Anda di halaman 1dari 13

Ciri-ciri Penulisan Karya Sastera

1.0 Pendahuluan


Sejak kebelakangan ini, bidang penulisan kreatif mula diceburi oleh ramai pihak, tidak lagi
hanya tertumpu pada golongan sasterawan atau sejarawan. Di Malaysia, Bahasa Melayu
yang dipelajari di sekolah adalah merupakan mata pelajaran wajib bagi para pelajar. Sastera
Melayu, atau lebih dikenali sebagai KOMSAS, yang merupakan antonim bagi Komponen
Sastera, turut diselitkan dalam pengajaran Bahasa Melayu. KOMSAS dalam pendidikan
Bahasa Melayu sekolah menengah bertujuan untuk melahirkan pelajar yang mempunyai
keterampilan dalam bahasa, dan menghargai serta menghayati hasil karya dengan
sepenuhnya. Kementerian Pendidikan mengambil inisiatif sebegitu rupa untuk memastikan
para pelajar tidak terhakis dengan penulisan dan karya-karya sastera, di samping memupuk
minat para pelajar dalam bidang penulisan sastera.

Penulisan kreatif boleh didefinisikan sebagai karya-karya penulisan yang dihasilkan
melalui pandangan seseorang, emosi, atau perasaan seseorang penulis. Penulisan sastera
juga merupakan salah satu daripada jenis penulisan sastera. Penulisan sastera terdiri
daripada karya-karya yang bersifat lebih kepada tradisional atau zaman kesultanan Melayu
lalu. Antara contoh penulisan sastera ialah puisi, syair, dan drama pendek. Bahan karya
sastera mencerminkan jiwa dan perasaan seseorang pengarang dalam apa juga keadaan.
Karya sastera juga menjadi salah satu sumber rujukan penting bagi menyelami perasaan
rakyat dalam sesebuah negara merdeka. Menghayati karya sastera adalah mendalami hati
budi rakyat yang terpancar dalam karya tersebut. Penulisan sastera mempunyai ciri-ciri
yang tersendiri. Ciri-ciri karya ini adalah berbeza dengan karya-karya lain yang bersifat
moden.


1
2.0 Jenis-Jenis Karya Sastera

Karya sastera terbahagi kepada beberapa jenis, iaitu novel, drama, puisi, dan drama
pendek.


2.1 Novel

Novel ialah karya fiksyen panjang, yang mengandungi tema, plot, watak, latar, dan
unsur-unsur fiksyen yang lain. Isi novel kebiasaanya mengandungi konflik,
penyelesaian konflik, puncak dan peleraian. Novel mengandungi latar yang
berbeza, tidak tertumpu pada suatu tempat sahaja. Selama ini kita biasanya
didedahkan dengan perkataan novel. Hakikatnya terdapat sejenis penulisan sastera
yang dikenali sebagai novella. Novella ini merangkumi jumlah patah kata sebanyak
20 000 hingga 50 000 patah perkataan, manakala jumlah patah perkataan yang
terdapat dalam sesebuah novel adalah lebih daripada jumlah patah kata yang
terdapat dalam novella, iaitu melebihi 50 000 patah perkataan.

Novel menceritakan tentang watak dan perlakuan mereka dalam kehidupan
dengan menitikberatkan ciri naratif. Novel tidak terikat oleh sebarang bentuk
struktur atau format seperti drama dan sajak. Drama dan sajak mempunyai format
penulisan yang tersendiri. Format ini boleh diketahui dengan lebih terperinci di
bahagian drama dan sajak yang boleh didapati di bahagian Drama dan Sajak.
Sebuah novel ada kaitan erat dengan masyarakat. Isi novel juga mengandungi
pengambaran perjuangan dalam kehidupan, konflik antara manusia, alam ketuhanan
dan perasaan masyarakat yang bercampur baur dengan imaginasi.




2
2.2 Drama

Drama bermaksud sejenis karya dalam bentuk prosa atau puisi yang menceritakan
kehidupan individu dengan bantuan dialog. Drama adalah satu cabang seni sastera
yang mementingkan dialog, gerak atau perbuatan. Terdapat penulisan drama yang
diolah menjadi pementasan drama atau teater. Drama menggambarkan kehidupan
secara mengemukakan konflik dan emosi melalui aksi dan dialog dalam
pementasan teater. Drama kebiasaannya mengandungi bahagian-bahagian yang
berlainan dan mengandungi kisah-kisah menarik serta bermain dengan emosi
penonton atau pembaca. Dengan kata lain, drama adalah terikat dengan persekitaran
dan masyarakat.

Sesetengah drama yang dihasilkan di atas kertas telah diadaptasikan
kepada drama pentas. Drama pentas ini memerlukan kos yang lebih tinggi untuk
dilaksanakan, berbanding dengan penulisan karya drama.


2.3 Puisi

Perkataan puisi boleh didefinisikan sebagai penciptaan. Puisi adalah penciptaan
kata-kata dengan susunan yang indah. Susunan ayat yang baik dan penggunaan
kata-kata atau istilah yang tepat digunakan dalam penciptaan sesebuah puisi. Puisi
biasanya dihasilkan oleh penulis dengan berlandaskan perasaan mereka dan perkara
yang berlaku di persekitaran mereka. Penciptaan karya puisi berlandaskan perasaan
ini adalah bersifat imaginatif, bergantung kepada kekreatifan dan keluasan
imaginasi seseorang penulis. Emosi yang bercampur-baur juga boleh didapati di
dalam kebanyakan karya puisi sekiranya pembaca dapat memahami puisi tersebut
dengan baik.

3
Puisi mengandungi elemen kesusasteraan, sama seperti karya-karya
sastera yang lain. Antara elemen yang terkandung dalam sesebuah puisi adalah
tema dan nada. Karya puisi tidak menggunakan kata-kata atau frasa yang
menyampaikan maksud secara langsung. Hal ini kerana puisi menggunakan frasa
yang berkias, atau dengan kata lain puisi menggunakan bahasa kiasan dalam
menyampaikan maksud sebenar karya mereka. Puisi boleh berdiri dengan sendiri,
sama ada dihasilkan dalam bentuk seni sastera lain seperti sajak, lirik, dan syair.

Puisi merupakan karya sastera terawal yang dihasilkan di dunia, dan juga
merupakan salah satu daripada cabang kesenian penulisan sastera.


2.4 Drama Pendek

Drama pendek ialah sejenis karya sastera yang bersifat dialog dan cereka. Tidak
seperti drama biasa, drama pendek adalah pendek dan tidak mempunyai jalan cerita
yang meleret. Penulis drama pendek perlu mempunyai tumpuan yang lebih terhadap
kekuatan daya imaginasi dan kreativiti bagi meraih perhatian pembaca.

Terdapat sejenis karya penulisan drama pendek yang digelar sebagai
cerpen. Cerpen mengandungi sorotan peristiwa atau plot yang kemas, ditambah
dengan sejumlah watak yang terhad. Cerpen boleh dibahagikan kepada tiga
kategori, iaitu cerpen pendek yang mengandungi 700 patah perkataan atau kurang
daripada jumlah tersebut, cerita pendek yang mengandungi 1000 hingga 1500
jumlah patah perkataan, dan cerita pendek yang mengandungi antara 2500 hingga
5000 jumlah patah perkataan.

Cerpen juga mengandungi elemen kesusasteraan seperti tema, plot, latar,
watak dan perwatakan, serta nilai-nilai yang terkandung dalam cerpen tersebut.

4
Cerpen mempunyai jumlah watak yang minima. Hal ini adalah kerana jumlah watak
yang banyak akan menjadikan sesuatu cerpen tersebut berserabut dan tidak teratur.
Jumlah watak yang minima dapat menghasilkan jalan cerita yang lebih teratur.
Penulis turut menyelitkan mesej yang ingin disampaikan kepada pembaca dalam
penulisan cerpen mereka. Kebiasaannya, cerpen turut mengandungi nilai-nilai
murni yang dapat memberikan teladan atau pengajaran kepada pembaca.

Setiap penulis mempunyai gaya penulisan mereka yang tersendiri. Namun,
teknik yang digunakan adalah hampir sama, iaitu menggunakan sudut dari tiga
pandangan yang berbeza; sudut pandangan orang pertama; sudut pandangan orang
kedua; sudut pandangan orang ketiga.



















5
3.0 Gaya Bahasa Dalam Karya Sastera

Penggunaan gaya bahasa yang sesuai adalah penting dalam penghasilan karya
sastera. Hal ini adalah kerana gaya bahasa yang sesuai akan menghidupkan sesuatu
karya itu dengan sempurna. Setiap pengarang mempunyai gaya bahasa yang
berbeza dalam menghasilkan karya mereka. Setiap gaya bahasa ini melambangkan
keperibadian dan kemampuan pengarang. Semakin baik gaya bahasa yang
digunakan, semakin baik penilaian yang diberikan oleh pembaca terhadap mereka.
Gaya bahasa dalam karya sastera terbahagi kepada beberapa jenis, iaitu gaya bahasa
perbandingan, gaya bahasa sindiran, gaya bahasa penegasan, dan gaya bahasa
pertentangan.


3.1 Gaya Bahasa Perbandingan

3.1.1 Metafora
Metafora bermaksud perbandingan secara langsung antara satu benda
dengan satu benda lain yang boleh dikatakan mempunyai sifat persamaan.
Contoh: Matahari itu raja siang, manakala bulan itu dewi malam.

3.1.2 Personifikasi
Personifikasi memberi perwatakan manusia kepada bukan manusia.
Misalnya, daun kelapa yang diumpamakan seperti manusia yang boleh
melambai, menggamit, dan bersiul.
Contoh: Daun nyiur melambai-lambai, daun kelapa menggamit manja.



6

3.1.3 Asosiasi
Asosiasi merupakan penyamaan satu benda dengan benda yang lain.
Asosiasi benda yang kedua ada hubungan dengan benda yang pertama.
Dengan kata lain, kedua benda yang diasosiasikan adalah berkait dengan
satu sama lain.
Contoh: Badannya langsing seperti pohon pinang, matanya merah seperti
biji saga, mukanya pucat bagaikan bulan.

3.1.4 Parabel
Parabel bermaksud kiasan yang terdapat dalam karya-karya sastera, seperti
puisi dan sajak.
Contoh: Si tikus telah mengalahkan si singa.
Parabel dalam contoh di atas ialah kadangkala, individu yang lemah atau
miskin dapat mengalahkan individu yang kaya dan berkuasa.

3.1.5 Simbolik
Simbolik ialah gaya bahasa yang memindahkan sifat seorang atau sesuatu
kepada benda lain dengan menggunakan benda lain sebagai simbol.
Contoh: Lintah darat (individu yang menindas dan memeras orang lain)
Kambing hitam (individu yang sering dijadikan sasaran)

3.1.6 Hiperbola
Hiperbola ialah satu gaya bahasa yang melebih-lebihkan atau membesar-
besarkan sesuatu perkara.
Contoh: Darah mengalir menganak sungai.

7
3.2 Gaya Bahasa Sindiran


3.2.1 Ironi
Ironi merupakan kata-kata yang berlawan dengan maksud yang cuba
disampaikan. Kata ini digunakan dengan tujuan untuk menyindir.
Contoh: Cepat betul awak datang!
Kata-kata diatas digunakan sewaktu seseorang individu tiba lewat
daripada masa yang telah dijanjikan.

3.2.2 Sinisma
Sinisma merupakan gaya bahasa sindiran yang agak kasar. Sinisma
digunakan untuk menggambarkan sifat marah atau kebencian terhadap
seseorang.
Contoh: Ingin muntah aku melihat wajahmu!


3.3 Gaya Bahasa Penegasan


3.3.1 Repitisi
Repitisi ialah mengulang sepatah perkataan beberapa kali dalam satu ayat.
Contoh: Selama nafas masih ada, selama nadi masih berdenyut, selama
darah masih mengalir, selama itu aku masih berjuang.



8

Retorik
Retorik ialah gaya bahasa berupa pertanyaan yang tidak memerlukan
jawapan, kerana di dalam pertanyaan tersebut sudah terdapat jawapannya
secara tidak langsung.
Contoh: Miskinkah dia dengan rumah yang besar dan harta yang banyak
itu?




3.4 Gaya Bahasa Pertentangan


3.4.1 Paradoks
Paradoks ialah gaya bahasa yang bertentangan dalam satu ayat.
Contoh: Benci tapi rindu, marah dalam sayang.
Senyum dalam tangisan.


3.4.2 Kontradiksi
Kontradiksi ialah wujudnya percanggahan atau penentangan dalam
sesuatu ayat.
Contoh: Dia nampak alim tetapi sebenarnya jahil.


9
4.0 Ciri-ciri Penulisan Karya Sastera


Penulisan kreatif ialah sebarang penulisan yang bertujuan untuk menyatakan pemikiran,
perasaan, dan emosi penulis. Penulisan kreatif ini bukanlah penulisan yang menyampaikan
maklumat. Penulisan kreatif dikarang dengan bahasa yang segar, penyusunan kata-kata
yang indah, mencabar, dan mengandungi unsur-unsur murni. Penulisan karya sastera
mempunyai cirri-ciri yang tersendiri, berbeza dengan penulisan lain yang berunsur
penyebaran maklumat.
1

4.1 Ragam Aktif
Penulisan kreatif menggunakan ragam aktif, dengan ayat-ayat yang pendek. Pengunaan ayat-ayat
yang pendek ini bertujuan untuk membolehkan pembaca memberi fokus dan tumpuan kepada
pelaku dan aksi yang diceritakan oleh penulis. Ciri ini dapat menarik perhatian pembaca terhadap
apa yang dibaca oleh mereka.
Contoh: untuk berfikir, insan yang suci

4.2 Bernada Puitis
Penggunaan kata-kata atau frasa yang puitis dapat melembutkan lagi sesuatu jalan cerita,
selain daripada menimbulkan kesan keindahan yang lebih nyata dalam gambaran yang diberikan.
Pengunaan frasa yang bernada puitis adalah ciri yang biasa kita lihat di dalam penulisan-
penulisan kreatif seperti sajak, syair, dan drama tradisional.
Contoh: andai dapat ku undurkan putaran dunia.

10
4.3 Bahasa Kiasan
Kebanyakan penulisan kreatif menggunakan bahasa kiasan. Bahasa kiasan adalah bahasa yang
tidak menyampaikan maksud sesuatu frasa secara langsung. Bahasa ini biasanya menggunakan
frasa lain yang lebih mendalam maksudnya, berbanding dengan frasa yang mudah difahami
dengan sekali baca, seperti peribahasa, perumpamaan, dan perbandingan.
Contoh: umpama sebutir permata yang sirna


4.4 Bersifat Ambiguiti
Karya-karya penulisan kreatif adalah bersifat ambiguiti. Ayat yang dapat menghasilkan pelbagai
maksud dikatakan ayat yang mempunyai ambiguiti. Sifat ambiguiti bermaksud penggunaan
bahasa yang tersirat, atau berlapis-lapis. Ambiguiti ini sukar ditaksirkan tanpa penelitian yang
mendalam.
Contoh: sebutir debu








11
5.0 Penutup



Penulisan kreatif boleh didefinisikan sebagai karya-karya penulisan yang dihasilkan
melalui pandangan seseorang, emosi, atau perasaan seseorang penulis. Penulisan sastera
juga merupakan salah satu daripada jenis penulisan sastera.

Penulisan karya kreatif adalah berbeza dengan penulisan karya ilmiah atau karya
yang berunsurkan maklumat. Kedua-dua penulisan tersebut adalah berbeza dari segi
bahasa, bentuk, nada, dan, intonasi. Ciri-ciri penulisan yang berkesan dapat menarik minat
atau perhatian pembaca untuk membaca sesuatu karya tersebut. Proses menulis karya
kreatif bukanlah sesuatu kerja yang mudah. Penulis karya menghadapi pelbagai masalah
dalam proses menghasilkan karya mereka.

Kesimpulannya, penulisan kreatif ini mempunyai ciri-ciri yang berbeza. Ciri-ciri
inilah yang menampakkan perbezaan penulisan kreatif daripada penulisan jenis lain.
Penulisan kreatif ini perlu dikembangkan dalam kalangan generasi muda agar bidang ini
tidak terhakis begitu sahaja.












12
BIBLIOGRAFI

1. Hanafiah (2010). Aspek-aspek sejarah dalam karya sastera di zaman kerajaan islam
acheh pada abad ke 19. Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademik Pengajian
Islam, Universiti Malaya.

2. Kemelut teks sastera KOMSAS. (2011, April 5). Berita Harian.


3. Mohd Rashid bin Mohd Idris (2009). Falsafah bahasa nilai dan etika melayu islam
dalam pantun. Akademik Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

4. Nazmi Yaakub (2002, April 2). Perang karya kreatif, filem. Berita Harian.

5. Penulisan (2011). Diperolehi pada Mac 15, 2013 daripada
ariesfamily.blogsport.com/2011/08/ciri-penulisan-berbeza.html

Anda mungkin juga menyukai