malu kerana menghina (33) _______________ Bong. Mereka memohon maaf kepada Bong. Kini, barulah mereka (34) ______________ bahawa sekiranya hendak berjaya, seseorang itu perlu berusaha bersungguh-sungguh dan tidak mudah (35) ___________________ .
Bahagian D Nombor 36 hingga 40. Susun semula ayat-ayat berikut mengikut urutan nombor 1 hingga 5 supaya menjadi sebuah cerita yang lengkap.
36) Dia tidak berasa malu untuk memperkenalkan ibu dan bapanya yang buta huruf kepada rakan-rakan. 37) Ibu bapa Danial bersyukur kerana mempunyai seorang anak yang mengenang budi. 38) Danial seorang arkitek yang terkenal. Dia berbangga dengan kedua-dua ibu bapanya. 39) Segala keperluan ibu bapanya disediakan oleh Danial dengan sebaik-baiknya. 40) Sebagai membalas jasa mereka, Danial membawa mereka tinggal di rumah banglo miliknya.
- 4 - Bahagian E Nombor 41 hingga 50. Padankan penyataan berikut dengan peribahasa yang betul. A Seseorang yang bersalah, semuanya terkena B Pembahagian yang sama rata C Suka duka sama ditanggung D Orang lain yang melakukan kesalahan, orang lain yang dituduh E Pemimpin perlu adil supaya disayangi rakyat kerana pemimpin yang tidak adil akan memusuhi rakyat F Orang lain yang berusaha,orang lain yang mendapat pujian G Berat sebelah ketika membuat keputusan kerana hendak menguntungkan satu pihak sahaja H Tetap hendak mempertahankan pendirian atau pandangan yang salah I Hubungan yang akrab J Tidak mendengar nasihat walaupun sudah berkali-kali diberi Peribahasa Penyataan 41. Pilih kasih 42. Menegakkan benang yang basah. 43. Lembu punya susu, sapi dapat nama. 44. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. 45. Seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit.
46. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah. 47. Orang lain yang makan nangka, orang lain yang terkena getah.
48. Raja adil raja disembah, raja zalim raja di sanggah. 49. Isi dengan kuku. 50. Mencurah air ke daun keladi.