Anda di halaman 1dari 3

TEMUBUAL

Chua Yan Piaw (2006):perbualan dua hala yang bertujuan untuk mengumpul maklumat
kajian. Melibatkan interaksi bersemuka antara penemubual dan responden.

Goode & Hatt : proses sosial di mana penembual mesti mengambil perhatian tentang
proses tersebut jika tidak timbul masalah kebolehpercayaan dan kedalaman data serta
keputusan kajian.
TEMUBUAL MENDALAM
1) Dikenali sebagai in-depth interview.
Untuk memeriksa dengan teliti isu-isu secara mendalam menggunakan penyiasatan,
ketepatan dan gaya penyoalan yang fleksibel.
Melibatkan hubungan yang baik antara penemubual dengan responden.
Untuk merekod dan merakamkan perbualan. (Transkrip penuh)
Pertemuan secara bersemuka dan berulang.

2) Menggunakan soalan jenis terbuka.
Tiada penyediaan jawapan alternatif
Memberi ruang kepada responden memberikan jawapan mengikut pendapatnya
sendiri.

3) Berbentuk tidak berstruktur.
Penggunaan aid-memoire atau agenda sebagai panduan umum kepada topik isu-
isu yang akan dibincangkan dalam temubual dan bukan soalan sebenar yang akan
ditanya.
Ia berfungsi sebagai peringatan kepada pengkaji terhadap topik-topik kajian.
Tidak mesti diikut secara turutan tetapi sebagai rujukan dasar terhadap jawapan yang
diberikan oleh responden.





PERANAN PENEMUBUAL
1) mendengar secara berhati-hati.
Soalan terbuka dan luas digunakan untuk memulakan temubual seperti bagaimana kamu
rasa tentang..
Memberikan gerak balas seperti mengangguk, senyum dan ketawa bila perlu.
Respon secara verbal seperti saya suka idea itu.. Dan boleh jelaskan?
2) Menyesuaikan hala tuju perbualan mengikut konteks individu.
3) Mestilah bagus dari segi penyoalan, penyiasatan dan penyesuaian perjalanan
perbualan.
Spradley(1979):empat tahap soalan digunakan untuk membina hubungan yang baik iaitu
deskriptif , eksplorasi, kerjasama , penglibatan sepenuhnya oleh responden .
4) Mampu untuk mengawal dan mengawasi soalan, komen, gerak geri dan tindakan mereka.
PROSES TEMUBUAL MENDALAM
Langkah 1: masuk ke dalam persekitaran.
Memahami situasi persekitaran yang berkaitan dengan kajian atau perkara-perkara
diperlukan sebelum membolehkannya masuk ke dalam persekitaran kajian seperti dari
aspek politik, peraturan dan halangan birokrasi
Langkah 2: memahami bahasa dan budaya responden.
Ini kerana temubual jenis ini bertujuan memahami pengalaman seseorang berdasarkan
perspektif responden sendiri.
Oleh itu, pengkaji perlu memahami budaya dan bahasa agar maklumat yang diterima
tepat seperti difahami responden.
Langkah 3: Menentukan bagaimana untuk tampil sendiri.
Temubual jenis ini bersifat dua hala dengan kawalan yang kurang daripada penemubual.
Kesinambungan perbualan amat bergantung kepada gambaran terhadap penemuduga itu
sendiri.
Langkah 4: Mengesan pemberi maklumat.
Ini bermaksud mengenalpasti mereka yang boleh bercakap dengan pengkaji atau
bertindak sebagai penunjuk serta penterjemah bahasa dan budaya.
Langkah 5: Mendapatkan kepercayaan dan membina hubungan baik.
Tahap ini amat penting kerana hanya apabila wujudnya kepercayaan dan hubungan yang
baik barulah responden bersedia berkongsi maklumat secara mendalam dan jelas dengan
penemubual.
Langkah 6: Mengumpul bahan-bahan empirikal.
Antaranya menggunakan pengambilan nota sepanjang proses temubual tapi agak sukar.
cara terbaik menggunakan rakaman audio seperti kaset dan pita rakaman.
Walau bagaimanapun, terdapat sesuatu keadaan di mana responden tidak membenarkan
rakaman dilakukan.
Oleh itu, nota perlu diambil secara cepat dan kerap serta menulis kembali secara lengkap
setelah selesainya temubual

Saya bersetuju dengan penerangan yang diberikan oleh saudara Muruga tentang ciri- ciri murid
bermasalah pendengaran dari segi bahasa. Disini saya ingin mengongsikan kesan yang dihadapi
oleh murid bermasalah pendengaran disebabkan masalah penguasaan bahasa.
Antara kesannya ialah murid- murid ini malu untuk bergaul dan menunjukkan tingkah laku yang
pasif dengan rakan mereka yang normal. Mereka lebih suka berinteraksi dengan rakan mereka
yang juga mengalami masalah pendengaran. Tambahan lagi mereka juga menghadapi masalah
dalam menyesuaikan diri dengan sesuatu keadaan baru. Murid- murid ini juga mempunyai
konsep kendiri yang lemah seperti kurang keyakinan diri, malu dengan ketidakupaayan yang
dimiliki, menjauhkan diri dari masyarakat dan menganggap diri tidak pandai dan menyebabkan
gagal untuk menonjolkan kekuatan yang ada pada diri sendiri