Anda di halaman 1dari 2

SOALAN ULANGKAJI EDU 3083

1. Akauntabiliti bermaksud sesuatu kerja, tugas, janji dan lain-lain yang mesti dilaksanakan
dengan penuh tanggungjawab. Huraikan bagaimana akauntabiliti keguruan dapat
meningkatkan tahap profesional seseorang guru ?

2. Keberkesanan Etika Profesion Perguruan adalah berkait rapat dengan usaha gigih guru-guru
dalam memartabatkan profesion perguruan itu sendiri. Adakah anda bersetuju dengan
pernyataan di atas?. Huraikan pendirian anda dengan memberi contoh dan justifikasi yang
sesuai.

3. Kerajaan telah menyediakan dan melaksanakan Pelan Integriti Nasional ( PIN ) kerana
menyedari betapa pentingnya integriti dalam kalangan masyarakat. Pelan ini dibangunkan
dengan fokus utamanya untuk menanam dan memupuk budaya etika dan integriti dalam
kalangan semua lapisan masyarakat Malaysia. Huraikan sejauhmanakah peranan pendidik
dalam melaksanakan Pelan Integriti Nasional di sekolah?

4. Guru kini berhadapan dengan pelbagai isu dan perlu ditangani dengan sikap profesional dan
terbuka. Persoalan seperti sikap guru, kesantunan guru, kerja sambilan yang dilaksanakan oleh
guru dan berniaga di sekolah kini menjadi isu yang perlu ditangani dengan berhemah supaya
kerjaya ini tidak terus terpesong daripada landasan yang sepatutnya. Sebagai seorang
pemimpin sekolah, bincangkan bagaimana anda menangani isu ini dalam usaha meningkatkan
imej profesion keguruan?

5. Sebagai seorang yang bakal bergelar guru, anda harus meneruskan usaha untuk merealisasikan
tanggungjawab membina modan insan cemerlang dan berkualiti melalui proses pengajaran dan
pembelajaran. Berdasarkan kenyataan di atas, bagaimanakah Teori Peringkat-Peringkat
Perkembangan Guru dapat merealisasikan hasrat di atas?

6. Konsep guru sebagai penyelidik kerap dibincangkan dalam literatur pendidikan guru
terutamanya berkaitan dengan reformasi pendidikan dan peningkatan profesionalisme guru.
Huraikan bagaimana kebaikan guru sebagai penyelidek dapat meningkatkan mutu
perkhidmatan keguruan ?.

7. Ibubapa ialah individu yang paling dekat dengan pelajar kerana pembelajaran peringkat awal
kanak-kanak diperoleh daripada ibu bapa mereka. Walaubagaimana pun apabila kanak-kanak
ini memasuki alam persekolahan , tugas ibubapa seolah-olah telah diambil oleh guru. Bolehkah
guru menggantikan tempat ibubapa dalam erti kata yang sebenar? Sejauhmanakah anda
bersetuju dengan pernyataan di atas dengan memberi contoh dan justifikasi yang sesuai.

8. Secara umumnya pemimpin ialah seorang individu dalam sesuatu kumpulan yang diberi
tanggungjawab mengarah dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti untuk mencapai matlamat
kumpulan. Bincangkan bagaimanakah kepimpinanan yang dianggap berjaya dan berkesan.

9. Perkembangan sistem pendidikan dewasa ini menunjukkan bahawa barisan kepimpinan di
semua peringkat terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran. Bagaimanakah seseorang
pemimpin itu menjadikan cabaran yang dihadapinya dapat meningkatkan mutu
kepimpinannya.?

10. Pembelajaran auntentik ialah pembelajaran berasaskan aktiviti dalam suasana sebenar yang
membolehkan seseorang pelajar menumpukan kepada pengetahuan dan kemahiran seperti
kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah. Sejauhmanakah kenyataan ini
benar dalam konteks anda sebagai seorang guru permulaan ( novis ).