Anda di halaman 1dari 7

MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENGGUNAAN HURUF BESAR DAN

HURUF KECIL BAGI MURID TAHUN 2 BIJAK


PENDAHULUAN
Kajian ini bertujuan untuk membantu murid-murid yang lemah dalam
menguasai kemahiran penggunaan huruf besar bagi mata pelajaran Bahasa Melayu
Tahun 2 Bijak. Seramai 44 orang murid dan seorang guru terlibat dalam kajian ini.
Saya memfokuskan kepada penggunaan huruf besar pada permulaan ayat dan
selepas tanda noktah. Tinjauan awal yang dibuat melalui ujian pengesanan
menunjukkan murid kurang peka terhadap kepentingan penggunaan huruf besar.
Oleh itu, saya telah menggunakan teknik warna untuk mensifarkan kesalahan murid
dalam penggunaan huruf besar. Saya telah menjalankan langkah-langkah yang
dirancang dan didapati penguasaan murid untuk menulis huruf besar pada
permulaan ayat dan selepas tanda noktah semakin memuaskan berbanding
sebelumnya. Murid tersebut juga menunjukkan sikap yang lebih positif dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran.
1.1 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Berpengalaman 20 tahun mengajar murid Tahap 1 membuatkan saya rasa
pengalaman yang selama ini saya simpan begitu berharga. Bermula dengan sukatan
pelajaran yang mudah bagi murid tahun 1 sehinggalah ke zaman era perubahan
sukatan yang begitu ketara. Namun setiap kali latihan di dalam kelas, ujian atau
peperiksaan, murid yang bijak pun kadangkala cuai dengan penggunaan huruf
besar.
Kesalahan murid dalam penggunaan huruf besar secara tidak langsung akan
mengurangkan markah kerana markah akan dipotong untuk setiap kesalahan
tersebut, Saya mengambil satu daripadanya untuk dipertingkatkan penguasaannya
iaitu penggunaan huruf besar. Jika murid menulis ayat tanpa penggunaan huruf
besar sekurang-kurangnya di permulaan ayat, maka kehilangan markah amat
ketara.
Walaupun setiap kali sebelum mula menulis saya mengulangi ungkapan yang
sama iaitu permulaan ayat dan nama khas mesti ditulis dengan huruf besar tetapi
kadangkala murid leka dan menganggapnya tidak penting. Oleh itu, saya
menjalankan kajian ini untuk mengatasi masalah tersebut.



2.0 ISU KEPRIHATINAN / FOKUS KAJIAN
2.1 Isu Kajian
Sewaktu mata pelajaran Bahasa Melayu, saya dapati masih ketara di
kalangan murid Tahun 2 Bijak tidak dapat menulis ayat dengan lengkap iaitu tidak
menggunakan huruf besar di tempat yang sepatutnya seperti menulis jawapan
pemahaman, menyalin ayat dan sebagainya.
Aras 1 : 8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk.
i. Menulis perkataan dan ayat tunggal dengan cara yang betul dan tulisan
yang cantik.
Aras 2 : 10.2 Mengedit dan memurnikan hasil penulisan.
ii. Mengenal pasti dan membetulkan kesilapan ejaan perkataan dan
tanda baca dalam ayat.
Aras 3 : 9.1 Mengambil imlak teks yang diperdengarkan.
i. Mengambil imlak teks yang diperdengarkan menggunakan ejaan dan
tanda baca yang betul.
Oleh itu, saya mesti lakukan sesuatu. Saya perlu meningkatkan penguasaan
kemahiran penggunaan huruf besar melalui teknik yang dirancang.
3. OBJEKTIF KAJIAN
Objektif Umum
i) Meningkatkan penguasaan kemahiran penggunaan huruf besar.
Objektif Khusus
i) Meningkatkan penguasaan murid untuk menggunakan huruf besar pada
permulaan ayat.
ii) Meningkatkan daya ingatan murid terhadap penggunaan huruf besar.
4. KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan 20 orang murid Tahun 2 Bijak. Murid-murid ini seringkali
tidak mengambil berat terhadap penggunaan huruf huruf besar. Murid yang
cemerlang juga kadangkala cuai dalam penggunaan huruf besar apatah lagi murid
lemah. Oleh itu saya menjalankan Program Kajian Tindakan ini untuk mengatasi
masalah tersebut.
5. METHODOLOGI KAJIAN
Methodologi yang digunakan ialah :
a) Pemerhatian
Sikap murid dilihat secara tidak langsung sewaktu aktiviti pengajaran dan
pembelajaran berlangsung.
b) Soal selidik .
Borang soal selidik diberi kepada murid dan guru membacakannya untuk
mendapatkan jawapan yang tepat secara jujur.
c) Ujian Pengesanan
Diberi kepada murid untuk mengukur sejauhmana pencapaian dan
pemahaman mereka untuk menggunakan huruf besar dalam ayat.
d) Tindakbalas di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Tindakbalas murid dinilai semasa mereka menjawab soalan yang
dikemukakan.
g) Semakan buku latihan
Semakan buku latihan secara tidak langsung dapat menilai tahap
perkembangan murid dalam menguasai kamahiran berkenaan.


6. PELAKSANAAN KAJIAN
6.1 Tinjauan masalah
Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil, saya telah meninjau masalah-
masalah yang menyebabkan kegagalan murid dalam menguasai kemahiran
penggunaan huruf besar menggunakan methodologi yang dinyatakan.
6.2 Analisis Tinjauan Masalah
Berdasarkan kepada instrumen yang dijalankan untuk meninjau masalah
yang menyebabkan murid gagal menguasai kemahiran penggunaan huruf besar,
maka saya membuat analisis seperti yang terkandung dalam jadual di bawah.
BIL MASALAH JUMLAH
1 Kurang tumpuan. 18%
2 Sikap malas. 7%
3 Tidak memahami arahan. 11%
4 Kurang keyakinan diri. 5%
5 Menyalin tanpa meneliti penggunaan huruf besar. 77%
6 Tiada bimbingan di rumah. 14%
6.3 Tindakan yang dijalankan
Tindakan dijalankan berdasarkan analisis yang dibuat. Oleh itu, langkah pertama
yang saya jalankan ialah memberi motivasi kepada murid terbabit bahawa mereka
juga boleh berjaya sekiranya ada kesungguhan. Murid lemah selalunya tidak pernah
mendapat pujian. Maka, adalah penting untuk guru memuji murid berkenaan
walaupun hanya betul penggunaan huruf besar pada permulaan ayat sahaja.
Tindakan seterusnya ialah :
i) Memulakan setiap tulisan dengan warna.
ii) Pemeringkatan secara bergred.
ii) Latih tubi.



6.4 Pelaksanaan Tindakan dan Pemerhatian/Penilaian
6.4.1 Pelaksanaan Aktiviti:
Aktiviti dijalankan setiap kali mata pelajaran Bahasa Melayu. Setiap aktiviti
atau latihan yang memerlukan murid menulis, murid perlu memulakan dengan
warna kerana warna dapat meningkatkan daya ingatan. Saya telah
mencantumkan warna biru dengan pensel murid agar mereka tidak lupa bahawa
setiap kali mula menulis, warna biru itu mesti didahulukan.
6.4.1 Aktiviti dijalankan seperti berikut:
Item 1
1. Membaca ayat mudah yang lengkap dengan penggunaan huruf besar.
2. Mengecam penggunaan huruf besar pada ayat tersebut.
3. Menyalin semula ayat tersebut dengan menggunakan huruf besar di
tempat yang sesuai menggunakan warna.
Item 2
1. Membaca ayat yang diberi tanpa huruf besar di permulaan ayat.
2. Menyalin semula ayat tersebut dengan menggunakan huruf besar di
tempat yang sesuai. (Huruf besar pada permulaan ayat sahaja menggunakan
warna)
Item 3
1. Membaca ayat-ayat yang diberi tanpa huruf besar.
2. Menyalin semula ayat tersebut dengan menggunakan huruf besar di
tempat yang sesuai. (Huruf besar pada permulaan ayat dan selepas noktah
menggunakan warna)



7. DAPATAN KAJIAN

MARKAH PENCAPAIAN
UJIAN
PENGESANAN
*ITEM
1
*ITEM
2
*ITEM
3
UJIAN
PENCAPAIAN
20 16
15 10
9 6
5-0


*Pencapaian item dinilai melalui latihan terakhir.
8. REFLEKSI KAJIAN




8.1 Penilaian Pencapaian Pelajar




8.2 Rumusan Pemerhatian




9. CADANGAN UNTUK MENERUSKAN KAJIAN TINDAKAN






10. PENUTUP