Anda di halaman 1dari 6

UJIAN AKHIR TAHUN 2013

PENDIDIKAN MORAL
TAHUN 3
1 jam


JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU



1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.

2. Jawab semua soalan.

3. Tiap-tiap soalan diikuti empat pilihan Jawapan A,B, C dan D.
Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Bulatkan jawapan pada pilihan
jawapan.

4. Jika hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat.
Kemudian bulatkan jawapan yang baru.

5. Bahagian subjektif, sila jawab dalam kertas soalan.






Nama Murid Tahun : 3
Bahagian A
1. Farah dan Azmi sedang berpuasa, saya.
a) sengaja makan dan minum di hadapan mereka
b) menjaga perasaan mereka
c) memberikan mereka gula-gula

2. Seok Mei membantu cikgu supaya dapat _______________ beban cikgu.
a) menambah
b) meringankan
c) memberi

3. Nyatakan perlakuan bertanggungjawab berdasarkan pernyataan di bawah.
a) Amin menyiapkan kerja sekolah dengan baik.
b) Azhan bermain bola di setiap petang
c) Ali bercakap dengan nada kasar

4. Pilih cara yang boleh dilakukan untuk menghargai warga sekolah.
a) Menyambut hari guru
b) Belajar bersungguh-sungguh
c) Melawan arahan pengawas

5. Pergaulan yang bersopan juga menjadi ______________ warga sekolah yang lain.
a) teladan
b) musuh
c) kebencian

6. Pilih cara yang menunjukkan tingkah laku menghormati warga sekolah
a) bercakap di perhimpunan
b) berbual di dalam perpustakaan
c) beratur ketika membeli makanan di kantin



7. Razali menjimatkan air dan elektrik di sekolah. Ini menunjukkan yang dia
a) menghargai sumber-sumber sekolah
b) menyusahkan warga sekolah yang lain
c) menyebabkan bil air dan elektrik menjadi mahal
8. Sikap adil dapat __________________
a) menyebabkan pertengkaran
b) mengelakkan pergaduhan
c) menyebabkan kebencian
9. Yang manakah menunjukkan sifat berani yang dapat mempertahankan nama baik sekolah.
a) mencabar pengawas yang bertugas
b) mewakili sekolah dalam pertandingan sukan
c) melanggar peraturan sekolah
10. Orang yang bersikap ___________ dipercayai oleh semua orang
a) khianat
b) amanah
c) mungkir janji
11. Sikap rajin membawa kepada hasil yang ______________.
a) padah
b) lumayan
c) buruk
12. Pilih aktiviti yang menunjukkan semangat kerjasama.
a) goton-royong membersihkan kelas
b) membuang sampah ke dalam tong sampah
c) makan di kantin beramai-ramai.
13. Pemakanan yang seimbang ________________________.
a) menjejas kesihatan badan
b) menjaga kesihatan badan
c) mendapatkan penyakit selesema
14. Jessi dan Chew Meng menggunakan komputer di perpustakaan secara bergilir-gilir. Ini
menunjukkan bahawa mereka mempunyai sifat ______________
a) berani
b) saling menyayangi
c) toleransi


15. Sekolah kamu telah mengadakan pertandingan melukis kad sambutan perayaan, kamu
_________
a) meluksi kad itu sesuka hati
b) mereka cipta kad itu dengan penuh ikhlas.
c) tidak mengikuti pertandingan ini.
16. Kamu menyampaikan mesej guru kepada rakan sekelas. Kamu berasa _______.
a) gembira
b) takut
c) tertekan
17. Cikgu telah memilih wakil murid untuk menyertasi suatu pertandingan. Murid yang manakah
menunjukkan sifat bertanggungjawab.
a) Jamal malas berlatih dan sambil lewa dalam pertandingan
b) Mei Yee rajin berlatih untuk meningkatkan prestasi
c) Abit mencari alasan dan tidak hadir ke pertandingan.
18. Jennifer ingin meminjam alat tulis daripada Juliana. Juliana sepatutnya ________
a) memarahi Jennifer
b) sudi meminjamkan pensel kepada Jennifer
c) tidak memberikan alat tulis kepada Jennifer
19. Guru sedang memberikan pengajaran di dalam kelas. Kamu sepatutnya _______
a) memberi sepenuh perhatian
b) tidur dengan nyenyak
c) bercakap dengan kawan
20. Cikgu Muhaimin menjaga maruah setiap muridnya. Murid-murid berasa ____________.
a) dihargai
b) marah
c) kecewa
21. Igang tidak faham berkenaan dengan latihan Sains yang diajarkan oleh guru. Oleh itu, dia
perlu _________
a) bertanya kepada guru mata pelajaran tersebut
b) Abaikan latihan tersebut
c) tidak mengulangkaji pelajaran
22. Pilih pernyataan yang sesuai mengambarkan perasaan gembira.
a) Mesa dan Edwin menang perlawanan bola sepak selepas penat berlatih.
b) Abit kalah dalam pertandingan melontar peluru.
c) Azman kalah bermain catur dengan Emerson.

23. Hubungan Edwin Nyambung dengan ahli kumpulannya bertambah ______________ kerana
selalu berlatih bersama.
a) teruk
b) mesra
c) jauh
24. Pilih kenyataan yang mengamalkan sikap sederhana.
a) Jennifer menutup suis kipas dan lampu sebelum pulang ke asrama
b) Igang memakai baju yang bergaya ketika bergotong-royong.
c) Ricky Abit membiarkan kipas dan lampu terpasang di dalam kelas tanpa ada orang
menggunakannya.
25. Cikgu Nasuha sedang berpuasa memandangkan cikgu Nasuha merupakan seorang yang
beragama Islam. Jennifer perlu _____________
a) makan dan minum di tempat lain
b) makan dan minum di depan cikgu Nasuha
c) memberikan cikgu Nasuha sedikit makanan.
d)
Bahagian B
Tanda betul [ / ] atau salah [ x ] pada pernyataan di bawah
26. Kita hendaklah berasa iri hati andai kata kawan kita memenangi pertandingan sukan.
27. Apabila orang melakukan kesalahan kepada kita, kita hendaklah segera memaafkan mereka.
28. Kita boleh menunjukkan perasaan sayang kepada sekolah melalui amalan membuang sampah
ke dalam tong sampah.
29. Igang merasakan dirinya bodoh kerena mengikuti aktiviti gotong-royong.
30. Kita akan berasa sedih apabila berjaya menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru.









Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.
tepukan adil memotong yuran kelas menepati
benar memahami dorongan pilih kasih balasan

31. Igang memenangi tempat pertama dalam pertandingan syarahan peringkat sekolah. Kami
memberi _____________ dan turut berasa bangga.
32. Kita patut menghormati guru besar yang memberi ____________ kepada murid-murid
dengan menjadi insan yang berjaya dan berguna.
33. Cikgu Muhaimin menghormati pendapat setiap murid tanpa ____________________ .
34. Amalan ______________ janji merupakan perlakuan yang menghormati orang lain.
35. Emerson membantuCikgu Katheleen tanpa mengharapkan_____________
36. Kasturi menggunakan _______________ untuk perbelanjaan kelas sahaja.
37. Kita janganlah ________________ barisan ketika sedang mengambil makanan di dewan
makan.
38. Untuk menunjukkan sifat ________ dalam diri, setiap pengawas perlu mencatat nama orang
yang melakukan kesalahan tanpa mengira hubungan.
39. Ashley bercakap _____________ mengakui kesalahannya.
40. Di sekolah, kita hendaklah saling _______________ tanggungjawab masing-masing dan
saling bekerjasama.