Anda di halaman 1dari 8

Professional Development Nursing : Contoh Laporan

Praktis

CONTOH LAPORAN ADMIN

PENGHARGAAN

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia saya ucapkan. Alhamdullilah ke
hadrat Ilahi kerana limpah dan kurniaNya dapat juga saya berjaya menyiapkan tugasan ini mengikut
tempoh masa yang diberikan. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para
pengajar terutamanya SUP Peperiksaan Program Diploma Kejururawatan_______ iaitu _______ dan
Penyelaras Semester iaitu _____ bagi Basik _____ yang telah banyak memberi sokongan dan
dorongan kerana serta tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan ini dalam tempoh yang ditetapkan. Tidak
dilupakan juga, jutaan terima kasih saya ucapkan kepada_______selaku pengajar kod
subjek______ kerana beliau telah banyak meluangkan masa untuk memberi bimbingan agar tugasan
ini berjalan dengan lancar. Akhir kata, ucapan terima kasih juga diberikan kepada ahli keluarga
saya dan setiap individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam membantu
menjayakan tugasan ini, semoga sumbangan yang diberikan oleh mereka semua akan mendapat
ganjaran yang baik dari Allah S. W. T. Sekian.

2. PENGENALANPENGENALAN REFLECTIVE PRACTICE

Clarke dan Croft, (1998) telah mendefinisikan Reflective Practice adalah keupayaan untuk seseorang
melihat kembali kepada tingkahlaku professional dan praktik dengan tujuan untuk
penambahbaikan. Menurut Ahmad A. (2012). Reflective Practice merupakan satu aspek penting dalam
perawatan bidang Kejururawatan. Ia merujuk kepada keupayaan seorang jururawat untuk mengimbas
kembali sesuatu kejadian atau peristiwa dan membuat kesimpulan sambil belajar melalui kejadian
tersebut. Reflective Practice juga merupakan satu cara untuk meneroka dengan lebih tentang persepsi
atau pandangan seseorang. Amalan reflektif menunjukkan pentingnya pengajian dari pengalaman -
pengalaman setelah berfikir mengenainya dan mengaitkan pengalaman praktikal bagi pendekatan-
pendekatan pembelajaran teori.

Amalan ini juga penting dalam profesion kejururawatan kerana ia dapat meningkatkan mutu kerja
seseorang individu dengan cara mengikut prosedur manual yang standard dan menggalakkan
pemikiran yang lebih kritis serta dapat memartabatkan lagi profesion kejururawatan. Disamping
itu, melalui amalan ini juga dapat membantu mengurangkan implikasi medico-legal ke atas jururawat
contohnya jururawat mendokumentasikan laporan dengan betul, melaporkan kejadian abnormal kepada
doktor dengan segera, memastikan setiap prosedur keatas pesakit yang memerlukan consent telah
ditandatangani oleh pesakit, perawatan mengikut Standard of Procedure (SOP) yang telah
ditetapkan. Secara konklusinya, menggunakan amalan reflektif sebagai satu kaedah latihan dalam
pendidikan kejururawatan merupakan sesuatu yang penting bagi meningkatkan kualiti penjagaan dan
perkhidmatan kejururawatan.

AREAS OF POTENTIAL LIABILITY IN NURSING
Masa kini sering terdengar pelbagai aduan berkenaan kualiti penjagaan dan perawatan yang semakin
merosot di kalangan anggota atau staff kesihatan kepada masyarakat. Ia melibatkan
kes negligence khususnya kecuaian yang dilakukan oleh jururawat semasa berada di wad. Selain itu
juga, pelbagai insiden juga boleh berlaku contohnya seperti medication error kepada pesakit, tidak
melakukan penjagaan pesakit dengan sempurna, membuat laporan yang tidak betul semasa
menjalankan tugas dan sebagainya.

A. NEGLIGENCE
Negligence adalah perlakuan kecuaian yang dilakukan oleh golongan professional yang menyalahi
peraturan yang telah ditetapkan oleh undang undang atau amalan yang di bawah standard penjagaan
/ standard of care.
Menurut Dewit S.C, (2009). Negligence ialah seseorang gagal melakukan sesuatu tugasan dengan
sempurna tidak mengikutStandard of Procedure (SOP) dan membuat keputusan tanpa berdasarkan
undang undang yang telah ditetapkan.

Menurut kajian yang telah dilakukan oleh Croke E.M, (2003), dimana terdapat enam faktor
penyebab negligence berlaku di kalangan Jururawat.Berikut adalah negligence yang sering dilakukan
oleh jururawat :
1. Kegagalan untuk mengikuti Standard of Procedure (SOP) dalam melakukan perawatan
kepada pesakit.
2. Kegagalan dokumentasi perawatan dan penjagaan dalam Bed Head Ticket
(BHT) pesakit dan medication chartdengan betul


3. Kegagalan dalam penjagaan peralatan peralatan dalam ward dengan
bertanggungjawab. Contohnya, kehilangan peralatan Central Steril Service Department
(CSSD) setelah digunakan.
4. Kegagalan untuk berkomunikasi dengan doktor, rakan sekerja dan pesakit dengan
berkesan.
5. Kegagalan untuk melakukan penilaian dan pemantauan dalam menjalankan penjagaan
dan perawatan kepada pesakit .
6. Kegagalan untuk bertindak sebagai advocate / penasihat kepada pesakit.
B. MALPRACTICE
Kesalahan yang dilakukan oleh seorang professional semasa melakukan tugasnya dengan
melanggar Standard of Practice atau tidak mengikut piawaian professional yang telah dipelajari
semasa latihan. Manakala, menurut Fergusson R. BA dan Stibbs A. BA. (2008). Malpractice ialah
kelakuan atau perkhidmatan yang kurang memuaskan dari segi penjagaan dan perawatan yang
diberikan oleh seseorang yang professional kepada kliennya (pesakit).
C. UNPROFESSIONAL CONDUCT
Pengurusan yang tidak professional adalah pengurusan yang boleh menjejaskan kesihatan dan
kebajikan orang awam. Keadaan ini juga, boleh menyebabkan pesakit hilang keyakinan kepada
perawatan kejururawatan. Contohnya, kegagalan Jururawat untuk mengamalkan teknik aseptik
berdasarkan Standard of Procedure (SOP) yang telah ditetapkan. Contohnya, semasa jururawat
melakukan pencucian luka keatas pesakit.

3. LAPORAN REFLECTIVE PRACTICE3.1 LATAR BELAKANG KEJADIAN
Insiden kes yang saya pilih sebagai Reflective Practice kepada diri saya sebagai pengajaran telah
berlaku di Wad Ortopedik X (Lelaki) di salah sebuah Hospital K di Negeri Selangor Darul Ehsan.
Kejadian ini berlaku, semasa saya menjalankan penempatan klinikal pada minggu pertama pada
semester enam ini. Ia berlaku ketika saya pertama kalinya pada minggu tersebut bertugas pada shift
pagi. Pesakit A seorang warganegara asing berasal dari India, berumur 46 tahun. Beliau telah
tinggal di Malaysia selama 8 tahun dan bekerja di sebuah kedai makan di sekitar daerah Selangor.
Melalui temubual, semasa kemasukkan pesakit A ke Hospital K. Pada Mei 2012, pesakit A pernah
mengalami Motor Vehicle Accident (MVA) dengan sebuah kereta. Akibat daripada kemalangan tersebut
menyebabkan pesakit A tidak sedarkan diri dalam beberapa hari di Intesive Care Unit (ICU). Hal ini
kerana, pesakit A telah mengalami kecederaan pada spinal cord. Pada 26hb Julai 2012,
semasa saya ditugaskan di kubikel tersebut assesmen keatas pesakit telah dilakukan didapati Pesakit
A kini mengalami tetraplegia (quadriplegia). Menurut laman web Mosby's Medical
Dictionary, (2009),tetraplegia ialah kelumpuhan yang melibatkan pada anggota tangan, kaki, dan
bahagian bawah anggota tubuh badan. Setelah berada dalam wad akibat jangka masa yang panjang
dan Jururawat tidak melakukan nursing care yang sempurna keatas penjagaan pesakit. Pesakit A kini
telah didiagnoskan mengalami infected sacral bedsore (pressure sore ataudecubitus
ulcer). Penyiasatan swab Culture dan Sensitivity (C&S) telah dilakukan pada luka pesakit A dan
keputusan dari makmal mendapati pesakit A telah mendapat infeksi
jenis Escherichia Coli (E.Coli) pada luka tersebut. Keluasan luka tersebut ialah 4cm x 5cm dibahagian
kiri dan kanan pinggul pesakit. Oleh itu, setiap hari jururawat akan melakukan dressinguntuk
membersihkan sacral bedsore tersebut. Justeru, seperti yang terkandung dalam Etika
Kejururawatan Antarabangsa (The International Code of Nursing Ethics) iaitu Jururawat dan Manusia
(Nurses and People), sudah menjadi tanggungjawab professional seorang jururawat untuk memberi
jagaan perawatan kepada orang lain iaitu pesakit dengan sempurna. Contohnya, melakukan ubah
baringan pesakit setiap dua jam untuk mengurangkan kejadian decubitis ulcer ataubedsore kepada
pesakit yang mengalami Cerebral Vascular Accident (CVA). Selain itu juga, jururawat hendaklah
mengekalkan Standards of Personal Conduct yang mencerminkan tentang professional dan
meningkatkan keyakinan orang awam. Sekali gus, mengekalkan kesihatan diri pesakit untuk memberi
perawatan yang sempurna.

KEJADIAN

Pada 26hb Julai 2012 pada pukul 11:35 pagi, semasa insiden ini berlaku Pesakit A berada
di cubicle lima. Insiden ini terjadi melibatkan saya bersama seorang Jururawat Terlatih M yang baru
sahaja bertugas di wad tersebut. Ketika itu saya diminta oleh Jururawat Terlatih M untuk membantu
beliau melakukan dressing pada sacral bedsore Pesakit A. Jururawat Terlatih M mengarahkan saya
untuk memakai Personal Protection Equipment (PPE) yang lengkap untuk memberi perlindungan
kepada diri saya. Contohnya, memakai apron, mask, dan disposable glove. Sebelum ini, Mr. M (Pakar
Orthopedik) telah mengarahkan dressing dengan menggunakan providone dressing. Pada hari insiden,
selepas pemeriksaan yang dilakukan oleh Mr. M (Pakar Ortopedik) telah mengarahkan
menggunakan normal saline solution dan menyapu madu manuka setelah selesai melakukan cucian
luka tersebut. Oleh yang demikian, Jururawat Terlatih M mengarahkan saya untuk menyediakan satu
set troli yang lengkap untuk membantu beliau dalam melakukan dressing pada sacral bedsore pesakit
tersebut. Semasa saya membantu Jururawat Terlatih M melakukan dressing kepada pesakit A. Perasan
terkejut melihat dan mendapati Jururawat Terlatih M telah melanggar Standard of Procedure
(SOP) dimana Jururawat Terlatih M tersebut tidak menggunakan teknik aseptik semasa
melakukan dressing dimana beliau menggunakan sebelah tangannya untuk memerah swab yang telah
dialirkan normal saline solution dalam bekas gallipot di atas set dressing yang steril tersebut.
Seterusnya, Jururawat Terlatih M juga menggunakan kedua dua belah tangannya untuk berada di
kawasan luka pesakit A dan menyentuh sekeliling kulit dan kawasan luka tersebut semasa cucian luka
dilakukan keatas pesakit A. Walaupun dressing yang dilakukan pada sacral sore pesakit A dapat
disiapkan dalam masa 15 minit. Tetapi Jururawat Terlatih M telah melanggar prinsip prinsip aseptik
sepanjang melakukan dressing. Semasa beliau sedang melakukan cucian luka pesakit A saya sempat
bertanyakan soalan kepada Jururawat Terlatih M,
Jururawat Pelatih (saya) : Staff Nurse, kenapa menggunakan tangan, cuci luka tadi?
Jururawat Terlatih M : Adik, kalau kamu mahu inginkan kerja yang mudah dan
tidak mahu menggunakan masa yang terlalu lama
untuk dressing.Kamu hanya menggunakan tangan
tanpa forcep untuk mencuci luka.

Setelah, melihat reaksi muka Jururawat Terlatih M yang berubah secara tiba tiba. Lantas, saya tidak
berani untuk bertanya lagi soalan kepada beliau. Lalu, saya menolak troli yang telah selesai digunakan
ke bilik rawatan untuk dikemaskan.

3.2 FEELING / PERASAAN.

Sepanjang prosedur dijalankan, pelbagai perasaan yang timbul dalam hati saya ketika itu. Antaranya
ialah,Semasa insiden berlaku saya berasa serba salah pada diri sendiri dan pesakit A kerana tidak
dapat menghalang tindakan Jururawat Terlatih M yang sedang melakukan dressing tidak
mengikut Standard of Procedure (SOP) telah melanggar teknik aseptik sepanjang
melakukan dressing kepada pesakit A. Hal ini kerana, perasaan risau apabila menegur Jururawat
Terlatih M yang sedang melakukan dressing akan melambatkan proses perawatan yang sedang
dilakukan. Selain itu, perasaan marah dan geram kepada Jururawat Terlatih M kerana tidak dapat
mengamalkan teknik aseptik semasa melakukan dressing. Sikap sambil lewa dan suka mengambil
kerja yang mudah dalam melakukan tugasan diamanahkan akan menjatuhkan profession sebagai
seorang jururawat. Hal ini kerana, sia sia sahaja setelah tiga tahun menjalani kursus dalam Diploma
Kejururawatan telah diberi pendedahan teori pengetahuan dan praktikal berdasarkan garis panduan
yang standardJururawat Terlatih M gagal untuk memberi perkhidmatan yang baik dan bermutu dalam
perawatan dan penjagaan pesakit.
Seterusnya, perasaan selepas insiden adalah kecewa dengan Jururawat Terlatih M kerana gagal untuk
memberi bimbingan dan teladan yang baik kepada saya. Sebagai Jururawat Terlatih hendaklah
memainkan peranan, fungsi, dan sebagai seorang jururawat yang berkualiti dalam memberi
perkhidmatan perawatan dan penjagaan pesakit. Dimana Jururawat Terlatih M gagal untuk memberi
penyeliaan dan melibatkan diri dalam latihan kepada Jururawat Pelatih semasa di penempatan klinikal
dengan melakukan prosedur tidak mengikut Standard of Prosedur (SOP). Perasaan simpati dan empati
kepada pesakit A, oleh kerana malpractice yang dilakukan oleh Jururawat Terlatih M dalam
melakukan dressing yang boleh menyebabkan risiko kepada pesakit A untuk dijangkiti Methicilin -
Resistant Staphylococcus Aureus (MRSA). Daripada insiden yang berlaku perasaan keinsafan timbul
dalam diri saya kerana telah mengajar sesuatu agar lebih membuka minda dan critical
thinking akan kepentingan tentang mengamalkan teknik aseptik dalam melakukan dressing. Tambahan
pula, dengan pengetahuan dan kemahiran yang saya miliki selama sesi pembelajaran tiga tahun ini
hendaklah digunakan dengan sebaiknya untuk memberi perawatan dan penjagaan kepada setiap
pesakit dengan baik dan bermutu tinggi pada masa akan datang.

3.3 EVALUATION / PENILAIAN

Terdapat pelbagai penilaian yang boleh boleh kita ambil daripada insiden yang telah berlaku iaitu baik
dari segi positif mahupun negatif. Daripada insiden ini dapatlah kita belajar daripada kesilapan dan
menjadi ingatan daripada pengalaman pengalaman yang lepas. Selain itu, kejadian ini juga
membentuk satu nilai moral atau contoh akan kepentingan Profession Kejururawatan dalam memberi
perawatan dan penjagaan yang sempurna kepada pesakit. Sebarang kesilapan dan malpractice dari
pihak Jururawat Terlatih M kemungkinan akan membawa kepada kemudaratan kesihatan pesakit
dimana luka yang dihidapi akan menyebabkan berpotensi mendapat Methicilin - Resistant
Staphylococcus Aureus (MRSA)pada masa akan datang.
KESAN POSITIF
Banyak penilaian yang positif boleh saya ambil dari insiden ini yang berlaku diantara saya dan
Jururawat Terlatih M dimana saya boleh elakkan daripada melakukan tindakan yang sama pada masa
akan datang. Saya hendaklah menerapkan proses kejururawatan semasa memberikan perawatan dan
penjagaan terhadap pesakit. Menurut Prinnell dan Meneses, (1986). Proses kejururawatan ialah suatu
kaedah yang sistematik untuk menilai keadaan klien, mengenalpasti keperluan klien supaya langkah
dan tindakan yang sesuai boleh diambil untuk memenuhi keperluan pesakit. Tambahan pula, insiden
ini juga telah memberi kesedaran kepada saya untuk bersikap lebih berdisiplin, dimana saya lebih
akauntabiliti terhadap tugas yang diamanahkan dan kesedaran akan kepentingan mengekalkan teknik
aseptik supaya tidak memudaratkan kesihatan pesakit terhadap luka yang dihidapi pada masa kelak.
Selain itu juga, Ia juga memberi kesedaran kepada saya supaya tidak mengulangi kesilapan yang
sama.

KESAN NEGATIF

Kehidupan ini dianggap sebagai satu pusingan roda, dimana ada yang baik dan semestinya ada yang
buruk. Yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan. Daripada insiden yang berlaku
terdapat juga beberapa penilaian yang negatif boleh dijadikan pangajaran sebagai panduan kepada
saya untuk membaiki diri saya yang serba kekurangan ini.

Antaranya ialah Jururawat Terlatih M melakukan tugasan yang diberikan dengan sambil lewa dalam
menjalankan penjagaan dan perawatan keatas pesakit A. Ini bermakna Jururawat Terlatih M telah
melanggar satu Kod Kelakuan Professional untuk Jururawat yang terkandung dalam Lembaga
Jururawat Malaysia iaitu Akta 2 iaitu Mengabaikan Tanggungjawab Professional dimana tidak
menjalankan tugas penjagaan keatas pesakit dengan sempurna. Kegagalan menurunkan
tanggungjawab untuk menggunakan rawatan yang munasabah. Contohnya, dalam insiden yang
berlaku, Jururawat Terlatih M telah melanggar teknik aseptik semasa melakukan dressing kepada
pesakit A. Selain itu juga, saya berasa sedih dengan sikap Jururawat Terlatih M yang gagal dalam
penyelia rakan sekerja dimana gagal untuk memberi bimbingan dengan praktikal yang betul atau
seragam mengikut Standard of Procedure (SOP) kepada saya sebagai Jururawat Pelatih. Hal ini kerana,
Jururawat Terlatih M gagal menjadi contoh seorang role model yang baik kepada saya dalam
memberikan perkhidmatan yang sempurna kepada pesakit dan ketika melakukan tatacara kepada
pesakit. Akhirnya, segala pengalaman dan kesilapan yang berlaku dijadikan pengajaran dan teladan
sama ada baik mahupun buruk untuk membaiki diri sendiri agar tidak mengulangi kesilapan yang sama
pada masa kan datang. Hal ini kerana, kecuaian yang berlaku akan mengurangkan keyakinan kepada
masyarakat untuk mendapatkan perawatan di hospital lagi. Sekaligus, ia akan mencalarkan kerjaya
atau profession sebagai seorang Jururawat Terlatih.

3.4 ANALISIS

Sudah menjadi lumrah dalam kehidupan setiap manusia mempunyai kelebihan dan kelemahan
masing masing untuk meneruskan proses kehidupan ini. Jika setiap kelemahan atau kesilapan yang
dilakukan disedari hendaklah diambil sebagai panduan dan mengambil langakah untuk berubah dan
membaiki diri dari semasa ke semasa. Jururawat Terlatih M hendaklah melakukan sesuatu
tugas yang diberikan dengan lebih akauntabiliti dan sedar akan malpractice yang telah dilakukan oleh
dirinya sendiri supaya ia akan membaiki kelemahan yang telah dilakukan. Seterusnya, dapat mengubah
sikap Jururawat Terlatih M yang lebih baik dalam memberi perawatan dan penjagaan kepada setiap
pesakit pada masa akan datang. Mengikut Kod Etika Professional untuk Kejururawatan yang
berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia, dibawah akta 1.2 Tahap Perawatan/ Standard of
Care 1.2.1 seorang jururawat tersebut dikehendaki menjalankan intervensi yang bersesuaian dengan
segera untuk mengelakkan komplikasi. Selain itu juga, sikap sambil lewa yang ditunjukkan oleh
Jururawat Terlatih M dalam menjalankan penjagaan dan perawatan yang tidak sempurna ke atas
pesakit berdasarkan hak hak pesakit. Hal ini kerana, setiap pesakit berhak untuk menerima rawatan
yang sempurna, dimana rawatan yang diberikan oleh mana mana staff hospital hendaklah dengan
penuh hormat, bermaruah tanpa mengira umur, jantina, bangsa, budaya, agama, status sosial, keadaan
fizikal atau mental, kewarganegaraan atau sumber bayaran. Mengikut Needs Theory Abraham
Maslow 1943, Hierarki keperluan Maslow. Teori ini menyatakan dalam setiap diri seorang individu
terdapat lima keperluan yang mesti dipenuhi iaitu keperluan fisiologi, keperluan keselamatan, keperluan
sosial, keperluan penghargaan diri dan keperluan pencapaian hasrat diri. Dalam teori ini, mendapati
pesakit A dari segi keperluan keselamatan tidak dapat diberi dengan sempurna. Hal ini kerana,
Jururawat Terlatih M tidak mengamalkan teknik aseptik sepanjang melakukan dressing pada luka
tersebut.

Kejururawatan merupakan satu bidang yang mulia di mata masyarakat dimana membantu
pesakit dalam memberi perawatan dan penjagaan kesihatan pesakit. Oleh itu, kita mestilah sedar
bahawa setiap negligence yang dilakukan bakal mengundang risiko dan membahayakan setiap nyawa
pesakit yang berada di tangan seorang jururawat. Diharapkan sikapmalpractice yang berlaku kepada
Jururawat Terlatih M tidak akan berulang berlaku kepada saya pada masa akan datang untuk menjamin
kesejahteraan dalam menjalankan perawatan dan penjagaan kesihatan yang baik dapat diberikan
kepada pesakit dan masyarakat.

3.5 ACTION PLAN

Rentetan daripada insiden yang telah berlaku pelbagai tindakan dan usaha hendaklah diambil
oleh semua pihak untuk membaiki mutu perkhidmatan yang akan diberikan oleh Jururawat Terlatih
kepada masyarakat. Dengan mempertingkatkan tanggungjawab individu dan penyertaan masyarakat ke
arah peningkatan mutu kehidupan, penekanan kepada pentingnya kualiti, inovasi, promosi kesihatan
dan penghormatan kepada kemuliaan insan serta sistem kesihatan yang adil dan saksama, mampu
disediakan dan mudah diperolehi, cekap dan berkesan, berteknologi sesuai, bersesuaian dengan
persekitaran dan serasi pelanggan akan menjelaskan lagi hasrat Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM) bahawa Malaysia akan menjadi sebuah negara yang terdiri daripada individu, keluarga dan
masyarakat yang sihat. Antara usaha untuk penambahbaikan yang dapat dilakukan adalah,

1) Dengan melakukan proses pembelajaran yang berterusan. Ia bertujuan memperolehi pengetahuan,
kemahiran dalam praktis dan maklumat terkini berkaitan dengan amalan kejururawatan seiring dengan
kemajuan perubatan dan kejururawatan. Selain itu juga, dapat meningkatkan perkhidmatan berkualiti
kepada komuniti dalam penjagaan dan perawatan kepada pesakit. Contohnya, Jururawat Terlatih
sentiasa mengambil bahagian dalam aktiviti Continue Nursing Education (CNE), Continue Medical
Education (CME), atau menghadiri kursus, seminar dan bengkel. Contohnya, Continue Nursing
Education (CNE) Kepentingan Mengamalkan Teknik Aseptik dalam Melakukan Dressing. Selain itu
juga, ia bertujuan menggalakkan jururawat tersebut menjalankan tugasnya dengan lebih komited,
akauntabiliti, dan penuh rasa ikhlas, jujur dan amanah. Ini selaras dengan slogan Kementerian
Kesihatan Malaysia Kami Sedia Membantu.


2) Selain itu juga, penyeliaan daripada Ketua Jururawat hendaklah sentiasa memantau dan
mengawasi setiap prosedur yang dilakukan oleh Jururawat Pelatih, Jururawat Terlatih dan staff
kakitangannya untuk memastikan setiap prosedur yang dilakukan dengan menggunakan satu garis
panduan yang seragam dan berkualiti dalam memberi perawatan dan penjagaan kepada pesakit.
Seterusnya, Ketua Jururawat juga haruslah memberi teguran yang membina sekiranya mendapati
Jururawat Terlatih atau staffnya melakukan kesilapan semasa melakukan prosedur agar Jururawat
Terlatih tersebut tidak akan mengulangi kesilapan yang sama pada masa akan datang untuk
perkhidmatan yang baik dan bermutu tinggi kepada setiap pesakit di dalam ward tersebut.


3) Di dalam wad juga, sebagai motivasi kepada staff wad atau Jururawat Terlatih. Ketua Jururawat
juga boleh memberiinisiatif atau ganjaran kepada Jururawat Terlatih dimana memberi Anugerah Staff
Terbaik kerana telah menunjukkan mutu perkhidmatan yang terbaik dengan mengikut Standard of
Procedure (SOP). Ganjaran yang diberi adalah bertujuan untuk meningkatkan minat seseorang staff
tersebut untuk menerapkan nilai Standard of Procedure (SOP) dalam menjalankan penjagaan dan
perawatan yang terbaik kepada setiap pesakit.


4) Seterusnya, dalam diri seorang Jururawat Terlatih perlulah mengamalkan pemikiran yang kritis
dalam melaksanakan tugasnya. Menurut Chaffe, (1994), pemikiran yang kritis ialah pemikiran yang aktif,
terancang, proses kognitif digunakan untuk menilai dengan teliti pemikiran seseorang dan orang lain.
Konsep pemikiran yang kritis diterapkan dalam diri seorang Jururawat Terlatih ini adalah untuk menilai
keperluan dan melakukan assesmen sebelum, semasa dan selepas memberikan perawatan dan
penjagaan kepada pesakit. Selain itu, Jururawat Terlatih dapat menjangkakan risiko yang bakal timbul
sekiranya tindakan yang akan diterima oleh pesakit akibat daripada sikap Jururawat Terlatih tidak
mengamalkan sesuatu prosedur mengikut Standard of Procedure (SOP). Contohnya, semasa
melakukan dressing kepada pesakit A, Jururawat Terlatih M hendaklah berfikiran kritis bagi memastikan
luka dicuci sepenuhnya tetapi tetap mengekalkan prinsip prinsip asepsis untuk mengelakkan infeksi
berlaku.

5) Dari segi pengurusan pihak Hospital pula, audit boleh dilakukan dalam dua bulan sekali. Ia
bertujuan untuk menilai tahap praktis Jururawat Terlatih dalam memberikan perawatan dan penjagaan
kepada setiap pesakit. Semasa melakukan proses audit dilakukan, menggunakan senarai semak kualiti
audit yang seragam dan mengikut Standard of Procedur (SOP).Ia bertujuan untuk meningkatkan
kemahiran dan kecekapan kepada Jururawat Terlatih dalam melakukan perawatan dan penjagaan
kepada pesakit.

6) Bagi pengurusan pihak Kolej pula, boleh menambahkan bilangan local preceptor di kawasan
penempatan klinikal di setiap wad mengikut hospital. Dimana Pengajar Kejururawatan yang ditugaskan
menjadi Penyelia di Hospital tersebut boleh bertanya kepada Jururawat Terlatih di wad dengan
kebenaran Ketua Jururawat wad untuk menjadi local preceptor. Dengan ini dapat memantau setiap
prosedur yang dilakukan oleh para Jururawat Pelatih di wad mengikut garis panduan yang betul dan
seragam. Selain itu, untuk memberi bimbingan dan tunjuk ajar setiap peralatan, kemudahan dan
teknologi yang terbaru digunakan di wad agar para pelatih dapat pengetahuan serta mengaplikasikan
dengan praktikal yang betul. Contohnya, penggunaan madu manuka diaplikasikan pada luka bed
sore untuk menggalakkan proses penyembuhan.

7) Akhir sekali untuk Jururawat Pelatih, perlulah mendapat pemantauan yang dari semua pihak
semasa mereka melakukan sesi latihan praktikal di penempatan klinikal sama ada dari Pengajar
Jururawat, Jururawat Klinikal, Ketua Jururawat dan Jururawat Terlatih. Dengan kerjasama dari semua
pihak menjadikan seorang Jururawat Pelatih tersebut sedar supaya lebih bersikap tanggungjawab
dalam menjalankan tugasannya. Selain itu, untuk melahirkan seorang Jururawat Pelatih yang berkualiti
tinggi kerana telah diajar untuk memperbaiki segala kelemahan dan kesilapan bagi mengelakkan
kesilapan yang sama di ulangi.


Kesimpulannya, pelbagai pihak sama ada dari Pengurusan Hospital dan Kolej hendaklah
memainkan peranan yang penting untuk mengurangkan kejadian negligence yang berlaku dalam
bidang kejururawatan ini. Segala usaha dan tindakan yang diambil mestilah berpandukan ke arah
penambahbaikan dan menjamin perkhidmatan yang berkualiti dalam perawatan dan penjagaan dapat
diberikan kepada setiap pesakit.

RUMUSAN

Sepanjang saya menyiapkan tugasan ini, pelbagai rumusan yang dapat saya rumuskan
daripada kejadian yang berlaku. Dari segi sikap yang ditunjukkan, sebagai Jururawat Terlatih hendaklah
melakukan sesuatu tugas yang diberikan dengan lebih akauntabiliti dan sedar akan negligence yang
telah dilakukan oleh dirinya sendiri supaya usaha penambahbaikkan segala kelemahan dapat diatasi
dirinya. Seterusnya, dapat mengubah sikap Jururawat Terlatih M kepada lebih baik dalam memberi
perawatan dan penjagaan kepada setiap pesakit pada masa akan datang. Seterusnya, jururawat akan
sentiasa mengekalkan Standards of Personal Conduct / standard kelakuan peribadi yang
mencerminkan tentang professional dan meningkatkan keyakinan awam. Sekali gus, mengekalkan
kesihatan diri pesakit dalam memberi perawatan yang sempurna. Oleh kerana itu, Jururawat Pelatih
adalah aset penting untuk menghasilkan Jururawat Terlatih yang berkualiti, maka para pelatih haruslah
diberi perhatian secara berterusan oleh pelbagai pihak bagi memastikan kecemerlangan Jururawat
Pelatih dalam pelbagai aspek pembelajaran mahupun praktikal tercapai agar dapat melahirkan seorang
Jururawat Terlatih yang berkualiti dan menjalankan perawatan dan penjagaan kepada pesakit dengan
mengikutStandard of Procedur (SOP).



RUJUKAN

Croke E.M, (2003). Nurses, Negligence, and Malpractice. Journal of American Journal Nursing,
September 2003.
Dewit S.C. (2010), Fundamental Concepts and Skills for Nursing Third Edition. Terbitan Elsevier
Inc.
Fergusson R. BA dan Stibbs A. BA. (2008). Kamus Jururawat Edisi Kedua. Terbitan Oxford Fajar
Sdn.Bhd.
Hawkins J. M, (2008). Kamus Oxford Fajar Edisi Keempat (dikemaskini). Terbitan Oxford Fajar
Sdn.Bhd.