Anda di halaman 1dari 22

1

PENGENALAN
Kebanyakan daripada kita masih belum bersedia untuk beralih ke alam dewasa.
Meninggalkan alam remaja bagi sesetengah individu merupakan satu beban yang terpaksa
ditanggung dan ia amat memedihkan. Alam dewasa menuntut kita untuk berdikari bagi
mengurus diri sendiri, walaupun semasa alam remaja segala keperluan harian diurus dan
ditanggung oleh ibu bapa. Peralihan ini perlu bermula pada peringkat sekolah lagi.
Peralihan dari zaman remaja kepada zaman dewasa akan membawa perubahan
kepadasetiap individu. Ia memerlukan pengorbanan dan tanggungjawab yang tinggi
daripada seseorang individu.
Perubahan yang berlaku ketika melangkah ke alam dewasa menimbulkan banyak
pembaharuan terhadap diri seseorang. Keadaan ini mengubah corak kehidupan individu
daripada alam yang bebas dengan tanggunjawab kepada corak kehidupan yang lebih
bertanggungjawab dan mencabar. Perubahan dan pembaharuan ini kadangkala sukar
diterima dan keadaan ini akan mewujudkan konflik , keraguan dan kerungsingan dalam
diri individu itu. Sekiranya hal ini berpanjangan, kita akan mengalami stress atau
tekanan.
Konflik dan stress adalah dua faktor yang bertmbal alas dan kerap mengganggu
perjalanan hidup remaja. Bentuk konflik dan stress adal berbeza-beza antara seseorang
remaja dengan remaja yang lain. Perbezaan ini dipengaruhi oleh faktor-faktor luaran dan
dalaman seperti emosi, sosio-ekonomi, persekitaran, rakan sebaya dan lain-lain. Remaja
yang dilanda konflik dan stress tidak dapat mengawal diri dan sering mengambil keputusan
negatif yang akhirnya merosakkan diri sendiri. Mereka biasanya mengambil jalan mudah
untuk menyelesaikan masalah sehingga menyebabkan mereka terjebak dalam pelbagai
masalah sosial seperti penyalahgunaan dadah, seks bebas, jenayah rogol dan sebagainya.
2

Semua ini disebabkan kekeliruan dan ketidakfahaman remaja untuk menangani konflik dan
stress. Kegagalan mengawal konlik dan stress dengan berkesan boleh membawa kepada
kesan negatif. Ia juga menyebabkan sseorang itu hilang tumpuan terhadap pelajaran dan
akhirnya gagal dalam peperiksaan. Konflik dan stress perlu diuruskan dengan berkesan
bagi mengelakkan diri daripada terdedah kepada kesan yang negatif.















3

DEFINISI KONFLIK DAN STRESS

Konflik berasal daripada perkataan latin conflictus yang merujuk kepada suau
interaksi yang lahir dalam keadaan yang tidak baik, penuh emosi dan tindakan
penentangan yang akhirnya berkesudahan dengan kekacauan. Konflik diri bersifat
persendirian atau dalam diri sendiri. Ia timbul apabila dalam tugasan dan kehidupan harian
memerulukan keputusan yang melibatkan banyak pilihan. Terdapat beberapa faktor yang
menjadi punca konflik, iaitu:
Perceraian ibu bapa menyebabkan anak sukar membuat pilihan sama ada ingin
tinggal bersama ibu ataupun bapa.
Perbezaan pendapat atau pandangan menyebabkan seseorang itu sukar untuk
memilih pendapat atau pandangan yang baik untuk membuat keputusan.
Perbezaan nilai dan budaya menyebabkan seseorang itu sukar memilih nilai yang
baik untuk diamalkan
4

Stress atau tekanan melibatkan penggunaan semua sistem yang ada dalam badan
yang melampaui keupayaan. Individu berkenaan mendapati sukar menyesuaikan diri
dengan keadaaan dan memerlukan usaha yang lebih untuk mencapai keseimbangan dalam
dirinya dan dengan alam sekitar. Menurut Robbins (1993), stress ialah suatu keadaan
ynag dinamik yang menyebabkan individu berdepan dengan peluang, kekangan atau
desakan terhadap apa yang dihasratkan. Pada masa yang sama, wujud ketidakpastian akan
hasilnya dan hasil tersebut adalah penting kepada individu tersebut.
Stress ialah suatu tindak balas yang dihasilkan oleh tubuh apabila seseorang itu
berhadapan dengan konflik atau pelbagai situasi lain yang menyebabkan tekanan. Stress
yang dilalui lazimnya mendatangkan kesan kepada emosi. Rasa marah, kecewa, sedih
atau murung yang terhasil daripada stress akan mendatangkan kesan negatif kepada
seseorang. Akibatnya seseorang itu tidak dapat memberikan tumpuan kepada pelajaran
dan tidak dapat menjalani kehidupan normal, kerana sentiasa berada dalam keadaan
tekanan.
Secara keseluruhannya, stress adalah:
Ketidakupayaan memenuhi tuntutan persekitaran
Gangguan fungsi ehidupan
Perubahan dinamik yang menyebabkan individu berdepan dengan masalah,
kekangan dan desakan hidup
Peristiwa atau keadaan persekitaran yang medatangkan akibat yang negatif
Tekanan yang mengakibatkan kebimbangan, keletihan dan ketegangan
kepada individu
Tindak balas luaran yang mengganggu mental dan fizikal atau tidakbalas
kimia dalam tubuh
5


Stress boleh dibahagikan kepada beberapa tahap:
TAHAP 1:
Stress tahap ketegangan rendah dikenali sebagai distress. Ia bermaksud reaksi negatif
daripada stress. Stress yang terlalu rendah mengakibatkan seorang berasa bosan.
Seseorang individu pada tahap ini mempunyai sikap tidak mengambil peduli terhadap
kehidupan seharian. Mereka akan mengalami kesan psikologi seperti malas dan tidak
bersemangat.
TAHAP 2:
Ia di panggil stress tahap ketegangan sederhana atau eustress. Eustress bermaksud rekasi
positif daripada stress. Ia dikaitkan dengan perubahan yang menyenangkan seperti
mendapat hadiah. Pada tahap ini, ia menjadikan seseorang itu lebih bertenaga atau
bersemangat melakukan sesuatu tindakan. Ia juga mendorong untuk berusaha lebih tekun
dalam pelajaran atau sukan.
TAHAP 3:
Stress tahap ketegangan tinggi juga dikenali sebagai distress yang mengakibatkan perasaan
risau, bimbang dan cepat marah. Ia dsebabkan oleh konflik dan kehilangan sesuatu yang
berharga. Kegagalan dalam peperiksaan dan pergaduhan dengan rakan merupakan
bebeapa peristiwa atau keadaan yang menghasilkan distress. Ia memberkan kesan
psikologi sepeti kesedihan dan kesan fisiologi seperti pening, sakit kepala dan tekanan
darah tinggi.

6


TANDA-TANDA STRESS
Tekanan luar biasa yang berpanjangan dan keterlaluan merupakan sesuatu yang
merisaukan. Ia mempunyai kesan psikologi yang negatif dan memberi kesan buruk kepada
fungsi jantung, sistem penghadaman dan rangka otot. Ini akan membawa kepada pelbagai
jenis penyakit seperti ulser perut, tekanan darah tinggi dan migrain (sakit kepala yang
melampau). Justeru itu, amat penting bagi kita mengenali gejala-gejala yang berkaitan
dengan tekanan dan mengenalpasti kaedah yang bersesuaian dengan diri kita bagi
mengurangkan stress. Terdapat banyak tanda (gejala fizikal dan mental) yang dialami
oleh seseorang yang mengalami stress:
1. Degupan jantung yang cepat
2. Banyak berpeluh
3. Bernafas kencang
4. Selera makan berubah
5. Terasa amat letih
6. Kesukaran untuk tidur
7. Sakit-sakit badan yang tidak jelas punca
8. Penyakit seperti lelah, sakit kepala dan timbul ruam kulit
9. Risau dan bimbang
10. Kaki dan tangan terasa sejuk
7

11. Tekanan darah tinggi
12. Serangan jantung
13. Masalah berat badan
14. Cirit birit atau sembelit
15. Ulser perut
16. Kemurungan
17. Sakit kepala melampau (migrain)
18. Kehilangan fungsi seksual dan pembiakan
19. Strok (angin ahmar)
20. Gangguan kebimbangan









8


PUNCA STRESS

Terdapat dua faktor berlakunya stress iaitu faktor dalaman dan faktor luaran.
FAKTOR LUARAN
1. Tempat belajar
Persekitaran tempat belajar terutamanya disekolah memberi kesan yang besar
kepada pelajar. Keadaan yang kondusif (selesa) seperti bersih, hubungan yang baik
antara guru dan pelajar serta kemesraaan hubungan rakan sebaya akan membantu
mengurangkan stress.
2. Keluarga
Keluarga merupakan faktor penting bagi mengelakkan stress dalam kalangan
remaja. Kasih sayang dan perhatian ibu bapa terhadap anak-anak menjadi tunggak
kebahagiaan sesebuah keluarga.
9


3. Masyarakat
Masalah dan gejala sosial yang terdapat dalam masyarakat akan menyebabkan
remaja menjadi stress. Kejadian jenayah, penyalahgunaan dadah dan tiada
hubungan yang baik sesama jiran akan memburukkan keadaaan dan boleh
mengakibatkan stress.
4. Persekitaran
Persekitaran yang tidak selesa seperti pencemaran bunyi turut mempengaruhi emosi
kita. Selain itu, suhu yang tidak menentu seperti panas dan sejuk yang keterlaluan
akan menyebabkan ketidakselesaan dan sekali gus menyebabkan stress.
FAKTOR DALAMAN
1. Imej kendiri
Tekanan dalam diri yang sering dialami remaja berlaku akibat rasa rendah diri yang
keterlaluan dan berasa diri tidak disukai.
2. Pengurusan diri yang lemah
Kita tidak dapat menjadi pelajar yang cemerlang sekiranya kita gagal atau tidak
dapat menguruskan masa dengan baik dan tiada perancangan diri.
3. Kurang motivasi diri
Motivasi diri adalah penting untuk mencapai matlamat hidup. Sikap mudah
mengalah apabila berhadapan dengan masalah dan cabaran menyebabkan kita gagal
mencapai matlamat hidup.
10


4. Kurang kematangan berfikir
Tahap kematangan berfikir adalah berbeza antara individu dan bergantung kepada
pergaulan, pengalaman dan jantina mereka. Kematangan seseorang boleh
membantu menyesuaikan diri dalam pelbagai keadaan.

Hakikatnya stress itu nomal dan belaku kepada setiap insan. Kita memerlukan
stress sebagai perangsang. Namun apabila stress itu tidak boleh dikendalikan ia akan
membebankan kita.Oleh itu, kita perlulah bijak menangani konflik bagi mengelakkan
stress mengganggu kehidupan kita.










11

PUNCA KONFLIK
1. Sikap tidak yakin dalam membuat keputusan
Membuat keputusan tentang sesuatu perkara perlu diteliti dengan bijak bagi
mengelakkan daripada membuat keputusan yang salah. Sebagi contoh, pemilihan
kursus yang perlu diambil ketika ingin melanjutkan pelajaran boleh menimbulkan
konflik dalam diri. Pemilihan program yang tidak sesuai akan menyebabkan
individu itu berada dalam keadaan tertekan dan tidak berpuas hati, malah gagal
untuk mengikuti program itu dengan baik.
2. Sikap agresif
Sikap agresif seperti suka bertengkar, menyalahkan orang lain, suka mengkritik
dan menghina orang lain boleh mengakibatkan konflik. Keadaan tidak mahu
mengalah apabila bergaduh mengakibatkan suasana menjadi keruh dan konflik
dalam diri.
3. Sikap mengelak
Sikap mengelak seperti tidak mengendahkan sesuatu masalah, membisu, dan
berharap masalah akan selesai dengan sendiri boleh menimbulkan konflik. Remaja
yang suka mengelak daripada menghadapi masalah boleh mengakibatkan konflik
berlanjutan.



12

4. Sikap pasif
Ia adalah sikap menafikan kehendak sendiri untuk memuaskan pihak orang lain.
Individu yang bersikap pasif ini tidak tahu menolak permintaaan orang lain dan
sentiasa mengalah atas kehendak diri sendiri.
5. Perbezaan individu
Ia adalah perbezaan dari segi personaliti, minat, sosio ekonomi dan akademik.
Berada di dalam kumpulan rakan yang mempunyai perbezaan tersebut boleh
mendatangkan konflik kepada seseorang.












13

CARA MENGATASI KONFLIK DAN STRESS
Konflik perlu ditangani sebelum ia berlarutan menjadi stress. Berikut adalah cara-cara
untuk mengatasi konflik:
1. Bersikap tolak ansur
Kita perlu mempunyai sikap tolak ansur atau toleransi terhadap sesuatu isu. Sikap
ini boleh membuatkan seseorang itu lebih rasional apabila menangani sesuatu
konflik.
2. Bersikap terbuka
Seseorang yang bersikap terbuka boleh menerima pandangan, teguran atau
pendapat orang lain. Sekiranya sikap ini sentiasa diamalkan, kita tidak akan mudah
marah apabila dikritik. Kita boleh menrima teguran dan pandangan orang lain
dengan hati yang terbuka. Kita juga bersedia mengubah pendapat kita setelah
mendengar pendapat orang lain yang lebih bernas. Ini dapat menyelesaikan konflik
dengan cara yang lebih baik.
3. Menerima Hakikat
Boleh menerima sesuatu keadaan atau perkara yang berlaku dapat mengelakkan
konflik. Misalnya, kegagalan dalam peperiksaan adalah berpunca daripada
kecuaian sendiri dan bukan menyalahkan orang lain.



14

4. Bersemuka untuk menyelesaikan masalah
Kita perlu beranai berhadapan dengan seseorang yang telah menimbulka konflik
dalam diri kita. Dengan cara ini kedua-dua pihak akan cuba mencari jalan
penyelesaian tentang isu atau konflik yang timbul.
5. Berbincang dengan orang yang boleh membantu
Mengadakan perbincangan dengan orang yang boleh membantu kita menyelesaikan
masalah atau konflik misalnya ibu bapa, sahabat karib, kaunselor sekolah atau guru.
Ia boleh meringankan beban dalam menghadapi konflik.
6. Melakukan relaksasi
Terdapat beberapa teknik untuk mengurangkan konflik melalui teknik relaksasi
iaitu:
Bersenam dapat menenangkan fikiran
Imageri membantu memperbaiki cara seseorang bertindak
Meditasi kegiatan yoga mampu mengurangkan kekusutan jiwa yang
dihadapi
Sembahyang tingkatkan keimanan melalui aktiviti sembahyang kerana ia
mampu mengurangkan gelisah seseorang
Pernafasan - Menggunakan teknik pernafasan yang betul dan
mengamalkan pernafasan panjang boleh membantu dalam mengurangkan
tekanan

15

Cara atau langkah mengurus dan mengatasi stress ialah mengetahui atau mengenalpasti
punca stress. Sekiranya kita dapat mengawal punca stress, tekanan emosi dapat
dihindarkan. Antara cara mengatasi stress ialah:
1. Pengurusan masa
Kita perlu merancang penggunaan masa dengan mengutamakan perkara yang
penting terlebih dahulu.
2. Bersikap positif
Kita perlu sentiasa bersikap positif engan mengetahui kelebihan dan kemampuan
diri sendiri. Selain itu, kita juga perlu mengubah cara berfikir ke arah yang lebih
positif. Sikap berdaya saing yang tinggi dalam semua keadaan akan memastikan
kita tidak akan ketinggalan berbanding rakan-rakan yang lain.
3. Menyelesaikan masalah dengan cara kreatif
Menyenaraikan segala bentuk penyelesaian kepada masalah yang dihadapi,
kemudian memilih jalan penyelesaian yang terbaik.
4. Mengamalkan pemakanan yang seimbang
Tidak mengambil bahan yang terlarang seperti dadah, alkohol dan rokok boleh
membantu mengurangkan stress.
5. Sentiasa bersedia menghadapi perubahan
Kita mesti sentiasa menyiapkan diri untuk menghadapi sebarang perubahan
terutamanya perubahan yang berlaku secara mendadak.

16

KESAN STRESS

Stress dapat menjadi pendorong kepada sesuatu tindakan dan pencapaian serta boleh
menimbulkan masalah kesihatan. Stress merupakan hasil interaksi antara peristiwa
persekitaran dengan individu. Paras stress yang dihasilkan akan bergantung kepada sumber
tekanan dan cara individu tersebut bertindak balas.
Terdapat beberapa kesan stress terhadap fizikal dan mental:
1. Stress memberi kesan terhadap emosi seseorang. Emosi seseorang itu akan
terganggu dan perasaan risau sentiasa menghantuinya. Selain itu, seseorang itu mengalami
ketegangan fikiran dan tidak dapat membuat keputusan dengan baik. Stress juga
menyebabkan seseorang itu berasa seolah-olah otaknya sentiasa letih dan penat berfikir.
2. Stress mengubah sikap seseorang itu daripada seorang yang sabar kepada cepat
marah dan sentiasa mengeluh. Kadang-kadang, seseorang itu juga menunjukkan perasaan
runsing, kecewa dan mudah menangis. Stress yang tidak terkawal akan menyebabkan
perasaan cemas, sensitive,murung,sukar tidur dan hilang selera makan.

17


3. Stress juga mendatangkan ancaman penyakit kepada kesihatan seseorang. Apabila
seseorang itu mengalami stress, kadar denyutan jantung menjadi cepat dan menyebabkan
tekanan darah turut meningkat. Sistem penghadaman juga menjadi perlahan dan beberapa
bahan kimia dalam tubuh dilepaskan supaya darah lebih mudah bergumpal.
4. Selain itu, kadar pernafasan yang semakin laju menyebabkan otot-otot menjadi
tegang. Hal yang demikian menyebabkan kadar perpeluhan yang meningkat. Penyakit
seperti sakit jantung, tekanan darah tinggi dan strok mudah menyerang seseorang yang
mengalami stress.
5. Stress juga member ketidakselesaan kepada seseorang. Apabila stress, seseorang itu
akan mengalami denyutan jantung yang laju dan tidak tetap. Hal ini demikian kerana otot-
oto menjadi tegang dan mengakibatkan dada berasa tidak selesa.
6. Secara fizikalnya, seseorang itu akan mengalami sakit kepala dan kadang-kadang
muntah. Stress juga menyebabkan seseorang itu kerap membuang air kecil. Tubuh badan
akan berasa letih, lesu dan lemah. Mulut dan tekak akan menjadi kering dan menyebabkan
seseorang itu berasa tidak selesa. Selain itu, masalah kulit seperti psoriasis, eczema dan
jerawat juga timbul.

Kesimpulannya, stress atau tekanan yang dialami oleh seseorang individu merupakan
tindak balas daripada ketidakupayaan seseorang menangani masalah yang sedang dihadapi.
Sekiranya tekanan atau stress ini tidak ditangani, akan memudaratkan individu tersebut
baik daripada aspek fizikal, mental, emosi mahupun aktiviti sosial mereka.


18

PENUTUP
Pelbagai kejadian dan tragedi yang melibatkan tekanan atau stress dan kemurungan teruk
sebenarnya boleh dielak dan diatasi, jika kita mengambil berat mengenainya. Malah, ia
boleh menjadi penyakit yang serius andai tidak diurus dan dikawal dengan baik. Stress
atau tekanan yang berlebihan ini tidak akan mendatangkan kebaikan terhadap diri, malah
boleh mendatangkan pelbagai jenis penyakit. Stress bukan sahaja menjejaskan fikiran,
malah ia juga mempunyai kesan buruk terhadap badan . Stress atau tekanan yang dialami
oleh seseorang individu merupakan tindak balas daripada ketidakupayaan seseorang
menangani masalah yang sedang dihadapi. Sekiranya tekanan atau stress ini tidak
ditangani, akan memudaratkan individu tersebut baik daripada aspek fizikal, mental, emosi
mahupun aktiviti sosial mereka.
Justeru itu, pelbagai langkah perlu diambil utnk mengatasi konflik dan stress. Kita
tidak boleh membiarkan stress menguasai diri kerana implikasinya terlalu besar. Individu
yang sedang dalam tekanan atau stress yang keterlaluan selalunya tidak dapat mengawal
diri sendiri. Jika kita sedang mengalami stress, berusahalah untuk mengatasinya cepat
mungkin. Begitu juga sekiranya kita melihat rakan yang sedang mengalami stress, carilah
jalan untuk membantunya mengatasi masalah tersebut. "Cegah sebelum parah adalah
jalan yang terbaik sebelum nasi menjadi bubur.





19

LAMPIRAN: 1








Keratan Akhbar









20

LAMPIRAN: 2












Langkah-langkah Pengurusan Konflik dan Stress





Kenal pasti punca konflik dan
stress
Rujuk penasihat:
Ibu bapa
Guru Kaunseling
Guru Agama
Laksanakan cadangan dan
nasihat
Nilai tindakan yang diambil sama
ada berkesan atau sebaliknya
Jika tindakan berkesan,
maklumkan kepada
penasihat
Jika tindakan tidak
berkesan, rujuk semula
penasihat
21

SENARAI RUJUKAN

BUKU
1. Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 1, KBSM, 2011, Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
2. Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 3, KBSM, 2004, Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
3. Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 4, KBSM, 2002, Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
4. Pendidikan Jasmani dan pendidikan Kesihatan Tingkatan 5, KBSM, 2008, Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

LAMAN WEB
1. www.agc.gov.my
2. www.infosihat.gov.my
3. www.pmr.perangan.gov.my
4. www.utusan.com



22