Anda di halaman 1dari 2

1.Is the television program designed specifically for young children?

Mengikut pandangan kami rancangan Upin dan Ipin yang bertajuk geng pengembaraan
bermula ini memang direka khusus untuk kanak-kanak. Rancangan ini sangat popular bukan
saja di kalangan kanak-kanak malahan orang dewasa juga menyukai rancangan ini.
2.How do you know?
Hal ini demikian kerana rancangan ini berbentuk animasi. kanak-kanak sangat terhibur
dengan rancangan berbentuk animasi. Tayangan television untuk anak-anak tidak boleh
dipisahkan dengan rancangan animasi atau kartun. Jenis rancangan ini sangat popular di
lingkungan mereka. Kanak-kanak sangat menyukai rancangan animasi kerana ia sangat
menarik. Watak dan perwatakan yang digunakan dalam rancangan ini sangat comel, lucu
dan menarik perhatian kanak-kanak. Contohnya, watak dan perwatakan Upin dan Ipin serta
Rajoo. Upin adalah abang, Ipin adalah adik. Upin dan ipin adalah Adik-beradik kembar botak
yang suka berkeliaran dengan kaki ayam, sambil mencari keseronokan dan keghairahan di
mana sahaja mereka berada. Mereka sering ditengking kakak mereka sendiri, Ros, kerana
nakal dan degil. Mereka berdua gemar menonton filem aksi dan ke mana mereka pergi
mereka tidak lupa membawa pistol mainan. Upinlah yang lebih tua dan ada sehelai rambut
pada kepalanya yang menjadikannya bangga kerana lebih tua berbanding Ipin. Mereka tidak
mengenal erti bahaya dan lazimnya seperti kanak-kanak lain, mereka ini curiga untuk
mengetahui sesuatu. Dalam erti kata lain mereka ingin tahu sesuatu yang baru, malah tidak
takut untuk bertanya. Beza Upin dan Ipin hanyalah 5 minit dan kegemaran Ipin yang ketara
adalah dengan ungkapan "betul, betul, betul" serta gamar makan Ayam Goreng. Rajoo
adalah rakan kepada Upin dan Ipin, dia sentiasa bermain dengan lembu kesayangannya
bernama Sapy. Rajoo mempunyai kebolehan bercakap dengan haiwan dan dapat memahami
percakapan haiwan. Rajoo adalah anak kepada Muthu seorang taukeh warung tepi jalan di
kampung tersebut. Rajoo agak tua sedikit berbanding Upin dan Ipin serta sentiasa menjaga
kebajikan rakannya. Watak dan perwatakan dalam cerita banyak menunjukkan nilai-nilai
murni dan sangat menarik, ianya sesuai untuk ditonton oleh kanak-kanak.
Selain itu, plot-plot dalam rancangan ini digarap dengan rapi dan menarik, ia tidak terlalu
kompleks serta bercampur aduk dan mudah difikirkan oleh kanak-kanak. Ia diadunkan
dengan alam fantasi yang memang pada logik akalnya tidak boleh diterima namun pada
pandangan kami sedikit elemen fantasi perlu dimasukkan kerana kanak-kanak memang
sudah lumrah berfantasi. Serta plot dimana mereka tersesat di hutan dan gua akan
memberikan impak dalam fikiran kanak-kanak bahawa betapa petingnya kita bekerja sama
sesama kawan-kawan dan jangan melakukan kemusnahan alam.
3.Did it intentionally aim at providing an educational message? If so, what was the intended
message? If not, what do you think a preschooler would have learned from viewing the
show?
Ya, Antara mesej pendidikan yang terdapat dalam rancangan Upin Ipin yang bertajuk
Geng Pengembaraan Bermula ialah seperti janganlah melakukan kegiatan yang salah di sisi
undang-undang. Kegiatan jenayah adalah kegiatan yang dipandang keji oleh masyarakat.
Jika seseorang itu melakukan jenayah, seseorang itu boleh dikenakan hukuman yang
setimpal keatasnya. Contohnya dalam rancangan tersebut seperti Salleh, Singh, dan Pak
Mail, mereka memburu binatang liar secara haram dan mencuri buah durian serta
menakutkan orang kampung dengan berpakain seperti raksaksa di dalam hutan supaya
kegiatan mereka tidak dapat dikesan. Akibatnya mereka menerima hukuman yang setimpal
dengan perbuatan mereka iaitu salleh telah dipenjarakan manakala Singh dan Pak Mail telah
dihumbang oleh ibu opex di alam fantasi katika mereka melarikan diri daripada ditangkap
lalu tersesat masuk ke dalam alam tersebut. Maka jelaslah rancangan ini memberi mesej
pendidikan kepada kanak-kanak. Mesej ini akan menjadi pengajaran kepada anak supaya
jangan melakukan perkara yang salah di sisi undang-undang.
Selain itu, Mesej pendidikan yang terdapat dalam rancangan tersebut juga ialah kita
hendaklah tolong orang yang berada dalam kesusahan sedaya yang kita mampu. Sikap
tolong-menolong adalah amalan yang mulia. Misalnya dalam rancangan tersebut sikap
tolong-menolong dapat dilihat ketika bas yang dinaiki Badrul dan Lim pancit di tengah jalan
lalu mereka terpaksa berjalan kaki untuk pergi ke Kampung Durian. Kebetulan pada waktu
itu Singh dan Pak Mail melalui jalan tersebut dengan lorinya dan menumpangkan mereka
berdua untuk pergi ke Kampung Durian. keadaan ini dapat mendidik kanak-kanak yang
menonton rancangan ini supaya mempunyai semangat tolong-menolong yang tinggi dalam
diri mereka.
Seterusnya kita hendaklah mempunyai kasih sayang terhadap haiwan. Haiwan juga adalah
ciptaan Tuhan yang mempunyai perasaan. Dalam rancangan tersebut Rajoo, Upin dan Ipin
sangat menyayangi haiwan yang bernama Oopet. Keadaan ini dapat dilihat dimana Rajoo
telah memberi buah Durian kepada Oopet, dan Upin,Ipin serta raju sedih ketika hendak
berpisah dengan Oopet. Hal ini dapat memberi mesej pendidikan kepada kanak-kanak yang
menonton rancangan ini supaya lebih menyayangi haiwan dan jangan menyakiti haiwan.