Anda di halaman 1dari 21

Pendidikan Islam di Zaman Khulafa Al-Rasyidin

Posted on January 22, 2011by asyshakor


Oleh: Mohammad Syukor Mohammad Ghulam
ABSTRACT
Khulafa Al-Rasyidin were good companies of Rasullullah s.a.w. who inherited his traits. They were not
only took over the throne of Islam after Rasulullah s.a.w., but they also continued his efforts in spreading
Islam and arranged the Islamic educational systems brought by Rasulullah s.a.w. Therefore, Islamic
educational systems during the years of Khulafa Al-Rasyidin will be thoroughly discussed in this article. It
includes its objectives, contents, syllabus, educational resources and institutions and teachers.
ABSTRAK
Khulafa Al-Rasyidin merupakan sahabat Rasulullah s.a.w. yang mewarisi risalah baginda. Mereka bukan
sahaja mewarisi pemerintahan Islam yang diasaskan oleh Rasulullah, bahkan meneruskan segala usaha
baginda di dalam menyebarkan Islam serta menyusun sistem pendidikan Islam yang dibawa oleh
baginda. Oleh itu, system pendidikan Islam semasa zaman Khulafa Al-Rasyidin akan dibincangkan di
dalam kertas ini. Ianya mengandungi ibjektif, isi kandungan, sukatan pelajaran, sumber-sumber dan
institusi-institusi pendidikan serta golongan tenaga pengajar.
1. Pengenalan
Pendidikan berperanan penting dalam membina tamadun manusia. Menerusi pendidikan, lahir para
pemikir dan pelaksana yang membina dan mengembangkan tamadun. Tamadun satu bangsa tidak akan
wujud seandainya sistem pendidikannya tidak mampu membina cendiakawan yang dapat menghasilkan
pemikiran asli yang bernas untuk membina bangsanya. Sesuatu bangsa tidak akan maju sekiranya
rakyatnya hanya bergantung kepada sistem pendidikan asing yang dipinjam dari luar. Oleh itu untuk
membina tamadun bangsa melalui pendidikan, memerlukan pemikiran dan penilaian semula terhadap
seluruh aspek pendidikan yang ada agar benar-benar sesuai berteraskan kehidupan dan budaya kita
(Tajul Ariffin Noordin 1993).
Pendidikan Islam zaman Khulafa al-Rasyidin mewarisi pendidikan yang dicetus oleh Rasulullah s.a.w
bermula dengan penurunan wahyu pertama di Gua Hira. Penulis berpendapat sistem Talaqqi
Musyafahah yang digambarkan melalui cara Rasulullah menerima sumber wahyu daripada Jibril
merupakan permulaan salah satu sistem pendidikan Islam yang cukup ideal untuk dipraktikkan dalam
dunia pendidikan masa kini. Rasulullah mengajar al-Quran itu kepada para sahabat dan sahabat pula
mengajarkan kepada para tabiin sehinggalah kepada kita hari ini mengunakan cara yang sama yang telah
digunakan oleh Jibril kepada Rasulullah iaitu secara Talaqqi dan Musyafahah ( Abdul Halim 1987;
Norasikin Fabil et al. 2005; Kementerian Pelajaran Malaysia 2008).
Sistem Pendidikan zaman Rasulullah telah diwarisi oleh para sahabat dan seterusnya diperkembangkan
mengikut zaman berdasarkan kecekapan dan kreativiti pemerintahan khalifah masing-masing. Justeru,

penulis akan mengupas perbahasan ini dengan lebih lanjut mengenai pendidikan Islam di zaman Khulafa
al-Rasyidin.
2. Definisi Pendidikan
Dalam perbahasan mengenai definisi pendidikan, penulis mengutarakan beberapa pandangan sarjana.
Anwar Ibrahim (1986) menyatakan, pendidikan itu bukan hanya untuk menimba ilmu pengetahuan
tetapi untuk membentuk insan yang baik, penuh dengan adab sopan dan berakhlak tinggi kerana ilmu
pengetahuan tanpa disiplin dan moral bukanlah ilmu dalam ertikata yang sebenarnya (Tajul Ariffin
Noordin 1993).
Tajul Ariffin Noordin (1993) pula mendefinisikan pendidikan sebagai ilmu yang menyeluruh dan
bersepadu sifatnya. Proses perlaksanaannya memerlukan kelembutan dan kebijaksanaan yang tinggi.
Menerusi konsep pendidikan perlulah dibina kesepaduan ilmu iaitu integrasi di antara ilmu pengetahuan
menerusi akal dengan ilmu wayhu iaitu dari al-quran dan hadis
Manakala Abdul Rahman Abdullah (2007) berpendapat pendidikan ialah proses memasukkan sesuatu
(ilmu) kepada manusia atau proses melatih dan membangun seluruh bakat dan potensi manusia dari
segi jasad, akal dan emosi, yakni perkembangan individu manusia sepenuhnya.
Menerusi pendidikan dan pelajaran sahaja generasi muda pada hari ini dan masa depan dapat dipupuk,
diasuh, agar mereka tumbuh membesar dan segera menjadi manusia yang bertanggungjawab kepada
Allah, dirinya, bangsanya dan negaranya. Matlamat pendidikan kita ialah untuk membentuk rakyat yang
boleh menggunakan akalnya serta boleh berfikir ke tahap maksima yang mungkin. Dengan kebolehan ini
adalah diharap mereka akan lebih bertanggungjawab (Tajul Ariffin Noordin 1993).
Natijahnya, penulis berpendapat pendidikan ialah proses membentuk diri seseorang manusia menjadi
seorang yang berpekerti mulia dan berkualiti serta menghambakan diri kepada Allah. Ini selari dengan
pandangan al-Jamali dan Al-Syaibani yang berpendapat pendidikan ialah membina atau membentuk
keperibadian yang sempurna dalam berbagai aspek yang berhubung dengan jasmani, rohani, akal.
akhlak, amalan dan sosial supaya dapat mengabdikan diri kepada Allah bagi mendapatkan kebahagian
dunia dan akhirat (Abdul Ghani 1984 & Abdullah Ishak 1995).

3. Definisi Pendidikan Islam
Pendidikan Islam tersimpan pelbagai falsafah dan matlamat yang murni. Para sarjana Islam
mendefinisikan Pendidikan Islam dengan pelbagai pandangan. Menurut Mohd Athiyah Al-Abrasyi,
Pendidikan moden sekarang ini memerlukan amat pendidikan Islam iaitu pendidikan idealis yang
bersifat kerohanian, moral dan keagamaan hingga kita belajar itu adalah kerana ilmu dan kelazatan
ilmiah, dengan demikian kita terlepas dari keruntukan, kejahatan dan kemiskinan, keserakahan,
penjajahan dan keangkara-murkaan serta peperangan-peperangan dengan segala bencana yang

ditimbulkannya demi untuk dapat menikmati suatu kehidupan yang abadi, hidup bersama saling bantu
membantu dan dalam suasana demokrasi dan bahagia
(Tajul Ariffin Noordin 1993)
Pandangan Mohd Athiyah Al-Abrasyi ini, diperluaskan lagi skop definisinya oleh Abdul Halim El-
Muhammady (1987, 1994) dan Ahmad Fauzi & Ahmad Tarmizi (1998) yang merumuskan Pendidikan
Islam merupakan proses mendidik, membentuk serta melatih individu manusia dalam berbagai-bagai
aspek sama ada akal, rohani, emosi dan fizikalnya berasaskan sumber wahyu, al-Quran dan Sunnah serta
sumber-sumber ijtihad lain untuk melahirkan manusia yang seimbang dan bertanggungjawab terhadap
Allah, manusia dan alam semesta bagi memenuhi tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi.
Matlamat utama Pendidikan Islam ialah untuk melahirkan seorang muslim yang menjadikan Rasulullah
sebagai contoh dan ikutan sebagai seorang yang berkualiti dan berjaya melaksanakan tugas dan
tanggungjawabnya seperti yang dituntut oleh Islam. Skop pendidikan Islam ini amatlah komprehensif
iaitu merangkumi pendidikan jasmani, aqli, akhlak dan rohani (Mohd Mokhtar Shafii 1994).
Tegasnya penulis berpandangan, Pendidikan Islam merupakan satu proses atau operasi yang cukup
teliti dan terancang dalam usaha mendidik seseorang insan berpandukan al-Quran dan Sunnah agar
seimbang dalam segenap aspek pembangunan diri dan seterusnya mengamalkan akhlak mahmudah
sesuai dengan fitrahnya sebagai khalifah di dunia.
Pendapat penulis disokong dengan pandangan Engku Ibrahim Ismail yang berpendapat Pendidikan
Islam lebih menekankan pembangunan individu bukan sahaja dari aspek fizikal, tetapi juga aspek rohani
dan akhlak yang bertujuan untuk membangunkan potensi dan kecenderungan ke arah kebaikan kepada
orang lain di samping menghindari akhlak buruk atau dengan konsep yang kini dikenal sebagai al-amru
bi al-maruf wa al-nahyu an al-munkar (Abdullah Ishak 1995).
4. Pengenalan Ringkas Khulafa Al-Rasyidin
Zaman Khulafa al-Rasyidin dipimpin oleh empat orang sahabat Rasulullah iaitu Abu Bakar al-Siddiq,
Umar al-Khattab, Uthman bin Affan dan Ali bin Abi Talib.
Para Khulafa al-Rasyidin ialah orang-orang yang mewarisi risalah Rasulullah s.a.w.. Mereka
menyambung usaha-usaha yang telah diatur dan disusun oleh baginda dengan mengikut segala jejak
langkah yang telah ditunjuk baginda semasa hidupnya (Zawawi 1984).
Abdullah Ishak (1995) menjelaskan pemerintahan Khulafa al-Rasyidin (11H/632M-41H/661M)
yang diperintah oleh empat orang sahabat Rasulullah bukan sahaja bertindak sebagai Ulu al-Amr yang
memelihara kestabilan dan keselamatan negara bahkan juga memberi penekanan terhadap
perkembangan ilmu pengetahuan dan pendidikan Islam.
5. Pendidikan Islam Di Zaman Khulafa Al-Rasyidin

Sistem pendidikan pada zaman Khulafa al-Rasyidin telah berkembang dengan baik. Ia memberi nafas
baru bagi menyambung tradisi sistem pendidikan yang telah dilaksanakan pada zaman Nabi Muhammad
s.a.w.. Pada zaman baginda, negara Islam berkembang meliputi Semenanjung Tanah Arab. Pendidikan
hanya berpusat di kota Madinah tetapi perkembangan pendidikan semakin meluas dan berkembang
pesat pada zaman Khulaa al-Rasyidin. Pusat pendidikan tersebar di bandar besar seperti bandar
Madinah dan Makkah, Basrah dan Kufa, Damsyik dan Palestin dan Madrasah Fustat (Mahayudin 1993).
Objektif Pendidikan
Menurut Zawawi (1984), objektif perdidikan Islam di zaman Rasulullah s.a.w. ialah untuk membentuk
sahsiah Islamiyah yang tulin yang dapat bangun berjuang bagi menegakkan Islam agama Allah yang suci.
Manakala kandungan pendidikan Islam yang disampaikan bergantung kepada wahyu daripada Allah
s.w.t..
Beliau menjelaskan lagi, dalam masa yang sama, para Khulafa al-Rasyidin, sahabat Rasulullah s.a.w.
ialah orang-orang yang mewarisi risalah Rasulullah s.a.w., menyambung usaha-usaha yang telah diatur
dan disusun oleh baginda dengan mengikut segala acuan yang telah dirintis baginda semasa hidupnya.
Perkara ini dapat dilihat melalui proses perlantikan Khalifah al-Rasyidin ketiga, selepas kematian Khalifah
Umar bin Al-Khattab, iaitu semasa dalam memilih antara dua orang calon khalifah iaitu Uthman bin
Affan dan Ali bin Abi Talib, Abdul Rahman bin Auf diamanahkan untuk mengendalikannya. Selepas beliau
meminta pandangan dan pendapat daripada pihak-pihak tertentu seperti sahabat karib nabi dan ketua-
ketua kabilah. Hasil tinjauan tersebut didapati ada yang menyokong Uthman dan ada juga yang
menyokong Ali.
Akhirnya Abdul Rahman bin Auf pergi sendiri bertanya kepada Saidina Ali, katanya, Jika sekiranya
engkau dilantik menjadi khalifah, adakah engkau sanggup melaksanakan kesemua ajaran al-Quran dan
Hadis, serta mengikut jejak dua orang khalifah sebelum kamu? Jawab Ali, Aku harap aku boleh
melakukannya di atas kadar kebolehan dan kemampuanku. Kemudian Abdul Rahman bin Auf pergi
berjumpa pula Saidina Uthman dan mengemukakan pertanyaan yang serupa. Lantas Saidina Uthman bin
Affan menjawab dengan jawapan yang pendek dan tegas, Ia, aku sanggup. Dengan ketegasan dan
kesungguhan yang ditunjukkan oleh Uthman itu, maka Abdul Rahman bin Auf terus melantik Uthman
bin Affan sebagai khalifah yang baru (Mahayudin Yahaya & Ahmad Jelani Halimi 1993).
Ini bererti, menjadi prasyarat sebelum seseorang yang menjadi calon Khalifah Islam ialah melaksanakan
ajaran al-Quran dan As-Sunnah serta meneruskan segala usaha yang telah dilaksanakan oleh Khalifah
sebelum mereka. Oleh sebab itu, objektif pengajaran Pendidikan Islam di zaman Khulafa Al-Rasyidin
juga sama dengan objektif pengajaran di zaman Rasulullah s.a.w. iaitu membentuk sahsiah Islamiyah
yang tulin untuk menegakkan Islam sebagai agama Allah yang suci.
Isi kandungan / sukatan pelajaran pendidikan islam
Isi kandungan pelajaran pendidikan Islam di zaman Khulafa Al-Rasyidin adalah sama dengan isi
kandungan yang terdapat pada zaman Rasulullah s.a.w. iaitu wahyu dari Allah (al-Quran). Walau
bagaimanapun, pada zaman pemerintahan Khulafa al-Rasyidin, isi kandungan pelajaran pendidikan

Islam telah bertambah dengan adanya perubahan zaman dan masalah yang dihadapi oleh umat Islam
ketika itu.
Selain ilmu al-Quran dan As-Sunnah (hadis), pertambahan ilmu yang ada ketika zaman Khulafa al-
Rasyidin yang berkaitan ilmu Islam ialah tafsir al-Quran, Tauhid, Fekah, Ilmu Mantiq, Bahasa Arab, sajak,
syair yang berunsur pendidikan, Ilmu Fizikal seperti memanah, menunggang kuda, bermain pedang dan
ilmu mempertahankan diri untuk menegakkan dan menyebarkan Islam serta menghafaz dan mengingat
beberapa surah.
Menurut Norliyana (2007) pelajaran yang dijadikan tumpuan utama ialah tauhid, fekah, hadis, Al-Quran,
dan Ilmu Mantiq. Khalifah Umar menggalakkan umat Islam belajar Bahasa Arab, penghasilan sajak dan
syair yang berunsur pendidikan. Mata pelajaran yang belum ada di zaman Khulafa al-Rasyidin ialah ilmu
hadis, sejarah, ilmu alam, ilmu pendidikan, karangan, ilmu sains, kimia dan perubatan kerana ia wujud di
zaman Umaiyah (Suffian Abdul Rahman 1983).
Sumber Pendidikan Islam
Menurut Mahmood Zuhdi (1992) sumber pendidikan Islam dari zaman Rasulullah hingga zaman Khalifah
Abu Bakar As-Siddiq r.a. ialah Al-Quran, As-Sunnah dan Ijtihad para sahabat Rasulullah s.a.w.. Ini
berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w. kepada Muaz bin Jabal ketika Muaz diutuskan ke Yaman jelas
menunjukkan penggunaan sumber tersebut digunakan:
Sabda Rasullullah s.a.w. kepada Muaz bin Jabal ketika baginda mengutus beliau ke Yaman. Baginda
bertanya kepada Muaz: Dengan apa engkau berhukum? Jawabnya dengan kitab Allah? Sabda
baginda: Jika engkau tidak menjumpainya (dalam al-Quran)? Jawab Muaz : Dengan sunnah Rasulullah
saw, Sabda baginda: Jika engkau tidak juga menjumpainya? Jawab Muaz: Aku berijtihad dengan
pendapatku. Maka rasulullah s.a.w menepuk dada Muaz dan bersabda: Segala puji dan puja hanya
bagi Allah yang telah memberikan taufik kepada utusan Rasulullah dalam perkara yang diredai oleh
Rasulullah.
(Riwayat al-Tarmizi)
Berdasarkan hadis tersebut, penulis melihat sumber pendidikan Islam pada zaman Khalifah Abu Bakar
As-Siddiq r.a. menggunakan al-Quran, As-Sunnah dan Ijtihad para sahabat Rasulullah s.a.w. Ini dapat kita
lihat bagaimana Khalifah Abu Bakar yang menggunakan ijtihad beliau di dalam membukukan mashaf al-
Quran kerana Rasulullah tidak pernah mengarahkan untuk membukukan al-Quran.
Seterusnya pada zaman Khalifah Umar bin Al-Khattab sumber pendidikan Islam telah bertambah iaitu
dengan menerima ilmu dan tamadun dari sumber luar yang tidak bertentangan dengan ajaran al-Quran
dan As-Sunnah terutama ilmu dan tamadun dari wilayah-wilayah kekuasaan Islam terutama tamadun
dari Parsi. Perkara ini berterusan sehingga ke zaman pemerintahan Khalifah Ali bin Abi Thalib r.a.

Institusi Masjid

Masjid adalah tempat ibadat dijadikan sebagai institusi pendidikan yang kedua dalam dunia Islam
selepas rumah al-Arqam bin Abi al-Arqam. Masjid didirikan di setiap wilayah yang ditakluki sebagai pusat
pendidikan dan tempat ibadah muslim (Abdullah Ishak 1995 & Hassan Langgulung 1996).
Masjid juga memainkan peranan penting dalam pembentukan perpaduan ummah. Ini diakui oleh Al Buti
(1997) yang berpendapat masjid itu asas pertama dan utama ke arah pembentukan masyarakat Islam
kerana dengan masjid itulah masyarakat Islam dapat mengambil suntikan pelalian (immunity) dan
kekuatan dengan mengikut dan mematuhi segala sistem Islam, akidah dan peradabannya.
Peranan masjid diperluaskan lagi dimana pada zaman Rasulullah dan para sahabat, masjid berfungsi
sebagai pusat perkembangan ilmu pengetahuan di samping fungsi-fungsi lain seperti pusat kegiatan
kesusasteraan dan persuratan Islam, pusat kegiatan sosial, tempat perisytiharan, tempat keadilan dah
kehakiman, penggerak Baitul Mal negara serta tempat para musafir bermalam (Mohd Mokhtar 2003).
Penggunaan masjid sebagai institusi pendidikan selain daripada tempat untuk melakukan aktiviti-aktiviti
ibadah khusus adalah bersesuaian dengan inspirasi akhlak dan kemasyarakatan umat Islam. Seiring
dengan tersebarnya agama Islam dan perluasan wilayahnya selepas kewafatan Rasulullah, institusi
masjid juga berkembang pesat sebagai pusat pendidikan (Nasruddin Yunos & Mohamad Taha 2003)
Tegasnya, penulis melihat pada zaman khulafa al-Rasyidin masjid memainkan peranan penting sebagai
institusi peribadatan, pendidikan, sosial, penghakiman dan pelbagai aktiviti yang memberikan
kemudahan kepada umat Islam. Melalui amalan pengibadatan dan pendidikan yang dijalakan di masjid,
ramai cendiakawan Islam dan ulama telah dapat dilahirkan. Ini bersesuaian dengan pandangan Haron
Din (2007) yang berpendapat masjid menjadi insitusi pengajian yang melahirkan cerdik pandai Islam
dalam setiap bidang kehidupan dan tempat menyemai dan menyuburkan iman.

Institusi Suffah
Menurut Shalaby (1976), Suffah ialah ruang atau bangunan yang dibina bersambung dengan masjid.
Institusi Suffah berperanan sebagai sebuah sekolah kerana aktiviti pengajaran dijalankan secara
sistematik dan teratur. Antara masjid yang mempunyai institusi Suffah ialah Masjid Nabawi di Madinah.
Pandangan Shalaby ini disokong oleh Abdullah Ishak (1995) yang berpendapat al-Suffah dapat dianggap
sebagai sekolah atau madrasah berbentuk formal yang terulung dalam pendidikan Islam.
Institusi Kuttab
Menurut Shalaby (1976) dan Rosnani Hashim (1988), orang-orang Arab telah menubuhkan Institusi
Kuttab sejak sebelum kedatangan Islam lagi dengan tujuan sebagai pendidikan kepada kanak-kanak di
peringkat rendah iaitu kemahiran asas seperti membaca dan menulis. Biasanya kuttab ini dibina
bersampingan dengan masjid atau surau. Kebanyakkan guru yang mengajar di institusi Kuttab mengajar
secara sukarela. Walau bagaimanapun, institusi tersebut tidak mendapat perhatian masyarakat Jahiliyah
Arab dengan bilangan pelajar lebih kurang 17 orang.

Pada zaman Khulafa al-Rasyidin, Kuttab lebih berfungsi sebagai institusi pendidikan sampingan bagi
masjid setelah di dapati masjid terlalu ramai pelajar. Kanak-kanak dan orang yang baru masuk Islam
diajar di institusi tersebut. Pada waktu pagi, kanak-kanak membaca dan menghafaz al-Quran. Manakala
pada waktu tengahari mereka belajar menulis, belajar solat bahasa dan sastera Arab. Pelajaran yang
diajar pada peringkat kuttab ialah belajar membaca dan menulis, membaca al-quran dan menghafalnya
serta belajar asas agama islam seperti cara berwuduk, sembahyangh, puasa dan sebagainya (Mahayudin
2005).
Justeru, penulis melihat institusi dan perkembangan pendidikan melalui kuttab ini terdapat persamaan
dengan pelaksanaan kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) yang terdapat di negara kita sekarang ini dari
sudut umur murid yang memasuki institusi tersebut. Penubuhan KAFA adalah
bermatlamatkan membasmi buta Al-Quran dan menguasai asas-asas Fardhu Ain bagi kanak-kanak
Muslim berumur 7 hingga 12 tahun.
Golongan guru
Guru yang mengajar Pendidikan Islam di zaman khulafa al-Rasyidin merupakan guru-guru yang pakar
mengikut bidang masing-masing. Umar sendiri mengajar ilmu hadis di Masjid Madinah dan
menggalakkan dan membenarkan hanya orang yang pandai dan berkebolehan untuk mengajar hadis
bagi mengelakkan bercampur antara hadis yang tulen dengan hadis palsu (Suffian Abdul Rahman 1983).
Khalifah Umar juga menggalakkan umat Islam membuat kajian tentang Al-Quran dan Hadis (Norliyana
2007).
Tugas muallim atau guru yang dilantik ialah untuk membimbing pelajar membaca, menulis dan
memahami isi Al-Quran. Para muallim tersebut diberi ganjaran. Umar juga telah melantik golongan
pakar dalam bidang al-Quran seperti pengkaji hadis dan perundangan Islam (Mohd Rashad 2006). Ulama
dan muballigh dihantar ke seluruh wilayah kekuasaan Islam seperti Abdullah bin Masud ke Kufah (Shibli
1981). Ramai juga guru-guru dihantar ke wilayah-wilayah kekuasaan Islam yang baru (Norliyana 2007).
7. Rumusan
Pendidikan Islam pada zaman Khulafa al-Rasyidin merupakan kesinambungan agenda pendidikan yang
telah diletak acuannya oleh Rasulullah sendiri. Pendidikan Islam pada zaman Khulafa al Rasyidin
dilaksanakan mengikut kredibiliti dan kebijaksanaan pemerintah ketika itu.
Sumber pendidikan yang menjadi rujukan utama pemerintahan, kekal berteraskan Al-Quran dan Al-
Sunnah serta Ijtihad para sahabat. Sumber-sumber ini menjadi paksi kepada usaha memartabatkan
pendidikan Islam. Keempat-empat tokoh sahabat yang ulung ini telah berjaya memartabatkan
pendidikan di landasan yang cukup tinggi dan unggul di dalam pemerintahan masing-masing.
Kesinambungan kejayaan mereka telah berkembang pesat dan berlanjutan sehingga ke hari ini.
Pendidikan di zaman Khulafa al-Rasyidin dijalankan secara sistematik dan teratur, mempunyai objektif,
isi kandungan dan sukatan pelajaran, sumber pendidikan serta mempunyai institusi pendidikan yang
tersendiri. Pergolakan politik yang terjadi di zaman tersebut tidak menjejaskan perkembangan ilmu dan

pendidikan Islam. Bahkan menjadikan pendidikan Islam semakin mantap kerana setiap masalah yang
timbul dapat diatasi dengan sempurna dan jayanya. Ini menjadikan pendidikan Islam semakin matang
setelah mengharungi cabaran yang dilalui.
Aktiviti pendidikan yang telah dilaksanakan telah merintis kepada kemajuan dalam pelbagai bidang ilmu
dan pendidikan yang memberi sumbangan yang cukup besar dan bernilai kepada umat Islam.
Sehubungan dengan itu setiap ummah perlu menjadikan acuan pendidikan dan aktiviti pendidikan yang
telah diletak asasnya oleh khulafa al Rasyidin ini sebagai contoh dan model ikutan bagi menjadikan kita
sebagai umat yang cemerlang.


Rujukan
Abdul Ghani Hj. Shamsuddin. 1984. Pendidikan Ruhaniyyat, Jurnal Pendidikan Islam1(1):1-9.
Abdul Halim Muhammady. 1987. Pendidikan Al-Quran di Sekolah Rendah dan Menengah ke Arah
Pembentukan Pandangan Hidup Muslim, Jurnal Pendidikan Islam 2(5):29-43.
Abdul Halim Muhammady. 1994. Pendidikan Islam Di Malaysia, Jurnal Pendidikan Islam7(2):155-163.
Abdul Rahman Abdullah. 2007. Sejarah Dan Tamadun Islam. Pustaka Darussalam Sdn. Bhd.:Kedah.
Abdullah Ishak. 1995. Pendidikan Islam dan Pengaruhnya di Malaysia. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Ahmad Fauzi Hj. Morad & Ahmad Tarmizi Talib. 1998. Tamadun Islam. Kuala Lumpur :Masadah (M) Sdn.
Bhd.
Ahmad Shalaby. 1976. Sejarah Pendidikan Islam. Terj. H Muchtar Jahja & M Sanusi Latief.
Singapura:Pustaka Nasonal.
Haron Din. 2007. Islam Rujukan Efektif Akhlak Mulia. Selangor: PTS Millennia Sdn. Bhd.
Hassan Langgulung. 1996. Pengenalan Tamaddun Islam dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pelajaran Malaysia. 2008. Buku Panduan Kelas Khas Kemahiran Membaca dan Menghafaz
Al-Quran.
Mahayudin Yahaya & Ahmad Jelani Halimi. 1993. Siri Sejarah Fajar Bakti. Sejarah Islam.Kuala
Lumpur:Penerbit Fajar Bakti.
Mahmood Zuhdi. 1992. Sejarah Pembinaan Hukum Islam. Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti Malaya.

Mohd Mokhtar b. Shafii. 2003. Masjid Sebagai Pusat Pendidikan dan Penjanaan Ummat
Cemerlang. Jurnal Pendidikan Islam. 10(3) 41-56.
Muhammad Said Ramadan Al Buti. 1997. Fiqh Al-Sirah 2. Terj. Mohd Darus Sanawi. Selangor: Dewan
Pustaka Fajar.
Nasruddin Yunos & Mohamad Taha. 2003. Tamadun Islam dan Kenegaraan Malaysia A. Bangi:
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Norasikin Fabil, Zawawi Ismail, Zarina Shukur, Siti Fadzillah Mat Noor & Khairuddin Omar. 2005. Aplikasi
Pendekatan Talaqqi dan Musyafahah dalam Pembangunan Perisian Multimedia Tajwid. Al-Bayan Journal
of Al-Hadith. 3: 83-108.
Norliyana. 2007. Pemerintahan Khalifah Umar Bin Al-Khattab dan Khalifah Umar Bin Abdul Aziz :
Persamaan dan Perbezaan. Projek Ilmiyah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Rosnani Hashim. 1988. Pendidikan Pra Sekolah Islam. Jurnal Pendidikan Islam 2 (8):11-27.
Suffian Abdul Rahman. 1983. Dlm. Norliyana. 2007. Pemerintahan Khalifah Umar Bin Al-Khattab Dan
Khalifah Umar Bin Abdul Aziz : Persamaan Dan Perbezaan. Projek Ilmiyah, Fakulti Pengajian Islam,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Tajul Ariffin Noordin. 1993. Pendidikan Suatu Pemikiran Semula. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan
Pustaka.
Zawawi bin Ahmad. 1984. Struktur Pendidikan Islam. Jurnal Pendidikan Islam.1(1): 41-51.
ZAMAN ABU BAKAR
0
Perkembangan Pendidikan Islam pada zaman pemerintahan Khulafa Ar-Rasyidin bermula dengan zaman
Abu Bakar As-Siddiq.
1. Pada peringkat permulaan, perkara yang ditekankan ialah mengumpul ayat-ayat suci Al-Quran.
Hal ini adalah disebabkan oleh ramai tahfiz telah mati syahid semasa berperang.
Ayat-ayat Al-Quran diajar dengan cara hafalan pada zaman Nabi Muhammad S.A.W.
Ia juga bertujuan untuk memerangi golongan nabi palsu (Ar-Riddah).
Zaid bin Thabit telah diperintah untuk melaksanakan tugas ini kerana beliau pernah menjadi
penulis wahyu pada zaman Nabi Muhammad S.A.W.
Ayat-ayat Al-Quran ditulis semula diatas pelepah kurma, kepingan batu dan lain-lain bahan
penulisan.

2. Pembaharuan kedua yang dilakukan ialah penyebaran hadis iaitu melalui ucapan Nabi Muhammad
S.A.W.
Tokoh-tokoh hadis adalah seperti Abu Hurairah, Aisyah dan Abdullah bin Umar.
Hadis juga turut diriwayatkan oleh tokoh daripada golongan Tabiin seperti Said bin Musayyab,
Urwan bin Zubayr dan Salim bin Abdullah bin Umar.
Penyebaran hadis ini dilakukan agar setiap perkara yang disampaikan oleh Nabi Muhammad
S.A.W. sampai kepada para pengikutnya.
3. Khalifah Abu Bakar menjadikan masjid sebagai institusi penyebaran ilmu pengetahuan.
Ini adalah untuk menjadikan masjid bukan hanya tempat ibadat semata-mata.
Ia juga boleh digunakan atas tujuan sebagai pusat penyebaran dakwah, pusat pentadbiran dan
pendidikan.
Abu Bakar As-Siddiq juga selalu mengunjungi dan melawat ke masjid untuk berdakwah.
Beliau turut menghantar guru seperti Zaid bin Abdullah bin Saad untuk mengajar Al-Quran dan
hadis di sekitar masjid Madinah.
Pengajaran pendidikan yang digunakan adalah berdasarkan sistem halaqah dimana guru berada
ditengah dan dikelilingi pelajar-pelajarnya.
4. Pembaharuan yang giat dilakukan adalah mempergiatkan usaha dakwah.
Usaha ini dilakukan apabila berlaku peperangan.
Ia juga dijadikan antara syarat sebelum berperang seperti memeluk Islam, membayar jizyah dan
berperang apabila dicabar.
Satu utusan telah dihantar ke Damsyik (Syam) bersama 7500 orang tentera.
Utusan-utusan lain dihantar ke Palestin, diketuai oleh Amr bin Al-As, dan Syurahbil bin Hasanah
ke Jordan menerusi perang Tabuk.
ZAMAN ALI
0
Fashahah dan Balaghah

Al-Masudiy meriwayatkan, bahwa lebih dari 480 khutbah yang diucapkan oleh Saidina
Ali r.a. tanpa dipersiapkan lebih dahulu, dihafal oleh banyak orang. Syarif Ar-Ridha
mengatakan dalam kitab Khutbah Nahjul Balaghah, bahwa Amirul Mukminin Ali bin
Abi Thalib adalah pencipta dan pengajar ilmu Fashahah dan juga merupakan orang yang
mengeluarkan ilmu Balaghah.
Dari dialah munculnya aturan-aturan ilmu tersebut dan dari dia juga orang mengambil
kaedah-kaedah dan hukum-hukumnya. Tiap orang yang berbicara sebagai khatib, pasti
mengambil pepatah atau kata-kata mutiara dari dia, dan tiap orang yang pandai
mengingatkan orang lain pasti mencari bantuan dengan jalan mengutip kata-kata Saidina
Ali. Demikian kata Syarif Ar-Ridha.
Nahu
Keistimewaannya ialah dalam meletakkan kaedah-kaedah tata bahasa Arab itu, Saidina
Ali r.a. seolah-olah seperti berbuat mujizat. Sebab sebelum itu, belum pernah ada orang
Arab yang mengenal kaedah penyusunan tata bahasa. Rumus-rumus tata bahasa Belem
pernah dikenal orang sama sekali. Padahal bahasa Arab hdala bahasa yang sangat tua,
kaya dan rumit. Bangsa-bangsa Eropah yang dalam abad modern sekarang ini menguasai
peradaban dunia, waktu itu masih tenggelam dalam vandalisme dan pengembaraan liar.
Jadi tidaklah keliru kalau dikatakan Saidina Ali r.a. itu adalah bapa bahasa Arab moden.
Sebab rumus-rumus dan kaedah-kaedah yang diletakkan olehnya, membuat bahasa Arab
mudah dipelajari oleh orang asing.
K h u t b a h
Kecakapannya berkhutbah bukan asing lagi bagi para penulis sejarah Islam. Saidinaa Ali
r.a. bukan hanya dikenal sebagai Bapa Bahasa Arab, tetapi dalam hal penggunaan dan
penerapan bahasa pun ia dikenal sebagai orang ahli terkemuka. Keunggulannya dalam

kecakapan berbahasa dan bersastra membuat orang menarik kesimpulan, bahwa nilai
perkataan Saidina Ali r.a. berada di bawah firman Allah Al-Khaliq dan tutur-kata
RasulNya. Pada masa hidupnya tidak sedikit orang datang kepadanya menimba ilmu
berkhutbah dan ilmu menulis.
T a u h i d
Ilmu ke-Tuhan-an yang sasarannya adalah Dzat Yang Maha Agung, tidak boleh tidak
pasti merupakan ilmu yang paling tinggi mutu dan nilainya. Orang awam dan para ahli
yang menekuni ilmu yang mulia itu, hampir tak ada yang meragukan bahwa ilmu tersebut
dikuasai dengan baik sekali oleh Saidina Ali r.a. Bahkan peribadinya sendiri di belakang
hari dijadikan sumber penggalian dan perbahasan ilmu tersebut, yakni Ilmu Tauhid.
F i q h
Orang yang paling lembut hatinya dan paling ramah di kalangan ummatku ialah Abu
Bakar. Demikian diungkapkan oleh Rasul Allah s.a.w. Sedang yang paling keras
membela agama ialah Umar Ibnul Khattab. Yang paling pemalu adalah Utsman bin
Affan. Adapun Ali, ujar Rasul Allah s.a.w. seterusnya, ialah yang paling tahu tentang
hukum.
Ilmu yang bersangkut-paut dengan semua ketentuan hokum Islam itu jelas sekali
berpangkal antara lain dari Saidina Ali r.a. Boleh dikatakan semua ahli fiqh di kalangan
kaum muslimin menimba dan mengambil dasar-dasar ilmu pengetahuannya masing-
masing dari Fiqh Saidina Ali.
T a f s i r

Ketika Abdullah Ibnu Abbas ditanya orang, bagaimana perbandingan ilmu pengetahuan
yang dimilikinya dengan ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh putera paman anda
(Saidina Ali r.a.), jawabnya sederhana saja: Perbandingannya seperti setitis air hujan
dengan air samudera!. Jawapan itu tidak mengherankan. Bukan kerana ia rendah hati,
melainkan juga kerana ia adalah murid Saidina Ali r.a. sendiri. Dalam ilmu Tafsir, nama
dua orang itu hampir tak pernah pisah sama sekali.
Benar sekali penyaksian Abu Fudhail yang mendengar sendiri Saidina Ali r.a. berkata
dari atas mimbar: Tanyakanlah kepadaku selama aku ada. Apa saja yang kalian
tanyakan, aku sanggup menjawab. Tanyakanlah tentang Kitab Allah. Demi Allah, tak ada
satu ayatpun yang aku tidak mengetahui, apakah ayat itu turun di waktu siang ataukah di
waktu malam, di datankah atau di pegunungankah!.
T a r i k a t
Ilmu Tarikat-pun tidak lepas kaitannya dengan Saidina Ali r.a. sebagai sumber
sejarahnya. Di kalangan para ahli Tarikat, Saidina Ali r.a. diakui sebagai tokoh
puncaknya. Semua Ilmu Tarikat, Hakikat dan Tashawuf bersumber pada pemikiran-
pemikiran Saidina Ali r.a.
Tilawatil Quran
Bagi Saidina Ali r.a. ilmu Tilawatil Quran merupakan ilmu yang paling pertama kali
diteguk dan diperolehnya langsung dari Rasul Allah s.a.w. sejak berusia muda belia. Ialah
orang yang paling tahu bagaimana Rasul Allah s.a.w. membaca ayat-ayat Al-Quran.
Sejak Rasul Allah s.a.w. masih hidup, Saidina Ali r.a. sudah dikenal sebagai orang
pertama dan yang paling dini menghafal Al-Quran. Kedudukannya yang sangat dekat
dengan Rasul Allah s.a.w. dan kecerdasannya membuat Saidina Ali r.a. dapat menguasai
dengan sempurna Ilmu Tilawatil Quran.
ZAMAN UMAR

0
Setelah Abu Bakar As-Siddiq meninggal dunia, jawatan khalifah Islam yang kedua diserahkan kepada
Umar Al-Khattab. Umar memerintah dan memimpin umat Islam selama 10 tahun dari tahun 13H/634M
hingga 23H/644M dengan penuh kecemerlangan dan kejayaan dalam segenap lapangan hidup.
Zamannya disebut sebagai zaman penaklukan dan pembinaan empayar Islam sehingga berhasil
mengembangkan kekuasaan Rom Timur dan Parsi, di beberapa kawasan dunia ketika itu khususnya di
Timur Tengah. Digelar sebagai amirul mukminin dan khalifah Umarlah merupakan ketua negara Islam
pertama meletakkan Baitul Maqaddis yang di dalamnya terletak Masjidil Aqsa (kiblat pertama umat
Islam sebelum menghadap Baitullah) di bawah jagaan orang Islam.
LATAR BELAKANG UMAR AL-KHATTAB
Nama lengkap ialah Umar ibn al-Khattab bin Nufail bin Abdul Uzza bin Riyah bin Qurt bin Razah bin Adi
bin Kaab bin Luai al-Quraisy, tergolong dari suku kaum Adi. Beliau dilahirkan pada tahun 13 dari tahun
Fiel (setelah peristiwa Gajah). Beliau mempunyai tubuh badan yang tinggi sasa dan tegap, dan sikap
keberanian yang terserlah akan tetapi berdisiplin. Kemahirannya menunggang kuda menonjol apabila
berjaya menunjukkan kehandalannya ketika menunggang dan menjinakkan kuda liar. Al-Khattab, ayah
Umar merupakan seorang tokoh yang disegani dikalangan Bani Adi. Bonda Umar al-Khattab ialah
Khanthamah, anak perempuan Hisyam bin al-Mughirah( tokoh yang mempunyai kedudukan dalam
masyarakat Quraisy).
SUMBANGAN KHALIFAH UMAR DALAM BIDANG PENDIDIKAN
Satu-satunya jasa dan sumbangan Umar yang dirasakan oleh Umat Islam hari ini ialah saranan dan
cadangannya agar dilakukan usaha mengumpul dan membukukan Al-Quran. Inilah antara
sumbangannya yang benar-benar berkesan sehingga zaman-berzaman umat Islam merasakan
nikmatnya.
Khalifah Umar adalah seorang pemerintah yang begitu menghargai ilmu pengetahuan dan sentiasa
menggalakkan umat Islam menambah ilmu pengetahuan untuk kepentingan hidup dunia akhirat.
Pendidikan di bidang ilmu pengetahuan Islam amat diperhati dan diambil berat oleh Khalifah Umar,
khususnya yang menyangkut dengan bacaan dan pemahaman isi kandungan al-Quran. Sumbangan
Umar dalam bidang pendidikan ialah :
Membentuk sistem pendidikan dan pengajian al-Quran disetiap wilayah kekuasaan Islam.
Masjid- masjid didirikan di semua kampung sebagai tempat ibadat dan pusat pengajian al-
Quran. Selain itu, masjid juga berfungsi sebagai tempat mengerjakan ibadat tetapi tempat
mengajar ilmu-ilmu, hukum-hukum dan ajaran Islam.
Mendirikan pusat-pusat pengajian Islam di kota-kota Basrah, Kufah dan wilayah wilayah lain
dengan guru-guru agama dihantar ke pusat-pusat ini, manakala imam-imam diadakan di masjid.

Guru-guru/para muallim yang dilantik itu akan ditugaskan mengajar membaca dan menulis.
Guru-guru itu diberikan imbuhan sewajarnya sementara para huffaz diberikan penghormatan
istimewa oleh Khalifah Umar.
Diera Khalifah Umar, setiap mukmin dikehendaki berkeupayaan menghafaz atau mengingati
beberapa surah al-Quran, terutamanya surah-surah yang menyentuh perundangan dan prinsip
ajaran Islam seperti surah Al-Baqarah, surah Al-Maidah dan surah An-Nur.
Melantik golongan yang arif di bidang ilmu yang lain seperti pengkajian ilmu al-Hadis dan
perundangan Islam untuk mengajar seperti Abdullah bin Masud dan Ubadah bin Samit yang
dikirim ke kota besar seperti Syria dan Kufah sebagai tenaga pengajar.
Beliau sentiasa menggalakkan umat Islam memperdalami ilmu-ilmu agama seperti tauhid, fekah,
tasawuf dan seumpamanya demi meyakinkan diri kepada kekuasaan Allah.
Umat Islam pada zamannya begitu digalakkan mempelajari ilmu peperangan seperti belajar
memanah, menunggang kuda, bermain pedang dan apa jua ilmu mempertahankan diri yang
boleh digunakan untuk menegakkan kalimat tauhid dan menyebar luas ajaran Islam.
Menjalankan tugas sebagai pemimpin agama yang menerangkan prinsip-prinsip Islam dan
mewajibkan setiap orang mengetahui asas perundangan Islam.
Mendidik para tentera Islam agar melakukan sembahyang fardhu jemaah dalam susunan yang
teratur demi memastikan pertolongan Allah akan tiba di medan perjuangan.
ZAMAN UTHMAN
0
Pada zaman khalifah Uthman bin Affan, sistem pendidikan Islam banyak berkembang ke arah penulisan
Al-Quran.
Pada masa pemerintahan Khalifah Saidina Uthman bin Affan r.a. Islam telah berkembang dengan luas
meliputi Semenanjung Tanah Arab dan lain-lain wilayah termasuk Armenia, Arzabeijan dan Khurasan.
Umat Islam di wilayah-wilayah tersebut telah mempelajari dan membaca al-Quran menurut kaedah-
kaedah bacaan Rasulullah s.a.w. melalui riwayat bacaan para sahabat yang masyhur antaranya:
Penduduk Mekah dan Madinah mengambil kaedah bacaan dari Ubai bin Kaab, zaid bin thabit
dan saidina Umar al-Khattab.
Penduduk Syam mengambil kaedah bacaan daripada saidina Uthman bin Affan dan Abu Darda
r.a.
Penduduk Basrah mengambil kaedah bacaan daripada saidina Umar al-Khattab, zaid bin thabit,
saidina Uthman bin Affan, saidina Ali bin Abi Thalib dan Abu Musa al-ashari r.a.

Penduduk Kufah mengambil kaedah bacaan daripada Abdullah bin masud, saidina Ali bin Abi
Thalib, saidina Uthman bin Affan, Ubai bin Kaab dan Zaid bin Thabit r.a.
Pada tahun 25 hijrah :
Satu perbalahan yang hebat telah berlaku di kalangan muslimin mengenai perbezaan kaedah
bacaan dan seterusnya perselisihan dari segi riwayat pembacaan al-Quran.
Punca perbalahan mereka ialah perbezaan bacaan; masing-masing mengatakan bacaan mereka
betul dan menyalahkan yang lain.
Melihat kepada peristiwa tersebut, Saidina Uthman mengambil keputusan untuk membukukan semula
Al-Quran dengan mengambil kira beberapa faktor antaranya:
Mengambil keputusan dalam penulisan Al-Quran berdasarkan bacaan para qura.
Jika terdapat perbezaan dalam bacaan Al-Quran, maka mesti ditulis mengikut dialek suku
Quraisy kerana Al-Quran itu diturunkan dalam bahasa Quraisy.
Khalifah Uthman bin Affan r.a telah membentuk satu Jawatankuasa Penulisan Al-Quran bagi
menyelaraskan mushaf agar tidak berlaku lagi perbalahan dan perselisihan tersebut yang terdiri
daripada :
Zaid bin Thabit (Ketua)
Abdullah bin Zubair
Said bin Al-As
Abdul Rahman bin Harith bin Hisyam r.a.
Menurut pendapat yang muktamad :
Jawatankuasa tersebut telah menyusun dan menyalin sebanyak enam mushaf Al-Quran.
Sebuah mushaf untuk digunakan saidina Uthman bin Affan r.a sendiri yang dinamakan mushaf
Al-Imam, dan mushaf yang lain dikirimkan ke Mekah, Syam, Basrah, Kufah dan Madinah.
Mushaf tersebut bukan sahaja dijadikan rujukan tunggal bagi penduduk di wilayah-wilayah berkenaan,
bahkan dihantar bersama-sama mushaf tersebut seorang imam ( qari ) yang adil dan mutqin ( orang
yang teliti dan cermat ) di dalam bacaan Al-Quran untuk mengajar penduduk berkenaan.
Mereke terdiri daripada :
Mekah : Abdullah bin Saaib
Syam : Al-Mughirah bin Abi Syahab

Kufah : Abdul Rahman Abdullah bin Habib Al-Sulami
Basrah : Amru bin Qais
Mekah : Zaid bin Thabit
Selepas itu, saidina Uthman bin Affan r.a memerintahkan supaya semua lembaran Al-Quran yang ditulis
sebelum ini dikumpulkan untuk dibakar atau dilupuskan.
Walau bagaimanapun, perbezaan bacaan yang ada sehingga sekarang ini tidaklah berlawanan dengan
apa yang terdapat di dalam mushaf yang ditulis pada zaman Khalifah Uthman bin Affan r.a kerana
bacaan itu telah diterima dari baginda Rasulullah s.a.w ( qiraat ) secara mutawatir.

DAKWAH
Khalifah Uthman menghabiskan banyak waktu dengan menyampaikan dakwah dalam kalangan
orang-orang tawanan perang.
Ramai dalam kalangan mereka yang memeluk Islam ekoran daripada dakwah yang disampaikan
oleh beliau.
Beliau juga turut mengajar fiqh kepada penganut-penganut Islam, yang pada suatu ketika,
menunjukkan jemaah tentang cara-cara mengambil wudhu yang sempurna.
Guru Cemerlang Lahirkan Anak Didik
Gemilang

Golongan ilmuwan adalah aset sangat berharga kepada
agama dan negara. Peranan mereka menjadi
tanggungjawab penting bagi menyebarluaskan ilmu-ilmu
Allah untuk melahirkan generasi berilmu, beriman,
berakhlak mulia dan berdaya saing.



Mendidik manusia berilmu bukan perkara mudah kerana
memerlukan usaha berterusan. Oleh itu, sewajarnya guru
diberi penghormatan tinggi. Hal ini seperti firman Allah
bermaksud:

Allah meninggikan darjat orang yang beriman antara kamu
dan (Allah meninggikan) orang yang diberi ilmu
pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa
darjat. (Surah al-Mujaadalah, ayat 11)

Guru hendaklah mendidik murid dengan penuh semangat
dan kesungguhan. Mereka juga perlu mengemaskinikan
teknik pengajaran dan cara penyampaian ilmu yang
berkesan semoga apa yang diajarkan akan meresap ke
dalam jiwa dan sanubari murid. Dengan itu, mereka mudah
memahami dan menerima segala pelajaran yang dipelajari.

Guru hendaklah berusaha menyesuaikan dirinya dengan
semua pelajar di sekolahnya. Hal ini supaya segala
ajarannya akan memberi kesan kepada semua murid. Imam
Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin menyatakan,
bahawa sifat guru itu menjadi berkesan dalam jiwa murid
melalui tiga peringkat:

-Ilmu pengetahuan (pengetahuan seseorang mengenai
sesuatu konsep).

- Penerangan yang mendalam terhadap konsep itu.

- Perubahan yang timbul hasil daripada ilmu yang
diperoleh.

Guru cemerlang akan melahirkan anak didik gemilang. Ia

terbukti Rasulullah SAW sendiri ialah seorang pendidik
cemerlang hingga lahirlah pada zamannya sahabat yang
hebat seperti Khulafa' Ar-Rasyidin, Abdul Rahman bin A'uf,
Abu Hurairah dan Saad bin Abi Waqas.

Golongan guru atau ilmuwan juga pernah disebut oleh
Rasulullah seperti bintang di langit yang menjadi penunjuk
jalan bagi menerangi kegelapan di darat dan lautan. Hal ini
bertepatan dengan sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh
Anas bin Malik bermaksud:

Sesungguhnya perumpamaan orang yang berilmu
pengetahuan di muka bumi ini adalah seperti bintang-
bintang di langit yang menjadi petunjuk bagi menerangi
kegelapan sama ada di darat atau lautan. Apabila ia
terbenam atau hilang, dikhuatiri akan hilang arah
petunjuk.

Pembentukan adab dan budi pekerti juga perlu menjadi
tunggak kepada setiap pendidik. Ia bagi memastikan
budaya hormat-menghormati, kasih-mengasihi sesama
manusia dan segala sifat yang terpuji diamalkan oleh
generasi muda masa kini dan pada masa akan datang. Ibnu
Khaldun sangat menekankan soal adab dan dalam mendidik
peribadi manusia, sebagaimana sabda Rasulullah
bermaksud:

Muliakanlah anak kamu dan perelokkanlah budi pekerti
mereka.

Bagi mengangkat martabat pendidikan, kita hendaklah
menghormati guru dan meletakkan mereka setaraf dengan
ilmuan serta ahli profesional lain. Ia sesuai dengan
pendekatan Islam Hadhari bagi melahirkan insan

cemerlang, gemilang dan terbilang.

Untuk itu, hak pendidik dan ilmuwan perlu diingati, Saidina
Ali Abi Talib mengatakan, bahawa hak orang alim ada tujuh
iaitu:

- Jangan banyak bertanya dan bertanya apabila dia
bersedia untuk menjawab.

- Jangan halang jika dia hendak berdiri.

- Jangan buka rahsia di hadapannya.

- Jangan mengumpat orang di hadapannya.

- Hormatlah dia kerana Allah.

- Jangan duduk membelakanginya.

- Jika ada keperluan lain, utamakanlah keperluannya.

Adalah menjadi tanggungjawab kita menjaga kemuliaan
dan mengangkat martabat guru, sejajar dengan apa yang
disebut oleh Islam iaitu:

- Memberi layanan baik dan beradab terhadap guru.

- Mengenang jasa mereka yang mendidik anak-anak kita.

- Menyebarkan sejarah kecemerlangan ulama dan ilmuwan
dalam peradaban Islam.

- Menerbitkan buku dan risalah yang membicarakan
ketokohan guru dan kemuliaannya.


- Sentiasa mendoakan guru dan bekas guru agar
ditempatkan bersama solehin.

Justeru, marilah kita bersatu hati bersama guru dan
menggembleng tenaga bagi menyemai benih keimanan dan
ketakwaan supaya terbentuk sebuah negara maju dan
cemerlang yang mendapat keredhaan Allah.

Anda mungkin juga menyukai