Anda di halaman 1dari 22

Rububiyyah

Pengertian Rububiyyah ialah keyakinan (iktikad) dalam hati secara mutlak bahawa Allah SWT
yang mentadbirkan semua benda dan perkara di dunia dan tiada pentadbir yang lain melainkan
Allah SWT yang Maha Esa dan Kuasa.
Konsep Rububiyyah
- Allah SWT merupakan Pencipta, Pemilik da Pentadbir alam
- Allah SWT berkuasa member sesuatu mengikut kehendakNya
- Kekuasaan Allah SWT meliputi langit dan bumi.
Uluhiyyah
Pengertian Uluhiyyah ialah mengakui bahwa hanya Allah yang Esa yang layak disembah, ditaati
dan dipatuhi secara mutlak.
* Paksi kepada tauhid Uluhiyyah ialah dua kalimah syahadah
Konsep Uluhiyyah
- Mengakui hanya Allah SWT yang layak disembah dan ditaati
- Paksi utama keimanan kepada tauhid Uluhiyyah ialah kalimah syahadah.
- Orang yang tidak beriman dengan tauhid Uluhiyyah menjadi sesat.
Asma Wa Sifat
Allah SWT memiliki nama2 yang indah dan mulia serta memiliki sifat2 yang sempurna.
Allah memiliki:
- 99 nama bagi diriNya
- 41 sifat yang terdiri daripada 20 sifat wajib, 20 sifat mustahil dan satu sifat yang harus
bagiNya.
Fitrah Beragama
Fitrah beragama ialah naluri semula jadi manusia yang mengakui adanya Allah SWT.
Perbezaan antara orang yang beragama dan tidak beragama
Beragama Tidak Beragama
Sentiasa reda dengan ketentuan daripada Allah
SWT
Berasa keluh kesah, kecewa, putus asa dan
akhirnya melakukan kemudaratan kepada diri.
Melakukan sesuatu dengan ikhlas untuk
memperoleh ganjaran daripada Allah SWT
Melakukan sesuatu untuk kepentingan diri dan
mengharapkan pujian serta sanjungan daripada
manusia.
Bersyukur dengan nikmat yang dimiliki dengan
cara memanfaatkannya ke jalan Allah SWT
seperti menderma.
Ingkar dengan ketentuan Allah SWT. Segala
nikmat yang dimiliki hanya untuk kepentingan
diri sendiri dan ke arah maksiat.
Memiliki kesempurnaan akhlak, menghormati
orang lain dan tidak cinta akan dunia.
Berakhlak buruk, suka menimbulkan kekacauan
dan bermatlamatkan kehidupan di dunia
sahaja.


Peranan Agama dalam Membina Tamadun
- Menuntut penganutnya beramal dan berusaha untuk memajukan diri, bangsa dan negara.
- Mewajibkan umat Islam menuntut dan mendalami ilmu pengetahuan.
- Menghendaki umat Islam berfikir secara kreatif dan inovatif.
- Islam mengatur peradaban dan akhlak.
Nabi dan Rasul
- Nabi ialah manusia lelaki pilihan Allah SWT yang diberikan wahyu untuk dirinya dan tidak
dikehendaki menyampaikannya kepada orang lain.
- Rasul ialah manusia lelaki pilihan Allah SWT yang diberikan wahyu untuk dirinya dan
dikehendaki menyampaikannya kepada orang lain.
* Rasul merupakan utusan Allah SWT kepada seluruh umat manusia, termasuklah jin.
Perbezaan antara Nabi dan Rasul
Nabi Rasul
DIberikan wahyu untuk dirinya Diberikan wahyu untuk dirinya dan
disampaikan kepada kaumnya.
Bilangan nabi terlalu ramai Bilangan rasul adalah seramai 313 orang.
Seseorang nabi tidak semestinya seorang rasul Setiap rasul adalah seorang nabi
Tidak diturunkan kitab kepada para nabi Rasul menerima kitab dan suhuf untuk
disampaikan kepada umatnya.
* suhuf- catatan wahyuyang sedikit bilangannya
yang diturunkan kepada Nabi Syis (50), Nabi
Idris (30), Nabi Ibrahim (10) dan Nabi Musa
(10)
Tidak diwajibkan mengetahui bilangan dan
nama nabi
Wajib diketahui bilangan dan nama 25 orang
rasul

Rasul Ulul Azmi
Rasul2 yang bergelar Ulul Azmi ialah:
- Mereka yang memiliki kesabaran yang amat tinggi dalam menghadapi banyak tentangan
ketika menyampaikan dakwah atau seruan kepada kaumnya.
- Sebab mereka dimuliakan dengan gelaran tersebut:
1) Sebagai penghormatan dan pengiktirafan daripada Allah SWT atas keteguhan hati dan
penderitaan yang mereka tempuh semasa menyampaikan risalah Allah SWT.
2) Mereka tetap bersabar dan tidak berputus asa, malah sentiasa berdoa agar Allah SWT
memberi hidayah kepada kaum mereka.
3) Kesabaran mereka yang tinggi
4) Mereka tidak memohon kepada Allah SWT supaya ditimpakan azab kepada kaum mereka
walaupun boleh berbuat demikian.
5) Mereka memiliki keazaman dan keteguhan jiwa yang begitu tinggi semasa berdakwah.
Rasul Ulul Azmi:
Nabi Muhammad SAW, Nabi Ibrahim AS, Nabi Isa AS, Nabi Nuh AS dan Nabi Isa AS.


Sifat Rasul
Sifat Wajib Sifat Mustahil
As-Sidq (Benar) Al-Kizb (Berdusta)
Al-Amanah (Jujur) Al- Khiyanah (Pecah Amanah)
At-Tabligh (Menyampaikan) Al-Kitman (Menyembunyikan)
Al-Fatanah (Bijaksana) Al- Baladah (Bodoh)
Sifat Harus
Rasul hidup sebagaimana manusia biasa yang tidak menjejaskan martabat mereka sebagai utusan
Allah SWT seperti berkeluarga, makan, minum dan bekerja.
Maksum
Maksum bererti bahawa para nabi dan rasul terpelihara daripada melakukan sebarang dosa kecil
atau dosa besar serta perkara2 yang boleh mencacatkan kemuliaan mereka sebagai utusan pilihan
Allah SWT.
* Sifat maksum hanya dikurniakan oleh Allah SWT kepada para nabi dan rasul sahaja.
Peranan Rasul
Menyeru manusia mentauhid dan menyembah Allah SWT
- Mengajar dan menerangkan perkara2 ghaib seperti hakikat ketuhanan, syurga, neraka dan
kehidupan di alam barzakh.
- Menyampaikan berita gembira dan bertindak sebagai pemberi ingatan
- Menyeru kepada perkara kebaikan dan membaiki akhlak manusia
- Menyampaikan segala perintah dan larangan Allah SWT kepada manusia.
- Mengajar manusia cara beribadat dengan betul
- Menunjukkan cara kehidupan Islam yang sebenar.
Adab kepada Rasul
- Sentiasa berselawat kepada rasul
- Beriman dengan ajaran yang dibawa oleh rasul
- Mengamalkan sunnah rasul dalam amalan harian
- Mengasihi dan mencintai mereka melebihi makhluk yang lain.
- Mentaati ajaran yang disampaikan oleh rasul dengan hati yang ikhlas.
Keperluan utusan rasul yang ramai
- Untuk mengembalikan kepercayaan dan keyakinan kepada akidah yang benar.
- Ajaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW tidak bertentangan dengan ajaran2 yang dibawa
oleh rasul2 terdahulu.
- Rasul yang terdahulu diutuskan sesuai dengan zaman, bangsa atau wilayah ketika itu.
Sebab Rasulullah SAW diutuskan sebagai rasul yang terakhir:
- Syariat yang dibawa oleh Rasulullah SAW telah memansuhkan syariat2 yang dibawa oleh
para nabi terdahulu.
- Ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW telah lengkap dan sempurna.
Mukjizat
Mukjizat ialah perkara luar biasa yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada para nabi dan rasul
untuk membuktikan kebenaran, kenabian dan kerasulan serta melemahkan musuh2 mereka.
Peranan Mukjizat:
- Menunjukkan kekuasaan Allah SWT
- Mengukuhkan keyakinan orang ramai
- Membuktikan kebenaran rasul
- Membuktikan kekuasaan Allah SWT
- Menambah keyakinan rasul
Perkara2 Luar Biasa
Perkara Keterangan Contoh
Karamah Perkara luar biasa yang berlaku kepada
manusia yang tinggi darjatnya di sisi Allah
Maryam dianugerahkan
hidangan dari langit
Maunah Perkara luar biasa yang berlaku kepada
umat Islam tanpa diusahakan untuk
mempelajarinya
Terlibat dalam suatu
kemalangan yang dahsyat dan
terselamat
Sihir Perkara luar biasa yang boleh dipelajari
oleh seseorang dengan bantuan kuasa jahat
seperti jin
Seseorang yang kebal atau
tidak lut senjata
Irhas Perkara luar biasa yang berlaku kepada
orang yang bakal dilantik oleh Allah SWT
sebagai rasul
Awan yang melindungi
Rasulullah ketika baginda
berjalan
Istidraj PErkara luar biasa yang berlaku kepada
orang yang tidak taat dan derhaka kepada
Allah SWT untuk menyesatkannya lagi.
Qarun yang beroleh kekayaan
yang luar biasa telah menjadi
kufur

Takrif Insan
Insan ialah makhluk istimewa kerana mereka boleh berfikir, boleh menerima ilmu pengetahuan
dan berkehendak.

Proses Kejadian Insan
Keistimewaan Insan
- Memiliki akal fikiran
- Berbudaya dan bertamadun
- Menjadi rasul
- Mempunyai fizikal
- Menjadi khalifah

Nutfah Alaqah Mudghah Idhamah
Tulang yang
diselaputi
daging
Fetus Lahir ke dunia
Tanggungjawab Insan
Alam
Alam ialah makhluk yang dicipta oleh Allah SWT.
Bahagian Alam
Alam ciptaan Allah SWT terbahagi kepada dua iaitu alam musyahadah dan alam ghaib.
Alam musyahadah ialah alam nyata yang dapat ditanggapi dengan pancaindera dan akal
manusia tentang kewujudannya.Alam ghaib ialah alam yang tidak dapat ditanggapi oleh akal
dan pancaindera. Kewujudannya hanya dapat diyakini dengan kekuatan iman kepada Allah SWT.
Contoh alam ghaib
Alam ghaib Keterangan
Alam barzakh Merupakan tempat sementara menunggu hari akhirat
Hari kiamat Hari kehancuran dan kemusnahan alam
Hisab Setelah amalan baik dan jahat dibacakan, amalan tersebut ditimbang untuk
menentukan ke arah mana mereka akan ditempatkan, iaitu sama ada syurga atau
neraka.
Syurga Tempat yang indah dan dipenuhi dengan segala nikmat yang menyeronokkan
untuk orang yang taat dan patuh kepada perintah Allah SWT
Neraka Tempat seksaan yang dikhaskan kepada orang yang mengingkari perintah Allah
SWT






Kepada Allah
Menyembah Allah SWT
sebagaimana yang telah dijelaskan
bahawa Allah SWT menjadikan
manusia dan jin supaya
menyembahNya
Mentaati suruhan dan
laranganNya
Bersyukur atas rahmatNya dengan
cara menggunakan nikmat
pemberianNya dengan sebaik-
baiknya
Sentiasa berzikir dengan memuji-
muji dan menyebut nama2 Allah
SWT sebagai tanda mengingati
dan mengasihiNya
Kepada Sesama Insan
Memelihara hak sesama insan
Sentiasa hormat-menghormati
dan bertoleransi, terutamanya
dalam kalangan masyarakat
majmuk agar negara sentiasa
aman, maju dan harmonis.
Kepada Alam
Memakmurkan alam, iaitu
menguruskan alam secara
bijaksana seperti membuat
pembangunan dengan terancang
dan tidak merosakkan
persekitaran.
Memelihara dan memulihara alam
agar tidak berlaku kepupusan
habitat haiwan dan tumbuh-
tumbuhan yang menjadi sumber
makanan dan perubatan
Perbezaan Alam Ghaib dengan Alam Musyahadah
Alam ghaib Alam musyahadah
Alam yang tidak boleh ditanggapi oleh
pancaindera
Alam yang dapat ditanggapi oleh pancaindera
Tujuan diadakan alam ghaib adalah untuk
menguji keimanan manusia
Boleh dimanfaatkan oleh manusia untuk
membina tamadun
Akal tidak mampu memikirkan hakikat sebenar
alam ghaib
Akal mampu mentafsirkan, mengkaji dan
menyelidik
Hanya manusia yang telah mati akan berada di
alam ghaib
Manusia yang hidup dapat menyaksikan alam
musyahadah
Kenikmatan yang diperoleh di alam ghaib kekal
buat selama-lamanya
Kenikmatan yang diperoleh di alam
musyahadah tidak kekal

Hikmah Beriman dengan Perkara Ghaib
- Menjadikan seseorang itu patuh dan taat kepada perintah Allah
- Tidak melakukan kemungkaran dan maksiat
- Tidak melakukan kerosakan di bumi
- Sentiasa istiqamah dalam beribadat
- Berbaik-baik sesama manusia
- Melakukan perkara yang ikhlas kerana Allah SWT
Hikmah Kerahsiaan Alam Ghaib
- Menunjukkan kekuasaan Allah SWT yang menjadikan seluruh ala mini dengan
kehendakNya
- Menguji keimanan hamba-hambaNya
- Dapat mempertingkatkan ilmu pengetahuan manusia
- Menilai sejauh mana ketaatan hamba-hambaNya
- Mengukuhkan keimanan dan ketakwaan
Alam ghaib yang dilalui
Memelihara dan Memulihara
Memelihara bermaksud menjaga, melindungi dan membela dengan baik.
Memulihara bermaksud memulihkan sesuatu supaya sentiasa berada dalam keadaan yang baik.


Manusia Mati Alam Kubur Hari Kiamat
Hari
Kebangkitan
Hari
Perhimpunan
di Mahsyar
Hisab
Meniti Sirat
*Syurga atau
neraka
Tanggungjawab terhadap Alam
- Memelihara alam dan segala isinya daripada kemusnahan
- Memulihara alam
Sumbangan Alam kepada Manusia
- Menyediakan keperluan manusia seperti makanan dan minuman
- Mengekalkan sisitem semula jadi seperti kawasan tadahan hujan
- Memudahkan pergerakan manusia
- Mengawal pencemaran udara
Faedah Memelihara Alam
- Mengawal suhu bumi
- Mengawal bencana alam
- Mengelakkan kepupusan habitat tumbuhan dan haiwan
- Mengekalkan keindahan
Wahyu
Wahyu dari segi bahasa ialah nasihat dan bimbingan daripada Allah SWT. Dari segi istilah syarak,
wahyu ialah ilham atau perintah daripada Allah SWT yang disampaikan kepada para nabi dan
rasul melalui perantaraan Malaikat Jibril atau terus daripada Allah SWT.
Ciri2 wahyu
- Wahyu datangnya daripada Allah SWT, bukannya berita atau arahan yang disampaikan
oleh seseorang
- Wahyu diturunkan kepada para nabi dan rasul sahaja, bukan orang awam
- Wahyu disampaikan sama ada melalui mimpi yang benar, di sebalik tabir atau melalui
perantaraan Malaikat Jibril
- Kandungannya merupakan ajaran yang benar dan sesuai diamalkan sepanjang zaman
- Wahyu terpelihara kandungan dan kesuciannya sehingga ke hari kiamat
- Wahyu tidak diturunkan selepas kewafatan Rasulullah SAW
- Kebenaran wahyu adalah mutlak
Cara wahyu diturunkan
- Rasullulah mendengar bunyi sepertideringan loceng yang kuat lalu baginda tidak
menyedari apa yang berlaku di sekelilingnya, tetapi dapat mengingati dengan jelas apa
yang disampaikan kepadanya
- Malaikat Jibril dating dengan menyerupai manusia lalu mengajar Rasulullah SAW tentang
rukun iman, rukun Islam dan ihsan di hadapan para sahabat
- Allah SWT berkata-kata dengan Rasulullah SAW melalui cara yang difahami oleh baginda
seperti peristiwa malam Israk dan Mikraj. Perintah solat lima waktu telah diterima pada
malam Israk dan Mikraj.



Keistimewaan Wahyu al-Quran
- Wahyu al-Quran mengandungi pelbagai ilmu pengetahuan untuk manusia menimbanya
- Wahyu al-Quran merupakan rahmat kepada orang2 yang beriman sebagai pegangan hidup
- Wahyu al-Quran tidak dapat ditandingi oleh mana-mana kitab
- Wahyu al-Quran terjamin daripada sebarang perubahan dan pemalsuan sehingga hari
kiamat
- Wahyu al- Quran menjawab semua permasalahan manusia
Peranan Wahyu
- Membetulkan penyelewengan terhadap wahyu2 terdahulu
- Melengkapkan wahyu rasul yang sebelumnya sehingga syariat yang dibawanya menjadi
sempurna
- Merupakan petunjuk daripada Allah SWT
Azali
Azali merujuk kepada ilmu Allah SWT yang hakiki, qadim, kekal dan mutlak.
Ilmu fardu ain dan fardu kifayah
Ilmu fardu ain ialah ilmu yang berkaitan dengan amalan yang wajib diketahui dan diamalkan
oleh umat Islam. Contoh: ilmu syariah, ilmu akidah. Ilmu fardu kifayah ialah ilmu yang berkaitan
dengan kepentingan kehidupan di dunia yang membawa faedah kepada manusia dan alam seperti
ilmu kedoktoran, kejuruteraanm ilmu pertanian, ilmu seni bina dan IT.
Akal
Akal didefinisakan sebagai daya upaya berfikir.
Ciri2 Akal
- Akal membezakan manusia dengan haiwan kerana melalui akal, manusia dapat berfikir
dan belajar.
- Akal manusia boleh berkembang.
- Akal bersifat nisbi, mudah berubah, mudah dipengaruhi hawa nafsu
- Akal tidak dapat membezakan kebaikan yang mutlak
- Akal tidak dapat membezakan halal dan haram
- Akal tidak dapat memikirkan perkara2 ghaib.
Peranan Akal
- Berperanan untuk menimba ilmu pengetahuan
- Berperanan untuk membina tamadun
- Berperanan untuk mengenal dan memahami kewujudan, kebesaran dan kekuasaan Allah
SWT



Perbezaan Perbuatan Berdasarkan Wahyu dan Akal
Wahyu Akal
Sifatnya mutlak dan membawa kebenaran yang
jelas, nyata dan tidak terikat dengan suatu
ikatan jangka masa tertentu
Akal tidak bersifat mutlak dan terikat dengan
masa tertentu
Peraturan yang telah ditetapkan oleh wahyu
sesuai untuk semua manusia tanpa mengira
bangsa, keturunan, agama, warna kulit dan
sebagainya
Peraturan yang dicipta oleh akal manusia tidak
bersifat menyeluruh dan adil kerana memihak
kepada golongan tertentu

Islam sebagai Ad-Din
- Islam ialah agama yang mengatur cara hidup yang lengkap dan sempurna
- Ad-Din Islam tidak hanya tertumpu kepada soal ibadat semata-mata tetapi merangkumi
kehidupan manusia sehari-hari
- Perkataan Islam tidak terikat dan terbatas oleh tempat tempat
Ciri2 Keunggulan Islam
- Islam merupakan ajaran wahyu terakhir yang lengkap dan terpelihara kesahihannya
- Islam diterima dan diiktiraf oleh Allah SWT
- Agama Islam merangkumi segenap aspek kehidupan di dunia dan akhirat
- Agama Islam menekankan hubungan sejagat, iaitu hubungan manusia dengan Allah,
sesama manusia dan hubungan manusia dengan alam
Islam Bukan Agama Budaya
- Agama Islam datangnya daripada Allah SWT, diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW
dan diberikan wahyu yang merangkumi ajaran2 yang dibawa oleh para rasul yang
terdahulu
- Ia bersifat syumul, universal dan tidak terhad kepada satu2 bangsa atau kaum dan tidak
hanya berbentuk ibadat semata-mata.
Keistimewaan Islam
- Ajaran Islam yang lengkap dan sempurna itu memberi rahmat kepada sekalian alam bukan
sahaja kepada umat Islam secara khusus, tetapi kepada seluruh manusia.
- Agama Islam menggalakkan pembangunan tamadun manusia
- Ajaran Islam datangnya daripada Allah SWT, bukan ciptaan manusia
- Ajaran Islam mudah diamalkan, sesuai dengan fitrah kejadian manusia dan
menitikberatkan pendidikan sepanjang hayat serta menggalakkan persaudaraan






Unsur2 Pencemar Kesucian Islam
1) Sekularisme- Fahaman yang memisahkan nilai2 agama dengan kehidupan
2) Materialisme- Fahaman yang mempercayai bahawa hanya bendalah yang menyebabkan
terjadinya segala sesuatu di dunia ini
3) Sosialisme- Sistem organisasi social yang menganjurkan supaya sumber2 kekayaan
dijadikan milik negara untuk dinikmati oleh setiap rakyat dengan sama rata
4) Liberalisme- Fahaman yang mahukan demokrasi dan kebebasan dalam kegiatan politik,
ekonomi dan sosial. Gagasan fikiran yang terkandung di dalamnya:
a) Individu lebih penting daripada masyarakat
b) Masyarakat wujud untuk individu
c) Individu bebas daripada nilai2 agama
5) Komunisme- Fahaman yang menjadikan faktor pengeluaran dan barang2 pengguna
milik negara atau milik bersama rakyat
Al-Quran
Al-Quran ialah Kalam Allah SWT yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui Malaikat
Jibril untuk diamalkan dan disampaikan kepada umat manusia
Faktor2 Penurunan al-Quran
- Mengajar manusia tentang sistem hubungan sesama manusia
- Akal yang terbatas memerlukan bimbingan al-Quran
Hadis
Pengertian Hadis menurut Ulama Hadis ialah sesuatu yang diterima daripada Rasulullah SAW
sama ada berupa perkataan, perbuatan dan pengakuan baginda
Kepentingan Hadis
- Hadis berperana menguatkan hukum2 yang terdapat nasnya dalam al-Quran
- Hadis menghuraikan nas2 al-Quran yang mujmal (ringkas)
- Hadis mentakhsiskan (menentukan) maksud nas yang umum
- Hadis membatasi hokum nas2 yang mutlak (tidak terbatas)
Pemikiran yang Menepati Syariat
- Pemikiran yang menjurus kepada mencari kebenaran. Contoh: Memikirkan kebesaran Allah
- Berfikir untuk memaju dan memakmurkan alam
- Berfikir untuk mencipta atau mereka sesuatu peralatan yang boleh dimanfaatkan oleh
manusia sejagat
- Berfikir untuk memajukan diri, bangsa dan agama
- Memikirkan perkara2 yang positif dan berkhayal
- Berfikiran rasional seperti keputusan Saiyidina Uthman bin Affan untuk membukukan al-
Quran



Perbezaan Hadis Sahih dan Hadis Dhaif
Hadis Sahih Hadis Dhaif
Hadis yang mempunyai sanad yang bersambung
terus kepada Rasulullah SAW
Hadis di dalamnya tidak terdapat Hadis Sahih
dan Hadis Hasan
Diriwayatkan oleh perawit yang thiqah, adil lagi
dhabit dan tidak terdapat sebarang kecacatan
yang kecil walaupun tersembunyi
Terdiri daripada hadis2 yang perawinya gugur
dari sanadnya, atau nama perawinya tidak
disebut dengan jelas, gugur dua atau lebih
perawi daripada salasilah sanad secara
berturut-turut. Hadis terdedah kepada
kecacatan (illat) yang boleh mencacatkan
kesahihan hadis berkenaan. Hadis yang
diriwayatkan bertentangan dengan perawi yang
thiqah.
Hadis ini menjadi hujah bagi umat Islam Hadis ini ditolak oleh ulama, tidak boleh
dijadikan hujah

Fahaman Antihadis
Fahaman Antihadis ialah fahaman yang menolak Hadis.
Kesan fahaman Antihadis
- Hilang rasa hormat terhadap nabi yang menjadi pilihan Allah SWT sebagai utusanNya
- Menolak al-Quran
- Umat Islam akan berpecah belah jika terdapat banyak pendapat dalam menafsirkan hal2
agama
- Ajaran al-Quran yang umum tidak akan dapat difahami oleh umat Islam jika mereka
menolak Hadis
Bentuk Pengaruh asing
- Sistem ekonomi kapitalis yang membenarkan dan menggalakkan amalan riba
- Fahaman sekular memisahkan urusan2 keduniaan dengan urusan agama seperti
memisahkan agama dari bidang ekonomi, pentadbiran, sosial dan ilmu pengetahuan
- Fahaman liberal yang terlalu ekstrim member kebebasan kepada individu telah
menyebabkan penindasan
- Golongan sosialis dan komunis mencanangkan penghapusan hak milik perseorangan dan
menjadikan milik negara bertentangan dengan ajaran Islam yang memberi kebebasan
dalam pemilikan harta mengikut hokum syarak
Ciri2 Pengaruh Asing yang Bertentangan dengan Islam
- Menafikan kekuasaan Tuhan dan peranan wahyu dalam hidup manusia
- Memberikan kebebasan kepada manusia bertindak tanpa batas, mencari kepuasan yang
relatif dan tidak terkawal
- Menolak ayat2 al-Quran dan Hadis dengan mengikut lojik dan nafsu semata-mata
- Menggalakkan manusia mencari harta kekayaan tanpa batasan dan melakukan kezaliman
- Taasub kepada bangsa dan darjat hingga mengasingkan agama dalam kehidupan
- Memuja manusia secara berlebih-lebihan
- Berfahaman sempit berdasarkan bangsa, darjat, kaum, negeri, warna kulit dan sebagainya
- Pengasingan agama dalam kehidupan
Bentuk Ancaman Budaya Asing
- Menyalurkan hiburan yang keterlaluan hingga melalaikan dan melupakan Tuhan
- Menyemai budaya yang bertentangan dengan Islam seperti merayakan Valentines Day,
mementingkan kebendaan dan sebagainya
- Menyebarkan bentuk2 pemikiran seperti secular, sosialis, kebebasan berfikir dan sebagainya
- Mengeksploitasi penggunaaan media massa dan media elektronik untuk meyebarkan diayah
- Menjajah negara lain yang lemah dan menyebarkan ideologi dan budaya mereka di negara
yang dijajah
- Menyerapkan amalan hidup mementingkan diri sendiri dan tidak menggalakkan kesatuan
Cara Menangani Budaya Asing
- Mengamalkan cara hidup sihat
- Menjadikan Islam sebgai cara hidup
- Memberi penerangan tentang keburukan budaya asing melalui ceramah, bengkel,
menerbitkan buku2 dan majalah2
- Memperkukuh akidah dan keimanan kepada Allah SWT dengan mendalami ilmu
pengetahuan dalam pelbagai bidang
- Mengamalkan budaya tempatan yang positif
- Mendalami ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang
- Menapis berita yang diterima sama ada dalam media massa atau elektronik
Ajaran Sesat
Ajaran sesat ialah sebarang ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang2 Islam atau orang2
bukan Islam yang bertentangan dengan Islam yang berdasarkan al-Quran dan Hadis.
Ciri2 Ajaran sesat
- Kepercayaan kepada rukun2 iman dan asas akidah secara bertentangan dan tidak selaras
dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti mempercayai ada kitab lain yang
menyaingi atau memansuhkan kitab suci al-Quran
- Mempertikaikan kebenaran al-Quran dan Hadis.
- Mana2 ketua kumpulan atau sebarang orang yang mendiayahkan dirinya sendiri atau
orang lain sebagai nabi terakhir, Nabi Isa AS, Imam al-Mahdi al-Muntadzar atau lain2
istilah seumpamanya
- Kepercayaan kepada penyatuan beberapa agama terbesar di dunia sebagai agama yang
sepatutnya menjadi anutan kepada umat manusia
- Pendewaan diri atau pemimpin atau kumpulan ajaran tersebut secara yang bertentangan
dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti al-Baha (menajdikan solat Sembilan
rakaat sehari semalam menghadap di mana beliau berada
- Mengadakan bidaah atau pendapat baru yang bertentangan dengan akidah dan syariat
yang diasaskan kepada dalil qatie dan tidak boleh dipertikaikan seperti kewajipan solat,
berjihad dan sebagainya
- Mentafsir dan menghuraikan al-Quran da Hadis sesuka hati



Kesan Buruk Mengikut Ajaran Sesat terhadap
1) Individu
a. Seseorang yang mengikuti ajaran sesat akan tergelincir akidah, terbatal syahadah
dan terkeluar Islam.
b. Sekiranya dia mati sebelum bertaubat kepada Allah SWT, matinya di dalam
kekufuran.
2) Masyarakat
a. Masyarakat tidak akan aman dan tenteram
b. Terputusnya tali persaudaraan dan berlaku keretakan rumah tangga
c. Sanggup melakukan pembunuhan
Rabbaniyyah
Rabbaniyyah membawa maksud ketuhanan, iaitu segala hokum, konsep, prinsip, nilai dan
peraturan yang terkandung dalam Islam adalah bersumberkan wahyu Allah SWT dan Hadis.
Prinsip2 Rabbaniyyah
- Islam ialah agama yang diwahyukan oleh Allah SWT dan bukan ciptaan manusia
- Islam ialah satu pegangan yang jitu dan bersih daripada kekurangan, kejahilan dan
dorongan hawa nafsu
- Islam dan seluruh makhluk merupakan hak kepunyaan Allah SWT
- Allah SWT sebagai pemberi peraturan hidup
Ciri2 Agama Langit
- Kelahiran agama langit tertentu waktunya
- Agama langit disampaikan oleh utusan Allah
- Mempunyai kitab suci yang menjadi himpunan wahyu Allah SWT
- Prinsip agama langit bersifat mutlak dan universal
- Konsep ketuhanan yang jelas dan bukan disusun oleh akal manusia
- Nilai2 ajaran agama langit sesuai dengan kemanusiaan
- Perkara ghaib dalam ajaran agama langit mudah diterima dan diakui kebenarannya
- Ajarannya bersifat kekal dan lengkap
Cara Memiliki Sifat Rabbaniyyah
- Beriman dan yakin dengan segala rukun iman
- Mengerjakan segala perintah Allah SWT dan meninggalkan segala laranganNya
- Berjihad dengan nyawa, harta benda dan fikiran untuk meninggikan syariat Islam
- Bekerja dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari keredaan Allah SWT






Syumuliyyah
Syumuliyyah bermaksud lengkap, iaitu agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW
lengkap dan sempurna serta meliputi kehidupan di dunia dan akhirat.
Prinsip Syumuliyyah
- Kesempurnaan hanya milik Allah SWT
- Semua makhluk yang hidup di dunia ini terikat dengan masa, tempat dan ruang yang
tertentu
- Allah SWT menjadikan manusia sebagai khalifah di bumi.
Konsep Syumuliyyah dalam Kehidupan
1) Bidang ekonomi
2) Bidang sosial
3) Bidang perundangan
Waqiiyyah
Waqiiyyah dari segi bahasa bermaksud reality. Apabila dihubungkan dengan Islam, bermaksud
praktikal, mampu diamalkan oleh semua golongan manusia
Prinsip Waqiiyah
- Praktikal bukan utopia
- Menyelesaikan masalah
- Menekankan kesederhanaan
o Akidah- Mempercayai sesuatu yang nyata atau zahir dan perkara2 ghaib yang
mempunyai dalil dan bukti
o Ibadat- Tidak meringankan dan tidak sampai membebankan umatnya
o Kerohanian dan kebendaan- Seimbang antara tuntutan kehidupan di dunia
dengan kebahagiaan hidup di akhirat
o Undang2- Tidak bercanggah dengan fitrah manusia dan tidak pula memberikan
kebebasan mutlak
o Individu dan masyarakat mempunyai tanggungjawab masing2
- Positif terhadap pemikiran
Alamiyyah
Alamiyyah bermaksud sarwajagat, iaitu Islam ialah agama yang sesuai bagi semua manusia tanpa
mengira bangsa, tempat dan zaman.






Prinsip2 Alamiyyah
- Kedudukan manusia sebagai sebaik-baik kejadian
- Nilai keadilan Islam bersifat sejagat
- Islam sentiasa menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran
- Islam menjamin hak asasi manusia
o Kebebasan beragama
o Kebebasan bersuara
o Kebebasan memiliki harta
o Melindungi nyawa
o Memelihara kehormatan
o Memelihara harta benda
o Islam mengutamakan keamanan dan kedamaian serta mengekalkan kesejahteraan
manusia
Bukti Islam Bersifat Alamiyyah
1) Bidang perniagaan
a. Perundangan Islam dapat diterima dan diamalkan oleh seluruh manusia
b. Islam mementingkan perdamaian dan keadilan sejagat
c. Keadilan Islam menyeluruh dan tidak terhad kepada umat Islam sahaja
2) Bidang sosial
a. Tiada paksaan dalam memeluk Islam
b. Kebebasan mengamalkan agama dan budaya masing2
c. Kebebasan bersuara dan mengeluarkan pendapat
3) Bidang ibadat
a. Fardu ain dan fardu kifayah ialah satu kewajipan ke atas umat Islam
b. Setiap ibadat dilakukan mengikut kemampuan masing2 namun mesti mengikuti
ketetapan
c. Setiap kerja dikira ibadat jika mengikut syarat-syaratnya
Murunah
Murunah bermaksud luwes atau anjal, iaitu boleh berubah mengikut kesesuaian, namun masih tetap
atas prinsip asasnya.
Prinsip Murunah
- Islam agama yang mudah
- Dilaksanakan mengikut kemampuan dan keadaan
Thabat
Thabat membawa maksud tetap dan teguh serta tidak berubah. Dalam Islam, ada perkara2 yang
dinyatakan secara tetap atau qatie tidak boleh dipinda dan diubah dasar, prinsip serta
pelaksanannya.
Perkara yang termasuk dalam konsep thabat
- Akidah
- Ibadat
- Ketetapan Hukum Syariah
Definisi Negara Islam
Negara Islam ialah negara yang mengarahkan segala urusan pemerintahan dan pentadbirannya
tunduk kepada hokum Islam yang bersumberkan al-Quran dan Hadis serta ijtihad yang benar.
Prinsip Negara Islam
- Musyawarah (as-syura)
- Keadilan (al-adalah)
- Kebebasan (al-hurriyah)
- Persamaan (al-musawah)
Elemen2 Penting dalam Pembentukan Negara Islam
- Wilayah
- Majlis Syura
- Ketua negara
- Pentadbiran dan penguatkuasaan
- Badan Kehakiman
- Undang2
- Rakyat
Matlamat Negara Islam
- Menegakkan perundangan dan hukum Allah SWT
- Merealisasikan keadilan
- Melaksanakan kebajikan
- Mencapai kebahagiaan
Ciri2 Negara Islam
- Berdasarkan al-Quran dan Hadis
- Melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar
- Mewujudkan keamanan dan kesejahteraan
- Jaminan kebebasan hak asasi
- Ketua negara yang adil dan beriman
- Majlis Syura sebagai asas pemerintahan
Aspek Perlembagaan Madinah
- Kepimpinan negara
- Perpaduan
- Pengiktirafan identiti kaum
- Keselamatan
- Jaminan sosial
- Kebebasan mengamalkan ajaran agama
- Hak asasi
- Kuat kuasa undang2
- Hubungan luar
- Tanggungjawab

Majlis Syura
1) Konsep Syura
a. Syura melambangkan asas syariah yang wajib dijalankan dalam urusan agama,
kemasyarakatan dan kemaslahatan rakyat
2) Keahlian
a. Pada zaman Khulafa ar-Rasyidin, dikenali sebagai ahlul halli wal-aqdi
b. Terdiri daripada ulama yang pakar dalam pelbagai bidang yang bersifat adil,
bijaksana, berhikmah dan mempunyai daya pemikiran yang tajam
3) Proses dan amalan
a. Dilaksanakan untuk mendapat rahmat dan keredaan Allah
b. Mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat
Khalifah
Khalifah membawa maksud pengganti. Menurut pendapat ulama, Khalifah dihuraikan sebagai
pengganti nabi dalam urusan menegakkan agama dan mentadbir urusan dunia.
Ciri2 Khalifah
- Memiliki keadaan fizikal yang sihat dan sempurna
- Pengetahuan yang luas
- Mempunyai keyakinan diri
- Mengetahui matlamat serta hala tuju organisasi
- Memiliki semangat yang kuat
- Cekap membuat keputusan
- Dapat mengawal emosi dan rasional
- Adil dalam pentadbirannya
- Menguasai prinsip2 perhubungan antara manusia
- Menguasai teknik2 berkomunikasi
- Mampu bertindak sebagai penasihat
Syarat2 Menjadi Khalifah
- Seorang muslim yang mukmin
- Berilmu dan memahami masalah negara
- Adil dan saksama
- Kemampuan mental dan fizikal
- Lelaki
- Berpengaruh dan baik keturunan
- Berakhlak mulia dan berani






Tugas dan Tanggungjawab Khalifah
- Melaksanakan hukum syariat tanpa mengira masa dan tempat
- Memelihara kesucian agama Allah SWT dan menegakkan makruf serta mencegah
kemungkaran daripada berlaku
- Menjaga kedaulatan dan kemerdekaan negara daripada dijajah oleh kuasa asing
- Melaksanakan undang2 jenayah secara menyeluruh
- Berjihad menentang musuh Islam
- Mengagihkan harta kepada negara yang berhak
- Melantik orang2 yang cekap lagi amanah bagi membantu mentadbir negara
- Mengawasi segala urusan serta memerhati segala keadaan
- Memelihara dan memulihara alam serta memanfaatkannya
- Menyeru dan menggalakkan rakyat supaya membangunkan diri, masyarakat dan negara
- Menjaga keharmonian dan perpaduan demi kesejahteraan bersama
Tanggungjawab kepada Pemerintah dan Negara
- Menumpukan taat setia kepada negara
- Bekerjasama membanteras kemungkaran
- Bekerjasama mempertahankan negara
- Menuntut ilmu
- Menghormati kebebasan beragama
- Melindungi pemimpin Islam
- Menasihati pemimpin
- Menjaga keamanan dan keharmonian hidup bermasyarakat
Hak Rakyat
- Hak memilih pemerintah
- Hak mendapat pendidikan
- Hak mendapat perlindungan dan jaminan keselamatan
- Hak mencari harta dan membelanjakannya
- Hak kebebasan bersuara dan member pendapat
Implikasi Pengabaian Tanggungjawab Rakyat
- Keruntuhan akhlak dan jati diri individu akibat daripada pengabaian tugas sebagai
khalifah Allah SWT untuk melaksanakan perintahNya
- Mengabaikan tugas amar makruf nahi mungkar dan menjejaskan keyakinan kepada Allah
SWT
- Peningkatan gejala sosial serta jenayah dalam masyarakat dan negara disebabkan rakyat
tidak bekerjasama membanteras kemungkaran dan menjaga keamanan serta keharmonian
hidup
- Pertahanan negara mudah ditembusi dan dilemahkan oleh pihak musuh disebabkan
kurang kerjasama dan taat setia kepada negara dalam kalangan rakyat
- Kemunduran negara dalam pelbagai aspek akibat rakyat tidak bersatu padu dan tidak
berusaha gigih untuk memajukannya
Matlamat Sistem Kehakiman
- Menegakkan keadilan
- Menentang kezaliman
- Membela yang dizalimi
Prinsip Kehakiman dalam Islam
- Bersifat rabbani, iaitu bersumber daripada Allah SWT melalui al-Quran dan Hadis serta
sumber2 hukum yang disepakati dalam menentukan sebarang keputusan dan tindakan
- Menegakkan keadilan dan menghapuskan kezaliman serta penganiayaan bagi menjamin
kesejahteraan dan keharmonian hidup
- Menyeru kepada kebaikan dan mencegah kejahatan serta keburukan melalui pelaksanaan
hukuman yang bersifat pencegahan dan pengajaran
- Mengamalkan akhlak mulia serta menjaga hubungan baik sesame manusia dan makhluk
yang lain
Sumber2 Perundangan Islam
1) Al-Quran
2) Al-Hadis
3) Al-Ijmak
4) Al-Qias
Al-ijtihad, al-masalih al-mursalah (memelihara tujuan syarak serta membawa kebaikan
umum dengan menolak segala yang merosakkandan memudaratkan makhluk
Kelayakan Hakim
- Beriman dan bertakwa kepada Allah SWT
- Berilmu
- Waras fikiran dan sentiasa tenang
- Berwibawa dan dihormati
- Bijaksana dan berpandangan jauh
- Berani dan tegas
Tanggungjawab Hakim
- Menjatuhkan hukuman dengan adil dan saksama
- Tidak menjatuhkan hukuman ketika marah
- Menjatuhkan hukuman tanpa ragu kepada orang yang bersalah
- Membebaskan tertuduh jika ada keraguan
Kepentingan Institusi Kehakiman
- Dasar kehakiman dan perundangannya ialah ciptaan Allah SWT
- Mendidik jiwa manusia
- Menyediakan ganjaran dan balasan
- Undang2 dan hukuman Islam tidak berubah
- Kesan mendalam terhadap kesejahteraan hidup
Etika Kehakiman
- Hakim tidak boleh menyebelahi mana2 pihak sama ada pendakwa atau tertuduh
- Hakim hendaklah jujur dan amanah dalam tugasnya
- Tidak boleh menghakimi orang yang ada kepentingan dengannya
- Tidak boleh mensabitkan kesalahan jika ada keraguan melalui pengakuan, kesaksian dan
pembuktian.

Sistem Sosial Islam
Sistem sosial Islam ialah pergaulan dan hubungan sesama manusia dalam menjalani kehidupan
masing2.
Nilai2 luhur sistem sosial Islam
- Ukhuwwah Islamiah
- Kasih saying
- Hormat-menghormati
Ciri2 sistem sosial Islam
- Perhubungan atas dasar takwa dan keimanan kepada Allah SWT, iaitu setiap tindakan dan
perlakuan adalah kerana Allah dan untuk mendapatkan keredaanNya.
- Pergaulan mengikut lunas2 Islam, sama ada sesama muslim atau dengan bukan Islam
- Mengamalkan akhlak mulia walau di mana2 kita berada dan dengan siapa kita bergaul.
- Berpandukan al-Quran dan Hadis
- Mengutamakan kepentingan umum daripada individu
Matlamat Sistem Sosial Islam
- Mendapat keredaan Allah SWT
- Merealisasikan keadilan sosial
- Melaksanakan hak dan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya
- Memakmurkan alam mengikut ajaran Islam
- Mencapai kesejahteraan dan keharmonian hidup di dunia dan akhirat
Tanggungjawab manusia terhadap Allah SWT
- Mematuhi perintah dan larangan Allah SWT
- Sentiasa berdoa dan mengingatiNya
- Bertawakal kepada Allah SWT
- Reda dan sabar dengan ketentuan Allah SWT
- Bersyukur atas nikmat kurniaanNya
- Melakukan amalan kebajikan dan menjauhi kejahatan
Konsep Ibadat dalam Islam
Perkataan ibadat membawa maksud pengabdian atau kejatuhan. Ibadat ialah bukti kepatuhan
hamba kepada Penciptanya melalui tindakan dan perbuatan. Ibadat boleh dibahagikan kepada
dua iaitu ibadat khusus dan ibadat umum.






Perbuatan atau amalan yang boleh ditafsirkan ibadat
- Pekerjaan atau perbuatan yang dilakukan kerana Allah SWT dengan matlamat untuk
mencapai keredaanNya
- Pekerjaan atau perbuatan yang harus dan halal dalam Islam kerana rezeki yang diperoleh
daripada sumber yang haram tidak diberkati oleh Allah SWT.
- Pelaksanaan amalan mengikut syariat seperti berlaku adil, tanggungjawab dan menjauhi
unsur2 penindasan dan penganiayaan kepada orang lain
- Pekerjaan atau amalan yang tidak menghalang daripada menunaikan kewajipan kepada
Allah SWT
- Pelaksanaan hendaklah dilakukan dengan tekun dan bersungguh-sungguh supaya sesuatu
pekerjaan yang dilakukan akan mencapai tahap terbaik dan dapat memuaskan hati semua
pihak.
Tawakal
Tawakal membawa maksud berserah diri kepada ketentuan Allah SWT setelah berusaha bersungguh-
sungguh melakukan sesuatu.
Tanggungjawab terhadap Keluarga
- Memberikan kasih saying dan perhatian kepada setiapa ahli keluarga supaya ikatan
kekeluargaan yang utuh mampu menangani segala masalah secara bersama
- Menyediakan keperluan asas seperti tempat tinggal, makanan, pakaian dan kenderaan
mengikut kemampuan masing2
- Memastikan pendidikan yang sempurna kepada setiap ahli keluarga, terutamanya ilmu
fardu ain supaya menhadu benteng daripada melakukan kemungkaran
- Mengamalkan akhlak yang mulia dan tingkah laku yang sopan dalam pergaulan sesama
ahli keluarga.
- Menjaga keselamatan ahli keluarga daripada unsur2 yang merosakkan akal, nyawa, harta,
maruah dan agama
- Memastikan setiap ahli keluarga mematuhi perintah Allah di samping meninggalkan
perkara2 yang diharamkan.
Tanggungjawab terhadap Masyarakat
- Memelihara keamanan dan kesejahteraan hidup masyarakat melalui semangat kerjasama
dan saling menghormati.
- Menyeru anggota masyarakat ke arah kebaikan dan mementingkan kebajikan.
- Mencegah perbuatan2 mungkar dan adat yang menyalahi peraturan agama daripada
berlaku dalam masyarakat
- Bekerjasama menjaga keselamatan dan keutuhan masyarakat daripada dicerobohi oleh
unsur2 yang merosakkan perpaduan
- Bersama-sama menjauhi dan berusaha membanteras amalan2 negatif daripada
mempengaruhi pemikiran masyarakat.
Tanggungjawab terhadap Makhluk Lain
- Memanfaatkan segala isi ala mini kea rah kebaikan dan kesejahteraan manusia
- Memelihara alam dan segala isinya daripada dicerobohi atau dirosakkan oleh pihak2 yang
tidak bertanggungjawab
- Memulihara alam melalui usaha2 membaik pulih dan meningkatkan kualiti alam supaya
manusia dapat menjalani kehidupan ini dengan lebih baik dan sempurna

Implikasi pengabaian tanggungjawab sosial
- Perbalahan dan perpecahan keluarga yang mengakibatkan terlerainya kasih saying dan
perhatian terhadap anak2
- Gejala sosial dan kemungkaran berleluasa
- Keharmonian, perpaduan dan kesejahteraan masyarakat akan tergugat
- Penyelewengan tanggungjawab dan amanah melalui amalan2 rasuah, pecah amanah dan
sebagainya
- Sumber2 alam tidak dimanfaatkan untuk kemaslahatan sejagat, bahkan digunakan untuk
kepentingan sendiri
- Kemunduran negara dalam pelbagai aspek.

Anda mungkin juga menyukai